ZYAN!
Tepat sekali. Memang dia Zyan dan dia lah kawan baik aku yang selama ini menghilang. Rasa serba salah di dalam hati mula menebal apabila teringat kembali sewaktu kami di Grand Canal Venice. Kata-kataku terngiang-ngiang saat ini membuatkan aku rasa bersalah pada Zyan. Mungkin aku sudah kecewakan dia sampaikan lelaki itu menghilangkan diri sejak dua menjak ini.
Terkebil-kebil Zyan memandang ke arah kami berdua. Tetapi nak tak nak aje dia mendapatkan kami. Dia berganjak sedikit jaraknya dengan aku. Tipu lah kalau hati ini tidak terasa. Mungkin benar yang Zyan terasa hati dengan aku.
"Err...Hai, Bella and Tiya.” Senyuman paksa. Wajahku sedikit berubah tetapi aku cuba untuk tersenyum. Yang buat aku tertanya-tanya, kenapa dia memandang ke kiri dan ke kanan? Bagaikan takut ada seseorang mencari dia pula.
"Hey, Zyan. Lama tak jumpa kau. Kau pergi mana?” Tiya mula bersuara mendapatkan sahabatnya tetapi Zyan tetap menjauh. Aku sedikit berkerut dahi.
Kenapa?
"Err..Sorry, aku ada hal sikit la. Nanti kita jumpa lagi.” Sempat dia menilik ke arah jam di pengelangan tangannya dan berlalu pergi meninggalkan kami berdua begitu sahaja. Nafas kecewa terlepas jua dari bibirku.
Tapi aku yakin, dia seperti ada sesuatu perkara yang dia sembunyikan daripada aku. Perkara apakah itu? Penting ke? Membahayakan ke? Atau boleh buat hati aku hancur? Ya, aku mahu tahu itu.
********
Baru sahaja step pertama dilakukan, pintu studio dikuak seseorang dari luar membuatkan semua yang sedang sibuk berlatih menari ballet terhenti. Mengalihkan pandangan memandang ke arah pintu tersebut.
Seorang lelaki yang bertubuh tegap, tinggi lampai dan yang pastinya bermata biru. Jalan dengan penuh bergaya masuk ke dalam studio ini. Sumpah saat ini rasa canggung sangat apabila guru kami digantikan dengan guru lelaki. Kami yang perempuan muslim berasa canggung untuk menari dihadapannya. Lelaki pulak tu.
"Keep practicing guys!” Arahnya tidak mahu beri kami kekok dengan kedatangannya.
Aku teragak-agak menyambung pergerakan yang dilakukan tadi. Tiya tenang berlatih menari ballet, sampai ke aku asyik tengok-tengok ke arah Mr.Chris sebab aku tidak mahu dia pandang ke arahku kerana semalam dia sudah pesan padaku yang aku tidak dibenarkan datang ke kelas pada hari ini. Tetapi aku degil! Hihihi.
Seperti biasa, aku cuba menenangkan diri dahulu sebelum memulakan latihan. Tidak boleh berlatih dalam keadaan stress. Pastikan tenangkan diri dahulu barulah kita boleh lakukan sampai berjaya!
Step pertama.....
"Hey, you!”
Tersentak aku dengan suara garau itu. Tidak jadi terus nak berlatih. Terkebil-kebil aku mencari suara itu. Rupa-rupanya dia sudah berada dihadapanku. Dengan wajah yang sungguh dingin merenung tajam ke arahku.
"Bel...” Tergagap-gagap dia bersuara. Aku yakin dia mahu menyebut namaku tetapi dia lupa nama panjangku. Aku menahan tawa.
"Bella Brianna. Just call me Bella.” Aku memberanikan diri untuk bersuara. Siap terukir senyum kecil di bibirku. Hm, entah kenapa boleh tersenyum pula. Menahan tawa.
"Yes, you Bella. Why you coming here? Awak sepatutnya cuti hari ini. Kenapa datang? Degil?!” Tegas suaranya dengan nada tidak puas hati. Melihat kaki aku sudah baik dengan sepenuhnya. Yang dia nak naik angin ni dah kenapa?
Bibirku ketap. Mencari ayat yang hendak dikatakan padanya yang sudah naik angin. Takut pula nak berhadapan dengan dia dalam keadaan begini.
"Err...Kaki saya dah sembuh. Jadi, saya datang la ke sini. Mr.Chris jangan risau la. I'm fine.” Senyum manis sebaliknya masih tak puas hati dengan dia. Hormat dia pun kerana dia guru gymnastik dan ballet aku. Kalau tak, percuma sahaja dia kena maki dengan aku hari ini.
"No. Kaki awak perlu sembuh betul-betul. Saya tak nak nanti ada yang terjatuh lagi. Tak pasal-pasal ambil cuti free. Menyusahkan orang!” Tersentak aku mendengar kata-katanya itu. Jadi, semalam dia hantarkan aku dan bantu aku itu semuanya tidak ikhlas lah? Kurang asam punya budak! Eeee! Geramnya aku. Nak aje aku cili-cili mulut dia tu!
"Amboi, awak tu cakap elok sikit ya! Ini kaki saya, bukan kaki awak. Suka hati saya la nak datang. Lagipun, saya memang tak nak menyusahkan awak pun. Awak je sibuk nak tolong saya kenapa?!” Aku bercekak pinggang. Memberanikan diri bersuara dalam nada yang sungguh tinggi. Wajahnya berubah riak. Pasti takut tengok aku dah nak jadi singa ni!
"I help you because you are my student here.” Ringkas ayatnya tetapi mampu buat aku rasa serba salah. Ah, tak! Aku perlu tepis semua itu. Aku tidak perlu cepat kasihan terhadapnya walaupun aku ini hati tisu.
Belum sempat aku bersuara lagi, dia sudah berlalu pergi meninggalkan studio ini. Nafas berat aku hela. Lantas Tiya mendapatkanku. Aku yakin, semua yang berada di sini memandang ke arah kami dan mendengar jelas apa yang kami bertengkar tadi.
"Kenapa wei? Apa yang dah jadi? Aduh, Bella oi. Kau ni banyak buat hal la. Nanti kalau dia halau kita dari sekolah ni macam mana?” Bebel Tiya. Aku hanya menayang muka selamba. Tetapi hati tetap panas terselit rasa serba salah.
"Kenapa? Ingat ni sekolah dia ke? Dia ke yang bina sekolah ni? Buat apa aku nak takut.” Entah mana datang keberanian itu aku pun tidak tahu. Tetapi aku memang masih belum puas hati padanya. Marah aku terhadap dia masih belum habis.
"Kalau kau nak tahu, ini sekolah dia. Dia yang bina tempat ni dan dia yang bina kelas ni, studio ni semua dia punya. Senang cerita, ini tempat dia. Nama dia tertulis di tempat ini. Pemilik Mr.Chris Martinez. Kalau dia halau kita, sia-sia aje kita datang ke sini.” Bebel Tiya dalam nada menjelaskan walaupun mulut dia sewaktu bercakap macam mulut itik. Terkejut juga. Tetapi aku kawal perasaan terkejut itu.
Baru tahu tempat ini dia punya. Haih, siapa sebenarnya lelaki itu ya? Aku ingin sangat tahu dia siapa.
*********
"Haih, tu lah kau ni. Suka sangat buat perangai kan!” Marah Tiya sewaktu kami sudah selesai tamat kelas. Miss Liya yang gantikan kelas kami tadi setelah Mr.Chris tidak dapat masuk ke kelas kami. Hahaha, seronok aku dia tidak masuk ke kelas kami.
"Mana lah aku tahu. Dia cakap buat hati aku sakit tahu tak. Tapi, aku tak puas hati kerana semua orang yang jumpa dia semuanya tunduk hormat pada dia. Bagaikan dia ni seorang bos besar dekat kawasan ni pulak. Miss Liya pun tunduk hormat dekat dia sedangkan Miss Liya yang lebih tua dia yang muda perlu buat sebaliknya.”
Iya, itu persoalannya. Aku masih tertanya-tanya. Kenapa semua seperti takut pada lelaki itu. Aku selalu tengok kalau ada seseorang terserempak dengan dia, pasti mereka akan tunduk hormat padanya bagaikan dia seorang raja pula di sini. Haih, aku mahu tahu sangat dia tu siapa sampaikan semua seperti takut dan menunduk hormat padanya.
"Mesti lah Miss Liya atau guru-guru yang lain akan tunduk hormat dekat Mr.Chris tu sebab ini kan tempat dia, boleh dikatakan yang dia ketua guru di sini. Dia dah banyak berpengalaman kut.” Jawab Tiya dengan gelengan kepala. Aku menahan tawa. Tiya marahkan aku sebab dah buat hal dalam studio tadi, tapi dia bukan main lagi bela si mamat tu ya!
"Amboi, kau bukan main lagi kau bela dia. Tahu lah dia handsome, kaya, tempat ni dia punya, pangkat tinggi. Kau nak bela dia pula. Kenapa? Kau dah terpikat dengan dia ke?” Jelingan aku lepaskan pada Tiya yang sedang sibuk mengemas beg sukannya yang berada di dalam locker. Selesai mengemas, aku mencapai beg sukan lalu melangkah keluar dari locker room itu.
Hati masih sakit. Tiada mood untuk bersembang lagi. Jadi aku hanya diam. Diam kan diri lebih bagus daripada bercakap entah apa membolehkan hati sakit semula dengan kejadian di studio tadi.
"Eh Bella! Kejap la. Tunggu la aku. Cepatnya kau siap.” Tiya yang sudah siap lantas mengejar aku yang sudah keluar daripada locker room tersebut.
"Bukan aku bela Mr.Chris tu. Tapi, kita patut hormat dia di sini. Buatkan dia halau kita macam mana? Kau pun cakap kan yang dia tu keras kepala. Entah-entah dia yang tiada belas kasihan pada kita dia halau kita macam tu aje macam mana? Tu yang aku cakap macam tu. Bukan maksud aku nak bela dia. Lebih baik aku bela kau!” Lenganku dipeluk. Senyum yang cuba terukir di bibir ditahan akan tidak mekar di bibir.
"Ye lah tu. Aku tahu, dia handsome dan ada apa sahaja yang dia nak. Sebab tu kau bela dia. Aku tak rasa kau sorang, semua lah yang ada di sini. Bukan setakat bela aje, dah ada yang tercrush dekat dia.” Masih marah. Sengaja aku buat muka ketat.
"Hah?! Serius la?! Siapa? Kau ke? Kalau kau, sorry kalau aku ada buat kau cemburu. Sumpah wei aku tak ada pun nak bela dia. Aku minta maaf. Tapi, memang kau dengan dia macam sesuai. Haih, dah jumpa pun bakal suami kau. So, tak perlu lah kau risau lagi.” Ujar Tiya selamba tanpa memandang kiri dan kanan. Aku sedikit tergamam mendengarnya. Haih, nak aje aku jahit mulut Tiya ni. Cakap tu tak pandang orang langsung.
"Isy, kau ni! Bukan aku lah. Tu, minah gedik tu lah. Tak ada hati aku dekat mamat tu. Dah la poyo, sombong, berlagak. Menyampah aku!” Jelingan maut dilepaskan di tempat lain. Masih terbayang wajahnya tetapi mampu buat aku tenang. Tetapi hati tetap panas dan tidak puas hati dengannya.
"Hei, jangan marah-marah sangat. Nanti tersuka karang baru tahu!” Menyempat betul makcik Kiyah ni usik aku di depan orang yang ramai. Nasib baik la ada yang jalan lalu-lalang di hadapan kami ada juga di sisi kami dan mereka juga tidak faham bahasa Melayu.
Lengan Tiya terus makan dengan penamparku. Geram! Dia hanya ketawa kecil. Tetapi benar juga apa yang dikatakan oleh Tiya. Bisa jadi, orang yang kita benci itu ialah jodoh kita. Ah, tak mahu!
"Ah, tak akan punya la. Mungkin dia dah jadi milik orang. Aku janji pada diri aku yang aku tak akan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki.” Ujarku dengan penuh keyakinan diri. Tiya hanya melepaskan tawa. Geram pula kita apabila dia hanya ketawa. Aku rasa, aku tidak lah buat lawak sebaliknya Tiya memang seorang yang senang terhibur. Mungkin bagi dia ayat aku itu lawak. Hm, macam-macam betul lah si makcik Kiyah ni.
"Okay, aku pegang pada kata-kata kau. Kita tengok sama-sama. Aku harap sangat korang berdua terjatuh cinta and terus kahwin, hihihi.” Kini bahu gadis itu makan dengan cubitanku. Geramnya!
"Gila la kau ni! Dah la, jom balik!” Seperti biasa Tiya hanya hamburkan tawanya.
Sampai sahaja di luar sekolah besar itu, aku dan Tiya berjalan ke apartment. Pulang ke rumah. Fiqah, Nurul dan Puteri sudah pulang. Kami lambat pulang kerana tadi berjumpa sekejap dengan Miss Liya. Aku sebagai ketua kumpulan perlu menjalankan tugas.
"Hai, guys!” Suara itu. Kedengaran sangat mesra. Ceria. Tapi sangat aku kenal. Aku yakin wajahnya juga ceria kalau dah suaranya juga ceria sangat-sangat.
Kami berdua berpaling memandang tuan punya suara itu. Terlopong aku seketika. Terkejut. Haih, kalau lah dia ni perempuan sahabat baik aku, dah lama aku peluk tubuhnya erat-erat. Rindu!
Lama dia menghilangkan diri tanpa memberitahu aku dan Tiya. Sampai hati dia. Tapi aku tak kesah, janji dia sudah muncul semula di depan mata. Mungkin semalam dia sibuk dengan kerjanya. Seperti yang dikatakan oleh ayah.
********
"Lama betul awak menghilangkan diri ya?” Aku mula bersuara memecahkan kesunyian antara kami berdua. Rasa canggung pun ada apabila Tiya tidak ada bersamaku. Sewaktu kami berdua terserempak dengan Zyan tadi, ada seseorang menghubungi Tiya. Orang yang hubungi Tiya itu juga ialah Miss Liya. Tiya terpaksa kembali semula ke kelas berjumpa dengan Miss Liya.
Haih, kekok pula aku bersama Zyan saat ini. Tiya pula tiada. Kalau Tiya ada pada saat ini hanya suara dia dan Zyan sahaja yang kedengaran kerana mereka sangat rapat, tidak seperti aku dah macam musuh yang jarang jumpa. Tapi aku tidak menganggap dia musuh aku.
Sudahku jelaskan pada Zyan tentang hatiku yang langsung tiada perasaan terhadapnya. Bersyukur kerana dia faham. Jadi kami hanya kawan baik. Tidak ada pun musuh atau berdendam antara hubungan persahabatan ini.
Kopi dihirup perlahan-lahan sambil mata memerhatikan suasana di dalam cafe ini. Cantik hiasan pada dinding cafe ini. Jarak cafe ini tidak lah jauh dengan sekolah kami.
Zyan hanya sekadar ketawa kecil dengan kata-kataku. Aku hanya mengukir satu senyuman kecil. Senyuman ikhlas tetapi bercampur canggung. Menyembunyikan perasaan kekok pada saat ini.
"Why? You miss me?” Lebar betul senyuman mengusiknya. Aku hanya ketawa kecil. Menafikannya. Sebaliknya benar apa yang dikatakan oleh Zyan.
"Tak ada la. Cuma pelik awak dah lama tak muncul. Ayah saya ada tanya juga sebab awak dah lama tak jumpa dengan saya.” Ujarku berselit perasaan serba salah. Aku yakin Zyan menghilangkan diri kerana dengan kata-kataku pada tempoh hari yang lepas. Pasti dia terasa hati dan kecewa.
"Oh, errr...Sorry. Saya ada hal sikit. And sorry again sebab saya tak bagitahu awak awal-awal. But, saya dapat tahu ada seseorang tu mengadu dekat ayah dia risau sebab saya dah lama tak jumpa dia. Mesti rindukan.” Aku yang sedang tenang menghirup kopi hampir sahaja tersembur keluar tepat pada muka Zyan. Nasib baik sempat aku telan air tersebut. Kalau tak, dah tak tahu nak cakap macam mana.
"Err...Ayah saya?”
"Ya, ayah awak call saya. Dia kata awak risau sebab saya dah lama tak muncul. Awak jangan risau la. Saya sibuk sikit dengan kerja di sini.” Ujar Zyan sambil ketawa kecil. Aku sudah tersipu-tersipu malu. Muka dah berbahang. Ah, kenapa ayah hubungi Zyan cakap tentang perkara itu? Malunya aku.
"Err...Hehehe, tak apa. Saya faham.” Aku hanya menunduk malu. Wajah dah berbahang sangat-sangat.
Diam.
"Zyan...” Panggilku memecahkan kesunyian antara kami berdua. Rasa tidak selesa pula kalau dua-dua diam tanpa bersuara walaupun sedikit.
Lelaki itu angkat wajah. Kedua-dua keningnya terjongket.
"Ya?”
"Saya...Err...Saya nak minta maaf sebab dah buat awak terasa hati dengan kata-kata saya pada tempoh hari yang lepas sewaktu kita di Grand Canal Venice tu.” Perlahan aku bersuara dalam nada sedikit bersalah. Melihat lelaki itu hanya ketawa kecil. Lega aku melihat. Tidak mahu ada perasaan tidak puas hati atau kecewa dengan aku kerana dengan kata-kataku pada tempoh hari lepas. Aku harap sangat begitu.
"Tak ada apa lah, Bella. Saya tak terasa hati pun. Maybe that way it can make us happy. I am also trying my best to erase the feeling of my love for you.” Lembut dia bersuara. Tenang. Aku senyum lebar. Dalam hati bersyukur sangat-sangat kerana dia faham dan dapat terima dengan cara yang baik.
"Saya harap kita dapat berkawan sampai bila-bila dan saya nak minta maaf kalau saya ada buat hati awak terluka.” Lelaki itu hanya senyum manis dengan kata-kataku itu. Dan aku juga bersyukur kerana lelaki itu tidak terasa hati dengan aku yang sudah menolak cintanya mentah-mentah.
Lelaki itu hanya senyum. Senyuman manis. "It's okay, Bella. InsyaAllah, kalau awak bukan jodoh saya, saya yakin akan ada orang lain yang akan jadi isteri saya. Saya juga doakan moga awak cepat-cepat dapat jodoh.” Ujarnya dengan senyuman. Aku juga turut membalas dengan senyuman.
"Thanks, Zyan.”
Seperti biasa, senyuman manis hanya terukir di bibirnya. Kalau nak cakap soal hati manusia ni kita memang tak boleh nak tentukan. Aku takut jika hatinya masih terselit dengan kemas perasaan cintanya terhadap aku.
Ya Allah, aku harap sangat apa yang aku fikir itu semua itu tidak betul.
Suasana menjadi sunyi sepi kembali. Diam. Lelaki itu tenang menghirup kopi. Aku sedikit lega hati melihat senyuman manisnya. Langsung tidak terselit senyuman sinis malah tiada langsung senyuman jahat yang ingin membalas dendam.
Entah kenapa, mata saat ini tertarik pada pakaiannya. Suit kemas di dalam dan diluar berjaket tebal. Tidak pelik lah kalau dia berpakaian tebal kerana di sini terlampau lah sejuk. Aku pun pakai dua dan tiga lapis baju t-shirt dan jaket tebal. Tapi, aku pelik dan tertanya-tanya.
Zyan kata dia ada kerja di sini tetapi dia kerja apa? Tengok pakaiannya kemas pasti dia pangkat tinggi atau kerja yang tinggi-tinggi. Boleh dikatakan yang Zyan memang orang kaya. Orang senang. Tetapi, dia kerja apa? Aku sangat-sangat ingin tahu sampaikan dia menghilangkan diri sehingga 3 hari. 3 hari pun dah umpamakan seperti tiga tahun.
Dia kerja apa ya?
"Zyan, saya nak tanya sikit boleh?” Wajah lelaki itu sedikit berubah. Seperti tidak senang duduk pula dengan soalan aku itu. Tawanya tadi terhenti dan bertukar dengan wajah sedikit serius. Aku ada salah cakap ke?
"Err...Yeah, sure.”
"Saya nak tahu, awak kerja apa sebenarnya? Bukan saya nak sibuk tentang hal awak tapi saya tak nak menyusahkan awak kerana asyik jadi bodyguard saya. Saya takut menyusahkan awak pulak.” Kali ini wajah Zyan betul-betul berubah. Serius.
Kenapa? Aku ada salah cakap ke sampaikan muka dia berubah serius? Aduhai, aku sepatutnya tidak boleh bertanya begitu. Mungkin soalan itu membolehkan dia marah.
"Hei korang!” Suara itu. Aku kenal!
Tiya.
Gadis itu berlari anak masuk ke dalam cafe lalu melabuhkan duduk di sebelahku. Lebar senyumannya.
"Ada apa Miss Liya nak jumpa kau tadi?” Sengaja aku menukar topik perbualan antara kami berdua. Tidak mahu lagi pergi ke soalan tadi. Nasib baik la Tiya muncul. Kalau tidak, otak aku dah kusut nak cari idea menukar topik perbualan bersama Zyan.
"Oh yang tu kau jangan risau. Miss Liya nak bincang dengan aku tentang aku punya ballet tadi. Ada kesalahan sikit and dia bincang sikit untuk pertandingan tu. Nanti aku sampaikan pesanan Miss pada korang.” Lega aku mendengar. Tiada apa-apa masalah berlaku. Harap sangat berita pagi tadi tidak sampai ke telinga Miss Liya. Aku tidak mahu Miss Liya tahu aku bertekak dengan Mr.Chris.
**********
"Dah jumpa ke dengan bakal suami tu? Dah dapat hilangkan rindu?” Sengaja ayah mengusik aku yang dalam keadaan tiada mood. Masih marah dengan ayah kerana hubungi Zyan cakap tentang itu.
Tapi, terselit juga perasaan bahagia apabila sejak dua menjak ini ayah banyak senyum daripada kebiasaannya yang hanya serius 24 jam. Ayah sangka aku dan Zyan sudah berbaik dan tak lama lagi kami akan berkahwin. Mungkin sebab itu juga ayah gembira. Gembira kerana anak tunggalnya tidak lama lagi akan menjadi milik orang. Sebaliknya tidak.
Aku masih mencari idea untuk memulakan bicara dengan ayah untuk jelaskan tentang ini. Melihat Zyan seperti biasa. Petang tadi dia banyak juga senyum dan ketawa.
Lega juga hati ini kerana dapat lihat dia senyum dan ketawa. Aku harap sangat hatinya terubat dan cepat-cepat dapat jodoh ganti perasaannya terhadap dengan wanita baharu. Bukan aku.
"Isy, ayah ni! Apa cakap macam tu. Bella tak jumpa dia pun Bella tak mati la.” Sengaja buat-buat keras kepala. Aku mencebik. Ayah hanya ketawa kecil. Gembira melihat ayah ketawa.
"Kamu tu, bila nak pulang? Lambatnya duduk di sana.” Ayah mula menukar soalan. Aku mencapai getah rambut yang berada kemas di pengelangan tanganku lalu diikat tinggi rambut yang sudah panjang melepasi bahu itu. Rimas kalau dilepaskan.
"Entah la, ayah. Miss kata agak lambat sikit pertandingan tu. Bukan pertandingan kecil-kecil, ayah. Pertandingan besar. Lawan dengan negara orang luar. Siapa menang boleh bawa duit balik ke rumah. Ayah tolong doakan Bella ya.” Kataku dengan senyuman. Meminta ayah doakan walaupun doa ibu satu-satunya doa yang akan dimakbulkan oleh Allah. Tapi, aku tidak mempunyai seseorang ibu untuk doakan aku. Aku harap sangat doa seorang ayah untuk anaknya termakbul.
Aamiin!
"InsyaAllah. Buat yang terbaik. Nanti boleh jadi ratu Gymnastic yang kamu nak sangat jadi tu.” Pecah tawa kami bersama. Hati saat ini tak terkata. Bahagia. Tetapi terselit rasa resah kerana telah menipu ayah dalam hal aku dan Zyan.
"Ayah ni, boleh sampai ke situ pula. Lambat lagi la untuk Bella jadi macam tu.” Ujarku sambil ketawa kecil dihujung ayat.
"InsyaAllah boleh. Janji yakin pada diri sendiri. Jangan menyerah. Berusaha sampai berjaya seperti mama.”
Aku sedikit berkerut dahi. Terkejut pun ada apabila ayah menyebut 'mama'. Ya, aku tidak salah dengar. Ayah memang sebut 'mama' tadi. Terkebil-kebil aku memandang muka ayah yang berada jelas di skrin komputer walaupun gambarnya sedikit tersekat-sekat. Mungkin internet di sini tidak seberapa kuat.
"Mama?”
Soalku kembali ingin pastikan adakah benar ayah menyebut mama tadi. Ayah diam. Wajahnya berubah. Serius. Aku masih bingung. Mama? Mama pernah jadi seperti aku ke dahulu? Tapi persoalannya, mama sekarang di mana? Berada di sisi Tuhan atau masih hidup di atas muka bumi ini?
"Errr...Bella. Ayah nak keluar kejap ni. Nak jumpa dengan pak lang. Dia kan sekarang dah pegang syarikat ayah. Jadi kami ada sedikit hal nak dibincangkan. Kamu di sana jaga diri. Nanti call ayah lagi.” Ujar ayah tergesa-gesa mahu menamatkan perbualan kami. Aku hanya mengangguk.
Kini talian kami terputus begitu sahaja setelah salam diberi dan dijawab oleh ayah. Otak saat ini rasa nak pecah. Pelbagai soalan berlaga-laga di dalam fikiranku. Tetapi aku yakin, tadi ayah menyebut 'mama'. Jelas!
"Hei, kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke? Macam tak okay aje aku tengok kau ni.” Tiya terus melabuhkan duduk dibirai katil. Aku menyandarkan tubuh di kepala katil sambil menghela nafas berat. Komputer riba di tutup lalu di letak ke tepi setelah selesai menamatkan talian bersama ayah tadi.
"Hmm...Tadi sewaktu aku bersembang dengan ayah, dia ada terlepas cakap,” rasa lidah ini berat hendak diluahkan pada Tiya. Tetapi dalam hal apa-apa pun aku tetap cerita dekat Tiya. Dia lah sahabat baikku dan dia lah sahabat tempat meluahku. Hanya dia aje sahabatku.
"Ayah kau terlepas cakap apa?” Soal Tiya kembali ingin tahu.
"Dia ada sebut 'mama'. Tapi, aku yakin dia sebut 'mama'. Aku memang tak salah dengar. Bila aku perasan dan dapat dengar dia sebut mama, wajah ayah terus berubah. Kau tak rasa sesuatu ke? Macam ada sesuatu perkara yang ayah aku sembunyikan daripada aku.”
Memang aku ingin tahu sangat-sangat. Teringin juga nak lihat wajah mama. Kalau mama sudah tiada, teringin sangat-sangat aku mahu lihat wajah arwah mama. Dapat tahu nama mama pun jadi la. Tapi, tak akan la ayah tiada langsung gambar mama. Gambar kahwin mereka berdua? Tak akan lah tak ada.
Aku pula yang berkerut dahi apabila wajah Tiya sedikit berubah. Terkebil-kebil dia memandang ke tempat lain. Seperti ada yang tak kena dengan makcik Kiyah ni.
"Kau ni dah kenapa? Macam ada yang tak kena je kau ni? Ke kau juga ada sorok sesuatu perkara daripada aku? Isy, semua orang macam tu! Ayah sembunyikan sesuatu perkara daripada aku, lepastu Zyan juga sama. Sekarang, kau pun sama nak sorokkan sesuatu daripada aku walaupun aku kawan baik kau?” Aku mula mencebik sambil memeluk tubuh. Jelingan dilepaskan pada Tiya.
Panas hati juga hari ini. Semua orang nak sembunyikan perkara penting daripada aku. Tadi Zyan, lepastu ayah sekarang ni makcik Kiyah sorang lagi depan aku ni pula. Haih, perkara apa yang mereka sembunyikan daripada aku itu? Penting sangat ke? Sampai boleh buat aku terkejut beruk? Begitu?
"Dah la, malas aku layan kau. Lebih baik aku tidur. Esok cuti, dapat lah aku bangun lewat sikit.” Selimut tebal terus aku tarik. Kepala sudah direbahkan di atas bantal yang empuk. Melihat Tiya masih duduk di birai katil dengan sengihnya yang tidak bersalah.
"Errr...Mana ada aku sorokkan sesuatu perkara daripada kau. Kau kan kawan baik aku. Semua cerita penting aku luahkan dan cerita pada kau. Kenapa? Kau tak percayakan aku ke? Kau kan kawan baik aku.” Kedengaran jelas nada suaranya sedang memujukku. Malas-malas aku angkat kepala memandang Tiya yang sudah menunduk kecewa.
"Kau memang kawan baik aku. Tapi aku tengok kau ni macam ada sesuatu aje sorok daripada aku tau. Aku kenal kau dah lama Tiya. Aku dah anggap kau ni macam adik aku sendiri. Jadi aku tahu riak wajah kau bagaimana saat sedih, saat gembira dan saat kau sedang menipu aku atau menyembunyikan sesuatu daripada aku walaupun sebaliknya kau cuba menyembunyikan riak wajah tu. Semuanya aku tahu!”
Panjang lebar aku membebel malam ini. Makcik Kiyah itu hanya sekadar ketawa kecil. Itu pun tawa dibuat-buat. Aku tahu semuanya. Dia kawan aku hampir lama. Sudah bertahun-tahun kami berkawan. Aku tahu semuanya tentang dia.
"Isy, tak ada apa-apa la. Bella, kita ni kawan dah lama tau. Kalau aku kuat menipu atau selalu sembunyikan sesuatu perkara daripada kau, kita tak akan kawan sehingga sekarang tau.” Nada memujuk. Aku memandang Tiya. Gadis itu hanya senyum lebar. Nak pujuk aku la tu.
"Ya, aku percaya kau. Tapi aku tak suka kalau orang tu menipu atau suka sembunyikan sesuatu perkara penting daripada aku. Kau pun tahu kan aku ni macam mana? Aku pantang orang menipu aku!” Ujarku sedikit tekan biar gadis itu ingat sikit walaupun sudah bertahun-tahun kami bersahabat.
"Errr...Ni, aku nak tanya. Kenapa dengan Zyan? Dia sembunyikan sesuatu perkara daripada kau? Apa dia? Dia ada buat kau lagi ke?” Kini bernada tegas. Aku menahan tawa. Tiya tidak pernah lawak. Suka buat orang terhibur walaupun aku tahu sebaliknya gadis itu tersakiti dan masih belum hilang rasa sedih setelah pemergian arwah ibunya.
Mengingati tentang Zyan pada petang tadi mampu buat aku rasa hilang mood nak bersuara. Dia tu pun sama. Macam ada yang tak kena. Aku yakin dia ada menyembunyikan sesuatu perkara daripada aku. Haish! Geramnya!
"Kau pernah tak tanya Zyan, dia kerja apa?” Tidak menghiraukan persoalan daripada Tiya. Aku membalas kata-katanya dengan persoalan yang ingin aku tahu.
Wajah Tiya blur. Mungkin dia juga tidak tahu dan tidak pasti di mana lelaki itu bekerja.
"Entah la. Aku tak pernah tanya pula. Yang pastinya dia pernah cakap kat aku dia ada kerja juga di sini.”
*********
Angin berdesir lembut. Malam tadi hujan lebat, kini pagi ini angin lembut menyapa di kulit wajah. Sejuk!
Dalam-dalam aku menghirup udara segar di pagi hari. Tenang.
Hari ini tiada kelas. Seminggu hanya sehari sahaja kami cuti. Kalau tiada buat apa-apa kami hanya duduk lepak di rumah. Kalau bosan duduk di rumah, kami akan ke bawah apartment yang terletaknya taman di sebelah apartment kami. Hanya itu sahaja tempat yang kami pergi jika waktu cuti.
Tapi sekarang rasa nak berehat di rumah aje. Tiada mood hendak keluar. Otak masih ligat berfikir. Tentang kata-kata ayah semalam masih terngiang-ngiang dipeluput telingaku.
Persoalan tentang Zyan masih belum dijawab. Melihat sahabat sendiri juga seperti ada sesuatu perkara yang dia sembunyikan daripada aku. Semua orang nak berahsia dengan aku. Hm...
Nafas dihela dengan hati yang berat. Entah kenapa, wajah Mr.Chris guru ganti gymnastics dan ballet kami terbayang wajahnya di ruang mataku. Mampu buat aku tenang. Hati yang tadi gelisah kini terasa tenang dan lapang.
Haih, aku dah terjatuh cinta dengan cikgu sendiri ke apa? Tak! Tak mungkin la. Aku langsung tidak suka dia. Dah la berlagak. Poyo pulak tu. Tapi rasa bersalah tu tetap ada kerana dah menyusahkan dia. Dia guru aku sepatutnya aku perlu menghormati dia. Hm, kurang sopan betul la kau ni, Bella.
Tetapi, aku masih tertanya-tanya. Kenapa setiap orang jika terserempak atau terjumpa Mr.Chris pasti mereka akan menunduk hormat pada lelaki itu. Agak pelik...
"Tengah mengelamun sampai ke mana tu? Planet Pluto?” Usik Tiya dengan tawanya. Terkebil-kebil aku memandang ke tempat lain. Terkejut dengan kemunculan Tiya yang secara tiba-tiba itu.
"Tak ada apa la. Aku saja ambil angin dekat luar balkoni.” Jawabku acuh tak acuh.
"Hari ni tak tahu nak buat apa. Tapi kalau kita check barang-barang keperluan kita untuk ballet dan gymnastik confirm kita akan mengeluh.” Ujar Tiya dengan sengihnya. Ya, terfikir juga. Barang-barang keperluan untuk kami berlatih menari ballet dan gymnastik memang meresahkan.
Kasut pun dah kotor dan ada yang koyak. Baju sukan gymnastic kami juga sudah kotor dan warnanya semakin pudar kerana baju tersebut hampir bertahun-tahun tidak pernah beli baru. Macam-macam lagi lah barang yang perlu digantikan dengan baru.
"Hm, ya jugak tu. Kasut aku tu pun dah koyak di depan dia. Bila aku nak buat ballet spinning tu punya la susah nak angkat kaki sebab kasut dah rosak.” Ujarku dengan keluhan kecil.
"Hah, itu yang aku maksudkan. Jom kita beli kasut yang baru. Pertandingan tak lama lagi akan berlangsung. Kita beli barang-barang keperluan aje.” Tiya sudah sengih. Ini mesti nak ajak aku shopping. Kami bersama-sama melepaskan tawa kecil sebelum aku setuju untuk pergi.
Kalau nak ditangguhkan, memang sampai bila-bila tak ingat. Dah berlangsung pertandingan tu, masing-masing buat muka tak puas hati sebab kasut rosak.
********
Tidak tahu di mana, kaki tetap melangkah berjalan ke satu-satu kedai. Di sini tidak banyak shopping mall. Di Milan tempat yang sungguh cantik dan di situ juga ada banyak mall tidak seperti di sini.
Ke satu-satu kedai kami masuk. Susah juga ya nak cari kasut ballet yang jual di sini. Sambil-sambil itu boleh la cuci mata di sini yang mempunyai banyak pakaian fesyen. Cantik! Tapi pakaian yang dijual semuanya seksi-seksi. Jarang nak jumpa kedai baju muslimah di sini.
Orang ramai di sini membuatkan susah untuk kami melangkah ke satu-satu kedai. Tiba sahaja kami berdua di sebuah kedai yang tertulis nya "Negozio di balletto musulmano" dalam bahasa Italy. Agak susah untuk disebut dan aku juga langsung tidak tahu maksudnya. Yang aku tahu, di dalam kedai itu banyak dijual pakaian dress ballet muslimah dan kasut ballet. Semuanya ada. Bermacam-macam jenis ada di dalam kedai itu.
Terus aku menarik lengan Tiya untuk masuk ke dalam kedai itu dengan hati yang sungguh teruja. Gembira lah, kami hampir 2 jam di sini mencari kedai yang menjual barang yang perlu kami cari.
Dan, akhirnya....
"Benvenuta signora.”
Seorang gadis yang beruniform kemas membuka pintu kedai untuk kami masuk. Mesra suaranya menyapa kami berdua. Aku dan Tiya sudah buat muka blur. Tidak faham dengan kata-kata gadis Italy itu. Wajah sengih yang kami berikan padanya.
Perlahan-lahan kami melangkah masuk. Melihat sekeliling di dalam kedai itu sungguh cantik. Tiya yang sudah tidak tunggu lama terus berjalan ke tempat rak-rak kasut ballet. Aku masih tercegat melihat sekeliling di dalam kedai itu.
"Bella! Tengok ni....” Panggil Tiya dalam nada berbisik kerana di dalam kedai ini dah macam di dalam perpustakaan. Dengan lagu ballet di pasang di dalam kedai itu membuatkan aku rasa nak menari sahaja di situ.
Bersinar-sinar mataku saat ini melihat Tiya memegang sepasang kasut ballet berwarna merah jambu dan di depannya ada reben berwarna merah. Cantik!
"Wow, cantiknya! Aku nak ni lah.” Keputusan muktamad. Aku nak kasut ni. Kalau nak ditanyakan Tiya, mahu bergaduh dia dengan pekerja di sini kerana Tiya seorang yang cerewet.
"Eh, mana boleh! Aku jumpa dulu, aku punya lah.” Aku dah agak. Pasti dia akan cakap begitu. Mentang-mentang kasut tu cantik, dia dah pilih awal-awal.
"Isy, kau ni bagi la aku pula kasut cantik macam ni. Kau tu dah banyak kasut ballet yang cantik tau. Aku ni baru satu sahaja ada kasut ballet.” Aku mula buat muka merajuk. Berharap minah tu mengalah.
"Qualcosa con cui posso aiutarti entrambi?” Suara itu membuatkan kami berdua yang tadi bergaduh berebut nak kasut itu terus tak jadi nak berebut. Serentak itu kami berdua berpusing belakang. Melihat gadis tadi sudah menghampiri kami dan bersuara dalam bahasa Italy. Sumpah aku tak faham langsung. Nak ditanyakan Tiya? Memang tak la minah tu faham.
"Errr....” Gagap aku hendak mula bersuara. Tiya hanya diam. Tidak berani bersuara kerana kami berdua memang tidak faham apa yang dikatakan oleh gadis itu dan kami juga tidak tahu mahu jawab apa.
"Is there anything I can do to help you both?” Lega mendengar dia sudah berbahasa english bagaikan dia tahu yang kami tidak faham dan tidak pandai berbahasa Italy. Lebar senyumannya. Sekilas aku memandang Tiya di sebelah yang sudah menghela nafas lega.
"Ciao benvenuto nel mio negozio voi due belle!”
Tidak sempat hendak aku menjawab pertanyaan gadis dihadapan kami ini, muncul lagi satu suara dari arah sebelah kami. Seperti biasa, dia berbahasa Italy membuatkan aku dan Tiya jadi budak blur.
"Mi dispiace, signora. Entrambi non capiscono quello che hai detto prima. Forse hai bisogno di parlare inglese.” Bisik gadis itu pada seorang wanita yang baru muncul. Melihat dari segi penampilannya seperti dia tuan kedai ini, gamaknya.
Melihat wajahnya tak macam orang Italy. Macam orang melayu pun ada. Dia juga bertudung, aku yakin umurnya dalam lingkungan 50-an atau 40-an. Macam datin tapi tak nampak sangat macam datin. Eh, apa aku cakap ni? Hahaha.
"Oh, errr...sorry. I just found out that you two don't understand Italian.” Ujarnya. Aku dan Tiya hanya sengih dengan muka tidak bersalah. Tetapi sempat aku memandang sekilas ke arah Tiya yang sudah berubah riak wajahnya apabila wanita dihadapanku ini muncul. Wanita itu juga berubah riak. Terkejut.
Satu persoalan, mereka kenal ke?
"Wait...”
Hah, dah kenapa pula ni?
Wanita itu menghampiriku. Lama dia merenung wajahku dengan kerutan dahi tetapi terselit sedikit dengan senyuman yang cuba diukir. Aku pula yang pelik. Kenapa? Dia kenal aku ke? Tapi, aku mana la kenal orang-orang di sini.
Makin berkerut dahiku apabila dia cuba mengangkat tangannya untuk menyentuh wajahku. Dapat kulihat birai matanya mula basah. Tidak dapat aku mengelak lagi, tangannya sudah menyentuh lembut pipiku. Diusap lembut.
"Your face is very similar to my son's face.” Akhirnya, jatuh jua air matanya membuatkan aku berasa sebak di dada. Lantas dia memeluk tubuhku. Aku sedikit terkejut dengan kata-katanya. Muka aku mirip dengan wajah anaknya?
Aku hanya membiarkan sahaja dia memeluk tubuhku. Faham dengan perasaan seorang ibu apabila terjumpa dengan seseorang yang mirip wajah dengan anaknya. Mungkin anaknya hilang atau meninggal dunia.
Aku membalas pelukannya. Memberi dia tenang. Mungkin dia rindukan anaknya. Haih, sedih pula saat ini. Ada drama air mata sekejap untuk beberapa minit.
"I'm sorry...” Dia yang sudah sedar apabila telah memeluk tubuhku lama dan melepaskan tangisannya di dalam pelukanku lantas meleraikan pelukan itu. Air mata yang mengalir di pipi di seka. Aku hanya senyum lebar. Tidak ambil hati pun, aku lebih suka melihat dia sudah melepaskan rindunya terhadap anaknya yang mirip dengan wajahku.
"It's okay. I understand your feelings.” Dia hanya senyum kecil. Aku pula yang berasa sebak di dada. Ibu siapa yang tidak sedih jika anaknya hilang dan bertemu semula dengan anak orang yang berwajah mirip dengan anaknya? Tapi, adakah anaknya hilang? Ke mana anaknya pergi?
*******
Akhirnya selesai juga kami mencari pakaian dan barang-barang keperluan untuk kami berlatih pada hari esok.
Gembira?
Ya, saat ini gembira sangat-sangat apabila tadi aku berebut-rebut dengan Tiya mahukan kasut ballet yang cantik tadi, tetapi hari ini hari yang mampu buat aku senyum sampai ke telinga kerana tuan punya kedai ini memberi aku dan Tiya percuma kasut ballet yang lebih cantik daripada Tiya pilih tadi. Ah, siapa aje tak gembira!
"Are you serious err....” Aduh nak panggil dia apa ya? Aku bukannya tahu nama dia pun. Tergagap-gagap seketika.
"My name is Mona. Just call me aunty Mona.” Mesra dia menjawab. Aku hanya sengih. Baru tahu namanya setelah lama kami di dalam kedai ini. Hahaha.
"Oh, err... Seriously you give me these shoes for free, aunty Mona?” Soalku tidak percaya. Serius lah dia bagi percuma begitu sahaja pada aku dan Tiya kasut ballet yang cantik ini. Buatkan aku terkejut lagi apabila dia beri kami berdua percuma semua barang yang kami beli di sini. Wow!
"Yes, dear. I'm glad to see a girl like you interested in ballet dancers. Good luck in training later.” Ucapnya. Gembira aku mendengar. Teruja sangat-sangat. Melihat senyuman Tiya makin lebar. Gembira dapat barang-barang percuma.
"Errr...wait. Where are you from?” Belum sempat kami hendak meminta diri untuk pergi, aunty Mona bertanya lagi. Sekilas aku memandang Tiya sebelum menjawab pertanyaan aunty Mona.
"We are from Malaysia.” Balasku dengan senyuman. Wajah aunty Mona berubah. Terkejut!
Apa yang terkejut?
Wajah kami berdua berkerut-kerut saat ini. Bingung.
"Serius? Hei, aunty pun dari Malaysia lah.” Pecah tawa kami bersama-sama. Ya Allah, baru tahu. Lama juga kami di dalam kedai ini, aunty Mona baru tahu kami orang Malaysia. Haih, lucu.
Tak sangka juga aunty Mona berasal dari Malaysia. Ah, senang sikit untuk kami bercakap lebih lagi nanti.
"Patut lah wajah aunty macam iras-iras orang melayu. Tak sangka pula aunty Mona memang orang Malaysia.” Terletus lagi tawa kami bersama. Gadis Italy yang masih setia di sebelah aunty Mona berwajah bingung. Pasti tidak faham dengan apa yang kami sembang saat ini. Hihihi.
"Yes, aunty memang tinggal di Malaysia. Jarang-jarang juga la aunty jumpa dengan orang Malaysia yang datang ke butik ni. Aunty pun jadi keliru sendiri sebab muka kau orang berdua macam iras-iras anak Italy.” Pecah lagi tawa kami. Muka aku dan Tiya macam orang Italy? Hahaha, tak mungkin.
“By the way, thank you so much aunty Mona. InsyaAllah, kalau kami ada masa lagi di sini kami akan borong semua barang-barang di butik ni.” Pecah tawa aunty Mona. Haish, apa mengarut lah aku bercakap ni. Buat la aunty Mona pegang pada janji aku tu macam mana? Mati aku kena beli semua barang-barang dia di sini.
"Eh, jangan la sampai macam tu. Segan aunty.” Aku hanya membalas dengan sengih menampakkan gigi.
Tetapi buatkan aku hairan, aunty Mona merenungku dengan sangat-sangat lama. Lama sangat. Membuatkan aku terkaku sendiri. Mungkin dia merindukan anaknya yang berwajah mirip dengan aku.
Sekilas dia memandang Tiya tetapi aku perasan. Dia pandang Tiya sedikit lama bagaikan sedang memberi sesuatu isyarat. Pandangannya penuh dengan sesuatu rahsia yang tidak dapat aku ungkapkan.
"Err...Kami minta diri dulu ya aunty Mona. InsyaAllah, kalau kami ada masa kami singgah lagi di sini.” Ujar Tiya meminta diri untuk keluar dari butik ini. Aunty Mona hanya senyum lebar sambil mengangguk.
"Terima kasih lagi sekali aunty Mona.” Ucapku. Dia senyum dengan serentak itu dia memeluk erat tubuhku. Aku juga turut membalas pelukannya. Membiarkan dia melepaskan rindunya pada anaknya yang serupa mirip wajah dengan aku. Tak sampai beberapa minit, pelukan kami terlerai dan kami bersama-sama meminta diri untuk pergi.
"Gembiranya! Semua barang ni free! Balik nanti aku nak tunjuk dekat si minah gedik tu biar dia jealous!” Aku ketawa kecil dengan kata-kata Tiya. Kami bersama-sama berjalan keluar dari butik itu sambil memegang beg kertas sederhana besar. Baru balik dari shopping!
Tiya terus menahan teksi yang lalu dihadapan kami. Nasib baik lah dia berhenti. Kalau dia tak berhenti, tak tahu lah mana lagi nak cari teksi yang lain.
Tak sampai beberapa langkah untuk kami berdua berjalan menghampiri teksi tersebut. Langkahku terhenti apabila terpandang pada satu kedai yang menjual pakaian suit lelaki.
Tetapi mataku tetap memandang satu kemeja putih yang kemas terpapar di dalam kedai itu membuatkan kakiku ingin melangkah masuk ke dalam kedai itu.
"Eh, Bella. Kau nak pergi mana tu?”
Masuk sahaja di dalam kedai itu, tidak menghiraukan sesiapa lagi. Aku terus mencapai kemeja putih tersebut. Melihat kemeja ini, teringat aku pada Mr.Chris yang aku telah menumpahkan air coffee di bajunya. Ya, aku ingat lagi tentang kemalangan itu.
"Aku nak beli kemeja ni. Nak ganti semula baju kemeja Mr.Chris yang dah aku rosakkan pada tempoh hari yang lepas.” Ujarku tanpa memandang Tiya di sebelahku. Masih ralit membelek-belek kemeja putih itu.
"Wow, teringat juga ya kau dekat Mr.Chris yang handsome tu. Kantoi la kau suka dia. Hei, kenapa tak bagitahu aku, hah?!” Marah Tiya yang sudah bersangka aku mula menyukai Mr.Chris itu. Haih, makcik Kiyah ni. Macam-macam dia fikir kalau aku sebut nama Mr.Chris.
"Eh, mana ada la! Aku nak ganti aje. Bukan suka dia. Kau jangan fikir macam-macam boleh tak?! Dah, tolong aku carikan baju mana yang paling cantik dan kena dengan guru gymnastik yang poyo dan sombong kita tu.” Sempat aku menjulingkan mata ke atas. Kalau diingat-ingatkan kembali yang kami bergaduh, rasa nak aje aku cekik Mr.Chris tu kalau dia ada di depan mata aku sekarang ni.
Tiya hanya melepaskan tawa. Lucu la sangat!
*********
Entah lah, hati ini gembira dan rasa tak sabar sangat-sangat hendak berikan pakaian ini pada Mr.Chris sebagai ganti semula bajunya yang sudah rosak pada tempoh hari yang lepas setelah terkena air coffee aku.
Keluar dari kedai itu senyuman tak lekang di bibirku. Mekar dengan senyuman manis. Tiya yang melihat sudah berkerut-kerut dahi. Tawa kecilku terlepas dengan wajah Tiya yang sudah kelihatan blur. Bingung gamaknya apabila melihat aku asyik tersenyum memanjang.
"Senyum aje daripada tadi. Kenapa? Tak sabar nak bagi hadiah ni dekat crush ke?” Usik Tiya. Laju sahaja siku aku berlaga lengannya. Geram. Ada ke patut dia cakap begitu!
"Isy, mana ada! Aku tak sabar nak bagi dia kemeja ni nak tunjuk dekat dia yang aku ni bertanggungjawab, bukan macam dia. Hanya memandang sebelah mata lepastu pergi bagaikan tiada masalah yang perlu dia selesaikan.”
Geram? Ya, memang geram dan masih tidak puas hati. Tetapi apa nak buat? Sabar. Hanya mampu itu sahaja yang aku lakukan. Kalau sabar aku tipis, dah jadi arwah rasanya anak Italy itu.
Kami berdua bersama-sama melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang berada di tempat perhentian bas. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Angin kuat berdesir dengan lembut membuatkan tubuhku menggigil menahan sejuk.
"Ini semua salah kau!” Bicara Tiya tiba-tiba. Eh, emosi pula si makcik Kiyah ni? Dah kenapa dengan dia?
"Aik, salah aku? Apa yang aku dah buat?” Blur untuk seketika. Mengingatkan kembali apa yang aku dah buat tadi. Rasanya aku hanya beli baju kemeja ini aje. Tak ada pula aku lakukan apa-apa selain membeli baju ini.
"Kau la salah. Tengok, teksi dah tak ada. Dah berkurang. Ada pun semua dah ada penumpang.” Marah Tiya sambil memeluk tubuh. Terlepas jua tawa kecilku. Patut lah dia marah aku. Sebab itu rupa-rupanya dia marahkan aku.
"Alahaiii, merajuk pula. Tak apa lah, kita tunggu aje teksi mana-mana yang lalu nanti kita tahan lah suruh dia berhenti. Sabar ya, bestie. Allah suka orang yang penyabar.” Ujarku sambil pujuk sahabatku seorang ini yang kuat merajuk. Tiya hanya senyum tipis. Senang aje nak pujuk dia ni.
"Kalau teksi tak ada, siap kau!” Huh, kecut perut kalau dengar kata-kata itu. Aku hanya sengih tidak bersalah hahaha.
Sekilas aku memandang beg kertas yang aku beli tadi. Pakaian lelaki itu. Senyuman mekar lagi di bibir. Rasa tak sabar pula nak jumpa mamat poyo itu pada hari esok.
Aku kembali memandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat kereta teksi. Harap lah ada. Kalau tak, pasti singa di sebelah aku ini mengamuk!
Sedikit kaku apabila mata tertangkap pada seseorang lelaki. Nak tengok lain, terpandang tempat lain. Hmm...
Dan, boleh dikatakan, lelaki itu aku sangat-sangat kenal.
Keluar berjalan daripada satu kedai. Aku tak rasa itu kedai kerana tempat yang baru sahaja dia keluar itu tempat yang besar dan mewah. Berjalan penuh bergaya keluar daripada tempat itu.
Di belakangnya diikuti juga dengan lima orang lelaki yang berbadan sasa. Dan disebelahnya juga aku kenal lelaki itu. Mereka semua berpakaian sama. Suit kemas berwarna hitam. Kecuali lelaki yang aku kenal itu. Berkemeja putih di lipat lengan bajunya hingga siku. Berkaca mata hitam dan memegang kot hitamnya berjalan keluar dengan penuh bergaya dari tempat tersebut.
Aku mengecilkan sedikit mataku. Macam kenal. Tapi, aku tidak boleh sesuka hati berkata itu lelaki yang aku kenal. Bak kata Tiya, lelaki mat salih semuanya rupa sama. Kalau hari ini terjumpa Mr.Chris, esok nak jalan-jalan keluar ke shopping mall pasti akan terjumpa wajah yang serupa dengan Mr.Chris. Hah, gitu la ceritanya.
Tapi wajah lelaki itu sangat mirip dengan Mr.Chris, rambutnya yang berwarna coklat emas memang mirip dengan Mr.Chris dan di sebelahnya pula aku lihat seperti pembantunya. Mungkin itu bodyguard nya tetapi wajahnya juga dapat kulihat sangat-sangat mirip dengan wajah Zyan.
Mereka beriringan berjalan keluar lalu melangkah masuk ke dalam sebuah kereta. Wow, kereta pun nampak mewah, aku yakin mereka orang kaya. Tapi, mereka siapa? Nampak seperti dia.......
Assalamualaikum and hai guys! Maaf sangat-sangat author dah lama x update... author busy dengan assignment sikit la guys.... InsyaAllah kalau author ada masa lagi author akan update chapter lagi ya! Kalau siapa yang tak tahu apa itu ballet spinning boleh la korang pergi search dekat YouTube and korang akan tahu apa itu ballet spinning Dan bagaimana pergerakannya...Jangan lupa Komen dan follow sekali ya, thank you! Bye <33
Share this novel