• { BAB 9 } •

Romance Series 49049

Baju kemeja putihnya sudah basah dek air coffee aku yang tertumpah di atas bajunya. Dah lah air coffee aku ni panas, memang menggelupur lah lelaki itu menahan sakit. Aku pula rasa serba salah. Rasa blur pun ada saat ini. Tak tahu nak lakukan apa-apa pada orang yang telah terkena air coffee panas aku ni.

Melihat di dalam cup coffee sudah habis tertumpah atas bajunya. Lelaki itu membuka kot hitamnya, kemeja putihnya dibuka satu-satu butang membuatkan aku sudah tidak tentu arah. Gila ke mamat ni nak buka baju tengah-tengah orang ramai lalu-lalang ni?

Tiya cepat-cepat mendapatkan aku. Aku sudah berpaling wajah memandang ke tempat lain. Tidak mahu memandang ke arah lelaki itu. Tetapi, sempat mataku melihat Zyan yang tadi berada di sebelahku gelabah memakai topi hitamnya lalu berjalan pergi meninggalkan aku dan Tiya. Aku pula panas hati saat ini apabila dia meninggalkan aku dan Tiya dalam keadaan begini. Bukan nak tolong! Cakap je kawan baik!

"Errr...Sorry.” Aku dan Tiya saling berpandangan apabila lelaki itu sudah menanggalkan butang kemejanya dan hanya menampakkan dada bidangnya dan perutnya. Aku tidak berani nak pandang. Hanya mampu melarikan pandangan agar tidak memandang lelaki yang berada di hadapan aku itu yang sudah separuh seksi.

"Sorry? Hei, your friend has soiled my shirt!” Bentak lelaki itu. Marah sangat gamaknya kerana aku telah terlanggarnya tadi. Tapi, aku rasa dia yang salah sebab jalan begitu laju sampai terlanggar bahu aku. Padan muka! Kemejanya sudah makan dengan air coffee panas aku. Hahaha. Rasa nak aje gelak jahat di hadapannya. Jalan tak pakai mata lepastu nak salahkan orang!

"Aduh, apa yang kau dah buat ni Bella? Kau tengok mamat tu dah marah. Kalau dia suruh ganti balik baju dia macam mana?” Bisik Tiya yang juga turut menjaga pandangannya agar tidak memandang lelaki dihadapan kami ini yang sudah separuh seksi.

"Mana lah aku tahu. Dia lah yang salah, main jalan laju-laju lepastu terlanggar orang. Padan muka baju dia dapat air coffee panas aku ni!” Aku memeluk tubuh sambil melepaskan jelingan di tempat lain. Geram!

Dapat kurasakan yang lelaki itu sedang merenung tajam ke arah kami berdua. Aku tak rasa dia renung Tiya, tapi aku. Ya benar aku. Berderau darahku apabila dia berjalan mendekatiku. Kot hitamnya itu diberikan pada seorang lelaki yang berbadan sasa yang berdiri tegak di sebelahnya. Mungkin itu kawannya. Amboi, sado betul rakannya itu. Berwajah bengis merenung tajam ke arahku. Takut!

Aku telan liur. Semakin dia mendekat semakin aku berganjak ke belakang. Tak, aku tidak mahu memandangnya. Tolong lah jangan datang dekat padaku.

Erat-erat aku bersama Tiya memejam mata. Kuat-kuat aku memeluk lengan Tiya. Entah kenapa, aku terasa takut pula apabila dia mendekati kami. Jantung makin hebat berdetak saat ini. Ah, silap orang lah kau Bella kalau nak cari masalah dengan orang-orang sini. Jangan sampai satu hari nanti aku tak balik Malaysia.

"Hey, you! Awak perempuan yang.....” Kata-katanya terhenti dihujung ayatnya apabila dia merenung wajahku lama. Alamak, dia kenal aku ke? Boleh berbahasa Melayu lagi. Siapa lelaki ini?

Perlahan-lahan aku membuka mata. Melihat dia sudah berada di depan mukaku. Aku berganjak sedikit tidak mahu rapat dengannya.

Ya, ternyata benar. Aku kenal dia dan dia juga kenal aku. Lelaki ini lah yang aku masih tidak puas hati padanya. Dia belum gantikan lagi barang berharga aku. Ah, bersyukur pada Tuhan kerana memberi aku pertemuan kedua dengan lelaki ini. Memang aku tengah cari dia sekarang ini! Jumpa pun dia!

Segala-gala perasaan takut semuanya berterbangan entah ke mana dan ditukarkan dengan perasaan tidak puas hati. Aku cuba memberanikan diri bertentang mata dengannya. Jelas matanya berwarna biru. Cantik, tapi tidak mampu menenangkan hati aku yang dah nak meletop ini.

Aku merenung tajam ke anak mata birunya. Tidak mahu memandang bawah. Nanti segala-gala kekuatan dan keberanian aku hilang. Aku cuba menjaga pandangan. Bahaya untuk pandang tempat lain, nanti terpandang tempat lain dapat dosa percuma pulak.

"Eh, awak!” Aku tundingkan jari ke arah wajahnya. Muka dah berubah dengan riak tidak puas hati. Lelaki itu pula yang berubah wajah dengan terkejut.

Nasib baik lah dia boleh bercakap dalam bahasa melayu. Aku kagum dengannya. Tetapi, bukan pasal itu aku nak cakap sekarang ni. Aku yang tak puas hati lagi dengan dia ni aku tetap nak dia gantikan barang aku yang telah rosak dibuat olehnya!

"Yes, it's me. And you, I know you!” Tajam dia merenung aku kembali. Teguk liur aku seketika. Mengumpulkan lagi keberanian yang ada. Kau kuat Bella! Lawan dia!

"Err...Awak! Saya masih tak puas hati tau dengan awak ni! Jangan ingat awak selamat awak boleh pergi lari daripada saya!” Bebelku sambil bercekak pinggang dan merenung dia tajam. Tiya sudah menarik-narik lenganku untuk pergi. Dia pun dah takut, tapi aku masih belum puas hati dengan lelaki yang masih berada dihadapanku ini!

Makin bertambah panas hati aku apabila lelaki itu hanya tersenyum sinis. Bagaikan tidak takut dengan apa yang aku cakap tadi. Dia cabar aku ni! Geram pula aku saat ini. Orang marah, boleh pula dia senyum. Senyum sinis pula tu.

"Bella, dah-dah lah tu. Jangan lah bergaduh. Malu lah orang ramai pandang. Jom lah balik.” Bisik Tiya memujukku. Tetapi, aku tidak mahu pulang. Aku tetap mahu selesaikan masalah ini. Tak puas hati! Tak akan aku lepaskan lelaki itu begitu sahaja.

"Kau tunggu sekejap, Tiya. Masalah ini akan selesai selepas aku keluarkan taekwondo yang aku belajar dahulu. Hah, jangan sampai terjadi begitu!” Dengan kata-kata itu, lelaki dihadapanku yang faham dengan kata-kataku tadi hanya melepaskan tawa. Amboi, boleh pula dia ketawa ya!

"Now, siapa yang nak ganti baju saya ni? Awak ingat murah ke baju saya ni?!” Lelaki itu bersuara membuatkan hati aku lagi bertambah panas apabila dia menyuruh aku ganti bajunya yang sudah kotor dengan air coffee aku.

"Amboi, suruh saya ganti baju awak tu boleh pulak. Bila saya suruh awak ganti balik teddy bear saya yang awak dah buat jatuh sampai ke tanah kotor tu tak nak pulak ganti!” Aku memberanikan diri bersuara dalam nada sedikit meninggi.

"Hei, barang awak tu tak penting pun la. Murah! Baju saya ni mahal!” Jawabnya juga turut meninggikan suara.

"Saya tak kira, awak kena juga ganti teddy bear saya. Jangan ingat awak selamat! Saya tak akan lepaskan awak begitu sahaja!” Aku memberi amaran keras padanya. Kalau aku dah marah, memang semua perkataan yang tak sepatutnya akan keluar. Hah, bahaya tu.

Lelaki itu tersenyum sinis lalu mendekatkan wajahnya padaku. Dapat aku hidu pewangi yang dipakai. Wangi!

"Sure tak nak lepaskan saya begitu sahaja? Jangan sampai saya yang tak akan lepaskan awak sampai bila-bila!” Tajam dia renungku dengan memberikan amaran keras padaku. Cepat-cepat aku jarakkan diri daripadanya. Masih menjaga pandangan. Sekejap-sekejap aku pandang ke tempat lain sekejap-sekejap aku pandang ke arah Tiya yang sudah jelas ketakutan. Takut nanti aku tumbuk lelaki itu, hahaha.

Aku sedikit terkedu dengan kata-kata lelaki itu. Dia hanya senyum senget. Renungan masih tajam menikam ke arah anak mataku. Entah kenapa, aku pula rasa takut saat ini. Keberanian dan kekuatanku untuk melawannya semuanya hilang begitu sahaja.

"I don't care anymore. Yang penting, saya belum habis lagi dengan awak! Saya belum puas hati!” Terus aku menarik lengan Tiya pergi daripada situ. Kurang asam punya budak. Geramnya aku dengan lelaki tu tapi aku akan kalah dengan panahan matanya yang begitu cantik buatkan aku cair. Terdiam, terkaku dan terpukau terhadapnya.

"Huh, berani betul kau ya bertekak dengan dia. Aku dah kecut perut tengok renungan tajam dia boleh pula kau tengking dia.” Ujar Tiya sewaktu kami sudah pergi berjalan jauh daripada lelaki itu.

"Buat apa nak takut. Kita tak bersalah. Lagi satu, dia masih berhutang dengan aku tau. Aku tak kira, kalau aku jumpa dia sekali lagi dia tak ganti lagi aku punya teddy bear memang kena lah dia. Memang makan penumbuk aku la!” Bebelku sewaktu kami sudah berada di satu tempat yang begitu luas. Seperti tempat itu sebuah taman bunga. Cantik. Kami berdua bersama-sama melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang berada di situ.

"Isy, Bella. Aku risau lah. Tadi dia pandang kau penuh dengan dendam. Macam dia masih tak puas hati dengan kau. Aku takut satu hari nanti dia buat apa-apa dekat kau sebab tak puas hati dengan kau. Kau bukan tak tahu tempat ni banyak orang jahat walaupun tempat dia macam ni. Negara orang ni, Bella oi. Jangan buat perangai. Sabar, sabar. Teddy bear tu nanti kita beli yang baru ya.” Pujuk Tiya. Aku hela nafas berat. Pandang wajah Tiya sekilas. Hanya anggukkan yang aku beri. Kalau aku ditemukan oleh lelaki itu tetapi lelaki itu tetap tidak menggantikan teddy bear aku, aku terpaksa redha. Betul juga kata-kata Tiya itu, ini negara orang. Aku pula memandai buat perangai di sini.

"Hmm, ye la.” Terlepas jua keluhan kecil. Tiya hanya senyum kecil. Bahuku dipeluk lalu diusap lembut olehnya.

"Hah, ni mana Zyan? Macam mana kita nak balik kalau tak ada dia? Dia yang bawa kita ke sini, lepastu dia menghilang.” Bebel Tiya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya mahu menghubungi Zyan. Cakap pasal Zyan baru lah aku teringat dekat lelaki itu. Tapi, aku perasan dia memakai topi hitam lalu berjalan pergi meninggalkan aku dan Tiya dengan lelaki gila tu tadi setelah kami terserempak dengan lelaki gila itu. Kenapa Zyan lari? Kenapa dia tidak tolong aku tadi? Dia kenal ke lelaki gila itu? Dan, persoalannya kenapa Zyan pergi tinggalkan aku dan Tiya setelah kami terserempak dengan lelaki gila itu?

"Hai korang. Sorry buat korang tertunggu-tunggu. Nah...” Terkejut aku dan Tiya dengan kemunculan Zyan secara tiba-tiba. Baru cakap pasal dia, akhirnya muncul juga dia.

Dia menghulurkan pada aku dan Tiya satu cup yang berisi ice cream. Wow, tengok ice cream dia mampu buat aku meleleh air liur.

"Wow, thank you Zyan!” Terus aku capai cup ice cream perisi vanilla dan coklat.

Zyan hanya senyum. Tetapi, dapat kulihat dia seperti menyembunyikan sesuatu perkara daripada aku.

"Cantik kan taman ni?” Tiya mula bersuara setelah lama kami bertiga berdiam diri menikmati ice cream yang dibeli oleh Zyan. Tetapi, Zyan tidak pula makan. Hanya beli untuk aku dan Tiya sahaja.

"Yup. Taman ni juga selalu dipenuhi dengan pasangan kekasih dan untuk orang-orang yang sedang honeymoon. Tempat dia sangat romantik dan cantik.” Ujar Zyan. Aku hanya memerhatikan sekeliling yang dikatakan oleh Zyan. Ya, memang romantik dan sangat-sangat cantik.

Kami diam lagi. Menikmati ice cream yang sudah tinggal sisa sedikit. Lama aku memandang Zyan yang seperti tidak senang duduk. Sekejap-sekejap check telefon. Macam ada yang tak kena aje.

"Zyan, awak pergi mana tadi?” Akhirnya, terpacul keluar juga soalan itu pada Zyan. Melihat wajah Zyan sedikit berubah.

"Errr...Tadi...Tadi ada orang call saya. Lepastu, dah habis call tu saya nampak lah ice cream ni. So, saya beli lah untuk korang.” Aku sedikit berkerut dahi.

"Oh. Kalau kau nak tahu tadi Bella bergaduh dengan orang Italy entah siapa aku pun tak kenal. Aku pula kecut perut nak tengok mereka gaduh.” Tiya mula bercerita pada Zyan membuatkan wajah Zyan sedikit berubah.

"What? Serius la.” Wajah Zyan bertukar terkejut. Tapi, tak silap aku dia ada sekali. Bila dia dah perasan wajah lelaki itu lantas dia melarikan diri. Ke itu hanya perasaan aku? Ah, jangan buruk sangka Bella.

"Tengok gaya lelaki tu pun macam mafia jahat. Huh, takut pula aku.” Ujar Tiya lagi. Aku hanya berdiam diri. Memang aku salah pun. Salah sebab beranikan diri menengking lelaki itu sedangkan aku tidak tahu lelaki itu siapa. Buat lah lelaki itu psiko nak balas dendam pada aku dengan cara membunuh, huh memang tak jumpa terus dengan ayah.

"Yup, boleh dikatakan di sini ramai orang-orang jahat. Seperti....Mafia.” Lambat-lambat dia sebut ayat terakhirnya itu. Aku telan liur mendengar. Rasa saat ini bodoh pula kerana telah buat perangai tadi.

"Ya Allah, takutnya. Bella, kau jangan buat perangai lagi ya! Kalau kau buat perangai lagi, aku report dekat ayah kau.” Tajam aku jegilkan mata ke arah Tiya.

Zyan hanya ketawa kecil.

"It's oky. Boleh je ke mana-mana yang kita nak pergi, yang penting jangan kacau mereka.”

*********

Hari ini kami semua gembira tak terkata. Gembira sangat-sangat kerana hari ini Miss Liya pulang semula ke Venice. Ah, gembiranya!

Erat-erat kami memeluk tubuh Miss Liya. Rindu padanya. Dua minggu dia pergi meninggalkan kami bagaikan dua tahun dia pergi meninggalkan kami di sini.

"Miss pergi dua minggu aje. Itu pun sebab ada meeting tentang pertandingan tu di sana.”

Selesai kami berlatih menari ballet, menjerit gembira kami semua apabila melihat kemunculan Miss Liya di dalam studio ballet ini.

Siapa aje tak rindu Miss Liya ni? Dia lah paling lama guru gymnastik kami. Dari dulu hingga lah sekarang sampailah dia sudah mempunyai anak 1 yang berumur 5 tahun. Tetapi, Miss Liya tetap bersama kami walaupun dia sudah berkeluarga.

Selesai kami berlatih dari pagi hinggalah tengah hari waktu pulang, semuanya segera pulang. Ada yang masih baru datang dan ada yang sedang berlatih. Kami tidak tentu masa. Kalau nak datang lewat pun boleh, kalau nak berlatih sampai waktu malam pun boleh. Tapi, keadaan tidak mengizinkan untuk kami berlatih hingga ke malam.

"Wei, kau ingat lagi tak lelaki yang kau masih tak puas hati tu?” Soal Tiya tiba-tiba sewaktu kami sedang berjalan kaki pulang ke apartment.

"Eh, mestilah aku ingat dia. Kenal sangat-sangat. Musuh ketat aku tu. Aku masih belum puas hati lagi dengan dia! Kalau esok kelas cuti, aku nak kau temankan aku cari lelaki tu!”

Ya, memang tak puas hati lagi aku dengan lelaki itu. Kalau boleh, hari ini juga aku nak cari dia sampai jumpa.

"Sabar, sabar. Jangan ikutkan sangat emosi kau tu.” Pujuk Tiya. Aku hanya hela nafas panjang. Harap sangat aku dapat jumpa dia lagi untuk kali kedua. Nak berlasah dia cukup-cukup!

"Eh, jap. Selalunya setiap hari wajah Zyan akan muncul. Hari ini dah kenapa dia tak datang?” Soal Tiya sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Aku juga tertanya-tanya, di manakah susuk tubuh sahabat baikku itu? Selalunya dia muncul saat kelas sudah tamat. Tapi sekarang batang hidung mancungnya langsung tidak nampak. Bukan bermakna aku rindukan dia. Rindu itu benar. Tapi tak salahkan kalau rindu sahabat sendiri. Lagipun, Zyan juga sudah berjanji pada aku yang dia akan berusaha sedaya upaya memadamkan perasaan sukanya terhadapku. Mencuba menganggap aku seperti kawan baik sendiri, seperti dahulu.

"Entah lah. Ayah aku pun tak ada cakap apa-apa. Ah, biar lah dia. Mungkin ada hal kut.” Mencuba berfikiran baik. Tetapi, aku masih terfikir sesuatu. Adakah Zyan marah pada aku dengan kata-kataku semalam? Dia terasa hati sampaikan sekarang dia tidak lagi datang menungguku dihadapan kelas. Haih, rasa serba salah pun ada.

Adakah kata-kataku semalam telah buat hati Zyan terluka?

********

"Kamu ada buat apa-apa pada Zyan ke?” Soalan ayah buatkan aku sedikit gelabah dan kalut mencari alasan di dalam kepala otak. Aku dapat rasakan yang Zyan seperti sedih dan terasa hati dengan kata-kataku pada tempoh hari yang lepas. Ah, macam tahu-tahu aje ayah ni. Aku juga terkejut apabila ayah berkata yang Zyan dah lama tak hubungi ayah. Setelah aku cakap begitu padanya, tengok-tengokkan aku pun tidak. Call ayah pun tidak. Sah, dia terasa hati dengan kata-kataku. Ah, apa lah yang kau dah buat ni, Bella oi?!

"Errr...Mana ada Bella buli dia. Semalam elok aje dia bawa Bella dengan Tiya pergi jalan-jalan. Oh, mungkin dia ada hal sikit kut.” Takut hendak memandang skrin komputer di depan mata yang sudah jelas ada wajah ayah di situ dengan renungannya yang begitu tajam.

"Bella jangan buat perangai di sana. Ingat pesanan ayah. Jaga diri. Dengar kata Zyan. Kalau boleh, cepat sikit balik ke sini. Ayah tak suka lah Bella tinggal di sana lama-lama. Bahaya!” Aku sedikit berkerut dahi dengan kata-kata ayah itu. Bahaya? Apa yang bahaya? Sudah hampir 3 minggu aku tinggal di sini. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan semuanya baik-baik sahaja dalam keadaan yang selamat.

"Bahaya? Apa yang bahaya, ayah? Bella tinggal kat sini dah nak masuk 3 minggu. Alhamdulillah, tak ada apa-apa terjadi pada kami.” Aku bersuara. Ingin tahu maksud ayah itu.

Wajah ayah sedikit berubah. Bagaikan tidak senang duduk dan berbelah bagi untuk menjelaskan sesuatu perkara itu pada aku. Aku masih menunggu kata-kata daripada ayah itu.

"Errr...Esok Bella nak masuk kelas awal, kan? Dah pergi tidur cepat. Nanti lewat pula Bella bangun. Dekat sini dah tengah hari, ayah nak solat zuhur kejap.”

Aku hanya mengangguk. Di sana sudah tengah hari, di sini sudah tengah malam. Haih, mata pula sudah kelat mengantuk. Ayah terus meminta diri lalu menamatkan talianku bersama ayah.

Kini keadaan menjadi sunyi sepi kembali. Diam.

Aku menutup komputer ribaku. Mencapai mug coffee lalu dihirup perlahan-lahan. Sejuk duduk di luar balkoni ini. Tetapi aku lebih suka. Angin yang sungguh nyaman dan pemandangan pada waktu malam sungguh cantik di depan mata.

Mug kembali aku letak di atas meja dihadapanku setelah selesai menghirup sedikit air membasahkan tekak apabila daripada tadi asyik bersembang dengan ayah bagaikan ayah sedang soal siasat pada aku. Huh, jenuh aku nak cipta alasan.

Tubuh kini di sandarkan di kepala kerusi. Memerhatikan pemandangan yang sungguh cantik di depan mata. Tenang. Perlahan-lahan aku menutup mata rapat-rapat. Cuba menenangkan fikiran yang sudah kusut. Zyan sudah dapat terima dan setuju dengan kata-kataku. Tetapi, tengok air muka dia macam terasa hati pula pada aku. Haih...

Cakap pasal ayah pula, memang dah tak payah cakap. Zyan yang dah terima hanya tinggal ayah aje yang tetap berkeras mahu aku kahwin dengan Zyan. Kalau ayah tahu apa yang aku cakap dekat Zyan pada dua hari yang lepas, pasti aku kena bebel dan dimarahi teruk oleh ayah.

Nafas kuhela panjang-panjang. Otak dah serabut sangat. Berdoa pada Allah, meminta pertolongan daripadaNya. Tapi, aku tak rasa hanya aku seorang sahaja yang menimpa masalah begini. Terkenangkan Tiya, mahu menitis air mataku. Dapat aku rasakan apa yang Tiya rasa. Hmm...Kasihan dia. Aku tetap mahu jaga dia, mahu lindungi dia seperti adik aku sendiri. Aku tidak mahu dia tersakiti setelah pemergian seseorang yang berharga di dunia ini. Sedihnya anak perempuan jika kehilangan orang yang tersayang. Lagi-lagi seorang ibu.

Tapi, aku tidak ada ibu. Hanya mempunyai ayah. Cemburu juga apabila melihat ayah orang lain selalu bermanja dengan anak sendiri. Tapi, ayah aku hanya serius 24 jam. Hmm....

Rapat-rapat aku pejam mata sehinggalah terasa bagaikan mata ini tidak dapat lagi untuk dibuka. Mahu tertutup sampai esok pagi. Mengantuk, penat semuanya ada.

Tapi....

Dia muncul lagi!

*********

Bermata biru yang mampu buat aku cair, bertubuh tegap dan tinggi, berjalan merapati aku. Bagaikan saat ini kami berdua sedang berada di sebuah tempat yang penuh dengan bunga-bunga kegemaran aku. Cantik. Adakah ini taman bunga? Kiri kanan ada bunga-bunga yang sungguh cantik.

Lebar senyumanku melihat bunga-bunga yang berada di sekelilingku. Tetapi, jantung hebat berdetak apabila seseorang lelaki datang berjalan merapatiku dengan senyumannya yang begitu manis. Cair!

Wangiannya yang dipakai dapat kuhidu. Tapi, sedikit buat aku terkejut apabila wangian ini seperti aku kenal. Sama seperti....

"Ciao, mia bella.” Ucapnya lembut di telingaku setelah dia menghampiriku. Makin mekar senyuman di bibirku. Entah kenapa, kalau melihat senyumannya dan melihat dia muncul, senyuman manis automatik akan mekar dibibirku dengan hati yang berbunga-bunga.

"Hai....” Tergagap-gagap aku bersuara tetapi setiap kata-katanya itu langsung aku tidak tahu dan tidak memahami kata-kata yang keluar dari mulutnya. Sungguh terkejut apabila aku boleh bersuara saat ini. Bagaikan saat ini bukan di dalam dunia mimpi. Tetapi, di dunia nyata. Aku langsung tidak tahu namanya, tapi wajahnya sangat-sangat serupa dan mirip dengan lelaki yang aku masih tidak puas hati itu. Lelaki gila!

Lelaki itu hanya senyum. Aku tidak bersuara lagi. Diam tetapi senyuman tetap terukir di bibir. Mata saat ini tertutup rapat dengan senyuman manis masih mekar di bibir.

Dapat kurasakan lelaki itu menyentuh lembut pipiku. Di usap lembut.

"I love you, see you one day honey.” Ucapnya lembut di telingaku buatkan jantung aku makin hebat berdetak. Sumpah aku langsung tidak faham maksudnya itu. See you one day?

Perlahan-lahan aku membuka mata. Mahu bersuara tetapi, aku tidak menangkap lagi wajah kacaknya itu malah mata saat ini terpandang pada seseorang lelaki yang berada di belakang lelaki itu.

Teguk liur aku melihat apabila dia mengacukan pistolnya pada lelaki yang masih setia berada di hadapanku ini. Saat ini aku sudah kalut. Tidak tahu mahu lakukan apa. Aku tidak mahu lelaki ini pergi meninggalkanku kerana aku sudah mula jatuh cinta padanya.

BANG!

"Tidak!” Akhirnya terlepas jua jeritanku buatkan wajah lelaki yang masih berada di hadapanku itu berkerut.

Aku memandang mata birunya. Menitis air mataku tetapi diseka lembut olehnya. Ya Allah, dia tidak akan ada lagi di sisi aku lain kali. Tak, aku tidak mahu beri dia pergi tinggalkan aku. Aku sayang dia! Aku cintakan dia!

Tapi....

"ARGH!”

Peluru yang ditembak oleh seseorang dari arah belakang lelaki yang masih berada dihadapanku ini tidak terkena malah ada seseorang yang menghalang. Cepat-cepat kami berdua menoleh. Memandang seseorang yang telah menyelamatkan lelaki yang berada dihadapanku ini.

Terlopong luas aku melihat Zyan yang kena tembakan itu. Makin laju jantungku berdetak. Terkejut. Makin lebat air mataku menitis. Dia hanya tersenyum manis ke arahku.

"Zyan!”

Jeritku nyaring lalu berlari mendapatkan lelaki itu yang sudah terlentang terbaring. Tetapi....

"Bella, bangun. Kau dah kenapa ni?”

Suara itu membuatkan aku kembali bangun. Seluruh tubuh sudah berpeluh bagaikan baru lepas mandi hujan. Aku meraup wajah. Menyeka peluh di dahi. Nafas naik turun. Bersyukur kerana itu hanya mimpi dan bukan kenyataan.

Alhamdulillah!

Mencuba menenangkan diri dahulu. Peluh sudah berair-rair di dahi dan leherku. Masih terkejut. Bunyi tembakan yang muncul dalam mimpi aku sungguh buat aku terkejut besar. Lagi bertambah terkejut apabila melihat Zyan terkena tembakan itu. Tapi, aku bersyukur kerana itu hanya sekadar mimpi. Permainan syaitan.

"Eh, macam mana aku boleh ada dekat sini? Bukan ke aku tidur dekat luar balkoni malam tadi?” Soalku pelik apabila melihat aku sudah berada di atas katil. Tak akan lah Tiya dukung aku bawa masuk dalam pulak? Badan dia yang kecil tu larat ke nak angkat aku yang semakin berisi ini.

"Malam tadi aku sedar nak minum air, lepastu aku tengok kau tidur dekat luar balkoni. Tubuh kau dah menggigil sejuk sewaktu itu. Sejuk sangat waktu itu. Dan, aku papah lah kau perlahan-lahan masuk ke dalam bilik walaupun sewaktu itu kau dalam keadaan mamai. Macam mana la kau boleh tidur dekat luar tu? Sejuk tahu tak. Harap sangat kau tak demam.” Bebel Tiya. Aku langsung tidak ingat apa-apa. Yang aku tahu, aku sudah berada di dalam bilik. Nafas panjang aku hela.

"Kenapa ni? Aku dengar kau sebut nama Zyan tadi. Kenapa? Kau mimpi dia ke? Rindu sangat ke dekat dia tu sampai terbawa-bawa sekali ke dalam mimpi.” Usik Tiya. Aku menjeling ke arahnya. Terkejut juga melihat gadis itu sudah bertelekung. Pasti baru siap solat.

Terus aku menyandarkan tubuh di kepala katil. Mencuba mengaturkan nafas dengan baik. Perlahan-lahan aku menarik nafas dalam-dalam. Jika mimpi aku itu di dalam dunia nyata, sumpah aku tidak dapat terima kehilangan sahabat baikku.

"Tak ada apa la. Aku cuma mimpi je.” Ujarku sambil mengelap peluh. Tak sangka pula nama Zyan boleh terpacul keluar saat aku tidur tadi. Haih...

"Mimpi apa? Mimpi tentang dia?” Soal Tiya ingin tahu lalu mengambil tempat di birai katil berhadapan dengan aku. Sekali lagi aku meraup wajah. Entah kenapa, air mata boleh mengalir pula saat ini. Cepat-cepat aku seka tidak mahu bagi Tiya perasan.

"Sebelum aku kenal dengan mamat gila tu, aku dah mula mimpi tentang dia. Bila aku bertemu dengan dia, aku terkejut sangat-sangat sebab muka dia sangat-sangat mirip dengan lelaki yang selalu muncul dalam mimpi aku.” Aku mula bercerita. Ceritakan tentang lelaki gila itu dahulu memberi Tiya faham. Melihat riak wajah Tiya berubah terkejut.

"Mamat gila? Yang mamat mata biru yang kau masih tak puas hati tu ke?” Soal Tiya. Aku hanya membalas dengan anggukkan. Ya, memang benar wajahnya sangat-sangat mirip dengan wajah lelaki yang muncul di dalam mimpiku. Aku langsung tidak mengenalinya, tetapi akan aku cari siapa lelaki itu.

"Dah banyak kali aku mimpi dia. Tak sangka ada wajah yang sama dengan lelaki yang muncul dalam mimpi aku. Dan, malam ni aku mimpi aku bertemu dengan dia lagi. Tapi aku tak seberapa ingat lah kata-katanya tadi apabila aku terpandang di belakang dia ada seorang lelaki sedang mengacukan pistolnya pada dia. Aku terkejut. Aku cuba nak halang dia sebab aku tak nak dia pergi tinggalkan aku. Aku dah mula jatuh cinta dekat dia dan aku dah mula sayangkan dia. Aku tak nak dia pergi tinggalkan aku, tetapi dia selamat setelah ada seseorang menyelamatkan dia daripada terkena peluru daripada tembakan lelaki dari arah belakangnya itu. Dan, orang yang menyelamatkan lelaki itu ialah....”

Aku pandang wajah Tiya sebelum meneruskan kata-kataku.

"Zyan.”

Kini wajah Tiya betul-betul berubah terkejut. Aku kembali menunduk. Menyeka hujung mataku yang mula berair. Entah mengapa, aku sedih saat ini. Pasti lelaki itu masih terasa hati padaku sebab itu la dia tidak mahu berjumpa dengan aku lagi. Ah, sedihnya. Apa yang aku dah buat ni? Sejujurnya aku rindukan dia.

"Wow, mimpi kau ni macam dalam aksi cerita hindustan.” Usik Tiya sambil menepuk tangan beberapa kali. Cepat-cepat aku memukul lengannya, dia terus melepaskan tawa. Suka kenakan aku.

"Aku serius ni wei. Tak sangka aku mimpi macam tu. Sumpah aku terkejut sangat-sangat.” Lagi sekali aku meraup wajah. Rasa terkejut itu masih ada tetapi aku bersyukur kerana itu bukan kenyataan. Alhamdulillah.

"Jadi, adakah lelaki yang kau tak puas hati itu ialah....”

********

"Jodoh kau?”

Kata-kata Tiya itu membuatkan satu pukulan naik ke lengannya. Memandai sahaja kata lelaki yang aku masih tidak puas hati itu jodoh aku. Geram aje aku dengan makcik Kiyah ni.

Perlahan-lahan aku menggeleng kepala mengingatkan kembali kata-kata Tiya pada pagi tadi. Mengarut. Pagi-pagi dah buat orang marah.

Rasa lemah pula badan saat ini mahu ke kelas. Mungkin sebab malam tadi aku duduk dekat luar balkoni lama sangat sampai tertidur. Badan pun dah sejuk menggigil. Entah kenapa, hari ini angin makin kuat dan bertambah dingin membuatkan aku bertambah rasa sejuk beku.

Selesai menukar baju, aku melabuhkan duduk dahulu di kerusi yang berada di tempat persalinan baju. Rasa tak sedap badan, sendi-sendi mula rasa sakit dan aku yakin kalau aku mahu demam bibir aku akan kering dan kulit bibir mula menggelupas.

Belakang telapak tangan naik ke dahi. Ternyata, benar! Panas. Susuk tubuh Tiya pun aku dah tak tahu ke mana dia pergi. Katanya mahu berjumpa dengan Miss Liya sebentar.

Sementara aku menunggu dia, lebih baik aku berehat sebentar. Kepala sudah berdenyut-denyut dan mula berpusing-pusing. Entah lah aku berdaya atau tidak untuk berlatih pada hari ini. Kalau tak masuk kelas, rasa sayang la pula. Rugi.

HAKCUM!

Ya, aku dah mula bersin dan selsema. Perlahan-lahan aku menggosok hidung yang mula terasa gatal. Hanya orang yang mengalami resedung sahaja tahu bagaimana seksanya jika hidung sumbat dan bersin berkali-kali. Badan automatik lemah!

"Aik, dah sakit pulak? Hm, kesian. Aku rasa, kau memang tak layak pun terpilih dalam pertandingan tu. Sakit sikit pun dah macam sakit kanser teruk.” Kata-kata itu mampu buat hati aku panas dan terluka. Kembali membara api kemarahan walaupun aku sekarang demam. Tajam aku menjeling ke arah Fiqah yang sudah berlalu pergi sambil melepaskan jelingan sinis padaku.

"Kurang asam punya budak! Kalau dia dekat tempat aku, baru lah dia tahu! ERGH!” Geram pula aku saat ini. Rasa nak aje koyak-koyak mulut dia yang tak beradab itu. Kalau sindir orang nombor satu. Aku doa moga dia dapat sakit dalam keadaan macam aku sekarang. Baru lah padan muka dia!

Aip! Tak baik tu, Bella! Aduh, apa yang aku dah doa ni? Tak baik untuk kita berdoa keburukkan kepada orang lain malah kita perlu berdoa yang baik-baik untuk mereka. Kita tiada hak untuk menghukum seseorang itu.

Nanti Allah tak sayang.

********

"Kau oky tak ni? Kalau tak oky, jom la aku hantar kau balik. Nanti aku bagitahu Miss yang kau demam.” Tiya sudah mula risau apabila dia asyik merenung wajah aku yang sudah mula pucat. Aku hanya senyum. Senyum kelat. Sedaya upaya senyum walaupun rasa badan saat ini tak sedap dan tidak berdaya.

"Tak apa, aku oky la. Aku tak nak ponteng. Rugi. Lagipun, pertandingan tu dah nak dekat. It's okay, thank you for caring about me.” Ujarku sambil mengukir senyuman.

"Kau kawan baik aku, mesti lah aku ambil berat tentang kau.” Lenganku dipeluk erat oleh Tiya. Aku hanya ketawa kecil, ketawa paksa. Mahu sembunyikan rasa sakit itu di depan Tiya. Aku tidak mahu Tiya melihat aku sakit. Aku kuat. Aku perlu lawan.

"Hai gais!”

Mesra Miss Liya bersuara yang baru masuk ke dalam studio ini. Kami berlima dan empat orang peserta ballet yang berasal dari UK turut berada di sini dan berlatih menari ballet bersama-sama kami yang berlima ini.

Lebar senyumanku apabila melihat Miss Liya muncul. Tapi, senyumanku mati apabila aku melihat ada seseorang yang mengikuti jejak langkah Miss Liya dari arah belakang yang turut melangkah masuk ke dalam studio ini. Lelaki? Ya, lelaki. Aku kenal lelaki itu!

Entah mengapa, jika dia muncul secara tiba-tiba tanpa diduga mampu buat jantung aku berdetak laju. Lantas aku menunduk kepala ke bawah. Tidak mahu memandangnya. Aku tahu, dia juga masih tidak puas hati padaku kerana telah mengotorkan baju kemejanya yang mahal itu tanpa sengaja. Ah, padan muka! Jalan dah la tak pandang orang!

Sedaya upaya aku berusaha melarikan pandangan daripada dia, menyembunyikan wajahku agar lelaki itu tidak pandang ke arahku dan tidak perasan aku ada di sini. Ah, ke mana aku nak sembunyikan diri ni?

"How are you?” Mesra Miss Liya bersuara lagi. Aku masih menunduk. Menjawab soalan Miss hanya di dalam hati. Alhamdulillah, sihat!

"So, today I want to introduce someone to you all. He was a substitute teacher for Miss Paul. Miss Paul has a personal problem. So, today who will replace Miss Paul is also a former ballet dancer.” Ujar Miss Liya perkenalkan guru yang akan menggantikan tempat Miss Paul. Katanya ada hal sedikit. Jadi, seseorang itu juga akan menggantikan tempat Miss Paul. Dan, seseorang itu juga aku benci! Tak suka!

"Hai, everyone. I want to introduce myself. I used to be a ballet dancer. So, I was now also a substitute teacher for Miss Paul until the competition started. He has given a little order to you all that he can't come to the match. He apologized. I will replace him. So, my name is...”

Aku sedikit terkejut apabila dia datang ke sini dengan lagak selambanya dia berkata dia akan menggantikan tempat Miss Paul sehingga pertandingan itu bermula. Ah, ini buatkan mood aku nak ke kelas hilang kalau asyik tengok muka dia aje.

Aku masih menunduk. Tidak mahu memandangnya. Sikit pun aku tidak pandang dia yang sedang menyampaikan satu maklumat pada kami. Aku harap sangat dia tidak perasan aku di sini.

"Chris Martinez. You guys just call me, Mr.Chris.”

Abaikan aje sebarangan typo atau kesalahan ejaan dan tatabahasa <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience