Masih terngiang-ngiang kata-kata ayah tadi. Ya Allah, mahu luruh jantung aku ni apabila ayah kata nak aku cepat-cepat kahwin. Aku belum lagi bersedia untuk jadi isteri orang. Ah, otak aku kusut saat ini.
"Tak perlu cari calon suami dekat luar sana. Ayah rasa, kawan lelaki yang rapat dengan Bella tu mungkin akan jadi suami Bella. Nanti Bella bawa jumpa dia pada ayah ya. Ayah nak kenal-kenal dengan dia.”
Ah, nampak macam biasa kata-kata daripada ayah itu tetapi mampu buat aku tidak senang duduk. Lelaki yang ayah katakan itu juga ialah Zyan. Lelaki yang paling rapat dengan aku sewaktu aku sekolah menengah hinggalah sekarang.
Dan lelaki itu juga akan jadi bakal suami aku? Ah, aku tidak mahukan itu! Dia hanya kawan rapat aku dari sekolah lagi. Tidak terlintas sikit pun di fikiran mahu jadikan dia suamiku. Aku hanya anggap dia kawan baik aku, tidak lebih daripada itu.
Ah, serabut!
********
Lama aku merenung kot hitam Zyan yang tertinggal semalam. Ah, lupa betul aku nak pulangkan kot hitamnya ini. Hari ini, aku perlu segera pulangkan. Tidak mahu simpan lama-lama hak milik orang. Tak baik pula sedangkan ini bukannya milik aku.
Kot hitam Zyan itu aku lipat kecil-kecil dan bawa masuk ke dalam beg sukan aku. Hari ini aku perlu masuk ke kelas. Pasal kaki? Ah, jangan risau. Entah kenapa, hari ini dah boleh berjalan seperti biasa. Kaki pun dah tak sakit.
Kalau terseliuh ni mahu baiknya berminggu-minggu. Tapi, kakiku hanya sakit sehari sahaja. Ubat pun aku tak letak di kaki. Malas. Sebab dah biasa kena begini.
Kaki pun dah boleh buat ballet turns semula. Alhamdulillah. Aku mencuba pula buat splits stretch. Huh, bersyukur. Semuanya dalam keadaan baik. Kaki aku pun sudah tidak terasa sakit lagi.
Lebar senyumanku. Gembira!
Kaki diaturkan keluar daripada bilik tidur. Melihat jam sudah tepat pukul 8 pagi. Aku perlu segera cepat. Nanti terlepas lagi kelas gymnastik. Hari ini ballet tidak ada kelas. Seminggu sekali sahaja latihan ballet. Jadi, sehari yang ada kelas ballet tu lah aku nak buat betul-betul. Tapi, sewaktu itu ada pula manusia yang hati kotor dengki dengan aku punya ballet turns. Ah, rasa nak aje sembelih yang hati kotor itu.
Dalam perjalanan sewaktu ayah menghantar aku ke kelas, suasana hanya diam sunyi sepi. Aku pula hanya memandang ke luar tingkap. Ayah hanya fokus pada memandu kereta.
"Sekejap lagi ayah nak keluar. Ada hal sikit. Nanti ayah ambil Bella petang ni. Tapi lambat sikit la.” Ayah mula bersuara memecahkan kesunyian.
Aku sedikit berkerut dahi. Ayah hendak pergi mana selepas ini? Nak jumpa kawan? Tak mungkin lah. Ayah bukannya ada kawan pun. Jiran sebelah ni pun dia tak layan. Aku juga yang kena maniskan muka jika terserempak dengan jiran.
"Ayah nak pergi mana? Jumpa siapa?” Soalku dalam nada sedikit bingung. Tertanya-tanya.
"Ayah nak pergi rumah pak lang.” Ujar ayah ringkas. Oh, ya. Pak lang, adik bongsu ayah. Aku hanya mengeyakannya.
"Err...ayah, tak perlulah ambil Bella petang ni. Biar Bella balik sendiri aje." Tolakku lembut. Tak mahu menyusahkan ayah. Aku boleh pulang sendiri. Tak pun, aku pulang bersama Tiya.
Ayah hanya diam membisu. Sedikit pun tidak bersuara. Ah, sedih jugak kena palau dengan ayah sendiri hahaha. Tapi, nak buat macam mana? Aku sudah biasa dengan itu. Ayah seorang yang tegas. Mendidik aku untuk menjadi manusia berguna. Bukan untuk sia-siakan hidup.
********
Rasa saat ini nak sahaja aku ketuk-ketuk kepala sendiri. Ya Allah, aku betul-betul lupa yang aku tidak ada nombor telefon Zyan. Cuma Zyan sahaja yang ada nombor aku.
Haih, bagaimana aku mahu hantarkan kot hitamnya itu pada Zyan? Aku tidak mahu simpan lama-lama milik orang. Rasa tidak selesa. Aku tahu mungkin Zyan juga memerlukan kot hitamnya ini. Mungkin ini kot kerjanya.
Ah, tak senang duduk pula aku saat ini. Buat penat aje bawa kot hitamnya ini. Tapi, lupa aku tidak mempunyai nombor telefonnya.
"Hei...”
Terkejut aku apabila bahuku ditolak lembut oleh Tiya yang baru sampai di bilik persalinan. Tajam aku menjeling dia. Nasib baik lah jantung aku ni tak tercabut. Kalau tak, hari ini aku dah jadi arwah dah sebab terkejut dengan sergahan makcik Kiyah ni!
"Isy, kau ni terkejut tau aku!” Tajam aku jeling dia. Dia boleh pula lepaskan tawa seperti dia tidak bersalah.
"Alolo...Jangan lah merajuk, princess. Nanti dah tak comel. Eh, ni kaki kau dah okey ke?"
Pandai betul nak jaga hati orang ya. Jelingan aku hadiahkan lagi padanya. Senyuman kecil sudah tidak dapat disembunyikan, akhirnya terukir mekar di bibir.
"Okey dah. Sikit je aku terseliuh. Bukannya teruk pun." Jawabku acuh tak acuh sambil mata memandang kaki yang masih ada kesan luka. Bersyukur juga kerana kaki sudah sembuh dengan baik, kalau masih sakit tak dapat lah aku datang ke kelas pada hari ini.
"Oh. Ni, asal muka kau monyok aje? Daripada jauh tadi aku nampak, masam mencuka.” Dia melabuhkan duduk disebelahku. Kami semua sudah siap dengan pakaian sukan untuk melakukan sukan gymnastic selepas ini. Hanya tunggu kedatangan Miss Liya sahaja.
"Tak ada apa la.” Punggung di angkat mahu keluar daripada bilik persalinan baju ini. Mahu keluar menunggu kemunculan Miss Liya di luar.
Baru selangkah aku berjalan, lenganku ditarik oleh Tiya. Automatik aku kembali duduk di sebelahnya. Haih, minah ni kalau tahu aku berahsia dengan dia pasti dia akan paksa aku untuk ceritakan tentang itu. Nak tak nak, terpaksa lah aku ceritakan padanya dari A sampai Z.
"Ni aku tak suka ni. Suka sangat berahsia dengan aku sedangkan aku ni kawan baik kau tau! Kita dah kawan lama. Tapi, sekarang ni kau nak berahsia pula. Aku tak adanya nak rahsia dekat kau selama ni. Aku ceritakan aje pada kau semuanya tapi kau pula nak berahsia dengan aku. Macam ni ke kaw....” Lantas telapak tanganku lekat di mulut Tiya yang sudah mula membebel panjang. Dia kalau membebel, sampai esok pun tak habis.
"Shhh...Tak payah nak bebel panjang sangat lah. Okey, aku cerita dekat kau. Hmm...” Nafas berat aku helakan. Ni kalau aku ceritakan pada Tiya yang semalam aku terserempak dengan kawan lama aku iaitu Zyan pasti dia akan terkejut beruk.
"Hah, cerita la.”
Lama aku pandang Tiya dihadapanku. Nafas aku hela panjang-panjang sebelum memulakan cerita.
"Semalam..."
"Hah, kenapa dengan semalam?"
"Isy, dengar lah dulu aku cerita. Jangan nak potong!"
"Hihihi, oky. Hah, cerita la."
"Semalam aku terserempak dengan..." Aku terhenti seketika. Memandang wajah Tiya penuh dengan kesabaran menunggu kata-kata seterusnya daripada aku.
"Dengan siapa?"
"Zyan."
Aku dah agak dah pasti wajahnya akan terkejut beruk. Tapi, sedikit pelik apabila melihat riak wajah Tiya bagaikan tiada apa-apa berlaku. Tenang. Aku pula naik angin, geram. Pasti dia lupa. Dia kan banyak kawan lelaki, pasti dia lupa siapa kawan lelaki yang paling dia rapat sewaktu sekolah dahulu.
"Zyan. Siapa tu?”
"Isy, kau ni tak kenal pulak! Zyan yang kawan rapat kita sewaktu kita sekolah dulu tu la.” Aku harap sangat dia ingat. Melihat wajahnya seperti sedang mengingati wajah-wajah sahabat baiknya dahulu.
Tak sampai beberapa minit....
"Ohhhhhhhhh...."
Haih, panjang betul dia melopong. Terbeliak biji matanya saat ini. Ah, bersyukur kerana dia sudah dapat mengingati kawan rapatnya dahulu.
"Wei, serius lah kau dapat jumpa dengan Zyan? Mana dia? Dia nak jumpa dengan kau lagi tak? Ya Allah, wei rindunya aku dekat dia. Dah lah dia dulu sporting. Kita berdua je rapat dengan dia dulu.”
Aku ketawa kecil. Hah, kan dah cakap. Kalau cakap tentang Zyan, pasti dia akan rindukan lelaki itu. Kawan baik kut, siapa je tak rindu. Dah lama tak jumpa.
"Haah, semalam aku terserempak dengan dia."
"Oh, ni mesti ada jodoh ni.” Sengaja betul si makcik Kiyah ni nak kenakan aku. Tajam aku jeling dia. Si makcik Kiyah itu pula boleh lepaskan tawa.
"Lepastu, dia ajak aku minum. Sebab lama dah tak jumpa kan. And, time tu kan aku tak boleh nak jalan. Dia papah lah aku beralas dengan kot hitam dia ni. Lepastu, aku lupa pula nak pulangkan dia punya kot ni. Haih..." Aku tepuk dahi sendiri. Cuai!
"Apa masalahnya? Kau call lah dia minta jumpa semula."
Haih, senang aje ya dia cakap. Tak membantu langsung lah si makcik Kiyah ni. Aku mendengus kasar.
"Apa masalahnya, kau cakap? Kau tahu tak aku tak ada nombor telefon dia. Dia je ada nombor aku sebab dia minta semalam. Aduhai, macam mana ni ya? Aku tak selesa lah nak simpan barang orang lama-lama. Nanti kalau koyak ke, rosak ke baju dia ni, mesti dia minta ganti punya."
Memang dugaan hidup. Nombor telefon dia aku tak ada. Harap sangat jari dia gatal untuk tekan nomborku dan hubungi aku sekarang. Sangat-sangat memerlukan sekarang ini.
"Aku dah cakap, kau orang berdua ni mesti ada jodoh. Jodoh kau dengan Zyan tu kuat sampaikan kena berjumpa untuk kali kedua.” Tiya ketawa miang buatkan satu cubitan hinggap di lengannya. Geram aku.
"Isy, kau ni sama je dengan ayah aku. Tak habis-habis cakap pasal jodoh!" Sumpah saat ini buat aku tak senang duduk kalau cakap pasal jodoh ni.
Tiya terhenti tawa seketika. Melihat wajahnya berubah. Aku pula yang tayang muka blur dihadapannya. Tertanya-tanya. Dah kenapa dengan minah ni? Melihat dia menjongketkan sedikit bibirnya. Senyuman mengusik. Ah, mula lah dah dia ni!
"Serius lah ayah kau suruh kau kahwin, Bella?" Soal Tiya terkejut. Aku hanya melepaskan nafas panjang. Jangan lah sebut perkataan 'kahwin' tu. Rasa tak senang duduk pula aku sekarang ni. Sebut nama Zyan lagi lah tak senang duduk. Huh...
Malas-malas aku angguk kepala. Kali ini, wajah Tiya sudah bertukar benar-benar terkejut. Terkejut beruk! Aku menahan tawa. Lucu melihat wajahnya yang sudah terlopong luas itu.
"Ayah kau suruh kahwin?"
Soalnya kembali mengambil kepastian. Aku hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Aku dah lah tak senang duduk sekarang ni, boleh pula dia cakap lagi tentang kahwin-kahwin semua ni!
"Dengan Zyan?"
Malas nak bercakap aku hanya gerakkan kepala menandakan kata-kata Tiya itu semuanya benar. Aku angguk lagi. Makin terkejut beruk Tiya saat ini.
Lah! Baru aku sedar dengan soalan Tiya tadi. Zyan? Kahwin dengan Zyan? Patut lah si makcik Kiyah ni terkejut beruk. Sebab aku angguk yang aku akan kahwin dengan Zyan sedangkan aku tidak mahukan semua itu!
"Eh, tak!" Cepat-cepat aku bersuara apabila melihat Tiya sudah salah faham.
"Macam ni, Zyan tu kan lelaki yang paling rapat dengan aku sewaktu sekolah lagi. Ayah aku ni susah nak percayakan lelaki yang berkawan rapat dengan aku. Disebabkan Zyan seorang sahaja yang berani kawan dengan aku, jadi ayah aku nak aku kahwin dengan Zyan. Dia nak jumpa dengan Zyan nanti.” Ceritaku panjang lebar sambil menghela nafas berat.
Harap sangat ayah tidak ingatkan tentang itu. Pagi tadi pun dia tidak cakap apa-apa. Ah, kalau begitu aku sujud syukur. Sumpah, aku langsung tiada apa-apa perasaan terhadap Zyan. Suka dekat lelaki itu pun tidak. Sudah dianggap sebagai kawan baik. Senang cerita, kami sudah seperti adik beradik. Entah-entah, lelaki itu pun tak suka aku. Dia pun tak setuju kalau ayah suruh dia kahwin dengan aku. Isy, tak nak lah aku!
Bermacam-macam perkara dah aku fikir sekarang ni. Otak aku pun dah serabut. Tak sangka pula yang ayah akan terfikir untuk kahwinkan aku. Haih, tolong lah jangan. Kalau aku ada kuasa untuk hilangkan ingatan orang, dah lama aku hilangkan ingatan ayah yang tentang kahwin tu. Ah, itu semua hanya cerita dongeng.
"Tiya, macam mana ni? Kau kena tolong aku wei!" Rengekku sambil menggoncang lembut lengan Tiya.
"Apa aku boleh buat? Nak bunuh Zyan tu agar ayah kau tak kahwinkan kau dengan Zyan? Macam tu? Kalau macam tu boleh je. Tapi, tulah. Dia kan satu-satunya kawan lelaki yang kita rapat dahulu. Tak akan nak bunuh pula.”
Satu pukulan hinggap di lengan Tiya. Geram aku dengan perempuan ni. Ingatkan dia boleh bantu aku apa-apa yang patut. Tapi, ini sudah menambah keserabutan di kepala aku. Tak membantu langsung lah makcik Kiyah ni!
"Isy, kau ni! Tak membantu langsung lah. Aku dah la tengah serabut ni.” Aku memeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arahnya.
"Habis tu, nak buat macam mana? Kahwin je la. Lagipun, aku tengok Zyan tu dulu macam suka dekat kau. Kau tak ingat dulu, dia asyik ajar kau je. Sampai lah kau berjaya. Nampak sangat macam dia suka kat kau, Bella."
Minah ni dah mula lah. Makin bertambah panas pula hati aku dengan dia ni. Melihat sengih-sengih dia tu nak aje aku koyak-koyak mulut dia!
"Eee! Kau merepek apa?! Aku. Tak. Nak. Kahwin. Dengan. Zyan!" Satu per satu aku jelaskan pada makcik Kiyah ni. Dia hanya melepaskan tawa.
"Eh, aku nak jumpa dengan dia la. Rindunya dekat dia. Mesti dia makin handsome kan. Dulu bukan main ramai lagi perempuan terkejar-kejar dekat dia. Ni mesti makin glow up kan dia tu."
Orang tengah serabut fikirkan tentang kata-kata ayah semalam, dia boleh pula nak berjumpa dengan kawan rapat dia tu. Aku jeling sekilas ke arah Tiya. Kalau layan si makcik Kiyah ni buat otak aku bertambah beban. Lebih baik aku buat regangan otot sebelum kelas gymnastik bermula.
"Eh, Bella. Kau nak pergi mana? Isy, aku tak habis cakap lagi dengan kau ni. Bella!" Panggilan Tiya langsung aku tidak peduli. Aku terus melangkah keluar daripada bilik persalinan baju. Mahu tenangkan fikiran.
*********
"Thank you, Miss Liya!"
Serentak kami bersuara sebelum Miss Liya melangkah pergi daripada tempat gelanggang gymnastik ini. Semua bersiap-siap menukar pakaian di bilik persalinan.
Botol besar yang berisi air putih aku teguk laju-laju. Ah, dahaga betul. Badan pun sudah basah seperti mandi hujan. Cepat-cepat aku membersihkan diri dahulu sebelum pulang ke rumah.
Tak jadi aku hendak keluar daripada kelas gymnastik itu, Miss Liya mengarahkan kami semua untuk berkumpul kembali di dalam gelanggang gymnastik. Berkerut dahi aku memandang Tiya, Tiya pula sudah makin seribu kerutan di dahinya. Pasti ada berita penting jika Miss Liya memanggil semua untuk berkumpul kerana ada satu pengumuman daripadanya.
"Hai, everyone! Saya nak bagitahu sedikit tentang pertandingan ballet tu. So, di sini saya sudah memilih 5 orang peserta untuk masuk ke dalam pertandingan tersebut."
Terkejut aku mendengar kata-kata Miss Liya itu. Apa? Nak cakap tentang pertandingan tu? Ah, kalau dibenarkan pulang, aku segera pulang kerana aku sudah tahu aku tak akan terpilih pun. Cemburu seketika melihat orang yang terpilih di dalam pertandingan itu. Hmm...
Tiya pandang aku dengan senyuman. Entah apa maksud senyumannya itu. Aku hanya buat muka biasa. Tenang. Kerana sudah tahu aku tak akan dipilih.
"So, saya akan baca nama-nama peserta yang terpilih di sini ya.” Miss Liya memakai cermin matanya lalu merenung lama sekeping borang yang berada di dalam genggamannya.
Aku sabar menunggu. Tunggu masa aje kaki ini melangkah keluar dari kelas ini. Malas nak dengar nama-nama yang terpilih itu, pasti nama Fiqah akan disebut sekali. Haih, cemburu tu memang cemburu sangat-sangat!
"Peserta pertama yang terpilih dalam pertandingan ballet akan bertanding di Negara Italy ialah....” Miss Liya senyum senget sambil memandang kami semua yang berada dihadapannya.
Ni buat aku berdebar. Aku yang tak yakin yang nama aku tak akan disebut pun boleh berdebar. Haih...
"NURUL HUDA!"
Hah, kan dah kata. Nama aku mesti tiada. Aku senyum sebaris ke arah Tiya di sebelahku. Nurul? Ya, dia masih baru di sini. Aku juga kagum dengannya. Baru beberapa bulan masuk ke kelas ini, tetapi pandai menari ballet. Bertuah dia.
Lebar betul senyumannya. Gembira. Siapa je tak gembira? Kalau aku terpilih, memang aku dah jerit gembira bagaikan orang gila disini. Tapi kalau terpilih pun tak semestinya ayah izinkan aku pergi ke negara jauh-jauh tu. Hm...
"Dan, peserta yang kedua pula ialah....” Seperti biasa Miss Liya suka sangat buat orang berdebar-debar. Jantung aku pula rasa berdetak sangat laju saat ini.
"PUTERI AQILA!"
Semua memberikan tepukan pada peserta yang terpilih tersebut. Malas-malas aku menepuk tangan. Hm, cemburu di hati makin tebal. Sedih.
"Wow, bertuah betul yang terpilih tu ya.” Ujar Miss Liya.
Haih, makin bertambah cemburu aku. Rasa nak menangis di tepi bahu Tiya saat ini. Dah lama sangat aku nak join pertandingan itu. Selama ini tidak dapat. 5 kali sudah tidak dapat, 5 kali itu juga aku kecewa! Ah, sedihnya!
"Untuk peserta yang ketiga pula ialah....”
Seperti biasa, aku hanya menayang muka biasa. Seperti tiada apa-apa berlaku.
"NUR AZKIYAH!”
Tersentak aku mendengarkan nama itu. Azkiyah? Makcik Kiyah? Kawan baik aku? Di sebelah aku ini? Eh, serius la? Aku tak salah dengar kan? Rasanya, baru semalam aku korek telinga. Jadi, benar la?
Aku memandang Tiya di sebelah yang turut berwajah seperti tidak percaya apabila namanya disebut terpilih dalam pertandingan itu. Terlopong luas dia saat ini. Kalau lalat masuk dalam mulut dia pun dia tak perasan sebab dah terkejut beruk. Ah, untungnya dia! Rasa nak aje tukar tempat dengan dia. Tak sangka dia terpilih walaupun dia banyak bermain-main.
"Oh my god! Miss, betul ke saya terpilih ni?” Soalnya kembali pada Miss Liya seperti tidak percaya. Miss Liya ketawa kecil.
"Yup. Awak terpilih, Azkiyah. Tahniah.”
Makin ternganga besar mulut makcik Kiyah itu. Aku menahan tawa. Makcik Kiyah ni kalau tak buat hal tak sah.
"Hoi, tutup mulut kau tu. Nanti masuk lalat baru tahu!" Bisikku pada Tiya. Terkebil-kebil Tiya menutup mulutnya sambil tersengih kecil. Gembira lah tu sampaikan tak sedar mulut dia dah terbuka luas.
"Peserta keempat pula yang terpilih untuk masuk ke dalam pertandingan ini ialah..."
"SYAFIQAH DIANA!”
Mata terus beralih pada orang yang namanya disebut oleh Miss Liya. Fiqah? Ah, aku dah agak. Dia terpilih. Dia yang perasan aku memandangnya, senyuman sinis diberikan padaku. Jelingan tajam pula aku hadiahkan padanya. Menyampah!
"Tahniah, Syafiqah. Saya suka dengan menari ballet awak. Perfect."
"Thank you, Miss."
Eleh, suka lah tu. Acah-acah control muka yang tengah bangga sangat tu. Eee! Menyampah nya! Macam mana lah dia boleh terpilih. Apa Miss Liya kata? Dia punya ballet perfect? Hm, perfect lah sangat. Aku tengok pun sakit mata.
"And, peserta terakhir yang bertuah terpilih bakal masuk ke dalam pertandingan tersebut ialah..."
Nafas berat aku hela. Nak aje aku tarik lengan Tiya untuk pergi dari situ. Aku yang tak akan terpilih boleh pula berdebar-debar. Haih, pelik.
"BELLA BRIANNA!"
DANG!
Sumpah, saat ini rasa nak pengsan! Jantung aku makin laju berkencang saat ini. Ya Allah, betul ke ni? Aku tak salah dengarkan? Nama aku kan yang Miss Liya sebut tu? Eh jap. Nama aku Bella Brianna. Betul kan? Tak salah kan? Ah, sumpah aku rasa macam tak percaya.
Koyak lebar senyumanku. Kepala ditoleh memandang Tiya. Melihat riak wajah Tiya juga turut terkejut besar. Cepat-cepat dia memeluk tubuhku. Gembiraaaaa!!
"Tahniah, Bella.” Ucap Miss Liya sambil menghadiahkan aku satu senyuman manis.
Kelopak mata aku mula basah. Tak sangka aku terpilih dalam pertandingan itu. Ya Allah, rasa nak sujud syukur aje saat ini. Sumpah, ini pertama kali aku terpilih.
"Alhamdulillah, thank you so much Miss.” Aku menyeka hujung mataku yang mula berair. Sebak di dada saat ini.
Miss Liya hanya senyum manis ke arahku.
"By the way, awak punya kaki tu macam mana? Dah okey? Saya pilih awak sebab saya suka melihat awak punya gymnastik. Lagi-lagi ballet. So perfect. Saya harap sangat kita boleh menang dalam pertandingan itu.” Ujar Miss Liya. Perasaan aku saat ini tak terkata. Gembira tu tak boleh bawa bincang. Maklumlah, ini pertama kali aku terpilih.
"Alhamdulillah, kaki saya dah okey Miss. Sikit aje ni. Tak teruk sangat pun.” Balasku dengan senyuman.
"Good. So, pertandingan tersebut tidak diberikan tarikh lagi. Bulan depan, mungkin kita sudah boleh gerak ke sana. Anda perlu menyiapkan persiapan anda semua ya. Mungkin kita tidak lama lagi di sini. Minggu depan perlukan banyak practice. Insya-Allah, sebelum pertandingan itu bermula kita dah boleh bergerak ke sana.”
Ah, gembiranya. Syukur ya Tuhan. Gembira sangat-sangat terpilih. Sempat aku menjeling ke arah Fiqah. Dia memeluk tubuh. Melihat riak wajahnya seperti tidak puas hati apabila aku terpilih. Ah, padan muka dia! Dia ingat dia seorang sahaja terpilih.
Selesai membuat pengumuman oleh Miss Liya. Kami semua bergerak pergi. Sebelum pergi, Miss Liya ada menyerahkan pada peserta yang terpilih satu borang. Iaitu borang persetujuan untuk mengikuti pertandingan itu.
Fikiranku terus melayang pada ayah. Ayah setuju ke? Ah, pasti tidak setuju. Ayah tak akan melepaskan aku pergi begitu sahaja. Dah lah jauh, kalau negeri yang terdekat boleh la. Ini Italy tu. Negara yang paling jauh dari Malaysia. Ah, kalau ayah tidak setuju mahu menangis air mata darah aku.
"Wah, tak sangka kita berdua terpilih!” Tiya jerit kecil gembira. Aku ketawa kecil. Gembira sungguh ya si minah ni. Maklumlah, dia juga pertama kali terpilih dalam pertandingan itu.
Suasana menjadi sunyi sepi kembali sambil itu kami berdua beriringan berjalan keluar daripada kelas tersebut. Kepala otak aku masih melayang pada ayah. Haih, bagaimana ya aku nak pujuk ayah untuk setuju untuk aku masuk ke dalam pertandingan itu?
"Hei, kenapa ni? Bukan ke kau sepatutnya kena happy? Kenapa monyok je muka tu?” Soal Tiya apabila melihat riak wajahku berubah.
"Memang lah gembira. Tapi....Ayah aku.” Nafas berat aku hela. Tiya juga diam seketika. Memikirkan kata-kataku tadi. Dia pun tahu perangai ayah macam mana. Aku ni nak pergi kedai yang terdekat dengan rumah pun ayah tak bagi keluar entah apa lagi nak ke negara orang.
"Itu lah masalahnya. Sedih lah aku kalau kau tak dapat pergi.” Aku muncungkan bibir, wajah dah bertukar merajuk bercampur sedih dan kecewa. Aku pasti, ayah tak akan setuju. Hm...
Sampai di luar kelas, kami beriringan berjalan ke perhentian bas. Duduk dilabuhkan di bangku yang terletak di perhentian bas tersebut. Aku menunggu ayah datang kerana sekejap lagi ayah akan ambil aku pulang. Tiya pula akan diambil oleh abangnya. Jadi, ada lah teman aku untuk menunggu ayah sampai sekejap lagi.
"Kau cuba pujuk ayah kau? Mana lah tahu ayah kau lembut hati untuk setuju?” Tiya memberi aku tips untuk memujuk ayah. Tapi, aku tak rasa perkara itu akan buatkan ayah lembut hati untuk setuju.
"Hm, aku tak rasa lah perkara tu akan membantu aku.”
"Hei, belum cuba belum tahu tau.” Sokong Tiya sambil menepuk beberapa kali bahuku. Makin muncung bibirku saat ini. Sedih. Dapat ku bayangkan jika ayah tidak setuju pasti ayah akan koyak-koyak borang tersebut.
"Hei, kenapa muncung sangat bibir tu? Cute nya.”
Tersentak aku dengan suara itu. Bibir yang muncung tadi, cepat-cepat aku tarik kembali. Bibirku ketap rapat-rapat. Malunya. Wajah dah berbahang apabila ada seseorang menegur. Kedengaran dia ketawa kecil.
"Wei, siapa lelaki handsome depan kita ni?” Bisik Tiya perlahan di telingaku. Aku berkerut dahi. Ya, dengar suaranya macam aku kenal.
Aku angkat wajah. Terbeliak biji mataku melihat dihadapan ku itu. Bertubuh tegap, tinggi dan berpakaian kemas. Dia membuka cermin mata hitamnya sambil tersenyum kecil ke arahku.
Zyan!
Lelaki itu buat apa di sini? Bagaimana dia boleh tahu aku berada di sini? Terkejut aku melihat kemunculannya di sini.
"Eh, kau ni macam aku kenal la...” Tiya mula berdiri lalu berjalan mendapatkan lelaki itu sambil menunding jari ke arah Zyan. Zyan ketawa kecil. Tiya pula mengecilkan matanya menganalisis Zyan atas bawah. Memang lah kau kenal Tiya oi! Dia kawan rapat kau dulu!
Aku menahan tawa melihat gelagat Tiya itu. Tiya pula berkerut dahi memandangku. Pasti tertanya-tanya apabila aku hanya berdiam diri.
"Kau tak kenal aku?” Soal Zyan sambil ketawa kecil. Melihat wajah Tiya seperti sedang mengingati seseorang. Aku juga turut ketawa kecil bersama Zyan.
"Hei, aku Zyan la.” Berubah riak wajah Tiya saat ini. Terkejut. Dia menutup mulutnya yang sudah ternganga luas. Pasti takut nanti lalat masuk dalam mulut. Sebab itu dia tutup mulut. Hahaha...
"Zyan? Serius lah kau Zyan?” Soal Tiya tidak percaya.
Kalau aku dengan Zyan bersembang pasti kami akan bersaya awak. Tapi, kalau Tiya dengan Zyan, mereka berdua lebih selesa dengan beraku kau. Kerana mereka berdua rapat, tidak seperti aku yang jarang keluar rumah dan layan Zyan pun aku malu-malu walaupun dia kawan rapat aku.
Kekok.
"Ya, aku Zyan. Cuma style rambut lain sikit dan pakaian aku lain. Kalau kau tak percaya yang aku ni Zyan. Esok aku pakai baju sekolah lepastu tukar style rambut macam budak sekolah dulu.”
Aku lepaskan tawa apabila Zyan berkata begitu. Mereka berdua ni tak pernah tak lawak. Sampai begitu sekali dia mahu buat jika Tiya tidak percaya yang dia Zyan.
"Isy, tak payah lah sampai macam tu sekali. Ya, aku percaya kau Zyan. Peh, dah lama tak jumpa dengan kau. Makin handsome kau sekarang. Patutlah ramai perempuan dekat luar sana terkejar-kejar dekat kau.”
Amboi, siap terselit dengan pujian. Aku melihat Tiya sudah tersenyum-senyum. Ya, benar. Zyan sekarang sudah berbeza daripada yang dulu. Senang cerita, sekarang dia makin kacak. Penampilannya berubah dan kini dia terlihat makin kacak dan berbeza daripada yang dulu.
"Hahaha...Mana ada aku handsome. Memadai je kau ni. Hah, ni korang berdua daripada mana?” Aku dan Tiya mula terkebil-kebil menjawab soalan Zyan. Aku hanya diam membisu. Kalau dorang buat lawak, ketawa aje la. Kalau mereka serius bercakap, aku diam aje la.
Kerana mereka berdua sudah tahu aku dahulu bagaimana. Dan sekarang tetap sama seperti dahulu. Pendiam dan pemalu. Aku seorang yang pendiam dengan orang luar dan pemalu jika orang itu lelaki.
Rasa kecanggungan bersama lelaki itu dah tebal sangat di hati jika berdua-duaan. Lagi-lagi, pertama kali keluar bersama lelaki. Seperti semalam, pertama kali aku keluar bersama lelaki iaitu Zyan. Lagipun, dia kawan baik aku. Dah lama tak jumpa. Tak akan nak tolak pula pelawaannya. Nanti kata aku sombong.
Cuba menganggap yang Zyan kawan rapat aku tapi tetap tidak boleh apabila terasa malu untuk bersembang panjang dengannya. Lagi-lagi dia pandang aku sambil tersenyum senget mampu buat aku gelisah tak tentu arah.
Susah lelaki nak dekat dengan aku. Kalau aku dah selesa dengan dia sekalipun, belum tentu akan bersama selamanya. Kena juga fikir tentang ayah. Hm, kalau cakap pasal ayah, aku kembali teringat tentang borang persetujuan ibu bapa dan penjaga untuk tandatangan di borang tersebut jika setuju. Tapi, awal-awal lagi aku sudah tahu. Ayah belum baca lagi, pasti sudah mengoyak borang tersebut.
Daripada aku sakit hati sendiri apabila ayah koyak di hadapanku borang tersebut. Lebih baik aku koyak sendiri. Biar buat sendiri, sakit hati sendiri dan pendam sendiri. Anggap je lah impian itu tidak tercapai walaupun sudah berada di depan mata. Hmm...
"Oky, wait. Aku dah tahu korang dari mana.” Zyan tersenyum memandangku. Ah, pasti lah dia sudah tahu kerana semalam aku sudah ceritakan padanya yang aku ada masuk kelas gymnastik dan ballet bersama Tiya.
Tiya berkerut dahi. Pasti dia bingung dan tertanya-tanya bagaimana Zyan boleh tahu kami dari mana tadi.
"Korang ada kelas gymnastik, kan? Tak pun, korang ada kelas ballet.” Ujar Zyan sambil menjongketkan kening sebelah. Tubuh di peluk. Kelihatan sungguh bergaya.
Tiya sedikit terlopong. "Uish, macam mana kau tahu? Kau ada guna apa-apa saka ke? Sebab itu lah kau tahu ya?” Soal Tiya bertubi-tubi. Riak wajahnya berubah terkejut beruk. Aku menahan tawa. Zyan sudah melepaskan tawanya. Tiya kalau berlawak, memang win!
"Aku mana ada guna saka-saka ni. Zaman sekarang dah tak main semua benda tu.” Zyan senyum senget sambil sempat matanya memandang sekilas ke arahku. Bagaikan sudah tahu sahaja aku sedang merenungnya. Aku yang sedar, lantas mengalihkan pandangan. Entah kenapa, kalau tengok muka dia terus nak melekat pandang dia je. Haih...
"Kau tanya la kawan kau tu macam mana aku boleh tahu.” Kedengaran suara Zyan seperti berbisik pada Tiya tetapi dapat kudengar jelas kata-kata itu keluar daripada mulut Zyan. Aku ketap bibir. Ah, apa nak jawab ni?
"Bella, kau bagitahu ke?” Soal Tiya tak menunggu lama. Aku sengih kecil.
"Err...Haah. Kan semalam aku terserempak dengan dia. Lagipun, time tu kitaorang terserempak dekat depan kelas semalam.” Jelasku pada Tiya yang masih tertanya-tanya. Lagipun semalam Zyan yang tanya aku buat apa semalam sampaikan tergesa-gesa. Kaki pula sewaktu itu sakit. Tak akan nak tipu lagi. Lebih baik berterus-terang.
"Oh, jadinya kau dah tahu la?” Soalan itu disoal pada Zyan oleh Tiya. Masih bersembang. Aku hanya membiarkan mereka bersembang. Dah lama tak jumpa kan. Sekarang ni aku hanya menunggu ayah datang aje. Tak sabar nak balik nak loncat atas katil. Ah, badan pun dah rasa lenguh-lenguh. Penat...
"Yup. Tak sangka, korang berdua ada bakat terpendam rupa-rupanya. By the way, nanti ajarkan aku juga ya.” Zyan sengih kecil.
"Eh, mesti la boleh. Tapi, aku tak seberapa bagus dalam gymnastik ni. Kalau tanya Bella. Ya, dia pandai dalam gymnastik ni. Lagi-lagi ballet.”
"Oh, ya. Bella, awak punya kaki tu macam mana? Dah okey?” Soal Zyan sambil memandang kaki aku. Aku hanya senyum kecil.
"Okey dah. Tak teruk pun. Sikit je sakit ni.” Jawabku ringkas dengan senyuman kecil.
"Amboi, caring sungguh kau dekat Bella ya.” Melihat Tiya sudah senyum mengusik ke arahku. Ya, aku tahu dia sengaja mengusik aku dan Zyan. Sempat aku jegilkan mata ke arahnya. Dia pula sudah ketawa kecil.
"Eh, mestilah. Dia kan kawan baik aku. Kau pun sama.” Ujar Zyan sambil ketawa kecil.
Tiya yang dah tahu aku pemalu bila bersama Zyan, sengaja usik aku si makcik Kiyah ni! Aku dengan Zyan memang rapat, tetapi perasaan malu dan kekok itu tidak boleh tolak ke tepi.
Membulat mataku apabila berjaya menangkap sebuah kereta Audi berwarna hitam milik ayah. Ya, itulah ayah. Ayah sudah sampai. Sumpah saat ini aku sudah tidak senang duduk. Kalau Zyan ni kecil mahu sahaja aku ambil dia campak ke mana-mana sahaja. Janji ayah tak nampak susuk tubuh dia yang berada di sini bersamaku.
Aku yang tadi duduk di bangku perhentian bas, laju aku bangun. Berdiri acah-acah duduk jarak dengan mereka. Saja buat-buat tak kenal mereka berdua. Tetapi ayah tahu aku dan Tiya kawan rapat. Ah, bagaimana ni?
Kini kereta ayah sudah berhenti betul-betul dihadapanku. Telan liur seketika. Harap la ayah tak soal aku di dalam kereta nanti.
Beg sukan aku galas di bahu. Melihat ayah berhenti di depan perhentian bas sambil melangkah keluar daripada kereta. Ah, kenapa ayah nak keluar pula? Aku dah cuak gila saat ini.
Rasa diri ini bodoh kerana baru teringat sesuatu. Haih, cuai lagi kau ni Bella. Bibir bawah aku gigit. Sumpah aku lupa nak pulangkan kot hitam Zyan. Bersyukur juga kerana dia datang hari ini. Tapi, kenapa dia datang? Kenapa tak hubungi aku aje? Ah, itu lantak dia la. Janji aku kena cepat-cepat beri barangnya semula pada lelaki itu sebelum ayah 'syak' macam-macam nanti.
Beg sukan yang digalas dibahu aku kembali tarik lalu dibuka. Mencari kot hitam lelaki itu. Tak mahu simpan lama-lama. Nanti tak pasal-pasal lelaki itu ingat lain sedangkan aku cuai dan lupa nak hantarkan kot hitamnya ini.
Melihat ayah sudah berdiri di sebelah kereta sambil merenungku yang sudah terkebil-kebil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sukan aku itu.
Dapat sahaja kot hitam Zyan yang berada kemas di dalam beg aku, lantas aku melangkah mendapatkan Zyan yang sedang rancak bersembang dengan Tiya.
"Err...Korang, sorry ganggu. Aku dah kena balik. Esok kita jumpa lagi kalau ada masa.” Ujarku sebelum menyerahkan kot hitam Zyan dan meminta diri untuk pergi.
"Oky, elok-elok jalan.” Pesan Tiya. Aku hanya senyum sambil mengangguk.
Kini mata beralih pula pada lelaki yang berada di hadapanku. Zyan. Dia hanya senyum ke arahku, aku juga membalas senyumannya.
"Err...Zyan. Nah, ni kot awak. Semalam saya lupa nak bagi kat awak.” Ujarku laju pada Zyan. Nak cepat takut nanti ayah tengok aku lama-lama dengan Zyan lepastu fikir bukan-bukan. Ah, tolong la jangan sampai macam tu.
"Lah, saya pun lupa semalam tentang kot ni. By the way, thank you.” Aku hanya membalas kata-katanya itu dengan anggukkan dan senyuman. Kaki terus bergerak pergi tetapi dihalang oleh Zyan. Ah, melihat mata ayah sudah tajam. Apa lagi lah si mamat ni nak?
"Awak basuh kot saya ni ke? Wanginya.” Tersentak aku seketika. Memang lah aku basuh. Takut juga kalau-kalau ada melekat peluh aku dekat kot dia semalam. Nanti bau masam pula. Jadi, disebabkan kot hitam itu milik orang, terpaksa la aku basuh. Barang orang perlu jaga elok-elok. Sebab itulah semalam aku terlebih rajin untuk cuci kot dia tu.
"Errr....Haah. Sebab...Sebab ada kotor sikit. Saya tolong cucikan.” Kataku pada Zyan tanpa memandang lelaki itu. Masih menunduk.
"Oh, thank you Bella. Hati-hati.” Ucapnya terselit pesanan untuk aku.
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kecil ke arahnya. Kaki terus mengatur langkah mendapatkan ayah. Tetapi, belum selangkah lagi aku berjalan berjauhan dengan Zyan, entah apa aku pijak aku pun tidak tahu. Salah langkah!
Badan automatik terus tidak seimbang. Aku terjerit kecil apabila terasa seperti aku mahu terjatuh mencium tanah. Takut juga kalau ada taik kucing.
"ARGH!"
Ah, selalu cuai! Lain kali jalan pakai mata, Bella! Malunya aku kalau Zyan nampak aku jatuh macam orang tak ada mata.
Tapi, buatkan aku rasa terkejut besar apabila aku buka sahaja mata ingatkan muka sudah sampai ke tanah, malah bukan tanah yang aku nampak. Tapi orang. Berwajah bersih dan kacak. Lama aku renung dia. Kemas dia menyambut tubuhku daripada terjatuh mencium tanah.
Share this novel