• { BAB 18 } •

Romance Series 49131

Senyuman terukir lebar di bibir saat mata tertangkap satu susuk tubuh berdiri tegak sambil bersandar pada keretanya sedang merenung tepat ke arahku.

"Tiya, Tiya...” Panggilku sambil menarik-narik lengan Tiya. Terkebil-kebil Tiya memandang ke arahku.

"Apo?”

"Tu Zyan kan?” Soalku sambil menunding jari ke arah Zyan. Ya, itu Zyan. Lelaki itu sedang melambai-lambai tangan ke arah kami berdua.

"Eh, haah lah...”

Tidak menunggu lama, kami berdua terus berlari anak mendapatkan Zyan. Senyumannya lebar mengukir di bibir. Aku membalas senyumannya. Baru sahaja semalam aku hubungi ayah dan ayah bercakap tentang Zyan dan hari ini lelaki itu sudah terpacak di hadapan apartmentku.

Sebelum Chris mesej dengan aku malam tadi, sempat ayah menghubungiku. Mana pernah ayah tidak menghubungiku. Boleh dikatakan setiap kali dia akan hubungi aku sewaktu aku sudah tamat kelas.

"Hai Zyan!” Sapaku apabila kami berdua sudah berada betul-betul dihadapannya.

"Hai!” Mesra suaranya. Melihat dari riak wajahnya dapat kurasakan dia seperti ada sesuatu rahsia yang disembunyikan daripadaku. Dan dapat aku lihat juga, dia mengukir senyuman palsu walaupun senyuman itu lebar. Dan wajahnya terlihat kecewa walaupun dia cuba mengubah riak wajahnya ke riak wajah yang gembira dan mesra. Ya! Aku tahu semuanya kerana dia kawan baik aku. Bukannya semalam aku kenal dia, dah hampir bertahun-tahun aku mengenalinya.

"Bella, saya nak minta maaf sangat-sangat. Maafkan saya Bella...” Berkerut-kerut dahiku apabila dia memohon maaf. Kenapa nak minta maaf? Dia bukan ada buat salah pun dengan aku. Bingung.

"Minta maaf kenapa pulak ni? Awak bukannya ada salah dengan saya pun.” Balasku mesra dengan senyuman kecil terukir di bibir. Dah lama tak nampak dia. Jarang juga nampak dia dan hari ini baru lah dapat berjumpa dengannya. Mungkin dia sibuk. Seperti yang dikatakan olehnya, dia juga ada kerja di sini. Syarikat sendiri katanya. Jadi aku tidak kesah, aku faham yang dia sibuk dengan kerja tersendiri.

"Err...Saya nak minta maaf sebab tak dapat nak ambil awak pulang sewaktu tamat kelas dan tak dapat nak hantar awak sewaktu nak ke kelas. Saya rasa macam tak layak pulak jadi orang upahan ayah awak. Saya minta maaf sangat-sangat. InsyaAllah, kalau saya ada masa panjang saya akan selalu terpacak di depan apartment awak ni.”

Pecah tawaku. Tiya hanya sekadar kerut kening. Pasti dia tidak tahu di mana lawaknya. Tapi bagi aku itu sangatlah kelakar.

"Isy, kau ni Zyan. Jangan risau la. Dia kan dah besar. Bukannya budak kecil umur 7 tahun pun. Jangan risau la. Lagipun sekarang ni dia dah ada boyfriend tau. Boyfriend dia yang selalu ambil dia pergi ke kelas. Tapi sekarang boyfriend dia tak ada. Maybe busy.” Usik Tiya tak bertempat buatkan wajah aku berbahang serta-merta. Riak wajah Zyan betul-betul berubah. Dapat kulihat senyuman paksa terukir di bibirnya itu pudar dan wajahnya jelas terkejut dengan kata-kata Tiya itu.

"Oh, wow! Bella dah ada boyfriend. Suka rahsia dekat kitaorang kan?” Usik Zyan pula tetapi jelas wajahnya bagaikan terpaksa untuk tersenyum. Adakah dia kecewa atau cemburu jika benar aku ada teman lelaki?

"Eh, mana ada lah. Kau ni Tiya memandai je!” Satu pukulan naik ke lengan Tiya sambil memberi isyarat mata padanya. Tiya hanya ketawa kecil.

"Lelaki tu orang mana? Nama apa?” Soal Zyan tiba-tiba. Aku sedikit tergamam. Eh, eh...mamat ni semua benda dia nak tahu.

Melihat Tiya sudah mula senyum nakal sambil menjeling sekilas ke arahku. Pasti dia mahu kenakan aku lagi. Ah, makcik kiyah ni memang nak kena ketam aku lah!

"Kalau kau nak tahu, lelaki tu duduk Italy. Senang cerita, boyfriend Bella orang Italy. Jangan main-main dengan taste dia. Taste tinggi!” Ujar Tiya sengaja mahu kenakan aku lagi. Aku pula sakit hati dengan dia. Tetap mengawal senyuman walaupun hati tengah panas dan mahu mengetam lengan Tiya yang suka sangat kenakan aku.

"Really? Orang Italy? Wow, orang sini memang semuanya handsome. By the way, apa nama dia?” Makin teruja pula lelaki itu ingin tahu tetapi riak wajahnya jelas yang dia kecewa walaupun senyuman palsu terukir dibibir.

"Nama lelaki tu...” Tiya memandang ke arahku sambil senyum nakal. Aku menjegilkan mata ke arahnya tetapi dia tetap degil mahu usik aku lagi.

"Mr.Chris!”

Terus ketam aku naik ke lengan Tiya. Gadis itu sudah meraung sakit sambil menggosok-gosok lengannya yang sudah makan dengan ketaman aku ini.

"Isy, kau ni! Dia bukan boyfriend aku la! Jangan nak fitnah boleh?!” Bisikku pada Tiya dengan nada marah tetapi cuba dikawalkan agar tidak kedengaran kuat. Tiya hanya ketawa kecil.

"Chris Martinez.”

Aku sedikit tergamam apabila Zyan menyebut nama panjang Chris. Aku dan Tiya saling berpandangan seketika. Zyan kenal lelaki itu ke? Kalau dia tak kenal, macam mana dia tahu nama panjang Chris?

"Awak kenal dia?” Laju aku menyoal. Terkebil-kebil Zyan memandang ke arahku. Melihat riak wajahnya Zyan betul-betul berubah. Tiada lagi senyuman palsu malah wajahnya dapat kulihat jelas yang dia sedikit cemburu. Tetapi wajahnya tetap nampak serius.

Lama dia memandangku sebelum bersuara menjawab pertanyaanku itu.

********

"Err...Dia la klien saya. Kami ada meeting sesama syarikat kami. Jadi, saya kenal dia melalui syarikat tu.”

Tergagap-gagap Zyan menjawab. Berkerut-kerut juga dahiku. Oh ya, mungkin dia ada kerja dengan lelaki bernama Chris. Kata Chris, dia juga ada syarikat tersendiri. Mungkin juga dia ada sedikit mesyuarat bersama Zyan sebab itulah Zyan kenal lelaki itu. Tetapi kenapa bila aku soal dia tentang lelaki itu, pasti Zyan akan sedikit gagap dan mengubah topik perbualan agar tidak bercakap tentang itu?

"Teringat dekat siapa tu?”

Terkejut aku dengan kemunculan suara itu. Perlahan-lahan aku memusingkan sedikit tubuh melihat satu susuk tubuh tinggi sudah berdiri betul-betul di belakangku. Cepat-cepat aku menjarakkan sedikit dengannya.

"Err...Nothing.” Jawabku acuh tak acuh. Melihat dia muncul di sini, teringat kembali aku perbualan kami sewaktu di dalam mesej. Hati tetap degil berkata yang dia tidak mempunyai kekasih tetapi sebaliknya aku selalu memikirkan yang dia sudah mempunyai kekasih.

Cemburu?

Aku tidak dapat menafikan itu.

"Err...Mr.Chris, saya nak tanya sikit boleh?”

Ingin sangat hendak bertanyakan satu soalan ini padanya. Aku harap sangat dia jawab dengan jujur dan aku harap juga hati aku tidak kecewa.

"Yeah, why?”

"Awak dah ada....”

Terhenti untuk aku bertanyakan soalan padanya apabila telefon bimbitnya berdering. Dia hanya senyum padaku, aku juga turut membalas senyumannya dan memberi dia menjawab panggilan tersebut.

Dia terus mencapai telefon bimbitnya dari dalam poket seluarnya lalu di jawab talian tersebut. Aku hanya menanti. Tetapi telinga tetap buka dan dengar dengan jelas perbualan mereka di dalam talian itu.

"Arriverò presto. Prenditi cura del territorio, non lasciare che il gruppo DIAMOND entri nella nostra zona!” Agak keras suaranya. Seperti memberi amaran keras pada orang di dalam talian itu. Wajahnya jelas kelihatan marah. Tapi satu sahaja yang aku tak puas hati, aku tidak faham apa yang dia cakap kerana dia menggunakan bahasa Italy. Ah, sungguh mengecewakan. Tapi aku yakin, dia sedang marah. Mungkin orang di dalam talian itu buat dia marah.

Aku hanya melihat. Dia mematikan talian lalu merenung ke arahku. Jangan tanya aku kecut perut ke tidak dengan renungan tajamnya itu, memang rasa menggigil seluruh tubuh saat ini dengan renungan helangnya itu.

"I'm sorry. I have to go. See you again, mia bella.” Dia senyum senget dan berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di sini. Aku hanya mengangguk tetapi sedikit bingung dengan hujung kata-katanya tadi. Bella tu dah memang betul nama aku, tapi mia tu siapa pulak? Aku Bella Brianna. Bukan mia bella. Ah, stress.

Aku hanya merenung susuk tubuh tegap dan tingginya daripada belakang sehinggalah kelibatnya hilang daripada pandanganku. Nafas kecil terlepas dari bibir. Kecewa tidak dapat tanyakan soalan itu padanya.

Awak dah ada kekasih ke, Chris? Sejujurnya, saya mula sukakan awak. Hati saya mula mencintai awak, saya tidak dapat menipu hati saya. Saya suka awak, Chris!

Itu lah soalan dan kata-kata yang hendak aku berikan pada Chris, memang rasa nak tak nak sewaktu hendak aku bertanyakan soalan begitu kerana aku rasa malu. Tapi, memang ada juga halangan yang tidak beri aku untuk ungkapkan kata-kata itu pada Chris. Mungkin hari yang lain, kata-kata ini akan juga aku berikan pada lelaki itu dan berharap dia menjawab soalan daripadaku yang membuatkan aku tersenyum atau kecewa.

Aku harap begitu.

*********

"Miss suka dengan dance ballet Bella. Boleh tak Bella stay di studio ni sampai pukul 10 malam? Sebab Miss nak korang betul-betul berlatih dan kita juga akan ada kelas tambahan untuk latihan dance ballet tu. Kalau Bella setuju, Bella stay di sini ya.”

Sebenarnya dah banyak kali Miss menyuruh. Kerana kami akan lakukan latihan lebih lagi dan menggunakan banyak waktu sehingga lewat malam. Kerana aku aje yang malas sebab itu lah aku banyak kali menolak. Tapi, melihatkan Miss bagaikan separa merayu agar aku tidak pulang awal hari ini, terpaksa la aku stay dahulu di studio ini. Lagipun, pertandingan itu juga sudah tidak lama. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kami akan ke pusingan final. Ah, berdebar!

"InsyaAllah, boleh Miss.”

Sudah aku ajak sekali Tiya, tetapi gadis itu tidak mahu. Katanya dia penat dan mahu pulang rumah segera. Tetapi dengar aje aku setuju dengan arahan Miss Liya itu, Tiya tidak jadi mahu pulang. Katanya mahu tunggu aku sehingga tamat kelas tapi dia tidak join kelas. Agak pelik. HAHAHAHA.

"Tak payah la. Kau balik aje. Aku tahu kau penat. Jangan risau la, aku boleh balik sendiri. Bukannya kita tak pernah balik malam. Dah banyak kali kut.”

Tolakku apabila Tiya mahu temankan aku sewaktu pulang malam nanti. Memang lah kami ada pernah pulang lewat malam, tapi tak ada lah sampai pukul 12 malam ke atas. Paling lewat pun dalam pukul 8 atau 9 malam. Di sini dan di Malaysia, agak lain. Tidak seperti di Malaysia. Baru pukul 9 malam masih bising-bising dan tidak seperti di sini, pukul 9 atau 10 malam sudah sunyi sepi. Orang nak lalu jalan ke rumah pun takut sebab sunyi. Tapi kami sudah biasa. Jadi, aku tidak lah takut untuk pulang ke rumah sendirian sewaktu lewat malam kerana apartment kami ada security yang menjaga.

"Betul ke ni? Aku risau lah nanti kau tak balik-balik macam mana? Nanti ayah kau tanya macam mana?” Risau betul si makcik Kiyah ni. Aku ketawa kecil. Bahunya aku tepuk manja.

"Pasal ayah aku kau jangan risau. Nanti memandai lah aku cakap kat ayah aku. So, kau boleh balik. Jangan tunggu aku tau. Pergi rehatkan badan yang dah letih tu. Lagipun dekat rumah kau ada kawan kan. Mesti Fiqah tengah tunggu kau nak tengok K-drama sekali.” Sengaja aku pujuk dia agar dia pulang. Kalau tak, dia pasti degil dan akan tunggu aku di luar kelas. Hah, itu lah Azkiyah anak yang sungguh degil tapi baik hati. Hahaha.

"Betul ya? Kau boleh balik sendiri? Kalau kau takut, kau call aku tau. Nanti aku suruh Zyan ambilkan kau.” Aku hanya menggeleng dengan kata-kata Tiya itu. Tidak setuju untuk dia meminta Zyan mengambil aku pada lewat malam nanti. Menyusahkan dia aje.

"Tak payah lah kau nak suruh Zyan ambilkan aku. Dia tengah busy tu. Tak payah kacau dia. Aku boleh, Tiya. Jangan risau la.” Sedaya upaya aku yakinkan Tiya yang aku boleh pulang sendiri. Bukannya aku seorang sahaja, pastilah ada yang lain nanti yang akan pulang sekali bersamaku.

"Okay lah, aku balik dulu. Elok-elok buat latihan tu. Apa-apa call aku. Bye.”

"Kau pun sama, balik elok-elok. Jangan nak terpikat dengan lelaki mat salih yang lain pulak. Ingat, kau tu dah ada calon suami dekat Malaysia.” Sengaja aku kenakan dia. Pecah terus tawaku. Tiya hanya senyum gedik kalau cakap tentang calon suami dia yang di sana.

Tidak lama kemudian, hilang terus kelibat Tiya. Gadis itu sudah pulang ke rumah. Aku bergegas ke bilik persalinan, menukar pakaian ke dress ballet dan aku terus memakai kasut ballet. Latihan tidak lama lagi akan bermula.

Malas hendak aku duduk di studio itu lama-lama, aku mengambil angin dahulu di balkoni. Tak lama lagi sudah mahu berganjak pukul 8 malam. Angin berdesir lembut menyapa kulit wajahku membuatkan rasa hati ini tenang. Aman dan damai.

Sedang sibuk aku perhatikan pemandangan cantik pada waktu petang yang sudah mahu berganjak menukar langit yang gelap, tidak pasal-pasal aku menangkap satu susuk tubuh seseorang lelaki sedang merenung ke arahku daripada jauh. Dan aku juga yakin yang dia pandang aku. Melihat kiri dan kanan aku tiada sesiapa dan hanya aku seorang sahaja di sini.

Ya, lelaki itu memerhati ke arahku. Dia siapa? Kenapa dia pandang aku? Dia kenal aku ke?

Melihat dari segi pakaiannya, dia berpakaian suit berwarna putih dan berjaket tebal berwarna hitam. Memang orang di sini semua berpakaian suit kemas ke? Tetapi tetap terlihat kacak mereka di sini. Dapat kulihat bibirnya mengukir senyuman senget. Adakah itu senyuman sinis?

Hati mula terasa tidak sedap. Aku terus berjalan masuk ke dalam studio semula. Bahaya! Entah-entah itu bukan orang? Eh, apa kau cakap ni Bella oi! Nanti malam nak pulang ke rumah tak dapat terus aku nak jalan balik ke rumah kerana otak berfikir macam-macam.

Hantu...

Tepis semuanya dari dalam fikiran. Sekarang aku perlu fokus dengan latihanku yang sudah mula.

********

"I love that you have a ballet dance. Very good and I'm sure you can make it in that match.”

Tercungap-cungap aku melakukan latihan tadi. Dan, syukur sangat-sangat latihan sudah tamat. Dapat lagi pujian daripada Miss Sofia buatkan aku rasa tiada nafas. Senyuman terukir lebar di bibir.

"Thank you Miss Sofia. For that match, I'm not sure I'll win.” Ujarku merendahkan diri. Ya, aku tidak yakin yang aku boleh menang tapi aku yakin aku boleh buat.

"Goodluck dear.” Bahuku ditepuk lembut oleh Miss Sofia. Aku hanya senyum sambil mengangguk. Miss Sofia terus pergi dari studio ini. Semua sedang sibuk menukar pakaian dan pulang ke rumah. Ada yang masih lepak berbual sesama rakan, ada juga yang masih tidak puas berlatih dan ada yang sedang sibuk masuk ke dalam bilik persalinan menukar pakaian dan yang pastinya di dalam locker room ramai peserta-peserta sedang sibuk mengemas beg pakaian. Malas hendak aku masuk ke dalam. Biar lah mereka dahulu yang masuk, menukar pakaian dan apa yang patut.

Sempat aku melihat jam besar yang tergantung di dinding sudah tepat pukul 10 malam. Aku dah agak, pasti aku akan pulang lewat malam. Siap bersedia lah untuk pulang nanti, tapi aku yakin aku ada teman nanti. Bukan aku seorang sahaja yang akan pulang, pastilah ramai yang akan pulang.

Aku kembali berjalan ke balkoni. Melihat juga tadi, susuk tubuh Chris langsung tidak kelihatan. Ke mana lelaki itu pergi? Mungkin sibuk dengan kerjanya di luar sana. Ah, rindunya aku dekat lelaki itu. Sumpah aku tidak boleh tipu diri aku yang aku sudah benar-benar mencintainya.

Pemandangan pada waktu malam di kota Venice memang cantik. Melihat di jalan masih ada kereta lalu-lalang. Tempat dia tidak pernah mengecewakan, malah mampu buat orang yang melihat pemandangan ini tersenyum.

Tenang hati dan fikiran.

Tapi, mata tertangkap semula tempat di mana seseorang lelaki memerhati ke arahku daripada jauh. Tetapi lelaki itu sudah tiada.

Persoalannya, siapakah lelaki itu? Dia mahukan apa daripada aku? Aku langsung tidak mengenalinya tetapi dia kenal aku ke? Siap senyum sinis lagi. Ah, mengerikan!

********

Selesai untuk latihan, aku terus menukar pakaian setelah melihat bilik persalinan sudah semakin berkurang orang di dalam. Selesai aku menukar pakaian, terus aku mengambil beg sukanku dari dalam locker.

Langkah terus menuju keluar daripada kelas. Ramai yang sudah pulang, tetapi masih ada yang berada di situ. Tidak pedulikan mereka, aku terus berjalan keluar daripada kelas.

Angin kuat berdesir membuatkan selendang di atas kepalaku sedikit terselak membuatkan leherku sedikit terdedah. Cepat-cepat aku menarik semula selendangku itu lalu menutupi leherku. Laju aku percepatkan langkah, mahu pulang segera ke rumah. Tapi...

"Hi!”

Hampir sahaja wajahku berlaga dengan dada bidangnya. Orangnya tinggi. Nasib baik lah aku dapat brek agar tidak tercium dadanya, kalau tak...buat malu aje!

Perlahan-lahan aku mendongak memandang orang yang berada dihadapanku ini. Tinggi orangnya terpaksa aku pandang dia macam pandang pokok yang tinggi.

Dia membuka topi hitamnya dan menyelak rambut ke belakang. Kacak? Memang kacak tapi aku rasa Chris lebih kacak. Hihihi.

Sudah lewat malam, siapa pula lelaki ini? Sesuka hati dia aje menghalang jalan aku.

Lampu yang ada di setiap jalan termasuklah lampu yang ada di antara aku dan lelaki ini, dengan itu dapat kulihat jelas anak matanya yang berwarna hazel kehijau-hijauan. Cantik. Manis senyuman tapi itu senyuman senget. Senyuman sinis? Mungkin.

"Err...Hi,” tergagap-gagap aku bersuara. Mencuba memaniskan wajah walaupun terpaksa dan yang paling tepat aku langsung tidak mengenali lelaki dihadapanku ini.

"I'm Mark.”

Haaa!...Masih ingat lagi pada Mark? Ya, lelaki tu muncul lagi. Kalau siapa yang dah pernah baca novel mafia series 1, korang akan kenal Mark. Hm, tak apa la. Mesti korang masih tertanya-tanya kan tentang story tu, hihihi... InsyaAllah, kalau tiada halangan tamat aje story ni author akan publish story mafia series 1 iaitu kisah abang Chris. Thanks sudi singgah gais! Jangan lupa Komen and follow sekali, bye! <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience