• { BAB 37 } •

Romance Series 49049

Laju aku berlari ke bilik wad di mana ayah masih berada di situ. Air mata tidak henti-henti mengalir laju. Tidak kupedulikan lagi siapa yang aku langgar bahu saat berlari tadi, yang penting aku perlu cepat melihat ayah sebelum dikebumikan.

"Bella.”

Wajah mak ngah sembap dengan air mata. Sepantas itu aku berlari mendapatkan mak ngah lalu memeluk tubuh mak ngah dengan sungguh erat.

Ya Allah, sungguh aku rasa serba salah.

Kalau aku tidak ikutkan kerja gila tak masuk akal itu pasti ayah tidak akan jadi begini.

Menyesal?

Sudah terlambat.

Ayah sudah pergi!

Kini perlahan-lahan aku berjalan ke arah ayah yang sudah terbaring kaku di atas katil wad itu yang sudah dilitupi dengan kain putih.

Perlahan-lahan aku membuka kain putih itu di bahagian wajah ayah dan terserlah wajah ayah yang sungguh pucat.

Aku kembali teresak-esak menangis.

Sekujur tubuh itu aku peluk erat-erat sambil melepaskan tangisan yang sudah terlambat.

Sangat menyesal.

"Ayah...”

"Ayah...maafkan, Bella. Bella betul-betul menyesal, ayah. Bangun ayah, bangun. Bella rindu ayah. Please, jangan tinggalkan Bella. Ayah....”

Teresak-esak aku menangis tanpa melepaskan pelukan di tubuh ayah itu.

"Sabar, Bella. Kita kena banyakkan berdoa untuk arwah, jangan sedih-sedih macam ni. Nanti arwah tak tenang.” Mak ngah cuba menenangkan aku yang masih tidak henti-henti menangis.

"Betul tu, Bella. Kau kena kuat.” Tiya juga bersuara memberi aku tenang.

Tapi aku tidak boleh tenang sekarang, duniaku gelap tanpa orang yang aku paling sayang.

Ya Allah, kenapa berat sungguh ujian ini?

"Tak nak. Bella nak ayah. Bella minta maaf, ayah. Ni semua salah Bella, maafkan Bella ayah. Please, jangan pergi tinggalkan Bella, Bella tak boleh hidup tanpa ayah. Bella sayang ayah.” Lama aku mengucup pipi dan dahi ayah.

Mak ngah dan Tiya yang berada di sisiku turut menangis. Entah mengapa, pemergian ayah sungguh sedih. Dan aku sebagai anak rasa tidak berguna.

Bodoh kau Bella.

Kau sangat bodoh!

"Maafkan kami, kami perlu bawa mayat arwah ke bilik mayat segera. Diminta semua orang berjauh dengan arwah, kita sama-sama berdoa semoga arwah tenang di sana.” Ujar doktor yang hendak membawa ayah pergi.

Aku geleng kepala sambil tidak henti-henti menangis.

"Tak, tak...Bella nak ayah. Please, ayah jangan tinggalkan Bella.”

"Jangan macam ni, Bella. Banyakkan istighfar, Bella.” Mak ngah menarik lenganku berjauhan daripada ayah tetapi aku memberontak.

Aku tetap mahukan ayah!

"Bella, please. Jangan macam ni, kau kena kuat.” Tiya pula menarik tubuhku sehinggalah aku mengalah.

Terduduk aku di atas lantai itu. Ayah yang berada di atas katil wad itu di bawa pergi oleh beberapa jururawat. Aku kembali teresak-esak menangis. Sungguh aku tidak kuat dan aku lemah.

"Ayah....” Rintihku lagi.

Tiya terus memeluk tubuhku erat-erat.

"Sabar, Bella. Kau kena kuat, aku yakin kau kuat.” Bisik Tiya di telingaku memberi aku semangat.

"Tak, Tiya. Aku lemah, aku tak kuat dan aku nak ayah. Aku salah Tiya, kalau aku tak ikutkan kerja gila aku tu mesti semua ni tak akan terjadi. Ya Allah....Hamba tak kuat, hamba insan yang lemah ya Allah...”

Nak keluarkan suara pun susah hanya mampu teresak-esak menangis.

"Sabar, Bella. Kita doakan untuk arwah ya, semoga dia tenang. Jangan sedih ya sayang, Bella kena kuat. Tuhan uji kita begini sebab dia sayang Bella dan dia tahu Bella kuat.” Ujar mak ngah lalu mengusap lembut bahuku.

Aku memejam mata rapat-rapat.

Sungguh aku tidak kuat tapi aku cuba. Aku akan cuba untuk menerima semua ini. Dan ini juga balasannya kerana telah derhaka pada ayah.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku.

Ayah, Bella nak minta maaf.

Bella rindu ayah!

**********

Setiap manusia yang hidup akan merasai kematian.

Lembut aku mengusap batu nisan ayah sambil menyeka air mata. Selesai dikebumikan arwah ayah tepat pada pukul 1 petang. Dan, kini rumah akan jadi sunyi sepi. Tiada lagi wajah ketat ayah, tiada lagi gurauan ayah dan tiada lagi gelak-tawa ayah.

"Bella, jom balik. Tak baik kita duduk di sini lama-lama sambil menangis. Nanti arwah tengok dia pun sedih.” Ujar mak ngah.

Aku geleng kepala.

"Tak apa lah, mak ngah balik la dulu. Bella nak duduk sini kejap.”

"Betul ni?”

Aku mengangguk lemah sambil tersenyum hambar.

"Ye la, jangan lama-lama tau.” Pesan mak ngah.

Aku kembali merenung lama batu nisan yang tertulisnya nama ayah. Air mata mula mengalir semula. Tanah perkuburan ayah perlahan-lahan aku usap dengan air mata mula mengalir laju.

"Maafkan Bella, ayah.”

Teresak-esak aku menangis. Sungguh sebak di hati tidak dapat ditahankan lagi. Sungguh aku mahu lepaskan segala-galanya.

Aku mahu kembali ayahku.

Begitu cepat ayah pergi tinggalkanku.

Setelah puas teresak-esak menangis di tepi kubur ayah, perlahan-lahan aku menyeka air mataku yang sudah bengkak asyik menangis daripada semalam.

Sungguh pemergian ayah tidak diduga.

Perlahan-lahan aku bangun dari duduk, air mata yang tersisa di pipi di seka. Menarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan hati begitu sayu. Duniaku tidak lagi lengkap dengan tiadanya orang yang kusayang di sisiku.

"Bella balik dulu ya, ayah. Nanti Bella datang lagi.” Ucapku dengan suara bergetar menahan sebak.

Kini kaki mengatur langkah pergi. Sehingga jarakku sudah jauh daripada makam ayah, aku kembali memusingkan tubuhku memandang makam ayah dengan air mata kembali jatuh ke pipi.

Sungguh aku insan yang lemah.

"Al-Fatihah untuk arwah. Arwah sangat lah baik hati. Stay strong pretty.”

Satu suara lembut itu buatkan aku terhenti menangis. Aku terus toleh ke belakang di mana suara itu datang dari arah belakangku.

Zyan tersenyum manis lalu membuka kaca mata hitamnya.

Aku kembali teresak-esak menangis. Sungguh aku tidak kuat.

"Zyan...ayah saya dah tak ada.”

Sedangku kembali teresak-esak menangis sehingga aku tidak sedar yang aku sedang memeluk tubuh seseorang.

"Shhhh...Trust yourself, you are strong women. Allah uji awak macam ni sebab dia tahu awak kuat.” Pujuk Zyan dan terasa ada satu usapan begitu lembut di belakang tubuhku memberi aku tenang.

Aku kembali buka mata. Sungguh buat aku terkejut besar apabila aku sudah terpeluk tubuh Zyan gara-gara tangisan yang tidak dapat dihentikan. Sebak di hati yang masih belum reda.

"Errr....Saya minta maaf, Zyan.”

Aku gigit bibir bawah. Malu!

Zyan hanya senyum manis.

"Tak apa, awak lepaskan segala-galanya. Menangis lah sepuas-puasnya. Saya sentiasa berada di sisi awak dan sokong awak. Stay strong.” Ujar Zyan memberi aku semangat.

Aku seka air mata sambil tersenyum. Mencuba menguatkan diri dan hati yang sungguh lemah.

Ya, aku kena kuat!

"Terima kasih, Zyan. Thank you so much, awak dah banyak tolong saya. Dan, saya nak minta maaf sebab...”

"Shh...Cerita lama biarlah lepas begitu sahaja. Saya tak terasa hati pun dengan apa yang dah awak buat. Saya tahu saya salah. And now, you have to live your life normally and you have to be strong. Jika awak jatuh, bangkitlah kerana Allah.” Ujar Zyan sambil tersenyum cantik.

Aku juga turut tersenyum. Bersyukur mempunyai kawan baik seperti Zyan. Aku dah banyak buat salah dengan dia. Ya Tuhan...Sungguh aku rasa serba salah dengan lelaki ini yang sudah banyak bantuku.

"Thank you, Zyan.”

Zyan hanya senyum sambil mengangguk kepala.

********

Sudah seminggu pemergian arwah ayah. Rasa begitu cepat. Rumah ini begitu sunyi tanpa kehadiran ayah. Aku merenung setiap sudut rumah dan bayangan ayah ada di setiap sudut tersebut.

Kalau di dapur, dapat kubayangkan ayah sedang memasak itu pun kalau ayah rajin hendak masak. Tapi sekarang bayangan ayah sudah tidak ada lagi. Ayah terlebih dahulu sudah pergi tinggalkan aku.

Berkali-kali aku kedipkan mata agar air mata tidak tumpah lagi.

Hidupku seminggu ini tanpa ayah di sisiku sungguh dapatku rasakan hidupku sunyi. Duniaku sepi. Gelap.

Terasa belakang tubuhku diusap lembut oleh seseorang. Aku toleh sambil tersenyum hampa ke arah Tiya yang setia menemaniku.

"Jangan sedih-sedih macam ni. Aku tak nak tau tengok kau macam ni. Kau kena kuat Bella. Dah, jangan sedih-sedih. Senyum sikit.” Pipiku dicubit lembut oleh Tiya.

Aku cuba untuk tersenyum walaupun hati begitu sayu.

"Hah, macam tu la.”

Aku ketawa kecil, ketawa hambar.

"Aku ada bawa makanan untuk kau, pagi tadi aku sempat masak untuk kau sebelum datang ke sini. Nanti kita makan sama-sama ya.” Ujar Tiya sambil menunjukkan bekal makanan.

"Wahh, Tiya masak apa tu? Macam dah dapat bau pulak apa makanan dalam isi tu.” Ujar mak ngah sambil ketawa kecil.

Mak ngah dan Tiya sentiasa berada di sisiku saat pemergian arwah ayah. Mereka sentiasa menemaniku.

"Tiya ada masak sambal udang petai dengan ikan siakap tiga rasa kegemaran Bella. Dah lama sangat Bella ni tak makan. Makan pun sikit.”

Ya, benar.

Sudah hampir seminggu aku tidak makan dan asyik teringat dan rindu pada ayah. Selera makanku hilang. Dan aku selalu habiskan masaku di bilik arwah ayah, kadang kalau aku rindu sangat wajah ayah aku akan peluk frame gambar ayah sehinggalah aku tertidur kepenatan menangis.

Sungguh aku merindukan ayah!

"Wahh, sedapnya. Nanti kita makan sama-sama ya. Mak ngah nak naik atas kejap, nak kemas bilik arwah.”

Kelibat mak ngah terus hilang. Aku tahu mak ngah ke bilik arwah bukan untuk kemas tapi dia rindukan pada arwah abangnya.

Siapa aje tidak rindu?

Arwah sangatlah baik.

Saat mak ngah sekeluarga susah, ayah la yang membantu keluarga mak ngah. Ayah lah yang membayar semua hutang-hutang adiknya yang belum dilansaikan.

"Terima kasih Tiya, menyusahkan kau aje.” Ucapku sambil tersenyum segaris.

"Tak ada susah pun la. Aku nak kau makan, nanti sakit.”

Aku terus peluk tubuh Tiya.

TING TONG!

Kedengaran seperti ada orang datang ke rumah. Aku pandang Tiya dan Tiya pandang aku.

Siapa pulak yang datang ni?

"Kejap, aku buka pintu.”

"Eh, tak payah. Biar aku aje.”

Aku terus bangkit daripada sofa lalu berjalan ke pintu utama. Pagar automatik terbuka sendiri dan dapat kulihat ada dua orang wanita berjalan masuk ke dalam kawasan perumahanku ini.

Lama aku merenung ke arah dua wanita itu sehinggalah mereka sudah sampai di depan mataku.

Bonda!

Terbeliak biji mataku apabila bonda datang ke rumah. Dan rasa nak aje halau mereka apabila aunty Nadia juga turut ada. Dengan muka sinis merenung aku atas bawah lalu dijelingku tajam.

"Hah, Nadia. Kalau kau nak tahu, ini lah rumah arwah tu. Besar rumah dia, kau jangan risau. Tak lama lagi, rumah ni akan jadi milik kau.”

Tersentak aku mendengar kata-kata selamba bonda itu. Hati membara dengan api kemarahan, tajam aku merenung bonda yang berwajah selamba itu.

Aku cuba untuk hulur tangan salam bonda, walaupun aku benci mereka tapi aku tetap perlu hormat dia sebagai orang tua.

"Hah, jom kita masuk. Kau boleh lah tengok dalam rumah ni pulak.” Ujar bonda, selamba itu dia menolak tubuhku ke tepi dan dengan lagak datinnya itu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Hampir sahaja tubuhku terjatuh nasib baik sempat aku tahan.

"Eh, siapa ni?” Kedengaran suara Tiya menyoal.

Entah mengapa, hatiku begitu sakit. Geram semuanya ada. Kalau ikutkan hati, nak aje aku hentak kepala dorang berdua tu di dinding.

Ya Allah, dugaan apa pulak kali ini?

Aku tahu, bonda kalau datang ke sini tidak pernah tak sakitkan hati aku. Ayat sindirannya sungguh pedih!

"Orang yang tak sedar diri, datang ke rumah orang macam rumah sendiri dan berlagak selamba mengaku yang rumah ni akan jadi milik mereka. Ini la orangnya, tak perlu pun kau nak kenal dia siapa Tiya. Orang macam ni tak guna untuk kenal.”

Hati sudah begitu sakit, marah dan geram. Akhirnya, adab sopan dan hormatku pada bonda hilang. Kata-kata yang tak diduga keluar daripada mulutku dengan hati begitu marah dengan api kemarahan.

Serta-merta bonda dan aunty Nadia toleh memandangku dengan wajah begitu tegang.

"Apa kau cakap? Mulut kau jaga sikit ya, Bella. Jangan sampai penampar aku ni naik ke muka kau!” Jerkah bonda dengan nada sungguh kuat.

Aku julingkan mata ke atas sambil memeluk tubuh. Senyuman sinis terukir di bibir.

Dah lama aku pendam. Dulu lain cerita. Dulu ayah ada aku dilarang melawan bonda malah aku perlu hormat orang tua yang tak sedar diri ini.

Dan sekarang?

Aku nak hormat dia?

Maaf, hormatku pada orang tua ini sudah lama hilang.

Kerana dia lah ayah terkena serangan jantung ketika aku tiada di sisi ayah. Bonda selalu beri ayah tertekan dan memaksa ayah berkahwin dengan aunty Nadia yang gedik janda itu sehingga ayah jatuh sakit. Ini aku tahu semua mak ngah yang cerita padaku.

"Eh, kenapa ni? Bonda, bila sampai? Kenapa bising-bising ni?” Soal mak ngah gelabah turun dari tangga.

"Mak ngah tanyalah bonda ni, datang-datang rumah orang buat kecoh. Lepastu berangan nak ambil rumah ni daripada Bella. Hei, Bella haramkan dorang ambil harta ayah!” Bentakku buat keputusan muktamad.

Ini harta ayah, tidak akan aku berikan harta ini sesuka hati pada orang luar.

"Hei, mulut kau memang nak kena cili, kan? Asal kurang ajar sangat, hah?! Kau tu siapa nak haramkan bagai? Harta bapak kau akan jatuh pada aku. Kau tu boleh berambus dari rumah ni!” Ujar janda gedik itu yang tak habis-habis lagi berangan.

Aku tersenyum sinis.

"Ya Allah, kenapa ni? Bonda, kenapa? Harta apa ni? Wasiat arwah dah mengatakan yang harta dia akan jatuh semua kepada Bella. Kenapa ada yang masih tak puas hati? Terima la kenyataan.” Ujar mak ngah cuba meredakan keadaan.

Tiya yang berada di sisiku cuba menenangkanku.

"Kau diam la, ngah. Kau pun sama, tak guna! Aku berhak tentukan semua ni. Rumah ni akan jadi milik Nadia dan perempuan tak guna ni boleh berambus keluar daripada rumah ni!” Bentak bonda yang masih tidak puas hati.

"Bonda siapa nak tentukan semua ni? Janda gedik ni tak layak la ambil harta ayah. Dia siapa? Dia bukan isteri ayah dan bukan siapa-siapa dalam hidup ayah. Ayah pun tak ada selera dengan janda gedik ni dan kenapa pulak nak bagi harta pusaka ayah pada janda gedik ni? Tak! Bella haramkan untuk janda gedik ni ambil!”

Sungguh aku geram sangat-sangat. Sudahlah emosiku tidak stabil lagi lepastu mereka datang selamba ke sini hendak mengambil harta ayah daripadaku.

Dengan ayatku itu mampu buat janda gedik itu terasa dan sakit hati lantas dia menyerangku. Siapa lagi kalau bukan aunty Nadia.

Laju sahaja dia menarik rambutku dengan sungguh kuat tetapi tidak kubiarkan sahaja dia buat begitu, aku juga turut balas. Tudungnya yang kemas di lilit entah apa-apa itu, lantas aku tarik kasar.

"Ya Allah, Bella!” Jerit mak ngah lantas mendapatkan aku.

"Bella, dah lah tu. Ya Allah, Bella..” Tiya cuba bantuku tetapi dia gagal.

"Kau memang nak kena! Aku memang dah lama nak bapak kau mampus. Harta bapak kau aku punya, bukan kau lah sial!” Bentak janda gedik itu lalu menggoncang-goncang kepalaku.

"Kau tak layak pegang harta bapak aku la setan!”

Tudungnya yang sudah tercampak entah ke mana, kini aku menarik kasar rambutnya.

"Sudah!”

Jerit mak ngah, serentak itu aku menolak kasar tubuh janda gedik itu menjauhi daripadaku. Sungguh jijik!

Tiya terus membantuku untuk bangun.

"Sudah lah, ya Allah!” Mak ngah teresak-esak menangis.

Wajah bonda langsung tidak kelihatan sedih dengan pemergian arwah ayah malah saat perkebumian ayah pun bonda tidak singgah ke makam arwah ayah. Saat ayah sedang nazak di hospital juga bonda tidak jenguk ayah di wad.

Mak jenis apa dia tu?

Sungguh kejam!

"Apa masalah kau, Nadia? Kalau kau nak kahwin dengan abang aku semata-mata nak harta dia lebih baik kau pergi berambus je la. Aku rasa bagus sangat yang abang aku tak kahwin dengan kau dulu. Dan sebabkan kau, abang aku hilang arah tuju dan hilang orang yang dia sayang. Kau memang kejam Nadia! Bonda dengan kau memang kejam!”

"Bonda pula mak jenis apa ya? Bonda memang suka tengok arwah along terseksa? Bonda ada hati dan perasaan ke tidak? Bonda tak kesian ke tengok along macam mana dulu dan sekarang dia sudah pergi, bonda lagi nak tambahkan beban. Tak dapat nak kahwinkan along dengan perempuan ni, sekarang bonda nak rampas harta along? Bonda sangat kejam!”

Teresak-esak mak ngah menangis. Aku mengusap lembut bahu mak ngah memberi dia tenang.

Bonda langsung tidak memberi apa-apa reaksi malah dia hanya buat muka tidak bersalah. Aku pula naik geram tengoknya. Rasa nak aje tarik rambut dia pula, biar hilang terus kepala dia tu!

"Yes! Aku memang benci tengok Badrul bahagia dengan Laila. Aku benci! Aku nak Badrul kahwin dengan Nadia, bukan dengan perempuan jalang tu yang datang entah dari mana. Sekarang bila mereka dah bercerai, hati aku puas, Bayyah. Aku puas!” Jerit bonda bagaikan orang gila.

Aku sedikit tergamam mendengarnya.

Cerai?

Laila?

Siapa perempuan itu?

Jadi selama ini ayah bercerai dengan perempuan yang bernama Laila?

Adakah perempuan yang bernama Laila itu mak kandungku?

Menitis air mataku mendengarnya.

Ya Allah, sedapnya nama arwah mama.

"Astaghfirullahalazim, bonda!” Mengucap panjang mak ngah mendengar luahan daripada bonda itu.

"Bonda sedar tak apa yang bonda cakap ni? Ya Allah, bonda...”

"Dah, kau jangan nak teresak-esak menangis depan aku. Menyampah aku tengok! Buang masa aje aku datang ke sini.” Ujar bonda lalu berjalan menghampiriku.

"Hei perempuan tak guna, kau dengar sini ya! Kau jangan kurang ajar dengan aku kalau kau tak nak menyesal seumur hidup kau seperti mak kandung kau yang tak guna tu! Aku akan pastikan harta bapak kau dan rumah ni akan jadi milik aku! Dan masa tu lah kau boleh berambus keluar daripada sini!” Sungguh benci renungan bonda itu padaku.

Aku sabar lagi, mampu bersabar saat ini. Jangan sampai suatu hari nanti aku yang buat dia menyesal seumur hidup!

Janda gedik itu mencapai tudungnya lalu berjalan pergi keluar daripada rumah ini. Tetapi sempat dia melanggar kasar bahuku.

Tapi, aku mampu lagi bersabar.

Mak ngah melabuhkan duduknya di sofa lalu teresak-esak menangis.

"Sabar ya mak ngah.” Bahunya aku peluk erat-erat.

"Maafkan mak ngah Bella.”

"Tak, tak...mak ngah tak ada langsung pun salah pada Bella.”

Bingung juga kenapa mak ngah meminta maaf padaku.

Tetapi, yang pastinya aku tidak akan memberikan harta pusaka ayah pada orang luar.

Tidak akan sama sekali!

*********

"Kenapa dengan bonda, ayah? Bella stress la dengan dia tu. Batak harta sangat. Lepastu, dia nak bagi semua harta ayah pada aunty Nadia. Ya Allah, Bella rasa nak aje hentak kepala dorang berdua semalam. Memang tak la Bella nak serahkan begitu aje harta ayah pada mereka sebab ayah dah buat wasiat yang harta ayah akan jatuh pada Bella. Kenapa dorang nak sibuk?”

Penat membebel sambil menahan air mata agar tidak tumpah. Tanah perkuburan ayah perlahan-lahan aku usap dengan hati yang sebak dan sayu.

Angin lembut menyapa pipiku sehingga selendang di atas kepalaku hampir tercabut. Cepat-cepat aku betulkan selendangku yang sudah senget di kepala.

Terasa bagaikan ayah sedang dengar ceritaku dan bagaikan ayah ada di sisiku.

Ya Tuhan..

Sungguh aku rindu pada ayah.

"Ayah....”

"Bella janji, Bella tak akan serahkan pada mereka. Kalau ayah nak tahu, mereka jahat! Dorang tu tunggu ayah mati aje sebab dorang nak semua harta ayah. Mereka jahat, ayah!” Aku masih mencuba untuk menahan air mata. Mengenangkan kekejaman bonda terhadap anaknya sendiri sungguh buat aku sedih.

Kejamnya bonda!

"Bella janji ayah. Bella sayang ayah. Bella rindu ayah...”

Akhirnya menitis jua air mataku di pipi. Tidak dapat tahankan lagi sebak di dada ini. Sungguh aku merindui ayah.

Seketika aku menjeling jam di pengelangan tanganku. Sudah pukul 10 pagi. Lama juga aku duduk di sini dari pukul 8 pagi.

Iya, aku sangat rindu pada ayah.

"Okay lah ayah, Bella nak balik dulu. Mak ngah mesti tengah tunggu Bella balik nak sarapan sama-sama. Bella balik dulu ya ayah, moga ayah tenang di sana. Bella sayang ayah!”

Aku seka air mataku sambil mencuba mengukir senyuman di bibir.

Perlahan-lahan aku menyiram air bunga di makam perkuburan ayah. Selesai itu, kaki mula mengatur pergi daripada situ. Sempat aku menoleh kembali memandang makam ayah sambil tersenyum.

Ayah dah tenang di sana, buat apa lagi aku nak sedih-sedih kan?

Ayah lagi stress dan sakit berada di dunia ini.

Aku yakin, ayah tenang di sana.

********

1 minggu kemudian....

Keadaan sudah menjadi semakin pulih. Aku juga sudah kembali gembira dan tidak sedih lagi. Mak ngah pun dah bahagia dan seronok setelah dapat tahu yang anak keduanya mengandung. Tak lama lagi dapat cucu!

Tiya pula sudah bahagia honeymoon dengan suami tercinta dia tu. Katanya, suaminya dapat cuti 5 bulan setelah selesai kerja di tengah laut.

Aku pula?

Iya, aku rasa bahagia saat ini. Entah mengapa, rasa hati tenang. Mungkin ayah juga tenang di sana sebab itu aku juga turut tenang.

Cakap pasal Zyan?

Dia jarang jumpa aku. Katanya dia banyak kerja yang perlu dia selesaikan. Aku terima kerana aku bukan ada apa-apa lagi hubungan dengannya. Dan dia hanyalah kawan baik aku sahaja.

Chris?

Ya, nama itu sentiasa berada di kotak fikiranku. Sungguh aku merinduinya. Dia menghilang begitu sahaja setelah dapat tahu yang aku bakal jadi isteri orang. Rasa serba salah juga. Aku tahu dia tidak dapat terima semua itu tapi keadaan sudah berubah.

Aku tidak jadi isteri orang dan bukan lagi bakal isteri orang.

Teringin nak jumpa dengan dia tetapi aku tidak tahu dia berada di mana sekarang.

Kalau dia ada di office nya sendiri, boleh aje aku ke sana tapi yakin ke dia berada di sana.

Pandanganku beralih di luar jendela. Mengambil angin pagi yang sungguh buatku damai dan tenang. Rambut terlepas bebas dengan angin yang begitu lembut menyapa kulit wajahku.

Sungguh tenang.

Hari ini hari ahad, hari cuti. Ramai orang keluar bersama-sama keluarga dan meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Kadang cemburu, aku tiada keluarga dan cemburu melihat sebuah keluarga yang bahagia.

Tapi, apa nak buat lagi? Dah tak boleh nak putarkan masa kembali. Ini ialah aturan Allah. Allah dah aturkan dengan sungguh cantik. Kita sebagai manusia hambaNya perlu terima qada dan qadar.

"Bella...”

Terasa lenganku di sentuh lembut oleh seseorang. Aku toleh memandang mak gayah yang muncul di sebelahku dengan wajah begitu sembap dek air mata mengalir laju di pipi orang tua itu.

Sungguh aku terkejut.

Terkejut sangat.

Kenapa dengan mak Gayah? Kenapa dia sedih-sedih begini?

"Eh, kenapa ni mak Gayah?” Soalku risau.

Mak Gayah menyeka air matanya.

"Suami mak Gayah meninggal dunia selepas subuh tadi. Ni mak gayah baru dapat tahu daripada anak mak Gayah yang tinggal bersama ayahnya.” Ujar mak Gayah sambil teresak-esak menangis.

"Innalillahiwainailaihirojiun....”

Lembut aku mengusap bahu mak gayah agar dia tenang. Wanita itu masih tidak henti-henti menangis. Aku pula yang sebak melihatnya.

Ya, sungguh sedih kehilangan suami tercinta. Siapa aje tak sedih? Melainkan si isteri memang benci dan berharap suaminya meninggal dunia.

"Sabar ya mak gayah.”

**********

Selepas kejadian itu, aku menyuruh mak Gayah berhenti kerja. Kasihan dia. Dia mempunyai dua orang anak. Seorang anak lelaki berumur 17 tahun dan seorang lagi anak perempuan yang masih berumur 10 tahun.

Kehilangan seorang suami dan tiada siapa yang nak menanggung makan minum anak-anak mereka.

Beberapa duit aku serahkan pada mak gayah. Dia dah banyak membantu keluarga kami. Itupun dia nak tak nak aje ambil duit yang aku bagi padanya.

Jadi rumah ini tinggal la aku sendirian. Mak Gayah sudah pulang ke kampungnya untuk menjaga anak-anak mereka. Aku pula perlu berdidikari sendiri.

Kerana di dunia ini aku tidak lagi mempunyai ayah. Entah apa lagi mama. Mama juga sudah tiada. Moga ayah dan mama dapat bertemu di sana.

Hanya berpakaian simple. Kemeja putih, seluar berwarna kream dan tudung bawal berwarna coklat cair. Sedikit lip bam agar muka tidak pucat dan beg di galas di bahu.

Siap!

Entah mengapa, hati ini teringin sangat hendak berjumpa dengannya. Aku cuba hubunginya tetapi tidak dapat, mesej berpuluh-puluh ribu aku spam langsung tidak balas.

Ah, berianya aku.

Beria sebab sayang!

Kini mata memandang lama syarikat besar di depan mata.

Sampai sahaja di syarikat Chris sendiri, perlahan-lahan aku keluar dari GrabCar. Beberapa keping duit dihulurkan pada pemandu GrabCar.

Dan kini, kaki mula mengaturkan langkah masuk ke dalam kawasan tersebut.

Seperti biasa, akan ada pengawal keselamatan yang menjaga luar pagar syarikat besar ini.

Aku tersenyum.

Pengawal keselamatan yang sama.

Dia sangat sporting dan peramah walaupun wajahnya nampak garang.

Aku berjalan mendekatinya.

"Assalamualaikum hi bang!” Ucapku padanya.

Terkebil-kebil lelaki itu memandang ke arahku dengan kerutan di dahinya.

"Wa...Waalaikumusalam.”

"Kenal saya lagi tak?” Aku tersenyum lebar.

Lelaki itu kelihatannya blur.

Aku ketawa kecil.

"Awak yang tunang Chris tu kan?”

Tepat sekali!

Nasib baik dia ingat lagi kalau tak, tak dapat lah aku masuk ke dalam.

Hanya cara itu sahaja berguna untuk aku masuk ke dalam tempat ini.

Kelihatan tempat ini seperti tempat private.

Aku angguk laju-laju sambil tersenyum lebar.

"Ohhh...Cik apa ek?” Dia garu-garu kepalanya sendiri sambil mengingatkan kembali namaku.

Aku menahan tawa.

"Haaa...Cik Bella. Nama cantik macam tuannya.” Dia sengih.

"Hahaha...Mana ada la. Err...Saya nak jumpa dengan Chris boleh?”

"Boleh aje! Tak akan la tak boleh.”

Aku ketawa kecil sambil menghela nafas lega.

Dia terus memberi laluan untuk aku berjalan masuk ke pintu besar utama syarikat ini.

Kelihatan suasana di dalam syarikat tersebut sungguh sibuk sehingga mereka tidak hiraukan kedatanganku di sini. Kalau tidak, aku melangkah sahaja masuk ke dalam syarikat besar ini perhatian mereka tertumpu padaku. Seperti tempoh hari yang lepas, pertama kali aku jejakkan kaki ke sini.

Sibuk sangat nampak.

Terus aku berjalan mendapatkan Meera yang sedang sibuk bertugas. Aduh, rasa serba salah pula nak kacau dia yang tengah sibuk itu.

"Eh, cik Bella!”

Lah, dia terlebih dahulu yang menyapa aku.

Pantas sahaja dia mendapatkan aku dengan satu senyuman terukir di bibir walaupun kelihatan wajahnya seperti sedang kusut.

"Hi Meera. Err...Chris ada kat office dia?” Soalku sambil memerhatikan sekeliling.

"Err...Saya tak tahu la cik Bella. Dia tak ada bagi maklumat apa-apa pun pada saya sebab dah seminggu dia tak masuk office. Kejap ya, saya check maklumat daripada dia. Cik Bella boleh duduk dulu, tunggu sekejap ya.” Ujarnya dan berlalu kembali ke arah kaunter tersebut.

Aku terus melabuhkan duduk di sebuah sofa yang tersedia di situ. Menunggu maklumat yang diberi oleh Meera.

Dan Chris juga sudah seminggu tidak masuk office.

Kenapa ya?

Ah, husnuzon je la. Mungkin dia busy di luar.

*******

Lama juga aku tunggu di sini, hampir setengah jam sudah. Dah bosan aku duk scroll-scroll TikTok menunggu maklumat daripada Meera. Tapi kelihatannya gadis itu terlalu sibuk.

Aku hela nafas berat.

Lama aku merenung ke arah Meera yang sedang bercakap dengan seorang lelaki pekerja di situ. Kelihatannya lelaki itu juga sedang memandang ke arahku sambil bercakap sesuatu dengan Meera.

Berkerut dahiku.

Mereka mengumpat apa pasal aku?

Duk asyik pandang-pandang aku pulak.

Tiba-tiba kelihatan Meera menepuk dahinya dan dia berlari anak mendapatkan aku.

"Ya Allahh...Maafkan saya Cik Bella. Lupanya saya tentang cik Bella, nasib baik kawan saya tadi tu tanya siapa perempuan cantik duk dekat sini. Disebabkan saya busy tadi sampai saya lupa tentang cik Bella. Maafkan saya sekali lagi, Cik Bella. Tentang bos, dia tak ada di pejabat. Mungkin katanya esok dia masuk office. Maaf cik Bella dah buat Cik Bella tertunggu-tunggu.” Merayu-rayu gadis itu meminta maaf.

Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.

"Tak apa la, saya okay je. Saya yang perlu minta maaf sebab dah ganggu awak time kerja awak sekarang ni. Kalau macam tu, saya balik dulu ya. Thank you Meera.” Bahunya aku usap lembut.

Gadis itu mengangguk kepala sambil tersenyum lebar.

Ah, naik kebas punggung aku duduk di situ tadi. Patut lah ada ramai lelaki yang duk asyik pandang-pandang aku tadi, siap sengih-sengih lagi sambil memandang ke arahku.

Cantik?

Buta kut mereka tu.

*******

Aku terus mengangkat punggung dan berjalan keluar dari syarikat besar ini. Kelihatan Meera dah pergi sambung buat kerjanya.

Langkahku terhenti apabila suasana di dalam syarikat ini kedengaran sunyi sepi berbanding yang tadi sungguh bising dan sangatlah sibuk.

Aku menoleh ke belakang melihat mereka semua dan tertanya-tanya kenapa mereka diam dan keadaan jadi sunyi sepi?

Seorang lelaki tua yang dalam lingkungan 60an berjalan sambil memegang tongkatnya keluar daripada sebuah bilik. Wajahnya kelihatan seperti dari orang luar negara. Kiri dan kanannya mempunyai dua orang lelaki berbadan sasa dam berwajah garang.

Sebelah lelaki tua itu pula seorang lelaki yang sama wajahnya seperti dari orang luar negara. Berpakaian kemeja hitam, seluar hitam dan berkaca mata hitam berjalan penuh bergaya keluar dari bilik tersebut.

Tapi wajah lelaki itu seperti aku kenal.

Buatkan jantungku hampir terkeluar apabila lelaki itu memandang ke arahku. Walaupun dia berkaca mata hitam, dapat kurasakan yang dia pandang ke arahku.

Sungguh tubuhku kaku dan lidahku kelu hanya jantung berdegup pantas.

Dia berjalan lalu di sebelahku sambil membuka kaca mata hitamnya.

Dan terserlah anak matanya yang berwarna hazel hijau. Cantik tapi mampu buat aku terkejut besar kerana aku kenal dia!

Ya, tersangatlah kenal!

Mark!

Aku masih ingat lagi nama lelaki itu.

Lelaki miang!

Jantungku kini bagaikan terhenti.

Macam mana aku boleh bertemu lagi dengannya?

Dia tersenyum sinis sambil memandang aku atas bawah. Sungguh buat aku tidak selesa dengan renungannya dan senyuman menggodanya itu.

Memang gatal!

Dan mereka terus berjalan keluar daripada syarikat besar ini. Aku langsung tak tahu apa yang mereka buat di sini? Masih tertanya-tanya dengan kehadiran mereka di sini.

Aku hela nafas lega saat melihat mereka semua sudah pergi, kini suasana di dalam syarikat ini kembali bising dan sibuk seperti tadi. Sungguh buat aku terkejut.

Siapakah mereka tadi sampaikan suasana syarikat ini bertukar dingin dan sunyi sepi?

Kini mata kembali memerhatikan suasana syarikat ini, tapi tersilap pulak pandang.

Ya, aku silap pandang.

Seorang lelaki yang berkemeja putih dan berseluar berwarna hitam berdiri tegak dengan sungguh bergaya di sisiku dengan wajah serius nya.

Aku telan liur, jantung berdetak hebat sungguh buat aku terkejut besar dengan apa yang aku pandang sekarang ni. Memang tersangatlah terkejut. Sudah aku cuba untuk tidak bertemu dengannya malah hari ini hari yang nasib buruk bagiku, kami bertemu!

Dia tersenyum sinis lalu menanggalkan kaca mata hitamnya tersebut lalu ditenungku dalam-dalam.

Lidah kelu hendak bersuara, tetapi hati hendak melangkah pergi daripada sini. Aku tidak mahu berjumpa dengannya!

Kaki mula melangkah pergi, tetapi belum lagi masuk satu langkah, lenganku dipegang olehnya buatkan langkahku terhenti dan sekali lagi aku toleh ke arahnya.

"Bella Brianna? Don't you miss me?”

*********

Kuat aku rentap pegangan tangannya itu di lenganku lalu aku menarik lenganku semula. Tajam aku merenungnya, cuba memberanikan diri walaupun jantung bagaikan nak terkeluar.

Haih, datang sini hendak cari lain malah dapat yang lain.

Penartt ~

"Siapa nak rindu awak? Err...Awak buat apa kat sini?” Marahku lalu menjeling tajam ke arah Tuan Rayyan yang sedang tersenyum cantik.

Seketika kemudian aku rasa hendak sahaja hentak kepala di dinding. Kenapa la kau tanya soalan bodoh tu, Bella oi?! Dia buat apa di sini? Pastilah ini syarikat dia dan adiknya. Sekarang ni kau buat apa kat sini bukannya kau tanya Tuan Rayyan ni buat apa kat sini.

Aku garu dahi sambil gigit bibir bawah. Renungan Tuan Rayyan yang sedang memandang aku dari atas sehingga bawah buatkan aku rasa sungguh tidak selesa.

"Masih sama. Beautiful. Mungkin sebab tu adik aku obsess sangat dengan kau sampaikan dia rela mati demi kau.” Ujar Tuan Rayyan dengan gaya sinis sambil merenung setiap inci wajahku.

Aku kerut dahi sambil menjeling Tuan Rayyan. Matanya sungguh menggoda, miang sungguh! Dia ni nak jadi macam Mark ke?

Lelaki miang 2.0!

Tapi kan, Chris kata Mark tu musuh dia. Adakah Mark juga musuh Tuan Rayyan?

Dan persoalan yang masih belum jawab, Mark buat apa di sini? Dia sudah sampai Malaysia patutlah hidup aku tak tenang selalu dikacau.

"Kau muncul lagi kan, tak ikut arahan aku. Apa yang boleh buat kau jauh dengan Chris ek? Ke duit? Kau nak duit? Oh, lupa. Chris kan kaya, maybe kau keluarga yang tak kaya and rapat dengan Chris macam ni sebab nak kikis duit dia? Macam tu? Wow, hebat permainan kau Bella Brianna.”

Tiba-tiba dadaku rasa sebak. Kenapa Tuan Rayyan berkata begitu sedangkan aku tidak terlintas pun dalam fikiranku untuk kikis duit Chris malah tidak pernah pun aku guna duit lelaki itu.

Chris aje seorang yang pemurah dan selalu belanja aku. Kadang tu, dia suka bawa aku shopping walaupun aku tak suka shopping.

Tapi, kenapa Tuan Rayyan ni sesuka hati sahaja fitnah aku bukan-bukan?

"Nama cantik macam tuan dia, you so beautiful. Tapi tula, otak macam tak ada. Tuhan bagi akal fikiran untuk fikir. Jangan jadi selfish, girl. Kalau keluarga kau terlampau miskin sampai nak kikis duit orang, bagitahu. Aku boleh tolong, berapa kau nak? 1 ribu? 2 ribu? Oh lupa, orang macam kau ni kan nak lebih. 10 ribu? 100 ribu? 1 juta?”

Bertubi-tubi dia hina aku di sini. Jatuh air mataku saat dia menyelitkan keluargaku. Ya Allah, aku baru aje kehilangan orang yang aku sayang, entah mengapa tiba-tiba sahaja aku teringat akan ayah.

Dia hina keluarga aku macam kami tiada maruah. Macam aku tiada maruah diri sendiri.

"Aku boleh tolong, tapi aku nak kau jauh daripada adik aku. Aku tak nak tengok hubungan kau dengan dia lagi, faham?!” Bentaknya buatkan air mataku jatuh ke pipi.

Erat-erat aku pejam mata menahan hati yang sebak terluka rabak!

Beginilah orang kaya yang berlagak sombong, suka riak dan langsung tidak ingat yang Allah hanya memberi harta mereka sebagai pinjaman dan Allah akan tarik sekali gus dengan sikap riak mereka.

Disebabkan hati terlalu membara dengan api kemarahan, sepantas itu tanganku menaik ke pipi lelaki itu sehinggakan Tuan Rayyan sedikit tertoleh setelah makan dengan penamparku itu.

Sungguh tidak dapat kutahankan lagi dengan hinaan demi hinaan daripada lelaki itu.

"Tuan Rayyan jangan sesukati hati je nak hina keluar kami! Yess, kami bukan keluarga senang dan kami bukan keluarga miskin tapi kami ingat untuk bersyukur kepada Allah dan kami tak riak dan sombong macam Tuan Rayyan! Saya tak nak pun lah duit Tuan Rayyan semua tu sebagai ugutan untuk saya jauhkan diri daripada Chris dan saya tak nak pun pertolongan daripada Tuan Rayyan tu!” Bentakku pula tidak dapat ditahankan lagi.

Akhirnya bergema suaraku di dalam syarikat besar ini. Aku yakin semua orang yang berada di sini sedang memandang ke arah kami berdua.

"Saya balik dulu, assalamualaikum.”

Terus aku melangkah keluar daripada syarikat ini sambil menyeka air mata yang tidak henti-henti mengalir laju ke pipi.

"Eh, cik Bella. Kenapa ni? Tuan, kenapa ni? Apa yang dah terjadi ni, Tuan?” Suara Meera hanya diabaikan dan aku memperlajukan langkahku pergi daripada situ.

Sungguh aku meluat dan benci untuk berjumpa dengan lelaki itu lagi!

********

Bilik ayah sudah lama aku tak masuk, kalau aku masuk aku akan menangis dan dapat kurasakan bagaikan ayah berada di dalam bilik ini. Ya Allah, rindunya aku padanya.

Semoga arwah ayah tenang di sana.

Dada mula sebak saat melangkah masuk bilik arwah ayah tetapi aku cuba untuk kuat.

Langsir tebal di selak ke tepi memberi udara dan cahaya pagi memancar masuk ke dalam ruang bilik arwah ayah.

Kaki mula melangkah ke arah meja solek ayah, frame gambar ayah bersamaku di saat hari raya. Sungguh saat itu meriah dan seronok. Aku mencapai frame gambar tersebut lalu duduk dilabuhkan di atas katil.

Lama aku renung wajah senyuman manis ayah di dalam frame gambar tersebut. Terngiang-ngiang kembali kata-kata Tuan Rayyan semalam. Sungguh terasa hati aku dengan kata-katanya itu.

Sakit dan terluka.

"Bella rindu ayah, semoga ayah tenang dekat sini ya. Bella sayang ayah sangat-sangat.” Aku mengucup gambar tersebut dengan sangat lama. Melepaskan rindu.

Seketika kemudian, tubuh direbahkan di atas katil sambil memandang siling putih bersih dengan air mata tidak henti-henti mengalir laju.

********

"Ayah, kenapa laci almari ni terkunci?”

Selesai menyapu bilik ayah, aku melabuhkan duduk dihadapan laci almari yang terletak sungguh banyak surat-surat maklumat penting, kata ayah.

Cuti sekolah ni aku mahu mengemas. Entah mengapa, terlebih rajin pula. Bulan depan nak exam SPM tapi aku rajin pula nak kemas.

Ayah sudah halang aku untuk kemas biliknya, tetapi aku tetap berkeras mahu membantu ayah mengemas biliknya yang sungguh bersepah dengan surat-surat maklumat penting.

Maklumlah, ayah sibuk dengan syarikatnya. Jadi, tak salahkan kalau aku nak selit membantu?

"Aipp! Jangan buka! Laci almari tu jangan sesekali Bella buka, itu banyak surat-surat penting nanti hilang!” Marah ayah dan ayah halang untuk aku buka laci almari yang terkunci itu.

Aku muncungkan bibir sedepa.

"Alaa, nak tengok aje. Apa yang penting sangat, bukannya nak ambil pun.” Aku mula merajuk, tapi tula sedih. Tak ada siapa nak pujuk entah apa lagi ayah. Memang tak la ayah nak pujuk, dia bagi penampar sekali baru tahu.

"Ayah kata jangan, jangan! Dengar kata ayah Bella Brianna!”

Ayah terus diam dan akur.

"Errr...Tapi, bagitahu sikit aje. Apa yang penting dalam tu? Please ayah...” Rayuku sambil buat muka comel. Yalah, siapa aje tak kenal Bella Brianna ni? Seorang yang kuat ingin tahunya!

Ayah hela nafas berat sambil menggeleng kepala.

"Suatu hari nanti Bella akan tahu.”

*********

"Ayah!”

Mata terbuka seluasnya dan serentak itu tubuh terus bangun dari pembaringan. Frame gambar ayah masih kemas di dalam pelukanku. Aku seka air mata sambil tersenyum manis memandang frame gambar tersebut.

Haih, mimpi.

Tetapi mimpi itu membawa sesuatu pertanda.

Mata beralih memandang ke arah laci almari yang terkunci itu. Terkejut aku melihat laci almari itu tidak terkunci.

Laju sahaja aku bangun dari katil lalu meletakkan kembali frame gambar ayah tersebut di atas meja solek lalu berjalan ke arah laci almari itu. Memang dah lama sangat aku nak tahu apa dalam isinya itu.

Apa yang penting sangat?

Laci almari tersebut tidak terkunci dan aku juga tidak tahu mengapa. Tidak menunggu lama, perlahan-lahan aku tarik laci tersebut.

Dan pertama sekali yang aku jumpa ialah satu keping gambar yang buat aku terkejut besar.

Terketar-ketar tanganku mengambil sekeping gambar tersebut lalu aku tenung dengan sangat lama gambar itu.

Seorang wanita yang sungguh anggun dan ayu berada di sebuah taman bunga. Senyumannya sangat manis. Berbaju dress kembang paras lutut berwarna putih bersih dan rambutnya lurus panjang sehingga paras pinggang. Kulitnya putih dan mulus. Wajahnya terlihat kacukan dan sangatlah cantik.

Ya Allah, bagaikan bidadari. Cantiknya perempuan ini.

Tapi siapakah dia?

Dan aku merenung pula pada belakangnya. Di sesuatu tempat seperti aku kenal. Taman bunga ini sangatlah aku kenal. Bukankah taman bunga ini terletak di Venice dan tempat itu juga pernah aku kunjungi di sana.

Tempat kegemaranku!

Aku lihat lagi di dalam laci almari itu. Apa lagi yang ada. Tapi hanya ada banyak kepingan gambar wanita cantik itu serta gambar ayah bersama wanita kacukan itu.

Tersentak aku melihatnya.

Ya, itu ayah!

Kini aku mencapai sepucuk sampul surat yang sudah berhabuk dan bertukar warna kekuningan kerana sudah agak lama terperap di dalam laci almari ini.

Aku buka sampul surat tersebut yang dipenuhi habuk, sesekali itu terlepas juga beberapa bersin. Biasalah, orang resedung kan.

Surat tersebut aku buka dan terbentang lah beribu-ribu perkataan dan tulisan di atas kertas tersebut. Aku yakin ini tulisan ayah dan aku sangat kenal dengan tulisan ala-ala berangkai ini.

Cantik sungguh tulisan ayah, aku cuba belajar tulisan begini dengan ayah tetapi aku gagal. Tangan aku keras dan tidak lembut seperti ayah.

Untuk anakku tersayang,
Bella Brianna.

Daripada ayahandamu wahai anakku tersayang.

Assalamualaikum, wahai anakku sayang. Surat ini tertulis oleh ayah sendiri dan untuk anak ayah, Bella Brianna. Mungkin kalau Bella tengah baca surat ni, ayah sudah tiada di sisi Bella.

Ayah sayang sangat-sangat dekat Bella. Bella lah satu-satunya anak ayah yang ayah ada.

Ayah tak sihat, sayang. Ayah bukan seperti ayah orang lain yang sihat dan kuat. Ayah ada penyakit jantung. Setiap hari ayah kena telan ubat yang diberi oleh doktor. Dan ayah tahu, ayah tidak akan lama di dunia ni. Ayah tak larat dan ayah lemah.

Ayah yakin, Bella dah tengok gambar seorang wanita kacukan tu. Ya, dia lah ibu kandung kamu. Liza Henderson, ibu kandung kamu.

Berhenti sahaja di ayat itu, aku menekup mulut sendiri. Terkejut besar. Sungguh aku terkejut yang teramat. Tanpa sedar, air mataku jatuh mengalir ke pipi. Terketar-ketar aku mencapai semula sekeping gambar tadi.

"Mama?”

Sebak di dada tak terkata.

Akhirnya aku dapat juga melihat wajah ibu kandungku yang sungguh cantik. Namanya juga sungguh sedap dan cantik seperti tuan nya.

Ya Allah, ini la mama aku?

Ya, mama!

Aku sambung baca.

Maafkan ayah Bella, ayah terlampau ikutkan ego sampaikan ayah larang Bella untuk tahu siapa ibu kandung Bella. Maafkan ayah sayang, ayah betul-betul minta maaf. Ini semua salah ayah. Ayah dah banyak buat salah pada mama kamu, ayah salah. Ayah terlampau ikutkan ego.

Laila?

Iya, itulah nama Islam mama kamu.

Siti Laila Binti Abdullah.

Mama kamu dah lama meninggal dunia akibat kanser buah pinggang, sejak dia lahirkan Bella dia meninggal dunia. Ayah sungguh sedih.

Ayah nak minta maaf lagi sekali sebab dah sorokkan semua ni daripada Bella, maafkan ayah, Bella.

Ayah sayang Bella sangat-sangat.

I love you so much.

Kalau ayah dah tiada, Bella jaga diri ya. Bella kena kuat jalani dugaan.

Ingat pesanan ayah, solat lima waktu. Jangan sesekali tinggal solat dan jangan lupa kepada Allah SWT.

Titik!

Laju air mataku mengalir membaca surat daripada ayah ini. Sungguh sebak hati ini tak terkata.

"Laila?”

Jadi, selama ni Laila ini ialah ibu kandungku?

Selama ini mama bukan Islam dan nama asli mama ialah Liza Henderson. Mama meninggal dunia kerana kanser dan selamat melahirkan aku. Tapi, kenapa ayah rasa serba salah? Apa yang telah terjadi?

Ya Tuhan...Aku ingin lebih lagi tahu tentang ini. Keluarga ini penuh dengan rahsia yang di simpan rapi.

Mak ngah!

Entah mengapa, terlintas nama mak ngah di dalam kotak fikiranku.

********

Tak berkedip mata mak ngah melihat gambar tersebut. Kelihatan tubuh wanita itu sedikit mengeras. Mak ngah telan liur sambil terkebil-kebil memandang ke arahku.

"Laila...”

Nama itu keluar daripada mulut mak ngah. Aku cuba menahan agar air mata tidak tumpah ke pipi.

"Mak ngah, tolong jelaskan pada Bella semuanya.” Ujarku dengan nada sedikit bergetar menahan sebak.

Mak ngah tersenyum lalu menyeka hujung matanya yang juga turut berair.

"Sebenarnya......”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience