• { BAB 33 } •

Romance Series 49049

Baju yang telah dijanjikan akan pakai sudah tersarung kemas pada tubuh. Beberapa eksoseri gelang dan rantai dipakai. Di wajah pula aku hanya kenakan dengan bedak dan lipstick berwarna merah jambu dan tidak terlalu pekat.

Setelah berpuas hati dengan pakaian sendiri sambil menilik diri sendiri pada cermin, beg silang di pakai lalu kaki mengatur langkah keluar daripada bilik.

Kad perkahwinan Tiya bersama Adam sudahku edarkan pada semua orang. Tetapi pak lang tidak dapat hadir ke majlis akad nikah Adam dan Tiya pada hari ini. Mungkin dia mempunyai hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Mata mencari susuk tubuh ayah. Aku juga sudah memberitahu ayah dan ayah juga setuju untuk hadirkan diri di majlis tersebut.

Chris?

Ya, fikiran akan selalu teringatkan si dia. Tidak pernah lupakan dia.

Kecewa.

Ya, tersangatlah kecewa. Sudah seminggu lebih aku tidak berjumpa dengannya. Keadaannya sekarang pun langsung aku tidak tahu. Ke mana dia pergi? Adakah dia sudah sembuh? Ya Tuhan...lamanya dia tidak wujudkan dirinya.

Tentang Zyan?

Lelaki itu langsung aku tidak tahu. Kata ayah, majlis semua sudah siap. Ayah memberi masa pada Zyan lagi 2 bulan. Ayah tetap mahu teruskan majlis itu.

Ah, kenapa ayah begini? Kalau ikutkan hati, memang aku nak batalkan semua majlis itu. Kalau aku sendiri yang bersuara pada ayah yang aku mahu batalkan majlis semua itu, ayah tidak akan ambil tahu malah tidak pedulikan dengan kata-kataku itu. Kalau Zyan, mungkin ayah akan batalkan. Tetapi lelaki itu masih belum muncul. Ke mana dia? Malah aku sudah menjadi tunang dia!

"Alhamdulillah, uncle akan tunggu kamu. Kalau kamu dah sampai ke Malaysia, bagitahu uncle awal-awal ya. Uncle harap kamu siap bersedia di sana.”

Kedengaran suara ayah di ruang tamu, sepertinya sedang menghubungi seseorang. Aku memperlahankan langkahku untuk terus turun ke bawah.

Siapa yang ayah tengah hubungi itu?

"Lama juga uncle tunggu kamu. Nasib baik lah kamu hubungi uncle. Jangan lupa ya, Zyan. Dah sampai sini call uncle. Baiklah, hati-hati.”
Terbuntang luas biji mataku saat ini mendengar nama Zyan. Panjang umur. Akhirnya, dia hubungi jua. Tetapi bukan aku, malah ayah yang dia hubunginya. Ah, kenapa dengan awak ni Zyan? Please jangan buat hal!

Kenapa dia tidak hubungi aku?

"Kau ni along, paksa sangat anak kau tu kan? Kesian aku tengok Bella tu. Macam dah kahwin paksa pulak. Lagipun mereka bukannya bercinta pun. Kalau silap hari bulan nanti Zyan tak munculkan diri lepastu majlis tu berjalan seperti biasa macam mana? Lebih baik kita batalkan aje long, sebelum kita dimalukan oleh orang kampung. Kad perkahwinan mereka semua kita dah bagi pada orang kampung.”

Mak ngah bersuara setelah ayah sudah menamatkan talian bersama Zyan sebentar tadi.

"Ah, aku tak kisah. Aku tetap akan teruskan majlis tu. Zyan baru aje call aku, dia akan pulang ke sini lagi seminggu. Elok sangat lah tu, bulan depan kita dah boleh teruskan majlis perkahwinan mereka. Aku teringin sangat-sangat, ngah. Teringin nak melihat anak aku berkahwin sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Aku nak dia mempunyai seseorang yang boleh bimbing dia hingga ke syurga. Aku bukan lagi berdaya, ngah. Kalau suatu hari nanti Tuhan ambil nyawa aku macam mana? Aku kenal Zyan tu macam mana. Dia baik orangnya.”

Ujar ayah mempertahankan bagi pihak Zyan. Aku ketap bibir. Mencuba menahan agar air mata tidak jatuh ke pipi. Kenapa ayah bercakap begitu? Seakan-akan tidak lama lagi Tuhan akan mengambil nyawa ayah.

Sumpah, duniaku akan gelap jika orang yang kusayang pergi buat selama-lamanya.

"Kau dah kenal sangat ke dengan budak Zyan tu? Harap muka aje kacak, entah-entah dia seorang.....”

"Angah, jangan tuduh bukan-bukan. Aku kenal dia. Dia baik. Memang sepadan dengan anak aku.” Ujar ayah masih tetap mahu mempertahankan pihak Zyan.

"Apa-apa aje lah, long. Aku doakan moga Bella dan Zyan tu mendapat kebahagian. Aku tak nak tengok anak buah kesayangan aku terseksa dan terpaksa.” Ujar mak ngah menamatkan perbualan mereka. Masing-masing diam.

Aku cuba menceriakan wajah sendiri, kaki terus mengatur langkah menuruni anak tangga. Melihat wajah mak ngah tadi yang tegang kini berubah ceria. Ayah masih serius.

"Dah siap?”

Aku hanya mengangguk kepala.

"Okay, jom!”

*********

"Ya Allah, cantiknya kawan baik aku ni. Jap, sekarang ni siapa yang nak kahwin ni? Hahahaha!” Puji Tiya lalu melepaskan tawanya.

Berkerut dahiku. Apa yang cantik? Aku rasa biasa aje pakaianku ini yang dihadiahkan oleh Tiya.

Gadis itu masih sedang bersiap. Solekan diwajahnya sungguh kemas dan cantik. Tidak upah mana-mana mekup artis malah Tiya sendiri yang mekup sendiri pada wajahnya.

Berbakat, bukan?

Dress pengantin berwarna merah cili sudah cantik tersarung pada tubuh Tiya. Tudung juga cantik sudah tersarung kemas pada kepalanya. Aku menghampiri Tiya yang sedang memakai blusher pipi merah pada kedua-dua pipinya. Amboi, kemain warnanya menyerlah. Aku ketawa kecil.

"Cantik apa? Mana ada cantik. Kau ni, saja aje kan!”

"Eh, betul la. Aku rasa macam kau pulak yang nak kahwin.” Ujar Tiya sambil ketawa kecil. Aku menggeleng kepala sambil tersenyum.

Kata Tiya, majlis mereka berlangsung di sebuah hotel lima bintang. Sekarang ni Tiya sedang bersiap di sebuah bilik hotel. Memang meriah. Tapi, tak silap aku, Tiya pernah berkata yang Chris sponsor semua ini untuk mereka. Baik kan lelaki itu? Ya, sangat baik. Tapi, persoalannya, lelaki itu ada ke? Dia hadir juga? Atau dia tidak hadir? Ah, sedihnya.

"Zyan dah nak balik.”

Akhirnya terpacul keluar kata-kata itu daripada mulutku. Wajah Tiya berubah, direnungku lama bagaikan tidak percaya. Terkejut!

"Serius lah?” Soal Tiya masih dengan riak wajah terkejut.

Aku mengangguk sambil tersenyum hambar.

"Aku rasa, dia memang sengaja buat aku macam ni sebab dia memang nak kahwin dengan aku.” Ujarku lagi sambil membelek-belek cincin tunangku yang berada di jari manis ini. Itupun ayah yang suruh aku pakai. Ah, meluat!

"Tak, aku kenal Zyan, Bella. Dia tak akan buat macam ni. Dia tepati janji. Mungkin dia banyak halangan untuk pulang ke sini.” Ujar Tiya seperti ayah mempertahankan bagi pihak lelaki itu.

"Isy, kau ni sama aje dengan ayah. Aku tak suka la! Jangan sampai satu hari nanti aku lari rumah. Senang! Tak ada siapa kacau aku dan tiada siapa cari aku.”

Iya, itulah idea yang terlintas dalam kepala otak. Tapi, mustahil aku akan lakukan sebegitu. Aku hati tisu, tidak sampai hati hendak aku tinggalkan ayah. Aku sayang ayah.

"Jangan macam tu, Bella. Aku yakin, Zyan akan pulang ke sini dengan pelbagai alasan yang akan diberikan pada ayah kau. Jangan risau. Aku kenal Zyan tu macam mana. So, keep smile. Kan dah janji, tak nak muka tu monyok-monyok bila ke majlis aku nanti.” Pujuk Tiya sambil mencuit-cuit pipiku. Aku hanya ketawa kecil.

"Ya lah, aku cuba. Eh, dah lambat ni. Kau bila nak siap? Jangan sampai aku yang akan berkahwin dengan Adam. Maklumlah, cantik kalahkan pengantin.” Aku buat muka yakin sambil tersenyum sinis.

Tiya terus berdiri tegak. Takut lah tu bakal suami dia kena culik. Lagipun, bakal suami dia boleh tahan kacak juga.

"Hah, yang ni bahaya. Bahaya sangat-sangat. Aku sanggup mati tau demi Adam. I love you Adam.”

Pecah tawaku dengan kerenah Tiya yang akan menjadi isteri orang nanti. Kena lah tu, dua-dua masuk air. Lepastu gatal. Ingat mereka ni nak berlakon filem Hindustan ke apa? Menyampah!

Sanggup mati demi si Adam konon.

Aku geleng kepala. Selepas itu, membantu si makcik Kiyah ini apa yang patut. Membantu memperbetulkan tudungnya dan sebagainya.

"Kenapa tangan kau sejuk?” Soalku hairan apabila menyentuh tangan Tiya begitu sejuk dan menggigil. Ini sah nervous, HAHAHA!

"Nervous la.”

"Jangan lah nervous. Kau sendiri cakap dekat aku kena senyum. So, keep smile. Jangan lupa juga, bismillah!” Pesanku.

Melihat Tiya sudah siap dan tunggu tiba masanya aje beberapa orang adik perempuan Tiya akan sampai membawa pengantin ini turun ke bawah.

"And, malam pertama tu jangan nak ketawa-ketawa sangat. Takut nanti Adam tu yang masuk air bertukar jadi hantu miang. Gatal!” Sengaja hendak aku mengusik Tiya yang sudah takut.

"Eee! Kau ni Bella...”

"HAHAHAHA!”

***********

"Aku terima nikahnya Nur Azkiyah Binti Mohd Azwan dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.”

Sah!

Alhamdulillah, akhirnya majlis akad nikah mereka diakhiri jua dengan bacaan doa selamat. Kini majlis seterusnya mereka akan bersama-sama memotong kek dan ada beberapa lagi majlis seterusnya nanti.

Kawan aku dah jadi isteri orang!

Aku bila pulak?

Tengok mereka, sweet lagi. Jealous saya, hm. HAHAHA.

"Auch!”

Ah, nasib malang kalau pakai heels 3 inci. Senang nak terjatuh. Lagi-lagi, dapat kurasakan yang aku sudah terlanggar dada seseorang.

Aduh, sakit sungguh hidungku ini. Nasib baik hidung comel aku ni masih dalam keadaan baik-baik sahaja. Ah, dada bidang siapa pulak ni? Keras macam batu!

Mata mula perhatikan seseorang itu dari bawah sehingga atas. Berbaju Melayu berwarna putih bersih serta bersamping dan berkaca mata hitam.

Yang penting kulitnya putih bersih dan hidungnya mancung. Aku tak yakin dia orang Asian. Berkerut-kerut dahiku saat ini. Bagaikan kenal dia siapa. Lama aku perhatikan wajahnya sehinggalah dia menanggalkan kaca mata hitamnya itu.

Dan terserlah anak matanya yang berwarna biru itu!

"Hi, baby girl.”

Makin terlopong luas aku saat ini. Sungguh aku terkejut besar dengan kemunculannya di sini.

Hari ini dia sungguh kacak. Sumpah, rasa nak pengsan. Kacak teruks!

"Chris?”

Masih terkejut.

Akhirnya dia muncul jua. Dia yang aturkan semua majlis ini, pastilah dia akan menghadirkan diri sekali. Sungguh aku gembira.

Pertama sekali, aku menilik setiap inci wajah lelaki itu. Kesan luka di wajahnya sudah tidak kelihatan sedikit pun.

Tusukan di tepi perutnya juga bagaikan sudah sembuh. Berkali-kali aku mengedipkan mata memandang dia dari atas sehingga bawah.

Dia mendekatkan wajahnya pada telingaku. Berderau darahku saat ini. Risau juga kalau ayah perasan aku dan Chris dalam keadaan begini. Dekat!

"You look so beautiful, sweetie.” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Aku tersenyum.

"Kenapa awak tak call saya? Tak mesej saya? Saya tunggu awak Chris. Saya risaukan keadaan awak. Seminggu lebih saya tunggu awak.” Ujarku dalam nada sebak.

Wakduh, kalau aku menangis ni mahu cair mekup. Tapi perasaan ini sudah tidak mampu hendak ditepis. Aku rindu dia!

Chris ketawa kecil.

"Kan saya dah cakap, jangan risau tentang saya. I'm okay. Saya tak nak awak sedih. I don't like see you crying, sweetheart.” Bisiknya lagi pada telingaku kerana tidak berapa nak dengar suaranya kerana orang ramai di dalam dewan majlis perkahwinan ini.

Aku tersenyum lalu mengedipkan mata beberapa kali agar air mata tidak tumpah ke pipi.

Kini aku mengeluarkan telefon bimbitku dari dalam beg silangku lalu jari-jemari mula menari di atas skrin telefon.

Menekan apps WhatsApp dan mencari nama kenalan seseorang. Aku tersenyum nakal. Chris berkerut dahi melihatku daripada tadi tersengih-sengih.

TING!

Terkebil-kebil Chris memeriksa telefon bimbitnya yang kemas berada di dalam genggaman. Kedengaran seperti mesej masuk di dalam telefonnya. Aku tersenyum lucu. Menanti dia memeriksa telefon bimbitnya.

Chris berkerut dahi lalu dia tersenyum senget memandang ke arahku.

Dekat sini ramai orang, so saya malu nak cakap. Jadi, saya cakap dekat sini aje lah ya hehehe. I love you!

Ya, mesej itu daripada aku dan dihantar pada Chris. Sweetkan aku? Hihi~

I love you too, sweetheart.

Mesej daripada Chris dibalas. Aku tersenyum lagi. Tidak lama kemudian, kedengaran telefon bimbitku berbunyi menandakan ada talian masuk. Aku mendengus kasar. Siapa pulak call ni? Baru nak sweet-sweet dengan boyfriend!

Aku ketawa kecil saat melihat nama si pemanggil.

My hero!

Hihi, siapa lagi kalau bukan Chris!

Panggilan tersebut aku jawab sambil bertentang mata dengan lelaki itu yang masih setia berdiri di hadapanku sambil tersenyum manis.

"Maybe not now, but I promise we can be like them.”

Kata Chris di dalam talian sambil memandang ke arah Tiya dan Adam yang sedang sweet-sweet di atas pelamin sambil mereka sedang berada di sesi pengambil gambar bersama keluarga.

Aku tersenyum lagi. Faham dengan maksud Chris. Chris juga turut tersenyum. Moga kata-katanya itu menjadi satu doa.

"Macam mana dengan buku tu? Okay? Dapat apa-apa maklumat yang awak tak faham? Awak boleh aje tanya saya.” Soalku.

Masih di dalam talian tersebut. Tidak mahu memutuskan talian tersebut, suasana di sini masih bising dengan lagu pengantin baru yang dipasang untuk majlis perkahwinan tersebut.

Chris tersenyum sambil mengangguk kepala.

"Alhamdulillah, buat masa ni saya faham. Tapi, saya teringin nak baca muqadam yang awak bagi pada saya tu. Saya nak baca, tapi saya tak pandai. Saya....err...saya tak nak cakap tentang ni pada abang saya, saya risau nanti dia 'syak' yang kita dapat bertemu semula.” Ujar Chris dengan nada yang sedikit kecewa. Kecewa kerana tidak tercapai lagi impiannya untuk membaca muqadam.

Aku tersenyum.

Kali ini hati sedikit tercuit mendengar Chris mengucapkan khalimah 'Alhamdulillah'. Syukur kepada Tuhan.

"Tak apa, insyaAllah kalau jodoh kita masih kuat dan dapat bertemu lagi seperti begini, saya janji saya akan ajar awak. Buat masa ni, awak perlu baca dan belajar lebih dalam tentang buku-buku yang telah saya berikan pada awak.” Kataku terselit pesanan untuknya. Chris mengangguk kepala.

"Thank you, sweetie.”

"Don't worry, anything for you, my hero!” Ucapku sambil mengenyitkan sebelah mata padanya. Chris ketawa kecil.

"Wow, you look so sexy.”

"Dah! Jangan nak gatal ya, tengok kita dekat mana sekarang ni. Jangan buat hal!” Marahku sambil menjeling tajam ke arahnya.

Chris masih ketawa. Aku pula yang rasa bahagia dan tenang melihat dia ceria sebegini berbanding melihat dia pada tempoh hari yang lepas. Cedera yang parah!

"Wait, abang awak tahu ke awak berjumpa dengan saya? Majlis ni semua? Abang awak tahu? Abang awak ada dekat sini ke? Kalau macam tu, saya balik dulu ya.”

Bertalu-talu aku menyoal pada Chris di dalam talian tersebut, sepantas itu aku mematikan talian tersebut lalu melangkah meninggalkan lelaki itu. Kerana gelabah sangat sampaikan dah tak pandang kiri dan kanan.

Tetapi tidak jadi hendak aku meninggalkan dewan besar ini apabila lenganku ditarik lembut oleh seseorang. Aku menoleh. Chris menghalang untuk aku pergi.

Dia ketawa kecil sambil menggeleng kepala lalu genggamannya yang masih kemas berada pengelangan tanganku dilepaskan.

Saat ini sungguh aku gelabah saat Chris berkata tentang abangnya. Sungguh aku meluat dan menyampah hendak bertentang mata dengan abangnya.

Huh! Suka sangat bagi amaran keras pada orang! Lepas itu suka arah-arah orang. Aku doakan moga dia tak kahwin sampai bila-bila! Biar dia bujang sampai ke tua.

Aip!

Allahu, apa ni Bella? Kenapa doakan pada orang sebegitu? Astaghfirullahalazim. Berdosa besar jika kita berdoakan keburukan pada seseorang malah kita harus berdoa yang baik-baik pada seseorang.

Semoga Tuan Rayyan yang harap muka kacak tapi garang macam singa tu dapat isteri yang berjaya cairkan hati dia yang keras macam batu tu!

Aamiin.

Aku membelek telefon bimbitku semula apabila kedengaran ada seseorang menghubungi.

My Hero!

Aku tersenyum, kembali menjawab panggilan tersebut lalu kami bertentang mata semula.

"Don't worry, sweetie. Abang saya tak ada pun dekat sini. Tentang hubungan kita, tentang perjumpaan kita semula dan semua majlis ni dia tak tahu. Disebabkan dia busy dengan kerja dia sebagai doktor, dia dah tak ambil peduli tentang saya. Kecuali.......” Kata-kata Chris tergantung.

Melihat halkumnya bergerak beberapa kali, tubuhnya sedikit mengeras. Berkerut dahiku apabila melihat wajah lelaki itu berubah.

"Errr...nothing. And you, don't worry about that. I always by your side. Itu janji saya.” Ucapnya di dalam talian tersebut. Aku tersenyum. Hati sedikit lega. Dapat jua hela nafas lega.

"Saya doakan moga abang awak tu dapat isteri yang berjaya buat hati batu dia tu cair. Huh, suka marah lepastu suka bagi amaran lepastu suka arah-arah orang. Eee! Geramnya!” Bebelku tanpa sedar Chris daripada tadi merenung wajahku dengan sangat lama sambil tersenyum. Aku sedikit selesa. Aduh, terlebih bebel pulak!

Akhirnya Chris ketawa.

"Abang saya seorang hati batu tapi percaya lah, disebalik hati batu dia terselit satu perasaan kasih sayang.”

"Kalau awak nak tahu, abang saya tak pernah bercinta tapi ramai perempuan nak goda abang saya ada lah. Itu pun abang saya dah tolak awal-awal. Katanya, dia tak sukakan perempuan. My brother said, the girl so complicated.” Ujar Chris sambil ketawa. Aku sedikit terlopong. Terkejut.

"Kalau abang awak tak suka perempuan, jadi abang awak tu gay lah? Bengkok? Ah, takutnya!” Aku terjerit kecil. Wakduh, bahaya juga ya abang dia ni.

Lagi bertambah kuat Chris ketawa. Aku tersenyum malu. Senang hati melihat dia gembira sebegini.

"Maybe.”

Chris mengenyitkan sebelah matanya sambil melepaskan tawanya.

"Isy, akhir zaman betul!” Cebikku sambil menggeleng kepala.

"But, not me.” Ujar Chris sambil tersenyum nakal.

Direnung anak mataku dengan sungguh lama.

"Saya percinta wanita and.....” Hujung ayatnya tergantung. Dia tersenyum seksi sambil berjalan menghampiriku. Aku menelan liur. Sedikit terasa kekok saat ini.

"I'm straight. Not gay.”

Dia kenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum dengan penuh menggoda. Cepat-cepat aku jarakkan langkah daripadanya sambil mengemam bibir. Allahu, rasa kekok pulak saat ini.

"Eee! Chris!” Marahku.

Nak pukul tak boleh. Haih, hanya mampu bersabar. Nak marah, tapi kena sabar. Nak marah, tapi kena sabar. Hmm...

Chris menghamburkan tawanya. Terbahak-bahak dia ketawa.

"Sorry saya tersentuh tangan awak tadi.” Ucapnya di dalam talian itu secara tiba-tiba.

Baru aku teringat yang tadi dia pegang tanganku untuk menghalang aku untuk terus melangkah pergi. Gara-gara gelabah, huh!

Aku tersenyum sambil menggeleng kepala.

"Haram untuk kita menyentuh bukan mahram malah kita perlu menjaga batas pergaulan kita. I'm sorry again.” Ternganga aku mendengarnya. Alhamdulillah, dia dah tahu!

Aku tersenyum lebar sehingga ke telinga. Bersyukur pada Tuhan dia sudah tahu semuanya.

"Alhamdulillah, awak dah faham sedikit demi sedikit tentang agama Islam. Saya terharu.” Ucapku di dalam talian tersebut. Chris hanya tersenyum manis.

"Errr...Maaf mengganggu, korang berdua ni sepasang suami isteri ke? Atau bakal suami isteri ni? Ada apa-apa majlis pengantin untuk korang berdua ke dekat majlis ni?”

Satu suara mencelah membuatkan aku dan Chris sedikit tersentak dengan suara tersebut yang muncul secara tiba-tiba.

Seorang lelaki yang lengkap dengan berpakaian baju Melayu berwarna biru menyoal kami bertalu-talu lalu dipandang ke arahku dan Chris atas bawah.

Aku sedikit tersentak. Baru teringat yang baju kami berdua sama warna. Warna putih pulak tu. Mana tidaknya orang itu menyoal yang kami ini bakal suami isteri atau sepasang suami isteri.

Aku gigit bibir bawah. Ni semua salah Tiya. Patut lah dia beria-iya menyuruh aku pakai baju yang telah diberi olehnya itu. Rupa-rupanya nak kenakan aku dan Chris. Baju pula warna putih, dah nampak macam nak kahwin sebaliknya orang lain yang nak kahwin.

Talian masih bersatu. Sengaja tidak matikan talian kerana aku hendak mendengar dengan jelas jawapan Chris itu.

"Yes, we are getting married soon.”

Ah, aku dah agak!

Wajah mula berbahang. Lelaki dihadapan kami ini hanya mengangguk mengerti sambil tersenyum manis. Lama aku merenung Chris memberi isyarat mata padanya tetapi dia tidak endahkan semua itu malah dia tersenyum nakal sambil mengenyitkan sebelah matanya.

"Ohhhh.....Errr, saya adik kepada Tiya. Kakak saya yang kahwin tu. Saya Aiman. Panggil Man aje. Errr...akak saya nak jumpa dengan abang handsome ni. Aduh, lupa nama pulak, muka abang handsome saya ingat. Tapi nama lupa pulak hehehe, what's your name sir?” Ujar Aiman sambil tersengih kecil.

Aku pula ketawa kecil. Spontan sahaja dia bersuara. Kedengaran nada suaranya takut pun juga. Takut hendak berbahasa english gamaknya. Melihat dia menghampiri kami berdua tadi pun nak tak nak aje.

Chris juga turut ketawa kecil.

"Chris.” Ucap Chris memperkenalkan diri sambil menghulur salam pada Aiman adik bongsu kepada Tiya.

"Haaa....Abang Chris. Aduh, sorry bro. Lupa nama, hehe.” Sengih lelaki itu sambil menggaru-garu belakang kepalanya.

"Tak apa, nama saya tak estetik pun.” Kata Chris sambil memandang aku sekilas.

"Alhamdulillah, betul lah akak Tiya kata. Abang boleh cakap Melayu. Saya ingatkan akak saya tu tipu. Sengaja nak kenakan saya. Tahu lah aku ni bodoh english, hehehe.” Sengihnya lagi sambil membebel pada diri sendiri di ayat akhirnya itu.

Aku ketawa lagi. Adik beradik Tiya semuanya peramah dan masuk air. Paling win dengan lawak mereka. Seronok kalau berkawan dengan mereka.

"Haaa...abang Chris dan kak Bella, kak Tiya ajak makan. Lepastu dia tu sibuk sangat nak ambil gambar dengan korang berdua. Sampai pening kepala fotographer nak ambil gambar dia. Nanti jemput-jemputlah makan ya.” Ujar Aiman ramah sambil tersenyum manis.

Aku dan Chris ketawa kecil sebelum mengangguk kepala.

"Okay, Aiman. Sekejap lagi akak pergi dekat mereka.” Ucapku dengan senyuman manis.

"Okay, akak. Err...Nak cakap sikit, korang berdua ni memang sepadan la. Abang handsome dengan akak cantik. Pehh, sepadan!” Ucap Aiman sambil menaikkan ibu jarinya. Aku sedikit tergamam. Ni memang sengaja nak kenakan aku ke macam mana?

"Nanti kalau Man dah habis SPM, Man nak carilah isteri cantik macam akak, hehehe. Untung abang handsome ni!” Ujar Aiman lagi sambil menepuk beberapa kali bahu Chris. Aku tersenyum malu sambil menggeleng kepala.

"Aiman!”

Aku memberi isyarat mata padanya. Aiman hanya mengekek-ngekek ketawa lalu dia meminta diri untuk pergi.

Tiba-tiba talian mati, aku pandang Chris yang tiba-tiba mulai mendekati aku.

"Yes, that's true to what Aiman said. Saya bertuah memiliki awak, sayang.” Bisik Chris dengan nada gurauan.

Aku tersenyum malu. Pipi mula berbahang. Hanya mampu control muka agar tak blushing, hm!

"Nanti kita makan sama-sama ya. Saya nak masuk kejap, nak jumpa pengantin kecoh dorang berdua tu.”

Aku ketawa kecil lalu mengangguk kepala dan tidak sampai beberapa minit susuk tubuh tinggi Chris hilang dari pandanganku. Aku tersenyum sambil menghela nafas lega.

Ya, hati ini lega melihat dia dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan tidak cedera teruk. Hati ini juga bahagia dan tenang melihat dia ceria dan ketawa bahagia.

********

Duduk dilabuhkan di sebuah kerusi. Melihat meja lain sedang dipenuhi dengan ramai manusia yang sedang makan dan ada yang sedang mengambil makanan. Tak lupa juga pada Tiya. Dia sedang sibuk melayan ibu mentuanya. Aku hanya membiarkan sahaja, tidak mahu ganggu mereka.

Kini mata mencari susuk tubuh ayah. Ayah berada di satu meja dihadapan meja makan aku tetapi meja tersebut berada di sebelah kanan. Dekat dengan meja makanku. Jadi, senang hendak melihat ayah ke mana.

Kelihatan ayah sedang bersembang mesra dengan rakannya. Atau lebih dikenali, ayah Tiya. Ayah Tiya sangat rapat dengan ayahku. Boleh dikatakan mereka kawan baik.

Aku meneguk air putih yang berada di dalam gelas. Membasahkan tekak dahulu sebelum bangun mengambil makanan.

"Nah...For you. Jom makan.”

Tersentak aku apabila ada seseorang terlebih dahulu menghulurkan satu pinggan yang berisi nasi dan lauk yang lengkap kegemaranku. Tersenyum aku dibuatnya. Chris melabuhkan duduknya di sebelahku sambil tersenyum manis.

"Lah, saya baru aje nak ambil. Susahkan awak aje. Thank you.” Ucapku sambil buat muka comel. Chris hanya senyum.

"Anything for you, my love.” Bisiknya pada telingaku sambil tersenyum senget.

Aku tersenyum. Hati berbunga-bunga.

Kedua-dua telapak tangan naik sedikit lalu mulut pula terkumat-kamit membaca doa makan sebelum mengaminkan doa lalu aku mencapai garpu dan sudu. Tanpa pandang kiri dan kanan, aku mula memasukkan nasi ke dalam mulut.

Aum! Sungguh sedap!

Dah tiga suap, baru aku perasan yang Chris sedang merenungku lama. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Chris tersenyum senget lalu dia juga menyuap nasi ke dalam mulut.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soalku sedikit tidak selesa dengan renungannya begitu.

"That one moment, when I looked at your face, my heart felt calm and my future with you was tucked in both of your eyes.” Ujar Chris tak lepas-lepas merenung wajahku.

Aku tersenyum, hati berbunga-bunga. Jantung bagaikan hendak terkeluar. Berdegup pantas. Air yang berada di dalam gelas aku teguk. Masih rasa tidak seberapa selesa apabila Chris tak lepas-lepas lagi menatap wajahku dengan sangat lama.

"So, I believe you are my future and you have also changed my life for the better. Now I feel really calm, with you.” Sambungnya lagi dengan satu senyuman paling manis. Aku juga turut tersenyum. Pipi mula terasa berbahang.

"Kalau awak nak tahu, saya dah jumpa bakal suami saya tau.” Aku bersuara sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

Dapat kulihat wajah Chris berubah serius. Bagaikan tidak percaya.

"Bakal suami? Awak dah nak kahwin? Seriously?” Soalnya bertubi-tubi dengan nada begitu terkejut. Aku menahan tawa.

"Yup.”

"Who?”

"You!”

Chris terus blushing. Dapat kulihat wajahnya mula bertukar warna. Kedua-dua pipinya merah dah macam pakai mekup blusher. Pecah tawaku melihat dia tersenyum malu.

"You so naughty girl!”

Pecah tawa kami bersama sehingga dapat kurasakan bagaikan ada sepasang mata sedang merenung tajam ke arah kami dan yang pastinya meja makan kami sangat dekat dengan jarak meja tersebut. Ah, bagaimana aku terlupa tentang itu?

"Chris.”

Tawa kami semakin reda. Chris yang masih blushing menyuap nasi ke dalam mulut. Seketika kemudian, aku teringat akan Zyan dan arahan ayah. Yang pastinya janjiku terhadap ayah. Aku kena menepati janji ayah kerana aku telah memilihnya.

"Kalau kita tiada jodoh, kalau takdir tak mengizinkan untuk kita bersama, kalau jodoh kita tak kuat dan tak dapat bersama, kalau kita terpaksa berpisah lagi dan saya terpaksa kahwin dengan orang lain. Awak dapat terima tak semua tu?” Soalku dengan nada sedikit bergetar.

Takut.

Sungguh aku tidak mahu terluka lagi. Aku tidak mahu Chris terluka lagi. Aku mahu melihatnya ceria dan bahagia seperti sekarang. Aku tidak mahu melihat wajahnya dan matanya begitu memendam perasaan terhadapku.

Kalau kami tiada jodoh, aku mahu kami berpisah dengan cara yang baik.

"Why you say like that, sweetie? Tak, saya percaya yang awak milik saya buat selamanya. Only your my mine forever. Tiada siapa yang berani mengambil milik saya, kerana awak saya punya!” Keras nada suaranya di hujung kata-katanya itu buatkan aku terkaku dan terkedu.

"Sorry kalau saya buat awak marah. Tapi, saya risau perkara tu jadi pada suatu hari nanti. Jadi, saya cakap awal-awal dengan awak dulu supaya awak tak terluka. Ayah saya bukan seperti ayah orang lain, dia garang. Saya takut dia tak dapat terima hubungan kita.” Jelasku pada Chris. Tidak mahu beri lelaki itu salah faham.

Chris tersenyum.

"Don't worry, sweetie. Kita cuba. Please, jangan cakap benda ni lagi. I am so afraid of losing you.” Ucapnya dengan wajah begitu serius.

Aku merenung dalam-dalam anak matanya yang berwarna biru itu. Dapat kurasakan yang dia betul-betul memerlukanku di sisinya dan betul-betul takut kehilanganku.

"Okay, sorry.” Ucapku lembut. Chris tersenyum manis.

"Sorry, sebab saya tinggikan suara tadi.” Balasnya. Aku hanya tersenyum.

Kalau dia tahu, aku lagi takut kehilangannya.

Seketika kemudian, aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut pula ada sepasang mata yang sedang memerhati kami daripada jauh.

Lagipun, aku langsung tak tahu yang Chris akan datang ke mejaku. Saje hendak aku duduk di meja yang dekat dengan meja ayah, senang hendak melihat ayah. Tapi tak sangka pula Chris sudah datang.

Jantungku hampir terkeluar apabila melihat sepasang mata merenung tajam ke arah kami berdua.

Dan yang paling tepat orang itu ialah ayah.

Ya, ayah!

Ayah merenungku dengan sangat tajam.

Allahu!

Adakah ayah melihat kami bermesra-mesra tadi?

*********

Hati terasa begitu bahagia dan bersyukur, Tiya sudah dapat jumpa dengan lelaki yang tepat dan yang layak membimbingnya hingga ke syurga.

Gelak-tawanya mampu buat aku tersenyum lebar. Tak lama lagi, giliran aku pula yang akan jadi seperti Tiya.

Zyan?

Lelaki itukah yang akan menjadi suamiku? Atau Chris?

Tidak kupasti dan tidak kuharapkan semua itu. Hanya Tuhan aje yang tahu kerana Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Esa.

Dia yang akan mengaturkan setiap takdir pertemuan kami dan jodohku pada suatu hari nanti. Aku hanya mampu merancang.

"Bella! Jom, ambil gambar!”

Jeritan itu buatkan aku tersedar daripada lamunanku sebentar tadi.

Serentak itu, lenganku ditarik oleh Tiya lalu dia membawaku ke atas pelamin yang sungguh cantik itu.

Sungguh mewah dan kira-kira agak berpuluh-puluhan ribu duit habis hendak menyiapkan pelamin perkahwinan ini di hotel lima bintang. Memang sangat lah mewah. Tapi semua itu dibantu oleh Chris.

Ya, lelaki itu sangat baik dan pemurah. Dengan sikapnya yang sangat baik hati, tidak sombong, tidak kedekut malah tidak bongkak buatkan perasaan sayangku terhadapnya semakin bertambah.

Sungguh aku sayang dan cintakan dia!

"Smile!” Ucap Tiya sebelum juru gambar mengambil gambar kami berdua.

KLIK! KLIK! KLIK!

"Okay, lagi satu.” Ujar Tiya sambil menunjukkan jari telunjuknya yang dia mahu lagi satu bergambar dengan aku pada juru gambar itu yang sudah hampir menyerah melayan kerenah Tiya.

Aku hanya turut. Senyuman terukir mekar di bibir sehingga menampakkan gigiku yang tersusun rapi.

Kami merapatkan pipi kami berdua sambil tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi masing-masing. Bahu Tiya aku peluk erat-erat malah Tiya juga turut membalas pelukanku.

KLIK! KLIK! KLIK!

"Nice, nanti aku cuci gambar lepastu aku bagi kau.” Ujar Tiya lalu memeluk tubuhku. Sungguh erat!

"Aku sayang kau tau. Kau sorang aje kawan baik aku. Jangan lupakan aku pulak bila dah kahwin dengan Chris tu!” Ujar Tiya sambil memuncungkan bibirnya ke arah Chris yang sedang bersembang dengan seorang katering.

Terus sahaja aku cubit lengan Tiya. Tiya mengadu sakit.

"Kau tu jangan lupakan aku bila dah jadi isteri orang ni. Aku pun sayang kau!” Lagi sekali aku memeluk tubuh Tiya. Pecah tawa Tiya sebelum membalas pelukanku.

"Oh, wait. Aku lupa!” Ujar Tiya sebelum tersenyum senget. Senyuman mengusik.

Berkerut dahiku dengan senyuman Tiya itu. Mesti ada tak kena dia ni!

"Errr...Mr.Chris!” Jerit Tiya memanggil Chris.

Lelaki itu berhenti bersembang dan menoleh memandang Tiya.

"Err....Sini kejap, hehehe.” Panggil Tiya sambil tersengih kecil.

"Hei, Tiya. Kenapa kau panggil dia? Kau saje nak kenakan aku lagi ke macam mana?” Marahku pada Tiya bagaikan sudah faham dengan maksud gadis itu.

"Eh, sekejap lah.”

Makin bertambah berkerut dahiku saat ini. Kebetulan Adam yang sudah sah menjadi suami Tiya berjalan lalu dihadapan kami, sepantas itu Tiya menarik lengan suaminya.

"Eh, awak ni dah kenapa? Saya nak jumpa dengan kawan saya tu sekejap.” Ujar Adam dengan nada sedikit marah. Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.

"Saya lebih penting dalam hidup awak ke atau kawan awak?”

Amboi, pandai pulak si makcik Kiyah ni ugut laki sendiri. Aku ketawa kecil. Adam memandangku sekilas sebelum tersengih dengan rasa tidak bersalah. Dia mencapai tangan isterinya lalu dicium. Tiya senyum kemenangan.

"Mestilah awak, sayang!” Ucap Adam sambil mengeyitkan sebelah matanya. Aku ketawa kecil.

Haih, bersemut-semut pula mereka di depan orang belum kahwin ni. Panas aje hati aku.

"Errr....Afiq, satu gambar please...” Rayu Tiya sambil buat muka comel. Afiq mengeluh kecil. Afiq juga merupakan juru gambar dan terpaksa melayan kerenah Tiya.

"Okay la. Tapi, ni last ya. Sekali aje!” Tegas nada suara Afiq memberi amaran. Tiya mengekek-ngekek ketawa sambil mengangguk kepala.

"Yes, Tiya. Kenapa? Ada apa-apa kekurangan ke?”

Soal Chris yang sudah tiba disebelahku. Aku sedikit terkejut, lantas aku berganjak sedikit jarakku daripadanya. Nanti ada pulak mata-mata yang memerhati kami berdua. Tiya tersenyum.

"Tak ada apa-apa. Tapi saya dan Adam nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan banyak sangat-sangat pada Mr.Chris. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik Mr.Chris.” Ucap Tiya terharu. Dapat kulihat dihujung matanya mula berair. Aku tersenyum sambil memandang sekilas ke arah Chris yang turut tersenyum manis.

"Yes, bro. Thank you so much. Aku tak tahu nak balas jasa baik kau macam mana tapi kau memang lelaki yang sangat baik. Semoga kau cepat-cepat jumpa jodoh. Lagipun kau handsome siut. Mesti laku punyalah!” Ujar Adam sambil menepuk beberapa kali bahu Chris.

Chris ketawa kecil, aku sedikit rasa kekok apabila Chris sempat menoleh memandangku sekilas sambil tersenyum senget.

"Thank you atas doa korang berdua. Lagipun saya ikhlas tolong korang. It's okay, pasal duit dan semua ni jangan risau. Biar saya selesaikan. Yang penting korang berbahagia. Selamat pengantin baru and congratulations!” Ucap Chris pula sambil menjeling aku sekilas dengan senyuman sengetnya. Aku hanya kaku di sebelahnya.

"And, tentang jodoh tu pulak jangan risau. She is by my side.” Ujar Chris sambil tersenyum ke arahku.

Apa lagi? Tiya dan Adam bersorak girang la. Sempat mereka kenakan aku. Wajahku mula berbahang, jantung berdetak begitu laju.

"Jap, korang ni nak bersorak girang ke nak ambil gambar? Aduh, penat lah gini.” Marah Afiq sambil bercekak pinggang.

"Ops, sorry. Okay, jom!” Ajak Tiya. Aku berdiri sebelah Tiya. Senyuman cuba terukir di bibir walaupun pipi dah berbahang.

"Eh, kejap. Pasangan sweet mestilah kena bersebelahan. Chris mestilah kena duduk sebelah Bella.” Haih, sengaja betul la dia ni!

Aku ketap bibir. Geram!

Akhirnya, Chris akur. Dia berdiri betul-betul disebelahku dan jarak kami sangatlah rapat sehingga dapat kurasakan bahu kami berdua berlaga. Buatkan jantungku berubah rentak apabila bau wangian ditubuh Chris menusuk ke rongga hidungku.

"Wait, errr...abang handsome baju putih tu boleh tak rapat sikit dengan isteri abang tu. Barulah nampak sweet!” Ujar Afiq juru gambar yang sudah bersedia mengambil gambar kami.

Buatkan aku terkejut besar apabila selamba sahaja juru gambar yang tak seberapa berguna itu berkata aku isteri abang baju putih itu. Siapa lagi kalau bukan Chris!

Aku telan liur, makin rasa bertambah berbahang pipi saat ini. Jantung bagaikan nak terkeluar apabila bahu Chris betul-betul sudah berlaga dengan bahuku dan dia sengaja melentokkan sedikit kepalanya ke arahku agar terlihat kami seperti satu pasangan.

Dia memang sengaja! Tiya pun sama! Sengaja! Sengaja bagi aku baju putih ini agar sama dengan Chris dan sengaja hendak kenakan aku agar orang-orang di dalam dewan majlis ini menganggap kami berdua satu pasangan suami isteri hanya kerana baju kami yang berwarnanya sama. Putih pulak tu!

KLIK! KLIK! KLIK!

"Okay, done!”

Akhirnya, dapat juga aku hela nafas lega. Tiba-tiba fikiran teringat akan ayah. Mata-mata yang sedang memerhatikan kami berdua.

Terus aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Susuk tubuh ayah tidak kelihatan. Berkerut dahiku melihat kelibat ayah sudah tidak kelihatan lagi.

Terus aku mengatur langkah untuk turun daripada pelamin besar dan mewah ini untuk mencari susuk tubuh ayah. Kelihatan mak ngah masih setia ada di dewan besar ini tetapi ke mana pulak ayah pergi? Tak akan lah sudah pulang?

Tetapi pergerakanku terhenti apabila namaku diseru. Suara itu kedengaran sangatlah kuat tetapi lembut sahaja dia menyebut namaku.

"Bella Brianna!”

Aku menoleh semula ke belakang. Memandang tuan punya suara. Chris tersenyum manis sebelum berjalan menghampiriku.

Melihat Tiya dan Adam sudah berdiri sedikit jauh daripada kami berdua sambil tersengih. Bagaikan ada sesuatu mereka rancangkan untuk kenakan aku dan Chris.

"Ehem...Saya nak bagitahu pada semua orang!” Ucap Chris dengan suaranya begitu kuat bergema di dalam dewan besar ini.

Akhirnya semua orang senyap. Langsung tidak kedengaran satu pun suara. Aku sedikit terkejut. Apa yang Chris hendak buat ni? Janganlah dia buat perkara yang langsung tak terlintas dalam benak fikiranku.

Chris tersenyum manis ke arahku sebelum menyambung bicara.

"The person in front of my eyes is not an ordinary girl but she is a very extraordinary girl. I love her and I really-really love him. Dia telah berjaya mengubah hidup saya daripada dunia gelap saya dahulu. She is mine forever. Hingga hujung nyawa saya, dia milik saya buat selama-lamanya. I pray to God that we both have a soulmate and that we can live together until the end of our lives. Dengan itu.....”

Kata-kata Chris tergantung dihujung ayat. Aku terkaku, terkedu dan terkejut dengan apa yang dia luahkan sekarang ini.

Bukan padaku seorang malah pada orang ramai di hadapan kami. Ya Allah, malunya. Berbahang wajahku saat ini. Lidah kelu tidak dapat mengungkapkan apa-apa patah perkataan pada saat ini.

Mataku hanya memerhatikan sahaja gerak-gerinya yang sedang menjatuhkan sebelah lututnya lalu dia mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna merah dari dalam poket seluarnya.

Bertambah terkejut besar aku pada saat ini. Jantung berdetak begitu hebat saat ini. Di dalam fikiran hanya fikir satu aje.

Bagaimana dengan ayah? Adakah ayah nampak semua ini dan ayah dengar setiap bait patah perkataan Chris tadi? Allahu, kerja gila apa pulak yang Chris buat ni?

Aku memandang pulak pada Tiya, gadis itu tersenyum gembira tetapi aku langsung tidak gembira malah aku gelisah risau!

Tiya yang melihat wajahku langsung tidak terselit kegembiraan atau terharu, senyumannya pudar malah wajahnya jelas terlihat risau jikalau aku marah dengan semua perbuatan ini. Aku tahu ini juga rancangan daripadanya!

"Bella Brianna, sudikah awak menjadi isteri saya?”

Kotak cincin tersebut dibuka perlahan-lahan lalu dihulurkan padaku buatkan aku tergamam dan terkedu.

Cepat-cepat aku menekup mulut melihat cincin cantik terlihat di depan mata. Ya Allah, dia lamar aku di depan orang ramai sebegini? Melamar menjadi isteri dia? Adakah dia betul-betul mahu berkahwin denganku?

Keadaan semakin tegang apabila melihat wajah-wajah yang lain tegang. Menanti jawapan daripadaku sama ada aku terima lamaran Chris ataupun tidak.

Jika aku tidak terima, pasti lelaki ini akan malu dan air muka dia akan jatuh. Bibir bawah digigit dengan sangat kuat.

Buatkan jantungku mahu luruh apabila ada sepasang mata memerhatikan kami berdua dengan sangat lama dan terselit dengan pandangan yang sungguh terkejut dan tidak percaya dengan perkara yang terbentang di depan matanya saat ini.

Mak ngah!

Mak ngah juga turut menekup mulutnya. Terkejut besar!

Akhirnya jatuh air mataku. Terasa begitu sebak saat ini. Dan, lambat-laun mereka akan tahu juga. Ya, benar dan sangat tepat.

Akhirnya, mak ngah sudah tahu tentang hubunganku dengan lelaki yang bernama Chris Martinez dan tidak lama lagi ayah juga akan dapat tahu tentang semua ini. Sumpah aku tak sangka perkara ini akan berlaku.

"I'm sorry, Chris. I have to go.”

Terus aku berjalan laju keluar daripada dewan ini. Sempat aku menoleh memandang mak ngah, melihat mak ngah tidak duduk diam malah dia juga turut mengatur langkah berjalan mengikut langkahku dari belakang.

Tidak peduli lagi, laju aku berjalan pergi. Sempat juga aku memandang semula ke arah Chris, wajah lelaki itu jelas terlihat kecewa.

Mengalir laju air mataku saat ini. Rasa serba salah sungguh kerana telah mengecewakan dia, memalukan dia dan buat hatinya terluka.

Maafkan saya Chris.

"Bella!”

Jerit mak ngah mendapatkanku setelah kami sudah berada di luar dewan itu. Aku menyeka air mata, tidak mampu berjalan jauh lagi. Kalau aku lari daripada masalah ini, masalah ini juga tidak akan selesai begitu sahaja.

"Bella! Siapa lelaki tu? Kenapa dia lamar Bella? Siapa dia, Bella? Dia tak tahu ke Bella dah jadi tunang orang? Ke sebenarnya Bella ada sorok sesuatu daripada mak ngah dan ayah ni? Ya Allah, ni kalau ayah tahu ni teruk kena marah nanti.”

Bertubi-tubi mak ngah menyoal dengan wajah begitu terkejut besar. Aku mengangkat wajah dengan air mata masih mengalir laju. Terasa begitu bersalah. Ah, akhirnya sudah terbongkar semuanya!

Bella, kali ini kau tidak akan dapat lagi sorok apa-apa lagi daripada mereka. Mereka sudah tahu!

"Maafkan Bella, mak ngah. Maafkan Bella...” Ucapku dalam esakan tangisan.

"Mak ngah nak tahu siapa dia, Bella? Bella pun tahu kan Bella tu tunang orang. Kenapa dia sesuka hati aje nak melamar tunang orang ni? Siapa dia Bella?” Nada suara mak ngah sedikit meninggi.

Aku faham perasaan mak ngah. Pastilah akan marah, sudah siap persiapan perkahwinan aku dan Zyan, aku sudah bertunang malah tarikh perkahwinan aku dan Zyan juga tidak lama lagi akan berlangsung lepas itu ada pula sepasang mata yang sangat kukenal melihat babak lamaran daripada Chris untukku. Allahu, dugaan apa pulak ni ya Allah?

"Se....Sebenarnya, dia...dia teman lelaki Bella. Kami dah lama berkenalan dan kami juga sudah lama berhubungan sejak Bella kenal dia di Italy lagi. Bella sebenarnya tak nak kahwin dengan Zyan, mak ngah. Please, mak ngah. Pujuk ayah. Bella nak kahwin dengan dia, bukan Zyan. Bella merayu sangat-sangat dengan mak ngah....please...tolong jangan bagitahu ayah. Please jangan ceritakan semua ni pada ayah, please mak ngah. Bella merayu sangat-sangat dekat mak ngah.”

Aku terpaksa ceritakan semuanya pada mak ngah. Terlihat sungguh jelas wajah mak ngah terkejut besar saat aku ceritakan semuanya pada mak ngah.

Tidak dapat ditahankan lagi, tangisanku pecah lagi lalu terus aku memeluk erat tubuh mak ngah yang kaku yang masih terkejut besar.

"Ya Allah, Bella kenapa sorokkan semua ni daripada kami? Kalau Bella takut nak cerita semua tu dengan ayah, kenapa Bella tak ceritakan pada mak ngah? Bella tahu kan majlis perkahwinan Bella dan Zyan tak lama lagi. Tak akan lah kita nak batalkan macam tu aje? Pasti orang akan mengata belakang kita, Bella. Kenapa Bella tak ceritakan semua ni pada mak ngah?”

Mak ngah juga turut sedih. Dia membalas pelukanku. Perlahan-lahan mak ngah mengusap lembut dibelakangku memberi ketenangan padaku.

"Bella cuba, tapi Bella takut mak ngah. Bella dah rancang dengan Zyan agar batalkan majlis pertunangan kami, tapi dia tipu Bella. Dia tak muncul-muncul pun. Bella benci dia, mak ngah. Bella memang tak nak kahwin dengan dia. Tolong Bella mak ngah, Bella buntu.” Luahku dalam esakan tangisan.

Mak ngah tak lepas-lepas mengusap lembut bahuku. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam, memberi hati tenang seketika.

"Mak ngah cuba. Mak ngah cuba ya, nak. Mak ngah cuba tolong Bella. Bella sabar ya. Mak ngah faham. Mak ngah faham sangat-sangat dengan perasaan Bella. Kalau mak ngah di tempat Bella, mak ngah pun tak akan setuju untuk berkahwin dengan lelaki yang kita tak suka dan langsung tak pernah letakkan perasaan pada dia. Mak ngah pun dah cuba pujuk ayah Bella, tapi Bella pun tahu kan ayah tu macam mana. Ayah keras hati dan keras kepala, kalau dia nak kahwinkan Bella dengan seseorang tu bermakna dia betul-betul akan buat. Tapi tak mengapa, mak ngah cuba. Lain kali Bella jangan buat macam ni lagi ya sayang. Mak ngah terkejut. Macam mana mak ngah tak terkejut, dia melamar anak buah mak ngah yang dah bertunang. Lagipun, mak ngah rasa tentang hal tadi mak ngah tak dapat nak tolong. Kawan-kawan ayah ramai dekat situ dan mungkin juga mereka nampak dengan mata mereka sendiri dan dengar dengan apa yang teman lelaki Bella cakap tadi jadi mak ngah rasa mungkin dia akan ceritakan semua tu pada ayah. Mak ngah minta maaf lagi sekali Bella. Tentang tadi mak ngah tak dapat nak tolong. Maafkan mak ngah sayang.” Erat mak ngah memeluk tubuhku. Aku tersenyum manis.

"Tak apa lah mak ngah, Bella redha. Mungkin ini ujian daripada Tuhan. Dan, sumpah Bella tak sangka yang dia akan buat macam tu dekat Bella. Bella pun terkejut.” Ujarku sambil menyeka air mata.

Dapat juga hela nafas lega apabila mak ngah dapat terima tentang hubunganku dengan Chris. Lagipun mak ngah juga tidak setuju untuk aku berkahwin dengan Zyan.

Alhamdulillah.

"Dah, dah...Jangan menangis lagi. Kita cuba ya.” Mak ngah menyeka air mataku sambil tersenyum manis.

"Err...By the way, mak ngah nak tahu...apa nama lelaki tu? Handsome dan segak betul dia ya. Pandai berbahasa Melayu pulak tu, kagum betul mak ngah dengan dia. Untung Bella.” Ujar mak ngah sambil mencuit bahuku. Aku ketawa kecil.

"Nama dia...”

"Chris Martinez. Just call me Chris.”

Suara itu mencelah buatkan aku terkejut besar. Chris muncul secara tiba-tiba dengan senyuman manis terukir lebar di bibirnya. Jantung aku saat ini dah macam nak terkeluar.

Mak ngah juga turut terkejut tetapi wanita itu paksa untuk tersenyum.

"Oh, hehe.” Mak ngah hanya sengih kecil sambil menunduk sedikit sebagai salam perkenalan.

Aku telan liur. Lelaki itu masih berwajah tenang.

Aku gigit bibir bawah.

Aduh, adakah dia dengar perbualanku bersama mak ngah tadi?

"Oh, inilah Chris teman lelaki Bella. Kacak juga kamu ya. Makcik mak saudara Bella. Dah lama ke kamu kenal Bella ni?” Mak ngah sekadar berbasa-basi tetapi sempat dia memandangku sekilas.

"Rasanya dah nak dekat setahun lah juga, tak lama pun. Baru aje.” Balas Chris dengan wajah tenang.

"Oh...” Balas mak ngah.

Dia memandangku lagi sekilas sebelum tersenyum manis ke arah Chris. Aku masih kaku di sebelah mak ngah. Lidah kelu hendak mengeluarkan satu patah perkataan. Terasa begitu payah.

"Errr...Makcik nak tanya sikit boleh?”

"Yes, boleh makcik.”

"Kamu betul-betul ke suka dekat Bella ni? Betul ke kamu nak berkahwin dengan anak buah makcik ni?”

Soalan itu mampu buat wajah Chris berubah sebelum bertukar dengan wajah sinis. Dia tersenyum sinis sambil menjeling sekilas ke arahku.

Sungguh, terasa sampai ke sini. Hatiku tiba-tiba rasa serba salah. Daripada jelingan Chris itu dapat kurasakan yang lelaki itu terasa hati dengan perbuatanku tadi dan kecil hati apabila aku bagaikan tidak terima lamarannya tadi dan telah menjatuhkan air mukanya di depan orang ramai.

Sungguh aku rasa serba salah.

"I don't know, tapi tengok dia macam tolak lamaran saya, maybe dia yang tak nak kahwin dengan saya.” Ujar Chris merenung tajam ke arahku.

Aku telan liur dan menundukkan kepala. Tidak berani hendak memandang wajah dingin lelaki itu.

"Dan sekarang saya tawar hati!”

Sambungnya dengan renungan begitu tajam. Aku menoleh memandang mak ngah, wajah mak ngah jelas terkejut tetapi wanita itu cuba untuk senyum memberi aku semangat.

Dan aku menoleh pula memandang Chris. Wajahnya sungguh tegang. Sungguh buat aku berasa sungguh bersalah.

"Chris...”

Akhirnya keluar juga suaraku.

"Kalau dah ada lelaki yang paling istimewa dalam hati awak tu, bagitahu saya awal-awal. Jangan bagi orang fake hope. Kalau awak cakap pada saya awal-awal yang awak tak nak kahwin dengan saya sebab awak dah ada lelaki lain yang paling istimewa dalam hati awak tu, hati saya pun selamat. Tak tersakiti dengan perempuan yang tak pandai hargai orang seperti awak! Selfish!” Dingin sungguh nada suaranya buatkan air mataku jatuh ke pipi.

Lelaki itu pergi begitu sahaja meninggalkan aku yang sudah terduduk dengan air mata begitu laju mengalir ke pipi.

Ya Tuhan, dugaanMu ini sangat lah berat. Hamba meminta pertolongan dariMu Ya Allah. Engkau Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience