"Awak tak apa-apa?"
Dia bersuara terus aku sedar dari dunia nyata. Terkebil-kebil aku berdiri tegak semula. Rapat-rapat aku ketap bibir. Melihat Tiya sudah sengih mengusik. Kini aku memandang pula ayah. Ah, jangan cakap muka ayah serius ke tidak. Ni dah bertukar marah. Tambah lagi dia sedang berjalan mendapatkan aku dan Zyan.
Aduh, apa aku nak cakap ni? Pasti Zyan kena marah dengan ayah nanti. Tak pun, aku jugak akan dimarahi teruk oleh ayah.
"Apa nama kau?” Tegas suara ayah menyoal Zyan. Zyan terkebil-kebil memandang ayah dihadapannya. Dia kenal ayah aku bagaimana. Semua kecut perut nak bercakap dengan ayah.
"Err...Nama saya Zyan.” Tergagap-gagap Zyan bersuara. Siap bagi satu senyuman lagi pada ayah. Tetapi ayah langsung tidak mengukir satu senyuman. Malah dia hanya berwajah serius. Marah pun ada. Aku pula takut.
"Nama panjang kau?” Soal ayah lagi. Masih bernada tegas.
"Err...Zyan Uqael. Pakcik panggil saya Zyan je.” Jawab Zyan tenang. Aku pula pelik. Wajahnya tenang. Sedikit pun dia tidak menunjukkan riak wajahnya yang takut nak bersuara pada ayah. Ah, beraninya dia.
Ayah hanya mengangguk perlahan. Aku pula bingung. Apa motif ayah tanya nama Zyan?
Sedang aku perah-perah otak seketika, baru aku teringat sesuatu. Zyan lah akan jadi bakal suami aku! Ayah ada kata semalam yang dia mahu jumpa dengan Zyan. Tak! Aku tak nak!
"Pakcik nak jumpa dengan kamu esok. Datang ke rumah pakcik esok.” Ujar ayah lalu melangkah pergi ke keretanya. Tidak bercakap lama, hanya itu sahaja yang dikatakan pada Zyan. Zyan teragak-agak mengangguk. Pasti dia sedang bingung kenapa ayah aku nak jumpa dengan dia.
Aku yang mendengar, terasa bagaikan nak hilang daripada dunia ni. Ayah kalau boleh, dia nak semua cepat. Kalau dia kata nak aku kahwin cepat, kalau boleh esok dia dah suruh aku bernikah dengan Zyan. Ah, macam mana ayah boleh teringatkan lagi tentang hal itu. Sangkaku, ayah sudah lupakan hal itu.
"Errr...Zyan, Tiya. Aku balik dulu ya. Esok kita jumpa lagi.”
Laju aku melangkah mengikut jejak langkah ayah walaupun aku perasan tadi Zyan seperti mahu memanggilku. Saat ini aku tidak mahu berjumpa dengan dia lagi. Jujur dari hati aku, aku tidak mahu kahwin dengan dia walaupun ayah paksa aku. Jujur aku langsung tidak suka dia dan aku hanya anggap dia sebagai kawan baik aku dari sekolah lagi hingga sekarang.
Tiada apa-apa hubungan antara kami berdua.
********
Telekung dan sejadah aku lipat kemas sebelum melangkah ke meja solek mencapai telefon bimbitku yang sudah berbunyi menandakan ada seseorang menghubungiku.
Siapa ya? Tak akan lah Tiya? Kalau Tiya, pasti lah dia akan bercakap tentang gymnastik. Hal itu yang paling penting jika dia hubungi aku.
Aku bukannya banyak kawan pun. Hanya ada Tiya seorang sahaja.
Capai sahaja telefon bimbit itu, mata memandang ke skrin telefon. Tertera hanya ada nombor telefon sahaja. Nama tidak tertulis. Siapa ya? Salah nombor gamaknya? Ke scammer? Ah, takut jika jadi apa-apa. Zaman sekarang scammer dah berlambak di luar sana. Takut sangat-sangat orang bertuah yang akan kena scam itu ialah aku. Ya Allah, minta dijauhkan.
Aku malas mahu mengangkat call tersebut, telefon kini diletakkan kembali di atas meja solek. Sedang aku sibuk mengemas beg sukanku, borang persetujuan ibu bapa dan penjaga untuk peserta menyertai pertandingan tersebut berada kemas di dalam beg sukan aku.
Cepat-cepat aku capai. Ah, rasa nak koyak aje sekarang. Aku yakin, kalau tunjuk dekat ayah pun ayah tak akan tulis. Baca sikit je terus ayah akan koyak. Benda tidak penting dia larang aku pergi. Jika sesuatu benda itu penting, cepat-cepat dia suruh aku buat atau dia izinkan.
Seperti kahwin. Kahwin itu perkara baik. Ya, aku tahu. Jika ayah sudah tiada, kalau aku sudah kahwin aku akan ada teman hidup. Suami aku. Suami sendiri. Hidup bersama-sama hingga hujung nyawaku. Tapi, aku belum bersedia semua itu. Bakal suami pun tiada tetapi kenapa ayah tetap nak Zyan jadi bakal suamiku sedangkan ramai lagi lelaki di luar sana yang boleh jadi bakal suamiku. Aku tidak mahu berkahwin dengan kawan baik sendiri, pasti Zyan akan anggap aku ini perempuan gatal dan pernah ada perasaan dengan dia dahulu sejak sekolah. Ah, aku tak mahu!
TOK! TOK! TOK!
Ternaik sedikit bahuku terkejut. Tanpa sedar, aku terbawa sekali borang yang berada kemas di tangan aku itu dan berjalan ke arah pintu bilik. Tombol pintu bilik aku pulas. Melihat wajah ayah sudah berada dihadapan muka pintu bilikku.
"Ayah...”
"Ni, kamu tak nak makan ke? Ayah dah siap masak tu. Nanti turun cepat.”
"Tadi Bella solat. Nanti kejap lagi Bella turun ya." Balasku sambil tersenyum tipis. Rasa serba salah juga nak tunjuk borang persetujuan pengizinan daripada ibu bapa untuk aku ikut serta dalam pertandingan itu.
Ayah yang perasan aku sedang menggenggam kemas satu borang tersebut, sedikit berkerut dahi memandangku.
"Borang apa tu?"
"Err..." Aku sudah mula gagap. Nak bagi ayah baca ke atau tak payah? Ah, aku sedih jika ayah buat-buat tak peduli dengan borang tersebut. Mahu menitis air mataku nanti.
"Nah..." Terketar-ketar aku menyerahkan borang tersebut. Jantung saat ini hebat berdetak laju. Ayah makin kerutkan dahinya. Dia pun pelik.
Cermin mata yang berada di poket seluar ayah lantas di ambil oleh ayah sambil menyambut borang yang aku serahkan pada ayah. Cermin mata di pakai lalu ayah membaca satu per satu tulisan yang berada di atas kertas itu.
Aku teguk liur seketika. Jantung makin laju berkencang. Ya Allah, harap sangat lah ayah setuju. Aku ni pun satu. Kenapa lah aku boleh terbawa sekali borang tu? Kan ayah dah nampak. Haih...
Nak tak nak terpaksa lah bagi ayah baca. Ayah pun dah tanya itu borang apa. Aku pula bodoh sangat boleh terbawa sekali borang itu sewaktu membuka pintu. Ah, cuai!
"Borang apa ni?” Soal ayah apabila selesai membaca tiap satu per satu perkataan yang berada di atas kertas itu. Kini ayah memandang aku. Menjongketkan sedikit keningnya. Tertanya-tanya.
"Err...Tu borang persetujuan daripada ibu bapa untuk Bella menyertai pertandingan ballet dance. Bella terpilih. Ayah, boleh tak Bella ikut serta dalam pertandingan tu? Ni pertama kali Bella dapat terpilih. Boleh? Ayah setuju?” Aku buat muka simpati berharap ayah setuju.
"Bila?” Soal ayah tanpa memandangku.
"Err...Miss Liya kata, kalau tak ada halangan mungkin bulan depan.” Jawabku sedikit gagap. Berdebar-debar saat ini menunggu keputusan daripada ayah.
Ayah menjeling sekilas ke arahku lalu kembali membaca borang tersebut. Nafas berat aku hela. Aku tahu, jika ayah diam pasti dia tidak setuju dan tidak izinkan aku menyertai pertandingan tersebut. Aku sudah kecewa masuk 6 kali. Sedih....
"Dekat mana Bella akan bertanding nanti?” Soal ayah buatkan aku terus tak jadi nak sedih. Mungkin ayah cuba buka hati untuk setuju. Ah, aku kena pujuk ayah lebih lagi. Betul kata-kata Tiya itu. Aku perlu pujuk ayah.
"Errr...Dekat...Dekat Italy, ayah.” Lambat-lambat aku sebut negara itu. Kali ini, aku sudah tidak berharap lagi. Yang aku harap, pasti ayah tidak akan setuju. Nafas berat aku hela. Sabar je la, Bella. InsyaAllah, ada lagi rezeki kau untuk lain kali nanti.
Mendengar aje nama negara Italy disebut, aku melihat wajah ayah berubah. Wajahnya tadi tidak terlalu serius, bila dengar nama negara itu wajah ayah berubah ketat dan kembali serius. Ayah membuka cermin matanya lalu borang yang berada di dalam genggamannya itu dicampak kasar di atas lantai.
Terkejut aku melihatnya. Kan dah cakap, ayah tak akan setuju. Melihat mata ayah tajam merenungku.
"Tak payah pergi!” Cukup lah tadi hati aku sedikit terguris melihat borang tersebut dicampak kasar oleh ayah. Mendengar kata-kata ayah itu, lagi bertambah sakit hati aku saat ini. Sebab itu lah aku tak mahu ayah membaca borang itu. Aku tahu, sudah pasti ayah tidak akan setuju dan tidak izinkan aku menyertai pertandingan tersebut.
Ayah terus mengatur langkah pergi. Cepat-cepat aku capai semula borang yang telah dicampak kasar oleh ayah itu tadi. Nasib baik tidak koyak. Kaki mengatur langkah mengikut jejak langkah ayah.
Kali ini aku tidak akan berdiam diri lagi. Aku kena pujuk ayah. Ini lah peluang yang aku ada. Aku tidak akan sia-siakan peluang yang aku ada. Dah lama sangat aku nak ikut pertandingan ini. Kalau ayah tetap tidak terima, memang hati aku hancur. Sakit.
"Ayah..."
Panggilku sewaktu kami berdua sudah berada di ruang tamu. Tak jadi terus ayah mahu melangkah masuk ke dapur. Tercungap-cungap aku mengejar ayah. Sedikit pun ayah tidak berpaling memandangku. Saat ini lah rasa dada mula sebak dan air mata mula mahu mengalir.
"Ayah, tolong la bagi Bella ikut pertandingan ni. Bella dah lama sangat nak ikut. Bagi Bella peluang ayah. Tolong la. Bella janji, untuk kali ini aje. Lepastu, Bella tak akan ikut lagi pertandingan semua tu. Please, ayah. Bella nak ikut pertandingan ni.”
Merayu-rayu aku pada ayah saat ini. Tunggu masa sahaja air mata mengalir. Ayah memusingkan tubuhnya memandangku.
"Kalau tentang ni, Bella sanggup merayu-rayu pada ayah nak ikut serta dalam pertandingan tu. Kalau ayah cakap pasal kahwin, selalu mengelak lepastu bagi alasan. Kalau macam tu, Bella kena kahwin dulu baru lah ayah izinkan Bella ikut serta dalam pertandingan tu!” Tegas suara ayah buatkan aku teragak-agak nak bersuara. Terkejut pun ada saat ini. Ayah tak habis-habis lagi bercakap tentang kahwin. Nak aje aku menjerit berkata yang aku tak mahu kahwin!
"Kenapa ayah nak sangat Bella kahwin? Jodoh semua tu kan di tangan Allah. Biar lah Allah yang aturkan. Bella merayu sangat dekat ayah, tolonglah izinkan Bella ikut serta dalam pertandingan ni.” Perlahan suaraku merayu pada ayah. Aku cuba mencari keberanian untuk bersuara lagi. Harap sangat tidak gagap.
"Tak! Ayah tak akan izinkan. Itu negara orang. Kalau Bella pergi sana nanti jadi apa-apa macam mana? Ayah kata ayah tak izinkan, ayah tak akan izinkan. Titik!" Tersentak aku mendengarnya. Air mata laju mengalir di pipi. Sumpah sakit sangat hati ini.
Tak dapat aku terima dengan apa yang ayah dah cakap itu. Aku meraup wajah. Teresak-esak aku menangis. Mungkin aku terlepas lagi peluang kali ini. Terpaksa lah menahan cemburu melihat peserta lain yang terpilih ikut serta ke pertandingan itu pada bulan depan nanti.
Suasana menjadi sunyi sepi. Aku masih teresak-esak menangis. Tak dapat tahankan lagi sebak di dada ini.
"Okay..."
Ayah tiba-tiba bersuara membuatkan suara tangisanku sedikit demi sedikit menurun. Cuba menenangkan diri sendiri. Berdebar-debar mendengar kata-kata selanjutnya daripada ayah.
Perlahan-lahan aku angkat wajah memandang ayah. Air mata yang mengalir di pipi kuseka. Ya, aku tahu. Ayah tidak boleh melihat aku menangis. Lagi-lagi aku menangis kerana lelaki. Ah, mengamuk teruk ayah.
Tapi, alhamdulillah. Dari dulu hingga sekarang aku tak pernah bercinta dan tak pernah menangis teresak-esak kerana lelaki. Hidupku penuh dengan senyuman. Tetapi, siapa sangka ada terselit juga rasa sedih dan kecewa. Apa-apa pun, perlulah tersenyum dengan setiap dugaan yang muncul.
"Ayah setuju dan izinkan Bella ikut serta dalam pertandingan tu. Lagipun, itu impian Bella. Ayah tidak boleh halang. Ayah akan izinkan Bella pergi, tapi....”
Terkejut aku mendengar kata-kata ayah itu. Eh, betul ke ni? Ayah setuju dan izinkan aku menyertai pertandingan itu? Aku tak salah dengar kan? Ya Allah, saat ini nak aje aku peluk erat-erat tubuh ayah. Tapi, dari dulu lagi memang aku tidak pernah menyentuh ayah. Peluk cium ayah langsung tidak pernah. Ayah pun seorang yang tegas. Cemburu juga melihat yang lain mesra dengan ayah sendiri tapi ayah aku pula hanya serius 24 jam. Hm...
Berdebar-debar aku menunggu kata-kata seterusnya daripada ayah itu. Dalam hati dah bersyukur sangat-sangat ayah setuju dan izinkan aku menyertai pertandingan itu. Tapi, aku tak rasa sesenang itu aku dapat pergi. Pasti ada terselit dengan syarat-syarat daripada ayah.
"Selepas habis sahaja pertandingan Bella itu, ayah nak Bella terus bertunang dan ayah juga akan buat cepat-cepat akad nikah untuk Bella terus menjadi isteri orang.”
Gulp!
Teguk liur aku seketika. Makin hebat jantung berkencang. Apa? Lepas habis sahaja pertandingan itu aku akan terus jadi isteri orang? Tetapi, dengan siapa? Jangan cakap, dengan Zyan.
"Nak tak nak, semua keputusan itu berada pada Bella. Bella perlu cakap nak, kalau setuju. Dan, Bella juga boleh cakap tak nak, jika Bella tidak setuju. Terserah pada Bella. Yang penting, nak tak nak ayah tetap mahu kahwinkan kamu secepat mungkin.”
Aku ketap bibir. Ah, ada dua pilihan. Sama ada nak atau tak nak. Jika aku setuju, ayah akan izinkan aku untuk menyertai pertandingan itu. Jika aku tidak setuju, ayah juga tidak akan izinkan aku untuk menyertai pertandingan itu. Tetapi, kahwin tetap kahwin.
Ah, kusutnya kepala otak aku ni. Dua-dua pilihan itu, mana satu aku nak pilih ni. Aduhai, sakit otak aku nak memikirkan semua tentang hal ini.
Melihat ayah memeluk tubuh sambil menjongketkan kening sebelahnya. Sedang menunggu keputusan daripada aku.
"Err...Tapi, Bella bukannya ada calon bakal suami pun.” Aku bersuara setelah sekian lama membisu. Masih terasa sakit hati ini.
"Ada. Ayah dah dapat calon suami untuk Bella. So, tentang bakal suami Bella tu jangan risau. Sekarang ni ayah masih menunggu keputusan daripada Bella sendiri.” Balas ayah bersahaja.
Aku ketap bibir lagi. Rasa nak menangis lagi saat ini. Otak pun dah tak berfungsi nak pilih yang mana satu.
Jammed.
"Oky, kalau macam tu. Bella nak juga tahu siapa bakal suami Bella. Bella juga berhak tahu sebab dia tak lama lagi akan jadi suami Bella.” Aku memberanikan diri bersuara. Ayah seperti teragak-agak untuk menjawab pertanyaanku itu. Harap sangat bukan Zyan.
“Lelaki tadi. Zyan Uqael.” Jawab ayah selamba buatkan aku terkejut besar. Buatkan aku bertambah terkejut lagi apabila ayah hafal nama panjang Zyan.
Zyan Uqael.
"Apa?! Zyan?" Terlopong luas aku mendengar nama itu. Melihat ayah dengan bersahajanya mengangguk. Jantung aku saat ini rasa macam nak terhenti. Terkena sakit jantung apabila terkejut dengan jawapan ayah tadi.
"No, ayah please. No. Bella tak nak kahwin dengan dia. Bella bukannya suka dia pun. Dia pun tak suka Bella. Kitaorang hanya kawan rapat aje. Please, ayah. Bella tak suka dia. Bella tak cintakan dia pun dan Bella tak nak kahwin dengan dia." Ujarku dalam nada separa merayu.
"Ayah dah tiada sesiapa lagi nak dijadikan bakal suami Bella. Ayah rasa, hanya Zyan yang sesuai untuk Bella. Lebih baik bercinta lepas kahwin daripada sebelum kahwin. Boleh timbulkan fitnah.” Ujar ayah buatkan aku tidak senang duduk.
"Bella tak suka dia la ayah. Sikit pun Bella tak ada perasaan terhadap dia. Bella boleh kahwin, tapi please...Bukan dengan lelaki tu.”
Ah, serius aku tak dapat terima semua ini. Lelaki itu hanya kawan baik aku. Tak pernah terfikir pun aku nak kahwin dengan dia. Dia dengan aku pun bukannya banyak cakap pun. Hanya sembang-sembang gitu aje.
Aku ni dah lah seorang pemalu dan pendiam. Sumpah la aku tak dapat terima jika aku terpaksa kahwin dengan Zyan. Aku tak mahukan lelaki itu dan aku tidak suka dia. Sikit pun aku tidak suka padanya.
"Tak suka tu belakang cerita. Bila kamu berdua nanti sudah berkahwin, perasaan cinta semua tu akan wujud di dalam hubungan rumahtangga korang berdua. Allah tu ada. Jangan risau. Percaya pada Allah. Apa-apa pun, Bella perlu kahwin. Dengan lelaki tu. Zyan.” Aku menunduk memandang lantai. Rasa beratnya untuk aku terima.
Hati ini sudah memberontak tidak terima dengan apa yang ayah dah cakap. Aku betul-betul tidak boleh terima. Tak akan nak dipaksa pula apabila hati langsung tidak tertarik pada lelaki itu.
"Bagi Bella masa dulu, nanti kalau Bella dah dapat jawapan tu Bella bagitahu ayah.” Tidak menunggu lama aku terus melangkah pergi. Hati terluka dan tunggu masa aje air mata mengalir.
"Ayah tak nak lambat. Kalau boleh cepat sikit bagi jawapan tu. Ayah akan bagi masa dalam seminggu.” Ayah sempat bersuara sebelum aku melangkah naik ke tangga kembali ke bilik tidur.
********
Selesai aku menunaikan solat subuh, mata terus menangkap jarum jam yang sudah tepat pukul 7 pagi. Pagi ini aku lambat sedikit masuk ke kelas. Dalam pukul 12 tengah hari begitu. Haih, kenapa lah lambat sangat kelas bermula? Aku lebih suka kelas bermula pada awal pagi. Segar.
Rambut yang panjang melepasi bahu itu aku ikat tinggi. Rimas pula kalau terlepas bebas. Kaki diaturkan melangkah keluar daripada bilik. Mahu menyiapkan sarapan pagi.
Tetapi, entah kenapa sekarang otak aku pagi-pagi rasa dah macam tak boleh berfungsi pula. Jadi blur seketika tidak tahu mahu masak sarapan apa pagi ini.
Pintu peti sejuk aku tarik. Meneliti satu per satu di dalam peti sejuk itu. Mata terus menangkap satu kotak susu putih. Di capai lalu aku mencapai pula gelas. Rasanya nak minum susu je kut pagi ni. Pagi-pagi aku tak sangat sarapan. Malas dan langsung tak rasa lapar. Jadi, boleh lah otak aku berfungsi bila minum susu ni pagi-pagi.
Belum sempat lagi aku meneguk susu yang sudah dituang di dalam gelas itu, telefon bimbitku yang berada di sebelah berbunyi menandakan ada seseorang menghubungiku. Aku mengeluh seketika. Sengaja tak bagi aku minum susu ni, kan?!
Telefon yang berada di sebelah, aku capai. Berkerut-kerut dahiku melihat tertera di skrin telefon hanya ada nombor telefon seseorang dan tiada nama. Jadi, kalau tiada nama bermaksud aku tidak mengenali orang itu. Kalau aku kenal, dah lama aku simpan awal-awal nombor dia dan letak sekali nama. Tapi ini langsung aku tidak tahu siapa orang si pemanggil itu.
Mungkin salah nombor tetapi sudah banyak kali rasanya dia hubungi aku malam tadi. Sampaikan malam tadi, aku yang baru nak tidur ni terus tak jadi nak lelapkan mata apabila telefon bimbitku berbunyi.
Oky, tak apa. Aku akan angkat call ini. Kalau salah nombor aku maafkan. Jika orang tu nak scam aku, hah siap-siap lah kau kena mental pagi-pagi ni. Jangan sampai aku buka mulut, terdiam terus kau nanti. Nak tipu Bella Brianna. Memang silap lah kau!
Sempat aku jeling nombor tersebut lalu terus aku geselkan ikon hijau itu. Kini telefon diletakkan di telinga. Pagi-pagi dah buat orang naik angin!
"Hello, ni siapa ya? Ada apa call saya? Salah nombor ke? Kalau salah nombor tolong jangan call saya lagi. Kalau awak nak scam saya sekalipun, tak perlu kut. Saya dah tahu awal-awal. Okey, bye. Kalau awak call saya lagi, saya akan report polis!"
Laju aku bersuara dan terus aku matikan talian tersebut. Tetapi, di dalam talian itu tadi kedengaran senyap. Sedikit pun tiada suara. Ah, lantak la. Salah nombor gamaknya.
Air susu putih aku teguk. Kaki mengatur langkah ke ruang tamu lalu melabuhkan duduk di atas sofa. Remote control aku capai, ditekan punat on untuk menghidupkan television. Kerana hari ini aku lambat masuk kelas, rasanya nak rehat di rumah. Malas nak buat yoga.
Selalunya, pagi-pagi begini aku buat yoga. Tetapi, entah kenapa aku rasa malas pula. Masih terngiang-ngiang kata-kata ayah malam semalam buatkan pagi aku hari ini tidak aman. Rasa tiada mood.
Sedang aku fokus menonton television, bunyi lagi deringan telefon bimbitku. Haih, siapa yang call ni? Rasa nak maki aje!
Aku capai dengan kasar telefon bimbitku. Melihat yang menghubungi aku ialah nombor yang sama. Nombor tadi. Makin berkerut seribu dahiku saat ini. Hish! Siapa ya orang itu? Memang cari gaduh betul la!
"Hello! Ni siapa, hah?! Kau nak apa?! Jangan sampai aku buat report polis! Kau nak apa?!” Tak menunggu lama, terus aku angkat call itu. Hati sudah panas yang teramat! Geram!
Aku bersuara dengan nada yang meninggi. Dah geram sangat. Hati pun dah panas. Aku tidak menunggu orang di talian itu bersuara, laju sahaja aku memutuskan kembali talian itu. Tetapi belum sempat untuk aku menamatkan talian itu, dapat kudengar satu suara yang sangat aku kenal.
"Amboi, garangnya pagi-pagi ni. Jangan lah marah-marah, nanti cepat tua. Sorry kalau pagi-pagi ni saya ada ganggu awak.” Nada suara itu penuh dengan kekecewaan. Nada suara yang penuh berasa bersalah.
Aku tersentak seketika. Suara itu sangat aku kenal. Ya, aku kenal. Siapa lagi kalau bukan Zyan! Lelaki itu menghubungiku. Aku boleh pula meninggikan suara padanya tadi.
Jadi, malam semalam dia lah yang hubungi aku. Ah, aku lupa lagi! Aku yang bagi dia nombor telefonku. Jadi aku tidak boleh menyalahkan dia. Aku yang lupa nak minta nombor telefonnya. Cuai, cuai!
Berkali-kali aku ketuk dahi sendiri. Lupa! Bibirku ketap. Malu pun ada saat ini.
"Errr...Ni Zyan, ke?"
"Ya, awak." Lembut suaranya menjawab. Entah kenapa, jantung aku makin hebat berkencang. Wajah dah berbahang.
"Saya ada ganggu awak ke pagi-pagi ni? Maaf lah. Saya tak tahu pula. Saya janji saya tak akan call awak lagi. Maafkan saya. Saya letak dulu ya. Bye." Nada suaranya dapat kudengar seperti dia sedang kecewa. Sedih.
Bukannya aku bersuara perlahan. Kuat kut! Aku rasa, ayah yang berada di atas pun boleh dengar. Hadoi! Memang terasa hati lah mamat tu kerana kena tengking dengan aku pagi-pagi ni.
"Eh, err...Zyan. Nanti dulu. Err...Sorry. Saya tak tahu pula yang awak call saya. Sebab saya tak ada nombor telefon awak. Sorry, Zyan." Laju aku bersuara sebelum dia memutuskan talian ini.
"It's okey. Saya salah sebab dah ganggu awak pagi-pagi ni."
"No, tak ada apa lah. Saya ingatkan orang lain, rupa-rupanya awak. Sorry..." Rasa bersalah pun ada saat ini. Haih, dia pun satu. Kenapa tak bersuara. Macam mana lah aku nak 'cam' itu dia.
"Ni, awak ada apa call saya?" Nada suaraku kembali tenang. Tetapi masih berasa malu dan bersalah telah buat lelaki itu sedih. Kecewa kerana dapat maki free-free daripada aku.
"Oh, ya. Saya nak tanya. Ayah awak nak jumpa dengan saya untuk apa? Mungkin saya lambat sikit kut datang ke sana.”
Ah, nada suaranya begitu berani nak berjumpa dengan ayah. Kalau lelaki lain mahu berjumpa dengan ayah semuanya beri alasan awal-awal. Tapi kalau Zyan, siap buat date lagi. Berani betul ya mamat ni.
"Err...Untuk apa ayah saya nak jumpa dengan awak tu saya tak tahu lah pulak. Awak jumpa je lah dengan ayah saya. Mungkin ayah saya nak cakap sesuatu dekat awak." Bibir bawahku gigit. Lantak lah kalau berdarah sekalipun, aku geram sangat sekarang ni.
Dan, sekarang aku masih keliru untuk memilih dua pilihan yang ayah berikan padaku malam semalam. Ayah juga memberi aku sedikit waktu. Dalam masa seminggu. Sempat ke aku fikirkan semua itu? Ah, stress!
"Oh, okay. By the way, sorry kacau awak pagi-pagi ni. Jangan lah terlalu emo. Nanti tak cantik tau." Ujarnya sambil ketawa kecil. Sempat lagi ya dia nak menyakat aku.
"Err...Hehehe. Sorry, Zyan. Oky, nanti saya bagitahu dekat ayah saya.”
Kini talian kami berdua telahpun terputus. Jantung aku saat ini makin hebat berdetak. Betul ke Zyan nak datang hari ini. Aduhai, harap sangat dia bagi alasan dekat ayah yang dia tidak dapat datang pada hari ini.
"Zyan call ke?" Pertanyaan itu buatkan aku sedikit tersentak.
Cepat-cepat aku mencampak telefon ke sebelah. Buat-buat tidak terjadi apa-apa berlaku sebaliknya aku sedang serabut memikirkan sesuatu. Susu yang masih tinggal sisa di dalam gelas aku teguk bagi habis.
"Dia cakap apa?" Melihat ayah sudah melabuhkan duduknya di sebelahku.
"Tak ada apa-apa pun. Cuma dia kata, dia datang lambat sikit hari ni. Kan dia dah janji dengan ayah yang dia nak jumpa dengan ayah hari ni." Jelasku. Ayah hanya diam membisu tidak membalas kata-kataku itu.
"Tak masuk kelas ke hari ni?" Soal ayah. Matanya tertumpu pada television.
"Hari ni masuk kelas lambat sikit." Balasku lambat-lambat.
"Okey lah, ayah. Bella nak naik atas dulu. Nak mandi kejap." Tak menunggu lama, aku terus mengangkat punggung. Belum sempat aku menjejakkan kaki ke anak tangga, kedengaran suara ayah seperti memberi peringatan kepada aku.
"Bella, ingat. Ayah tak mahu kamu bagi keputusan kamu tu lambat. Kalau boleh, esok bagitahu keputusan kamu tu kepada ayah. Jangan lambat-lambat berfikir."
Teguk liur aku mendengar. Tidak menjawab, aku terus melangkah naik. Hati saat ini tak terkata. Kalau aku setuju, akan tetap kahwin dengan Zyan tapi ayah mengizinkan aku menyertai pertandingan itu. Tapi, jika aku tidak setuju berkahwin. Ayah tidak akan mengizinkan aku menyertai pertandingan itu.
Ah, sungguh sulit untuk difikirkan saat ini. Otak aku tak dapat berfungsi dengan baik untuk memikirkan tentang hal itu.
*********
Aku sedikit mengintai ke ruang tamu melihat Zyan sedang rancak bersembang dengan ayah. Siap ketawa mesra lagi. Ah, kenapa ayah senang terhibur dengan Zyan? Sumpah ini pertama kali aku melihat ayah senyum. Kalau tidak, nak senyum tu susah sangat terukir dibibir.
Tapi, bila bersama Zyan lebar benar senyuman ayah. Dari dapur aku hanya mengintai mereka berdua yang berada di ruang tamu.
Selesai membancuh air untuk Zyan dan ayah, aku melangkah ke ruang tamu. Dulang air aku letak di atas meja berhadapan dengan mereka berdua. Dapat kulihat mata Zyan sedang merenungku lama. Isy, apa mamat ni pandang-pandang?! Korek biji mata tu kang baru tahu!
"Bella, mari sini duduk sekali. Ayah ada nak bincang sikit dengan kamu dan Zyan." Kata-kata ayah itu buatkan aku tidak senang duduk. Dada mula berdebar-debar.
Lambat-lambat aku labuhkan duduk di sebelah ayah. Ayah menghirup dahulu kopi yang aku telah buat tadi sebelum memulakan bicaranya.
Sedikit pun aku tidak memandang Zyan dihadapanku. Entah kenapa aku rasa malu. Kerana aku sudah tahu apa yang ayah akan berkata pada Zyan nanti. Pasti lelaki itu akan menganggap aku perempuan gatal dan perasan suka dekat dia. Ah, malunya aku!
"Zyan, pakcik nak tanya sikit pada kamu ni."
Melihat Zyan sudah fokus pada ayah. Mendengar dengan teliti pertanyaan ayah nanti. Aku masih menunduk. Malu nak angkat wajah yang mula berbahang ini.
"Ya, pakcik."
"Jujur dengan pakcik, kamu ada perasaan pada Bella?" Soal ayah lembut. Sedikit pun tidak mengeluarkan nada suara tegasnya itu. Tergamam aku mendengar soalan ayah itu. Entah apa lagi, Zyan. Melihat riak wajahnya berubah.
"Perasaan? Maksud pakcik?" Soal Zyan kembali sambil tersengih yang dibuat-buat. Aku masih menunduk. Tak berani angkat wajah. Malu.
"Kamu suka Bella?" Soal ayah laju. Saat ini mahu sahaja aku mengangkat punggung dan berlari masuk ke dalam bilik. Tidak tahu mana lagi nak letak muka saat ini. Malu pada Zyan.
Melihat wajah lelaki itu berubah. Zyan diam sebentar. Ayah juga turut diam. Termasuk lah aku walaupun disebaliknya sedang tertanya-tanya dan menunggu jawapan daripada Zyan.
"Kalau kamu ada perasaan dan suka pada anak pakcik, pakcik nak kahwinkan kamu dengan Bella." Dengan berwajah bersahaja ayah menyambung lagi kata-katanya itu.
Aku sudah terkebil-kebil. Mencari jalan untuk pergi daripada sini. Tidak mahu dengar jawapan daripada Zyan kerana aku sudah tahu pasti lelaki itu tidak menerima diriku. Entah apa lagi kahwin.
"Err...Pakcik..." Zyan bersuara buatkan aku tidak senang duduk.
"Ayah, Bella nak naik atas dulu. Nak siap-siap sebab sekejap lagi Bella dah nak gerak pergi kelas. Hari ni biar Bella naik bas aje. Ayah tak perlu lah hantar Bella ya." Cepat-cepat aku mencelah kata-kata Zyan itu dan meminta diri pada ayah untuk tidak berada di situ lagi.
"Bella, nanti dulu. Duduk sini sekejap. Tak lama pun, ayah cuma nak bincang sikit aje pada kau orang berdua. Kalau kau orang berdua tidak salin mencintai, tak mengapa. Bila dah kahwin nanti, percaya la. Cinta itu akan datang sendiri pada perasaan dan hati kamu berdua."
Terhenti terus langkahku mendengar kata-kata ayah itu. Teguk liur aku seketika. Terus tak jadi nak melangkah naik ke tangga. Kembali berjalan mendapatkan ayah lalu aku melabuhkan duduk kembali di sebelah ayah.
Sempat aku memandang sekilas wajah Zyan yang berada dihadapanku itu. Zyan juga turut memandangku buatkan aku terus jadi kaku. Tidak dapat melarikan pandangan melihat matanya yang sedang merenungku.
"Zyan..." Ayah bersuara menyentakkan aku dan Zyan. Kami berdua yang sudah sedar daripada tadi asyik berpandangan, cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku agar tidak bertentangan lagi dengan lelaki dihadapanku itu. Zyan juga turut mengalihkan pandangannya memandang ayah.
"Macam mana? Kamu setuju ke untuk berkahwin dengan anak pakcik? Lagipun, kamu memang dah kenal dia daripada sekolah lagi kan?" Ayah menyoal Zyan buatkan aku makin bertambah tidak senang duduk dan gelabah.
"Err...Ya, pakcik. Saya memang dah lama kenal Bella." Jawab Zyan sambil tersengih kecil. Tetapi, soalan ayah pada Zyan untuk dia berkahwin dengan aku, Zyan masih tidak menjawab. Pasti dia tidak setuju, lagipun memang aku pun tak setuju.
Harap sangat dia tidak setuju!
"Tak apa lah, pakcik bagi masa dekat kamu untuk buat keputusan. Jika kamu dah dapat jawapan tu bagitahu dekat pakcik ya. Pakcik yakin, kamu orang yang paling tepat boleh jaga anak pakcik jika satu hari nanti pakcik sudah tiada di dunia ni." Ujar ayah apabila melihat Zyan lama berdiam diri.
"Err...Ya. Saya setuju." Laju Zyan bersuara membuatkan jantungku hampir terhenti. Lama aku memandang dia, dia pula membalas pandanganku.
Ya Allah, betul ke ni apa yang dia cakap? Aku tak salah dengar kan? Dia setuju? Ah, tak. Dia tidak setuju. Telinga aku ada masalah kut. Tak! Tak! Tak!
Melihat wajah ayah jelas gembira. Lebar ayah senyum. Aku pula buat muka tidak puas hati. Harap sangat Zyan tahu yang aku tidak setuju!
"Betul ke Zyan setuju? Zyan ada perasaan dekat Bella ke selama ni?" Soal ayah bertalu-talu dengan nada yang gembira.
"Ya. Saya...Saya dah lama suka dekat dia. Alhamdulillah, benar dia jodoh saya. Dan...Saya setuju untuk berkahwin dengan dia, jaga dia hingga akhir hayat saya."
Ya Allah, saat ini aku rasa nak pengsan sampai esok. Bukan pengsan sebab gembira dan cair, tapi aku tak setuju. Aku nak batalkan juga cadangan ayah semua tu. Tapi, aku mempunyai dua pilihan. Aku rasa, salah satu pilihan dapat membantuku untuk membatalkan cadangan tersebut.
"Tak. Bella tak setuju. Kalau Zyan setuju, itu dia. Bella tak setuju, ayah." Aku mula bersuara. Tak senang duduk terus aku berdiri. Masih mengawal nada suara. Tidak mahu menunjukkan yang aku kurang adab.
"Bella, kenapa cakap macam tu? Kamu patut bersyukur dapat dia tau. Dia pun dah kenal kamu lama. Kawan lama. Apa masalahnya?" Tajam ayah memandangku. Tetapi, semua itu aku tidak pedulikan lagi. Yang penting, aku perlu membatalkan cadangan ini.
"Memang lah dia kawan lama, Bella. Tapi Bella tak suka dia lah ayah. Sikit pun Bella tak ada perasaan suka dekat dia. Dia hanya kawan Bella. Tak lebih pun daripada tu!" Ujarku dalam nada sedikit tinggi. Jujur, aku tidak boleh terima dan aku tidak mahu kahwin paksa.
"Bella!" Bentak ayah apabila aku mula meninggikan suara.
"Apa-apa pun, Bella tak nak kahwin dengan dia. Bella tak suka dia!" Tak menunggu lama, aku terus melangkah naik ke atas. Mahu bersiap-siap dan segera pergi ke kelas. Tidak mahu hari ini menjadi hari pergaduhan dengan ayah. Cukup lah semalam aku hampir menyerah. Kini aku tidak mahu lagi menangis.
*********
Laju aku melangkah keluar daripada rumah, belum sempat aku berjalan keluar daripada kawasan rumah ini, kedengaran suara ayah mematikan langkahku.
Aku mengeluh panjang. Berpusing kembali memandang ayah yang berada di muka pintu rumah.
"Ayah nak Bella naik kereta dengan Zyan. Bahaya keluar seorang diri." Ujar ayah buatkan aku terkejut besar. Zyan hantarkan aku ke kelas? Ah, tak perlu! Aku boleh pergi seorang diri. Buat masa ni, aku tidak mahu bertemu dan bertentang mata dengan lelaki itu.
"Tak apa lah, Bella boleh pergi sendiri." Aku mendapatkan ayah semula. Lupa pula nak salam ayah. Selesai aku mengucup tangan ayah, terus aku melangkah pergi tetapi dihalang lagi oleh ayah.
"Bella Brianna!"
Mati kembali langkahku. Kalau ayah sebut nama panjang aku tu faham-faham lah. Memang dia dah naik angin dengan aku. Huh...
Apa-apa pun aku perlu berserah. Ikut sahaja apa yang disuruh oleh ayah.
Sepanjang perjalanan itu, aku hanya memandang di luar tingkap sambil memeluk tubuh. Hati masih panas dengan lelaki di sebelah aku ini. Kenapa dia boleh setuju dengan cadangan ayah itu? Aku tak suka dia lah! Dan, kenapa juga dia mengaku yang dia suka aku?
Tak, aku tak rasa dia suka aku. Pasti dia diupah oleh ayah terpaksa menerima aku untuk berkahwin dengan aku. No, I can't accept all that!
"I'm sorry...." Suara Zyan memecahkan kesunyian antara kami berdua yang daripada tadi sunyi sepi. Aku sedikit pun tidak memandang dia. Masih dengan wajah masam mencuka.
"Kenapa awak setuju dengan semua tu, Zyan? Kenapa? Saya tak nak terima dan tak setuju dengan cadangan ayah ni. Berkahwin dengan awak. Lagilah saya tak boleh terima. Awak hanya kawan baik saya, tak pernah saya anggap awak lebih daripada itu. Tapi, kenapa awak setuju? Why, Zyan?” Laju aku bersuara sebelum lelaki itu yang membuka mulut.
"Percaya lah. Apa yang saya cakap tadi tu semua betul, Bella. Saya...Saya sebenarnya dah lama sukakan awak. Saya juga cintakan awak sejak sekolah lagi. Dan saya juga bersyukur kerana saya masih ada jodoh dengan awak. Dengan peluang yang saya ada, sejujurnya saya setuju untuk berkahwin dengan awak Bella.”
Tersentak aku seketika. Bagaikan saat ini jantung mahu terhenti. Liurku telan. Tak berani saat ini mahu menoleh memandang Zyan di sebelah. Dapat kurasakan yang dia sedang memandangku sambil tersenyum.
Ah, kekoknya!
Suasana menjadi sunyi sepi. Aku tidak berani lagi untuk bersuara. Diam. Sampai sahaja di hadapan kelas ku, tak menunggu lama terus aku keluar daripada kereta Zyan.
"Terima kasih sebab hantar saya..." Laju aku menutup kembali pintu kereta itu. Aku sudah tidak mahu lagi berhadapan dan bersuara dengan dia. Cukup! Aku dah kekok saat ini.
"Eh, Bella. Tu macam kereta Zyan. Zyan hantarkan kau ke tadi? Auww, so sweet. Kan aku dah cakap, Zyan suka kau. Okey lah tu ayah kau kahwinkan kau dengan Zyan tu." Ujar Tiya yang tidak tahu apa-apa terus mendapatkan aku.
"Isy, kau ni! Aku tengah bengang ni kau boleh pula nak cakap pasal dia." Jelingan maut aku berikan pada Tiya.
"Lah, aku pula kena marah? Kenapa ni, Bella? Zyan tu ada buat kau ke? Dia buat kau marah ke? Cuba cakap dekat aku, biar aku tumbuk leher dia sampai patah." Bebel Tiya dalam nada sengaja mengusik aku yang tengah panas hati. Dia tak tahu aku sekarang tengah panas hati tentang hal pagi tadi dia boleh pulak cakap begitu.
"Isy, kau ni! Main-main lah. Aku tengah tak ada mood ni." Jelingan maut aku berikan pada Tiya. Betul-betul tengah panas sekarang ni. Otak pula tak berfungsi nak cari idea untuk batalkan cadangan ayah itu. Haih....
"Eh, marah aku pulak. Aku serius ni. Siapa buat kau? Zyan ke?" Soal Tiya kembali. Melihat wajahnya betul-betul serius disebabkan suaranya bernada usikan sebab itu lah aku ingatkan dia sengaja nak usik aku. Macam tahu-tahu aje aku tengah bergaduh dengan Zyan. Aku menahan tawa.
Muka masih ketat. Hati masih panas. Wajah Tiya di sebelah, aku pandang sambil itu aku memasukkan beg sukanku ke dalam locker.
"Ayah aku tetap nak aku kahwin dengan Zyan. Sebab dia percayakan Zyan. Zyan tu kan kawan lelaki pertama aku dan kawan rapat aku sejak sekolah lagi. So, ayah aku nak aku kahwin dengan dia. Wei, aku tak nak la. Zyan tu bukannya sukakan aku pun. Mesti dia ingat aku ni gatal dengan dia sejak dulu lagi. Eeee! Aku tak nak! Tiya, tolong lah aku pujuk ayah aku untuk batalkan cadangan mengarut ayah aku tu." Ceritaku pada Tiya sambil lengannya aku goncang-goncang beberapa kali. Saat ini, aku sangat-sangat memerlukan bantuan daripada seseorang. Harap sangat Tiya dapat membantu aku.
Wajah Tiya sedikit berubah. Terkejut dengan kata-kata aku yang telah aku ceritakan padanya tadi. "Ayah kau nak kau kahwin dengan Zyan? Zyan setuju tak? Dah jumpa dengan ayah kau?" Soal Tiya bertalu-talu.
"Dah. Pagi tadi dia jumpa dengan ayah aku lepastu dia mengaku yang dia memang suka aku daripada sekolah lagi. Dan dia juga setuju untuk berkahwin dengan aku tapi aku tak nak! Aku tahu dia terpaksa sebaliknya dia tak suka pun kat aku." Rengekku lagi. Sumpah aku tidak setuju. Jangan sampai aku lari rumah pula.
"So, kau tak percaya yang Zyan tu suka kau walaupun Zyan dah mengaku dekat ayah kau yang dia suka kau?" Soal Tiya. Aku hanya mengangguk malas.
"Hei, Bella. Dah dia mengaku dekat ayah kau yang dia suka dekat kau daripada sekolah, jadinya betul lah kata-kata dia tu. Yang kau tak percaya dekat dia dah kenapa? Dia pun mengaku sendiri. Daripada mulut dia sendiri. Kau kahwin je la dengan dia. Lagipun, kau dah kenal dia lama kut. Aku yakin, dia suka kau." Aku menjeling tajam. Ni nak tolong aku agar cadangan mengarut daripada ayah itu dibatalkan ke atau nak teruskan aku berkahwin dengan Zyan? Ada patah juga leher anak orang sebelah aku ni kang!
"Isy, kau ni! Aku tak nak kahwin dengan dia. Tak kisah lah dia suka aku ke tak suka aku ke, sekarang ni aku tak nak kahwin dengan dia. Aku tak suka dia."
"Kalau macam tu, cari lah calon bakal suami kau yang lain. Ayah kau suruh kahwin tapi bukan Zyan. So, kau cari lah yang lain selain Zyan."
TING!
Terlintas sesuatu dalam kepala otakku saat ini. Kan dah kata, Tiya sangat membantu. Tapi, kalau bab mengusik orang tu memang nombor satu.
Lama aku pandang wajah Tiya. Dah dapat idea! Teringat kembali dua pilihan yang ayah berikan kepada aku semalam. Mungkin membantu salah satu pilihan untuk aku pilih.
"Semalam ayah aku ada bagi pilihan. Dua pilihan. Pilihan pertama, kalau aku setuju. Ayah aku akan izinkan aku menyertai pertandingan tu dan bila aku dah selesai pertandingan tu dan balik semula ke Malaysia, aku akan terus bertunang dengan Zyan dan majlis perkahwinan kami berdua akan dipercepatkan."
"Kalau aku pilih pilihan kedua, aku tak setuju berkahwin. Ayah aku tak izinkan aku menyertai pertandingan tu dan aku akan tetap berkahwin dengan Zyan. Ah, kahwin tetap juga akan buat. Tapi, aku stress nak pilih mana satu. Kalau pilih pertama, dapat menyertai pertandingan tu balik je Malaysia kena kahwin juga. Kalau aku pilih pilihan kedua, ayah aku tak izinkan aku pergi menyertai pertandingan tu tapi kahwin tetap kahwin. Ah, stressnya!"
Rasa nak aje hentak-hentak kepala dekat dinding saat ini. Idea pun tak ada. Zyan pula boleh setuju dengan cadangan ayah siap mengaku lagi dekat ayah yang dia suka aku dari sekolah lagi.
Eh, kejap! Dia suka aku dari sekolah lagi? Serius lah? Jadi, dia mengaku dekat ayah tu semuanya betul lah? Selama ini dia suka dekat aku sebab itu lah dia setuju untuk berkahwin dengan aku.
Ah, aku yang ego terlampau tinggi sangat sampaikan tidak percaya dan tidak perasan yang dia sudah mengaku pada pagi tadi yang dia suka aku dari sekolah lagi sampai sekarang.
Eh, jap. Sampai sekarang pun dia masih sukakan aku?
"Oky, aku dah dapat idea. Kau minat ballet kan?" Soalan daripada Tiya buatkan aku nak aje seret-seret muka perempuan ni dekat jalan tar.
"Apa punya soalan kau ni? Mesti lah aku minat ballet." Jawabku sambil menjeling tajam ke arahnya. Tiya hanya sekadar sengih kecil.
"Oky, kalau macam tu. Kau kena pilih pilihan pertama. Kalau aku dekat tempat kau, aku pilih pilihan pertama. First, kau dapat ikut serta dalam pertandingan tu. And, nanti kau cari lah mana-mana lelaki yang kau berkenan sebelum balik Malaysia untuk bertunang dengan Zyan. Aku yakin, bila kau dah jumpa calon suami kau yang betul-betul tepat lepastu kau jumpa dengan ayah kau mesti ayah kau akan terima calon suami yang kau pilih. Apa-apa pun janji kau dapat ikut serta dalam pertandingan tu."
Kan aku dah cakap, Tiya sangat membantu. Aku memetik jari. Dah dapat idea. Erat aku peluk tubuh Tiya. Terhutang budi sangat dekat makcik Kiyah ni sebab dah bantu aku dalam hal yang sulit ini.
Benar juga kata-kata Tiya itu. Sebelum aku balik Malaysia, aku cari lah mana-mana lelaki yang sesuai dengan aku untuk buat suami. Janji bukan Zyan!
"Ya tak ya jugak...Tapi, nak cari dekat mana? Sebelum balik Malaysia aku perlu cari bakal suami aku dulu.” Itu persoalannya. Aku tengah stress memikirkan tentang itu pula.
"Hah, yang tu kau jangan risau. Dekat Italy nanti berlambak husband handsome and hot tau. Tapi, jangan ambil laki orang sudah la." Sempat Tiya ketawa. Aku menjeling tajam ke arahnya. Orang tengah serius dia boleh ketawa pula.
"Eh, tak akan lah nak cari bakal suami dekat Italy. Kau gila ke apa? Tak nak lah aku."
Memang tak masuk akal idea Tiya yang satu ini. Nak cari bakal suami dekat Italy? Gila ke dia? Dah sah-sah lah ayah tak terima. Pandang pun tidak nanti. Itu nak dijadikan suami? No, I don't want it!
"Kalau kau dah jumpa lelaki yang berjaya curi hati kau. Percaya lah, kau tak akan ingat ayah kau, Zyan dan semua tu. Yang kau ingat hanya lah cinta kau dan dia. Lagipun, lelaki Italy apa kurangnya. Untung tau kalau kau dapat yang mata biru."
Teguk liur aku seketika. Ya, ada benar juga kata-kata Tiya. Mana lah sempat aku nak cari bakal suami dekat Malaysia kerana aku akan berada di Italy sehinggalah tamat pertandingan itu.
Balik aje Malaysia kalau tak jumpa juga bakal suami, aku akan berkahwin dengan Zyan. Ah, aku tak mahukan itu. Tapi....
"Macam mana?" Soal Tiya mahu tahu jawapan aku dengan ideanya yang sedikit berguna dan sedikit tidak membantu.
Lama aku pandang Tiya dengan wajah bersimpati. Sedih. Kenapa lah hidup aku macam ni? Dipaksa berkahwin dengan orang yang aku tak cinta.
Nafas aku hela panjang-panjang sebelum membuat keputusan muktamad.
"Oky..."
Melihat mata Tiya sudah bersinar-sinar. Menunggu keputusan daripada aku.
"Aku pilih pilihan pertama."
"Yup, bagus! Itu cuma cadangan aku. Kalau kau tak nak dan tak setuju, aku tak paksa. Terpulang pada kau. Ya, aku tahu kau tak suka Zyan. And, dia hanya kawan rapat kita sewaktu sekolah hinggalah sekarang. Tak apa, aku faham. Apa yang aku mampu tolong, insyaAllah aku tolong kau."
Auuwww terharu aku mendengarnya. Lebar senyuman terukir dibibir. Erat aku memeluk tubuh Tiya. Dia pula boleh melepaskan ketawa. Tiya tak pernah serius. Aku kalau layan dia sakit perut dibuatnya. Kalau bab-bab orang cuba usik aku, memang bertukar jadi kaklong kawasan.
Jadi, keputusan muktamad aku pilih pilihan...
Pertama!
Hai guys! Nana nak bagitahu, novel 'MR.ARAYYAN MIKAEL' akan di unpublish...Nana nak edit semula novel tu...Thank you siapa yang sudi singgah ke novel nana...jangan lupa Komen and follow sekali ya, thank you! Love you guys <3
Share this novel