24

Humor Completed 34688

"Kau dah siap sedia ke nak pergi ni?" Soal Syukri sudah menyediakan barang-barang untuk memancing belut di tepi batas sawah padi nanti.

Selepas sahaja mereka bersarapan, terus mereka berdua kalut-kalut bersiap untuk pergi. Berselera betul Putera makan semenjak tinggal di rumah ini. Semua masakkan sedap-sedap belaka. Tak ada satu pun dapat dia menolak, lagi-lagi apabila Ayu yang masak. Air basuh tangan pun rasa macam air dekat Starbuck!

"Sudah. Err, Syukri pinjam kejap baju dengan seluar kau ni takpe kot?" Tanya Putera sambil memperbetulkan seluar track suit paras lutut yang dipinjam olehnya.

"Pakailah kalau nak pakai." Balas Syukri senada. Nasiblah mereka berdua ini sama tinggi, sama kacak. Cuma bezanya Syukri mukanya lebih Melayu daripada Putera yang lebih ke arah muka orang Belanda.

Cuaca pula sejuk merinding pada pagi buta Ahad ini. Rasa macam duduk dekat luar negara pula sejuknya. Rasa sejuknya seperti sejuk selepas hujan di pagi hari, padahal semalam tak hujan pun.

"Korang nak pergi mana?" Tanya Pak Rashad di hadapan pintu rumah sambil mula menyelak surat akhbar yang masih baharu itu.

"Nak pergi ronda-ronda kampung sekejap yah. Budak bandar ni tak puas lagi nak ronda-ronda kampung kita katanya." Balas Syukri mula menyarungkan selipar jepun pada kakinya. Begitu juga Putera menyarungkan selipar jepun pada kakinya.

"Pergi hati-hati, kawasan ni banyak bewak. Terlanggar bewak tak pasal-pasal jatuh masuk parit." Pesan Pak Rashad dengan nada serius.

"Yalah, Syukri tahu jaga diri. Kami pergi dulu ya, Assalamualaikum." Ucap Syukri sambil mula menunggang motosikal diikuti Putera di belakang.

"Waalaikumusalam." Balas Pak Rashad dengan muka serius seraya dia sambung membaca surat akhbar kembali.

"Weh, nak pergi mana tu?" Tanya Ayu sambil menutup paip air setelah selesai menyiram pokok bunga kertas di halaman rumah.

"Pergi mancing belut, kenapa?" Balas Syukri acuh tak acuh kepada adiknya.

"Nak ikut." Kata Ayu sambil memperbetulkan tudungnya.

"Ah, tak payah." Balas abangnya pantas dengan wajah tak suka seraya menghidupkan enjin motosikal.

"Ish, nak ikut jugak! Ayu tak kira." Bentak Ayu sambil menghentak-hentakkan kakinya pada tanah macam budak kecil.

"Motor ada satu je masalahnya, itulah. Dulu abang ada motosikal Y suku, gatal suruh ayah pergi jual sekarang motosikal Yamaha Sport ni jadi abang punya. Wuahaha!" Ucap Syukri sambil ketawa jahat. Sengaja dia memulas pemegang motosikal Yamaha Sport yang bising ya amat itu agar asap keluar berkepul-kepul dari ekzos belakang. Terus kawasan rumahnya berkabus putih dek kerana asap motosikal.

"Uhuk! Uhuk! Ish, asaplah!" Ucap Ayu sambil menutup mulut dan hidungnya dengan tapak tangan.

"Duduk rumah je sudah. Ayu tu perempuan. Bye, abang pergi dulu. Daa~" Ucap Syukri sudah memecut laju meninggalkan kawasan rumah.

"Ish, abang!!!" Jerit Ayu sekuat hati sambil mengetap gigi dengan kuat. Sampai hati abangnya tinggal dia sorang-sorang kebosanan di rumah. Dahlah abangnya jarang balik, tapi bila dah balik bagi sakit hati pulak dah. Aish, tak balik rindu, dah balik boleh jadi gila!

-

"Eh, tak baiklah buat dekat adik kau macam tu Syukri, abang jenis apa kau ni, aku dengan adik aku pun tak macam tu. Cara kau layan adik kau tu kasar sangat, tapi acah sayang. Apa kau ni?" Marah Putera di belakang Syukri sambil memegang barang-barang untuk memancing belut nanti.

"Itu cara aku sayang adik aku, lain abang, lain cara dia sayang adik dia. Nampak aku layan dia kasar, tapi dalam kasar aku tu aku sayang dia. Dalam kasar aku tu juga, aku tak pernah angkat tangan, angkat kaki dekat dia." Balas Syukri sambil terus memandu motosikal di pagi sejuk merending ini.

"Hmm, yalah tapi jangan sampai keterlaluan, aku tak suka." Ucap Putera perlahan dengan wajah bertukar serius.

"Aik, lain macam bunyi. Jangan macam-macam dengan adik aku okay, sedangkan dengan perempuan lain kau boleh buang bila bosan, apatah lagi adik aku yang manja tambahan lagi, orang kampung tu. Lagilah kau senang nak bodoh-bodohkan dia." Ucap Syukri terus terang.

"Aih, janganlah cakap sampai macam tu, macam aku ni jahat sangat. Janganlah bersangka buruk dekat aku sampai macam tu sekali, setiap manusia akan berubah kalau dia dah jumpa jodoh sebenar dia okay."

"Owh, nak kata adik aku tu jodoh kaulah? Hah!" Balas Syukri sambil ketawa sinis.

Putera hanya mampu mendengus kasar. Dia sendiri tidak pasti tetapi perasaannya apabila berhadapan dengan Ayu lain benar jika nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang pernah dia kenal sebelum ini. Perasaan yang... entah macam mana nak diungkapkan oleh hati dan perasaan. Susah benar, seolah-olah, Ayu itu memang diciptakan untuk dirinya.

Ya, memang benar. Dia cepat bosan kalau bercinta kerana senang untuk menarik perhatian seseorang supaya jatuh cinta dengannya tetapi tidak Ayu. Mungkin kerana terlalu susah baginya untuk mendapatkan Ayu, sebab itulah perasaannya lain kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience