34

Humor Completed 34688

Perlahan-lahan Putera menguak pintu kamar Ayden, si adik bongsu kesayangannya. Secubit senyuman menghiasi wajah Putera.

Ayden sedar akan kehadiran si abang, terus dia membuka kelopak matanya. Dia turut tersenyum ke arah abangnya.

"Sorry ganggu, dah tidur ke?" Tanya Putera perlahan kepada Ayden seraya duduk di atas kerusi kecil sebelah Ayden.

"Belum." Balas Ayden dengan suara serak.

Putera teruskan sahaja tersenyum sambil mengusap-usap rambut adiknya yang berusia enam belas tahun itu dengan penuh kasih-sayang.

"Ayden lapar tak? Nak cookies dengan susu suam? Abang pergi ambil ya?" Tanya Putera mula mengangkat punggungnya untuk bangun.

"Na'ah." Balas Ayden sambil menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak mahu.

"Okay." Ucap Putera setelah adiknya tidak mahu lalu dia duduk kembali.

Suasana sepi sejenak antara mereka berdua.

"Abang best tak suasana kampung tu?" Soal Ayden secara tiba-tiba kepada si abang.

Putera tersentak seketika sebelum menjawab soalan adiknya itu. Tangan sejuk adiknya pula digengam dengan erat sekali. Wajah adiknya yang iras-iras kacak sepertinya ditenung sangat lama cuma bezanya, mata Ayden lebih cantik dari si abang dan warna kulitnya lebih pucat dari si abang kerana kurang terkena cahaya matahari. Kehidupannya lebih banyak di habiskan di dalam rumah agam ini.

"Best, abang suka sangat duduk dekat kampung tu." Bisik Putera pada cuping telinga adiknya.

"Ada apa dekat sana?" Tanya Ayden dengan nada teruja.

"Dekat sana ada macam-macam. Lagi best dari cerita dekat TV tu. Dekat sana ada sawah padi, cantik sangat. Lepastu ada kerbau besar gila! Petang-petang ada orang main layang-layang dekat tepi pantai. Dekat sana ada pantai tau, kecil je pantai dia tapi best. Lepastu, ada jual ais krim kelapa dekat pantai tu, lepas tu apa lagi eh.. haa, kenduri dekat sana orang masak gotong-royong. Mak Abang Syukri masak sedap gila. Abang makan sampai tak boleh nak berhenti." Terang Putera dengan wajah yang teruja. Semangat betul Putera ceritakan semua itu kepada adiknya.

"Wah, bestnya. Ayden nak ikut abang nanti kalau abang pergi sana lagi boleh tak? Please." Rayu Ayden setelah mula teruja dengan cerita yang telah diceritakan oleh si abang.

Putera hanya mampu tersenyum tawar ke arah adiknya sambil mengedip-ngedipkan kelopak matanya banyak kali. Kepala Ayden kembali diusap perlahan.

"Hmm, In Shaa Allah. Nanti kalau Abang Syukri ajak lagi nanti, kita pergi ya. Dah, sekarang Ayden tidur." Balas Putera perlahan sambil mengucup dahi adiknya sesaat.

Ayden tersenyum sambil menganguk perlahan.

"Okay abang, Ayden nak pergi semua tempat yang abang ceritakan tu. Ayden tahu, mesti ada tempat yang best-best lagikan, cuma abang tak cerita." Ucap Ayden dengan matanya sudah mula layu.

"Yup, banyak lagi tapi nantilah ya, abang cerita. Sekarang Ayden tidur dulu. Goodnight." Balas Putera seraya mencium pipi adiknya pula.

"Goodnight." Balas Ayden perlahan seraya mula memejamkan kelopak matanya.

Setitis air mata Putera jatuh ke pipi lantas, air matanya itu diseka segera olehnya agar tidak kelihatan oleh si adik. Perlahan-lahan Putera keluar dari kamar tidur itu dan terus dia menuju ke kamar tidurnya sendiri untuk merehatkan tubuh yang sudah penat seharian bekerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience