32

Humor Completed 34688

"Ughhhh!!! Puas hati I!" Ucap Farah sambil memperbetulkan rambutnya supaya rapi kembali. Puas hatinya dapat memukul Putera sepuas hatinya.

"Dah, you dah puas pukul I kan? Sekarang please get out!" Arah Putera sambil tangannya menunjukkan ke arah pintu keluar. Habis rambutnya jadi serabai kena ganyam dengan Farah. Bajunya juga sudah tercabut butang entah hilang ke mana.

"I boleh keluar, tapi I takkan pernah keluar dari hati you sampai bila-bila!" Kata Farah seperti perempuan psycho. Usai sahaja dia berkata terus dia meluru keluar dari ruangan itu dengan wajah tetap kelihatan marah.

"Eh, hai Farah, free tak petang ni? Jom keluar makan? Tengok wayang ke apa ke, saya belanja. Awak nak?" Tanya Syukri sambil mengejar Farah dari arah sisi perempuan itu.

Kaki Farah terhenti dari melangkah. Wajah Syukri ditatap geram. Jelas kelihatan gigi putihnya diketap rapat di sebalik lipstik merahnya. Wajahnya cantik, malah lebih cantik dari Ayu, tapi sayang Farah ini seorang yang panas baran.

"Ish, blahlah! I tak suka orang miskin macam you! Faham!" Ucap Farah dengan kuat tanpa rasa malu walaupun orang ramai memerhatikan ke arahnya.

"Ish, blah!" Kata Farah lagi sambil menolak dada Syukri sekuat hatinya.

"Aloh, pandang orang kaya je dia ni. Okay takpe, Farah. Nasib kau cantik je. Huh!" Kata Syukri seorang diri sambil melihat sahaja Farah hilang dari pandangan matanya.

•••

"Aduh, aku serabutlah bodoh dengan Farah tu!" Kata Putera kepada Syukri di ruangan pejabatnya. Wajahnya juga kelihatan sangat gelisah. Susah benar perempuan cantik itu ingin meninggalkan dirinya.

"Kan aku dah cakap, ini semua salah kau. Rasakan." Balas Syukri sambil menongkatkan dagunya di atas meja. Jauh sahaja pandangan matanya dilemparkan entah ke mana. Terbayang-bayang wajah Farah. Entah kenapa dia suka sangat dengan Farah itu walaupun Farah itu agak gila dan berlagak orangnya.

"Weh tolonglah aku. Aku dah tak tahan dengan Farah tu. Kau suka dia kan? Kau ambillah dia." Ucap Putera sambil menghirup kopi cuba untuk menenangkan hatinya yang mula gelisah tak tentu hala.

"Kalau aku kaya macam kau, dah lama aku dapat dia tahu tak. Tapi sayang, dia pandang orang kaya macam kau je. Tapi kira okaylah tu. Dia pun memang asal dari keluarga kaya-raya macam kau. So, aku tak salahkan dia kalau perangai dia memang macam tu, pilih calon dari keluarga yang kaya-raya macam dia juga." Balas Syukri panjang lebar.

"Habis tu?" Tanya Putera lagi.

"Habis tu apa lagi? Tadah jelah. Dah kau yang cari pasal cakap nak kahwin dengan dialah, apalah. Jangan cakap dengan dia, dengan perempuan lain pun kau cakap benda yang sama. Kau anggap je ini semua kifarah untuk kau." Balas Syukri sambil tersenyum sinis ke arah Putera.

"Aish, Ya Allah.." Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Putera ketika ini sambil mengusap wajahnya. Sumpah dia menyesal jadi buaya darat dulu kalau dia tahu akhirnya akan jadi seperti ini.

"Dahlah, kau tak payah nak fikirkan sangat. Nanti dia jumpa jantan kaya yang lain, dia pergilah tu." Ucap Syukri cuba untuk menenangkan hati sahabat baiknya itu.

"I hope so." Itu sahaja yang mampu dibalas oleh Putera. Matanya dipejamkan serapat yang mungkin cuba untuk mencari ketenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience