44

Humor Completed 34688

Di meja makan agak riuh dengan soalan masing-masing. Tuan Kamal berbual dengan Pak Rashad. Puan Kamariah berbual dengan Mak Aminah. Ayu pula tak henti-henti bercerita pasal kampungnya kepada Ayden. Ayden suka sangat dengan suasana kampung katanya. Putera tersenyum sahaja melihat semua orang makan dengan hati yang senang. Syukri pula, diamkan sahaja sambil terus makan tanpa bercakap apa.

"Uhuk! Huk!" Tiba-tiba Ayu tersedak nasi. Semua orang terdiam seraya mata mereka tertancap pada Ayu.

"Putera! Hulurkan air dekat Ayu lekas." Arah Puan Kamariah bernada agak cemas.

Putera dengan pantas menuangkan air oren ke dalam gelas Ayu yang kosong itu sampai penuh. Ayu terus meneguk air sepantas yang boleh. Setelah beberapa saat, barulah tekaknya terasa baik kembali.

Semua orang menarik nafas lega.

"Terima kasih." Ucap Ayu perlahan kepada Putera sambil tersenyum kecil.

"Err, sama-sama." Balas Putera malu-malu.

"Hmm, elok sangat dah tu kalau Abang Putera dengan Kakak Ayu dijodohkan. Mesti lagi sweet." Sampuk Ayden sambil memandang ke arah abangnya.

Putera dan Ayu tertunduk menahan rasa malu. Pipi mereka berdua juga sudah merah menyala macam udang bakar.

"Itulah, kalau korang dijodohkan bagus. Mama sekali tengok muka Ayu pun mama dah rasa berkenan sangat." Usik Puan Kamariah pula.

Putera terdiam sahaja apabila dikatakan seperti itu oleh mamanya. Malas dia nak letak harapan yang tinggi dek kerana dihalang oleh Syukri. Kalau betul dijodohkan tak apa juga.

"Haa, kalau nak boleh aje. Ayu pun belum disunting lagi." Ucap Pak Rashad secara tiba-tiba.

"Purhhhh!!!!"

Tersembur makanan dari mulut semua orang di situ sampai terbatuk-batuk lagi-lagi Syukri setelah dengar benda yang tak di duga yang keluar dari mulut ayahnya.

"Serius?!" Soal Tuan Kamal dan Puan Kamariah serentak dengan mata sudah membutang.

"Kalau tak kisah, kami setujukan aje. Saya pun berkenan dengan Putera ni." Balas Pak Rashad tanpa basa-basi lagi. Mak Aminah senyumkan sahaja. Dia pun okay sahaja kalau menantukan Putera.

Puan Kamariah dan Tuan Kamal sambil berpandangan mata sambil tersenyum sama-sama. Elok sangatlah tu, mereka berdua pun memang berkenan dengan Ayu. Tak sangka benda berlaku secepat ini.

"Errr, tak sangka secepat ini. Kami pun sebenarnya berkenankan Ayu ini nak jadikan menantu kami. Jadi tak apa kot kami terus terang sahajalah ya." Terang Tuan Kamal lagi sambil memandang muka Pak Rashad.

"Ouh, kita suka sama sukalah ni kiranya?" Ucap Pak Rashad sambil ketawa kuat.

Ayu dan Putera saling berpandangan antara satu sama lain dengan wajah terkejut. Seakan-akan tidak percaya. Betulkah mereka akan dijodohkan oleh keluarga mereka? Secara tiba-tiba? Alamak! Sungguh tak sangka perkara ini akan terjadi!

"Syu.. Syukri keluar kejap. Nak ambil angin." Ucap Syukri dengan mata mula berkaca dan wajah mula membeku. Sudu dan garfu diletakkan ke dalam pinggan kembali. Tak semena-mena dia terus bangun dari kerusi dan terus berlalu pergi dari situ sepantas yang mungkin.

Semua orang terdiam melihat tingkah laku Syukri. Puan Kamariah tahu apa sebabnya. Dia jadi serba salah. Begitu juga Putera. Putera turut bangun dari kerusinya setelah beberapa saat untuk mengejar Syukri yang sudah hilang dari pandangan mata semua orang di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience