36

Humor Completed 34688

"Putera! Tunggulah I! Jom kita pergi makan sama-sama. I teringin sangat nak makan dekat kafe lima bintang yang baru buka depan tu. Jomlah, kita pergi makan." Ajak Farah yang datang entah dari mana seraya terus memeluk lengan Putera dengan erat sekali.

"Ish, lepaslah. You nak pergi makan, pergilah sorang. I dengan Syukri nak masuk ofis dah ni. Dah lambat tahu tak?" Balas Putera dengan nada tidak selesa dengan kehadiran Farah.

Dia dan Syukri baru sahaja pulang dari makan di suatu tempat. Jadi, tak perlu nak makan sampai dua kali, tak pasal-pasal gemuk.

"Takpe, I payung. Janji you nak makan dengan I?" Rayu Farah lagi tanpa tahu erti menyerah kalah.

"Tak nak, faham tak?" Balas Putera sambil menepis tangan Farah dari terus memeluk lengan kerasnya.

"You! Jangan nak buat perangai macam ni boleh tak? I dah cinta mati dengan you tahu tak? Tanpa you, I mati!" Ucap Farah dengan wajah bertukar sedih. Layu sahaja matanya memandang anak mata Putera.

Putera mengeluh seketika sambil memusingkan bebola matanya sebelum berbicara.

"I tahu you sayangkan I lagi, tapi I dah tak sayang dekat you, tolonglah faham. Jodoh you bukan dengan I and sorry sangat kalau you terasa dengan apa yang I cakapkan ni, tapi itulah kenyataan. You better pergi cari orang lain."

Tiba-tiba mata Putera terarah ke arah Syukri yang terdiam sahaja dari tadi. Terus dia memegang kedua belah bahu Syukri lalu diletakkan Syukri di sebelah Farah secara mengejut.

"Nah, you cuba sayang Syukri pula, dia ini baik orangnya. Okay, goodluck!" Ucap Putera sambil menolak Syukri ke arah Farah dan Putera terus melarikan diri meninggalkan tempat itu tanpa kata lagi. Malas dia nak layan semua sandiwara ini, banyak lagi kerja yang dia belum selesaikan di ofis sana.

"Eh!" Syukri terkejut apabila Putera menolak bahunya cara tiba-tiba dan terus meninggalkan dia situ bersama Farah.

Kini, Syukri dan Farah saling bertentangan mata. Mata Farah tak henti-henti merenung wajah Syukri dengan tajam sekali.

"Err, hehe.. Hai Farah. Kata nak belanja makan, jomlah." Kata Syukri sambil tersenggih-senggih macam kerang busuk.

"Ish! Pergilah! Jangan haraplah I nak suka dengan orang macam you ni! Rimaslah I dengan you ni Syakir!" Balas Farah marah-marah sambil menolak dada Syukri perlahan.

"Err Syukri, bukan Syakir." Kata Syukri pula dengan perlahan memperbetulkan namanya yang sudah salah sebut tadi oleh Farah.

"Ughh, apa-apa jelah!" Balas Farah dengan kasar seraya pergi dari situ meninggalkan Syukri seorang di belakang.

"Aik, marah?" Ucap Syukri sambil menggaru-garu kepalanya seraya anak matanya tak henti memerhatikan perempuan cantik seperti model bernama Farah itu berlalu pergi meninggalkan dirinya seorang diri di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience