38

Humor Completed 34688

Syukri tak henti-henti termenung jauh dari dalam kereta lagi. Senyap sahaja dia, tidak seceria seperti selalu. Apa yang ditanyakan oleh Putera di balas sepatah sahaja.

Marah? Eh, Syukri tak marah pun dekat Putera. Benci? Benci pun tidak tapi entahlah, fikirannya serabut sebab terlalu sayangkan si adik.

Air jus epal di atas meja yang mula cair itu di sedut setengah sahaja. Makanannya juga langsung tak di sentuh. Hilang selera makannya sejak Asar tadi.

"Kau kenapa tak makan, demam ke?" Tanya Putera sambil memegang tengkuk Syukri sekadar untuk merasa panas atau tidak.

"Ish, janganlah pegang-pegang aku macam ni. Nanti orang ingat kita ni ada apa-apa pulak." Balas Syukri sambil menarik kembali tangan Putera dari terus memegang tengkuknya.

"Manalah tahu kau kena sampuk ke apa. Asyik diam je dari tadi. Makan pun tidak. Tak lapar ke?"

"Kejap lagi aku makanlah. Alah kau ni." Balas Syukri dengan nada malas.

"Makanlah cepat sikit, aku balik nak tidur terus ni." Ucap Putera lagi seraya sambung makan kembali.

Syukri abaikan sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Putera, dia sambung termenung kembali. Fikirannya boleh tahan serabut, tengok muka Putera lagi bertambah serabut. Boleh ke dia serahkan adik kesayangannya itu kepada Putera? Boleh percaya ke Putera ni?

"Asal kau pandang muka aku macam tak puas hati aje ni?" Tanya Putera sambil mengangkat keningnya ke arah Syukri setelah melihat lelaki disebelahnya ini memandangnya dari atas sampai bawah secara tiba-tiba.

"Hmm, tak ada apalah." Balas Syukri acuh tak acuh, segera dia habiskan meggi kunfu di dalam mangkuk bulat itu sepantas mungkin. Malas pula nak fikir panjang-panjang. Biarlah masa menentukan segalanya.

•••

Usai sahaja makan malam, terus mereka berdua menuju ke kereta kembali untuk pulang ke rumah. Tubuh pun dah letih seharian bekerja, kini masa untuk tidur.

Dalam dua puluh langkah kaki mereka berjalan, mereka ternampak beberapa susuk tubuh gadis-gadis tidak bertudung sedang memberikan makanan kepada anak-anak gelandangan di ibu kota siap boleh bergurau senda lagi dengan budak-budak itu.

"Eh, itu bukan.." Ucap Putera setengah. Terus sahaja kakinya menghampiri orang yang dia kenali itu disusuli Syukri dari belakang.

Putera dan Syukri terus menghampiri susuk tubuh yang mengenakan baju putih, berseluar jeans biru dan bertopi itu dari arah belakang.

"Eh, Farah? You buat apa dekat sini?" Soal Putera dengan dahi berkerut.

Terus perempuan bernama Farah itu menoleh ke belakang selepas namanya di sebut oleh seseorang. Kawan-kawan Farah yang leka sebentar tadi terus menoleh memandang ke arah Putera.

"Eh, sayang! You buat apa dekat sini?" Sorak Farah dengan ceria setelah nama muka Putera. Terus tubuh Putera dipeluknya tanpa malu di kawasan awam.

"Erh, Farah lepaskan I lah. Malu orang tengok ni." Balas Putera seraya cuba melepaskan diri. Rasa menyesal pula tegur perempuan ini tadi. Kan, dah kena peluk.

"Alah, biarlah orang tengok pun." Farah sudah mencebikkan bibirnya sambil memeluk tubuh dengan kemas.

"Haa, kakak ada dua boyfriend!" Ucap anak gelandangan yang masih berpakaian sekolah walaupun sudah larut malam. Kelihatan seperti tak mandi dari pagi tadi.

"Eh, sorry okay. Boyfriend kakak yang handsome sorang ni je yang lagi satu tu entah siapa kakak tak kenal." Balas Farah sambil menjeling sekilas ke arah Syukri sebagai tanda tak puas hati.

"Ceh." Ucap Syukri setelah ditolak secara mentah oleh Farah. Dia turut memeluk tubuh sama seperti Farah sambil melemparkan pandangan ke arah lain.

"Farah you buat apa dekat sini? Lewat malam macam ni. Tak pergi clubbing pulak dengan kawan-kawan you." Tanya Putera seraya menyimpan kembali kunci kereta ke dalam poket seluarnya.

"Eh, hello ingat kita orang nu kaki clubbing ke?" Tempit Farah ke arah Putera.

"Tah, ingat kita ni sundal sangat kot." Marah kawannya bernama Nina pula yang mengenakan singlet putih dan seluar jeans berwarna biru paras betis.

"Ouh, sorry." Putera hanya mampu meminta maaf sambil tersenyum sedikit ke arah mereka.

"I saja layan budak-budak ni haa, comel-comel semuanya. Dah alang-alang tu, I belanja nasi bungkus dekat dia orang ni." Terang Farah sambil memeluk budak-budak gelandangan sebanyak enam orang itu. Semuanya masih kecil lagi, berusia dalam empat hingga sembilan tahun. Siap ada yang mendukung adik lagi. Ibu bapa mereka entah ke mana pergi.

Putera dan Syukri tersenyum ke arah Farah dan anak-anak gelandangan itu yang kelihatan rapat sekali. Ingatkan, Farah ini hanya tahu mencarut dan kuat marah sahaja, tetapi siapa tahu dalam hatinya sangat baik. Jangan kata dia, kawan-kawannya yang lain berambut karat kelihatan seperti perempuan sundal turut kelihatan baik dan ramah. Itulah orang kata, jangan sesekali kita pandang dari luaran, cuba pandang dari hati. Tak semestinya rosak luaran, rosak dalaman juga.

"Eh, Putera. Jomlah stay sini dengan kita orang kejap layan budak-budak ni balik rumah bukan buat apa pun." Ucap kawan Farah bernama Azleen, gadis comel berkulit putih berambut pendek berwarna blonde kepada Putera.

Putera memandang ke arah Syukri seketika.

"Aah, jomlah. Balik rumah pun bukan buat apa." Balas Syukri dengan senyuman.

Putera menganggukkan sahaja sambil tersenyum. Terus mereka berdua sertai Farah dan kawan-kawannya melayani kerenah anak-anak gelandangan itu dengsn mesra sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience