11

Humor Completed 35388

"Pakcik, pakcik buat apa tu?" Tanya Putera dengan mesra kepada Pak Rashad. Perlahan-lahan dia menuju ke arah orang tua itu. Cuaca pagi pula makin cerah.

Pak Rashad yang sedang terbongkok-bongkok sambil memegang sebuah guni itu, terus memandang wajah Putera. Satu senyuman dihadiahkan kepada Putera.

"Oh Putera, pakcik tengah kutip kelapa tua ni. Nanti pakcik nak jual. Bazir kalau di buang macam tu je." Terang Pak Rashad sambil sambung kembali mengutip buah kelapa.

"Oh ya ke. Saya nak tolong boleh tak?" Tanya Putera lagi sekali. Bersemangat dia nak menolong Pak Rashad mengutip buah kelapa.

"Eh, betul ke?" Tanya Pak Rashad kembali seakan-akan tidak percaya budak bandar ini nak tolongnya. Wajahnya berkerut memandang wajah Putera.

"Betul pakcik kalau pakcik tak kisah." Jawab Putera.

"Okay kalau betul, pergilah kutip. Nanti masukkan dalam guni ni." Arah Pak Rashad dengan senang hati. Rajin betul orang bandar ni nak tolong dia bermain dengan lumpur. Bukan macam anak sulungnya itu, dah kenyang makan nasi lemak terus terlentok dekat tepi kerusi malas sambil bermain game.

Putera menyentengkan sedikit seluar panjangnya hingga ke paras lutut, lantas terus mengutip beberapa buah kelapa dan di masukkan ke dalam guni.

"Putera memang asal KL ke?" Tanya Pak Rashad sambil tangannya pantas mengutip buah kelapa tua.

"Haah, memang asal sana." Jawab Putera sambil mengutip buah kelapa tua juga.

"Habis kalau raya? Takde kampung ke?" Soal Pak Rashad lagi kepada Putera.

"Haha, haa.. Takde kampung, pakcik." Balas Putera perlahan.

"Meriah ke raya kat sana?"

"Hmm, bolehlah. Yang best jalan tak sesak." Ucap Putera sambil ketawa kecil.

"Kalau Putera jadi menantu pakcik, bolehlah beraya dekat sini." Ucap Pak Rashad sambil tersenyum-senyum.

Terhenti tangan Putera dari mengutip buah kelapa. Dia berfikir sejenak dengan wajah berkerut.

'Eh, lain macam orang tua ni. Dia bagi lampu hijau ke aku ngorat anak dia?' Ucap Putera dalam hati.

"Betul ke pakcik?" Soal Putera dengan wajah berkerut. Seakan-akan tidak percaya.

"Haha, kalau tak jadi menantu pakcik pun boleh je datang beraya dekat sini. Malam raya meriah kalau dekat kampung."

"In Shaa Allah, ada rezeki saya datang lagi." Balas Putera sambil tersenyum. Dalam hatinya sudah berbunga-bunga.

"Haa, datang je. Pakcik suka kamu ni, tak sombong, makan tak memilih, rajin tolong pakcik pula tu."

Putera hanya mampu ketawa kecil.

"Sudahlah banyak ni je. Kamu pergi masuk mandi. Nanti pakcik suruh Ayu buat air kelapa pandan." Ucap Pak Rashad sambil mengesat peluh di dahinya.

"Betul ke pakcik? Wah, terima kasih." Balas Putera dengan nafas sudah naik turun kerana penat walaupun tidak sampai sepuluh minit.

"A'ah.. Dah, pergi mandi. Dah pukul sepuluh pagi ni." Arah Pak Rashad.

Putera turutkan sahaja kata-kata orang tua itu, lalu terus dia pergi ke paip air untuk membasuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah.

P/S : Sorry korang bab pendek² je, sebab takut tak sempat nak publish kalau panjang berjela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience