45

Humor Completed 34688

Dari jauh lagi Putera sudah lihat Syukri sedang berdiri di hadapan sebuah kolam itik di belakang rumahnya sambil membaling batu ke dalam kolam tersebut.

Putera mengeluh seketika sebelum melangkah menuju ke arah Syukri. Tak pasal-pasal nanti Syukri baling batu besar pula dekat dia.

Namun, Putera gagahkan juga kakinya melangkah ke arah Syukri secara perlahan-lahan. Selagi dia tak buka mulut, selagi itulah benda tak akan selesai.

"Syukri.. baling apa tu? Nak join sekali boleh?" Kata Putera sebagai pembuka mulut. Tangannya di sorokkan di belakang badannya. Rasa macam tengah pujuk awek dekat tepi kolam itik pula rasanya.

Syukri kelihatan agak terkejut kerana tiba-tiba sahaja Putera datang menyapanya dia dari belakang. Secebis senyuman serius dihadiahkan kepada Putera. Syukri diamkan sahaja tanpa ada rasa ingin menjawab soalan yang diajukan oleh Putera tadi dan dia terus pergi duduk di atas kerusi berhadapan dengan kolam tadi.

Di dalam kolam itu terdapat itik dan anak-anaknya sedang terkedek-kedek berenang di dalam air. Syukri tenungkan sahaja itik dan anak-anaknya itu terkedek-kedek di dalam air itu dari jauh.

Putera turut duduk di sebelah Syukri sambil mengeluh dan terus mengeluh tanpa henti. Tak pasal-pasal dia kena pujuk Si Syukri yang perangai macam budak kecil ini.

"Syukri.. Aku minta maaf ya. Bukan salah aku. Aku pun tak tahu pasal benda ni. Maafkan aku." Ucap Putera dengan nada serius.

Syukri mendiamkan sahaja dirinya sambil terus memandang ke arah kolam itik seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kalau kau tak suka, jangan risau. Nanti aku cakap jangan nak satukan kami. Alah, dia orang gurau je tu. Janganlah ambil hati sangat. Nanti aku cakap dengan mama aku jangan..."

"Tak payah.. Biarkan je." Potong Syukri secara tiba-tiba.

Suasana sepi sejenak.

"Maksud kau?" Soal Putera dengan wajah berkerut seribu. Tak dapat dia nak mencerna apa yang dimaksudkan oleh Syukri sebentar tadi.

"Takpe, kalau kau nak kahwin dengan adik aku, kahwin jelah. Aku bagi..." Ucap Syukri dengan nada meleret-leret sambil tersenyum nipis.

"Hah?! Biar betul?!" Balas Putera dengan muka terkejut beruk. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengarkan ini. Adakah dia bermimpi?

"Yish, tak payah nak terkejut sangatlah." Kata Syukri sambil menunjal kepala Putera perlahan.

"Iya, aku kasi. Aku dah fikir masak-masak. Aku rasa tak salah mencuba. Aku ni je yang terlebih paranoid sangat. Ini untuk kebaikkan keluarga kita. Kau suka Ayu, Ayu pun suka kau. Jadi takde masalah kot rasanya." Ucap Syukri sambil sudah duduk bersila di atas kerusi panjang tersebut.

"Br... br... bro? Kau tak melawakkan?" Soal Putera lagi seakan-akan masih lagi tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Ish, kau jangan sampai aku ubah fikiran pulak. Ughh!" Marah Syukri. Rimas tengok muka terkejut beruk Putera ini. Orang dah lembut hati, lagi dia banyak tanya.

"T.. thanks bro! Thanks!" Ucap Putera dengan penuh teruja. Terus tubuh Syukri dipeluknya erat sebagai tanda terima kasih.

"Woi! Woi! Apa peluk-peluk ni? Aku gelilah setan." Marah Syukri seraya cuba untuk melepaskan diri dari pelukkan erat Putera itu. Boleh pula main peluk-peluk dekat tempat sunyi macam ni, tak pasal-pasal dia yang kena kahwin dengan Putera. Ewww! Tidak!

Pelukkan dilepaskan oleh Putera. Putera cuba untuk bertindak tenang dan mengawal perasaan terujanya. Bibirnya tak henti-henti tersenyum suka. Rasa macam dialah orang yang paling bahagia di dunia ini.

"Tapi ingat!" Tempit Syukri secara tiba-tiba.

Senyuman Putera mati.

"Ingat apa?" Soal Putera kembali.

"Jaga adik aku elok-elok! Aku tengok je dia menangis sebab kau, memang lunyai kau aku kerjakan. Faham tak?!" Ucap Syukri dengan nada tegas sebagai seorang abang memberikan amaran kepada Putera.

"Ya Allah, bro. Sumpah bro aku janji aku akan jaga adik kau dengan sepenuh jiwa dan raga aku. Aku janji dengan kau bro!" Balas Putera dengan punya yakin.

"Yarkkk! Jiwa dan ragalah sangat. Satu lagi kau kena ingat, jangan buat perangai lama kau tu lagi. Perangai buaya 'karat' kau tu. Ingat! Satu lagi yang paling penting! Jangan kau dah dapat adik aku, lepastu kau bosan, kau tinggal dia bodoh macam tu je. Kalau aku tau kau buat macam tu siap!" Pesan Syukri lagi dengan amaran keras sambil mengengam buku limanya dengan rapat. Kalau boleh dia nak bagi 1001 amaran kepada Putera tapi cukuplah ini sahaja untuk ketika ini.

"Ya, ya. Aku janji. Aku takkan buat perangai lama lagi. Aku takkan kecewakan kepercayaan kau bro. Takkan kecewakan keluarga kita. Kali ni aku bersungguh-sunggh weh!"

"Hmm, bagus." Balas Syukri sambil sudah bangkit dari kerusi panjang tadi.

"Thanks weh!" Balas Putera lagi dengan masih bernada teruja. Terasa seperti mimpi pula. Mimpi yang menjadi kenyataan.

"Apa weh, weh? Panggil aku Abang Long Syukri mulai sekarang! Faham! Dok weh, weh! Kau tu dah jadi adik aku tahu tak?" Tempit Syukri sambil memusingkan bebola matanya di hujung kata.

Putera diamkan sahaja dirinya. Tak terluah suara di tekaknya ingin memanggil Syukri dengan gelaran 'Abang Long'. Werkk!! Nak muntah!!

"Hah! Tahu pun geli!" Tempit Syukri lagi kepada Putera sambil memeluk tubuhnya dengan kemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience