• { BAB 16 } •

Romance Series 49049

Bunga yang diberikan oleh Chris pada petang semalam, lembut aku usap kelopak bunga itu. Senyuman terukir di bibir mengenangkan tentang petang semalam. Kata-kata Chris masih terngiang-ngiang saat ini. Entah kenapa, hati aku boleh berbunga-bunga pula. Haish...Aneh!

Bunga yang diberikan oleh Chris pada aku semalam masih aku simpan. Perlahan-lahan aku membelek-belek bunga tersebut dengan senyuman masih terukir di bibir. Melihat bunga ini, terbayang wajah kacak itu di ruang mataku saat ini.

Aku sudah dapat jawapan tentang isi hati sendiri yang selama ini aku keliru dan asyik duk fikir.

Adakah hati aku sudah mula jatuh hati pada Chris? Adakah aku sudah tertarik dan terpaut dengan lelaki itu?

"Dengar cerita, orang tu dah berbaik dengan Mr.Chris. Nak tahu juga betul ke tidak.”

Sedikit tersentak aku dengan suara itu muncul secara tiba-tiba. Gelabah aku sorokkan bunga itu. Kasut ballet aku capai, acah-acah hendak pakai kasut apabila melihat kemunculan Tiya secara tiba-tiba. Bunga yang diberikan oleh Chris itu dia langsung tidak tahu. Aku tidak mahu Tiya tahu, nanti tak pasal-pasal dia ingat aku dan Chris itu bercinta.

Aku yang sedang sibuk menyarungkan kasut ballet ke kaki sedikit tergamam dengan kata-kata Tiya yang payah hendak di tutup mulutnya itu. Aku jahit mulut dia tu baru tahu!

"Isy, cakap tu slow sikit boleh tak? Kau jangan ingat orang sekeliling kita ni tak faham apa yang kau cakap. Ada juga tau orang Malaysia yang belajar di sini. Siap kau kalau berita ni heboh satu kelas!” Amaran keras aku berikan pada Tiya yang sudah ketawa kecil.

"Kenapa pulak? Aku bukannya sebut nama orang tu pun. Aku sebut Mr.Chris je.”

"Kalau Mr.Chris ada lalu depan kita lepastu dia terdengar apa yang kau cakap tu macam mana? Kau ingat dia tak pandai bahasa Melayu ke? Dia lebih faham dan fasih dalam bahasa Melayu tahu tak!” Lantas aku berdiri tegak. Mencuba stabilkan kaki agar tidak sakit dan terasa selesa sewaktu menjalankan aktiviti latihan menari ballet sebentar nanti.

Sewaktu aku berdiri tadi, sempat aku capai bunga tersebut lalu aku sorokkan di belakangku. Tidak mahu beri Tiya perasan. Harap begitu la.

"Tapi, betul ke kau dah berbaik dengan dia? Kau maafkan dia setelah dia tengking kau depan orang ramai?” Bisik Tiya di telingaku. Nafas berat aku hela. Memang sakit hati, tapi entah kenapa aku cepat sangat termakan dengan pujukkannya. Tambah lagi dia bantu aku semalam membuatkan aku terasa serba salah.

"Aku yang salah. Aku mengaku salah walaupun perempuan gedik tu tak mengaku salah. Biar lah aku kena marah pun, dia kan guru aku. Aku ni siapa je nak marah Mr.Chris tu balik. Perlu mengambil pengajaran setelah apa yang dah terjadi. Aku tak akan ulangkan lagi kesalahan tu.” Ujarku jelas dan ringkas agar Tiya faham.

"What? Kau maafkan dia macam tu aje? Nasib lah haritu aku tak ada. Kalau aku ada waktu tu, memang aku tengking balik Mr.Chris tu. Lepastu aku buka gelanggang WWE nak fight dengan minah gedik tu. Settle. Janji kau selamat!”

Pecah tawaku dengan kata-kata Tiya yang tidak akan dibuat dan tidak akan terjadi. Terbahak-bahak aku ketawa. Memang sakit perut kalau dilayan si minah ni. Wakduh, sakit perut aku. Tiya yang melihat aku ketawa terbahak-bahak, mula berkerut dahi. Lawak masuk air dia dah mula.

"Wow, caring juga ya kawan baik aku ni.” Ujarku sambil melepaskan sisa tawa. Hujung mata yang mula berair aku seka. Ketawa sampai berair-air mataku ini.

"Of course. Kau bestie aku kut.”

"So nanti bila dah masuk gelanggang WWE, kau nak jadi heroin apa? Ronda Rousey?” Sambungku lagi ketawa terbahak-bahak yang masih tidak henti. Tiya sudah buat muka. Memang sengaja kenakan dia pun.

"Untung lah ada kawan baik yang ambil berat tentang sahabatnya. By the way, saya nak minta maaf kalau saya ada marah kawan awak depan orang ramai pada tempoh hari lepas.”

Sedikit tergamam dengan suara itu apabila tiba-tiba muncul dari arah belakangku. Terkaku seketika seluruh tubuhku. Melihat wajah Tiya sudah berubah sambil menutup mulutnya. Mungkin terkejut dengan kehadiran seseorang itu dari arah belakangku.

"Ehem...” Dehemku lalu berganjak berjauhan darinya. Kini aku berdiri betul-betul di sebelah Tiya. Cerita lama tidak perlu diungkit. Ini lah sebab nya aku tidak mahu cakap lagi tentang itu. Aku yakin pasti ada salah seorang yang tersesat mendengar kata-kata itu daripada kami berdua.

"Err...Mr.Chris, saya pun nak minta maaf juga. Bukan saya nak marah Mr.Chris. Tapi saya nak minta maaf kalau kawan saya ni ada melawan kata-kata Mr.Chris.” Ujar Tiya menyembunyikan rasa takut sambil hujung ayatnya itu sempat dia ketawa kecil. Pandai betul minah ni belit ayat ya!

"Saya salah. Saya pilih kasih. I'm sorry.” Ucapnya. Tapi aku tahu ucapan itu dihulurkan padaku. Aku hanya menunduk. Tidak berani hendak diangkat wajah.

Suasana menjadi sunyi seketika. Tidak sampai beberapa saat, Tiya sudah bersuara memecahkan kesunyian tersebut.

"Err...Saya pergi masuk ke studio dulu.” Tiya mula meminta diri lalu berjalan pergi. Tetapi sempat aku menari dress labuhnya itu agar dia tidak meninggalkan aku. Aku tidak kuat untuk berdua-duaan dengan Chris lagi dalam keadaan sebegini yang begitu kekok.

"Jangan lah tinggalkan aku.” Bisikku pada Tiya. Genggaman di lengan baju Tiya masih aku tidak leraikan. Memang aku tidak mahu beri Tiya pergi tinggalkan aku.

"Eh, kau tunggu lah sini. Aku rasa Mr.Chris tu ada sesuatu benda nak cakap kat kau. Kau tengok tu, dia asyik tenung kau je. Aku rasa dia ada sesuatu benda nak cakap kat kau tu. Dah, pergi sana.” Tidak lama kemudian, Tiya terus membuka langkah pergi dan meninggalkan aku bersama Chris yang masih berada dihadapanku. Sedang merenungku dengan senyumannya. Senyuman dengan satu rahsia.

Aku hanya menunduk. Mahu memanggil Tiya lagi, gadis itu sudah pergi. Sengaja betul dia tinggalkan aku bersama Chris. Tahu-tahu aje perasaan aku saat ini bagaimana. Huh!

"You look so beautiful today. Cantik awak dengan dress ni.” Ucapnya lalu sedikit menghampiriku. Isy, dia ni sengaja ke apa hah? Kalau nak cakap tu, duk jauh sikit boleh tak? Nak cakap perlu ke dekat-dekat?!

Aku sedikit berganjak ke belakang. Kalau boleh, 1 meter nak jarak dengan dia. Sumpah aku tidak selesa jika dekat-dekat seperti tadi.

Cakap pasal dress ini, baru aku teringat. Dress labuh hingga paras buku lali berwarna merah jambu yang dibeli di kedai butik pakaian balet muslimah pada tempoh hari lepas. Teringat aku pada aunty Mona. Dia sungguh baik. Peramah. Kasut ballet pun yang baru dan percuma diberikan oleh aunty Mona. Aku pula rasa segan untuk terima barang-barang percuma yang diberi oleh aunty Mona pada tempoh hari lepas.

Tudung pula aku kenakan dengan warna hitam. Cantik sangat ke? Aku rasa simple aje pakaianku hari ini. Pakaian ballet semuanya baru serta kasut ballet yang baru. Muka aku pula, aku hanya kenakan dengan bedak dan juga lipbam agar wajah tidak kelihatan pucat.

"Err...Saya minta diri dulu, Mr.Chris.” Ucapku dan memulakan langkah untuk berjalan masuk ke dalam studio.

"Just call me Chris, mio caro.” Lembut dia bersuara buatkan langkahku terhenti betul-betul di sisinya. Dapat kulihat wajah sisinya walaupun dia tidak menoleh memandangku.

Jantung makin laju, laju dan laju berdetak. Aku terus mengatur langkah pergi. Tidak berani lagi hendak berdiri lama-lama di situ. Dia muncul secara tiba-tiba pun dah buat jantung aku hampir gugur. Ini kan pula, bertentang mata sewaktu aku sedang dalam keadaan kekok, mahu jantung aku hilang hari ini jatuh di atas lantai.

"Wait. Bunga tu awak masih simpan?”

Langkahku terhenti lagi. Terkejut besar aku apabila dia perasan bunga tersebut yang elok tersorok di belakangku. Mana tak nya perasan, bunga tersebut aku sorokkan di belakang agar Tiya tidak perasan malah Chris yang perasan. Wakduh, lupa pula aku. Merah menyala wajahku saat ini. Bibir aku ketap lama-lama.

"Err...Saya...Saya,” gagap sudah aku saat ini. Lidah kelu untuk mencipta alasan yang hendak diberikan pada Chris yang sudah tersenyum mengusik.

"Saya ada dengar, kalau kita bagi bunga dekat seseorang itu dan dia simpan bunga tu maksudnya dia suka dekat orang yang beri dia bunga tu. Adakah......”

Ya! Aku sudah tahu apa yang hendak dia cakap. Lantas aku bersuara memotong kata-katanya agar dia tidak meneruskan percakapannya itu.

"Err...Chris, saya masuk dulu ya. See you again.”

Aku terus membuka langkah berjalan masuk ke dalam studio. Bunga yang tadi elok tersorok di belakang aku, kini aku membawa ke depan. Sekarang otak dah jammed tak tahu nak sorokkan di mana agar Tiya tidak perasan.

Huh!

Sejujurnya, hati aku berbunga-bunga. Senyuman tidak dapat sembunyikan lagi akhirnya terukir mekar di bibir.

Fall in love?

Hm, entah lah.

*********

Step pertama, berjaya untuk menari langkah-langkah pertama. Langkah kedua juga berjaya. Dalam hati berkali-kali aku bersyukur kepada Tuhan. Solat subuh tadi, aku memohon kepada Allah agar Allah permudahkan segala urusanku pada hari ini. Alhamdulillah, aku sudah boleh buat. Sikit pun aku tidak jatuh atau tidak berhenti menari seperti dahulu berkali-kali aku berhenti dan hampir terjatuh kerana kaki dan tubuh tidak dapat seimbang dengan betul. Mungkin kali ini selesa dan berjaya lakukan step-step ini kerana kasut yang baru.

Alhamdulillah.

Untuk step ketiga pulak, lembut aku berpusing sambil kaki bergerak sedikit dan stabilkan pergerakan agar tidak terlepas atau terlebih sewaktu aku berpusing. Nanti tak pasal-pasal kepala terhantuk dengan dinding.

DUP!

Tersembam jatuh aku di atas lantai, membuatkan aku terkejut apabila terdengar satu bunyi bagaikan ada satu kain terkoyak rabak. Terkejut kerana aku sedar yang terkoyak itu ialah kain aku. Dress labuh aku terkoyak di bahagia pehaku. Ya Allah!

Perlahan-lahan aku cuba bangun, lengan yang terasa sakit aku pegang apabila terjatuh tadi. Nasib baik lah muka tak tercium di atas lantai studio ini.

"Ops! Sorry,” aku sudah tahu siapa...

Fiqah!

Dia ketawa sinis yang berada di sebelahku. Hati mula terasa panas. Oh, dia rupa-rupanya yang tolak aku sewaktu aku sedang berlatih. Haish, apa lagi betina ni nak?! Tak puas hati lagi ke?!

"Hei, kau apa hal kurang ajar sangat, hah?! Tak ada adab ke hormat orang sikit! Cuba kalau aku buat kau apa yang kau buat dekat Bella tu. Sakit hati kan!” Bentak Tiya sambil menolak bahu Fiqah. Hampir-hampir sahaja tubuh gadis itu terjatuh dek ditolak kasar oleh Tiya.

"Bella, kau okay tak?” Tiya terus mendapatkan aku. Dia yang sudah menghampiriku sedikit terkejut melihat dress labuh di bahagian pehaku terkoyak. Ya Allah, malunya!

Cepat-cepat aku menarik lebih kain itu menutupi pehaku yang sedikit terdedah. Kumpulan lain yang sedang berlatih menari ballet semuanya terhenti dan mengalihkan pandangan tertumpu padaku yang masih terduduk menahan sakit di tubuh.

"Ya Allah, kurang ajar betul lah budak tu!” Marah Tiya. Aku hanya senyum tipis. Memberi kekuatan pada diri sendiri, jangan sampai hari ini ada karang anak orang makan penampar aku.

"Hei, kau yang sepatutnya cakap dekat kawan tak guna kau tu! Kau tak layak lah terpilih dalam pertandingan ni. Berambus je lah kau daripada sini!” Bentak Fiqah mendekati kami berdua. Tiya yang tadi duduk disebalahku melihat keadaanku bagaimana, kini kembali berdiri menentang mata dengan Fiqah.

"Sepatutnya kau yang patut berambus daripada sini. Kesian mak ayah kau kan, bagi ilmu banyak-banyak tapi anaknya langsung tak ada adab. Malah bodoh lagi!” Ayat Tiya memang pedih dan berjaya buat hati Fiqah sakit. Baru sahaja tangan Fiqah hendak menaik ke wajah Tiya yang tenang itu, ada satu suara garau menghentikan pergerakan itu. Semua tertoleh pada suara itu.

Tegas!

Aku sedikit terlopong dan terkejut melihat Chris muncul di muka pintu bilik studio itu bersama Miss Liya. Memang terkejut. Sangat lah terkejut. Studio ini luas. Aku yakin Chris dan Miss Liya dengar suara Fiqah dan Tiya yang kuat itu bergema di dalam studio ini dan dapat juga dengar sampai ke luar.

Melihat wajah Chris merah. Dia sedang marah. Aku terkebil-kebil menarik kain dress yang lebih itu menutupi pehaku. Ya Allah, macam mana aku nak bangun ni? Sumpah aku hilang idea saat ini. Otak terus tidak berfungsi setelah lelaki itu muncul.

Tiya terus mengambil tempat di sebelahku. Fiqah pula yang berlagak tenang bagaikan Chris tidak akan memarahinya membuat wajah tenang sambil memeluk tubuh. Dijeling sinis ke arahku.

"Apa masalah korang sebenarnya?! Apa yang terjadi sampaikan nak jerit-jerit?!” Bentak Chris buatkan kedua-dua bahuku sedikit ternaik terkejut.

Aku melihat dia menghampiriku, lagi buat jantung aku tidak boleh duduk diam saat ini. Liurku telan berkali-kali. Dia hanya memandang aku sekilas dan menoleh memandang Fiqah pula.

"Mr.Chris tahu tak, perempuan tak guna ni pergi tolak kawan saya sewaktu Bella sedang buat latihan. Please, sir. Take action on this.” Laju Tiya bersuara membela aku. Aku bersyukur, kalau dia ada pasti dia lah orang yang paling risau jika aku mempunyai masalah sebegini.

"What? Hei, kau cakap tu elok sikit ya! Mr.Chris, perempuan ni yang tolak saya. Bila Mr.Chris masuk, tiba-tiba aje dia buat-buat terjatuh. Berlakon je lebih!” Ujar Fiqah membela diri sendiri. Aku sedikit tergamam. Amboi, sedap mulut aje dia fitnah aku!

"Fiqah, Bella, Tiya. Apa yang dah terjadi sebenarnya ni? Malu lah kalau korang macam ni. Tolong jaga adab sikit boleh tak?!” Marah Miss Liya pula. Cuba mengawal marah dihadapan Mr.Chris.

"Fiqah, saya tidak suka perangai awak macam ni. Saya tahu salah siapa. If you repeat your mistake, I will take you out of this place!” Bentak Chris pada Fiqah. Wajah Fiqah sedikit berubah. Pasti dia tidak puas hati.

"No! Mr.Chris, dia yang mula dulu. Not me!” Sedaya upaya gadis itu membela dirinya lagi.

"I don't want to hear anything more from you. I warning you!” Keras suaranya memberi amaran kepada Fiqah. Wajah Fiqah terlihat sungguh tidak puas hati. Aku pula yang senyum sinis ke arah Fiqah. Padan muka! Fitnah aku lagi, akhirnya terkena jua pada batang hidung sendiri. Aku yakin, Allah itu ada di setiap sisi hambaNya. Dia Maha Adil.

Sebelum Chris melangkah pergi, sempat dia memandang ke arahku. Senyuman kecil terukir dibibirnya. Aku tidak membalas malah aku terpukau dengan senyuman manisnya walaupun senyuman kecil. Tidak menunggu lama, dia terus berlalu pergi meninggalkan tempat ini.

*******

"Aku nak keluar kejap, nak ambil air. Kau tunggu sini tau, nanti aku datang balik. Kaki tu tak sembuh dengan sepenuhnya, kau jangan degil nak jalan keluar pulak!” Panjang lebar makcik Kiyah ini pesan padaku. Aku hanya ketawa kecil.

"Okay, baiklah bos.” Tidak menunggu lama, Tiya terus melangkah keluar daripada bilik rawatan ini. Melihat kaki aku agak teruk. Dah banyak kali jatuh tapi aku sudah biasa. Walaupun terseliuh dan terluka teruk, bagi aku ini perkara biasa. Dah biasa dan banyak kali sudah aku lalui perkara sebegini.

Dress yang tadi koyak rabak, kini aku sudah tukar pakaianku ke baju biasa. Miss Liya tidak benarkan aku menyambung latihan. Dia menyuruh aku pulang ke rumah dan berehat sahaja. Sedih tu memang sedih lah. Dress labuh ballet aku tu baru sahaja beli pada tempoh hari yang lepas. Cantik dan memang dress kegemaran aku. Tapi tiada rezeki dan koyak rabak kerana ada seseorang yang dengki. Hm, tak apa lah. Aku redha. Aku tiada hak untuk hukum seseorang itu yang telah dia lakukan padaku. Semua itu aku serahkan pada Allah. Biarlah Allah yang aturkan dan biarlah Allah yang membalas.

Perlahan-lahan aku mengurut buku lali yang masih terasa sakit. Urat kaki pun dah timbul kerana banyak kali sudah aku terjatuh begini dan terseliuh. Tapi semua ini aku dah biasa. Sakit ini boleh sahaja bertukar kepada gembira. Gembira kerana Fiqah dimarahi oleh Mr.Chris. Ingat dia selamat. Seperti aku cakap tadi, aku hanya serahkan pada Allah. Aku tidak mahu membuka mulut, biarlah semua ini terjadi dalam aturan Allah.

Kedengaran pintu bilik dikuak oleh seseorang. Aku sudah tahu siapa. Pasti Tiya, katanya dia mahu mengambil air. Tidak menghiraukan dia yang sudah datang ke bilik rawatan ini, aku kembali mengurut lembut di buku laliku yang masih terasa sakit.

"Teruk sangat ke kaki awak tu? Kalau sakit sangat, saya boleh hantarkan awak ke klinik. Check kaki awak tu, mana lah tahu patah.”

Sedikit terkejut dengan suara itu. Garau tetapi lembut. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Pertama sekali, mataku hanya tertangkap pada mata birunya yang cantik itu dan seluruh wajahnya yang putih bersih itu.

Chris!

Ya Allah, macam mana aku tidak perasan yang dia masuk. Sangkaku, Tiya yang masuk. Haih....

Cepat-cepat aku mencapai stoking lalu disarung ke kaki. Malu pula apabila dia melihat aurat kaki aku. Dia terus mengambil tempat dihadapanku. Terkebil-kebil aku memandang ke tempat lain. Entah kenapa, rasa kekok pula saat ini.

"Tak apa lah, Mr.Chris. Sikit aje ni. Tak teruk pun.” Senyuman tipis terukir di bibirku. Kuatkan diri sendiri walaupun di kaki ini masih terasa sakit.

"Err...Kenapa awak tak salahkan saya? Bukan ke selalunya awak bela si Fiqah tu?” Gatal sahaja mulut ini hendak ditanya soalan pada Mr.Chris yang berada dihadapanku ini. Aku yakin soalan itu pasti dia menganggap seperti sindiran. Sebaliknya aku mahu memastikan. Aku tidak mahu dia pilih kasih. Kalau aku salah aku mengaku, aku hanya murid biasa padanya. Bukan anak kepadanya. Tiada pilih kasih dan perlu keadilan.

Lelaki itu hanya ketawa kecil. Lawak sangat ke soalan aku ini?

"Sewaktu korang bergaduh, ada seorang murid ni report dekat saya dan Miss Liya. Dia bagitahu yang Fiqah mulakan dulu. Jadi, saya terus masuk ke dalam studio dan benar apa yang saya melihat. Tak akan lah awak pulak yang buat dia sampaikan kaki awak lebam teruk ni.” Cerita lelaki itu. Aku tersenyum mendengar. Bersyukur kerana ada yang melihat sewaktu pergaduhan kami tadi.

"Saya tak nak awak pilih kasih. Saya bukan siapa-siapa pada awak. Kalau saya salah, marah aje dekat saya. Saya terima dengan hati yang ikhlas.” Ujarku berharap dia faham. Aku tidak mahu aku yang salah, dia yang pilih kasih untuk membela pihak aku. Masing-masing perlu menerima keadilan.

Aku pelik melihat wajah Chris hanya tersenyum kecil. Lama ditenung wajahku. Dah kenapa dengan mamat ni?

"Err...Mr.Chris, saya nak tanya sikit boleh?” Cepat-cepat aku menukar topik. Dia hanya mengangkat kening. Mahu tahu apa yang hendak disoal olehku.

"Sebenarnya awak kerja apa ya? Saya tertanya-tanya juga. Bukan saya nak sibuk tentang hal awak. Saya tahu kelas ni, sekolah sukan besar ni dan semuanya yang ada di sini awak punya. Tapi, tak akan lah awak jadi guru ganti di sini aje. Pasti lah awak ada kerja lain di luar sana, kan?” Hati ini ingin sangat tahu apa lagi kerjanya selain menjadi guru ganti di sini. Melihat dari segi penampilannya, mungkin dia jutawan. Orang kaya dan baik hati membina kelas ini.

Aku sedikit bingung melihat wajah Chris berubah. Berubah dengan wajah serius. Pandangan dilemparkan di tempat lain. Aku pula yang tertanya-tanya. Aku ada salah cakap ke? Hm, tulah kau ni Bella! Main soal aje. Entah-entah soalan itu soalan yang tidak boleh dia terima dan tidak boleh dia jawab. Mungkin privasi.

"Err...”

"Sorry lah kalau saya ni penyibuk. Tapi tak salahkan kalau anak muridnya nak tahu tentang pekerjaan gurunya selain gurunya mengajar di sini.” Sengaja aku buat muka ala-ala comel berharap sangat dia jawab soalanku itu. Aku ni jenis yang ingin tahu. Gatal nak tahu.

"Err...Yes, saya kerja di luar sana.” Jawabnya ringkas cukup buat aku sakit hati. Ringkasnya!

"Kerja apa kat luar sana?” Soalku gatal ingin tahu lagi.

Lelaki itu hanya senyum senget. Aku pula rasa tidak tentu arah saat ini apabila dia mendekatkan wajahnya ke telingaku. Memang automatik tubuhku kaku di situ. Rasa susah hendak jarakkan diri daripadanya. Dia ni memang sengaja ke apa hah?! Nak cakap tu pun perlu ke berbisik-bisik bagai?!

"Businessman.”

Lembut dia ucapkan di telingaku mampu buat jantung aku berdetak dengan sungguh hebat. Sedar aje ke dunia nyata semula, cepat-cepat aku menjarakkan diri daripadanya yang sudah tersengih-sengih.

"Err...Oh. Patutlah awak jarang datang sini.” Tergagap-gagap aku bersuara. Mencuba menghilangkan rasa gagap dan kekok saat ini.

"Yes. Saya busy sikit dan jarang ke sini. Kenapa? Kalau saya tak datang ke sini, awak rindu saya ke?” Soalnya bernada mengusik sambil tersenyum senget. Memang menggoda.

"Eh, mana ada! Mr.Chris ni kan!” Marahku sambil menjeling tajam ke arahnya. Dia hanya ketawa kecil. Lucu gamaknya melihat wajah gelabah aku saat ini. Tambah-tambah lagi aku sudah berbahang!

"Why you blushing, dear? So cute.” Perlahan ucapan terakhirnya itu, tetapi dapat didengar olehku. Sedikit tergamam apabila dia perasan wajahku mula bertukar warna. Ah, malunya!

"Err...”

"Wei, Bella kau nak tahu tak tadi...eh!” Terkejut aku dengan suara itu muncul secara tiba-tiba.

Tiya!

Terkejut aku melihat kemunculan Tiya di dalam bilik ini sambil memegang dua botol air kosong. Dalam hati bersyukur kerana Tiya cepat-cepat muncul. Huh, dapat lah hilangkan rasa kekok aku saat ini.

"Ops! Sorry. Tak tahu pula Mr.Chris ada dekat sini.” Tiya terus mendapatkan aku lalu melabuhkan duduknya di sebelahku. Satu botol air kosong dihulur oleh Tiya padaku. Aku terus mencapai, membuka penutup botol air itu lalu diteguk perlahan-lahan air tersebut. Mencuba lagi menghilangkan rasa kekok saat ini.

"It's okay, Tiya. Saya baru aje datang ke sini.” Balas Chris. Tiya hanya senyum. Senyum gedik dia la. Dia pantang kalau nampak lelaki handsome. Entah apa lagi seperti Mr.Chris yang berada di hadapanku ini. Kacak, sempurna, kaya dan ramai peminat. Siapa aje tak nak dimiliki oleh lelaki ini?

"Saya keluar dulu. Korang rehat lah dulu, nanti korang boleh balik.” Ujar Mr.Chris lalu meminta diri untuk keluar dari bilik rawatan ini.

"Wei, apa yang korang tengah dating tadi? Amboi, dekat sini pun jadi ya?” Usik Tiya. Nasib tak tersembur air di dalam mulutku ini. Jahat betul si makcik Kiyah ni!

"Isy, kau ni mulut tu boleh tak cakap elok-elok sikit! Kalau Mr.Chris tu dengar macam mana?” Marahku sambil menyeka bibir yang sedikit basah dek air tadi.

"Tak ada lah. Aku tanya je.”

"Tak ada apa-apa pun. Aku hanya korek rahsia daripada dia. Aku tengok dia ni kan, macam ada sesuatu rahsia simpan daripada aku. Bila aku tanya dia, dia selalu jawab gagap. Sewaktu aku keluar pada tempoh hari lepas bersama Zyan, aku juga ada nampak dia. Susuk tubuh dia memang mirip dan sama dengan Mr.Chris. Aku yakin dia ada sesuatu benda yang tak kena dan dirahsiakan daripada aku.” Ceritaku pada Tiya. Memang pun! Hati ini kuat sangat mengatakan yang lelaki itu ada sesuatu rahsia daripada aku. Dia tipu aku ke? Atau dia sengaja sorokkan sesuatu benda daripada aku?

"Nampak sangat kau suka dia kan?” Usik Tiya lagi. Minah ni memang susah nak serius!

"Isy, kau ni! Tak habis-habis lagi. Entah-entah kau yang suka dia!” Sakatku pula pada gadis itu. Kuat sangat menyakat aku si makcik Kiyah ni.

"Eh memang tak lah. Aku dah ada bakal suami kat Malaysia. Tapi, aku tengok kau ni macam nak sangat korek rahsia tentang dia. Nak sangat tahu siapa lelaki bernama Chris Martinez tu. Kantoi lah kau sebenarnya suka dia kan?”

Satu pukulan terus hinggap di lengan Tiya. Gadis itu seperti biasa hanya melepaskan tawa. Tapi, ada benar juga kata-kata Tiya itu. Aku keliru dengan perasaan sendiri. Sejujurnya, ada satu masa sewaktu aku bersama dengannya, entah bagaimana sedikit demi sedikit aku tertarik padanya.

Mula suka.

Mulai mencintainya.

Tapi, sejujurnya aku keliru dengan perasaan sendiri. Mustahil aku akan dapat memilikinya. Nak ke dia pada aku. Gadis muslim? Dapatkah dia tahan nafsunya? Jika bercinta daripada negara mereka, pastilah berpegang tangan, berciuman dan tidur bersama bagaikan sudah berkahwin tetapi mereka menganggap itu cinta sejati. Tidak sama dengan agama islam. Jauh bezanya. Sangat-sangat beza. Sebab itulah perlu fikir dua tiga kali untuk memiliki atau bercinta dengan pasangan yang beza agama.

"Hoi!”

Sedikit ternaik bahuku. Terkejut dengan sergahan Tiya. Terkebil-kebil aku memandang Tiya. Ya Allah, macam mana lah aku boleh berangan jauh sangat ni?

"Kau berangan apa pulak ni? Ni mesti tengah teringat dekat Mr.Chris kan? Hei, dia tu baru je keluar dari bilik ni tau. Takkan lah dah rindu?” Usik Tiya yang masih tidak puas hati mengusik aku.

"Isy, mana ada lah. Eh, ni apa kau cakap tadi? Kau dah ada bakal suami? Serius lah wei?” Sengaja aku mengubah topik. Tiya mula sengih. Sengih gedik.

"Haah, nanti aku balik Malaysia, ayah aku dah siap-siap nak kahwinkan aku dengan si dia.” Amboi, gatal betul si makcik Kiyah ni ya. Siap senyum gatal dia lagi. Aku hanya ketawa kecil. Pertama kali melihat Tiya gatal sebegini. Selalunya dia yang suka mengusik orang kata orang gatal la apa lah. Sebaliknya dia yang terlebih gatal.

"Untung lah. Aku ni tengah serabut cari bakal suami yang masih tak jumpa-jumpa. Zyan pula sibuk dengan kerja dia. Ayah aku selalu tanya dia buatkan aku rasa tak tentu arah tau. Ayah aku betul-betul nak kahwinkan aku dengan Zyan.” Nafas kecil terlepas jua. Berat hati ini. Kecewa.

"Ala, kau jangan lah risau. Mr.Chris tu kan ada.” Kan aku dah cakap, dia tak sah kalau tak usik aku!

"Isy, merepek lah kau ni. Dah lah, jom kita ke kafeteria dulu. Aku lapar la.” Tidak menunggu lama, perlahan-lahan aku menurunkan kaki ke bawah. Entahlah, boleh jalan ke tidak.

Perlahan-lahan Tiya memapahku. Aku mengatur langkah berjalan sambil terjengkek-jengkek berjalan keluar dari bilik rawatan ini. Masih terasa sakit tetapi perlu ditahan.

Sampai sahaja di depan locker room, aku memapah dinding agar tidak terjatuh kerana aku masih belum seimbangkan badan untuk berjalan. Nanti tak pasal-pasal wajah ini tercium ke atas lantai lagi.

"Kejap ya. Aku ambilkan kau punya beg sukan.” Aku hanya akur. Biarkan Tiya mengambil barang-barangku. Bersyukur ada sahabat sebaik Tiya yang sudi membantuku saat aku memerlukan bantuan.

Susuk tubuh Tiya hilang setelah dia masuk ke dalam locker room mengambil barang-barangku. Aku hanya menunggu di hadapan bilik locker. Menunggu kelibat Tiya muncul semula.

Tapi.....

"ARGHH!!”

I'm so sorry gais sebb update lambat...nana busy dengn assignment, I'm so sorry...hope korang enjoy dengan Bab baru ni and banyak bersabar menanti chapter terbaharu hehehe...sorry againnn! <3

Share this novel

Nuraliah Aqilah
2022-07-08 07:31:23 

Bella blushing beb


NovelPlus Premium

The best ads free experience