Terngiang-ngiang kembali kata-katanya pada tempoh hari yang lepas. Sungguh buat hatiku berbunga-bunga dan adakala buat hatiku rasa serba salah dan terselit rasa sebak.
"Months we parted like many years we parted. At the same time, I always remember you. I always remember you every second, every moment and every day. I also always pray that you are in a good condition because I do not want when I meet you one day, you are in an unhealthy state or anything. But, I'm grateful. Everything is fine. And, I want to tell you, to be honest I really miss you. Really! I miss you so much, Bella. I miss our relationship like before. I miss everything.”
Masih kuat ingatanku dengan kata-katanya itu. Sungguh buat aku rindu dia saat ini. Rindu wajahnya, suaranya dan senyuman manisnya. Rindu segalanya. Adakah kali ini kami masih ada lagi peluang kedua untuk bersama? Atau akan datangnya lagi dugaan yang bertalu-talu melanda?
"Hah! Senyum-senyum kambing tu teringat dekat siapa? Mesti Chris, kan?” Semuanya sudahku ceritakan pada Tiya dan gadis itu juga sudah tahu dari mula hingga akhir tentang hubungan aku dan Chris.
Kerana hanya dia seorang sahaja tempat luahanku. Sentiasa berada bersamaku saat susah dan senang. Dan dia juga suka memberi semangat dan selalu sokong dengan keputusanku sendiri.
"Isy, kau ni...Terkejut aku!” Jelingan dilepaskan pada Tiya yang baru selesai memesan makanan dan minuman.
Dan dia kembali ke meja semula dengan membawa dua cup minuman dan satu kek red velvet. Cup coffee latte kegemaranku diletakkan dihadapanku oleh Tiya manakala Tiya pula mengambil tempat dihadapanku.
"Macam mana?” Soal Tiya sambil menikmati kek red velvet kegemarannya itu.
Aku langsung tidak minat dengan kek. Lagi-lagi kek yang berkrem banyak dan sungguh manis. Huh, mahu potong kaki terus! Makcik Kiyah ni apa dia nak kesah? Dia tahu makan aje.
Berkerut dahiku dengan soalan Tiya yang secara tiba-tiba itu.
"Macam mana apa?” Soalku kembali tidak mengerti.
Mata mula menjelajah sekeliling cafe Starbuck ini. Di kaunter ramai orang sedang membuat pesanan, maklumlah sudah pukul 1 petang dan waktu untuk semua manusia mengisi perut masing-masing.
Manakala kami hanya menikmati kek. Eh, bukan aku malah makcik Kiyah di depan aku ni. Kek dengan dia memang tak boleh dipisahkan.
Aku pula hanya teguk coffee latte ini sahaja pun sudah boleh kenyang. Jadi, jangan risau tentang saya hihi.
"Macam mana dengan ayah kau? Dia dah tahu ke tentang kau dan Chris?” Soal Tiya kembali. Kini baru lah aku mengerti.
Iya, itu lah satu masalahnya sekarang ni. Dapatkah ayah terima Chris? Jumpa lelaki itu pun ayah belum pernah lagi. Ah, bagaimana hendak aku bawa Chris berjumpa dengan ayah? Bagaimana pulak kalau ayah tidak terima lelaki itu?
"Hoi! Aku cakap dengan kau ni, bukannya cakap dengan dinding!” Marah Tiya buatkan kali kedua jantungku hampir terkeluar.
Aku hanya senyum tidak bersalah. Hihi.
"Mengelamun aje kerja dia!” Marah Tiya lagi. Aku hanya ketawa. Penat gamaknya dapat kawan sebegini.
"Entah lah, Tiya. Tentang Zyan pun tak tahu lagi macam mana inikan pula nak cakap tentang Chris pada ayah. Aku harap tak terkantoi la dengan ayah.” Balasku sambil menghirup coffee tersebut.
"Oh, tapi kan tentang Zyan tu ayah kau masih marahkan lagi dekat dia ke?” Soalan itu mampu buat aku terdiam sejenak.
Sudah lama aku tidak jumpa Zyan malah contact dia pun tidak. Aku juga langsung tidak tahu ke mana lelaki itu pergi dan berdiam diri sejak aku pulang ke Malaysia.
Selepas itu, kelibat Zyan langsung sudah tidak kelihatan lagi. Ayah pulak apa dia nak kesah? Semua tentang majlis perkahwinan kami sudah siap dirancang oleh ayah kerana ayah tetap mahukan aku berkahwin dengan Zyan.
Kekadang ayah ada juga marah Zyan kerana berdiam diri sehingga tidak muncul-muncul. Aku pun mahu juga hendak berjumpa dengan lelaki itu.
Aku keluar dengan Tiya pun minta izin daripada ayah. Nasib ayah izinkan, kerana ayah percaya Tiya dan Tiya satu-satunya kawan baik aku.
"Entah lah. Aku pun tak tahu. Sejak kita dah balik Malaysia ni, kelibat dia pun aku dah tak nampak. Dia mesej aku pun tak ada.” Tapi, kalau dia menghilang kenapa aku rindu pada dia? Hati ini ingin sangat berjumpa dengannya.
"Kau tak takut ke kalau rancangan kau selama ni kantoi dengan ayah kau?” Soal Tiya buatkan aku tersentak. Minah ni memang suka buat orang tak senang duduk ke apa?
"Please, tak payah cakap pasal tu lagi. Sekarang ni kau ajak aku keluar ni nak cakap pasal apa? Aku datang sini bukan nak cakap pasal tu. Buat serabutkan kepala otak aku lagi ada lah.” Ujarku sambil menjeling sekilas ke arah Tiya yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.
Membulat mataku melihat kek di dalam piring tersebut sudah habis di makan oleh Tiya. Cepatnya dia makan. Tiya ni kalau bab-bab membawang sambil makan makanan kegemaran dia memang cepat habis makanan tu. Tak sayang kaki gamaknya minah ni.
"Okay, tunggu sekejap. Sikit aje lagi. Tunggu kejap ya. Dalam 5 minit. Sekejap aje.” Berkerut dahiku. Bingung dengan kata-kata Tiya itu. Apa yang perlu ditunggu-tunggukan lagi? Membuang masa aku aje!
"Tunggu siapa dan tunggu apa ni? Aku tak faham lah. Cepat lah, kau nak cakap apa ni? Apa yang nak ditunggu-tunggukan lagi?” Soalku masih bingung dan tertanya-tanya. Nak tunggu siapa pulak ni si makcik Kiyah ni?
Tiya tersenyum senget. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Dapat aku rasakan itu.
"Tunggu dan lihat. Aku nak pergi tandas sekejap.” Ujar Tiya sambil tersenyum nakal.
Dapat kurasakan sesuatu yang akan terjadi selepas ini dengan cadangan nakal Tiya. Apa yang dia dah buat?
Makin berkerut seribu dahiku saat ini. Susuk tubuh Tiya menghilang sebaik sahaja dia berkata yang dia mahu ke tandas. Dan tinggal lah aku sendirian di sini. Nafas berat terlepas dari bibir. Macam-macam lah si makcik Kiyah ni.
Coffee latte diteguk lagi. Entah mengapa, hatiku saat ini berdebar-debar. Kiri dan kanan aku toleh, siapa agaknya yang akan muncul kerana naluriku kuat mengatakan yang akan ada seseorang muncul. Isy, gila betul lah Tiya ni. Dia ni memang sengaja ke apa, hah? Patut lah suruh aku tunggu, sebab nak kenakan aku ke apa?
Tapi.....
Adakah ini mimpi?
Makin hebat berdebar jantungku saat ini bagaikan hendak terkeluar apabila mata terpandang pada satu susuk tubuh yang sungguh aku kenal muncul secara tiba-tiba berada betul-betul disebelahku.
Kelihatannya dia tidak perasan aku di sini malah wajahnya berkerut-kerut dan sedikit hairan sambil membelek-belek telefon bimbitnya bagaikan sedang menghubungi seseorang sambil mata melilau mencari seseorang.
Telan liur aku lagi. Mencuba menenangkan jantung yang dah bagaikan nak terkeluar. Sumpah aku terkejut dengan kemunculannya secara tiba-tiba. Bagaimana dia boleh muncul di sini? Adakah dia tahu yang aku berada di sini?
"Eh, Chris...”
Entah kenapa, mulut ini gatal sangat hendak menyebut namanya. Sungguh tidak sangka dengan kedatangannya secara tiba-tiba.
Chris menoleh lalu riak wajahnya betul-betul berubah terkejut. Lebar senyumannya mendapatkan aku. Dengan selamba dia melabuhkan duduk dihadapanku.
"Bella, tak sangka awak ada dekat sini.” Ujarnya terkejut.
Aku tersenyum kecil. Malah aku juga turut terkejut apabila melihat dia muncul di sini tapi kelihatan bagaikan dia sedang mencari seseorang.
"Awak cari siapa?” Soalku. Melihat lelaki itu sibuk menghubungi seseorang tetapi kelihatan panggilan itu tidak terjawab.
"Tiya.”
Nama itu disebut sambil mata melilau ke kiri dan ke kanan. Sedikit terkejut. Rupa-rupanya Chris mencari Tiya. Dan, yang dari tadi perkataan "Tunggu dan lihat” yang keluar dari mulut Tiya adakah orangnya di depan mata aku ini? Adakah Tiya memang sengaja nak kenakan aku? Dia ni memang nak kena!
Tapi aku juga perlu berterima kasih pada Tiya. Memang aku sangat merindui wajah ini walaupun semalam baru sahaja berjumpa. Hihi!
"Oh, Tiya pergi tandas. Tapi, ada apa awak nak jumpa dengan dia?” Soalku masih bingung. Tiya ada urusan penting dengan Chris ke? Tak ada pulak si makcik Kiyah itu cerita pada aku. Kurang asam betul!
Lepastu berlama-lamaan di dalam tandas. Berak taik keras agaknya!
Chris tersenyum senget. Aku pula semakin bingung melihatnya.
"Hi, gais! Sorry lambat, hihi.”
Suara itu muncul dengan senyuman tidak bersalah. Rasa nak cekik-cekik aje Tiya yang baru muncul bersama seorang lelaki di sebelahnya.
Siapakah dia? Ah, ramai pulak hari ini yang berurusan dengan Tiya. Lebih baik aku balik aje kerana aku tidak mempunyai apa-apa urusan dengan Tiya malah Tiya yang mengajak aku ke sini hanya kerana dia hendak aku pilih design yang cantik untuk wedding planner nya nanti.
"Tadi saya tunggu tunang saya dekat depan cafe ni. Tak sangka pula korang berdua terserempak. Macam dalam drama Korea pulak, kan sayang?” Sengih tidak bersalah Tiya itu hendak aje aku koyak-koyak mulut dia.
Chris tersenyum mendengarnya malah aku pulak cuba untuk mengawal hidung comelku ini agar tidak kembang.
"Tapi, memang sengaja pun nak bagi korang terserempak, hihihi.” Sambung Tiya lagi mampu buat aku rasa nak jahit mulut dia. Kan dah kata, dia memang sengaja nak kenakan aku. Tapi sebaliknya aku rasa bertuah pulak. Hihihi.
"Eh, jap. Sayang, dorang berdua ni suami isteri ke? Lah, awak tak cakap pun dekat saya. Nasib baik saya tak mengorat kawan baik awak ni tau.” Ujar tunang Tiya yang sudah salah faham tentang hubungan aku dan Chris. Berubah riak wajah Tiya dengan masam mencuka. Tajam dia jeling tunang dia di sebelah yang sudah ketawa mengusik.
Chris juga turut ketawa kecil.
"She's is my future wife.” Kata Chris dengan selambanya sambil tersenyum senget.
Wajah mula terasa berbahang. Bibir bawah digigit kuat, jantung makin hebat berdetak. Ah, kekoknya! Selamba badak betul dia cakap begitu sahaja.
"Eh, tak lah. Kami hanya kaw.....” Belum habis lagi perkataan 'kawan' itu hendak aku cakap, Chris sudah potong.
"Friend?”
Soal Chris sambil menjongketkan sebelah keningnya. Aku gigit bibir bawah. Ah, rasa serba salah pulak nak cakap kawan. Kalau kawan, habis selama ini apa? Menangis-nangis saat hendak berpisah tu apa pulak? Hanya drama ke apa?
"She is mine and she is my future wife.” Ujar Chris tersenyum manis. Aku sedikit tersentak mendengar ayat selamba badaknya itu. Bibir diketap rapat. Jantung mula berubah rentak dengan wajah muka berbahang.
"Oh, nasib baik...”
Tunang Tiya ni memang peramah ke? Rasa nak jahit-jahit juga lah mulut dia tu. Ini pertama kali kami berdua berjumpa. Selama ini tidak pernah lagi aku jumpa dengan tunang Tiya.
Kacak juga orangnya dan sesuai dengan Tiya. Tapi, Chris lebih kacak daripada tunang Tiya itu. Mulut susah hendak tutup, suka sangat menyakat sama macam bakal isteri dia tu.
Dia tak tahu ke muka isteri dia tu dah masam mencuka dengan renungan tajam macam nak makan orang!
Aku menahan tawa. Tiya sudah bercekak pinggang.
"Untung lah awak dapat suami kacak, mat salih dan bermata biru lagi. Ni kalau dapat anak mesti anak dorang berdua comel, kan sayang?” Ujar lelaki itu lagi.
Kini wajahku betul-betul sudah berbahang teruk. Dapat kulihat renungan Chris dengan senyuman sengetnya itu. Sungguh menggoda. Terus ku alihkan pandangan daripadanya. Sungguh kalau dilawan mata itu, berjaya dia pukau aku.
"Amboi awak ni, tak reti ada tunang kan?! Tadi awak kata apa? Nak mengorat kawan baik saya? Kalau dah tak nak hidup, hah cuba lah mengorat dia ya!” Ujar Tiya dengan sungguh sinis.
Pecah terus tawaku dengan gelagat dua orang yang akan naik atas pelamin tidak lama lagi ini. Memang tak sabar nak tengok mereka berkahwin. Nak ditunggu giliran aku? Entah la...
"Alololo, jangan merajuk. Tak ada lah, kawan baik awak tu cantik. Untung kan Mr.Chris ni dapat kawan baik awak tu.” Lagi tajam renungan Tiya. Pecah terus tawaku bersama Chris. Memang lucu mereka berdua ni.
"Eh, sorry. Bakal isteri saya ni lagi cantik seperti bidadari syurga.” Ucap lelaki itu sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arah Tiya.
Tiya terus cair. Seperti biasa, Tiya memang cepat cair. Hahaha, kelihatan kedua-dua pipi Tiya sudah kemerah-merahan. Blushing lah tu makcik Kiyah ni.
"Ehem-ehem...Tolong jangan bersemut dekat sini. By the way, kau nak bincang apa dengan aku ni Tiya? Aku tak banyak masa ni, nanti ayah tercari-cari aku pulak.” Ujarku memberi isyarat yang aku hendak mengangkat punggung.
"Eh, tunggu!”
Halang Tiya lalu dia melabuhkan duduk di sebelahku manakala tunangnya yang sudah menyakat sama seperti bakal isterinya itu melabuhkan duduk di sebelah Chris. Mereka berjabat tangan.
Aku hanya melihat gerak-geri Tiya yang sibuk mengeluarkan tablet dari dalam beg tangannya itu lalu dibentang di atas meja.
Jelas terpampang di skrin tabletnya itu ada beberapa gambar pelamin. Banyak yang cantik dan aku pasti Tiya keliru hendak memilihnya sebab itu dia panggil aku. Tapi, kenapa dilibatkan dengan Chris?
"Oh, ya lupa. By the way, ni tunang saya. Nama dia Adam. Sorry lah kalau mulut dia ni susah nak tutup.”
Sempat Tiya melepaskan jelingan maut pada tunangnya. Tunangnya yang bernama Adam itu hanya sengih-sengih kambing.
"Wait, kenapa nak libatkan Chris? Urusan penting sangat ke antara korang berdua ni?” Soalku masih bingung.
Tiya dan Adam ketawa kecil manakala Chris tersenyum senget sambil memeluk tubuh. Makin bingung aku saat ini.
"Jangan lah jealous, Bella. Aku nak pinjam Chris sekejap aje.” Berkerut dahiku dengan kata-kata nakal Tiya itu. Betul-betul berubah wajahku saat ini.
"Jealous? What? Jap, aku tak faham. Apa benda ni?” Soalku lagi yang masih tertanya-tanya.
"Sorry, Bella. Perkara penting yang aku nak cakap pada kau ni memang sangat penting untuk kau. Aku harap kau maafkan aku dan tak marah aku bila aku cakap ni. Sebenarnya....”
Haih, geram betul dengan orang yang bercakap tergantung ayat ni. Rasa tangan gatal ni nak cekik orang!
"Sebenarnya apa?”
"Sebenarnya majlis aku dengan Adam di batalkan dan aku nak bagitahu yang aku akan berkahwin dengan Chris. Kitaorang dah lama bercinta sebelum kau jumpa Chris. Maafkan aku, Bella. Dan Adam hanya sekadar kawan baik aku, aku minta maaf lagi sekali Bella.”
DANG!
Hatiku retak seribu. Terluka yang begitu dalam dan sungguh sakit. Pandangan penuh tidak percaya terselit terkejut besar dilemparkan pada Chris yang berwajah tenang.
"I'm sorry, Bella...”
Ucap Chris dengan wajah bersahaja. Dada memberombak saat ini, turun naik nafasku. Hati begitu panas. Dikhianati oleh kawan baik sendiri selama ini? Adakah perkara ini betul? Atau aku sedang dipermainkan?
"What? Apa maksud korang ni? Jangan main-main boleh tak?! Tiya, aku datang sini untuk tolong kau, kenapa kau cakap macam ni?!” Soalku mendatar. Tajam renunganku dilemparkan pada Tiya yang sudah tertunduk.
"Kau buat lawak, kan? Hahaha, lawak kau aku boleh bagi 1 bintang aje. Kalau masuk Maharaja Lawak ni, confirm kena halau!” Ujarku sinis dengan nada sedikit tinggi.
Entah kenapa, hati saat ini begitu marah dan panas terselit rasa nak hentak kepala orang kalau perkara yang Tiya cakap itu betul.
"Sorry, Bella. Kami tak main-main. I'm serious. Saya akan berkahwin dengan Tiya.” Makin terlopong aku saat ini.
Jantung makin hebat berdetak. Kelopak mata mula basah, dada bagaikan ditumbuk-tumbuk berkali-kali. Terlalu sakit dikhianati oleh orang yang aku sayang dan orang yang aku rapat.
"What?! Apa yang korang cakap ni? Chris, awak tipu saya selama ni? Patut lah awak risau dan takut saya tak boleh terima awak, sebab ini ke? Sebab apa? Sebab nak mainkan perasaan saya? Awak memang jahat Chris! Awak jahat! Kau pun sama Tiya, aku benci dapat kawan macam kau! Aku benci!” Beg tangan yang berada di sisi aku capai lalu terus mengangkat punggung dengan hati begitu sakit. Air mata mengalir laju, hati terluka yang terlalu sakit. Sakit sangat. Hanya Tuhan aje tahu.
Tidak sampai beberapa langkah, terasa lenganku dicengkam lembut dengan serentak itu kedengaran tawa terbahak-bahak Tiya dan Adam. Terus aku toleh, lenganku yang berada di dalam genggaman Chris direntap kasar. Aku benci dia!
"Wait, honey. Just kidding, sweetie. Jangan serius sangat.” Ujar Chris sambil ketawa kecil.
Sungguh buat hatiku bertambah sakit. Mereka suka main-main. Tak pernah serius. Aku tidak suka orang bergurau sampai begini sekali! Cemburu?
Iya, sejujurnya aku terkejut dan cemburu terselit rasa dikhianati oleh kawan baik sendiri dan orang yang aku sayang, orang yang aku cinta.
Sungguh aku tidak akan lagi wujudkan kawan seperti itu kalau benar yang dia selama ini tikam belakang aku atau dia selama ini hanya bertopengkan kebaikannya di depanku.
"What? Just kidding you say? Benda-benda macam ni boleh tak, tak payah buat main. Saya tak suka la! Dah lah, saya nak balik. Jangan halang saya!” Marahku sambil menjeling tajam ke arah Chris yang tak lepas-lepas ketawa kecil.
"Alah, rilek lah Bella. Kitaorang gurau aje la. Kalau aku kahwin dengan Chris, balak sebelah aku ni macam mana pulak.” Lepas lagi tawa Tiya.
"Tiya, kalau nak bergurau ada limit dan bertempat. Aku tak suka lah kau buat macam ni dekat aku!” Marahku lagi sambil memeluk tubuh. Amboi, si tunang dia pulak sakan ketawakan aku yang jelas sedang cemburu.
"Hm, nampak sangat awak cemburu, kan Bella? Bro, you are very lucky to have a beautiful and loyal girl like Bella.” Ujar Adam pula sambil menepuk beberapa kali bahu Chris.
Chris tersenyum kecil sambil tak lepas-lepas merenungku. Saat ini, boleh pula keadaan bertukar kekok dengan renungannya begitu mendalam menusuk anak mataku.
"Yes, she very beautiful, kind hearted, faithful and she's is my future wife. I love her so much!”
Kata-kata itu keluar dari mulut Chris sendiri sambil tak lepas-lepas merenungku dan aku yang bagai terkena pukau hanya merenung anak mata birunya itu.
Sungguh jantung tidak memberi kerjasama dan ia memang nak aku sakit jantung. Berkencang hebat dengan renungan itu bagaikan memberi tanda yang dia sangat-sangat memerlukan aku untuk di sisinya.
"Halah, halah....bersemut pula dorang berdua ni dekat sini. Tunggu lah kitaorang dah kahwin nanti. Terlebih sweet!” Tiya jeling ke arahku sambil buat muka berlagak. Aku menahan tawa. Memang sengaja betul lah minah ni! Sengaja nak sakitkan hati aku!
"Errr...nak bincang apa ni? Aku tak boleh lama-lama sangat, Tiya. Nanti ayah cari aku.” Alasan yang sama aku berikan pada Tiya yang sudah tersenyum mengusik.
"Okay, jom. Meh sini, duduk balik.”
Tanganku ditarik oleh Tiya sepantas itu punggung dihenyak kembali di kerusi. Chris juga kembali melabuhkan duduk dihadapanku.
"Okay, ceritanya macam ni. Tadi tu hanya gurau aje. Kau jangan lah ambil hati. Dah lah aku ada kawan kau sorang aje.” Aku tersenyum senget. Tahu takut. Kalau aku merajuk memang susah nak dipujuk.
"Future husband kau yang baik hati lagi kacak bergaya ni, dia nak tolong kami berdua. Katanya dia nak sponsor majlis perkahwinan kami. Dia nak buat majlis perkahwinan kami di hotel lima bintang. Siapa tak nak? Mestilah nak!” Ayat terakhir Tiya itu sempat dibisik padaku.
Aku sedikit terkejut dengan kata-kata Tiya itu. Patutlah dilibatkan sekali dengan Chris dan patutlah Chris sibuk hendak mencari Tiya. Rupa-rupanya hendak berbincang tentang ini.
Sumpah aku terkejut sangat-sangat yang Chris hendak membantu semua majlis perkahwinan Tiya bersama Adam nanti. Ya Allah, baiknya dia. Sungguh dia baik hati.
"Untung betul Bella dapat Chris ni. Walaupun dia kaya, dia langsung tak sombong. Nanti kalau korang nak kahwin, nanti kitaorang pulak yang sponsor untuk korang.” Ujar Adam yang terselit nada terharu.
Makin berbahang wajahku saat ini. Mereka yang hendak kahwin kenapa berbincang bagaikan hendak aku dan Chris yang berkahwin pulak ni?
"Eh, apa cakap macam tu? It's okay, bro. Saya ikhlas tolong korang. Banyak-banyak duit tapi tak bahagia juga nak buat apa kan?”
Chris ketawa kecil tapi melihat dari gaya dia bercakap dapat kurasakan hidup dia tidak seperti orang lain. Tidak bahagia kerana dia pernah ceritakan padaku tentang kehidupannya dahulu yang langsung tak sempurna.
"Thank you so much, Mr.Chris. Terharu sungguh saya bila dengar Mr.Chris nak tolong kami. Thank you again!” Ucap Tiya terharu. Aku tersenyum. Ya Allah, baik sungguh dia. Dia sangat baik. Sebab itulah buatkan aku jatuh cinta padanya.
Senyuman tak lekang di bibir. Hati ini terasa semakin dekat dengannya.
"Okay, so jom kita bincang. Aku nak suruh kau pilih, mana cantik. Kau kan pandai pilih.”
********
"Pastikan kaki lurus dan tidak bergerak-gerak. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan-lahan. Keep smile gais, senyuman tu buatkan kita bertambah semangat!”
Comel sahaja anak-anak muridku sedang berlatih merenggangkan otot-otot tisu dengan melakukan split street. Semua anak muridku masih kecil-kecil dan comel-comel.
Boleh dikatakan, mereka semua berumur 6 tahun. Sebagai guru pelatih seperti aku yang baik hati malah cantik lagi, kita perlu memberi mereka semangat lebih lagi untuk terus berlatih dan melakukan aktiviti dengan seterusnya.
Ada yang berumur 6 tahun sehingga 9 tahun, mereka belajar di sini dan aku lah guru pelatih yang mengajar mereka. Ah, sumpah comel mereka semua. Ada anak gadis yang berasal dari China, Melayu dan India.
Semuanya comel-comel dengan dress ballet untuk kanak-kanak kecil yang diperbuat oleh aku. Iya, aku yang buat baju mereka. Siap sahaja baju ini, baju tersebut terus diberikan pada mereka semua. Mahu tak gembira mereka semua? Pastilah gembira. Siap beri satu kiss lagi padaku. Comel, kan?
Sangat comel!
Buatkan bertambah sayang pada mereka semua.
"Auch, teacher...saya tak boleh nak tahan. Sakit kaki.” Adu seorang gadis comel itu yang tidak berjaya melakukan split street. Terus aku mendapatkan dia yang sudah memeluk lutut.
Ya, aku faham dengan keadaannya sekarang. Permulaan untuk merenggangkan otot-otot tisu, pasti akan sakit. Senyuman terukir di bibir sambil mengusap lembut bahu anak kecil itu yang sudah menyerah.
"Sayang, permulaan memang macam ni. Sakit sikit aje, kalau Anita dah buat hari-hari mesti otot-otot Anita dah renggang dan Anita pun dah boleh buat macam biasa. Kaki Anita pun dah tak sakit. Keep trying, sayang.”
Aku cuba memberi dia semangat yang sudah mulai menyerah. Tapi, mereka juga sangat bagus. Kecil-kecil lagi sudah mahu masuk ballet dan gymnastics. Sangat berbakat masing-masing.
"Tapi, kaki Anita sakit lah, teacher.” Bibirnya sudah mulai muncung sedepa sambil mengurut-urut kakinya. Aku tersenyum kecil sambil mengusap lembut pipi anak kecil itu.
"Okay, teacher akan tolong. Anita duduk dan luruskan kaki macam biasa. Selepas itu, luruskan badan dan turunkan badan lalu kedua-dua tangan Anita lurus kedepan pegang kedua-dua kaki.” Tips baru untuk meluruskan ototnya. Harap sangat membantu, kasihan dia.
Melihat caranya betul, aku membiarkan dahulu dia buat dalam beberapa saat sementara melihat yang lain masih dengan melakukan split street.
"Nice, gais! Keep trying until you succeed!” Beberapa kali aku menepuk tangan memberi mereka semangat.
Berjaya melakukan aktiviti terakhir, akhirnya kelas mereka sudah mencapai penghujung waktu. Masing-masing tergedek-gedek berlari anak mendapatkan air.
"Anita cuba lagi ya, sayang. You can do it!”
"Okay, teacher. Thank you!” Ucap anak kecil itu lalu berlari mendapatkan botol airnya. Aku tersenyum. Lega hati ini jika mereka tidak putus-putus berusaha.
"Teacher...”
Panggil seorang anak kecil yang tiba-tiba datang mendapatkan aku. Terus sahaja aku berpaling memandangnya yang comel itu.
"Ya, sayang.”
"Teacher Tiya tak datang ke? Dah seminggu dia tak datang. Kitaorang rindu dia.” Amboi, comel aje dia buat muka sedih itu merindui Tiya.
Aku ketawa kecil. Tiya kalau jadi guru pelatih di sini habis satu studio ini dengar gelak-tawa anak-anak kecil comel ini kerana Tiya suka buat mereka ketawa, bergurau senda dan supporting. Biasa lah, Azkiyah. Pantang berdiam diri. Sebab itulah mereka semua merindui Tiya untuk buat lawak masuk airnya itu lagi.
"Teacher Tiya sibuk sikit. Dia kan dah nak kahwin.” Pujukku pada anak kecil itu.
"Oh, harap dia tak lupakan kami.”
"Eh, kenapa pulak dia nak lupakan anak-anak comel teacher dia ni?”
"Yalah, nanti mesti dia sibuk terus lupakan kitaorang. Kitaorang rindu dia.”
Aku ketawa lagi. Lucu dengan riak wajah sedih anak kecil itu. Comel.
"Kalau dia lupakan Lisa, teacher kan ada? Rindu teacher Tiya je. Teacher Bella?” Sengaja aku buat wajah merajuk pula. Boleh pulak dia ketawa melihat aku merajuk tiba-tiba.
"Mestilah rindu jugak. Teacher Bella jangan lupakan kami kalau teacher Bella dah nak kahwin nanti. Kami sayang teacher Bella!” Terus sahaja dia peluk tubuhku.
Lepas satu tawa kecil. Terus sahaja aku membalas pelukannya. Aku sudah anggap mereka semua seperti anakku sendiri. Sudah 2 bulan aku menjadi guru pelatih di sini, tapi bagaikan sudah lama aku berjinak di sini.
"Of course, mestilah teacher pun sayangkan Lisa dan yang lain. Teacher Bella janji tak lupakan Lisa dan yang lain.” Jari kelengkengku dihulurkan padanya lalu disambung dengan jari kelengkeng kecilnya itu.
"Okay, sekarang waktu untuk balik. Jom, kita balik.”
Aku mula mengarah mereka semua untuk mengemas barang-barang masing-masing lalu membawa mereka ke pondok di sebelah kelas studio ini di mana semua ibu bapa penjaga mereka akan menunggu mereka semua di situ.
Setelah memastikan semuanya sudah pulang dan di ambil oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing, terus sahaja aku bingkas ke Masjid Al-Amin yang terdekat dengan studio ini. Sudah masuk waktu Zohor dan perlu segera menunaikan solat Zohor sebelum terlepas waktu.
Kasut di tanggalkan lalu aku mula melangkah masuk ke dalam Masjid Al-Amin besar ini. Cantik. Tidak pernah berubah masjid tersebut malah bertambah cantik.
Kaki mula melangkah ke tempat mengambil wuduk khas di tempat wanita. Kelihatan ada beberapa orang sedang mengambil wuduk dan ada beberapa orang sudah selesai mengambil wuduk. Tidak menunggu lama, lantas aku membuka pin yang berada di tudung shawl yang dipakai di kepala.
Pili air dipulas dan keluar lah air jernih. Bismillah dilafazkan dahulu sebelum memulakan berwuduk.
********
Alhamdulillah.
Akhirnya, selesai juga melakukan perintah Allah. Solat fardhu yang wajib bagi umat Islam dan berdosa besar bagi umat Islam yang tidak menjalankan perintah Allah.
Tudung dikepala dibetulkan. Telekung dilipat kemas lalu disimpan ke dalam beg. Senang bawa telekung dari rumah kerana aku tidak berapa selesa menggunakan telekung di sini dan pernah berlaku satu kes telekung di masjid ini hilang.
Siapa lagi kalau bukan kerja manusia yang hatinya busuk. Disebabkan di sini sudah mempunyai CCTV, tidak ada lagi yang berani mencuri barang-barang di Masjid Al-Amin ini.
Kini menjadi aman dan tenang.
Kaki mengatur keluar daripada masjid ini. Daripada tadi yang ramai di masjid ini, kini sudah semakin berkurang dan tinggal beberapa orang yang sedang membaca Al-Quran.
Kasut disarung ke kaki sambil mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg. Tidak kesampaian, malah menjadi hal lain. Masalah lain pulak yang terjadi hari ini. Nasib malang!
"Auch!”
Aduh, sakit sungguh hidung comel aku ini yang sudah berlaga dengan dada seseorang. Digosok-gosok perlahan-lahan hidungku yang terasa sungguh sakit ini. Nasib baik lah tidak kemek hidung comelku ini!
Terus sahaja aku mengangkat wajah, merenung tajam ke arah seseorang yang telah menghalang jalanku ini. Boleh lagi dia tercegat di sini, bukan nak minta maaf.
Tapi....
"Eh, Chris?”
Sumpah aku terkejut dengan kemunculannya di sini. Macam mana dia boleh muncul di sini? Dia ikut aku ke tadi? Ini kawasan masjid, macam mana dia boleh tahu aku di sini? Kenapa dia ke sini?
Manis senyumannya dengan renungannya begitu dalam menusuk anak mataku.
"Awak buat apa dekat sini? You follow me?” Soalku tidak percaya. Terkejut.
"Maybe.”
"Kenapa awak ikut saya?”
"To protect you.”
********
Tidak ada selera lagi hendak menyambung makan yang sudah genap kelima suap kerana sepasang mata duk asyik merenungku lama daripada tadi. Sedangkan dia langsung tidak menjamah apa-apa makanan.
"Awak nak?”
Pinggan nasi ayam ditolak padanya. Tetapi pinggan tersebut kembali ditolak olehnya ke arahku. Berkerut dahiku apabila dia langsung tidak makan.
Tak akan tengok aku makan aje?
"No, it's okay. Nanti saya makan.” Jawabnya ringkas sambil menggeleng kepala.
"Kenapa tak makan? Tak ada selera? Hm, kalau macam tu saya tak nak makan juga lah.” Pinggan kembali ditolak ke tengah meja. Entah mengapa, hilang seleraku saat ini. Chris ketawa kecil. Lucu gamaknya melihat wajah merajuk aku ni.
"Sweetie, bukan saya tak ada selera but saya dah makan tadi. Saya hanya teman awak makan aje.” Ujarnya sambil mengenyitkan sebelah matanya dengan senyum senget. Aku tersenyum kecil.
"Sure tak nak makan?”
"Yes, honey.”
"Tak ada lah, nanti kalau awak tak makan awak sakit. Saya risau tau.” Pinggan nasi ayam yang tertinggal sisa itu ditarik balik lalu disuap nasi ke dalam mulut. Bohong lah kalau aku cakap aku tak lapar.
Chris tersenyum senget sambil merenungku begitu dalam dengan renungan helangnya itu.
"Risau jugak awak dekat saya.”
"Eh, mestilah!”
Sedaya upaya aku menyembunyikan senyuman daripada mekar di bibir. Chris ketawa kecil. Sebelah tanganku yang berada di atas meja itu terasa bagaikan ada satu tangan yang hendak memegang tanganku. Lantas aku menarik. Sedikit tersentak apabila tangan Chris hampir memegang tanganku tanpa sebab.
Kenapa?
"Sorry.”
Dia tertunduk sambil tersenyum pahit. Aku kemam bibir. Faham dengan perasaannya dan keinginannya. Ah, beginikah percintaan antara kami berdua yang berbeza agama? Banyak halangan.
"Sorry jugak.” Ucapku meminta maaf. Perkara yang sudah terang-benderang sangat berdosa tidak akan kubiarkan. Biar lah hubungan kami halal dahulu barulah dia boleh lakukan lebih daripada itu.
Chris tersenyum manis sambil menggeleng kepala. Aku juga turut membalas senyumannya. Adakah dia terasa hati? Tapi dia sudah cakap yang dia hormat agamaku dan hormat diriku.
Terasa keadaan bertukar kekok, aku meneruskan makan dengan memujuk hati agar tidak gelisah.
********
"Awak kerja apa dekat sini?”
Kalau di Italy, aku tahu lah dia mempunyai syarikat tersendiri. Tapi kalau dia datang ke Malaysia ni pulak mestilah mempunyai pekerjaan yang baru atau sama sahaja di Italy?
Tapi, persoalan yang masih belum lengkap bagaimana dia boleh muncul di masjid tadi? Sungguh buat aku terkejut besar dengan kemunculannya secara tiba-tiba.
"To protect you.”
Terlepas tawaku apabila mendengar perkataan yang sama keluar dari mulut Chris. Tak mungkin itu pekerjaan dia di sini. Chris tersenyum cantik. Senyuman yang mempunyai sesuatu rahsia.
"Awak ni kelakar lah. Tak akan lah awak datang sini semata-mata nak lindungi saya dan jadi hero saya. I don't believe that, sayang.” Ujarku sambil menggeleng kepala beberapa kali. Chris ketawa kecil.
"Yeah, saya datang sini kerana kerja. Hal penting yang perlu diselesaikan. Lagipun saya kan ada rumah di sini dan di sini juga tempat saya membesar. Do you remember, sweetie? Saya pernah menceritakan pada awak tentang zaman kanak-kanak saya dulu.” Aku gigit bibir bawah. Allahu, aku lupa!
Sengih ditayangkan pada Chris. Chris ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
"Oh, ya. Lupa, hihihi sorry.”
"Haha, you so naughty girl.” Ucapnya sambil ketawa kecil. Aku juga turut ketawa.
Tudung yang sedikit terselak akibat ditiup angin yang kuat, cepat-cepat aku menarik semula menutup leherku yang sedikit terdedah akibat angin yang terlampau kuat. Nak hujan gamaknya.
"Are you okay, sweetheart?” Soal Chris apabila sepanjang kami sedang berjalan-jalan bersama-sama, aku duk asyik membetulkan tudung yang ditiup angin yang sungguh kuat.
"Tudung saya ni...”
Belum lengkap ayatku lagi, Chris sudah berdiri di belakangku lalu dia membantuku untuk mengikat tudungku di belakang. Ini lah jadinya kalau pakai tudung shawl. Susah nak betulkan. Nasib baik lah ada hero aku di sisi ini, hihihi.
Senyuman terukir di bibir. Hati berbunga-bunga saat ini.
"Done!”
"Thank you.”
"You so beautiful, sweetheart.”
"Haha, thank you.”
Dia hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. Kami meneruskan perjalanan kami. Tetapi langkahku terhenti saat langkah Chris terhenti dihadapan kedai 7-E. Selamba dia masuk ke dalam kedai tersebut tanpa menghiraukan aku yang terpaku di depan kedai ini.
Dia nak beli apa ya? Ah, ikut aje lah.
Masuk sahaja ke dalam kedai ini, melihat Chris sudah berada di tempat peti ice cream. Riak wajahnya sedang bingung memilih ice cream. Aku tersenyum kecil lalu berjalan mendapatkan dia.
Datang sini rupa-rupanya nak beli ice cream.
"I don't know your favorite ice cream. Sorry, honey.” Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
"It's okay, saya jarang makan ice cream.”
"So, awak tak nak?”
Aku geleng kepala yang membawa maksud aku tak nak kerana aku tidak minat dengan benda-benda manis.
"Okay, hari ini awak kena makan. Saya belanja. Pilih ice cream favorite awak.” Ujarnya buatkan aku tersentak.
Aku memang tidak minat ice cream, kalau ada yang paksa aku makan tu hanya mampu tutup telinga aje.
"Eh, it's okay, Chris. I don't like ice cream.”
"Alaa...makan please. Awak sayang saya tak? Kalau awak sayang, please makan ice cream bersama saya.”
Amboi, siap buat muka merayu dia lagi. Aku tersenyum dan hanya mampu pasrah. Ice cream Magnum dicapai. Ya, ni ice cream favorite aku tapi jarang makan. Haha, pelik kan!
"Okay, saya ambil tu jugak. Jom!” Laju sahaja dia mengambil lagi satu ice cream Magnum dan terus berjalan ke kaunter pembayaran.
Aku sedikit bingung dengan riak wajah orang yang menjaga kaunter pembayaran ini begitu takut hendak bersuara apabila terpandang wajah Chris dihadapannya.
Gadis yang menjaga kaunter tersebut tak lepas-lepas memandang wajah Chris sambil tersengih-sengih ke arahku.
"Errr...,”
Makin berkerut seribu dahiku saat ini. Tergagap-gagap gadis itu bersuara membawa maksud yang tidak lengkap. Hendak ketawa pun ada. Melihat wajah Chris bertambah berkerut seribu.
"Err...Aduh, apa aku nak cakap ni? Aku dah lah tak pandai nak speaking english. Macam mana lah mat salih depan aku ni boleh tersesat masuk dalam kedai 7-E ni? Tapi, dia handsome lah pulak!” Bisik gadis itu sendiri walaupun perlahan tapi dapat kudengar. Melihat senyuman senget Chris, ternyata lelaki itu juga dengar.
Lah, gadis itu gagap sebab tak pandai nak speaking english rupa-rupanya? Sangka dia, Chris tidak pandai berbahasa Melayu. Aku dah agak, kalau balik Malaysia ni orang awam akan berkerut dahi dan pandang kami berdua atas bawah jika kami berdua jalan bersama-sama. Pelik dan hairan gamaknya yang aku bercinta dengan orang mat salih.
"Err...So..sorry...I...I...” Tergagap-gagap gadis itu bersuara sambil menggaru-garu kepalanya. Aku tersenyum simpul.
"Jangan risau, saya faham bahasa Melayu.” Ujar Chris tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik. Aku juga turut tersenyum menahan tawa.
"Lah, boleh cakap Melayu rupa-rupanya? Alhamdulillah, hehehe saya minta maaf encik. Saya ingatkan encik mat salih pekat. Rupa-rupanya pandai cakap melayu.” Gadis itu tersengih lalu mengambil kedua-dua ice cream kami dan dia imbas tanda harga yang berada di plastik ice cream tersebut.
Chris ketawa kecil lalu mengeluarkan beberapa keping duit dan diserahkan pada gadis yang masih tersengih-sengih malu itu.
"Terima kasih, encik. Err...nak cakap sikit, encik handsome lah. Muka encik handsome dan serupa sebijik macam muka peminat idola saya. Western boy tu, nama dia saya lupa lah tapi saya rasa encik lagi handsome.”
Sengih gadis itu lagi. Peramah orangnya. Chris ketawa kecil lalu menyambut huluran plastik yang sudah terisi kedua-dua ice cream kami.
Memang benar pun apa yang gadis itu cakap. Chris memang kacak. Siapa aje tak cair dengan lelaki itu? Melihat wajah kacaknya pun sudah buat iman tergugat entah apa lagi dia yang seorang sweet talker.
Sekilas gadis itu memandangku.
"Eh, ni isteri encik ke? Ya Tuhan, macam mana saya nak 'syak' yang korang berdua ni pandai cakap Melayu? Isteri encik pun cantik dan ada iras kacukan mat salih. Sorry, kak hehehe.” Tergamam aku mendengarnya.
Kacukan mat salih? Muka aku ada iras kacukan? Biar betul perempuan ni? Lagi buat aku terkejut dengan selambanya dia cop aku isteri Chris? Memang kami berdua ni kelihatan seperti sepasang suami isteri ke?
Merah padam wajahku bertambah berbahang. Jantung sudah berubah rentak dengan sangat pantas.
"Errr...It's okay.” Aku hanya mampu tersengih.
"Yes, dia isteri saya.” Sambung Chris bertambah tergamam aku dibuatnya.
"Oh, sepadan betul korang berdua ni. Err...By the way, akak cantik, hihi.” Puji gadis itu sambil tersengih.
"Thank you, awak pun cantik. Semua wanita atas muka bumi ni cantik.” Balasku dengan ayat ringkas. Gadis itu mengangguk sambil tersenyum manis.
Selesai meminta diri, kami terus berjalan keluar dari kedai 7-E ini. Dapat kulihat wajah gadis itu terlihat lega. Dia menghela nafas lega. Aku tertawa kecil.
Patutlah dia takut-takut hendak bersuara pada Chris, kerana melihat wajah Chris yang seorang mat salih jadi dia takut hendak bersuara dan bercakap dalam bahasa English. Memang lucu.
"Kenapa awak cakap yang saya isteri awak?” Sengaja buat-buat tidak puas hati sebaliknya berbunga-bunga hati tadi.
"Why? You're my future wife, sweetie. Lama-kelamaan nanti, awak akan jadi isteri saya juga. You are mine!” Ujarnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.
"Kalau kita tiada jodoh?” Kini riak wajahnya berubah.
Tiada lagi senyuman dan wajah cerianya. Aku terdiam sejenak. Menelan liur beberapa kali. Ah, ini lah jadinya kalau silap cakap. Berkali-kali aku menepuk bibir sendiri.
Kami bersama-sama melabuhkan duduk di sebuah bangku. Lama aku merenung wajah Chris yang berubah dingin itu.
"Sorry, saya salah cakap.” Ucapku berharap dia tidak marah padaku lagi.
"Why? Awak takut pada abang saya? Takut abang saya halang kita lagi untuk bersama? Please, honey. Jangan takut pada dia. Sekarang saya nak kita fokus pada hubungan kita. I'm promise. Bila hal saya dah selesai, saya akan terus berkahwin dengan awak. Promise!” Dia mengangkat jari kelengkengnya sambil tersenyum manis.
Aku juga turut tersenyum. Ya, benar dengan kata-kata Chris itu. Aku sangat-sangat takut dan risau hubungan kami berdua terpisah lagi untuk kali kedua tapi aku takut hubungan kami terpisah gara-gara orang yang sama, sumpah aku takut jika ayah tidak restu.
"Now, please jangan fikir bukan-bukan. Nah, your ice cream.” Dia menghulurkan ice cream tersebut padaku lalu aku menyambutnya dengan satu senyuman.
"Thank you.”
Memang agak tidak sedap hati melihat langit yang semakin lama semakin bertukar warna ke gelapan. Seperti nak mendung. Mungkin nak hujan.
Ah, dah lama tak makan ice cream Magnum. Aku memang tak minat, tapi kena minatkan juga untuk hari ini kerana orang yang kusayang. Eheks, orang yang kusayang? Ya, sayang sangat!
"Betul ke apa yang dia cakap tadi? Muka saya macam peminat idola western boy dia?” Soal Chris saat kami berdua bersama-sama menikmati ice cream masing-masing. Terlepas satu tawaku. Sungguh lucu kalau diingatkan kembali.
"Maybe. Tapi, saya rasa awak lagi handsome. Extra plus handsome!” Ucapku ikhlas. Sudah menjadi satu kenyataan yang dia memang kacak. Lagi-lagi matanya yang berwarna biru itu, ah sungguh menenangkan.
Chris tersenyum lalu merapatkan jarak duduknya dekat denganku.
"Eh, ni dah kenapa ni?” Soalku hairan sambil menjarakkan kedudukan dengannya.
"You too, honey. Extra plus beautiful, my love!” Bisiknya pada telingaku. Terasa wajah mula berbahang dan jantung mula berkencang hebat.
Tidak tahu hendak membalas apa, hanya senyuman terukir di bibir. Sungguh lidahku kelu. Chris ketawa kecil.
"You so cute when you blushing, sweetheart.” Ujarnya sambil ketawakan aku. Makin berbahang wajahku saat ini.
"Awak ni memang sweet talker betul!” Marahku malah lelaki itu yang ketawa.
"Walaupun langit dah nak gelap, suasana di sini tetap terlihat cantik dan tenang.” Ujar Chris tiba-tiba.
Seronok gamaknya menikmati pemandangan cantik terbentang di depan mata. Manakala di depan kami ada sebuah masjid. Ah, baru aku perasan. Entah kenapa, aku suka duduk berdekatan dengan masjid. Rasa diri ini selamat. Bagaikan di bawah lindungan Allah SWT.
Aku tersenyum kecil.
"Tadi awak buat apa dekat sana?” Soal Chris lalu menunding jari ke arah masjid di depan mata kami. Kelihatan wajah lelaki itu betul-betul bingung.
"Sembahyang.” Jawabku ringkas. Chris hanya mengangguk sekali.
"Buat apa awak nak sembahyang? Saya rasa membazirkan waktu aje. Bukan dapat apa-apa pun. Kalau agama saya pulak, ada aje sembahyang semua ni, tapi saya langsung tak pergi. Sebab saya rasa kalau saya pergi pun bukan dapat apa. Lagi terasa diri ini banyak beban lagi ada lah.” Dingin suara itu bagaikan memarahi diri sendiri. Aku telan liur mendengarnya. Tetapi cuba memujuk hati.
"Chris, setiap agama akan ada sembahyang tersendiri. Sembahyang untuk agama masing-masing. Seperti agama saya, solat lima waktu. Siang dan malam. Wajib perlu lakukan untuk setiap umat Islam. Berdosa dan Tuhan akan tarik semula nikmat hidup kita jika kita tidak melakukan perintah daripadaNya.” Jelasku pada Chris yang terliti mendengar setiap satu-persatu penjelasan yang keluar dari mulutku.
Dia tersenyum sambil menoleh memandangku sekilas.
"Kalau Tuhan tu tiada, saya, awak dan semua manusia yang berada di atas muka bumi ni tak akan hidup dan tak akan wujud manusia di atas muka bumi ini. Kita sepatutnya bersyukur dan kita perlu jalankan tugas kita sebagai hambaNya.” Jelasku lagi. Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum lebar.
"I think I am attracted to Islam. I think, I want to learn about Islam with you. Boleh?” Soalnya sambil menjongketkan kening sebelah. Aku tersenyum sambil mengangguk kepala.
"I don't know why, when I heard the story about Islam that you told me, I started to fall in love with this religion like I fell in love with you.” Ujarnya buatkan aku ketawa kecil.
"Alhamdulillah, bagus lah kalau macam tu. Tapi ingat. Kalau hati awak dah terlintas dengan satu perasaan untuk memeluk Islam, masuk lah Islam kerana Tuhan iaitu Allah SWT. Bukan kerana saya dan bukan kerana hendak berkahwin dengan saya.” Ia satu pesanan baginya yang masih beragama kristian. Aku harap dia ingat pesanan itu.
Dia mengangguk sambil melebarkan lagi senyumannya. Duduk berdua-duaan bersamanya terasa hati begitu tenang. Angin begitu kuat, langit pula sudah mulai mendung.
InsyaAllah, dengan izin Allah aku akan ajar lelaki ini tentang Islam. Dengan niat kerana Allah SWT.
Selesai menghabiskan ice cream, kami sudah siap-siap untuk pulang. Hari pun dah nak mendung dan tidak lama lagi sudah nak hujan. Angin begitu kuat buatkan tudungku hampir tercabut dan aku pula hampir free hair.
Sekilas aku menoleh memandang Chris yang hanya diam menyepi.
Berkerut dahiku apabila melihat renungan Chris hanya tertumpu padaku. Dan jelas sekali matanya tertumpu pada bibirku. Sumpah, tegak terus bulu romaku saat ini. Telan liur berkali-kali dan cuba menenangkan jantung yang sudah berdegup pantas.
"Kenapa awak tengok saya macam tu?” Soalku sambil ketawa kecil cuba menenangkan keadaan yang mulai kekok.
Canggung!
Sumpah aku terasa tidak tentu arah. Gelabah tidak tentu pasal apabila Chris mendekatkan wajahnya padaku. Sepantas itu aku menutup mata rapat-rapat. Cuba melarikan diri tetapi ada halangan pula di depan mata. Sungguh aku tidak tahu apa yang dia lakukan itu.
Tapi.....
Pelik.
Bibirku terasa bagaikan ada sesuatu mengusapnya dengan lembut. Terus aku membuka mata seluas-luasnya.
Terkejut beruk apabila melihat jarak kami terlalu dekat dan Chris pula sedang mengusap lembut tepi bibirku dengan menggunakan tisu. Makin pantas jantung beraktif. Sungguh buat keadaan saat ini terasa canggung.
"The edge of your lips is smeared with the ice cream you ate earlier. But, it doesn't matter because you still look cute.” Dia tersenyum nakal.
Cepat-cepat aku menjarakkan wajahku daripadanya. Telan liur berkali-kali dengan jantung yang masih tidak aman.
"Oh, hehehe thank you.”
Ucapku tetapi renungan Chris kali ini berubah sinis. Direnung setiap inci wajahku dan paling buat diriku tidak selesa apabila dia merenungku atas bawah. Sungguh buat aku tidak selesa dan tidak sedap hati. Dapat kulihat halkumnya bergerak beberapa kali.
"It's okay, honey. Anything for you, my baby girl.” Dia tersenyum senget mampu buat aku rasa tidak sedap hati. Canggung!
Guruh!
Mampu buat kedua-dua bahuku ternaik terkejut dengan guruh yang mula membunyi. Tapi satu senyuman nakal terukir di bibirku.
Kalau nak tahu, aku memang suka mandi hujan. Entah apa lagi, hujan lebat. Memang rasa macam tempat party, hahaha. Seronok!
"Yeay! Hujan!” Jeritku gembira. Makin lompat gembira apabila terasa titisan air hujan di atas tudungku.
"What? Awak suka hujan? Mandi hujan?” Soal Chris bertalu-talu dengan wajah hairan. Aku tersenyum lebar.
"Mestilah! Dulu, waktu saya kecil-kecil saya tinggal di kampung. Saya selalu mandi hujan bersama-sama sepupu saya yang lain. Seronok sangat-sangat!” Ujarku sambil berpusing-pusing.
Nasib lah di sini tempat sebuah taman permainan yang luas dan berdekatan dengan jarak sedikit jauh dengan masjid. Jadi taman ini luas dan tiada orang. Senang lah aku nak main hujan!
"Don't naughty, sweetheart. Nanti demam. Jom balik.”
Chris menarik lenganku, mataku pula perasan yang dia sedang mengeluarkan kunci kereta dari dalam poket seluarnya. Lantas serentak itu, aku merampas kunci tersebut dari Chris lalu aku berlari menjauhi lelaki itu.
"Bella, no. Nanti demam, sayang.” Jerit Chris lalu berlari anak mengejarku.
Dan....turunlah hujan semakin lebat mampu buat aku gembira. Habis lencun seluruh tubuh kami berdua dengan hujan yang semakin lebat.
"Jom lah mandi hujan sama-sama! I really miss taking a shower in the rain!” Jeritku tidak peduli lagi yang Chris sudah menghampiriku untuk mengambil kunci keretanya yang berada di dalam genggamanku.
GRUHH!
Ternaik bahuku terkejut lagi untuk kali kedua apabila guruh menyambar lagi buat kali kedua. Serentak itu, entah siapa aku peluk, terus sahaja aku memeluk tubuh seseorang.
Erat-erat aku memeluk tubuhnya dengan perasan sungguh takut. Ya, aku takut dengan guruh dan petir. Huh, sungguh mengerikan. Tapi mandi hujan tak takut demam. Hihihi!
Terus aku mengangkat wajah selepas tersedar yang aku memeluk tubuh seseorang. Terbeliak biji mataku apabila aku baru perasan yang aku peluk tubuh Chris. Chris tersenyum nakal.
"You won't miss it again, my baby girl.” Terus sahaja dia memeluk pinggangku.
Serentak itu aku memusingkan tubuh dan cuba melarikan diri daripada perangkapnya tetapi dia lebih cekap dan kuat menarik pinggangku untuk mendekatinya.
Sebelah tangannya masih utuh di pinggangku dan sebelah tangannya lagi sedang berusaha sedaya upaya mengambil kunci keretanya daripadaku. Aku tahu dia tak suka mandi hujan. Sebab takut demam. Hahaha, manja rupa-rupanya.
"Tak nak! Saya nak mandi hujan!” Jeritku lalu menolak dada bidangnya dan terus melarikan diri daripada tertangkap olehnya.
Memang luas taman ini, senang aku nak lari dan hanya kedengaran gelak-tawa kami berdua. Kelihatan dia masih kejarku. Terlepas tawaku saat dia gagal mendapatkan aku. Hei, ni Bella Brianna lah. Juara pelari pecut ni.
"I will not let you go, my baby girl.”
Entah kenapa, tiba-tiba terasa cungap dan penat. Lelah tiba-tiba. Tidak larat lagi hendak lari, terasa lenganku ditarik tetapi aku cuba lagi berlari dan tidak berjaya apabila terasa kaki mulai lembik dan tergelincir akibat licin di sini.
Dan.....
DUSH!
Dua-dua tersembam jatuh.
"Aduh...”
Terasa kaki begitu sakit. Dan, tubuhku terasa bagaikan aku sedang duduk di atas tubuh orang lain.
Terus aku membuka mata, terbeliak biji mataku bagaikan nak terkeluar apabila melihat aku sudah menindih tubuh Chris akibat terjatuh tadi. Dan, jarak wajah kami berdua tersangat lah dekat kerana hidung macungnya itu hampir berlaga dengan hidung comelku ini.
Allahu!
Dapat kulihat dengan jelas anak matanya yang berwarna biru itu. Terlihat sungguh cantik dan menenangkan hati.
Tetapi tidak dapat ditenangkan keadaan ini.
"I love you and I want....”
Sungguh buat seluruh tubuhku kaku bagaikan terkena sumpahan menjadi batu apabila melihat mata Chris tertancap pada bibirku.
"Chris,”
Sedaya upaya aku bersuara dan lelaki itu kembali merenung anak mataku dengan sangat lama.
"I'm sorry. I'm so sorry, honey.”
Laju dia kembali bangun dan berdiri tegak lalu dia membantuku untuk bangun tetapi aku tidak dapat berdiri hanya terduduk sambil mengurut buku lali yang terasa sungguh sakit.
Ya Allah, rasa diri ini terlalu banyak buat dosa. Berkali-kali aku menelan liur. Bibir bawah aku gigit kuat-kuat. Hujan makin lebat menuruni saat ini.
"Auch!”
"Are you okay? Nak saya bawa awak pergi klinik?” Soal Chris. Tangannya yang sejuk itu menyentuh lembut kakiku serentak itu aku menjauhkan diri daripadanya.
Entah kenapa, dada mulai rasa sebak. Sungguh sebak. Terlalu kecewa dan kasihan terhadap Chris kerana memiliki gadis seperti aku. Menitis jua air mataku saat ini.
Teresak-esak aku menangis sambil memeluk lutut. Tidak sampai hati untuk aku berpisah dengannya lagi buat kali kedua. Kalau kami berpisah, perasaan rindu dan cintaku padanya tetap ada kerana aku masih sayangkan dia.
Terluka hati ini jika melihat dia dengan perempuan lain dan aku yakin juga pasti dia merasai menyesal memiliki perempuan berbeza agama dengannya. Tidak boleh bersentuhan dan lain-lain. Aku tahu keinginannya, tetapi kalau kami berdua hendak berkahwin dan mempunyai banyak halangan tidak mampu buat kami bahagia.
"Sayang, kenapa ni? I'm sorry. Saya tahu saya dah buat perkara yang awak tak suka. I'm so sorry, Bella. I'm afraid I can't control myself.” Ucapnya dengan riak wajah sungguh risau jika aku memarahinya.
"Maafkan saya Chris. I'm so sorry. Kita tak sepadan. Saya tahu awak akan muak dengan saya kerana asyik menjaga batas hubungan kita. Sorry Chris kerana saya bukan seperti perempuan di luar sana. I'm so sorry.”
Teresak-esak aku menangis. Sumpah terasa diri ini serba salah. Telah memberi harapan pada Chris. Terfikir juga, pasti Chris akan kecewa jika aku bukan jodohnya.
Chris tersenyum kecil. Dia melabuhkan duduknya disebelahku.
"Honey, I don't care about that. Saya cintakan awak bukan kerana nafsu semata-mata. Saya cintakan awak dan saya sayang awak. Seperti yang saya cakap, only you are mine forever. I want us to get married soon.” Ujarnya dalam nada memujuk. Lantas aku menyeka air mataku dan mencuba menenangkan hati yang terasa sungguh sayu.
"Kalau kita dah kahwin, I want kiss you!”
Bisikan dengan nada garau dan lembut itu mampu menegak naik bulu romaku. Chris tersenyum nakal. Sedaya upaya aku cuba untuk bangun dan lari daripadanya tetapi sepantas kilat terasa tubuhku di atas udara. Melayang-layang.
Membulat mataku apabila perasan yang Chris mendukung tubuhku dan membawaku masuk ke dalam keretanya. Ah, tidak dapat larikan diri lagi! Memang nakal hero aku ni!
"Chris, turun kan saya!” Marahku cuba memberontak turun daripada rangkulan tersebut.
Tetapi lelaki itu kuat dan tetap berjalan ke arah keretanya tanpa pedulikan kata-kataku.
"Don't be naughty, baby girl. Kaki awak tu dah sakit lagi nak lari. Nak lari ke mana, hm?” Dia tersenyum nakal lalu melajukan langkahnya ke arah kereta BMW yang berwarna hitam miliknya. Memang sungguh mewah.
"Isy, malu lah orang nampak.”
"You see...tak ada orang dekat sini, just only me and you. Jangan buat perangai, nanti saya tak dapat control diri saya awak tak dapat lari ke mana-mana!” Amaran keras tetapi bernada nakal itu mampu buat aku kecut perut, berbahang wajahku saat ini.
Pecah tawa lelaki itu. Tawa yang sengaja hendak mengusik aku! Lantas satu pukulan hinggap di dada bidang Chris. Lelaki itu tidak henti-henti ketawa.
Masuk sahaja di dalam kereta, dia meletakkan kot hitamnya di atas bahuku apabila dia perasan yang seluruh tubuhku mula menggigil sejuk. Aku tersenyum manis.
"Thank you.”
"Welcome, sweetheart.”
Tetapi sebalik hati yang gelisah ini, terselit satu perasaan bahagia.
Ya, aku bahagia bersama lelaki itu.
********
"Sayang, bangun. Kita dah sampai.”
Mata tertutup begitu rapat dan hanya kedengaran suara orang sayup-sayup di telingaku. Diriku masih di dalam mimpi, di dalam lena dan senang cerita aku memang susah nak bangun kalau dah sekali lena.
"Sayang.”
Terasa lenganku di goncang lembut. Tetapi mata tetap berat untuk buka. Sehinggalah terasa di pipiku bagaikan ada seseorang menghembus nafas. Entah kenapa, aku yang masih berada di alam mimpi bagaikan rasa tidak sedap hati. Hendak buka mata tetapi terasa begitu berat.
Seluruh tubuh masih sejuk, pakaianku yang basah lencun dengan air hujan masih belum kering. Penghawa dingin di dalam kereta ini juga buatkan tubuhku sedikit menggeletar bertambah sejuk.
Buatkan aku bertambah nyaman untuk terus tidur di dalam kereta ini apabila terasa ada satu jari-jemari sedang mengusap lembut pipiku.
Ah, siapa gelaran tangan lembut itu. Sungguh buat aku terus hanyut dalam lena. Bertambah lagi wangiannya yang menusuk ke rongga hidungku. Uh, wanginya! Tapi bagaikan aku kenal pemilik yang memakai pewangi ini.
Kini terasa satu hembusan berada tepat di bibirku. Bagaikan ada bibir seseorang hendak melekat di bibirku. Aku langsung tidak tahu apa-apa, tetapi firasatku mengatakan sebegitu.
Dan.....
TRING! TRING!
Telefon bimbitku nyaring berbunyi membingitkan telingaku, sepantas itu aku membuka mata. Membulat mataku bagaikan nak terkeluar apabila melihat wajah Chris betul-betul berada di depan mukaku dan paling tepat bibirnya hampir menyentuh bibirku.
Dia yang dah perasan aku sudah membuka mata, halkumnya bergerak beberapa kali. Wajahnya cuak. Terus sahaja dia menjauhi wajahnya daripada aku.
Sungguh jantungku bagaikan nak terkeluar apabila sedar sahaja dari tidur makhluk sempurna Tuhan sudah berada di depan mata. Paling tepat, wajahnya sangat dekat denganku. Dan yang mengusap pipiku tadi ialah....dia?
Chris?
"Kita kat mana ni?” Gelabah aku mencapai telefon bimbit malah tak sempat nak angkat kerana panggilan tersebut sudah putus. Ah, tak sempat!
Mahu terbeliak biji mataku melihat gelaran nama panggilan tadi di skrin telefon ialah ayah. Ya, ayah!
Allahu, bagaimana ni? Aku terlepas!
Terkebil-kebil aku memandang ke luar tingkap. Sebuah rumah banglo dua tingkat sudah berada di depan mata. Aku berpaling pula pada Chris yang terkaku.
"Betul ni rumah awak?” Soalnya sambil memeriksa waze dari dalam telefon bimbitnya.
Sebelum pulang ke sini aku ada bagi alamat rumahku padanya sehinggalah aku tertidur dan sekarang sudah sampai.
"Err...ya...betul-betul.”
Alhamdulillah.
Tetapi tentang tadi sumpah buat jantung aku hampir terkeluar. Nasib baik lah bunyi telefon, kalau tak mungkin hari ini menjadi first kiss aku dan Chris. Ah, tak boleh nak bayangkan!
"Alhamdulillah, terima kasih Chris. Thank you so much!” Ucapku. Lelaki itu hanya senyum manis.
"I'm sorry...” Aku faham maksudnya. Dia meminta maaf tentang tadi.
Aku hanya diam membisu. Tidak tahu hendak menjawab apa. Sesungguhnya, aku yang bersalah. Pasti dia akan kecewa dengan aku dan menyesal memiliki perempuan sepertiku.
"Err...saya balik dulu ya, thank you again.”
Terus sahaja aku membuka pintu keretanya tetapi terhenti pergerakanku apabila namaku diseru. Bersyukur sekali lagi kerana hujan sudah tidak lebat lagi dan hanya hujan renyai.
"Kaki awak kan sakit, boleh ke awak jalan tu? Nak saya tolong ke?”
Dia sudah mahu keluar daripada kereta, tetapi pantas aku menghalang. Uh, sangat bahaya untuk dia bantu aku.
Ayah.
Ya, ayah akan perasan nanti. Tak boleh, tak boleh. Aku kena halang!
"Eh, tak apa, tak apa. Saya boleh jalan sendiri. Tak teruk pun kaki ni, sikit aje. Thank you, Chris.” Ucapku, wajah lelaki itu bagaikan tidak percaya dan terselit kerisauan.
"Are you sure?” Soalnya dengan bernada risau.
Senyuman manis terukir di bibir sambil mengangguk kepala yang mengatakan aku boleh berjalan sendiri. Lelaki itu membalas senyumanku.
Terus sahaja aku berjalan keluar daripada keretanya dan berjalan sedikit terhenjut-henjut ke dalam pagar rumah. Melihat kereta Chris masih ada di situ untuk memastikan aku selamat masuk ke dalam rumah.
Sungguh aku risau kalau ayah nampak. Tapi melihat pintu rumah tertutup rapat. Adakah ayah sudah pulang dari rumah mak ngah?
Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dengan lafaz bismillah dan berharap yang ayah tidak pulang lagi.
Kereta ayah ada tapi ayah ke rumah mak ngah dengan menaiki kereta anak mak ngah. Sepupuku. Ya, dia yang ambil ayah tadi untuk ke rumah mak ngah.
Daun pintu ditolak perlahan-lahan, melihat di ruang tamu sunyi sepi dengan serentak itu aku hela nafas lega. Mungkin ayah belum pulang.
Kini kaki mengatur ke arah anak tangga mahu naik ke bilik.
"Siapa yang hantar Bella balik tadi tu?”
Hi assalamualaikum gais! Sorry for late to update chapter for today...Abaikan aje sebarangan typo atau kesalahan apa-apa...jangan lupa Komen and follow nana sekali ya, thank you gais <33
Share this novel