40

Humor Completed 35388

"Seriuslah?" Soal Putera dengan wajah terkejut beruknya.

Syukri hanya mampu menganggukkan kepalanya sambil memusingkan bebola matanya.

"Seriuslah family kau nak datang esok? Sabtu esok?" Soal Putera lagi seakan-akan tak percaya.

"Iya, mama kau yang ajak jemput datang rumah." Balas Syukri acuh tak acuh.

"Eh, kenapa tak cakap awal-awal nak datang?" Marah Putera kepada Syukri kerana tak bilang awal-awal kepadanya.

"Kalau tahu, bolehlah kita pergi beli apa-apa, kalau sekarang entahlah sempat ke tidak." Tambah Putera lagi sambil mengerling ke arah jam dinding dengan penuh perasaan yang teruja.

"Hmm, sorry." Balas Syukri masih lagi bernada acuh tak acuh. Secawan kopi diambil dari atas meja lalu di hidupnya seteguk.

Suasana sepi sejenak. Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa yang memenuhi ruang tamu pada petang hari ini. Suasana kondominium itu memang agak sunyi sepi setiap hari.

"Ouh, sebab itulah kau macam takde mood dua tiga hari ni. Sebab ini rupanya." Ucap Putera dan diselit senyuman tawar pada bibir.

Syukri hanya mampu mengeluh perlahan.

"Baiklah, kalau kau tak suka aku dekat-dekat dengan adik kau takpe, aku faham. Aku takkan dekat-dekat lagi dengan adik kau kalau itu yang engkau nak." Ucap Putera perlahan dengan pandangan mata yang redup.

Tiba-tiba Syukri jadi serba salah. Bukan itu niatnya tapi entahlah. Naluri seorang abang mungkin. Syukri menelan liur sebelum berbicara. Wajah Putera dipandang seketika oleh Syukri.

"Putera, aku bukan tak suka kau ke apa tapi, entahlah aku jadi takut..."

"Takpe Syukri. Aku faham. Aku pun tak nak hubungan baik aku dengan kau jadi renggang sebab ini. Takpe, aku anggap je takde jodoh." Potong Putera sambil cuba untuk tersenyum walaupun terasa kelat.

"Maaf, aku minta maaf sangat. Tolong jangan marah aku ya. Tolong jangan benci aku Putera." Ucap Syukri sambil memejamkan matanya seketika meminta sedikit ketenangan hadir ke dalam jiwa.

"Takpe, dah dah. Jangan nak cakap lagi pasal hal ni. Esok biarkan esok je. Family kau layan aku baik haritu, esok pun aku akan buat benda yang sama. Jangan risau, adik kau aku kacau esok. Okay deal?" Ucap Putera cuba untuk menenangkan hati Syukri.

Tiba-tiba Syukri terasa jahat pula apabila menghalang Putera menyukai adiknya. Terasa macam dia yang terlalu ego pun ada pada masa yang sama. Dia terasa seperti pentingkan diri sendiri tapi apa niat sebenar Syukri adalah mahukan yang terbaik untuk adiknya. Dia buntu. Entah apa yang dia risaukan sangat.

"Dahlah, aku nak pergi beli makanan ni. Kau nak makan apa? Aku tolong belikan." Ucap Putera sambil tersenyum ke arah Syukri.

"Belilah apa pun." Balas Syukri sambil cuba untuk tersenyum.

"Alright, dah jangan nak sedih. Malam ni kita balik rumah mama aku, kita tidur sana. Siapkan apa yang patut." Ucap Putera lagi sambil ketawa kecil kepada Syukri agar keadaan kembali normal dan tak tegang.

Syukri hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum ceria. Dia pun rindukan keluarganya walaupun baru sahaja berjumpa. Alhamdulillah, Putera seorang sahabat yang sangat memahami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience