10

Humor Completed 34688

"Haaa, budak keyel! Ini budak kampung nak ajar kau cara-cara kupas kepala botak.. eh, kelapa botak." Terang Syukri secara ringkas kepada Putera.

Putera menjeling sahaja Syukri dengan muka tak puas hati. Dari atas hingga bawah. Tak habis-habis nak memerlinya. Syukri pula tersenggih-senggih macam badut apabila Putera buat muka macam itu.

"Kau pehal siak? Ingat lawak?" Kata Putera dengan matanya masih menjeling Syukri tanpa henti.

"Dah, okay. Mula serius." Balas Syukri mula mengubah topik.

Putera terdiam dan hanya tersenyum senget sebelah. Lagipun memang dia tak pernah tengok orang belah kelapa macam mana, jadi ini kali pertama buatnya.

"Okay, mula-mula kau ambil parang. Make sure parang tu tebal and berat."

"Kenapa?" Soal Putera dengan wajah berkerut.

"Yalah, senang nak belah nanti kalau ringan, takut tertekak kepala kau pulak, bukan kelapa." Jelas Syukri seringkas mungkin.

"Ouh.. Lagi-lagi?" Soal Putera mula mengerti.

"Lepastu, nak tetak kelapa jangan pakai belah tajam tu, pakai belakang dia yang tak tajam tu." Terang Syukri lagi sambil mula membuat demo di hadapan Putera.

Pok! Pok! Pok!

Kelapa itu sudah terbelah dua dengan cantik sekali. Air kelapa mula tumpah ke lantai sehingga kosong.

"Eh, air kelapa tu janganlah buang. Sedap kalau buat minum. Sayanglah!" Tegur Putera dengan matanya terbeliak melihat air kelapa tu jatuh ke lantai.

"Tak sedap!" Balas Syukri lantang.

"Kenapa?!" Soal Putera dengan wajah berkerut.

"Air dia dah masam. Nak sedap kelapa muda. Nak lagi sedap kelapa pandan. Rasa dia macam daun pandan. Wangi pun, wangi. Nanti petang kita kait kepala, eh! Tersasul lagi.. KE LA PA!" Terang Syukri sambil diselit ketawa di hujungnya. Syukri ini orangnya jenis mudah terhibur.

"Weh, serius? Bestnya dapat minum air kelapa fresh! Free pulak tu." Wajah Putera bertukar menjadi sangat ceria setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Syukri.

"Tapi kaulah kena jadi beruknya panjat pokok. Hahaha!" Kata Syukri seraya mengembuskan ketawanya dengan kuat.

"Tak guna, potong gaji tiga bulan!" Balas Putera sambil menahan geram. Adakah patut, muka kacak macam dia disamakan dengan beruk? Maaf, tak sama langsung okay!

"Haha, sorry boss. Okay, boss yang saya sayangi. Nos cuba pula bos tengok pandai ke tidak." Balas Syukri dengan nada kembali sopan sebaik sahaja dengar gajinya akan dipotong nanti. Kelapa yang sudah siap dibelah itu dimasukkan ke dalam satu bekas besen berwarna merah.

"Alah, senang je. Bak sini aku buat." Ucap Putera seraya merampas parang dari tangan Syukri secara tiba-tiba.

"Haa, buat macam mana aku ajar." Balas Syukri sambil memeluk tubuh dengan kemas.

"Okay, mula-mula. Terbalikkan parang kontot ni, lepas tu make sure, ukuran dia sama. Then, ketuk jelah kan?" Tanya Putera lagi sekali.

"Tak tahu, tak tahu." Balas Syukri sambil diselit ketawa.

"Aish!" Putera hanya mampu mendecit.

Tanpa membuang masa lagi, terus Putera mengetuk kelapa yang berada di tangannya.

Pok!

"Aduh!"

"Yaa Allah, kau pergi ketuk jari tu pasal apa? Nasib tak putus jari anak orang kaya kau tu. Tak pasal-pasal aku kena saman."

"Aduh, tak lawaklah bodoh. Jari aku sakit ni." Putera masih mengaduh. Habis ibu jarinya menjadi kebiru-biruan. Nasib tak kudung jarinya tadi.

"Sebab tulah orang pakai belakang, sebab belakang tak tajam. Tadi kalau tajam memang putus dah jari kau." Jelas Syukri sambil ketawa.

"Bak sini kelapa tu kat aku. Haish.." Tambah Syukri lagi, lalu kepala dan parang kontot itu sudah bertukar tangan.

"Macam ni buat dia.."

Pok!

Terus kelapa itu terbelah dua dengan sekali hentakkan sahaja.

"Okay so sekarang, kau nampak tak dalam kelapa ni ada bulat putih?" Tanya Syukri sambil tersenyum-senyum.

"Haah, nampak. apa tu?" Tanya Putera kembali dengan wajah berkerut.

"Itu embut kelapa. Kau cuba korek lepas tu makan." Balas Syukri dengan senyuman.

"Hah, boleh makan ke? Kalau makan, mati macam mana?" Balas Putera dengan riak wajah mula cuak.

"Aish, takkanlah aku nak bagi kau makan benda yang tak boleh makan. Baik aku racunkan kau je dekat ofis selama ni senang sikit hidup aku hahaha." Sahut Syukri sambil diselitkan dengan ketawa.

"Syukri.. Ingat gaji Syukri.. Tak sayang ke gaji kau? Aku rasa hujung bulan orang makan nasi kau makan kaki juga nanti." Kata Putera dengan muka sudah ditarik semahu-mahunya. Geram juga dengan Syukri ni, memang kuat menyakat orang.

"Haha, ops! Sorry bos! Nah cubalah makan." Balas Syukri dengan ketawa makin reda.

Putera ikutkan sahaja kata-kata Syukri. Boleh juga dia rasa makanan baru dalam hidupnya. Perlahan-lahan Putera mula mengunyah. Rasa manis embut kelapa mula cair di dalam mulutnya secara perlahan-lahan.

"Weh, apa ni? Sedaplah rasa manis gila. Ada lagi tak?" Ucap Putera dengan riak wajah gembira. Sumpah kalau boleh dia nak lagi.

"Haa, itulah. Sedap bukan? Dia lagi kecil, lagi sedap. Bila lagi besar, dia dah tawar. Itu makanan aku masa kecil-kecil dulu." Balas Syukri dengan senyuman manis. Lagi sebiji kelapa ditetak olehnya dengan pantas lalu semua itu dimasukkan ke dalam satu bekas yang sama.

"Okay, dah! Sekarang kau pergi ambil Little Ponny dekat tepi tu." Ujar Syukri sambil mengarah Putera seolah-olah dia pula yang jadi bos. Bukan selalu nak mengarah bos sendiri.

"Hah?! Little Ponny? Err.." Soal Putera dengan wajah berkerut seribu. Dia sendiri tak tahu apa bend yang Syukri tengah merepekkan ini.

"A'ah. Pergilah ambil benda tu cepat. Halah kau ni." Arah Syukri lagi dengan wajah selamba.

"Little Ponny tu kan kartun, macam mana aku nak ambil gila?" Tempit Putera dengan laju.

"Eh, lupa. Little Ponny tu haa. Kejap." Balas Syukri sambil mula melangkah pergi mengambil benda yang dia inginkan sangat itu.

"Inilah Little Ponny. Kukur kelapa!" Ucap Syukri semasa memberi pengenalan seperti kukur kelapa itu adalah alat ajaib Doraemon. Nada disebut juga, sama macam Doraemon sebut.

"What?!" Terbeliak mata Putera memerahatikan objek itu, dia ingat tadi itu patung kucing. Rupanya kukur kelapa. Mati-mati dia ingat patung berbentuk binatang tadi.

"Yalah, bentuk dia kan macam kuda kecil. Memang aku sebut Little Ponny. Mesin rosak, jadi kita kena pakai cara tradisional."

"Kau saja kan nak kenakan aku lagi." Kata Putera sambil menarik muka lagi sekali.

"Hahaha, mana ada." Balas Syukri dengan jujur, memang tak ada niat nak kenakan Putera pun.

"So, sekarang kau nak kukur kelapa pula ke?" Soal Putera dengan wajah kembali ceria. Nak juga dia tengok cara-cara kukur kelapa.

"Tak, aku nak suruh Ayu yang buat.. Ayu!!!" Jerit Syukri memanggil adiknya untuk membuat kerja berat. Sekarang masa dia nak santai-santai main permainan telefon pintar.

"Hampeh punya abang! Suruh adik buat pulak!" Kata Putera sambil menjeling ke arah Syukri, boleh pula suruh adiknya yang kukur kelapa, dasar pemalas!

Share this novel

Ropiah Sedek
2019-09-21 17:11:04 

bukan umbut tapi tombong kelapa


NovelPlus Premium

The best ads free experience