"Macam mana awak tahu saya dari Malaysia?” Soalku memecahkan kesunyian antara kami berdua yang daripada tadi menjadi bisu. Masing-masing menikmati makanan yang enak di depan mata. Aku kalau tak bercakap memang tak boleh duduk diam. Nanti muncul pula perasaan kekok.
"Saya pernah tinggal di Malaysia dari umur saya 6 tahun. Hampir lama juga saya tinggal di sana bersama abang saya. Jadi, saya dah tahu wajah-wajah perempuan Melayu bagaimana. Seperti wajah awak sebab itu lah saya tahu awak perempuan Melayu. Berasal dari Malaysia. Betul?” Panjang lebar dia jelaskan pada aku. Aku sedikit ternganga dan terkejut.
Dia pernah tinggal di Malaysia rupa-rupanya. Dari umur 6 tahun dah tinggal di Malaysia? Patut lah dia tahu aku dari Malaysia. Sedikit demi sedikit, sebenarnya aku mahu korek sesuatu rahsia dari lelaki ini. Kerana dia seorang yang perahsia. Melihat wajah dinginnya, renungan tajamnya dan anak mata birunya, aku yakin dia ada sesuatu rahsia yang disimpan rapi. Misteri!
Aku mahu tahu itu!
"Oh. Tapi, awak tinggal di Malaysia bersama siapa? Mak ayah awak?” Korekku lagi. Ingin tahu selanjutnya.
Lelaki itu terhenti makan. Direnungku lama dan sangat tajam membuatkan aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Kecut perut hendak di balas renungannya itu
"Err...Sorry kalau saya ada salah cakap.” Gumamku perlahan lalu menyedut straw air minumanku.
Aku rasa kali ini mungkin aku benar-benar salah cakap. Mungkin dia tiada ibu bapa. Haih, apa benda soalan ni Bella? Kalau nak korek sesuatu rahsia tu, jangan tanyakan soalan sensitive, Bella oi! Mungkin soalan itu soalan sensitive baginya.
Diam.
Lelaki itu meneruskan makan. Aku hanya memerhatikan dia makan. Rasa tidak selera pulak untuk aku meneruskan makan. Selera makan sudah hilang entah ke mana. Wajahnya masih serius.
"Kenapa tak makan?” Soalnya. Aku sedikit kaku. Terkebil-kebil aku memandang ke tempat lain setelah dia perasan yang aku merenung ke arahnya.
"Err...Saya dah kenyang. Tak apa, awak makan lah. Saya temankan awak makan.” Senyuman manis hias di bibirku. Rasa kekok mula menguasai saat ini.
"Teman? Memang awak teman saya pun sekarang ni.” Aku menggaru-garu kepalaku yang diselindung dengan tudung.
"Err...Hehehe.” Hanya sengih aku tayangkan padanya. Malu mula terasa. Entah lah, aku ini nak dikatakan pemalu dan pendiam tidak juga. Kalau aku jadi pendiam aku akan rasa tidak senang duduk dan mula rasa canggung. Kalau nak cakap aku ini peramah. Ya, aku akan peramah dengan orang yang aku rapat. Tapi, kenapa kalau aku bersama dengan lelaki dihadapanku ini rasa bagaikan sudah biasa. Bagaikan kami sudah berkawan lama. Perasaan sesuatu?
Jauh sekali!
Suka?
Memang tak lah!
"My mom and my dad had long since died when I was a child.” Dia mula bersuara. Aku kembali fokus mendengar cerita daripadanya. Dengar dengan sungguh teliti. Mahu tahu lebih lagi.
"Oh, err...saya minta maaf kalau saya ada buat awak sedih.” Bibirku ketap. Rasa bersalah pun ada sebab dah soal dia dengan persoalan begitu. Macam tak kena aje soalan itu. Dan benar sangkaanku, ibu bapa dia sudah meninggal dunia sebab itu lah wajahnya bertukar serius tadi.
"It's oky.” Makin bertambah terkejut aku apabila dia menyeka hujung matanya. Ya Allah, ini pertama kali aku melihat dia begini. Rasa bersalah sungguh diriku saat ini kerana sudah buat dia sedih.
"Ya Allah, apa aku dah buat ni? Err...Mr.Chris, saya betul-betul nak minta maaf kalau saya ada buat awak sedih. I'm so sorry.” Bersungguh-sungguh aku memujuknya. Meminta maaf padanya. Ya Allah, apa lah aku dah buat ni sampai dia sedih sebegini? Pasti kehilangan ibu bapanya itu salah satu pemergian yang tak diduga. Ya Tuhan...
Melihat lelaki itu hanya ketawa kecil, aku sedikit lega.
"It's oky, Bella. Saya cuma sedih kalau teringat kembali dekat ibu bapa saya.” Dia hanya senyum sebaris. Aku faham perasaannya jika kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak kecil lagi. Siapa aje tak sedih jika ibu bapa sudah meninggal dunia sejak kecil lagi? Dan, satu persoalan. Siapakah yang menjaga Mr.Chris ini sewaktu kecil? Katanya, dia mempunyai abang. Huh, think positive aje lah Bella oi! Mungkin abang dia sudah besar dan abang dia yang menjaga adiknya sewaktu kecil atau ada makcik pakcik saudara dia yang jaga mereka di Malaysia. Sebab itulah dia tinggal di Malaysia sewaktu kecil lagi.
Mahu tahu selanjutnya, tapi melihat lelaki itu tadi menyeka hujung matanya dapat kurasakan yang dia sedang sedih. Tidak mahu mengambil tahu tentang orang dan aku tidak mahu sibuk tentang privasi orang aku hanya meneruskan makan walaupun di dalam otak masih tertanya-tanya.
"Kenapa awak datang ke sini? Ada apa-apa hal penting ke? Dan, awak seorang pelatih di kelas gymnastik dan ballet tu ke? Atau awak hanya seorang pengganti pelatih?” Soalnya bertalu-talu. Aku sedikit tergamam. Aduh, kenapa dia boleh tanya soalan begini? Ah, nasib kau la Bella! Tanya lagi dia soalan begitu. Kan dah kena balik, padan muka!
Hati kecil mengejek diri sendiri.
"Err...Saya seorang pelatih ballet dan gymnastik di kelas tu. Saya juga peserta terpilih dalam pertandingan tersebut. Dan ini juga pertama kali saya terpilih menyertai pertandingan tu. Tak sangka saya dah boleh sampai ke sini. Dan, saya juga tak sangka sebab boleh bertemu dengan awak.” Gumamku perlahan di hujung ayat sambil menunduk memandang pinggan yang sudah kosong. Perut sudah terisi dan hati juga senang. Hihihi.
"Yup, saya pun tak sangka dapat jumpa dengan awak lagi setelah kejadian awak tumpahkan air di baju saya!” Keras suaranya tetapi dia cuba mengawal agar tidak kelihatan keadaan tegang.
"Tapi, pertama kali kita jumpa pun sewaktu awak langgar saya! Teddy bear saya pun awak tak ganti lagi.” Aku mula mencebik. Sengaja buat-buat merajuk tetapi kalau diingatkan kembali memang hati ini sakit sangat-sangat.
"Teddy bear awak tu apa lah sangat? Pelik saya dengan semua perempuan di atas muka bumi ni. Semuanya sama! Complicated.” Tajam dia menjeling ke arahku membuatkan hati aku menggelegak dengan api kemarahan. Amboi, sedap mulut sahaja dia cakap begitu ya! Jatuh maruah kaum wanita!
"Amboi, mulut tu memang nak kena cili kan!” Suaraku sedikit meninggi. Orang yang berada di meja sebelah kami sudah memandang ke arah aku dan Mr.Chris. Pasti mereka menganggap yang kami bergaduh kerana wajah aku sudah bertukar marah!
Lelaki itu hanya berwajah tenang. Lama dia memandang aku yang sedang membebel. Isy, orang tengah marah dia boleh pula berlagak tenang. Aku mengamuk nanti baru tahu!
Entah kenapa, aku rasa kekok pula dengan pandangannya. Tidak tajam dan tidak sinis. Renungan sesuatu. Pandangan penuh dengan rahsia. Satu perasaan rahsia yang disimpan rapi tanpa pengetahuan aku. Ya, aku dapat rasakan itu. Hati kuat mengatakan lelaki itu mempunyai sesuatu perkara yang dirahsiakan.
"Err...Kenapa awak pandang saya macam tu? Mulut saya ada comot ke? Aduh, malu lah saya.” Tisu cepat-cepat aku capai. Sudah berfikir macam-macam, kut-kut lah aku ada makan tercomot di tepi bibir tadi. Aku kalau lapar dah tak pandang kiri kanan. Tu yang aku takut kalau ada nasi atau sos cili yang sesat melekat di tepi bibir aku ini.
Lelaki itu hanya ketawa kecil. Aku pula yang tersenyum melihat dia ketawa. Hati terasa tenang.
"No, but...Sei così carino.”
Berkerut-kerut dahiku mendengar kata-katanya itu. Apa maksudnya? Aku rasa dia menggunakan bahasa Italy. Isy, mamat ni sengaja kenakan aku nak bagi otak aku ni jammed lagi nak fikir maksud dia bercakap itu!
Mr.Chris yang melihat wajah aku blur tak faham dengan maksudnya, terlepas lagi tawanya membuatkan orang di sebelah meja makan kami memandang ke arah aku dan Mr.Chris yang ala-ala bahagia sebaliknya aku masih tidak puas hati dengannya.
"Isy, awak ni mesti kutuk saya kan?” Aku menjeling ke arahnya. Dia masih ketawa kecil.
"Mana ada lah. Dah jom, saya hantar awak balik ke rumah.” Dia terus mencapai tisu lalu di lap ke mulutnya dan dia terus bangun dan berlalu pergi ke kaunter membuat pembayaran.
Aku hanya mengikuti langkahnya sehingga lah kami berdua sudah masuk ke dalam kereta. Sewaktu kami berdua sedang makan tadi, aku perasan ada sepasang mata yang asyik memandang ke arah meja kami dengan riak wajah sedikit takut. Hairan. Tapi aku mahu tahu kenapa mereka asyik memandang ke arah meja kami?
"Thank you Mr.Chris, sudi belanja saya makan. Awak dah banyak kali belanja saya. Nanti saya pula belanja awak ya.” Senyuman terukir di bibir. Rasa serba salah pula asyik lelaki itu sahaja yang belanja aku. Rasa tidak selesa pula. Aku dah banyak menyusahkan dia.
"It's oky, dear. No problem. And, thank you juga sebab sudi temankan saya makan.” Aku hanya angguk dan senyuman manis ke arahnya. Dia terus menghidupkan enjin keretanya lalu bergerak pergi daripada kawasan kedai mewah itu.
Memang mewah pun. Aku pula rasa segan mahu pesan makanan mahal-mahal kerana di kedai itu semua makanan mahal-mahal dan dibayar oleh Mr.Chris. Tetapi jangan risau, kedai itu halal. Jelas terpampang ada logo halal di dashboard kedai itu. Huh, lega. Bersyukur kerana lelaki itu masih menghormati agama aku.
"Ermm...Saya nak tanya sikit boleh?” Soalku memecahkan kesunyian setelah lama kami berdua berdiam diri. Lelaki itu menoleh sekilas ke arahku dan kembali memandang ke depan fokus pada jalan raya.
"Hmmm?”
"Err...Kenapa sewaktu kita makan tadi orang yang berada berdekatan dengan kita asyik pandang ke arah meja kita? Lagi-lagi mereka pandang awak dengan riak wajah sungguh takut. Kenapa ya? Mereka kenal awak ke?” Soalku yang masih bingung dan tertanya-tanya. Wajah Mr.Chris serius. Diam seketika tidak menjawab soalanku.
Aku juga turut diam. Menunggu jawapan daripadanya. Pandangan kulemparkan di luar tingkap. Pemandangan cantik di kota Venice memang tidak pernah mengecewakan. Aku pula sudah terjatuh cinta di tempat ini.
"Mungkin mereka kenal saya.” Balas lelaki itu ringkas dan tenang. Sedikit berkerut dahiku. Tak akan lah orang ramai yang berada di dalam kedai itu kenal dia?
Sewaktu Mr.Chris membuat pembayaran pun wajah orang yang berada di kaunter itu sudah berubah apabila berdepan dengan Mr.Chris. Mereka bagaikan kenal siapa sebenarnya Mr.Chris ini. Ada yang berwajah takut, ada yang larikan diri daripada Mr.Chris tadi dan ada juga yang menunduk hormat pada Mr.Chris. Aku pula jadi hairan. Bingung dan tertanya-tanya siapakah lelaki ini sampaikan nak tunduk-tunduk hormat bagai?
Terkenal dan glamor sangat ke dia ni?
********
"Wei, Bella. Kau tak rasa ke Mr.Chris tu macam suka dekat kau? And kau pulak, tak ada ke something yang boleh buat kau tertarik terhadap Mr.Chris yang handsome tu?”
Aku terus menghempas tubuh di atas sofa. Penat tubuh ini tak terkata. Balik-balik aje terus dapat soalan merepek daripada Tiya. Lagi bertambah penat aku saat ini. Nak buka mulut pun payah.
"Isy, kau ni merepek lah Tiya! Dah lah, aku nak tidur. Penatnya...” Mata rapat-rapat terus dikatup.
"Eleh kau, mentang-mentang dah terjatuh cinta dengan Mr.Chris yang handsome tu, sombong pulak dia tak nak cerita dekat kita.” Tergamam aku mendengar. Aku tidak mahu Tiya anggap aku dan Mr.Chris bercinta sebaliknya aku belum habis lagi dengan lelaki itu.
"Eh, mana ada! Aku dengan dia biasa-biasa aje lah. Dia guru gymnastik dan ballet aku kut. Tak akan lah nak bercinta dengan cikgu sendiri. Gila lah kau!” Marahku lalu memejamkan kembali mata yang sudah berat. Mencari lena untuk tidur sekejap. Mahu cepat-cepat lena sebelum Tiya mengeluarkan soalan merepeknya lagi.
"Ye lah tu. Entah-entah dah rancang nak berkahwin.” Nada suaranya jelas mengusik aku. Membulat mataku mendengar. Nak kena ketam makcik Kiyah ni!
"Merepek lah kau ni Tiya. Tak akan lah perempuan muslim macam aku ni boleh kahwin dengan lelaki non muslim macam Mr.Chris tu. Ah, impossible! Dah, jangan nak merepek kau. Aku nak tidur sekejap.” Mata kini dipejam rapat-rapat. Berusaha mencari lena. Tiya masih kusyuk menonton drama italy sambil makan keropok dan menyoal aku dengan soalan merepeknya itu. Tidak sedikit pun dia memandang ke arahku sebaliknya dia masih fokus dengan drama di depan mata tetapi mulut tetap buka menanyakan soalan merepek pada aku.
"Jangan salah faham ya, cik kak oi. Manusia boleh berubah setiap masa. Mana lah tahu Mr.Chris tu nak memeluk agama islam lepastu dia ajak kau kahwin. And, mana lah tahu Mr.Chris tu memang dah beragama Islam.”
Haih, tak habis-habis lagi dia punya merepek itu. Aku pula naik rimas. Lena yang sudah dapat ditangkap tadi kini berterbangan entah ke mana setelah Tiya bersuara lagi. Merepek!
"Kalau dia masuk Islam kerana aku pun tak guna juga! Dah lah, aku masuk bilik dulu. Nak tidur!” Aku terus bingkas bangun dari sofa lalu berjalan masuk ke dalam bilik. Gadis itu sudah ketawa kecil. Sengaja betul dia tu mahu mengusik aku.
Jaket tebal yang masih tersarung di tubuh aku buka. Tudung yang masih kemas tersarung di kepala aku buka. Patut lah rasa rimas, aku lupa nak buka tudung dan jaket. Tapi selesa begini kerana suhu di dalam rumah ini sejuk sama seperti di luar apartment. Dah macam dekat London turun salji.
Getah rambut yang terikat kemas aku buka dan membiarkan rambutku terlepas bebas. Tubuh yang terasa lemah dan letih terus dihempaskan di atas katil. Mata dipejam rapat-rapat. Mencari lena yang sedang menunggu.
Tapi, saat ini bagaikan aku bukan berada di dalam mimpi. Aku yakin saat ini aku berada di dunia nyata. Lantas aku bangun dari suatu tempat di mana aku berada di sebuah sofa besar yang dihiasi dengan bunga-bunga ros berwarna putih. Romantik dan sangat indah.
Makin bertambah terkejut aku apabila aku sudah siap dengan berpakaian pengantin. Satu kelopak bunga berwarna putih elok terletak di celah telingaku. Rambutku terlepas bebas.
Sekelilingku penuh dengan bunga ros berwarna putih dan dihadapanku ada laut biru dengan angin yang begitu lembut menampar kulit wajahku membuatkan saat ini aku terasa tenang.
Romantiknya tempat ni!
"Bella.” Lantas aku berpusing ke belakang setelah mendengar suara itu memanggil namaku.
Aku sedikit terkejut dengan kemunculan Zyan secara tiba-tiba. Sumpah saat ini aku gelabah kerana matanya sedang merenung wajahku dan rambutku yang terlepas bebas. Memang tak tahu dan tak ingat apa, aku langsung tak tahu macam mana aku boleh ada di tempat indah ini. Dengan kemunculan Zyan lagi membuatkan aku bertambah terkejut.
Aku sedikit berganjak ke belakang. Dia masih tersenyum. Ya Allah, ampunilah segala-gala dosa hamba pada hari ini. Lelaki yang bukan mahram telah melihat aku yang tidak bertudung. Auratku. Ya Allah, aku seorang yang pendosa. Ampunkanlah dosa hambaMu, Ya Allah.
"Awak buat apa kat sini, Zyan?!” Soalku dengan nada sedikit meninggi. Hati sungguh panas. Lagi-lagi matanya yang sedang merenung rambutku lagi bertambah geram aku saat ini. Gatal betul mamat ni!
"Kalau saya dah tiada nanti, dia akan jadi pengganti awak. Saya percaya yang dia suka awak, dia sayangkan awak, dia sanggup buat apa sahaja demi awak, Bella. Kalau saya bukan jodoh awak, saya yakin dia jodoh awak. Kalau saya dah tiada nanti, dia akan jadi pengganti awak. Tapi....Saya juga cintakan awak, Bella.”
Tergamam aku mendengar kata-katanya itu. Senyuman manis masih terukir di bibirnya. Aku pula terasa sebak. Tanpa sedar, birai mataku mula mengalir air mata jernih menumpah di pipi. Tak sangka yang Zyan masih menyukaiku. Tapi dia pernah berjanji padaku yang dia akan padam perasaan cintanya itu terhadapku.
"Kenapa awak cakap macam tu, Zyan? Awak ada apa-apa sorokkan sesuatu daripada saya ke? Cakap dengan saya Zyan. Tolong lah jangan rahsiakan sesuatu daripada saya. Jangan tipu saya. Cakap Zyan!” Aku mendekatinya yang masih tak lepas-lepas tersenyum manis tetapi dapat kulihat sebalik senyuman manisnya itu, keceriaan wajahnya ada tersimpan satu rahsia yang dipendam.
"Selamat tinggal Bella.” Kata-kata terakhir daripada Zyan sebelum lelaki itu menghilang seperti halimunan. Tersentak aku melihat susuk tubuhnya menghilang secara tiba-tiba. Senyuman manisnya dan wajah cerianya hilang begitu sahaja. Hanya air mataku yang tumpah melihat kelibatnya menghilang bagaikan angin berlalu dengan sangat lembut.
"Zyan...” Aku berpaling ke belakang, ke sebelah kanan dan sebelah kiri, susuk tubuh tegap dan tinggi itu betul-betul sudah hilang.
"ARGH!” Nyaring aku menjerit apabila tubuhku tiba-tiba ditolak ke tepi oleh seseorang dari arah tepi.
Yang membuatkan aku terkejut apabila terdengar satu tembakan dilepaskan oleh seseorang. Dengan serentak itu tubuhku terus ditolak oleh seseorang dari arah tepi.
"Are you okay, mia bella?”
Terbeliak biji mataku selepas aku membuka mata, wajah lelaki yang mirip, mirip dan sangat-sangat mirip dengan Mr.Chris berada di depan mataku. Jarak kami dekat. Lama dia merenungku dan dapat aku renung anak matanya yang berwarna biru itu. Tenang dan indah.
BANG!
"ARGH!” Jerit lelaki itu apabila terkena tembakan tersebut. Makin bertambah terkejut aku saat ini. Terkaku dan terkedu aku seketika. Lelaki itu masih melindungiku dan mengerang sakit apabila terkena peluru tersebut.
Kini giliran lelaki itu pula yang mengeluarkan pistol lalu diacukan pada lelaki yang sudah melepaskan tembakan padanya tadi. Membulat mataku. Terkejut! Rapat-rapat aku memejamkan mata. Tubuh mula menggigil takut.
BANG!
"You safe, mia bella.” Satu tembakan itu mampu buat kedua-dua bahuku ternaik terkejut. Perlahan-lahan aku membuka mata semula apabila suara itu muncul semula.
Terkejut besar aku apabila tubuh lelaki itu tumbang ke bawah. Dia terbaring tetapi senyuman tetap terukir mekar di bibir walaupun saat ini dia sedang menahan sakit. Cepat-cepat aku mendapatkannya. Bahunya dan tepi perutnya berdarah membuatkan aku makin rasa menggigil takut. Takut-takut aku mendapatkannya.
"Ya Allah, err...Awak perlu bertahan. Saya akan call ambulance sekarang.” Aku pun tak tahu nak buat apa. Entah lah dia faham ke atau tak dengan apa yang aku cakap tadi, yang penting aku nak dia selamat.
"Mia bella.”
Baru sahaja aku mahu bangkit bangun mencari pertolongan daripada orang lain yang berdekatan dengan kami, lenganku sudah dipegang lembut oleh lelaki itu membuatkan pergerakanku terhenti. Mati di situ. Aku kembali duduk. Memandang tepat ke lelaki itu yang masih senyum manis walaupun darah sedang banyak mengalir.
"Ti amo, mia bella.”
Lembut dia mengucapkan kata-kata itu dengan senyuman manisnya. Aku tak tahu apa maksudnya, tetapi mampu buat aku tersenyum lebar. Air mata kembali menitis laju. Walaupun aku tidak mengenali siapa lelaki ini, sumpah aku tidak mahu kehilangannya.
Lembut dia mengusap pipiku sebelum matanya tertutup rapat dan menghembuskan nafas terakhir dan pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Air mataku makin laju mengalir. Lembut aku menggoncang tubuhnya, berharap dia bangun tetapi aku salah. Dia sudah pergi buat selama-lamanya.
Dan mungkin aku tidak dapat lagi berjumpa dengannya sampai bila-bila.
*********
"Anak dara! Bangun, bangun! Solat subuh cepat!”
Suara itu membuatkan aku lantas bangkit daripada perbaringan. Seperti biasa, leher dan dahiku basah dengan peluh bagaikan aku baru sahaja lepas mandi hujan.
Tercungap-cungap aku saat ini. Perlahan-lahan aku meraup wajah. Mengelap peluh di dahi dan di leher. Berkerut-kerut dahi Tiya melihat aku seperti baru lepas lari 200meter.
"Hei, kenapa ni? Sampai tercungap-cungap bagai?” Soal Tiya seperti biasa aku kalau bangun subuh pasti melihat Tiya sudah selesai menunaikan solat subuh dan barulah dia akan kejutkan aku bangun solat subuh dengan telekung masih tersarung di kepala.
"Tak ada apa la. Err...Aku mimpi buruk. But, it's oky. Kau jangan risau, aku oky. Aku cuai sebab tak baca doa sebelum tidur.” Bohongku. Tidak mahu bagi Tiya fikir bukan-bukan. Mimpi ini sudah banyak kali ulang sewaktu aku tidur. Mimpiku bagaikan dalam cerita dongeng. Tapi boleh percaya ke itu cerita dongeng atau itu realiti?
Ya Allah, aku harap sangat semua benda itu tidak terjadi realiti. Aku tidak mahu kehilangan orang yang tersayang.
Orang tersayang?
Zyan? Atau lelaki yang berwajah mirip dengan Mr.Chris itu?
Aku betul-betul keliru. Tapi, akan aku cari siapa lelaki yang berwajah mirip dengan Mr.Chris itu. Aku tak salah orang, adakah Mr.Chris yang muncul di dalam mimpiku? Dan kenapa Zyan juga ada muncul di dalam mimpiku?
Ah, kusut hendak diingatkan kembali. Wajah mereka berdua hilang terbang entah ke mana. Otak aku pagi-pagi ni dah lah tak berfungsi. Nak diingatkan kembali wajah-wajah mereka mampu buat otak aku pecah.
"Isy, cakap lah kenapa? Mana lah tahu aku boleh bantu ubatkan apa yang patut?” Desak Tiya. Aku pula naik rimas.
"Kenapa? Kau ingat aku ada hantu? Saka?” Selimut tebal terus aku selak ke tepi. Yang tadi tercungap-cungap, perlahan-lahan aku mengatur nafas kembali seperti biasa.
"Ye lah, kau kan pernah cakap yang kau banyak kali mimpi buruk. Mana lah tahu aku boleh bantu kau. Arwah mak aku ada ajar aku satu ayat suci yang dapat lindungi kita daripada mimpi buruk atau gangguan syaitan, so nanti boleh lah aku ajarkan kau sebelum tidur. InsyaAllah, mimpi buruk tu akan hilang.” Panjang lebar makcik Kiyah ni membebel. Aku hanya sekadar tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.
"Isy, macam-macam lah kau ni Tiya. Aku bukannya mimpi hantu pun.”
"Habis tu?”
"Tak ada apa la. Dah aku nak mandi kejap. Lepastu nak solat.” Terus aku bangkit lalu mencapai tuala dan berlalu ke tandas. Perlu segera membersihkan diri dan cepat-cepat menunaikan solat takut waktu subuh sudah habis.
*********
"Good!”
Tercungap-cungap aku selesai membuat latihan pergerakan gymnastik palang bertingkat. Walau bagaimana sekalipun, senyuman perlu mekar di bibir setiap masa membuatkan kita semangat untuk terus berlatih.
"Waktu latihan dah tamat, anda semua dibenarkan pulang segera ya kerana sebentar lagi kelas untuk latihan gymnastics dari kumpulan lain mahu guna gelanggang tersebut. Jadi, anda semua perlu segera tinggalkan gelanggang ini.” Lembut Miss Liya memberi arahan pada kami. Kami semua hanya akur. Mengikut arahannya.
Peluh di dahi aku seka dengan tuala kecil yang tergantung di tengkuk. Berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik persalinan baju.
"Hm, aku tengok kau ni macam ada something wrong je. Cerita lah kenapa? Semalam kau keluar dating dengan Mr.Chris, dia ada buat apa-apa kat kau ke?” Terkejut aku dengan suara itu apabila muncul tiba-tiba datang entah dari mana.
Tiya sibuk mengeluarkan baju yang hendak ditukar dari dalam beg sukannya. Aku melabuhkan duduk dahulu di sebuah bangku yang tersedia di situ.
Entah lah, rasa tiada mood pula. Terbayang semula mimpiku pada malam tadi. Sangat-sangat terlihat seperti realiti sebaliknya itu hanya mimpi tetapi aku yang muncul di dalam itu bagaikan sedang berada di dalam dunia nyata. Kisah benar!
"Woi!” Tersentak aku dengan sergahan Tiya.
"Apa?”
"Aku tanya kau ni. Kau boleh pulak termenung jauh!”
"Entah lah Tiya. Aku...Aku dah banyak kali mimpi lelaki yang mirip dengan wajah Mr.Chris tu.” Akhirnya terpaksa lah aku ceritakan benda itu pada Tiya kalau tidak dia akan tetap paksa aku untuk ceritakan semuanya pada dia.
Wajah Tiya sedikit berubah. Terus tidak jadi hendak dia menukar pakaian malah dia melabuhkan duduknya di sebelahku. Fokus pada cerita yang akan aku sampaikan padanya. Panjang-panjang aku mengeluh. Rasa sebak pun ada kalau nak diingatkan kembali tetapi ada sedikit yang aku tidak ingat. Aku betul-betul lupa. Yang aku ingat wajah Zyan dan Mr.Chris sudah banyak kali muncul di dalam mimpiku.
"Aku yakin, mereka berdua ni macam ada sesuatu benda yang tak kena. Mungkin mereka ada sesuatu perkara yang disembunyikan daripada aku.” Otak sudah mulai fikir yang bukan-bukan.
"Tapi, Mr.Chris tu kenal Zyan ke?” Soal Tiya yang turut tertanya-tanya.
"Entah lah. Tapi, ada satu hari tu aku ada jumpa seorang lelaki ni yang sangat mirip dengan Zyan sedang bercakap sesuatu dengan Mr.Chris. Tapi, aku tak yakin itu Zyan. Mungkin wajah lelaki itu sama mirip dengan Zyan. Yang pastinya, Zyan dan Mr.Chris tu selalu muncul dalam mimpi aku. Dan mimpi tu selalu membawa dengan kisah yang sedih. Dalam mimpi tu bagaikan realiti. Dunia nyata dan berjaya buat aku menangis.” Ceritaku pada Tiya yang sedang tekun mendengar.
"Wow, serius lah dua jejaka kacak tu muncul dalam mimpi kau?” Soal Tiya. Nada mengusik tetapi terselit soalan serius.
"Ya. Sebelum aku kenal Mr.Chris lagi memang aku dah mimpi yang aku bertemu dengan dia. Tapi, tak sangka aku jumpa juga lelaki yang berwajah sangat-sangat mirip yang muncul dalam mimpiku. Iaitu Mr.Chris. Tapi, aku tak nak yakinkan yang lelaki muncul dalam mimpi aku itu ialah Mr.Chris. Ah, tak mungkin la.” Berkali-kali aku menggeleng kepala. Tidak mahu percaya yang lelaki muncul di dalam mimpiku itu ialah Mr.Chris. Oh, tidak!
"Jangan-jangan....” Mulut Tiya terus aku tutup rapat-rapat. Tak mahu bagi dia terlepas cakap. Mana lah tahu mulut dia masin nanti bagaimana?
"Jangan nak merepek ya! Dah lah, cepat siap. Kita nak balik ni.” Punggung terus diangkat lalu aku berjalan melangkah mencapai beg sukan. Mahu menukar pakaian dan segera pulang. Solat zuhur dah nak masuk waktu, aku perlu pulang segera.
********
"Dah lama aku tak nampak Zyan. Kau rasa dia kat mana ya? Dia dah janji dengan ayah aku yang dia nak jaga aku di sini. Tiba-tiba dia pula yang menghilang.” Bebelku lalu melabuhkan duduk di sebuah bangku setelah kami keluar daripada kelas tersebut.
"Mungkin dia ada kerja kut. Dia pun cakap kan, dia ada kerja di sini juga. Alah, kau jangan risau la. Aku tahu kau rindu dia. Nanti esok-esok dapat la kita jumpa dia.” Sengaja betul si makcik Kiyah ni nak kenakan aku. Baru sahaja satu cubitan mahu hinggap di lengan Tiya, sepantas kilat gadis itu sudah melarikan diri menjauhi aku.
"Eh, hari ini aku tak nampak Mr.Chris jugak la. Mana dia pergi ek?” Soalku sambil mata melilau ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh lelaki itu mana lah tahu tersesat ada di khalayak orang ramai ini.
Aku keliru dengan perasaan sendiri. Kalau tak jumpa dia rasa rindu pulak. Jujur, kalau tak nampak dia aku rasa tidak senang duduk. Kalau bertemu rasa panas hati pulak. Hahahaha...
"Yes, it's me. Why? You miss me?”
Tersentak aku mendengar suara itu. Saat ini, sejujurnya aku tidak berani mahu memusingkan tubuh ke belakang kerana aku sudah tahu siapa tuan punya suara itu.
Aku kenal dia!
Sorry kalau ada sebarangan typo atau kesalahan ejaan. Enjoy gais! <3
Share this novel