30

Humor Completed 34688

Syukri dan Putera diam sahaja di dalam kereta. Hanya kendengaran lagu Mariah Carey sahaja berkumandang dari tadi di dalam perut kereta.

Apa yang mengindahkan lagi perjalanan mereka adalah cahaya-cahaya lampu jalan dari luar kereta. Sangat cantik dan romantik, di tambah pula dengan lagu Mariah Carey kan? Memang suasana cukup mengasyikkan. Tenang sahaja rasa.

"Putera, aku minta maaf ya." Ucap Syukri secara tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.

Putera yang mengelamun lama memandang ke luar tingkap terus mengalihkan pandangannya memandang ke arah Syukri secara mengejut.

"Err, apa?" Tanya Putera kerana tak fokus.

"Aku minta maaf." Balas Syukri sambil mengeluh panjang.

"Err, for what?" Tanya Putera lagi sekali.

"Sebab aku macam selalu halang kau dekat-dekat dengan adik aku. Maaf, tapi aku tak suka." Cakap Syukri dengan terus terang. Tiada langsung bahasa kiasan yang keluar dari mulutnya. Senang.

Putera hanya mampu tersenyum sinis sambil matanya merenung ke arah jalan raya di hadapan.

"Maaf ya." Syukri bersuara lagi setelah Putera terdiam lama. Wajah Putera ditenung olehnya seketika, lalu memandang ke arah jalan raya di hadapan kembali.

"Apa salah aku sampai kau tak nak sangat aku dekat-dekat dengan adik kau tu?" Tanya Putera dengan bibirnya terlekat senyuman.

"Tak salah apa pun, macam yang aku cakap sebelum ini. Aku tak nak adik aku terluka. Aku takut kau mainkan perasaan dia macam kau buat dekat ex-ex kau yang dulu. Kau janji dengan dia orang nak kahwin, nak lamar, nak apa semua tapi kau tak buat pun. Aku sebagai abang nak ke tengok adik kesayangan aku kena tipu dengan jantan? Eh, memang taklah kan?" Kata Syukri dengan pedas sekali. Kini, senyuman sinis pula melekat pada bibirnya.

Putera tersentak. Kini, barulah dia sedar akan sikapnya itu, selalu memainkan perasaan perempuan. Selama ini dia hanya menganggap bercinta sekadar menghilangkan rasa bosan tetapi, selepas dia kenal dengan Ayu, dia tidak lagi merasakan semua itu. Pintu hatinya benar-benar sudah terbuka dan mungkin juga sudah insaf?

"Tapi, aku dengan adik kau tu, aku serius. Aku tak main-main Syukri. Aku cin.."

"Dah, cukup jangan cakap lagi. Kita tak payah bincang pasal hal ini lagi okay? Aku tak nak sebab benda kecil ni, hubungan kita sebagai bestfriend rosak. Itulah kau, sebelum memainkan perasaan orang, kau tak nak fikir panjang-panjang sekarang kau rasakan. Kau anggap jelah ini semua balasan Allah untuk kau. Bila kau dah sayang seseorang tapi kau tak dapat milikinya. Tahniah." Pintas Syukri memotong kata-kata Putera secara tiba-tiba. Masih lagi Syukri berkata dengan kata-kata pedasnya.

Putera hanya mampu mengangguk faham dengan kata-kata pedas yang keluar dari mulut Syukri tadi. Dia kenal sangat dengan sikap keras kepala Syukri ini. Sekali kata tidak, sampai kiamatlah tidak.

Putera mengeluh perlahan, lalu pandangan matanya dilemparkan ke arah lain. Malas nak bertekak lagi. Esok pagi dah kena bangun kerja. Hari pula dah lewat malam tapi, masih belum sampai ke rumah kondominium mereka. Sedikit demi sedikit, Putera cuba untuk menerima hakikat bahawa dia dan Ayu tidak akan bersatu sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience