• { BAB 17 } •

Romance Series 49049

Termasuk kali ini, sudah hampir dua kali. Kalau diikutkan yang sebelum-sebelum ini, sudah berpuluh-puluh kali aku terjatuh tersembam sebegini. Tak lain tak bukan, aku yakin ini pasti ada orang dengki dan cemburu lalu dia menolak aku lagi kerana tidak puas hati terhadapku.

Nasib lah muka aku ni tak terhantuk dengan lantai. Lengan aku yang dah banyak kali jatuh ni terasa lebam. Sakit sungguh. Perlahan-lahan aku bangun. Kaki aku saat ini memang dah tak boleh nak cakap lagi. Sakit yang teramat kerana sudah dua kali aku jatuh.

"Fiqah! Kau kenapa, hah?! Kau nak apa lagi daripada aku? Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku?!” Bentakku padanya yang sudah tersenyum sinis. Aku yakin dia tidak puas hati dengan aku dan dia mahu balas dendam padaku lagi.

"Sebabkan kau lah aku kena marah dengan Mr.Chris tu tahu tak?! Kau yang buat silap, kenapa aku?! Dan kau yang layak keluar daripada sini. Berambus je lah kau balik ke Malaysia terus. Kau memang tak layak untuk terpilih dalam pertandingan tu!” Herdiknya. Aku sedikit terkejut dengan suaranya yang begitu tinggi nada suaranya.

"Eh, kau ni dah kenapa perempuan? Tak habis-habis lagi ke? Jangan sampai aku buat kau yang keluar daripada sekolah ni!” Tiya yang sudah dengar suara kuat daripada Fiqah lantas mendapatkan aku.

"Hei, kau tak payah nak buat-buat tanya lah. Kau memang dasar perempuan gatal kan! Semua lelaki kau nak rampas. Lepastu goda lelaki tu. Kau memang dasar perempuan tak guna lah Bella. Perempuan murahan macam kau ni memang tak layak ada kat dunia ni!” Sedaya upaya aku bangun dan satu penampar naik ke pipinya dengan perasaan begitu marah.

PANG!

Mulai angin satu badan aku dengan kata-katanya tadi. Kenapa dia cakap begitu padaku? Apa yang dia tidak puas hati lagi terhadapku sampaikan dia berkata begitu pada aku? Kurang ajar!

Nafasku saat ini mula naik turun. Seluruh tubuhku mula menggigil. Sumpah ini pertama kali aku melepaskan penampar ke wajah orang. Orang pertama yang makan penampar aku ialah perempuan yang tak sedar diri yang berada dihadapanku saat ini.

Dia sedikit tertoleh setelah makan dengan penamparku. Dipegang pipi yang terasa perit akibat penamparku naik ke pipinya. Tajam aku merenung gadis kurang ajar yang berada di hadapanku ini. Tidak hiraukan lagi kaki yang mulai berdenyut-denyut kerana hati aku ini lebih sakit saat ini.

"Kau jangan kurang ajar, Fiqah! Aku bukan perempuan apa yang kau cakap tu. Sebaliknya kau lah perempuan seperti apa yang kau cakap tadi!” Bentakku pula. Gadis itu membalas renunganku. Tajam.

"Dah lah tu, Bella. Biarkan perempuan tak guna ni. Jom balik.” Lenganku ditarik oleh Tiya. Memujukku agar pergi daripada situ. Aku kalau dah marah, dah mengamuk memang mengamuk betul-betul. Jangan sampai aku naik hantu!

"Memang! Aku dengki dan cemburu lelaki yang aku suka rapat dengan kau! Miss Liya selalu puji kau sebab kau tu layak terpilih dalam pertandingan tu. Aku benci kau! Aku tak suka kau ada di sini! Aku benci!” Jeritnya bagaikan orang gila. Aku sedikit tergamam. Lelaki yang dia suka rapat dengan aku? Siapakah lelaki itu? Aku sedikit bingung.

"Kau memang gila Fiqah! Kau dah gila!” Bentakku lalu terjengkek-jengkek berjalan pergi. Tetapi langkahku terhenti dan aku sedikit tergamam apabila Fiqah menarik kasar tudungku membuatkan aku kembali terjatuh tersungkur ke belakang.

"Kau gila atau aku yang gila? Aku dah cakap kan, aku tak suka kau ada kat sini!” Jerit gadis itu seperti orang gila lalu menarik kasar lagi tudungku sehingga tudung yang kemas berada di atas kepalaku tercabut.

"Hoi, lepaskan dia lah! Kau memang gila lah Fiqah!” Tiya turut membantuku. Ditolak tubuh gadis itu tetapi Fiqah tetap kuat menarik kasar rambutku yang sudah terlepas bebas. Aku cuba meronta-ronta dan meleraikan genggaman itu, tetapi tidak berjaya.

"Lepaskan dia lah!” Tiya sedaya upaya menolong. Tetapi Fiqah yang sudah mulai mengamuk menolak kasar tubuh Tiya membuatkan Tiya tersungkur jatuh. Ya Allah, sakit yang teramat. Rasa nak tercabut sudah rambut aku saat ini.

"Enough!”

Tegas suara itu muncul di sini. Air mataku mula mengalir laju. Lama-kelamaan genggaman Fiqah di rambutku terlerai jua. Perlahan-lahan aku membuka mata, melihat Chris sudah berada dihadapanku dengan wajah begitu marah. Kecut perut hendak dipandang. Cepat-cepat aku melarikan pandangan, sedar aje tudung tiada dikepala lantas aku mencapai tudung yang sudah tercampak di tempat lain. Dicapai tudung tersebut lalu aku melilit di kepala. Ya Allah, terasa diri ini berdosa. Harap sangat tadi Chris tidak perasan rambutku dan auratku.

"Why happens, Fiqah? I ingatkan you dah reda tentang hal ni. Tapi you lebih mengganas. Apa yang awak dah buat ni? Apa yang awak tak puas hati lagi dengan Bella?!” Tegas suara Mr.Chris memarahi Fiqah. Tajam dia renung Fiqah. Aku sedikit mengensot mendapatkan Tiya. Tiya mengurut perlahan lengannya apabila terjatuh tadi ditolak kasar oleh Fiqah.

"Mr.Chris jangan nak buat-buat tak tahu la. Perempuan tak guna ni yang salah kenapa nama saya pula yang kotor. Ke Mr.Chris sengaja buat nama saya kotor sebab Mr.Chris nak bela perempuan ni?!”

Patutlah si Fiqah ni mengamuk teruk. Rupa-rupanya Mr.Chris telah hukumnya. Senang cerita, namanya di report card sudah kotor. Pelatih yang banyak buat masalah di sini.

"Saya tidak membela sesiapa pun. Saya nampak sendiri yang awak buat masalah. Sekarang pun dah terbukti awak yang cari masalah dulu. Apa masalah awak sekarang ni? Kalau datang sini hanya nak cari masalah dan cari gaduh, you can get out of here!” Tegas suara Mr.Chris buatkan kedua-dua bahuku ternaik terkejut.

"Saya dah banyak bagi amaran dekat awak Fiqah. Awak yang tak layak terpilih dalam pertandingan ini. Saya sebagai pengetua di sini, saya berhak menghukum awak lebih lagi. Dah banyak peluang saya bagi pada awak, kali ini tiada lagi peluang kedua, saya nak awak keluar daripada tempat ini. Awak tak dibenarkan lagi masuk ke dalam kelas ini lagi!”

Aku sedikit tergamam. Kalau melihat wajah Fiqah memang dah tak payah cakap apa-apa dah. Wajahnya berubah. Terkejut gamaknya apabila Mr.Chris membuat keputusan muktamad menghalau Fiqah dari sini. Terasa kejam pula jika dihukum sebegitu.

"Saya tak nak dengar lagi apa-apa daripada awak, saya nak awak keluar daripada tempat ini. Now!” Fiqah yang baru hendak bersuara, Mr.Chris sudah memotong dengan satu herdikan pada Fiqah. Terkedu gadis itu dibuat oleh Chris.

Tidak menunggu lama, gadis itu terus berlalu pergi. Dapat kulihat dia menyeka air matanya. Pasti dia sedih kerana dihalau. Terasa serba salah pula. Walaupun dia yang mulakan dulu pergaduhan ini, aku perlu bertanggungjawab juga. Tidaklah menghukum seseorang itu sampaikan menghalau sebegitu.

Dapat kulihat lelaki itu berjalan mendekatiku. Dia sedikit mencangkung sambil merenungku lama. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Memandang wajahnya yang sudah bertukar lembut.

"Awak okay?” Nada suaranya yang tadi kedengaran sungguh tegas kini bertukar lembut. Perlahan-lahan aku mengangguk.

Aku sedikit tergamam apabila dengan selambanya, Mr.Chris memapah aku untuk bangun. Jantung aku makin hebat berdetak laju. Tiya yang berada di sebelahku sudah sengih-sengih. Aku tahu, pasti dia nak usik aku lagi.

"Auch!” Terlepas jua jeritan kecilku apabila aku terasa kaki aku sakit yang teramat tetapi masih boleh berdiri. Kalau tak boleh berjalan tu aku tak tahu lah nak buat macam mana.

"Awak boleh tak jalan ni? Nak saya bawa awak pergi hospital tak?” Soalnya bertalu-talu dengan nada suara sungguh risau. Aku hanya senyum tipis.

"Tak apa. Sikit aje ni. Thank you Mr.Chris.” Ucapku laju memegang bahu Tiya apabila gadis itu sudah kembali berdiri. Aku sedikit menjarakkan diri daripada lelaki itu. Sungguh aku berasa tidak selesa.

Lelaki itu hanya senyum kecil.

"Kalau ada apa-apa hal lagi, awak boleh jumpa dengan saya.” Belum sempat lelaki itu melangkah pergi, aku bersuara menghentikan pergerakannya.

Mr.Chris kembali mendapatkan aku. Sekilas aku memandang Tiya yang berada di sebelahku.

"Kau tunggu kat bawah ya. Aku nak cakap sikit dengan Mr.Chris kejap.” Bisikku pada Tiya.

"Tapi, boleh ke nanti kau jalan sendiri turun ke tingkat bawah?” Soal Tiya bernada risau. Aku hanya senyum.

"Boleh aje. Kau jangan risau la.” Bahu Tiya aku tepuk beberapa kali. Gadis itu yang sudah faham hanya sekadar mengangguk lalu berjalan pergi meninggalkan aku bersama lelaki itu.

Kini tinggal lah aku berdua bersamanya. Aku mengambil tempat di sebuah kerusi yang tersedia di situ. Tak boleh nak berdiri sangat, nanti tak pasal-pasal terjatuh lagi buat kali entah ke berapa.

"Saya nak minta maaf bagi pihak Fiqah. Mungkin saya ada buat dia sakit hati. Saya bukan nak bela dia atau apa-apa. Tapi, saya merayu sangat-sangat dekat awak. Please, jangan halau dia daripada kelas ni. Bagi dia peluang lagi untuk dia baiki kesalahan dia di sini.” Aku mula bersuara. Melihat wajah lelaki itu sedikit berubah.

"She did you very badly. But you still want to blame yourself? Masih nak merayu dekat saya agar saya tak halau dia? She should be the one to appeal to me like what you're saying right now.” Kedengaran suara Chris jelas tidak puas hati.

"Bukan apa, saya tahu saya juga salah. Tapi saya tak nak tengok kawan-kawan saya dihalau macam tu aje dan datang di sini sia-sia begitu sahaja. I really hope you can accept him again.”

Sedaya upaya aku merayu lagi pada lelaki itu. Buat sedikit aku terkaku apabila dia membalas pandanganku dengan sangat lama. Direnung anak mataku lama buatkan lidahku kelu. Senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu buatkan aku menjadi bingung dan tertanya-tanya, kenapa dia senyum?

"You are a very good woman. Still helping his friend not to be punished even his own friend who has hurt you. Saya kagum dengan awak. Awak sangat baik, tapi awak still maafkan dia.” Lembut suara itu kedengaran. Aku hanya ketawa kecil, ketawa yang dibuat-buat.

"Saya tak ada lah baik sangat. Baik saya ada limit. But, I think you punished him very cruelly. I don't want my friend to be sad. I can feel what he feels now when he has to be kicked out of here.”

Memang hati saat ini tak terkata. Sedih pun ada. Kasihan Fiqah. Walaupun dia banyak buat jahat dekat aku, aku masih boleh maafkan dia. Tapi dia sudah melebih. Nasib lah hati aku ni kuat dan masih boleh maafkan dia. Tapi, buatkan aku rasa serba salah apabila Mr.Chris menghukum dia dengan sangat kejam. Dengan cara halau Fiqah dari sini dan Fiqah datang ke sini dengan sia-sia aje.

Aku harap sangat Mr.Chris dapat menerima Fiqah semula ke dalam kelas ini sehinggalah pertandingan itu tamat dan dapat maafkan Fiqah dengan kesalahan yang telah dia lakukan di sini.

Lelaki itu hanya meraup wajah dan sekilas memandang ke arahku. Berkali-kali aku menelan liur. Berharap sangat dia terima. Kalau dia tidak terima, aku akan sedaya upaya merayu padanya lagi.

"Tak boleh, Bella. Dia buat awak lebih kejam tau. Tengok kaki awak tu dah teruk lebamnya. I can't accept him in this class.”

Sedikit terkejut. Terkebil-kebil aku memandang lelaki itu. Berusaha lagi untuk merayu.

"Please Mr.Chris. Saya merayu sangat-sangat dekat awak. Please, accept my friend again. Tolong lah jangan hukum dia sampai macam tu sekali. Saya tak kesahlah kalau dia masih tak puas hati dengan saya, tapi saya merayu sangat-sangat agar awak tak halau dia. Mungkin dengan cara ini juga, saya berharap sangat hati Fiqah lembut dan dapat berdamai semula dengan saya. Tapi saya betul-betul merayu dekat awak, tolong jangan halau dia begitu. Tolong jangan hukum dia dengan cara begitu.”

Riak wajahku sedikit berubah separa merayu berharap lelaki itu tidak menghukum Fiqah dengan cara menghalau gadis itu daripada sekolah ini. Singkirkan peserta tersebut. Tidak, aku tidak mahu dia hukum begitu. Lama Mr.Chris merenungku. Aku harap sangat dia makan dengan rayuanku ini.

Di dalam hati berkali-kali aku berdoa meminta pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja yang aku ada. Ya Allah, kau lembutkan lah hati Fiqah dan gerakkan lah hatinya untuk maafkan aku. Sumpah aku tidak suka jika kami masih bergaduh seperti ini. Teringin sangat aku hendak berbaik dengan Fiqah. Moga Allah dengar doaku.

Satu helaan kecil terlepas daripada bibir lelaki itu. Dia sedikit mengeluh. Aku sudah tidak senang duduk. Aku hanya mengalah sahaja jika dia tetap berkeras tidak mahu setuju dengan apa yang aku minta dan merayu padanya tadi.

Aku sedikit menunduk. Menghela nafas berat. Kasihan pula Fiqah. Walaupun dia buat begitu padaku, tak apa lah. Aku maafkan aje dia tetapi aku tidak boleh hukum dia. Biarlah dia dengan Tuhan. Aku serahkan semuanya pada Tuhan tapi aku tidak mampu melihat rakanku dibuang dari kelas dan disingkirkan dari pertandingan itu.

"Okay....”

Aku angkat wajah. Memandang Mr.Chris di sebelah dengan mata sedikit bersinar-sinar. Okay? Adakah lelaki itu tidak singkarkan Fiqah? Dan kembali menerima gadis itu?

"I didn't kick him out of this class. I will accept him again and she will be able to participate in the competition, but...”

Gembira hati ini tak terkata apabila Mr.Chris dapat terima semula Fiqah. Alhamdulillah. Nasib baik lah lelaki ini baik dan cepat termakan dengan pujukkanku.

"Tapi apa?” Kedengaran ayatnya tergantung di hujung itu. Aku masih sabar menunggu kata-kata seterusnya daripadanya.

"Permanent punishment will be imposed in such a way that she will not be allowed to come to class for up to a week. She can’t do any activities and she will also miss training. That’s punishment for him if I accept him back into this class. This is all because of you. You begged me not to drive him out of here. So, I will accept him, the offender remains punished!” Keras nada suaranya dihujung ayat itu. Aku telan liur mendengar. Kalau dengar hukuman itu memang boleh jadi gila. Seminggu tidak dibenarkan ke kelas dan tidak dapat ikut serta dalam apa-apa aktiviti.

Ya Allah, rasa kejam pulak. Tapi aku tidak boleh lakukan apa-apa lagi. Sudah tidak ada cara lain. Lelaki itu tetap terima Fiqah semula tetapi gadis itu tetap dihukum.

"Thank you so much, Mr.Chris. Saya harap sangat dengan cara ini Fiqah dapat berbaik semula dengan saya.” Gumamku perlahan. Lelaki itu hanya senyum kecil.

"Err...Saya nak balik dulu. Dah lewat ni. Kesian Tiya tunggu lama dah kat bawah tu. Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab terima Fiqah semula.” Ucapku ikhlas dari hati. Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum.

Tidak menunggu lama, aku terus bangun. Mahu pulang. Lagipun, kesian dekat Tiya. Lama sudah si makcik Kiyah itu tunggu di bawah.

Perlahan-lahan aku mengangkat punggung. Kaki masih terasa sakit, tetapi aku hanya abaikan sahaja. Tapi....

"ARGH!”

Memang hari ini hari nasib malang aku ke? Berapa kali aku nak jatuh ni? Kaki pula sakit dan tidak dapat nak seimbangkan badan. Memang senang untuk aku terjatuh.

Tak terasa sakit pada tubuh, tetapi dalam kepala otak aku yakin aku akan diketawakan oleh Mr.Chris kerana jatuh di depan dia seperti nangka busuk. Ah, malunya!

"Next time, take care my dear. Kaki awak tu masih belum sembuh.” Lembut pesanan itu diberikan padaku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Jelas wajah putih bersih dan dihiasi dengan mata cantiknya yang berwarna biru itu berada betul-betul dekat di depan muka aku. Telan liur aku seketika.

"Err...Okay.” Ucapku perlahan dengan sedikit gagap.

Kini mata beralih pada tanganku apabila terasa ada seseorang menggenggamnya dengan sangat lembut. Terkejut besar aku apabila melihat tangan aku yang kecil ini sudah berada di dalam genggaman lelaki itu.

Cepat-cepat aku bangun apabila sewaktu aku mahu terjatuh tadi lelaki itu yang sambut tubuhku. Memang aku bersyukur sangat-sangat dia membantu aku agar aku tidak terjatuh untuk entah ke berapa kali di atas lantai ini. Tetapi buatkan aku rasa nak marah apabila lelaki itu memegang tanganku. Mungkin tak sengaja sewaktu dia mahu menyambut tubuhku daripada jatuh.

Ah, think positive aje lah Bella!

Perlahan-lahan aku menarik semula tanganku dari genggaman lelaki itu. Jantung makin hebat berdetak. Ya Tuhan. Ini pertama kali lelaki pegang tangan aku. Rasa berdosa pula. Tapi tak mengapakan kalau tidak sengaja?

"Jom, saya hantar awak sampai ke bawah. Bahaya untuk awak jalan sorang-sorang. Nanti jatuh lagi macam mana?” Auww! Caring nya dia dengan aku. Cair pula aku dengannya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.

*********

"Bella!”

Pintu lif terbuka sahaja, melihat susuk tubuh Tiya sudah berada dihadapan mata. Gadis itu terus berlari anak mendapatkan aku.

"Lamanya kau dating dengan Mr.Chris tu kat atas.” Usik Tiya dalam nada berbisik. Tidak dapat aku memukul gadis itu kerana dia mengelak diri daripada aku. Haih, geramnya!

"Err...Kami berdua balik dulu ya. Thank you again Mr.Chris.” Ucapku lalu meminta diri untuk pergi.

"Okay. Take care!” Pesannya. Aku hanya senyum manis ke arahnya lalu terus membuka langkah pergi daripada situ.

Tapi....

"Kak Bella!”

Aku sedikit terkejut dengan jeritan kecil itu yang datang dari arah belakangku. Perlahan-lahan aku memusingkan tubuh. Dengan serentak itu, Tiya dan Chris juga turut berpaling ke belakang memandang tuan punya suara tersebut.

Makin terkejut aku apabila melihat Fiqah berlari anak mendapatkan aku lalu dipeluk erat tubuhku. Sangat lama. Kedengaran tangisannya terlepas di dalam pelukan itu. Aku sedikit tergamam.

"Kak Bella...Fiqah nak minta maaf,” sumpah aku rasa bagaikan mimpi. Bagaikan kata-kata Fiqah itu mimpi. Tak percaya. Rasa sebak pula hatiku saat ini. Syukur alhamdulillah, doa aku makbul.

Teresak-esak gadis itu menangis. Sekilas aku memandang Tiya. Wajah Tiya juga turut berubah terkejut. Aku memandang pula Mr.Chris yang masih setia ada di situ. Dia juga turut terkejut tetapi dapat kulihat riak wajahnya gembira bercampur lega. Pasti gembira dan lega hatinya kerana melihat Fiqah sudah dapat terima aku.

Aku hanya senyum sebaris. Membalas pelukan Fiqah. Gadis itu masih tidak henti-henti menangis.

"Akak dah lama maafkan Fiqah. Akak bersyukur Fiqah dapat terima akak. Akak pun nak minta maaf kalau selama ni akak ada kurang ajar dengan Fiqah. Maafkan akak ya.” Pelukan kami terlerai. Perlahan-lahan aku menyeka air mata gadis itu. Wajahnya sembab dek air mata.

"Tak, Fiqah yang salah. Walaupun Fiqah dah buat jahat dekat akak, tapi akak tetap tolong Fiqah. Akak tetap merayu dekat Mr.Chris agar Fiqah tak dihalau dari pertandingan tu. Terima kasih akak dan maafkan Fiqah, akak.” Belakang telapak tanganku dikucup lama oleh Fiqah. Aku hanya senyum kecil. Hati betul-betul lega.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!

Tetapi aku sedikit terkejut. Adakah Fiqah dengar perbualan aku bersama Mr.Chris tadi? Kalau dia tidak dengar apa yang aku cakap dengan Mr.Chris tadi, tak akan lah dia nak datang kat aku sampai menangis teresak-esak begini? Aku yakin, gadis itu dengar perbualan aku bersama Mr.Chris tadi. Dia dengar rayuan aku pada Mr.Chris tadi.

Syukur sangat-sangat dia dengar. Ikhlas dari hati, aku nak berkawan rapat dengan Fiqah. Tidak mahu lagi bermusuh. Mahu anggap Fiqah seperti adik sendiri. Pergaduhan sebegini memang tidak bagus untuk aku dan gadis itu. Kami perlu berbaik seperti kawan rapat.

"Akak dah lama maafkan Fiqah. Mungkin akak juga ada salah dan ada buat Fiqah sakit hati. Akak pun nak minta maaf. Akak harap sangat kita boleh berbaik.” Senyuman manis terukir di bibirku. Gadis itu menyeka air mata lalu menguntum satu senyuman manis di bibirnya. Dipeluk tubuh aku kembali dengan sungguh erat. Hatiku terasa begitu lega dan gembira.

*********

"Wei, perempuan tu yang jenis keras kepala, hati batu, berlagak, sombong, gedik, kurang ajar lagi. Boleh percaya ke yang dia minta maaf dekat kau ikhlas dari hati. Ke dia berlakon aje semata-mata nak jatuhkan kau lagi buat kali entah ke berapa?”

Hanya senyuman manis aku berikan pada Tiya yang sudah overthinking. Tapi, dari hati aku sendiri aku percaya yang gadis itu sudah berubah dan dapat terima aku. Kalau dia sebaliknya dan benar dengan apa yang dikatakan oleh Tiya, sumpah aku betul-betul tidak dapat maafkan gadis itu sampai bila-bila. Dia sudah lebih-lebih. Tapi, aku percaya dia seorang gadis yang baik.

"Isy, kau ni. Asyik fikir benda bukan-bukan aje la. Aku percaya, Fiqah bukan perempuan apa yang kita fikirkan. Dia seorang gadis yang baik hati. Tapi kalau dia memang buat perancangan seperti apa yang kau cakap tadi, aku betul-betul dah tawar hati dekat dia dan aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila.” Ujarku dengan senyuman. Tiya hanya mengangguk mengerti.

Hari ini berubah dengan sekelip mata. Hari ini hari yang bagaikan mimpi. Dan hari ini juga hari yang mampu buat aku menangis bercampur gembira. Terselit berasa syukur kepada Allah. Seperti ini lah yang aku mahukan. Berbaik seperti kawan rapat dengan Fiqah.

"Kak Bella, Kak Tiya. Nah...air untuk korang berdua. Sorry lah, Fiqah hanya buat kopi panas aje. Fiqah tak tahu air apa yang korang suka.”

Mesra suara itu. Serentak aku dan Tiya berpaling. Fiqah manis dengan senyumannya sambil menghulurkan dua mug yang berisi air kopi panas pada aku dan Tiya. Aku hanya membalas senyumannya lalu menyambut air kopi panas tersebut.

"Terima kasih. Fiqah jangan risau la. Akak minum aje air apa yang Fiqah buat. Akak tak kesah.” Ujarku dengan senyuman. Tiya juga turut menyambut mug yang berisi air kopi yang dihulurkan oleh Fiqah itu.

Fiqah terus mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan aku dan Tiya. Kami bertiga mengambil angin dingin malam sebentar di luar balkoni sambil-sambil itu memerhati kota Venice yang mula bersinar-sinar dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Sungguh cantik dan romantik tempatnya.

"Err...Kak Tiya,” Tiya berpaling memandang Fiqah apabila gadis itu memanggil namanya. Senyum sebaris terukir di bibirnya tetapi dapat kulihat air mata jernihnya bertakung di birai mata dan hanya menunggu masa aje air mata itu jatuh tumpah di pipi mulus itu.

Tangan Tiya dicapai oleh Fiqah. Melihat riak wajah Tiya berubah. Pasti dia terkejut dengan apa yang Fiqah lakukan saat ini.

"Fiqah nak minta maaf. Fiqah tahu Fiqah kurang ajar dengan kak Tiya dan kak Bella. Tapi, Fiqah tak seperti apa yang kak Tiya cakap tu. Fiqah betul-betul dah berubah dan Fiqah nak minta maaf. Maafkan Fiqah, akak. Fiqah tahu pasti korang ingat Fiqah hanya berlakon, tapi semua tu tidak. Fiqah nak mula berbaik dengan korang. Fiqah nak jadi kawan korang. Maafkan Fiqah, kak Tiya dan kak Bella. Fiqah betul-betul minta maaf. Kalau korang tak sudi berkawan dengan Fiqah, tak apa. Fiqah tahu Fiqah dah banyak buat salah pada korang berdua. Maafkan Fiqah.”

Aku sedikit tersentak. Melihat wajah Tiya sudah berubah terkejut besar.

Sah! Gadis ini terdengar perbualan Tiya dengan aku tadi. Aku ketap bibir. Patutlah dia menangis begini, rupa-rupanya dia takut aku dan Tiya sangka dia berlakon untuk berbaik dengan kami.

Aku yakin dia sudah salah faham. Perlahan-lahan aku usap bahu Fiqah. Menenangkan gadis itu daripada teresak-esak menangis.

"Fiqah dengar perbualan kak Bella dengan kak Tiya ke?” Soalku mahu mengambil kepastian.

Gadis itu menyeka air matanya dan memandang ke arahku. Perlahan-lahan dia mengangguk yang dia dengar perbualan aku bersama Tiya tadi.

"Fiqah, kami berdua bukan nak maksudkan begitu. Sumpah, kami tak ada pun nak anggap Fiqah begitu. Akak yakin, Fiqah seorang perempuan yang sangat baik. Fiqah tak akan buat begitu. Maafkan akak juga ya.” Cepat-cepat aku jelaskan pada gadis itu yang sudah salah faham. Aku tidak mahu dia ingat yang kami tidak mahu berkawan dengannya kerana dia berlakon.

Tidak!

Sebaliknya aku mahu sangat berkawan dengannya. Berbaik dengannya seperti kawan rapat sendiri.

Sempat aku memandang Tiya. Tiya hanya senyum sebaris. Mungkin faham dengan isyarat mataku.

"Dah lah tu, jangan menangis lagi. Akak nak minta maaf ya sebab akak dah salah faham dekat Fiqah.” Ucap Tiya sambil tersenyum manis ke arah gadis itu. Fiqah juga turut membalas senyuman Tiya.

Keadaan yang tadi sedikit sedih dan ada yang salah faham kini sudah bertukar reda. Aman-damai. Kami diam untuk beberapa saat. Fiqah menyeka air matanya dan memandang ke arah aku dan Tiya.

"Err...Boleh tak kalau Fiqah nak jadi kawan baik korang berdua? Fiqah tak banyak kawan. Senang cerita, Fiqah memang tak ada kawan.” Ujar Fiqah dengan senyuman hampa. Aku ketawa kecil. Lucu dengan soalannya yang sudah terang-benderang yang aku memang sudah anggap dia seperti kawan baik aku sendiri.

"Mesti lah boleh!” Balas Tiya sambil melepaskan satu pukulan manja di lengan Fiqah. Aku tak yakin itu pukulan manja. Tiya memang begitu, kalau dia ketawa tak ingat dunia tu siap-siap lah lengan atau bahu akan makan penamparnya. Hahahaha.

Sudah lah lengan gadis itu kecil. Fiqah juga turut melepaskan tawa. Kalau dilayan perangai Tiya memang akan ketawa memanjang.

"Ops! Sorry, sorry...” Ucap Tiya apabila sedar yang dia sudah melepaskan satu pukulan di lengan Fiqah. Lengan Fiqah yang sudah kena penampar Tiya, diusap lembut oleh Tiya. Aku hanya ketawa kecil.

"Hahaha, it's okay. Dengar cerita, kak Tiya ni memang seorang pelawak. Boleh lah setiap hari buat Fiqah ketawa.”

Aku juga turut ketawa. Tetapi dari segi percakapannya dan kata-katanya, aku yakin dia sendirian. Tiada kawan di sisi dan mempunyai musuh yang ramai. Haih, kasihan dekat Fiqah. Aku harap sangat hubungan kawan rapat kami akan kekal sampai bila-bila. Tidak mahu lagi bermusuh-musuhan.

"Errr...Korang berborak lah dulu. Fiqah, akak masuk bilik dulu ya. Rasa kepala pening pula. Thank you buatkan air untuk akak.” Celahku saat mereka berdua sedang rancak berborak. Fiqah hanya mengangguk sambil tersenyum. Tidak lama kemudian, aku terus mengangkat punggung dan berlalu ke bilik.

Tubuh terus aku hempas di atas katil. Mata memandang siling putih bersih itu. Terasa hati begitu lega, lapang dan gembira.

Aku memusingkan tubuh mengiring ke kanan. Senyuman manis automatik terukir di bibir apabila melihat teddy bear besar dan gebu itu berada kemas di sebelahku. Terus aku mencapainya. Dipeluk erat teddy bear tersebut bagaikan sedang memeluk tubuh Mr.Chris.

Eh!

Ya Allah, apa aku cakap ni? Kau dah gila ke apa Bella? Cepat-cepat aku bangun. Duduk bersila di atas katil. Teddy bear besar itu aku bawa di hadapan. Diusap lembut bulunya yang begitu gebu dan lembut. Comel!

Entah mengapa, wajah kacak Chris terbayang di ruang mataku. Lelaki itu sudah banyak membantu aku. Tak sangka pertemuan aku bersamanya dan dia juga seorang pengetua di sekolah sukan di mana tempat berlatih untuk peserta pertandingan tersebut. Ya Allah, pertemuan ini betul-betul tidak dijangkakan. Tetapi kalau dilihat lelaki itu, dia seorang yang baik. Dia hormat aku sebagai wanita muslim. Tidak pernah menyentuhku. Dia sentuh aku pun kerana tidak sengaja. Banyak juga aku terhutang budi padanya. Haih siapa lah lelaki yang bernama Mr.Chris ni ya? Dia dah ada isteri ke? Tapi kalau melihat dia, aku tak rasa dia ada isteri. Dia masih muda. Mungkin umurnya anggaran dalam 20an. Kaya, kacak, sempurna dan semuanya ada pada dirinya. Adakah dia sudah menjadi milik orang?

Entah lah, dek hati memang dah tertarik dengan dia. Sejujurnya memang aku sudah terjatuh cinta padanya. Aku jujur aku mengalah kerana tidak dapat menepis rasa suka padanya. Tidak dapat tepis perasaan yang sudah jatuh cinta padanya.

Tapi kalau aku sudah mulai cinta dia dan aku mengaku dekat dia yang aku suka dia, bolehkah dia terima aku sebagai teman wanitanya di dalam hidupnya? Dapatkah dia terima perempuan muslim macam aku ini? Yang perlu menjaga batas?

Aku tak rasa dia terima aku. Kalau ikutkan dia, pastilah dia akan pilih wanita yang seagama dengannya. Cantik, tinggi, kulit yang putih gebu, model dan seksi tidak lah macam aku. Bertutup litup. Pasti dia muak melihat muka aku setiap hari kan?

Hmmm....

"Hoi!” Ternaik bahuku dengan sergahan itu. Terkebil-kebil aku memandang Tiya yang sudah melabuhkan duduk di sebelahku. Dada aku usap lembut. Terkejut!

"Isy, kau ni! Terkejut la aku. Bagi salam dulu boleh tak?” Marahku pada Tiya yang sudah tersengih-sengih.

"Tak ada lah. Aku tengok kau daripada tadi asyik termenung aje sambil senyum-senyum. Teringat dekat siapa tu? Mesti kau teringat dekat Mr.Chris tu kan?” Usik Tiya sambil menyiku lenganku. Aku terus membalas sikunya dengan kuat. Lengannya aku siku dengan sedikit kuat buatkan gadis itu pecah tawanya.

Haih, macam mana lah dia boleh teka benda yang betul apa yang aku fikirkan tadi. Bahaya betul si makcik Kiyah ni!

"Rasa macam tak percaya aje kan yang Fiqah tu dah berubah.”

Tiya mula membuka cerita tentang seorang gadis yang bernama Syafiqah Diana. Ya, Fiqah! Aku yakin, Tiya masih tidak percaya dan masih terkejut dengan perubahan gadis itu pada hari ini tetapi terselit juga rasa gembira dengan perubahan pada hari ini.

"Apa-apa pun, alhamdulillah dia dah berubah. Aku nak yang itu lah. Dapat berbaik seperti biasa.” Ujarku sambil mengusap lembut kepala teddy bear itu. Entah kenapa, melihat teddy bear ini wajah Chris terbayang di ruang mataku.

Sempurna!

"Hm, nampak sangat Mr.Chris tu suka dekat kau.” Aku sedikit tergamam. Dipandang wajah Tiya dengan sungguh tidak puas hati.

"Isy, apa kau ni! Dia nak suka kat aku? Memang tak la!” Cepat-cepat aku bersuara apabila melihat Tiya sudah sengih nakal. Mahu mengusik.

"Ye lah, kau merayu-rayu dekat dia dan dia tiba-tiba boleh jadi baik hati pula untuk tarik semula Fiqah ke dalam kelas tu sebab kerana rayuan daripada kau. Bukan ke dia tu seorang lelaki yang hati batu dan keras kepala. Wajah serius 24 jam tapi bila bersama dengan kau bukan main lagi senyuman manis dia tu terukir mekar di bibir. Aku yakin, dia suka kau. Tapi kau ni je jual mahal sangat.” Bahuku dicuit. Aku ketawa kecil. Merepek aje si makcik Kiyah ini!

"Isy, mana ada la! Tak akan lah dia nak suka dekat aku ni. Jauh bezanya aku dengan dia. Tak sesuai dan tak sepadan. Entah dia nak kat aku ke tidak kalau aku suka kat dia. Dah lah, aku nak tidur dulu. Merepek aje kerja kau ni Tiya. Dah pergi tidur. Esok nak masuk kelas awal pagi!” Bahu Tiya aku tolak lembut. Gadis itu hanya ketawa kecil. Teddy bear yang berada di hadapanku terus aku capai lalu aku terus merebahkan tubuh di atas katil. Selimut tebal aku tarik menutupi seluruh tubuh sehingga paras leher dan mengiring ke kiri sambil memeluk erat tubuh teddy bear besar itu.

Nyaman!

"Bella, kau tak terfikir ke...Mana lah tahu satu hari nanti calon bakal suami kau yang tepat tu ialah Mr.Chris macam mana? Kalau aku kat tempat kau, memang aku dah terima awal-awal tau. Kalau kau jenis yang suka jual mahal memang kau rugi, beb. Dia dah lah handsome, kaya, ada rupa tu memang dah tak payah cakap. Terlampau handsome. Mata cantik. Baik hati walaupun muka garang dan dingin. Aku doa moga korang ada jodoh, aamiin!”

Mata yang tadi terkatup, kini mata automatik terbuka luas-seluasnya sambil melepaskan satu cubitan pada lengan Tiya. Gadis itu hanya ketawa dan terus berlari meninggalkan bilik tidur ini.

"Eee! Siap kau Tiya kalau doa kau makbul, aku sekeh-sekeh kepala kau!” Jeritku sewaktu Tiya sudah berlari keluar daripada bilik ini menyelamatkan diri yang hampir sahaja terkena cubitan kedua yang padu daripada aku.

Tetapi entah kenapa, hati ini berbunga-bunga. Jantung makin hebat berdetak. Senyuman serta-merta mekar menguntum senyuman manis di bibir. Aku kembali merebahkan tubuh ke atas katil yang empuk ini. Selimut tebal terus aku menarik semula sehingga paras leher. Teddy bear kemas berada di dalam pelukanku. Mata memandang siling putih bersih tersebut dengan senyuman manis yang masih mekar terukir di bibir.

"Isy, kenapa wajah Chris tu masih terbayang dekat ruang mata aku ya? Aku dah tersuka dekat dia ke apa? Isy! Tak mungkin la!” Bebelku pada diri sendiri.

Mencuba menutup mata. Mencari lena yang sedang menunggu. Menepis semua perkara yang sedang berlaga-laga di fikiranku saat ini. Mencuba menepis wajah kacak Chris dan lelaki yang bernama CHRIS MARTINEZ. Tetapi namanya kuat berada di fikiranku.

"Ti voglio bene.”

Mata kembali terbuka seluas-luasnya apabila suara garau tetapi kedengaran sungguh lembut itu menyapa di peluput telingaku. Jantung makin hebat berdetak. Aku yakin itu bahasa Italy. Tetapi siapakah yang ungkapkan kata-kata itu? Apa maksudnya?

Tapi, suara itu kedengaran sangat mirip dengan suara Chris. Adakah.....

TING!

Hampir sahaja aku melompat di atas katil itu terkejut gara-gara telefon bimbitku berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Terkebil-kebil aku memandang telefon bimbitku yang berada di sisiku itu.

Haih, siapa lah yang mesej pada waktu malam-malam begini?

Keluhan tipis terlepas dari bibir. Malas-malas aku capai telefon bimbitku. Buka sahaja telefon, hampir sahaja mata aku buta dengan cahaya telefon memancar di hadapan mata. Cahaya ilahi ke apa? Sakit sungguh mata aku!

Cepat-cepat aku menurunkan sedikit brightness telefon. Kini jari-jemari menari di atas skrin telefon menekan apps WhatsApp mahu membaca mesej orang yang telah menghantar mesej padaku sebentar tadi. Kerana tidak pernah lagi ada orang mesej aku tengah malam sebegini. Pelik!

Berkerut-kerut dahi melihat satu mesej yang tidak aku kenali. Peti mesej tersebut aku tekan. Makin kerut dahiku melihat ada bahasa Italy yang diberikan padaku. Tetapi melihat orang yang menghantar mesej padaku itu masih online. Aku hanya think positive sahaja. Mungkin orang itu salah nombor untuk menghantar mesej. Tapi, tak akan lah nak tengok aje. Pasti lah orang di sana akan dapat tahu yang aku blue tick mesejnya.

Ah, terasa diri ini bodoh pula kerana telah membuka mesejnya.

Tidak menunggu lama, jari yang gatal menaip sesuatu mesej yang hendak diberikan pada mesej orang itu.


Who are you?

Aku mula menghantar mesej tersebut. Tak sampai beberapa minit, orang itu menaip. Dapat kulihat yang dia sedang menaip sesuatu mesej yang hendak diberikan padaku. Melihat dari nombor nya, aku yakin dia orang Italy tetapi tidak tahu dia dari mana. Mungkin dia Italy tetapi di tempat lain. Haih, mana lah dia dapat nombor aku ini? Bukan ke nombor seseorang itu privasi?

Ke aku ada bagi dekat seseorang nombor aku selama ini? Tapi tak akan lah sampai ke Italy. Aku bukannya ada kawan-kawan dari Italy pun.


Hahaha. Ciao, Bella! It's me, Chris. - Unknown.

Hampir sahaja telefon ini terlepas dan tercium ke atas muka aku. Terkejut. Wajah aku sedikit berbahang. Jantung makin hebat berdetak dengan sungguh laju. Tadi baru sahaja teringat dekat dia, tiba-tiba dia mesej pula. Ah, wahai jantungku. Aman lah engkau untuk seketika. Jangan sampai aku sakit jantung pulak malam ni.

Tidak menunggu lama, laju aku menaip mahu tahu bagaimana dia dapat nombor telefonku.

Oh, err...Saya ingatkan siapa lah tadi. By the way, mana awak dapat nombor telefon saya ni?

Laju aku menghantar mesej tersebut padanya. Tidak jadi terus hendak aku tidur. Kini mata tertumpu pada mesej yang akan sampai sebentar lagi. Melihat dia sedang menaip makin hebat jantungku berkencang.


Of course lah saya tahu. Saya pengetua dalam sekolah tu. Semua nombor anak murid saya, semuanya saya tahu. Termasuklah nombor awak. - Chris.

Aku sedikit tergamam. Patutlah dia tahu nombor telefon bimbitku kerana dia memang sudah ada nombor telefon bimbitku. Senang cerita, semua nombor murid pelatih semuanya dia ada.

Oh. Ada apa awak mesej saya malam-malam ni?

Aku terus bertanya padanya. Mesej aku hantar. Mahu tahu kenapa dia mesej aku? Ada apa-apa hal yang penting ke?


I can't sleep. Remembering someone close. Why? I want a message with my own student, can't I? - Chris.

Berkerut-kerut dahiku seketika. Teringat dekat seseorang? Siapa ya? Adakah dia sudah mempunyai kekasih? Tapi kalau dia sudah mempunyai kekasih pastilah dia akan mesej dengan kekasihnya atau keluar berjalan-jalan bersama-sama kekasihnya. Dan kenapa perlu dia mesej aku?

Adakah dia teringat dekat......


Kenapa senyap? Saya ada ganggu awak tidur ke? Tapi saya yakin awak tak boleh tidur sebab teringat dekat seseorang juga kan? - Chris.

Mesej daripada Chris masuk lagi. Terkebil-kebil aku membaca.

Haih, macam mana lah dia boleh tahu yang aku memang tengah teringat dekat seseorang sampaikan susah hendak aku melelapkan mata. Berbahang seketika wajahku saat ini apabila tekaan Chris itu benar dan tepat. Dan orang yang aku sedang teringatkan tadi ialah dia. Ya, dia. MR.CHRIS MARTINEZ. Nama lelaki itu masih kuat berada di ruang kotak fikiranku pada saat ini.


Mana ada la. Okay lah, saya nak tidur dulu. Esok kena masuk kelas awal. Bye and goodnight.

Laju aku menaip lalu aku menghantar mesej tersebut dan telefon bimbit terus aku matikan dan aku mencampak telefon bimbitku ke sisi kepalaku. Bercakap dalam mesej pun dah buat aku 'blushing'. Ini kan pula berdepan dengan dia dan dia suka beri aku ayat manis dia tu. Ah, memang blushing teruk!

TING!

Tak dapat aku lelapkan mata kerana tangan gatal sangat hendak mencapai semula telefon bimbit dan hati ingin sangat tahu mesej daripada lelaki itu.


Awalnya dah nak tidur. Teman lah saya sekejap. Saya masih tak boleh nak tidur dan masih teringat dekat orang tu. Haish, jahat betul orang tu. Cantik sangat dia tu sampaikan berjaya buat saya teringat wajah cantik dia dan tak dapat tidur malam ni. - Chris.

Aku sedikit tergamam. Jantung makin hebat berdetak. Perasaan saat ini keliru. Aku betul-betul bingung saat ini. Perempuan manakah yang dia maksudkan itu? Adakah dia benar-benar sudah mempunyai kekasih? Dan kenapa mesti dia mesej aku kalau dia teringat dekat seseorang itu. Haih, entah kenapa hati aku pula yang terasa sakit. Terluka dan terselit perasaan cemburu kalau benar lelaki itu sudah mempunyai kekasih. Bibir aku ketap. Malas-malas aku menekan keyboard di skrin telefon dan mula menghantar mesej tersebut padanya. Dia sengaja nak bagi aku cemburu ke apa?!


Oh, untungnya dia dapat lelaki baik seperti awak. Mesti sekarang pun dia tengah fikirkan awak, kan? Pergi lah mesej dia. Saya nak tidur dulu.

Perasaan cemburu mula membuak-buak di hati saat ini. Aku tidak mahu lagi layan lelaki itu, boleh jadi aku cemburu pula. Entah lah, aku cemburu sangat-sangat melihat dia bersama dengan perempuan lain. Tidak menunggu lama, aku terus mematikan telefon. Tetapi belum sempat aku matikan telefon bimbitku, satu mesej masuk lagi membuatkan aku tidak jadi hendak matikan telefon bimbitku.

Peti mesej masuk aku buka. Melihat tertera mesej daripada Chris masuk lagi. Aku membuka mesejnya. Tetapi keluhan kecil terlepas dari bibir. Mencuba menepis rasa cemburu itu.


Why do you say that? I am a naughty and not as good person as you say. - Chris.

Berkerut-kerut dahiku membaca mesej daripada dia. Naughty? Kenapa dia suka cakap yang diri dia jahat dan nakal? Banyak kali sudah aku dengar dia cakap begitu. Jahat? Melihat wajahnya memang dingin dan garang. Tapi aku yakin hatinya baik. Tidak jahat seperti apa yang dia kata.

Baru sahaja aku mahu menaip membalas mesej untuknya, satu mesej daripadanya masuk lagi ke dalam peti mesej.


I'm really afraid that woman regrets getting a man like me and regrets getting to know me because I'm a naughty man. But, I will try my best to change myself for him. I will be the man he wants me to be. I know all women want good men, not like me. - Chris.

Senyuman segaris terukir di bibirku. Ini sudah kali kedua dia bercakap yang dirinya jahat. Jahat? Dia ada buat kerja jahat ke sampaikan dia cakap dirinya yang sungguh jahat?


That woman won't feel sorry if she gets a man as good as you. You are a good person, good people will get a good partner. Bad people will get bad partners. Saya pun cakap awak seorang yang baik hati entah apa lagi perempuan tu. Awak baik Chris, baik sangat-sangat. Tapi, kenapa awak suka cakap yang diri awak tu jahat sedangkan awak baik?

Aku cuba meyakinkan dirinya yang dia seorang lelaki yang baik. Dan dia bukan seorang lelaki yang dia sangka jahat. Tipu lah kalau aku tidak tertarik dengannya. Sejujurnya memang aku sudah terjatuh cinta padanya. Ini merupakan cinta pertamaku. Orang pertama yang berjaya buat aku cintai dia ialah lelaki yang bernama Chris Martinez.

Tapi, aku yakin dia tidak mahukan wanita seperti aku untuk dibuat pasangan sehidup semati. Entah-entah aku sahaja yang perasan dekat dia dan dia hanya menganggap aku kawan dia sahaja. Dia pernah berkata yang dia mahu berkawan dengan aku. Jadi, tidak ada kena-mengena pun untuk aku letak perasaan cinta dekat dia. Kalau kami pasangan pun, kami tidak akan dapat berkahwin. Sampai bila-bila pun kami tidak akan dapat berkahwin kalau Chris tidak menukar agamanya ke agama Islam. Kalau dia mahu masuk islam, dia perlu memeluk Islam kerana Allah. Bukan kerana aku. Bukan kerana seorang wanita yang dicintai dan bukan kerana cinta yang tidak mahu dilepaskan.

Berkerut dahiku apabila lelaki itu tidak membalas mesejku. Tadi dia online kini dia sudah offline selepas membaca mesejku. Aku mahu dia menjawab soalanku malah dia hanya blue tick? Sakit hati tetapi aku sabarkan aje lah. Mungkin dia sudah tidur.

Senyuman terukir di bibir. Memujuk hati sendiri. Aku yakin dia sudah mempunyai kekasih. Dia kacak, kaya, baik hati, peramah lagi dan sempurna. Siapa aje yang tidak mahukan dia? Pastilah orang akan tergila-gilakan dia. Aku juga sudah mulai jatuh cinta dengannya entah apa lagi perempuan di luar sana yang memandangnya.

Telefon bimbit terus aku matikan. Di letakkan di sisi kepala. Baru sahaja hendak aku lelapkan mata, pintu bilik dikuak oleh seseorang.

Tiya!

Tak tidur lagi si makcik Kiyah ni? Mungkin dia sedang menonton drama Korea dia bersama Fiqah. Diorang berdua tu memang suka tengok drama Korea tidak lah seperti aku. Aku tidak minat drama Korea ni semua, kalau drama mat salih aku layan. Entah apa lagi hero dia seorang yang mata biru. Ah, mencair kita yang menonton. Hihihi.

"Tak tidur lagi?” Soal Tiya sambil merebahkan tubuhnya di atas katil di sebelahku. Malas-malas aku menurunkan sedikit selimut tebal itu sehingga paras dada. Menoleh memandang Tiya yang sedang sibuk memakai masker di mukanya.

"Tak boleh nak tidur la.” Rengekku sambil mengeratkan lagi pelukan di teddy bear besar itu. Fikiran terbang di kata-kata Chris sewaktu kami sedang bermesej tadi. Adakah perempuan itu ialah kekasihnya? Ah, untungnya perempuan itu dapat dimiliki oleh lelaki itu yang bernama Chris. Dan kenapa aku perlu cemburu? Ah, Bella. Bukan ke kau dah janji yang kau tak mahu dan tak akan terjatuh cinta dengan dia. Kenapa aku gagal untuk menepis perasaan suka terhadapnya?

"Tak boleh tidur kenapa? Teringat dekat Mr.Chris ek?” Usik Tiya sambil mengecilkan matanya memandangku. Panas pula hati aku dengan usikkannya itu. Lantas dia yang sedang membelek-belek masker di wajahnya aku tarik terus masker tersebut cabut dari wajahnya. Meraung dia menjerit memarahiku. Terus aku menarik selimut tebal lalu terus aku mengiringkan tubuh membelakangi Tiya. Mata tertutup rapat. Menahan tawa yang hampir terlepas. Padan muka! Sape suruh kacau aku lagi? Kan dah mendapat.

"Eee! Bella! Kau tahu tak masker ni mahal? Kau memang sengaja kan!”

Assalamualaikum and hai gais! First of all, nana nak mintak maaf sangat² Sebb lama dh x update...di sebabkan cuaca yang tak menentu buatkan hampir seminggu lebih nana demam panas... but now, alhamdulillah demam dah tak seberapa panas so dah boleh update chapter untuk korang...Sorry again gais! Hope korang suka dengan chapter ni. And maafkan author kalau ada kesalahan ejaan dan lain²...abaikan aje typo di mana² sahaja hihihi...Jangan lupa Komen and follow sekali, thanks <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience