"Hoi!” Sergah Tiya buatkan kedua-dua bahuku ternaik terkejut.
"Kau tengah tengok apa? Fokus betul.” Alamak! Tiya perasan lah!
Cepat-cepat aku melarikan pandangan. Terkebil-kebil aku memandang Tiya yang sudah bingung melihatku.
"Hah? Eh, mana ada. Aku...Err..tu, aku tengok kucing tu. Comel. Aku rasa nak bela kucing sekor lah nanti kat Malaysia.” Bohongku. Berharap Tiya tidak bertanya lagi tentang tadi.
"Kucing? Mana datangnya kucing. Kau ni jangan main-main. Lama tau kita duduk sini, aku tak nampak sekor pun kucing. Entah apa lagi gajah.” Aku ketawa kecil dengan kata-kata Tiya tetapi mencuba lagi mencari topik perbualan yang lain.
"Isy, tak ada apa la. Eh, tu teksi dah sampai. Alhamdulillah! Kau tak marahkan aku lagi kan?” Tiya hanya ketawa sambil mengangguk.
"Tahu takut!”
"Hm, siapa nak takut!” Aku jelir lidah padanya lalu mengangkat beg-beg kertas yang tadi dibeli lalu kami berdiri tegak menunggu teksi datang betul-betul dihadapan kami.
Sempat aku melihat sekumpulan lelaki tadi.....
Hilang!
Cepat betul mereka menghilang.
*********
Lama aku menunggu di luar office Mr.Chris. Lama aku merenung namanya yang terpapar jelas di pintu office nya.
MR.CHRIS MARTINEZ.
Sebut sahaja nama dia, kenapa semua berwajah takut ya? Aku masih ingat. Sewaktu tadi aku mencari Mr.Chris di dalam sekolah ini, aku terjumpa dengan seorang lelaki penjaga sekolah ini.
Aku nak tanya Miss Liya, tetapi sudah terserempak dengan lelaki tersebut. Bila ditanya dan menyebut nama Mr.Chris, wajahnya berubah. Terkejut dan sedikit takut. Bingung aku seketika. Dan jawapannya ialah....
"Sorry, I don't know where Mr.Chris is right now.”
Hanya itu jawapannya membuatkan aku mengeluh kecil. Dan dia terus berlalu pergi dengan wajah yang masih takut. Kenapa ya? Siapa sebenarnya lelaki yang bernama Mr.Chris itu? Dia pembunuh ke sampaikan semua yang kenal dia takut padanya. Takut mendengar namanya.
Dan aku yakin lelaki itu berada di dalam office. Hari ini kelas kami tiada langsung susuk tubuhnya. Kelibatnya langsung aku tidak nampak dari pagi hingga lah dah tamat kelas. Miss Liya dan Miss Kyla sahaja yang mengajar dan membantu kami berlatih sewaktu di dalam kelas tadi.
Hairan.
Ke mana dia pergi?
Selalunya dia akan berada di dalam kelas kami. Kata guru ganti, tetapi kenapa tak masuk kelas kami?
Ah, apa-apa sahaja lah. Yang penting, aku yakin lelaki itu ada di dalam office. Mungkin sibuk. Hari ini aku perlu juga jumpa dia. Aku sudah menyuruh Tiya pulang dahulu. Tidak mahu menyusahkan gadis itu untuk menunggu aku.
Melihat wajah Tiya tadi kelihatan sungguh penat. Letih. Aku faham dan aku pernah mengalami seperti Tiya. Penat sangat-sangat. Kalau ada kelas tambahan, lewat malam lah kami pulang ke rumah. Tetapi semua itu sudah biasa untuk kami.
Lama aku duduk di kerusi sambil menunduk memandang lantai putih bersih itu. Dah hampir sejam lebih aku menunggu diluar office nya. Rasa nak menyerah pun ada. Mungkin lelaki itu tiada di sini dan sibuk dengan kerjanya di luar.
Keluhan kecil terlepas di bibir. Beg kertas yang setia berada di sebelah, aku capai. Melihat jam sudah tepat pukul 6. Aku perlu pulang segera.
Lantas aku berdiri, tetapi tidak jadi melangkah pergi apabila pintu office yang berada dihadapanku itu sedikit terkuak dari dalam. Tidak jadi terus untuk aku pulang. Serentak itu kami bertentangan seketika. Lama aku merenung anak mata berwarna biru itu yang baru keluar dari pejabatnya.
Entah kenapa, boleh terkaku pula aku di situ. Terpukau dengan mata cantiknya. Aku yang tadi mendongak ke atas memandangnya yang tinggi lampai itu, kini terkebil-kebil melarikan pandangan ke tempat lain. Telan liur seketika apabila dia perasan.
"Ehem-ehem...” Lelaki itu berdehem. Aku pula yang berdebar-debar tiba-tiba. Tadi bukan main lagi berani nak berhadapan dengan dia.
Atas bawa aku memandangnya. Berpakaian kemeja hitam dan lengan bajunya di lipat hingga siku mampu buat para wanita cair melihat dia yang sungguh kacak ini. Aku cuba kuatkan diri. Lawan! Jangan sampai tergoda dengan dia!
"What do you want?” Soalnya dengan renungan tajamnya menikam anak mataku. Huh, kecut perut pula hendak membalas renungannya itu.
"Err...Nah.” Terketar-ketar aku menghulurkan beg kertas tersebut pada lelaki itu.
"What is this?” Soalnya tanpa menyambut beg kertas yang dihulur olehku.
"Ambil lah.”
Lambat-lambat lelaki itu ambil. Senyuman segaris terukir di bibirku. Harap dia gembira dan bertanggungjawab seperti yang aku lakukan sekarang. Bukan sebab aku suka dia. Tidak! Sebab aku nak dia tahu, aku seorang yang bertanggungjawab. Bukan seperti dia. Acah-acah poyo, berlagak. Tapi tak bertanggungjawab!
Aku hanya perhatikan dia membuka beg kertas tersebut lalu mengeluarkan isi di dalamnya. Berkerut-kerut dahinya melihat isi di dalam itu.
"Saya nak ganti semula baju kemeja awak yang dah saya kotorkan pada tempoh hari yang lepas. Saya harap awak suka. Sebab saya ni bukan macam orang tu. Tak bertanggungjawab. Bila jumpa semula, buat-buat masalah tu macam dia yang tak buat salah.” Sempat aku perli dia. Dia yang faham aku sedang menyindirnya, tersenyum senget.
Sinis!
"Baju saya mahal. Saya tengok ni pun dah tahu ini pasti baju murah, right?” Dia menjongketkan kening sebelahnya. Hati aku pula panas. Dah tolong gantikan boleh pula dia cakap begitu. Haih, memang nak kena makan penumbuk aku ke si mamat poyo ni!
"Hei, awak perlu berterima kasih tau dekat saya! Tak bersyukur langsung!” Jelingan maut aku hadiahkan padanya yang sudah tersenyum sinis.
"Err...Saya nak tengok awak pakai. Muat tak? Sebab saya tak tahu saiz badan awak. Tapi saya tengok badan awak ni mungkin double XL.” Sengaja aku sindir dia lagi. Biar hati dia panas. Sebaliknya, aku tahu saiz nya. Melihat tubuhnya kurus, tegap dan tinggi. Entah lah sesuai atau tak kemeja itu ditubuhnya.
"Pakai sekarang?” Soalnya. Aku pula rasa nak ketuk kepala dia. Boleh tanya lagi.
"Ye la.”
"Sure?” Soalnya lagi dengan pandangan misteri. Aku pula yang bingung dan hanya membalas dengan anggukkan kepala.
Dia tersenyum sinis. Senyuman penuh misteri.
Membuatkan aku tersentak dan mahu melarikan pandangan apabila dia dengan selamba sahaja membuka baju yang dipakai. Dibuka satu-satu butang baju kemeja hitam yang dipakai olehnya sekarang.
Aduh, mamat ni betul ke tak betul? Kalau nak cuba baju pun tukar lah dekat tempat lain. Jangan lah depan aku!
Kedua-dua telapak tangan naik menutup mata. Ya Allah, jantung aku lemah selemahnya. Gila betul mamat ni!
"Why, girl? Why are you closing your eyes?” Soalnya dengan nada seksi. Haih, geram pula aku saat ini. Sengaja nak kenakan aku ke apa mamat ni?!
"Err...Tu, awak tu! Kalau nak tukar baju pun tukar lah di tempat lain! Kenapa di depan saya? Malu la!” Marahku pada Mr.Chris yang sudah tidak betul. Terkebil-kebil aku menutup mata. Berharap aku tidak buat kerja gila untuk buka mata.
Kedengaran suara lelaki itu ketawa. Sedikit terkejut tetapi aku tetap berkeras tidak mahu membuka mata.
Apa yang lucu?
"Are you scared, hm?” Soalnya lembut. Tetapi dapat kurasakan dia sedang berjalan menghampiriku. Sedikit demi sedikit aku berganjak sehinggalah aku terduduk di atas kerusi semula.
"Isy, jangan main-main boleh tak! Tukar baju tu dekat tempat lain, bukan di sini!” Marahku lagi. Rasa nak menangis pun ada. Rasa nak cekik mamat ni pun ada tapi takut hendak buka mata.
Suasana secara tiba-tiba menjadi sunyi sepi.
Diam.
Sedikit bingung. Ke mana lelaki itu pergi? Kenapa senyap? Apa yang dia tengah buat.
Aku sedikit tersentak apabila kedua-dua pengelangan tanganku digenggam lembut oleh seseorang lalu dia menarik lembut kedua-dua tanganku agar berjauhan daripada mataku yang tertutup tadi.
Walaupun tanganku ditarik tetapi mataku tetap tertutup rapat. Takut sangat-sangat hendak buka mata. Fikiran dah macam-macam aku fikir. Mana lah tahu nanti aku buka mata tiba-tiba lelaki itu tidak berpakaian bagaimana? Ah, scary nya!
"Open your eyes, mia bella.” Lembut suaranya membuatkan aku sedikit tergamam. Kata-kata ini pernah muncul di dalam mimpiku. Suara lelaki yang pernah muncul dalam mimpiku itu juga sangat mirip dengan suara Mr.Chris.
Telan liur seketika untuk aku membuka mata. Terbeliak biji mataku apabila melihat jarak kami berdua semakin dekat, dekat dan sangat-sangat dekat. Lagi beberapa inci sahaja lagi wajah lelaki itu mahu melekat dengan wajahku. Wangiannya menusuk ke dalam hidungku. Wangi! Baunya sangat aku kenal. Ini pertama kali aku dapat lihat anak mata birunya dekat-dekat. Sumpah cantik. Cair pula aku melihat lelaki mat salih depan aku ini.
Entah kenapa, saat ini diriku bagaikan dirasuk. Syaitan mula berbisik mahu menyentuh kulit putih bersih wajah lelaki itu. Hati yang sudah tergoda dan termakan dengan bisikan syaitan inginkan mencium bibirnya yang merah-merah jambu itu. Nafsu mula menguasai diri. Dia lelaki yang sungguh sempurna. Untung siapa yang dapat memilikinya.
Diri yang sudah digoda dan dirasuk dengan syaitan saat ini membuatkan keinginanku mahu sangat-sangat. Teringin dan mahu buat benda yang tak akan pernah aku lakukan seumur hidupku.
Perlahan-lahan aku mendekatkan wajahku ke wajahnya. Mata birunya dan bibirnya selang-seli aku merenung. Cantik dan mampu buatkan aku mahu menyentuhnya. Lagi sedikit dan sedikit lagi, bibirku hampir dekat dengan bibir lelaki itu dan mahu mencium bibir lelaki itu dan.....
"Ehem!”
Gulp!
Astaghfirullahalazim!
Ya Allah, apa aku dah buat ni? Alhamdulillah, Tuhan selamatkan aku dan lindungi aku daripada buat kerja gila. Ya, gila! Kalau aku lakukan juga, hari ini aku dah buat kerja gila dan aku takkan maafkan diriku. Iman tidak kuat. Senang setan mahu goda. Ya Allah, kenapa lah aku boleh ikut nafsu. Ampunkanlah segala-gala dosa hamba pada hari ini. Astaghfirullahalazim!
Apa yang kau dah buat ni, Bella?
Cepat-cepat aku meraup wajah. Lelaki itu yang tadi duduk mencangkung berhadapan dengan aku kini kembali berdiri tegak dengan kemas berpakaian kemeja putih. Haih, cepat betul dia sarung baju ni ke tubuhnya.
Terkebil-kebil aku memandangnya dan berdiri semula lalu mendongak kepala memandang wajahnya yang tinggi lampai itu. Lelaki itu menjongketkan kening sebelah. Aku hanya menggeleng. Memberi isyarat yang aku baik-baik sahaja. Kembali semula pada pakaian yang sudah kemas tersarung di tubuhnya.
Wow!
Terkejut aku melihatnya. Cantik. Nampak terlebih kacak pula. Haih, orang mat salih dari Italy memang semua handsome-handsome ke macam mana? Kacak teruk! Mencuba agar tidak cair dengan penampilannya.
"Oky?” Soalnya mahu aku memberi respon dengan pakaian yang sudah kemas tersarung ditubuhnya. Senyuman kecil terukir dibibir.
"Yeah, oky. Saya gembira sangat-sangat sebab kemeja ni muat dan sesuai dengan awak.” Ucapku gembira. Tak sia-sia beli.
"Kenapa? Awak ingat saya ni gemuk sangat ke?” Dia kembali berjalan mendekatiku. Cepat-cepat aku berganjak. Tidak mahu jadi seperti tadi. Bahaya!
"Errr...Memang! Awak tu gemuk!” Sengaja aku sakitkan hati dia. Biar dia rasa!
Lelaki itu hanya senyum senget. Aku dengan spontan memeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arahnya.
"By the way, thank you.” Ucapnya dengan senyuman. Gembira la tu. Tapi barang aku tak ganti-ganti lagi. Hm!
"Thank you aje?”
"Habis tu awak nak apa? Kiss?”
Tersentak aku mendengar. Lelaki ni kalau dah cakap, memang dia akan buat. Bahaya! Dah la dia tak betul. Buatlah tiba-tiba dia benar-benar lakukan apa yang dia cakap tadi itu bagaimana?
"Isy, awak ni! Tak bertanggungjawab langsung lah.” Harap sangat dia faham dengan maksud aku itu. Lelaki itu hanya senyum senget.
"Dah lah, saya nak balik!” Beg sukan aku galas di bahu lalu berjalan pergi tetapi lenganku sempat digenggam olehnya membuatkan langkahku terhenti.
Kasar aku menepis. Sumpah aku tidak suka orang pegang aku sesuka hati. Walaupun berlapik tetapi tetap tidak boleh!
"Isy, awak nak apa lagi?” Marahku dengan hati yang masih panas.
"Sebagai tanda membalas jasa baik awak, saya nak belanja awak makan. Dan tanda terima kasih sebab gantikan baju saya ni.” Ujarnya sambil melipat lengan bajunya hingga ke siku. Penampilannya saat ini betul-betul berubah. Terlebih kacak!
"Err...Tak perlu lah sampai macam tu. Saya ikhlas. Lagipun saya kena balik sekarang. Dah nak malam ni.” Aku menolak pelawaannya. Terus kaki melangkah pergi tetapi dihalang lagi apabila lelaki itu sepantas kilat sudah berada dihadapanku menghalang jalanku.
"Follow me!” Nada suaranya keras. Aku hanya julingkan mata ke atas. Haih, aku gantikan baju baru aje. Bukannya bagi 1 juta pun.
Dengan lagak gentleman, dia membuka pintu keretanya untukku. Amboi, dah jadi ala-ala gentlemen pulak. Senyuman kecil yang mahu terukir di bibir cepat-cepat aku sembunyikan.
Terus aku masuk ke dalam perut kereta mahalnya itu. Tuannya pun kaya, pastilah semua benda yang dia ada juga mahal dan mewah.
Dia kembali ke tempat duduk pemandu lalu menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi daripada kawasan ini. Diam hanya menemani kami sepanjang perjalanan itu. Tidak tahu mahu bercakap apa. Sesekali rasa kekok pun ada.
"Errr...Kita nak pergi mana ni?”
Risau?
Ya, risau dan takut kerana aku tidak pernah langsung keluar dengan lelaki lain. Boleh dikatakan ini pertama kali aku keluar dengan lelaki yang tidak aku kenal dan tidak rapat. Kalau Zyan tu tak apa lah kerana aku kenal dia dari sekolah lagi. Tapi kalau dengan mat salih sebelah aku ni rasa canggung pula.
Dia hanya diam tidak menjawab membuatkan hati aku rasa sungguh menggelegak api kemarahan saat ini. Pandangan dilemparkan di luar tingkap. Melihat suasana kota Venice pada waktu senja. Dah nak malam.
Hampir lama juga kami berdiam diri tetapi diam aku bertukar menjadi takut dan keadaan menjadi tegang apabila melihat Mr.Chris yang berwajah tenang memandu dengan sangat laju.
Ngeri. Takut. Semuanya ada. Bermacam-macam perkara dah aku fikir kalau tiba-tiba Mr.Chris tidak dapat memberhentikan kereta ini memang tak sempat aku balik ke Malaysia jumpa dengan ayah.
"Ya Allah, Mr.Chris! Apa yang awak buat ni?” Soalku dengan perasaan takut. Jantung makin hebat berkencang. Rasa nak menangis pula saat ini. Ada juga rasa nak lompat keluar dari kereta ini. Tapi aku tahu. Itu semuanya kerja gila. Tak akan aku lakukan perkara sebegitu.
Sempat aku menoleh memandang sisi wajah Mr.Chris yang sedang memandu itu. Wajahnya bertukar serius. Kecut perut hendak di pandang. Lelaki itu asyik sibuk memandang cermin yang menghala di belakang dan satu cermin sisi.
Kenapa?
Ada orang ikut kami ke?
Aku sudah mula tidak sedap hati. Takut jika jadi apa-apa pada kami. Melihat di cermin yang menghala di belakang membuatkan aku terkejut apabila ada dua buah kereta berwarna hitam sedang mengikuti kami dari belakang.
Membuatkan jantung aku hampir terkeluar apabila Mr.Chris dengan selambanya membawa kereta hampir terlanggar kereta lain. Sedikit sahaja lagi keretanya hampir berlaga sisi dengan kereta orang lain. Mungkin dia pemandu kereta yang handal, berjaya mengelak lalu menambahkan kelajuan keretanya membuatkan jantung aku hampir sahaja mahu terloncat keluar.
Aku hanya mampu memejam mata rapat-rapat. Beristighfar banyak-banyak moga Allah lindungi aku pada hari ini. Ya Tuhan...
Dengan secara tiba-tiba lelaki itu menggunakan brek kecemasan membuatkan kepalaku hampir terhantuk di cermin hadapan. Nasib baik sempat menghalang.
"Are you oky?”
Perlahan-lahan aku membuka mata. Memandang lelaki yang berada di sebelahku, jelas wajahnya risau. Lama dia merenungku. Aku hanya mengangguk. Senyuman cuba diukir. Jantung masih berdegup laju.
"Sure?”
"Yeah, I'm oky.”
*******
"Siapa orang yang ikut kita tadi? Orang jahat ke? Saya takut, tahu tak?” Memang takut. Takut sangat. Kalau orang itu baik, kenapa Mr.Chris membawa kereta tadi dengan sangat laju. Pasti ada sesuatu perkara yang tak kena.
Sudu dan garpu yang berada di dalam genggamannya diletakkan di atas pinggan dengan wajah yang sedikit serius. Mulut masih mengunyah sisa makanan. Aku pula rasa tidak sedap hati. Aku ada salah cakap ke?
Tajam dia memandangku. Kecut perut hendak dibalas renungannya.
"Nothing.”
Hanya sepatah perkataan yang diberi. Ringkas. Mampu buat hati aku panas. Geram. Itu bukan jawapan!
"Isy, awak ni! Itu pun nak berahsia ke? Cakap je lah. Saya tak bagitahu sesiapa pun. Promise.” Dengan berwajah polos, aku mengangkat jari kelengkengku pada Mr.Chris. Biar dia tahu yang aku betul-betul janji sebaliknya aku memang nak tahu dia siapa. Lelaki ini sangat misteri. Aku yakin dia banyak rahsia yang disimpan tanpa aku tahu.
"Tak ada apa lah. Saya saja bawa kereta laju tadi.”
"Sebab nak kenakan saya? Eee! Awak ni memang jahat lah!” Aku mula mencebik. Tiada mood dah nak makan. Aku terus memeluk tubuh sambil menjeling ke tempat lain.
"Yes. I'm bad boy. Lelaki jahat. Nakal!” Akuinya membuatkan aku sedikit terkejut. Melihat wajah serius itu bertukar nakal. Senyuman sinis.
Aku hanya diam. Tidak membalas. Melihat lelaki itu sedap menikmati makanan tetapi aku masih merenung steak BBQ di depan mata. Terkeliur tu memang terkeliur dan mampu buat perut aku menjerit-jerit meminta di isi. Dari tengah hari lagi aku lupa nak lunch. Tapi, was-was untuk aku makan makanan tersebut kerana otak sedang serabut memikirkan adakah makanan ini halal? Senang cerita, di sini memang susah hendak mencari kedai makan yang halal.
"Kenapa tak makan? Tak akan nak tengok aje?” Soal lelaki itu apabila perasan makanan aku tidak terusik.
Telan liur aku seketika.
"Err...Memang lah saya nak makan. Tapi...” Gagap aku bersuara.
"Tapi apa? Makan pakai niat?”
Tajam aku memandang lelaki itu. Amboi, kalau bertikam lidah memang selalu dia aje kuat sindir orang lepastu dia je selalu menang. Sakitnya hati aku ni!
"Mana ada! Err...Saya...Saya takut nak makan.” Aku harap sangat dia faham.
"Kenapa?” Soal lelaki itu tenang. Coffee perlahan-lahan dihirup. Aku masih gagap mencipta ayat yang hendak diberikan pada Mr.Chris.
"Saya takut makanan ni tak boleh untuk saya.”
Berkerut-kerut wajah Mr.Chris. Pasti dia bingung dengan kata-kata mengarut aku itu. Tidak jelas!
"Kenapa? Awak ada penyakit allergic makanan ke?” Soal Mr.Chris dengan wajah yang mulai risau.
"Err...Aduh, macam mana aku nak cakap kat mamat ni ya?” Bisikku sendiri sambil kepala yang tidak gatal dan terselindung dengan tudung aku garu. Mencari ayat yang hendak diberikan pada Mr.Chris
"Err...Saya takut makanan ni ada babi.”
Laju aku bersuara dengan spontan aku menutup mulut. Memang aku takut pun. Mana lah tahu ini kedai makan bukan halal. Lelaki itu memang bukan Islam, memang boleh dia makan makanan sebegini dan tidak bagi aku seorang Muslim. Haram!
Mr.Chris hanya ketawa kecil. Aku hanya ketap bibir. Dia masih tidak henti-henti ketawa.
"You so funny, Bella. Don't worry lah. Kat sini semua makanan berkhasiat. Saya tahu dan saya faham awak tak boleh makan makanan begitu. Saya hormat agama awak, tapi untuk makanan ni awak jangan risau. Semuanya sihat-sihat. Kalau awak takut sangat dan tak percaya dengan apa yang saya cakap, awak boleh tengok di sana. Ada satu pasangan yang berasal dari Arab Saudi. Kalau makanan di sini tidak boleh di makan oleh orang Muslim seperti awak, pastilah mereka tidak akan datang dan tidak akan makan di sini.”
Panjang lebar dia jelaskan pada aku yang sudah was-was hendak makan. Dengan itu, lantas aku menoleh memandang pada satu pasangan yang dikatakan oleh Mr.Chris tadi. Mesra mereka bersembang sambil makan bersama.
Jadi, boleh dikatakan kedai ini halal dan semua orang islam boleh singgah makan di sini. Aku bersyukur sangat-sangat kerana Mr.Chris faham dan menghormati aku. Satu senyuman terukir di bibirku. Dengan bacaan bismillah, aku mencapai sudu dan mula makan.
Satu suap sudah berjaya masuk ke dalam mulut sambil mata memerhatikan sekeliling kedai makan ini. Mewah dan romantik. Indah dan tenang apabila lagu 'All of me' dimainkan dengan alat muzik piano.
Tersenyum aku melihat pasangan yang berada di sebelah kami. Sweet dan romantik sedang bergelak-ketawa bersama. Menambahkan lagi romantik sehingga aku tersenyum apabila seorang lelaki menyarungkan cincin pada jari manis kekasihnya. Auw! Sweetnya!
Melihat kekasihnya gembira dilamar oleh lelaki tersebut. Tak lepas-lepas aku memandang mereka yang sedang hangat bercinta. Senyuman terukir mekar di bibir.
"Why are you smiling? You want a partner like that?” Suara garau itu membuatkan aku tersedar ke alam nyata. Terus tak jadi nak berangan ada bersama bakal suami. Ah, bakal suami aku pun aku tak tahu siapa dah nak berangan jauh.
Terkebil-kebil aku memandang Mr.Chris yang berwajah tenang memandangku.
Aku ketawa kecil. Menghilangkan rasa canggung bersamanya.
"Err...Tak. Saya cuma suka melihat pasangan romantik tu. Sweet!” Tak dapat aku sembunyikan senyumanku, akhirnya mekar di bibir.
"Why? Awak tak pernah ada boyfriend?” Soal lelaki itu sambil menjongketkan kening sebelahnya. Terkebil-kebil untuk aku jawab. Nak diamkan aje ke atau jawab ya?
"Err...Jom kita balik. Dah lewat ni. Nanti housemate saya risau.” Sengaja aku tukar topik. Memang hati saat ini hendak pulang. Tidak mahu lama-lama diluar bersama lelaki, lagi-lagi berdua-duaan sebegini.
"Wait. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih sebab awak dah gantikan baju saya dengan baru. Saya harap awak dah tak ulangkan lagi kesalahan awak tu!” Kedengaran seperti amaran keras pada hujung ayatnya itu. Amboi, mamat ni cakap aje lebih. Aku punya teddy bear pun tak digantikan dengan baru lagi!
"Hm, ye la. Saya nak minta maaf. Tapi, saya harap juga orang tu akan gantikan barang saya juga. Dah lama tunggu ni.” Kataku tanpa memandangnya. Dia yang sudah faham dengan maksudku hanya ketawa kecil.
Ketawa sinis.
*******
"Terima kasih sebab belanja saya tadi. Nanti kalau ada masa lagi saya belanja awak pulak. Saya balik dulu. Bye, goodnight.” Canggung yang teramat sangat saat ini. Rasa tak sabar nak sampai di rumah. Aku tidak pernah keluar bersama lelaki lain yang tidak aku kenal. Kalau dengan Zyan tu, aku sudah anggap dia seperti adik aku dan aku sudah biasa keluar dengan dia. Tapi jarang kami berdua keluar berdua-duaan. Kalau berjumpa pun pasti Tiya akan ada sekali.
"Oky, take care.” Ayat itu sedikit ditekan. Aku pula yang bingung. Wajahnya bertukar serius. Dapat kulihat wajahnya juga ada terselit dengan rasa gelisah. Risau.
Aku hanya mengangguk lalu senyum manis ke arahnya. Memastikan dia yang aku baik-baik sahaja. Meminta diri dahulu lalu terus aku melangkah keluar daripada keretanya. Dia masih tidak bergerak pergi malah menunggu aku sehingga aku naik ke tingkat atas.
Huh, caring betul ya dia dengan aku. Sweet juga Mr.Chris ni walaupun muka tu serius 24 jam macam ayah.
Eh, ayah!
Ya Allah, rindunya aku dekat ayah. Jam sudah tepat pukul 9 malam. Aku perlu segera hubungi ayah. Kalau aku tidak hubungi ayah, pasti ayah di sana akan risau keadaan aku. Tetapi saat ini aku benar-benar rindukan ayah.
"Assalamualaikum!” Pintu rumah berkali-kali aku ketuk. Takut pula kalau Tiya dan Fiqah sudah tidur. Paling lewat pun kami akan tidur pukul 10 atau 11 malam. Kalau tidur lewat mata auto jadi panda, hahaha.
"Waalaikumusalam...” Pintu dibuka dari dalam.
Tiya!
Serabai rambutnya dengan wajah yang masih mamai. Aku ketawa kecil. Rasa bersalah pun ada dah kacau dia tidur.
"Hm, lewat kau balik.” Beg sukan terus aku lemparkan di atas katil. Tubuh saat ini rasa benar-benar letih. Penat yang teramat. Esok seperti biasa masuk kelas awal. Huh, penat berlatih. Tetapi demi pertandingan untuk kami menang, tak akan aku sia-siakan peluang yang ada.
"Errr...Mr.Chris tu belanja aku makan. Katanya, sebagai tanda terima kasih sebab aku dah gantikan baju dia tu.” Kataku sambil membuka pin-pin yang berada di tudung di kepalaku.
Tiya kembali merebahkan tubuhnya di atas katil. Walaupun masih mamai, tetap mahu tahu ke mana aku pergi tadi dan sempat membawang. Hm, itu lah makcik Kiyah.
"Oh. Tapi kan, kau tak rasa ke Mr.Chris tu macam suka dekat kau?” Mata masih tertutup tetapi mulut tetap bercakap.
Berkerut dahiku dengan kata-kata mengarut Tiya itu. Dah mamai, entah apa yang dia cakap pun aku tak tahu. Merepek!
"Isy, gila lah kau ni Tiya! Sambung je lah mimpi kau tu. Aku nak mandi jap. Merepek aje lebih.” Tuala terus aku capai lalu melangkah masuk ke dalam tandas. Sempat Tiya ketawa kecil. Dalam waktu mamai begitu sempat lagi lah dia kenakan aku.
Tapi bila dengar kata-kata Tiya tadi buatkan aku rasa nak jumpa dia lagi. Tak sabar hendak bertemu dengan dia walaupun hati tetap tidak puas hati.
Jangan-jangan kau dah terjatuh cinta dengan dia, Bella?
Impossible!
Lelaki itu tidak sesuai dengan aku. Dia orang kaya bukan seperti aku orang sederhana. Kalau aku suka dia pun, boleh ke dia terima diriku yang tidak sempurna ini? Agama lain-lain. Dia non muslim dan aku perempuan muslim. Sangat tidak kena dan sampai bila-bila pun tak akan bersama.
*********
"Hm, untung lah dapat keluar dinner dengan Mr.Chris yang handsome tu.” Usik Tiya sewaktu kami sedang sibuk mengemas locker untuk pulang. Sesi berlatih sudah tamat pada pukul 12 tengah hari.
Hari ini latihan tidak lama. Mula pukul 8 pagi tamat pukul 12 tengah hari. Huh, boleh lah aku rehat sekejap di rumah dan hubungi ayah menanyakan khabar ayah di sana. Semalam aku cuba hubungi ayah, tetapi tidak dapat. Mungkin ayah sibuk.
"Isy, kau ni! Jangan fikir bukan-bukan boleh tak?! Malam semalam dia yang belanja aku makan sebagai tanda terima kasih sebab aku dah gantikan baju dia yang baru tu. Bukan dating!” Jelingan tajam aku hadiahkan pada Tiya yang sudah sengih-sengih di sebelahku.
Pintu locker aku tutup setelah selesai mengemas beg sukan dan menukar pakaian. Beg sukan digalas di bahu. Mahu pulang segera tetapi perut pula sudah berdandut di dalam meminta di isi. Aduh...
"Jom!” Ajak Tiya apabila dia sudah selesai mengemas beg sukannya. Kami berdua berjalan bersama-sama keluar daripada locker room yang masih ramai lagi pelatih-pelatih yang sedang sibuk mengemas locker mahu pulang.
"Err...Aku lapar lah. Jom kita singgah dekat kafeteria dulu isi perut.” Ujarku. Bersyukur kerana Tiya setuju. Sampai sahaja di kafeteria tempat pelajar mengisi perut dan berehat, kami berdua terus melabuhkan duduk di kerusi.
Belum sempat untuk aku duduk, ada satu suara menyentakkan kami berdua. Terus tidak jadi duduk. Aku dan Tiya bersama-sama menunduk hormat pada orang itu. Dia orang besar di tempat ini, pastilah kena tunduk hormat.
"Hi, Mr.Chris.” Ramah Tiya sapa Mr.Chris yang tiba-tiba muncul. Aku hanya menunduk.
"Hi.” Sapa Mr.Chris mesra.
"Hi...” Aku cuba mengangkat wajah memandangnya. Senyuman cuba diukir di bibir. Entah kenapa, hati ini rasa kekok pula jika berdepan dengannya. Kalau tak jumpa dia, tercari-cari pula susuk tubuhnya. Bila dah jumpa rasa canggung tu tebal pula di hati.
Dia hanya membalas dengan senyuman. Aku kembali menunduk. Seketika menjadi budak polos yang tidak tahu apa-apa. Hahaha.
"Can I take you both out for lunch with me?” Soalnya tiba-tiba. Lagi kuat bunyi perutku saat ini. Aku kemam bibir. Malunya. Tiya dan Mr.Chris sudah ketawakan aku. Wajah aku sudah mula berbahang malu!
"Yeah, sure. After all, I need to go home right away. My friend is hungry. Thank you Mr.Chris, bring my friend lunch with you.” Nada suara Tiya benar-benar sengaja mahu kenakan aku. Sengaja betul makcik Kiyah ni nak bagi aku tinggal lagi bersama Mr.Chris!
Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Aku sudah terkebil-kebil mencari idea untuk menolak pelawaannya.
"Hei, Tiya! Kau sengaja kan nak kenakan aku lagi? Aku tak nak keluar dengan dia berdua-duaan lah! Cukup lah malam tadi, sekarang kau temankan lah aku pulak!” Bisikku pada telinga Tiya sambil menarik-narik lengan gadis itu agar dia tidak pergi meninggalkan aku.
"Alah, kau pergi je lah. Jangan risau, Mr.Chris ni baik orangnya. Dia tak akan apa-apa kan kau lah. Muka dia memang serius gitu. Tapi, handsome. Dah, pergi cepat. Kau pun cakap kan, rezeki jangan ditolak! Dia nak belanja kau tu.” Balas Tiya dalam nada bisikan.
Eee! Geram pula aku dengan makcik Kiyah sorang ni. Nak aje aku cubit dia tetapi cuba dikawalkan di hadapan Mr.Chris yang sudah berkerut-kerut dahinya memandang kami berdua yang bagaikan terkebil-kebil mahu menolak pelawaannya. Sengaja betul lah makcik Kiyah ni!
"Eee! Aku tak nak la!” Bisikku lagi dalam nada marah. Tapi Tiya tidak endahkan malah lagi mengusik.
"Errr...Hello, assalamualaikum abah. Abah sihat? Apa khabar?” Tiya sudah mengeluarkan telefon bimbitnya lalu berjalan jauh daripada kami. Saja buat-buat ada orang hubunginya. Erh! Geram aku!
Sekarang tinggal lah kami berdua yang masih terkaku seperti patung. Aku mahu menarik lengan Tiya tadi agar dia tidak pergi meninggalkanku, tetapi aku gagal menariknya kerana dia sudah melangkah laju pergi meninggalkan kami berdua di sini.
Walaupun mata memandang lantai bawah, dapat kurasakan yang lelaki itu sedang merenung aku lama. Dengan renungannya yang sungguh tajam. Tetapi, terselit satu perasaan rahsia yang tidak dapat aku teka dan tidak dapat aku ungkapkan. Lelaki ini sungguh banyak berahsia.
"Follow me.” Keras nada suaranya. Pasti takut aku lari, sebab itu lah dia berkata begitu. Haha.
Dia sudah berjalan dihadapan sambil itu aku yang berada dibelakangnya, sempat mengutuknya. Rasa nak tumbuk aje dia yang tinggi lampai itu. Eee! Kalau lah penumbuk ni naik ke muka dia, memang dah tiada rupa kacak dia tu!
Aku yang tadi acah-acah mengangkat penumbuk dibelakangnya sedikit terkejut apabila pengelangan tanganku dipegang oleh seseorang.
"Are you cursing me?” Tajam renungannya menikam anak mataku. Cepat-cepat aku menarik tanganku daripada genggamannya. Mengerikan.
"Err...Mana ada! Awak tu, jalan lambat sangat. Lembab!” Ujarku sambil memeluk tubuh. Jelingan dilepaskan di tempat lain tetapi jantung makin hebat berdetak.
"Oky, kalau macam tu awak jalan dulu. Saya jalan belakang. Kalau awak jalan lambat, saya dukung awak aje la. Cepat sikit.” Lelaki itu tersenyum sinis. Aku yang sudah gelabah takut, laju berlari berjauhan daripadanya.
Huh, bahaya betul mamat ni!
Sampai sahaja di luar kelas, Mr.Chris mengarahkan aku agar menunggu diluar pagar kerana dia mahu mengambil keretanya.
Kalau melihat sekolah besar ini dari luar memang nampak macam University. Tapi kalau masuk dalam, semua tempat ballet. Studio dia besar dan gelanggang gymnastik besar mampu 600 lebih orang boleh masuk. Huh, memang besar. Kalau sesat ni, aku tak tahu la.
Duduk di labuhkan di sebuah kerusi. Kedua-dua telapak tangan aku gosok perlahan-lahan. Sejuk pula rasanya. Pipi sudah beku. Sejuk gila! Tubuh mula menggigil. Angin berdesir lembut dan dingin. Nasib baik lah aku sudah siap pakai jaket tebal tadi. Kalau tak, mahu beku satu badan.
Melihat Mr.Chris seperti sudah biasa di sini. Berkemeja dan dia juga memakai jaket tebal. Kalau aku tak cukup dengan itu, perlu pakai t-shirt lebih 2-3 helai dan jaket paling tebal. Di sini mula sejuk. Tapi nyaman dan tenang. Venice kota paling indah dan romantik.
Aku masih menunggu kedatangan Mr.Chris yang baik hati mahu bawa aku makan tengah hari bersamanya. Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain? Hmm...
Sedang sibuk aku mengelamun panjang, dapat kulihat seseorang lelaki berjaket tebal berwarna hitam sedang berdiri jauh daripada aku dan dia juga memandang ke arahku.
Kiri kanan aku toleh kut-kut dia pandang aku tetapi di tempat lain. Aku sahaja yang perasan. Tapi, kalau dilihat sekali lagi memang di sini tiada orang. Hanya aku seorang kerana yang lain sudah pulang. Teguk liur aku seketika. Takut!
Wajahnya tidak dapat aku lihat dengan jelas kerana terselindung dengan topi hitam yang dipakai. Tak lama itu, sebuah kereta GTR berwarna hitam bergerak dan berhenti dihadapanku.
Mr.Chris.
Lelaki itu menurunkan tingkapnya dan mengajak aku masuk ke dalam keretanya. Huh, semalam kereta Ferrari, sekarang kereta GTR pulak. Banyak betul keretanya.
Sebelum aku melangkah masuk ke dalam kereta lelaki itu, sempat mata memandang lelaki yang berjaket hitam tadi. Dia masih memandang ke arahku. Bertambah laju jantungku saat ini. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta itu, saat ini barulah aku berasa selamat walaupun masih tersisa berasa ada seseorang masih memerhatikan aku daripada jauh.
Siapakah lelaki itu?
Hai assalamualaikum gais! I'm comeback....huwaa dah lama tak update sebb author busy dengan assignment! I'm so sorry sebb dh tinggalkan story ni lama and tak update²....HAHAHAH...And now, alhamdulillah author dah ada masa untuk update story kesayangan korang nih ... hahahaha InsyaAllah author akan update selalu...kesian korang, mesti ada yang rindu dekat Mr.Chris kan? hihihi
Share this novel