14

Humor Completed 34688

Ayu duduk di depan ruang tamu seorang diri sambil mencari-cari novel terbaru di aplikasi Novel+ dan dia juga masih lagi tidak henti-henti menyanyikan lagu Abang Berbaju Biru dari pagi tadi. Suka sungguh dia dengan lagu itu sampaikan dia tak boleh berhenti daripada bernyanyi.

Putera yang berdiri di belakang tiang dari tadi terus meluru masuk ke dalam bilik setelah mendengar Ayu menyanyikan lagu itu lagi sekali. Segera dia memunggah beg pakaiannya untuk mencari baju berwarna biru.

"Haa, ada pon!" Ujar Putera dengan senyuman setelah memegang baju berwarna biru. Baju berwarna merah jambu yang dipakainya sekarang ini sudah dibuka lalu disarung pula dengan baju berwarna biru. Sempat lagi Putera menyemburkan minyak wangi beberapa kali ke tubuhnya.

"Ehem, ehem! Bismillah." Ucap Putera sambil berjalan menuju ke ruang dengan gaya tenang.

Dari jauh lagi Ayu sudah dapat menghidu sesuatu yang wangi. Dia mengerutkan dahinya lalu dia menoleh ke belakang.

"Minyak wangi playboy siapa ni?" Ucap Syukri dengan kuat sambil terbaring di hadapan televisyen ditemani segengam kuaci.

'Alamak! Syukri kacau daun lagi! Sejak bila dia ada dekat ruang tamu ni?' Ucap Putera dalam hati mula cuak. Habis rosak rancangannya.

"Oii, Putera keluarlah aku tahu itu kau.." Ujar Syukri dengan nada suara meleret-leret dengan mata setia dengan rancangan televisyen yang ditayangkan ketika ini.

Perlahan-lahan Putera keluar dari tepi bucu dinding sampai terlanggar pasu bunga besar punya cuak di buatnya. Kantoilah dia ada hati nak try adiknya.

"Haa, kau wangi-wangi ni nak pergi mana?" Perli Syukri sambil menoleh ke arah Putera.

"Tak pergi mana-manalah. Saja nak wangi-wangi sikit. Apa salahnya." Balas Putera cuba untuk bertindak selamba mungkin.

"Aik, tadi pakai baju warna lain. Ini dah warna lain. Kenapa tukar baju warna biru?" Soal Syukri lagi.

Ayu yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut abangnya mula rasa nak tergelak kuat. Ayu tahu apa sebabnya Putera menukar baju berwarna biru. Namun, dia cuba menahan selagi boleh.

"Baju tadi basah. Itu yang aku tukar." Balas Putera teragak-agak.

"Hmm, yalah tu." Balas Syukri acuh tak acuh.

Putera terdiam. Dia tahu mesti dah kantoi dari awal-awal lagi.

"Dahlah, meh makan kuaci dengan aku." Pelawa Syukri seraya sudah duduk bersila.

"Aish, apa ajak orang makan kuaci. Ini mak dah masakkan cucur sukun. Meh makan Putera." Pelawa Mak Aminah yang datang dari dapur sambil memegang sepinggan besar berisi cucur sukun panas.

"Ayu, pergi ambilkan air kopi dekat dapur." Arah emaknya.

Ayu turutkan sahaja.

Putera mula menelan liur. Dah lama dia tak makan cucur sukun. Bukan senang nak dapat ni. Pantas Putera duduk bersila di atas lantai. Bukan main terliur lagi dia ketika ini.

"Apa ni mak? Cucur sukun, orang nak strawberi!" Bentak Syukri dengan gaya manja.

"Ish kau ni Syukri! Adik kau kalau dengar mampus kau kena siram dengan kopi panas!" Bisik Mak Aminah sambil mencubit paha anak sulungnya.

"Argh, sakitlah mak." Syukri mengaduh sakit sambil menggosok-gosok pahanya yang mula terasa pedih-pedih.

"Ingat adik tak dengar ke abang cakap apa?! Nasib kopi ni dah suam, kalau berasap lagi dah lama adik siram kepala abang macam siram pokok bunga. Rasakan!"

Syukri hanya menjelirkan lidahkan kepada Ayu. Sengaja nak sakitkan hati adiknya lagi.

"Ish, sudah. Depan rezeki pun nak gaduh." Marah Mak Aminah lagi.

"Makan Putera." Pelawa Syukri. Malas nak gaduh dengan adiknya lagi, simpan untuk esok pula.

"Ayah mana mak?" Soal Syukri sambil menyuapkan cucur sukun ke dalam mulutnya.

"Pergi surau, tak balik lagi. Nak kata tak boleh balik, dah tak hujan dah pun." Balas emaknya selamba.

"Singgah kedai Limah janda kot." Kata Syukri selamba.

"Ish, kau jangan Syuk. Senapang mak ada je tu dekat dalam bilik. Jangan sampai mak tembak kepala kau." Marah emaknya lagi. Syukri ni tak henti-henti bagi orang sakit hati entahlah kenapa.

"Hehe, jangan marah mak. Nanti kena jual." Usik Syukri lagi.

"Tak payah layan dia ni mak. Dia ni memang bongok. Balik pun bagi orang sakit hati je." Tambah Ayu lagi sambil duduk disebelah emaknya.

"Ish, pergi balik Cameronlah adik tu. Duduk dekat sini buat apa." Balas Syukri sambil menjeling ke arah Ayu.

Ayu mula tarik muka.

"Ish, sudah. Esok hari sabtu. Balik pekan sabtu kita pergi kenduri ramai-ramai. Putera ikut sekali tau." Pelawa Mak Aminah sambil memandang muka Putera.

"Boleh je makcik."

Putera mengiyakan sahaja sambil menelan cucur sukun. Jelas kelihatan cucur sukun itu melintasi anak tekaknya.

"Budak tu tak boleh ikut, kena tinggal jaga rumah." Usik Syukri lagi sambil memandang ke arah adiknya.

"Mak..." Ayu merenggek lagi.

"Haish, tak sampai seminit gaduh balik korang berdua ni. Tak boleh ke berbaik sekejap?" Marah emak mereka lagi sambil mencubit kedua-dua paha anaknya. Baru puas hatinya.

"Aduh, mak.." Ucap Syukri dan Ayu serentak.

Putera pula ketawa kecil melihat keluarga bahagia ini bergurau senda. Tiba-tiba teringat keluarnya di sana pula entah macam mana sekarang. lagi tiga hari dia pulanglah ke tempat asalnya. Rasa sayu menjenggah ke hatinya secara tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience