37

Humor Completed 34688

Syukri seperti teragak-agak untuk menelefon nombor tersebut. Tapak tangannya juga sudah mula basah berpeluh. Secawan kopi yang sudah suam dibiarkan lama langsung tidak di usik olehnya dari tadi.

Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan ini betul atau salah, kalau dia tersalah langkah, sampai ke matilah dia akan rasa menyesal. Nombor telefon 017 itu di tatap olehnya lagi tanpa berkelip.

Tak semena-mena Putera keluar dari kamar tidurnya sambil memegang kain sejadah berwarna ungu menandakan dia sudah selesai menunaikan solat Isyak. Mata coklatnya menatap tepat ke arah Syukri yang sedang duduk di atas sofa kulit berwarna hitam sambil termenung jauh ke bulan.

"Syukri, nak pergi makan tak? Jom keluar cari makan, aku lapar gila dah ni." Tanya Putera sambil membuka kopiah putih di atas kepalanya.

Syukri tersentak dengan suara Putera tadi. Terus dia memusingkan sedikit tubuhnya untuk memandang ke arah Putera.

"Err, haa. Jomlah. Cepat sikit bersiap." Balas Syukri sambil tersenyum tawar ke arah Putera.

"Okay, sabar aku tukar baju kejap." Kata Putera seraya masuk kembali ke dalam biliknya untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.

Tubuh Putera sudah hilang dari pandangan mata Syukri. Syukri mengeluh seketika lalu dia terus menekan nombor telefon yang dari tadi dia tangguhkan. Telefon jenama Huawei ditekapkan pada telinganya. Setia Syukri menunggu panggilan telefon itu di jawab oleh seseorang.

"Hello, Ayah." Ucap Syukri dulu memulakan perbualan.

"Ya, Syukri ada apa?" Balas Pak Rashad di hujung corong telefon.

"Sabtu ni, mak ayah Putera ajak kita datang rumah dia. Nak ke?" Terang Syukri dengan perlahan. Takut-takut kalau Putera terdengar pula nanti.

"Sabtu ni? Hmm, boleh kot. Nanti ayah bagitahu lain. Mak ayah dia ajak kita datang rumah dia, ada apa?" Tanya Pak Rashad di hujung talian.

"Entah, saja nak kenal-kenal la kot, kalau jadi nanti Syukri pergi ambil dekat kampung." Balas Syukri masih lagi bernada perlahan juga.

"Tak payah, ayah bawa kereta sendiri pergi sana. Tak payah nak penatkan diri. Nanti ayah telefon balik hari Jumaat tu kalau boleh pergi." Balas Pak Rashad lagi.

"Bawa mak dengan a.. adik sekali tau." Ucap Syukri separuh gagap.

"Yalah, takkan nak tinggal pula nanti dekat rumah. Dah, ayah nak pergi tengok orang mati ni. Assalamualaikum." Balas Pak Rashad seraya pantas menamatkan panggilan.

Syukri mengeluh seketika sambil melemparkan matanya ke arah cermin tingkap kaca yang sangat besar di hadapannya malah lebih serabut fikirannya apabila melihat pemandangan bangunan tinggi-tinggi di hadapannya ini.

"Syukri, jomlah aku siap dah." Putera bersuara secar tiba-tiba sambil memperbetulkan baju t-shirt berwarna hitamnya.

"Err, haaa jomlah." Balas Syukri dengan mata layu. Terus dia bangkit dari terus duduk di atas sofa kulit yang empuk itu. Bajunya yang sedikit kedut itu ditepuk supaya lurus kembali.

Putera pula diamkan sahaja sambil mencapai kunci keretanya, lalu mereka berdua keluar dari rumah kondominium itu sepantas mungkin untuk mencari makan demi mengalas perut lapar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience