5

Humor Completed 34688

"Putera dah lama ke kerja sekali dengan Syukri?" Tanya Pak Rashad sambil duduk kembali di atas kerusi setelah selesai mencuci tangan. Sedap betul masakan ayam masak merah isterinya tadi tambahan dengan lauk-lauk kampung yang lain.

Mak Aminah pula sudah lama pergi ke kedai runcit pergi membeli barang. Iyalah, tetamu jauh datang dari Kuala Lumpur, haruslah diberi layanan istimewa. Dia pergi ke kedai runcit untuk membeli apa yang patut untuk di masak nanti. Mak Aminah ni rajin juga buat kuih-muih tradisional.

Nampaknya, Putera masih tak henti-henti lagi makan. Mungkin dia terlalu lapar dan masakan itu terlalu sedap buatnya. Tiada sebutir nasi pun yang tersisa. Semuanya dikuis licin dengan jari-jemari runcingnya.

"Ehem, dah lama pak cik." Balas Putera takut-takut yalah, awal-awal lagi dia dah tipu orang tua tu. Takkan nak cakap dia ni anak bos? Nanti orang kata dia berlagak pula. Jadi, lebih baik dia bersederhana dalam apa jua benda yang dia lakukan.

"Oh. Bagus-bagus. Kerja rajin-rajin, naik pangkat senang nak kahwin." Ucap Pak Rashad cuba bergurau dengan caranya.

Putera hanya mampu tersenyum. Tiba-tiba dia rasa macam nak tanya Syukri ada adik perempuan ke tidak, tapi takut pula nak tanya, tak pasal-pasal kepala dia kena cantas dengan Pak Rashad ni nanti.

"Bluerkk.. Alhamdulillah." Tiba-tiba Putera sendawa kuat.

Semua mata di situ terdiam dan pandang tepat ke arah muka Putera kerana terkejut dengan sendawa kuat yang keluar dari mulut lelaki kacukan belanda itu.

"Sedap sangatlah tu." Ucap Syukri disebelahnya sambil tersenyum sinis. Masakkan emaknya memang sedap pun. Kalau ada rewang emak dialah yang akan jadi ketua tukang masak.

"Hahaha, takpe, takpe. Makan. Ada banyak lagi." Pelawa Pak Rashad juga sambil ketawa kuat. Suka dia apabila melihat pemuda bandar di hadapannya ini makan-makanan kampung tanpa memilih sedikit pun. Licin juga sambal petai isterinya itu dilahap oleh Putera. Ingatkan tak makan petai.

Tiba-tiba Putera jadi malu pula, tapi nak buat macam mana. Dah memang sedap sangat masakkan emak Syukri ini. Dia pun apa lagi, makanlah sampai tiga kali tambah.

•••

Usai sahaja makan terus dua anak teruna tua itu terbongkang di hadapan ruang tamu sambil ditemani dengan suara televisyen di hadapan mereka.

Mereka berdua masing-masing terbaring di atas karpet gebu. Dah macam kena bom sahaja gaya mereka beruda. Terkangkang macam katak.

Syukri hanya fokus pada telefon pintarnya kerana sedang asyik bermain game PUBG. Putera pula sudah mula nak terlelap kerana terlalu kenyang. Namun, dia cuba untuk tidak tertidur. Rugilah kalau dia tertidur nanti, banyak lagi benda yang dia tak buat dekat kampung ni.

"Oii Syukri. Aku bosanlah bodoh. Jomlah pergi mana-mana." Ucap Putera seraya sudah duduk bersila di atas karpet gebu.

"Kau nak pergi mana gila panas-panas macam ni? Aduh, buat teruklah hang ni." Marah Syukri dengan bahasa utara yang sudah lama dia tinggalkan itu. Habis mood gamingnya terganggu.

"Jomlah bawa aku pusing-pusing kampung kau ni, nak tengok ada apa." Desak Putera lagi seraya sudah menjentik telinga Syukri.

"Tunggu petang sikitlah. Panas kau tahu tak tengah rembang macam ni." Balas Syukri sambil mendengus kasar, lalu dia kembali fokus pada permainan di telefon pintarnya.

"Haish.Yalah-yalah." Balas Putera sambil sudah membuat muka. Dia mula berdiri, lantas beredar pergi dari ruang tamu dan terus masuk ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Dia terlupa, bahawa dia belum lagi menunaikan solat Zohor kerana terlalu kenyang. Biasalah, bila dah kenyang nak buat apa pun dah jadi malas.

"Eh, gambar siapa ni?" Ucap Putera setelah dia terpijak sekeping gambar ukuran kad pengenalan di laluan menuju ke dapur.

"Bapak sial lawa gila minah ni." Ucap Putera sambil memerhatikan gadis bertudung merah jambu dalam gambar tersebut.

Dia perhatikan sahaja gadis yang cantik iras-iras Neelofa itu dengan penuh teliti. Setelah beberapa saat, dia terus menyimpan gambar itu ke dalam poket seluarnya secara rahsia dan terus dia berlalu pergi ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.

Share this novel

Ropiah Sedek
2019-09-21 16:51:13 

ha ha tercicir pulak gambar si adik,


NovelPlus Premium

The best ads free experience