3

Humor Completed 34688

Ayu sudah siap mengemaskan bagasi untuk di bawa esok pagi. Esok, sesudah subuh dia dan kawan-kawannya akan bertolak pergi ke Cameron Highland selama seminggu.

Tak sabar betul Ayu nak pergi, mana tahu kot-kot terjumpa jodoh Mat Saleh dekat sana? Ayu ini memang dari kecil lagi dah berangan nak bersuamikan lelaki berwajah Mat Saleh supaya dapat anak-anak yang comel nanti.

Satu kampung sudah tahu dengan citarasa Ayu itu, sebab itulah orang tak berani nak masuk meminang Si Ayu ini sebab dekat kampung ni nak dapat mana muka Mat Saleh? Sini banyak kacukan banjar masin adalah! Citarasa bukan main tinggi melangit Si Ayu ini. Nasiblah orangnya juga cantik serta bertubuh kecil molek.

Tok! Tok!

"Masuklah mak. Tak kunci pun." Arah Ayu dari dalam bilik kerana dia tahu itu emaknya.

Selepas sesaat, terus terpampang muka emaknya di hadapan pintu tengah tersenyum-senyum ke arah Ayu.

"Ada apa mak?" Soal Ayu seraya duduk di tepi birai katil yang sedang sibuk mengemas alat soleknya.

"Mak nak pesan.." Ucap emaknya seraya turut duduk di tepi birai katil. Mata emaknya perhatikan sahaja barang-barang mekap anaknya itu dengan penuh rasa geram nak cuba.

"A'ah, nak pesan apa? Suruh beli strawberi ke?" Soal Ayu lagi sambil tangannya ligat memasukkan alat solek itu ke dalam satu bekas.

"Pergi tu hati-hati ya, jangan buat benda bukan-bukan." Pesan emaknya dengan lancar.

Ayu mengeluh.

"Ya mak, Ayu tahu." Balasnya ringkas. Entah berapa kali orang nak pesan benda yang sama kepadanya.

"Mak bukan apa, tahulah kan ayah kau tu macam mana. Garang kalah singga. Dia dah bagi kepercayaan dekat Ayu jadi, Ayu kenalah pegang elok-elok kepercayaan ayah tu." Ucap emaknya, lalu dia mengambil satu lipstik milik Ayu lantas di calitkan pada bibirnya. Saja nak cuba-cuba warna orang muda.

"Ya, Ayu tahu. Ayu tahu nak jaga maruah Ayu, maruah keluarga kita." Ucap Ayu perlahan seraya tersenyum.

"Yalah tu, kau bukan boleh. Jumpa Mat Saleh dekat sana mengeletis macam bewak kena racun. Kau jangan main gila. Tiba-tiba kau bawa balik orang putih depan rumah kita siap kau, ayah kau libas korang berdua." Ucap emaknya lagi seraya mencuba maskara pula pada bulu matanya.

Ayu sudah ketawa berdekah-dekah dengar celotehan emaknya itu. Suka fikir perkara yang bukan-bukan.

"Ish, tak adalah. Dia buat pelik-pelik dekat Ayu nanti tak pasal pula." Kata Ayu seraya sudah terbaring di atas katil.

"Baguslah kalau faham." Balas emaknya sambil cuba-cuba menyapu blusher pula pada muka kedutnya. Ayu perhatikan sahaja gelagat emaknya ini tanpa berkata apa.

"Eh, lawa pula pipi merah ni. Mak nak boleh? Ehek!" Kata Maknya sambil tersengih-sengih di hadapan Ayu.

Ayu sudah menampar dahinya. Aduh, mak!

•••

Syukri duduk di atas kerusi berhadapan dengan kolam renang sambil bermain telefon pintarnya. Malas dia nak berenang malam-malam macam ni.

Putera pula, sedap berenang ke sana dan ke sini di dalam kolam sebuah hotel. Mereka singgah dulu di Melaka sebelum ke Perak utara esok kerana ada urusan kerja yng harus diselesaikan di sini.

Sebaik sahaja urusan di Melaka selesai, mereka akan terus bertolak ke kampung Syukri yang terletak di Perak utara dan tinggal di sana selama seminggu.

"Woi! Tak nak join aku berenang sekali ke?" Pelawa Putera dengan nafas naik turun menahan rasa penat. Sesekali dia mencurahkan air kolam tepat terkena Syukri namun Syukri mengabaikan sahaja. Malas nak layan bosnya ini.

"Tak nak aku mandi sekolam dengan kau. Dahlah kita dua je dekat sini, tak pasal-pasal orang rakam viral pulak muka handsome aku. Tak pasal-pasal terus orang cop aku kunyit hidup." Balas Syukri lalu matanya fokus kembali pada skrin telefon.

"Eleh, alasan." Sindir Putera lalu dia teruskan kembali berenang di dalam kolam yang lenggang itu.

Di situ hanya ada mereka berdua. Iyalah, bukan cuti sekolah jadi orang tak ramai lagi-lagi bila waktu malam seperti ini.

"Woi Syukri! Kampung kau tu ada apa yang best?" Soal Putera lagi dengan nada teruja. Biasalah, orang bandar tak pernah jumpa kampung.

"Entah, biasa je." Balas Syukri senada.

"Eheh?! Kampung sendiri pun tak tahu ada apa?" Ucap Putera dengan wajah berkerut. Terhenti tubuhnya daripada meneruskan aktiviti berenangnya tadi.

"Kampung aku biasa jelah. Tak ada yang spesial pun." Balas Syukri sambil mencampakkan telefon pintarnya ke tepi. Rasa bosan mula menyelubungi diri.

"Ah tak apalah kalau bosan pun, aku tetap nak ikut. Mana tahu dapat marka utara cun cun dekat sana esok. Hahaha." Ucap Putera sambil ketawa nakal.

Syukri dah mula rasa menyampah dengan perangai buaya darat tembaga Si Putera ini, dari zaman universiti lagi perangai tak pernah nak berubah.

Tahulah kacak, kacukan belanda tapi kekacakkannya itu selalu salah digunakan. Ini yang dia malas nak bawa balik ni, kalau Putera tersangkut dengan adiknya sendiri pula nanti? Habis, tak pasal-pasal kawan sendiri jadi adik iparnya. Aduh! Daripada kawan, jadi bos. Lepas jadi bos, jadi adik ipar pulak! Aduh minta simpanglah!

"Putera tak habis lagi ke kau berendam macam badak tu? Jom pergi makan. Aku laparlah." Ucap Syukri cuba untuk mengalihkan topik.

"Aik? Tadi bukan baru lepas makan ke?" Perli Putera seraya sudah mula melangkah keluar dari kolam. Kain tuala putih dicapai olehnya lalu dibalut pada tubuh.

"Aku lapar gila-gila hari ni, entah kenapa. Jomlah pergi McD!" Desak Syukri seboleh-bolehnya.

"Hmm, jomlah pergi makan. Aku nak tukar baju dulu." Balas Putera seraya mula melangkah pergi menuju ke biliknya.

"Alright." Syukri ikut sahaja Putera dari belakang seraya menyimpan kembali telefon pintar ke dalam poket seluarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience