2

Humor Completed 34688

Ayu Zalikha cepat-cepat memicit-micit skrin telefonnya lalu ditekapkan di telinga dengan segera. Wajahnya juga teruja ya amat.

"Hello abang!" Sapa Ayu dahulu dengan nada gembira.

"Hello ya, Ayu kenapa?" Balas Syukri, abang kepada Ayu yang berusia dua puluh enam tahun itu.

"Lagi dua hari adik nak pergi holiday dengan kawan-kawan dekat Cameron Highland, abang nak apa? Nanti adik belikan." Ucap Ayu di hujung talian dan pada masa yang sama otaknya tengah berfikir apa yang harus dia bawa untuk pergi ke sana nanti.

"Seriously? Bagi pulak ayah? Eh, kenapa nak pergi? Janganlah pergi, abang nak balik kampung dua hari lagi juga nanti." Balas Syukri dengan wajah bertukar suram.

"Lah, kenapa tak cakap awal-awal." Terkejut Ayu setelah mendengar apa yang keluar dari mulut abangnya. Sekarang dia dalam dilema, kalau pergi, dia tak jumpa abangnya yang susah nak pulang ke kampung itu.

"Eleh, kalau cakap jangan pergi pun, adik tetap nak pergi jugakan?" Balas Syukri dengan senyuman tawar di hujung talian.

"Hihi, tahu takpe." Balas Ayu sambil ketawa di hujung talian.

"Berapa lama nak pergi?" Soal Abangnya lagi dengan nada serius.

"Seminggu je abang." Balas Ayu sambil duduk di tepi birai katil.

"Hmm, pergi tu hati-hati eh! Jangan buat benda bukan-bukan. Abang tak suka adik abang ni bersosial tak tentu hala. Cameron Highland tu bukan tempat kita, lepas tu banyak orang asing pula tu. Hati-hati tau!" Pesan Syukri kepada adiknya. Dia sangat mengambil berat kepada adiknya walaupun jauh di mata namun dekat di hati.

"Iya, tahulah Ayu jaga diri nanti dekat sana." Balas Ayu sambil memusingkan bola matanya. Tahulah dia anak bongsu, tapi janganlah layan dia macam budak-budak.

"Abang sayang adik sebab tu abang pesan." Balas Syukri.

"Baik bos!"

"Nanti beli apa-apa tau dekat abang, jangan kedekut sangat duit tu kalau nak berkat kena belanja abang hehe." Ujar abangnya di hujung talian dengan nada bergurau.

"Yalah, nanti Ayu beli apa-apa dekat abang. Okay nak bagitahu yang tu je. Bye abang." Balas Ayu ingin menamatkan panggilan telefon.

"Hmm, okaylah."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Balas Syukri lalu kedua-dua mereka menamatkan panggilan serentak.

-

"Syukri, kau cakap dengan siapa tadi tu?" Ujar seorang lelaki kemas berkemeja biru seraya mula duduk di sebelah Syukri.

"Takde apa-apalah." Syukri menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket seluar dengan segera. Tak lapar dia nak bagitahu kepada lelaki berkemeja biru di hadapannya ini walaupun lelaki itu adalah bos merangkap kawan baik satu universitinya juga.

"Syukri, lagi dua hari kau nak balik kampung kau kan?" Soal Putera dengan senyuman manis seraya lelaki berkulit cerah, berhidung mancung kacukan melayu belanda itu datang tepat berdiri di sebelah Syukri pula.

"Haah, kenapa?" Syukri mengiyakan sahaja dengan wajah berkerut walaupun Putera sudah tahu bahawa dia akan pulang ke kampung nanti sebab Puteralah yang telah meluluskan permohonan cutinya kelmarin.

"Aku nak ikut?" Ucap Putera dengan lancar.

"Lah, kerja kat ofis tu kan banyak. Selesaikanlah dulu apa yang patut." Balas Syukri dengan muka berkerut. Aduh, kenapa bos dia ni nak balik kampung pula? Baru nak merancang lari sebentar dari kerja. Dekat pejabat sudah tengok muka bos, takkan balik kampung pun nak tengok muka bos lagi? Aduh! Mampus!

"Akukan bos? Suka hati akulah." Balas Putera sambil menyembunyikan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

Syukri memusingkan bebola matanya. Lupa, mamat sebelahnya yang bernama Putera ni anak bos a.k a tetap bos dia juga, dan dia cuma pekerja. Bayangkan, kawan merangkap bos sendiri? Aduh, macam mana tu? Mula-mula Syukri agak kekok tapi setelah dua tahun lebih bekerja dengan Putera semuanya menjadi lancar dan profesional.

"Okay, okay macam ni." Putera mula memberi idea setelah melihat Syukri terdiam lama.

"Apa dia?" Balas Syukri dengan dahi berkerut.

"Aku tambah cuti kau jadi seminggu? Apa macam?" Ucap Putera dengan senyuman menawannya. Seolah-olah itu sogokkan kepada pekerja pula gayanya.

"Serius?" Balas Syukri seraya sudah tersenyum sumbing.

"Seriuslah. Takkan aku nak main-main pula." Balas Putera dengan wajah penuh yakin.

"Hmm, boleh, boleh." Balas Syukri seraya dia sudah tersenyum senang. Tak sabar nak balik kampung dan buat kerja-kerja kampung di sana.

"Okay, cantiklah macam tu! Nak rasa juga suasana kampung macam mana. Biasalah, aku ni lahir-lahir je terus suasana batu konkrik." Ucap Putera sambil tersenyum. Usia mereka berdua sama, sebab itulah mereka berdua hanya ber-kau dan aku sahaja. Yalah, takkan nak panggil encik, bos? Kawan sendiri kot! Nasiblah Putera ini jenis tak megah-megah pada gelaran dan pangkat yang ada.

"Habis, kau ingat aku lahir-lahir dalam hutan ke? Berkawan dengan Tarzan? Hello, orang kampung semua beranak dekat hospital okay." Balas Syukri seolah-olah terasa hati dengan apa yang Putera katakan tadi. Macam nak perli dia lahir dekat kampung.

"Haha, janganlah marah bro. Aku gurau je. Tak ada maksud nak hina kau pun." Balas Putera sambil menggaru-garu kepalanya.

Syukri hanya mampu tersenyum tawar.

'Fuhh.. Nasib baik adik aku takde dekat rumah, kalau ada.. mampus kena ngorat dengan lelaki mata keranjang ni.' Kata Syukri dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience