"Maafkan aku Bella, aku minta maaf sangat-sangat. Aku betul-betul lupa tentang ayah kau. Sumpah, Bella. Aku lupa. Hanya kerana rancangan tu yang mampu buat aku gembira, dapat aku rasakan dah tentu aja kau juga akan gembira malah ianya musnah hanya kerana aku lupa tentang ayah kau. Aku minta maaf lagi sekali Bella, maafkan aku. Aku betul-betul nak minta maaf. Aku sayang kau, kau aje la satu-satunya kawan baik aku yang ada, please jangan tinggalkan aku. Maafkan aku Bella.”
Aku tersenyum tipis sambil mengelap air mata yang sudah banjir di pipi. Nada suara Tiya di dalam talian itu benar-benar kedengaran separa merayu padaku dan nada suaranya juga kedengaran sedikit bergetar menahan sebak.
Iya, aku faham. Tiya tidak bersalah. Aku sepatutnya perlu berterima kasih padanya sebab dah buat rancangan ini yang mampu buat aku gembira dan terkejut besar. Tapi ada sedikit kesilapan. Dia salah tempat. Bukan di hadapan orang ramai yang kenal ayah.
Dahi aku urut perlahan. Terasa begitu berdenyut-denyut kepala saat ini. Cakap tentang Chris pula, lelaki itu sudah tidak bersuara apa-apa lagi.
Setelah aku bagaikan menolak lamarannya, dia mula menarik muka, tidak mesej aku walaupun sepatah perkataan dan langsung tidak hubungi aku.
Selalunya dia yang akan hubungi aku setiap hari dan setiap waktu. Tapi sekarang dia membisu dan menghilang begitu sahaja.
Lesap!
"Ya, aku mengaku. Ni semua idea asal daripada aku sendiri. Sebab Chris banyak kali cakap pada kami yang dia nak lamar kau untuk jadikan isteri dia, tapi dia tak tahu caranya. Dia takut tak kena dengan tempat dan waktu. Katanya juga dia terlampau sibuk kekadang dia lupa tentang kau. Cincin tu pun dia dah lama sangat beli. Boleh dikatakan, dia dah beli cincin tu sebelum dia datang ke Malaysia. Bermakna dia dah beli cincin tu di Italy lagi. Khas untuk kau, untuk dia lamar kau. Aku cuba nak bantu dia untuk melamar kau. Aku tak nak hubungan korang berdua ni timbul satu fitnah, jadi perkara baik lebih baik kita percepatkan itu lebih bagus.”
"Malangnya, aku salah. Tak kena dengan tempat. Aku lupa tentang mak ngah kau walaupun waktu tu ayah kau tak ada. Aku lupa yang kau pun dah bertunang dan sebab aku, kau dan Chris bergaduh. Ya Allah, Tiya. Macam mana lah kau boleh lupa kawan baik kau sendiri ni dah bertunang!”
Bebel Tiya dengan suaranya seperti memarahi dirinya sendiri dihujung talian tersebut. Aku menyeka lagi air mata yang jatuh ke pipi. Terasa hati begitu sayu. Sedih. Sebak. Kecewa dan serba salah.
"Aku minta maaf, Bella. Aku betul-betul nak minta maaf. Kau hukum lah aku, kau buat apa aje pada aku. Aku terima Bella. Aku sedia menerima hukuman daripada kau. Tapi aku betul-betul nak minta maaf. Semua ni salah aku. Aku salah, aku minta maaf Bella. Aku tak nak korang berlama-lamaan dengan hubungan yang masih tiada ikatan halal. Jadi, aku cuba untuk membantu malah aku bukan nak bantu tapi cuba untuk rosakkan lagi hubungan korang berdua. Maafkan aku Bella.”
Suara Tiya sudah berubah kedengaran di talian tersebut dan tidak lama itu kedengaran suaranya teresak-esak menangis seperti kanak-kanak kecil.
Aku menahan tawa. Walaupun Tiya sebegitu, mampu buat aku ketawa lagi. Aku cuba lagi untuk tersenyum, menenangkan hati dan fikiran untuk seketika.
"Tak apa, Tiya. Mak ngah pun dah tahu hal ni. Cuma ayah aku aje tak tahu. Tapi, aku risau. Orang-orang yang kenal ayah ada sewaktu Chris nak lamar aku. Aku risau ayah dapat tahu daripada kawan-kawan dia. Tak apa, jangan salahkan diri kau. Aku tak marah kau lah, Tiya. Sikit pun aku tak marah kau dengan apa yang kau dah rancang ni malah aku perlu berterima kasih pada kau. Betul juga apa yang kau cakap tu, boleh timbulkan fitnah bukan-bukan kalau kitaorang berdua masih tiada ikatan yang sah. Mungkin juga kitaorang tiada jodoh dan memang tiada jodoh. Chris pun dah tahu aku tunang orang. Kitaorang bergaduh pun bukan sebab kau, please jangan salahkan diri kau.” Aku cuba memujuk Tiya agar gadis itu tidak menyalahkan dirinya.
Ya, mungkin aku dan Chris tiada jodoh. Aku pun tak tahu sama ada Chris dengar atau tidak perbualan aku bersama mak ngah.
Tapi kalau dia tak dengar dia akan juga terasa hati dengan aku setelah aku menolak lamarannya di depan orang ramai.
Bukan aku tidak cintakan dia, ya aku sangat sayangkan dia malah aku cintakan dia. Dia juga sama. Tapi, kalau dia dengar perbualan tersebut, pasti dia akan kaitkan dengan statusku yang sudah jadi tunang orang.
"Huh, lega aku dengar. Apa-apa pun aku nak minta maaf lagi sekali. Aku tak dapat nak maafkan diri aku selagi aku tak tebus kesalahan aku pada kau. Maafkan aku ya, Bella. Tapi, kau jangan lah bergaduh dengan Chris. Waktu dia nak mulakan rancangan ni, dia rasa tak sabar sangat nak tunjuk cincin tu pada kau. Katanya juga dia dah bersedia menjadi suami yang terbaik untuk kau. Aku tak nak lah korang tarik-tarik muka macam ni. I'm so sad. Please, berbaik semula.” Ujar Tiya sambil buat suara comel. Aku ketawa kecil. Macam-macam betul la minah ni.
Nafas berat aku hela panjang-panjang. Mencuba mengaturkan nafas yang tersekat seketika. Sempat aku menjeling jam yang sudah tepat pukul 7 malam. Laungan azan magrib mula kedengaran.
"Dah masuk waktu magrib ni, aku nak mandi dan solat. Nanti lah kita bergayut lagi ya. Kau jangan salahkan diri kau tau, aku tak marah kau. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Goodluck untuk malam pertama! Hihi~” Sempat aku kenakan Tiya dihujung talian tersebut. Aku ketawa kecil.
"Amboi kau! HAHAHA! Okay, okay...nanti ada apa-apa call aku ya. Bye and sorry again!”
Aku tersenyum manis.
"It's okay, bye!”
Akhirnya talian aku bersama Tiya terputus jua. Sampai sahaja di rumah tadi, Tiya sudah call aku dengan nada suara begitu risau. Ya, aku tahu dia risau aku marah dia tentang kejadian tadi di majlis perkahwinannya.
Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus dengan hati yang tenang. Sekarang sudah masuk waktu magrib, aku perlu segera membersihkan diri dan menunaikan solat magrib.
Sumpah badan saat ini sungguh letih. Mata pulak penat menangis. Fikiran kusut memikirkan Chris. Bagaimana hendak aku berjumpa dengan lelaki itu lagi? Sudahlah mesej dan panggilan daripadaku langsung tidak dijawab olehnya. Ah, bagaimana ini ya Tuhan?
Aku tidak mahu Chris tahu yang aku sudah bertunang malah semuanya sudah terbongkar. Lelaki itu juga sedang marah padaku. Kerana aku sudah menipu dia. Ya Tuhan...Dugaan apa pulak kali ini, Ya Allah.
Tuala dicapai, pin tudung dicabut satu-satu yang masih berada di tudung lalu tudung yang sudah senget-benget berada di atas kepalaku dilepaskan. Rambut diikat tinggi.
Lama aku merenung mata sendiri di hadapan cermin meja solekku ini. Merah!
Bagaimana hendak aku berdepan dengan ayah nanti dengan aku dalam keadaan begini?
Sewaktu aku pulang ke rumah ayah tiada di rumah. Dan aku juga tidak tahu ke mana ayah pergi.
********
Alhamdulillah, selesai menunaikan solat magrib hati terasa begitu tenang. Doa dipanjat semoga doaku dimakbulkan oleh Allah SWT.
Hanya Allah yang berada di sisi hambaNya setiap kali HambaNya memerlukan pertolongan daripadaNya.
Telekung dan sejadah dilipat kemas lalu kaki di aturkan berjalan keluar dari bilik tidur.
Jantung berdetak dengan sungguh hebat apabila kedengaran suara ayah sedang bercakap dengan mak Gayah.
Sungguh aku lemah hendak berdepan dengan ayah pada saat ini. Aku yakin ayah sudah tahu tentang kejadian tadi di majlis perkahwinan Tiya.
Tak mengapa la.
Aku kuatkan hati juga untuk turun ke bawah.
"Bella, dah turun pun. Mari sini makan. Kejap ya, mak Gayah hidangkan makanan.” Pelawa mak Gayah lalu menghidangkan nasi di atas meja makan. Ayah terlebih dahulu sudah berada di meja makan dengan wajah begitu dingin.
Aku hanya senyum ke arah mak Gayah lalu menghempas punggung di atas kerusi meja makan berhadapan dengan ayah.
Kelihatan ayah sedang bermain telefon bimbit dengan wajah begitu serius. Buatkan jantung aku hampir nak terkeluar apabila ayah mencampak telefon bimbitnya ke arahku. Nasib baik tidak jatuh telefon bimbit itu. Aku telan liur.
Ah, dah mula!
Aku dah agak!
Lama mataku memandang ke arah telefon bimbit ayah itu. Satu klip video yang sangat kukenal. Di dalam video itu ada aku dan Chris.
Ya, aku dan Chris. Dan yang paling tepat sekali situasi kami dalam keadaan seperti drama lamaran. Ya, Chris melamar aku di depan orang ramai.
Sungguh terlihat seperti drama romantik. Tetapi bukan itu membolehkan aku tersenyum malah saat ini jantungku bagaikan nak terkeluar apabila video tersebut dan situasi aku pada saat itu di dapati oleh ayah.
Kan aku dah cakap, pasti ayah akan dapat tahu.
"Siapa lelaki tu?”
Suara dingin itu bertanya. Terkebil-kebil aku memandang ayah yang sedang menghirup air di dalam cawan.
Telan liur lagi. Mencuba mengaturkan nafas dengan baik. Mengumpulkan kekuatan. Ya, mungkin sudah tiba masanya untuk aku ceritakan semuanya pada ayah. Semuanya sudah terbongkar.
Bersedia la Bella.
"Siapa lelaki tu, Bella Brianna? Ayah tanya kamu bukan dengan dinding!” Bentak ayah dengan nada yang sungguh kuat.
Bahuku sedikit ternaik. Air mata mula bertakung di kelopak mata, sempat aku memandang mak Gayah yang berada tidak jauh daripada kami. Dia juga kelihatan risau. Risau aku dimarahi teruk oleh ayah.
Ya, saat ayah sedang marah aku hanya mahukan mak Gayah. Mak Gayah selalu ada di sisiku saat aku lemah.
Melihat mata dingin ayah, wajah yang begitu mengerunkan dan terlihat jelas yang ayah betul-betul sedang marah.
"Errr...ayah...”
Aku cuba juga bersuara walaupun gagap.
"Ayah, dengar dulu apa yang Bella nak cakap.....”
"Siapa lelaki tu, Bella?! Ayah dah tak nak dengar apa-apa. Ayah nak tahu siapa lelaki tu?! Bella tahu kan Bella tunang orang, kenapa sesuka hati dia aje nak melamar Bella? Bella ingat ayah tak tahu? Ayah sengaja pulang awal sebab ayah sakit mata tengok kamu bermesra-mesra dengan lelaki tu! Siapa dia? Siapa dia, Bella Brianna?!” Herdik ayah dengan nada begitu lantang dan bergema suara ayah di ruangan makan ini.
Jatuh air mataku gara-gara herdikkan tadi. Terkejut. Sumpah aku tak boleh orang tengking-tengking aku begitu. Wajah ayah berubah.
Ya, sejujurnya ayah tidak boleh melihat aku menangis. Ayah akan terdiam. Sungguh mirip sikapnya dengan Chris. Chris juga akan berubah wajahnya apabila melihat setiap titisan air mataku jatuh ke pipi.
"Dia teman lelaki Bella!”
Akhirnya keluar juga suaraku dengan air mata begitu laju mengalir di pipi. Wajah ayah berubah. Betul-betul berubah. Terkejut dengan apa yang keluar daripada mulutku. Terkejut dengan pengakuanku sendiri.
"Bella tahu Bella salah. Sejujurnya Bella tak nak kahwin dengan Zyan. Bella dah ada bakal suami Bella sendiri ayah. Bella nak kahwin dengan teman lelaki Bella, bukan dengan Zyan. Bella tak pernah setuju pun untuk kahwin dengan Zyan, tapi ayah selalu paksa Bella. Please, ayah. Bella tak nak kahwin dengan Zyan!” Ujarku dalam esakan tangisan. Aku sedikit tertunduk sambil menyeka air mata yang tidak henti-henti mengalir.
"Bella lupa dengan syarat-syarat ayah? Bella lupa dengan janji Bella selama ini dengan ayah?!” Marah ayah masih tidak puas hati.
"Ya, Bella tahu Bella salah. Bella nak minta maaf ayah, tapi Bella tak setuju untuk berkahwin dengan Zyan. Bella nak kahwin dengan teman lelaki Bella, bukan dengan Zyan, ayah. Bella tahu Bella dah mungkir janji. Bella tipu ayah, Bella dah buat ayah sakit hati dan Bella dah kecewakan ayah. Tapi, bagi Bella peluang ayah. Please....Bella merayu sangat-sangat. Batalkan majlis perkahwinan Bella dengan Zyan dan Bella nak putus tunang dengan Zyan.” Luahku sambil mencabut cincin tunang yang kemas tersarung di jari manisku itu.
Wajah ayah berubah.
Ya, aku tahu aku salah. Aku dah berdosa dengan ayah. Aku tipu ayah. Aku mungkir janji. Tapi aku tak dapat terima dengan apa yang ayah dah rancang ini.
Dalam kepala otak ayah hanya mahukan aku berkahwin dengan Zyan tapi aku tak nak. Aku tak setuju. Buat apa berkahwin dengan orang yang aku tak suka.
Tetap tidak akan bahagia. Kata-kata mak ngah saat ini terngiang-ngiang dipeluput telingaku.
"Bella janji Bella akan kahwin. Tapi bukan dengan Zyan. Bella akan tunaikan janji ayah sepertimana yang ayah mahu Bella kahwin sebelum ayah menutup mata buat selamanya. Jadi, Bella akan berkahwin, tapi bukan dengan Zyan.” Ujarku lalu meletakkan cincin tunang tersebut di atas meja lalu ditolak ke arah ayah.
Air mata yang sudah basah membanjiri pipi diseka perlahan-lahan dengan hati yang masih terasa sebak dan kecewa.
Ayah diam.
Wajah ayah berubah lembut. Tidak ada lagi wajah ketatnya. Bagaikan terima dengan apa yang aku luahkan dan jelaskan padanya. Lama ayah merenung cincin tersebut yang berada di hadapannya itu.
"Kenapa Bella benci sangat dekat Zyan tu? Dia baik, Bella. Apa yang Bella benci sangat dekat dia tu sampaikan Bella tak dapat terima dia?” Soal ayah dengan wajah sedikit kecewa.
"Bella tak pernah ada perasaan dekat dia ayah. Sikit pun tak pernah Bella letakkan perasaan suka atau cinta terhadap dia. Bella dah anggap dia macam abang Bella sendiri. Ya, dia sangat baik. Bella mengaku, dia baik. Bella doakan moga dia dapat perempuan yang lebih baik daripada Bella. Ayah, tak guna kalau Bella kahwin dengan seseorang yang langsung Bella tak suka. Tak akan bahagia.” Ujarku lagi berharap ayah terima dan setuju.
Lama ayah merenungku. Ditenung anak mataku dalam-dalam buatkan jantungku berdetak hebat.
"Baiklah!”
Makin hebat jantungku berdetak apabila ayah mula bersuara bagaikan meletakkan keputusan muktamad. Aku harap sangat keputusan muktamad ayah bukan untuk menyuruh aku berkahwin dengan Zyan.
"Sejujurnya ayah berkenan sangat dengan budak Zyan tu. Ya, memang ayah nak Bella kahwin, Bella pun tahu kan kesihatan ayah sekarang macam mana. Tapi ayah nak kamu kahwin dengan Zyan bukan dengan lelaki lain!” Nada suara ayah berubah. Bagaikan tidak dapat terima. Aku hela nafas berat.
Ya Tuhan, beratnya ujian ini Ya Allah.
"Ayah...”
"Tak apa. Bella dah tipu ayah selama ni, Bella dah banyak sorokkan sesuatu daripada pengetahuan ayah selama ini yang Bella ada teman lelaki dan Bella langsung tak ambil kesah dengan status diri Bella yang Bella ialah tunang orang. Okay, tak apa. Kalau macam tu, ayah nak kenal dengan teman lelaki Bella tu. Ayah nak jumpa dengan dia!” Ujar ayah dengan nada begitu tegas. Aku telan liur dengan ayat terakhir ayah itu.
"Ayah, bukan tu maksud Bella. Bella tahu Bella salah. Bella dah tipu ayah. Bella betul-betul nak minta maaf ayah, tapi....”
"Cukup! Ayah kata ayah nak jumpa dengan dia jadi tu keputusan yang ayah ambil. Jangan nak bagi apa-apa alasan lagi! Titik!”
Ayah menutup kata-kata terakhir dan mengambil keputusan muktamad yang mampu buat dadaku berdebar hebat.
Ayah nak jumpa Chris?
Tapi aku dengan Chris masih tidak berbaik. Bagaimana ni?
Ini lah waktu yang terbaik dan tiba masanya untuk aku bawa Chris jumpa dengan ayah.
"Boleh ke tidak?” Soal ayah sambil memeluk tubuh.
"Errr...bo...boleh.” Gagap aku menyahut.
"Siapa nama lelaki tu?” Soal ayah dengan wajah begitu tegang.
Aku gigit bibir bawah. Rasa susah sangat hendak menyebut nama lelaki itu.
"Err...Chris...Chris Martinez.”
Wajah ayah berubah lagi. Kali ini wajah ayah terkejut besar. Aku mula rasa tidak sedap hati.
"Dia orang mana?”
"Italy.” Balasku takut-takut.
Dapatkah ayah terima Chris?
"Dia orang kafir ke?” Soal ayah dengan nada tinggi.
Sedikit terasa hati saat ini apabila ayah selamba menanyakan soalan yang kurang sopan. Aku kemam bibir sebelum mengangguk kepala. Lagi bertambah berang wajah ayah saat ini.
"Kami berkenalan sewaktu di Italy. Dia baik, ayah. Dia tak pernah buat perkara bukan-bukan pada Bella. Di sana dia selalu bantu Bella. Kami berkawan hampir lama dah. Baru aje, tapi rasa macam dah lama. Dan, Chris juga yang melamar Bella untuk jadikan Bella isteri dia.” Takut-takut hendak aku jelaskan pada ayah. Wajah ayah kelihatan berubah.
"Ya Allah, Bella! Apa kamu dah buat ni? Bercinta dengan lelaki bukan Islam. Kamu tahu tak batasnya? Ayah bukan tak didik kamu, dari kecil ayah didik kamu tentang agama Islam. Tapi, kenapa lelaki yang bukan agama Islam juga kamu nak?” Soal ayah dengan wajah tidak percaya. Nada suara ayah jelas sungguh kesal. Aku menahan air mata agar tidak tumpah.
Menyesal?
Sudah tidak berguna lagi untuk menyesal.
Kerana cinta itu buta. Ya, aku buta dengan segalanya tentang Chris.
"Haram untuk kamu berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam! Di mana akal kamu, hah?! Di mana otak kamu? Fikir, Bella. Fikir! Lelaki begitu kamu nak jadikan suami kamu? Dapat ke dia masuk Islam kerana Tuhan? Kalau dia masuk Islam kerana kamu, jangan harap kamu akan bahagia hingga akhir hayat kamu!” Marah ayah lagi. Ayah terus berdiri dengan wajah tidak puas hati. Aku sudah teresak-esak menangis dengan herdikkan ayah.
Mak Gayah yang melihat keadaan sudah semakin tegang, lantas mendapatkanku yang sudah teresak-esak menangis.
"Ayah tak setuju kamu berkahwin dengan lelaki tu! Dan ayah tak nak kamu rapat lagi dengan lelaki tu! Keputusan ayah tetap sama, ayah tetap nak kamu berkahwin dengan Zyan!” Bentak ayah menutup kata-kata dengan meninggalkan keputusan muktamadnya.
Aku sedikit risau melihat ayah memegang dadanya. Lantas aku mendapatkan ayah, risau kalau ayah mula terkena serangan jantung malah ayah menepis kasar tanganku agar berjauhan dengannya.
Terus ayah melangkah pergi meninggalkanku. Aku kembali teresak-esak menangis. Mak Gayah memeluk bahuku sambil mengusap lembut bahuku memberi aku ketenangan seketika.
"Sabar ya Bella. Ingat, ini semua ujian daripada Allah. Kita sebagai hambaNya hanya mampu bersabar dan banyakkan berdoa. Dan jangan lupa solat, jangan sesekali tinggal solat ya, nak.”
Air mataku diusap lembut oleh mak Gayah.
"Tapi, Bella sayang dia. Bella cintakan dia, mak gayah. Bella tahu Bella salah, Bella bodoh. Bella dah buat keputusan salah, Bella rasa menyesal bertemu dengan dia.” Aku kembali teresak-esak menangis. Saat beginilah wajah Chris terbayang-bayang di ruang mataku.
"Jangan salahkan takdir, Bella. Ada hikmahnya kamu bertemu dengan dia.”
********
Lama aku merenung di luar jendela dengan hati begitu sepi, sayu dan rasa hendak menangis lagi dan lagi. Tetapi aku cuba kawalkan rasa sebak itu kerana tidak kena dengan tempat untuk aku melepaskan tangisanku di sini.
Bandar yang agak sibuk pada hari ini, hari pekerjaan umum. Angin berdesir agak lembut. Menenangkan hati dan fikiran yang kusut. Wajah lelaki itu terbayang di ruangan mata pada saat ini.
"Teacher!”
Terbang terus segala-galanya lamunanku saat ini. Suara comel itu kedengaran berada di sebelahku. Comel sahaja anak kecil itu duduk bersila di sebelahku. Bila entah lah dia boleh ada di sini sehingga buat aku terkejut lantas termelatah.
"Opocot! Terkejut teacher la.” Marahku manja sambil tersenyum kecil.
Si budak comel itu yang dah buat aku terkejut hanya sengih tidak bersalah.
"Sorry teacher.”
"It's okay, dah warm up?”
Gadis kecil itu hanya mengangguk kepala.
"Teacher tengah teringat dekat siapa tu?” Soal Lisa seorang anak muridku di kelas gymnastics dan balet ini. Dia la paling friendly dalam kelas ni. Mulut dia aje la kedengaran.
Aku ketawa kecil lalu menggeleng kepala.
"Ke teacher teringat dekat boyfriend?” Soal Lisa sambil tersenyum senget.
"Hei, mana ada la!”
"Ye la tu, by the way boyfriend teacher handsome la.” Komen Lisa polos sambil tersenyum lebar.
Aku sedikit terkejut.
Handsome? Lisa pernah berjumpa dengan Chris ke? Setakat ini belum lagi aku bawa Chris datang ke kelas ini.
"Lisa pernah jumpa dia ke?” Soalku hairan. Gadis itu masih tersenyum mengusik.
"Haah, teacher. Dia handsome sangat-sangat. Lisa suka dia!” Aku geleng kepala sambil tersenyum.
Mana mungkin Chris tidak handsome, dia terlalu kacak dan sangat sempurna dimataku.
Tapi persoalannya, adakah Chris pernah datang ke sini?
"Dia datang ke sini ke?” Soalku lagi. Masih bingung dan ingin tahu.
Gadis kecil itu masih mengangguk kepala.
"During the past day, uncle handsome tu ada datang ke sini. Dia datang cari teacher tapi Lisa bagitahu dekat dia yang teacher tak datang ke kelas hari itu. Lepastu, Lisa tengok muka dia kecewa sangat-sangat and he so sad. Lepastu, Lisa tanya siapa dia. Lepastu, dia cakap dia tu boyfriend teacher. Lepastu, dia kata dia tak boleh lambat and dia kena pergi tapi dia betul-betul sedih bila tak dapat jumpa teacher dekat kelas hari tu. Lepastu, dia bagi Lisa coklat kinder bueno! Dia kata, Lisa comel!”
Panjang lebar anak kecil itu bercerita. Tak terkira perkataan 'lepastu' dia tu. Terlalu banyak 'lepastu' nya.
Aku ketawa kecil. Sesekali, otak terfikir sesuatu. Bagaimana Chris tahu kelas aku ini? Tidak pernah lagi aku beritahu padanya.
"Tapi, kenapa Lisa tengok muka teacher hari ini macam sedih aje. Teacher rindu uncle handsome tu ke? Atau teacher bergaduh dengan uncle handsome tu?”
Amboi, dah pandai jaga tepi kain orang. Aku senyum lagi, satu senyuman hambar.
Sejujurnya, aku rindu lelaki itu.
"Lisa! Jom kita renggangkan otot dengan skill split street.”
Guru pelatih memanggil Lisa untuk melakukan aktiviti mereka. Terlihat wajah gadis comel itu kecewa. Kecewa kerana tidak dapat lagi hendak membawang. Hahaha.
"Bye, teacher. Lisa nak masuk gelanggang dulu. By the way, Lisa harap Lisa dapat jumpa lagi dengan uncle handsome tu!”
Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
Macam-macam betul lah si budak comel ni.
Sesekali aku hela nafas berat. Ya Tuhan, rinduku padanya membuak-buak saat ini.
Mendengarkan cerita Lisa tadi buatkan aku terkejut besar.
Masih tertanya-tanya, bagaimana dia tahu kelasku ini?
********
"Hanya ini aje yang aku boleh tolong kau. Lagi sekali, aku nak minta maaf sangat-sangat dekat kau.”
Sekeping kad dihulurkan oleh Tiya. Aku sambut sekeping kad tersebut dengan satu senyuman kelat.
"Thank you.” Ucapku lalu menyeka hujung mata yang sudah berair.
"Aku tahu, sekarang mesti dia dah tak nak jumpa kau sebab dia terasa hati dengan kau. Tapi, kau jangan risau. Kad ni alamat syarikat dia. Syarikat dia memang besar dan di situ tempat dia kerja.” Ujar Tiya lalu mengusap lembut bahuku memberi aku tenang setelah panjang lebar aku ceritakan segalanya pada Tiya.
Hanya dia sahaja tempat untuk aku meluah segalanya.
"Macam mana kau tahu tempat syarikat dia?” Soalku bingung. Sedangkan aku pun tidak tahu.
"Sewaktu kami nak bincang tentang wedding planner kitaorang yang Mr.Chris nak sponsor tu dia suruh aku dan suami aku datang ke syarikat dia. Dia ada dekat situ dan dia bagi aku kad alamat syarikat dia ni. Dia kata, dia selalu ada di syarikat dia sebab dia busy sikit nak siapkan kerja dia. So, aku yakin dia ada dekat sana. Kau pergi lah jumpa dia kat sana dan pujuk dia. Aku yakin dia akan makan dengan pujukan kau.” Cerita Tiya buatkan aku mengangguk mengerti.
Jadi selama ini lelaki itu busy dan habiskan masa di tempat kerja.
"Tapi kan, dia boleh terima aku lagi ke, Tiya? Ke dia dah ubah fikiran dia dan tawar hati dengan aku sebab aku tipu dia?” Soalku dengan nada sedikit bergetar. Kelopak mata mula bertakung air mata.
"Jangan overthinking, Bella. Dia sayang kau, senang cerita dia memang obsess gila dekat kau. Aku yakin, tak lama lagi korang akan okay dan kau pula boleh bawa Chris jumpa dengan ayah kau. Cepat-cepat sikit tau, aku tak sabar nak rasa nasi minyak kau pulak!” Sempat Tiya mengenakan aku sambil mencuit bahuku.
Aku ketawa kecil lalu menyeka pipi yang sudah basah dengan air mata.
"Terima kasih tau.”
"Tak ada hal la, kau kan kawan baik aku!”
Tubuh Tiya terus aku peluk erat-erat. Syukur Allah kurniakan kawan baik seperti Tiya buat aku. Tanpa dia mungkin aku akan kesunyian.
********
Lama aku merenung sekeping kad di tangan tersebut. Kad yang diberikan oleh Tiya. Kad yang tertulisnya alamat syarikat Chris Martinez.
Aku telan liur. Dada berdebar-debar.
Syarikat tersebut sudah pun berada di depan mata aku sekarang ini. Sungguh, tersangatlah besar syarikat tersebut. Kereta mewah keluar masuk dari syarikat besar ini. Memang businessman betul!
Tidak dapat hendak aku melangkah masuk ke dalam pintu syarikat besar itu apabila ada seorang security guard menghalang jalanku. Wajahnya bengis, merenung aku dari atas hingga bawah.
Sekali lagi jantung berdetak hebat. Berdebar-debar hendak aku berdepan dengan Chris nanti.
"Cik siapa? Ada appointment dengan siapa? Boleh bagi IC?” Soal lelaki itu dengan tegas.
"Err...Saya...saya nak jumpa Mr.Chris Martinez.” Jawabku dengan nada suara sedikit gagap.
"Boleh bagi IC, cik?” Soal lelaki penjaga pintu masuk tersebut.
Aku telan liur. Terketar-ketar tangan mencari dompet di dalam beg tangan lalu dikeluarkan kad pengenalan dan dihulurkan pada lelaki itu.
Sekilas dia merenung kad pengenalanku itu lalu dia merenungku kembali dari atas hingga bawah.
"Mr.Chris Martinez sekarang busy. Dia tak nak berjumpa dengan sesiapa sekarang. Adakah cik ada urusan penting dengan dia?” Soal lelaki itu dengan serius.
Aku telan liur lagi. Nak tak nak, kena tetap juga berbohong. Sudah tidak punya banyak masa, aku perlu juga jumpa Chris.
"Ya, saya ada urusan penting yang perlu diselesaikan bersama dia. Tolong encik, saya nak jumpa dengan dia.” Ujarku dalam nada separa merayu.
Lelaki itu diam seketika dan mengangguk kepala.
"Baik la, cik boleh ikut saya. Tapi, sebelum tu cik kena scan badan cik dulu.” Aku sedikit berkerut dahi. Bingung.
Nak masuk kena scan badan dulu?
Ya, aku faham kenapa dia nak scan. Mungkin dia tidak percaya dengan aku. Mungkin juga dia takut yang aku seorang penjahat mahu buat kecoh di dalam syarikat besar ini.
"Okay, baiklah. Ikut saya.”
Hela nafas lega aku apabila sudah selesai lalu kaki mengatur langkah mengikuti jejak langkah lelaki itu.
Masuk sahaja ke dalam itu, semua mata-mata yang berada di dalam itu tertumpu padaku. Mereka semua memandang aku dari atas sehingga bawah.
Aku telan liur. Sungguh aku berasa tidak selesa. Setiap pintu masuk akan dijaga oleh dua orang yang bertubuh tegap dan sasa lalu mereka akan sediakan satu senjata dan menjaga pintu masuk tersebut.
Aku tak tahu kenapa, mungkin syarikat ini top nombor satu kut.
Businessman kan!
"Hi, boleh saya bantu cik?”
Mesra seorang gadis penjaga kaunter tersebut menyapa security guard itu. Aku yang berada di sebelah lelaki itu hanya diam terkaku.
Sekilas gadis itu memandangku sambil tersenyum manis. Aku juga turut membalas senyumannya.
Tetapi, aku sedikit terkedu dan tersentak. Melihat dari raut wajah gadis cantik di hadapanku ini sangat familiar. Sangat aku kenal!
Kembali menerawang semula peristiwa di mana aku jumpa 3 orang lelaki yang sedang berbincang di sebuah restaurant dan seorang gadis datang menghampiri meja mereka lalu gadis familiar ini juga yang memeluk tubuh Chris.
Aku yakin, dia lah perempuannya yang memeluk tubuh Chris pada hari tersebut. Ya, aku tak salah orang.
Tapi, buat apa nak diungkitkan kembali. Kejadian itu pun sudah lepas. Peristiwa tersebut saat pertama kali aku terserempak dengan Chris di sebuah mall.
Ah, cerita lama!
Sekarang ni aku nak jumpa dengan Chris.
Chris Martinez!
"Perkenalkan, ini cik Bella Brianna. Dia ada appointment dengan bos.”
Lelaki penjaga pintu utama syarikat besar ini memperkenalkan aku pada gadis tersebut.
"Hi, saya Meera.”
Mesra dia perkenalkan dirinya lalu menghulurkan tangan padaku. Aku menyambut sambil tersenyum manis.
"Saya Bella.”
"Saya assistant CEO Chris Martinez di sini. Cik Bella Brianna ada appointment dengan bos? Boleh saya dapatkan IC cik Bella? Saya rasa dalam maklumat appointment bos tiada nama cik Bella.” Ujar gadis itu sambil memeriksa komputernya. Aku telan liur sekali lagi.
Wakduh! Nak jawab apa ni?
Tidak menunggu lama, kad pengenalanku dihulurkan pada gadis itu. Tangan sudah sejuk. Lidah kelu, otak pula sedang bekerjasama cipta alasan yang hendak diberikan pada gadis tersebut yang bernama Meera.
Haih, nak jumpa Chris dah macam nak jumpa Raja Sultan!
"Errr....Saya lupa nak bagitahu. Tapi, saya betul-betul ada urusan penting nak jumpa dengan dia. Dia busy ke sekarang? Please, saya nak jumpa dengan dia sekarang.” Ujarku bernada merayu agar mudah hendak berjumpa dengan Chris.
"Maaf, cik. Ini bukan tempat sesuka hati untuk saya lepaskan cik masuk berjumpa dengan bos besar kita. Saya minta maaf sangat-sangat. Kalau cik betul-betul ada urusan penting dengan bos, saya hubungi bos sekarang minta izin dahulu dengan dia barulah cik boleh jumpa dengan dia.” Meera meminta maaf lalu menunduk hormat sebagai tanda minta maaf yang aku tidak dibenarkan masuk sesuka hati berjumpa dengan Chris.
Nafas berat terlepas dari bibir. Alasan apa pulak ni aku nak guna?
"Tapi....” Aku gigit bibir bawah.
TING!
Terlintas satu idea di kepala!
"Err...Saya tunang dia. Saya betul-betul ada urusan penting yang perlu diselesaikan bersama dia.”
Ah, alasan apa ni? Tunang?
Biar lah, janji dapat dilepaskan.
Gadis itu terkejut. Lama dipandang aku dengan riak wajah terkejut.
"Tunang?”
Aku angguk kepala sambil tersenyum dengan penuh keyakinan.
"Eh, jap. Sejak bila pula bos kita ni dah bertunang? Bukankah dia....”
"Shhhh!!”
Tak habis lagi si abang guard tu menghabiskan ayatnya, Meera sudah meletakkan jari telunjuk pada bibir sebagai tanda menyuruh lelaki itu diam dan berhenti meneruskan kata-kata itu.
Berkerut dahiku memandang mereka berdua silih berganti.
"Oh ye ke? Tak tahu pulak saya. Bos yang rapat dengan saya tak bagitahu pulak yang dia dah ada tunang. Maafkan saya cik Bella. Saya betul-betul tak tahu yang awak future wife bos. Baiklah, sekejap ya saya check dulu appointment bos. Takut dia ada meeting atau appointment sekarang.” Aku tersenyum selebar-lebarnya.
Alasan yang bernas dan berguna!
Gadis itu gelabah memeriksa komputernya dan tidak lama kemudian dia menyuruh aku mengikutinya.
Aku hanya akur. Dalam hati sudah meloncat girang. Gembira sungguh!
Saat kami hendak berjalan ke lif, ada sekumpulan lelaki berbadan sasa dan tegap, berpakaian suit kemas berwarna hitam dan muka masing-masing memang ganas berjalan keluar dari satu bilik yang terletak tidak jauh dari lif ini.
Kelihatan mereka mengheret seorang remaja lelaki. Wajah remaja lelaki itu penuh dengan luka berdarah dan tubuh lelaki itu lembik bagaikan baru lepas dibelasah teruk. Remaja lelaki itu kelihatan benar-benar seperti nyawa-nyawa ikan.
Sungguh aku terkejut melihatnya.
Berkerut dahiku apabila melihat Meera menunduk hormat pada seorang lelaki yang berjalan dengan sungguh bergaya dihadapan kami. Lelaki itu tersenyum ke arah Meera lalu dia memandang ke arahku pula.
Dia menurunkan sedikit cermin mata berwarna hitam yang dipakainya itu ke bawah saat terpandang ke arahku. Kening sebelahnya terangkat sebelah. Direnung aku atas bawah. Sungguh buat aku tidak selesa.
Lalu dia tersenyum sinis dan berjalan pergi mengheret tubuh remaja lelaki itu yang sudah lembik.
"Siapa dia tu?” Soalku tak lepas-lepas memandang mereka yang sudah hilang dari pandanganku.
"Errr....Cik Bella, jom masuk.”
TING!
Bunyi lif sudah sampai, pintu lif terbuka seluas-luasnya. Aku jadi hairan apabila Meera bagaikan mengelak untuk bercakap tentang lelaki itu tadi.
Sekali lagi, aku hampir sahaja terlanggar dengan seorang lelaki yang bertubuh tegap, sasa dan sangat tinggi. Aku telan liur, nasib baik tak tercium dada bidangnya.
Dari atas sehingga bawah aku menilik lelaki yang sudah kulanggar itu.
Berkemeja hitam dan berkaca mata. Lengan bajunya dilipat hingga ke siku. Terlihat lengannya yang berurat dan lelaki itu juga berkaca mata berwarna hitam. Aku telan liur sekali lagi. Dada berdebar dengan sungguh hebat.
Hingga ke wajah putih bersih milik lelaki itu, aku tersentak seketika.
Lelaki itu pula yang sudah perasan yang aku melanggarnya tadi membuka kaca mata hitamnya dengan riak wajah terkejut besar melihat kewujudan aku di sini.
"Err...Cik Bella, okay?”
Meera mendapatkan aku setelah dia perasan yang aku telah melanggar seseorang.
Mata aku dan dia masih bertembung. Tidak lepas-lepas aku merenung anak matanya yang berwarna coklat itu.
Telan liur seketika.
Jantung berdegup hebat.
Aku kenal lelaki yang berada di hadapanku ini.
Tuan Rayyan!
"Err...tak apa, saya okay.” Ucapku lalu melarikan pandangan ke arah Meera yang berwajah begitu risau.
"Okay, jom.”
Lenganku terus ditarik oleh Meera dan Meera juga sempat menunduk hormat pada Tuan Rayyan lalu kami bersama-sama melangkah masuk ke dalam lif tersebut.
Saat pintu lif hendak tertutup, mata kami masih bertembung.
Ya Tuhan, aku langsung tidak ingin hendak bertemu dengan lelaki itu. Kenapa aku tetap bertemu dengannya?
Dan apa yang dia buat kat sini?
Orang doktor duduk di hospital, bukan di sini. Salah tempat kerja kut mamat singa tu!
Nyanyok!
*******
Duduk dilabuhkan disebuah kerusi yang berada dihadapan pintu bilik pejabat Chris.
Macam mana aku tahu?
Tertera nama Chris ada di daun pintu pejabatnya.
CEO MR.CHRIS MARTINEZ.
Baru aku tahu yang dia CEO. Selama ini aku langsung tak tahu dia kerja apa. Kerana lelaki ini banyak rahsia yang disimpan tanpa pengetahuanku.
"Cik Bella tunggu sekejap ya.” Ujar Meera mesra lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Chris.
Aku hanya akur.
Tapi siapa aje tak kenal Bella Brianna kan?
Nakal!
Bak kata Chris, naughty girl!
Bella Brianna tak pernah tak buat hal.
Kaki mula melangkah ke arah daun pintu pejabat Chris itu. Telinga dirapatkan di daun pintu tersebut. Mahu dengar perbualan mereka berdua di dalam. Aku kan suka curi-curi dengar, hihihi.
"Ada orang nak jumpa dengan bos.” Suara Meera.
"Siapa?” Suara Chris. Dengan penuh kedinginan.
"Tunang, bos.” Jawab Meera.
Aku gigit bibir bawah. Aduh, apa aku nak buat ni?
"Tunang?” Kedengaran suara Chris seperti tidak percaya.
Terkejut.
"Yup. Dia ada kat depan sekarang. Katanya, dia nak jumpa dengan bos.” Kata Meera lagi.
"Saya mana ada tunang. Bertunang pun belum lagi. Awak jangan macam-macam, Meera. Saya suruh awak selesaikan plan kita tu kan? Dah siap ke belum. Malam ni semua kena turun!” Dingin sungguh suara Chris bagaikan memarahi Meera.
Aku telan liur, makin hebat jantung berkencang saat ini.
Tapi, satu perkataan menangkap ke telingaku ialah plan. Plan apa?
"Errr...ya, bos. Saya tak main-main bos. Dia ada kat depan sekarang. Katanya, ada urusan penting nak diselesaikan dengan bos. Dan dia juga mengaku yang dia tunang bos. Your future wife.” Ujar Meera pula dengan penuh keyakinan.
Aku kemam bibir. Bagaimana kalau Chris tidak percaya dan menghalau aku keluar daripada sini? Sudahlah tadi aku berjumpa dengan abangnya.
Sungguh aku berdoa sangat-sangat moga aku tidak lagi terserempak dengan abang singanya itu!
"What is her name?” Soal Chris mampu buat jantungku luruh.
Ah, redha aje lah Bella.
"Err...Nama dia...Bella Brianna.”
DAM!
Sungguh aku rasa nak keluar aje dari syarikat besar dia ni. Aku yakin yang aku akan kena halau nanti.
Terus aku jarakkan telinga dari pintu pejabat tersebut. Rasa sungguh kecewa. Sedih.
Air mata mula bertakung di tubir mata.
Terus aku mengangkat wajah, mengumpul kekuatan di hati dan berjalan keluar daripada sini. Aku tidak mahu ditengking atau dimarahi oleh Chris hanya gara-gara dia halau aku. Lebih baik aku undur diri daripada buat kecoh ditempat kerjanya ini.
Tapi....
Langkahku mati saat ada satu susuk tubuh di depan mataku tetapi jaraknya jauh daripadaku. Dari jauh aku dapat lihat yang aku sangat kenal dia.
Wajahnya terlihat jelas. Ya, aku kenal dia. Sekali lagi jantung aku berdetak dengan sungguh hebat.
Membulat mataku. Sungguh aku terlopong saat ini. Terkejut besar, terkedu, tersentak dan ter sebagainya.
Memang terkejut beruk sebab aku memang dah lama nak jumpa dengan dia. Tak sangka aku dapat jumpa dengan dia lagi akhirnya!
"Zyan...”
Nama itu terkeluar dari bibirku. Baru sahaja hendak aku membuka langkah mengejar dia, bunyi daun pintu bilik pejabat Chris sudah terbuka. Lantas perhatianku tertumpu pada pintu tersebut.
Sekali lagi aku memandang ke arah lelaki tadi yang mirip dengan Zyan dan boleh dikatakan itu memang Zyan. Tetapi susuk tubuh lelaki itu sudah tidak kelihatan. Cepat sangat dia menghilang.
"Cik Bella, boleh masuk.”
********
Kini orang yang hendak aku jumpa, sudah berada betul-betul dihadapanku. Aku hanya menunduk ke bawah. Tidak berani hendak memandang wajah dingin Chris itu.
Aku tahu yang dia sedang merenung tajam ke arahku.
Jantung berdebar hebat. Lidah kelu hendak memulakan bicara.
"Macam mana awak tahu tempat ni?” Soalnya dengan suara serius.
Aku telan liur lalu perlahan-lahan mengangkat wajah memandang dia yang sedang bersandar pada kerusinya sambil memeluk tubuh.
Sampai hati dia tak bagi aku duduk.
Ya, aku tahu mungkin dia masih marah padaku.
Aku tahu aku dah banyak buat salah dengan dia. Aku dah tipu dia.
Padan muka kau Bella.
Sekarang aku kena berdiri di depan dia dah macam kena marah dengan guru disiplin.
"Errr...Tiya bagi alamat syarikat awak pada saya. Tiya cakap, awak selalu ada dekat sini. Jadi saya datang la ke sini. Kalau saya call awak minta kita berjumpa memang awak tak angkat call entah apa lagi nak jumpa dengan saya. Saya datang sini nak minta maaf, Chris. Saya....”
Tergagap-gagap aku bersuara tetapi bicaraku tergantung apabila Chris bersuara memotong kata-kataku itu.
"Tunang? Bukan tunang orang ke?” Soal Chris sinis sambil tersenyum senget.
"Sesuka hati awak aje cakap yang awak bakal isteri saya. Tunang kononnya. Tipu lagi? Tipu sebab apa? Dengan tipu awak tu awak berjaya untuk berjumpa dengan saya? Hei, saya pun tak ingin la nak jumpa dengan awak!” Bentak Chris, beberapa kertas dan fail yang berselerak di atas meja kerjanya di tolak kasar sehingga jatuh ke atas lantai buatkan kedua-dua bahuku ternaik terkejut.
Rapat-rapat aku pejam kan mata. Ya Tuhan, inilah balasannya kalau menipu.
"Chris saya datang sini nak minta maaf dekat awak. Saya tahu saya salah, Chris. Maafkan saya. Saya dah tipu awak, tapi awak kena dengar dulu penjelasan saya...” Sedaya upaya aku cuba bersuara walaupun hati sudah mulai sebak dan nada suara sudah berubah sebak.
Kedengaran Chris ketawa terbahak-bahak. Tawa sinis.
Terhenti tangisanku dengan tawa lelaki itu. Dia tersenyum sinis padaku.
"Alasan apa lagi nak guna lepas ni? Beribu-ribu alasan apa lagi yang awak nak guna?! Saya tak sangka yang selama ni awak dah ada tunang, tapi kenapa tak jelaskan pada saya. Awak memang sengaja bagi harapan palsu pada saya sebab awak nak mainkan perasaan saya! Awak dah hancurkan hati saya, Bella. Saya sayang awak....but now....”
"I hate you!” Tengking Chris buatkan aku teresak-esak menangis.
Chris terdiam saat melihat air mataku tumpah. Seperti yang telah aku cakap, dia akan kalah dengan air mataku.
"Saya tahu saya salah Chris. Saya dah tipu awak. Tapi, saya tak pernah inginkan semua ni terjadi. Kalau awak nak tahu, saya dipaksa Chris. Saya dipaksa untuk berkahwin dengan orang lain.” Jelasku dalam esakan tangisan yang masih tidak henti-henti.
"Kalau awak tak nak percayakan saya, saya perlu undur diri. Saya bukan siapa-siapa lagi pada awak. I'm stranger on you. Mungkin semuanya berakhir di sini. Saya tahu saya salah, saya dah tipu awak. Tapi, saya tipu awak kerana saya tak nak awak terluka Chris. Saya mencuba untuk putus tunang, tapi saya gagal. Orang yang saya cinta dan orang yang saya sayang dah tak percayakan saya. Yes, I know. Saya salah. I'm sorry. Saya datang sini bukan nak buat kecoh dan bukan nak tambahkan lagi kemarahan awak, saya datang sini betul-betul nak minta maaf dekat awak. I'm so sorry.”
Jelasku yang terbuku di hati. Tidak boleh lama-lama lagi, nanti tak pasal-pasal aku lepaskan segalanya pada Chris.
Air mata di seka. Melihat wajah Chris berubah. Dia yang tadi duduk kini berdiri. Merenungku tak lepas-lepas. Tetapi terselit wajahnya rasa serba salah kerana telah buat aku menangis teresak-esak di hadapannya.
"Saya minta maaf, saya balik dulu. Thank you sebab bagi masa untuk saya berjumpa dengan awak. Sorry ganggu awak.”
Terus aku membuka langkah berjalan keluar daripada bilik pejabat besarnya itu.
"Bella Brianna!”
Perlahan-lahan aku memusingkan tubuh kembali memandang Chris. Wajah itu tidak dapat di sembunyikan lagi yang dia benar-benar rasa serba salah.
"I'm sorry.”
Laju aku membuka langkah pergi daripada situ.
Sudah, aku tidak mahu lagi bersedih di hadapannya.
Aku yang salah aku lah kena tanggung sendiri.
********
"Cik Bella? Cik Bella okay?”
Saat kaki hendak melangkah keluar daripada pintu utama syarikat besar ini, ada satu suara menghentikan pergerakanku.
Aku menoleh.
Meera.
"Eh, okay je la. Kenapa?” Aku cuba untuk ceriakan wajah walaupun hati berasa begitu sebak dan terluka.
"Saya tengok muka cik Bella macam baru lepas menangis aje. Korang gaduh ke?” Soal Meera bagaikan dapat menangkap sesuatu.
Aku tersenyum sebaris.
"Okay aje la, mana ada gaduh. Err..Mata saya masuk habuk, hehe. Saya balik dulu ya, terima kasih Meera.” Aku tersenyum manis lalu berjalan keluar daripada syarikat tersebut.
Security guard yang menjaga pintu utama itu menunduk hormat padaku lalu dia tersenyum lebar.
Aku juga membalas senyumannya dan membuka langkah berjalan pergi daripada situ.
Saat aku sudah berada jauh daripada tempat itu, air mata mengalir laju. Dada berasa begitu sebak. Hati terluka rabak. Tidak dapat ditahankan lagi, air mata mengalir lagi. Tidak peduli lagi jika ada yang melihat.
"Hei!”
Terasa bahuku ada seseorang pegang, sepantas itu aku menyiku mukanya. Sungguh aku langsung tidak tahu siapa, tetapi badan aku secara automatik melepaskan siku pada orang tersebut.
Terus aku lari, aku tahu dia kejar aku. Tapi aku tetap lari sehingga aku sudah berada di tempat orang ramai.
Huh, selamat!
Siapakah orang itu?
Sungguh buat aku terkejut besar. Terhenti tangisanku tadi.
Seketika, aku melilau mencari orang yang kejar aku tadi.
Buatkan aku terkejut besar apabila orang itu ialah Tuan Rayyan. Dia berada tidak jauh daripadaku, tetapi aku cuba bersembunyi di sebalik khalayak orang ramai.
Apa yang dia mahukan daripada aku?
Kan dah makan dengan siku aku.
Buat lagi aku terkejut!
Kelihatan tepi bibir lelaki itu berdarah. Aku menekup mulut sendiri. Terkejut.
Wakduh, teruk sangat tu!
HI KORANG! <33
Share this novel