39

Humor Completed 34688

Jam tepat pukul dua belas tengah malam barulah Putera dan Syukri pulang ke rumah setelah penat bermain dengan anak gelandangan di ibu kota.

Bukan main suka lagi mereka tadi apabila Putera belanja air kotak sorang satu walaupun benda itu murah, tapi kanak-kanak itu sangat hargai pemberian tersebut.

Tapi apa yang mengejutkan lagi adalah Farah dan kawan-kawannya bersama dengan anak-anak gelandangan tersebut? Pelik bukan. Yalah setahu orang, Farah itu gedik dan sombong tapi dalam diam dia seorang yang baik. Kawannya juga baik-baik walaupun masing-masing memakai pakaian tak cukup kain.

"Hmm tersenyum-senyum tu, dah syok dekat Farah baliklah tu." Usik Syukri di tempat duduk penumpang sebelah Putera.

Putera tersentak.

"Eh, taklah. Mana ada. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa. Aku tak layak untuk dia." Jawab Putera dengan nada bersahaja.

"Habis layak dengan siapa?" Pancing Syukri sambil memeluk tubuhnya kerana sejuk.

Putera hanya mampu terdiam. Dia sendiri tidak tahu, umur sudah dua puluh enam namun jodoh belum datang. Rasa macam nak tutup terus pintu hati untuk sesiap pun ada.

Suasana sepi sejenak, hanya berkumandang lagu Aliff Aziz di corong radio tempatan menenami mereka berdua. Pandangan mata Syukri terarah ke arah jalan raya.

Putera menjeling sekilas ke arah Syukri yang sudah mengabaikannya dari tadi. Perangai Syukri bukan main pelik sejak tadi. Putera pun tak faham kenapa. Putera hanya mampu biarkan sahaja Syukri terus begitu. Esok-esok okaylah kot moodnya nanti.

•••

"Hah? Seriuslah kita nak pergi KL? Nak pergi rumah Abang Putera?" Tanya Ayu kepada ayahnya seakan-akan tidak percaya.
"Ya, ayah pun tak tahu ada apa. Kata nak kenal-kenal dengan keluarga kita." Terang Pak Rashad lagi kepada Ayu.

"Eish, pelik tu. Hmm, ada kenduri kot." Balas Ayu dengan muka masih curiga. Tiba-tiba sahaja suruh datang ke rumah Putera yang di Kuala Lumpur tu.

"Nak masuk meminang Ayu kot." Tiba-tiba Mak Aminah bersuara sambil menepuk paha Ayu yang sedang duduk di sebelahnya.

"Ish apa ke gila mak ni. Takkanlah kot tiba-tiba je." Marah Ayu sambil merenung tajam ke arah muka emaknya.

"Manalah tau mulut mak ni masin. Memang taste Ayu pun kan muka orang putih macam tu. Haa, rezekilah tu Ayu. Ambil je kalau betul." Usik emaknya lagi dengan ketawa makin deras.

"Haa kan, ayah pun berkenan dengan budak Putera tu. Ayah suka sangat kalau Putera tu berjodoh dengan Ayu. Seratus peratus ayah tak larang." Ucap Pak Rashad dengan lembut hati. Bukan senang nak lembutkan hati orang tua itu.

"Eh, bagi pulak ayah? Ayah ni susah kalau nak bagi Ayu ni dekat-dekat dengan lelaki tapi kalau Abang Putera ayah bagi pulak?" Soal Ayu mula hairan.

"Ayah bagi sebab dah kenal dengan budak Putera tu. Baik orangnya." Tambah ayahnya lagi sambil mengangkat ibu jari sebagai tanda bagus.

"Kalau macam tu, Ayu tak kisah pun. Ayu ikutkan sahaja." Balas Ayu sambil tersenyum-senyum menahan rasa malu.

"Eh, ayahnya tengok anak awak ni dah miang keladi." Kata Mak Aminah sambil menepuk lagi sekali paha anak daranya.

Pak Rashad hanya mampu ketawa melihat telatah keluarga kecilnya ini. Ceria sahaja walaupun datang masalah sebesar mana sekali pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience