18

Humor Completed 34688

"Okay, Ayu mulakan plan kita!" Kata Syukri dengan perut mula membuncit ke depan.

"Aduh, mengah pula rasa. Makan tak henti ni. Hahaha." Balas Ayu sambil ketawa. Nasib baju kebaya merah jambunya tak terkoyak.

KLEPAK! KLEPAK! KEBUM! KEBUM!

Bunyi kompang deras berkumandang menandakan pengantin tua sudah sampai. Syukri dan Ayu terus memandang ke arah muka Jamillah si pengantin tua dari jauh dengan lipstik merah menyalanya.
"Siaplah kau Jamillah!" Kata Syukri perlahan dengan senyuman jahat.

"Kita tunggu pengantin naik pelamin dulu. Sabar kejap. Sikit lagi Ayu, kau pergi bersiap sedia naik atas pentas satgi. Bagitahu dekat DJ tu lagu apa nak nyanyi. Pandai-pandai Ayulah nak tarik perhatian orang macam mana pun." Sambung Syukri lagi sambil sudah bangun dari kerusi.

"Nak nyanyi lagu apa masalahnya?" Soal Ayu dengan wajah berkerut.

"Nyanyi jelah lagu pelamin anganku musnah ke apa." Balas Syukri secara random.

"Kan sentap pulak pengantin tu. Tak pasal-pasal menangis atas pelamin sorang-sorang." Kata Ayu sambil diselitkan ketawa.

"Alah bedal je. Cepatlah."

"Aish, baiklah." Balas Ayu seraya sudah pergi ke arah pentas untuk menyanyi.

Ayu sudah sampai di pentas nyanyian. Memang meriah majlis kenduri Si Jamillah ni, nak karok siap ada pentas lagi. Ayu berbisik pada telinga abang DJ itu untuk menyanyi lagu apa. Abang DJ itu menganggukkan sahaja kepalanya sambil mencari lagu yang Ayu inginkan.

"Putera, pergi teman adik aku kejap." Ucap Syukri sambil matanya tepat memandang muka Putera.

"Aik, serius?" Soal Putera dengan muka berkerut. Seakan-akan tidak percaya dia dapat lampu hijau oleh si abang.

"Ya, serius. Kali ni je tau, tapi jangan nak lebih-lebih sangat dengan adik aku tu." Balas Syukri sambil tersenyum. Dia tahu, Putera memang nakkan adiknya cuma masih dikawal perasaan yang ada agar persahabatan mereka tidak terjejas.

"Okay, thanks." Putera turutkan sahaja kata-kata Syukri lalu terus dia berdiri di bawah pentas sambil melihat Ayu di atas pentas sedang sibuk memeriksa mikrofon.

Mak Aminah lepas sahaja makan terus balik rumah, malas nak masuk campur dengan urusan anak-anaknya. Dia biarkan sahaja anak-anaknya nak buat apa. Masing-masing sudah besar. Bagi Mak Aminah memang patut pun Si Jamillah itu diajar sebegitu, sebab dari dulu lagi Jamillah itu suka cari pasal dengan keluarganya tanpa sebab.

-

"Okay, baiklah semua. Lagu ini ditujukan khas pengantin tua yang sedang bersanding di sana! Selamat pegantin tak berapa nak baru Mak Cik Jamillah! Berikan tepukan gemuruh!" Ucap Ayu dengan lantang di atas pentas tanpa rasa kekok. Seolah-olah dia seorang artis jemputan yang sudah biasa dengan pentas besar.

Semua orang mula mengerumuni ke arah pentas untuk menyaksikan Ayu di atas pentas. Nasib Pak Rashad tak ada, kalau ada mampus dia kena marah dengan polis pencen itu. Pengantin tua tadi muka sudah merah padam apabila dipermalukan sebegitu. Padan Muka!

"Okay, lagu Anak Dara Tua satu! Terimalah" Kata Ayu sambil sudah memanaskan tekak untuk bernyanyi.

"Lagu Anak Dara Tua takde, lagu Anak Dara adalah." Balas Abang DJ.

Semua orang ketawa terbahak-bahak. Semua orang faham anak dara tua yang di masukkan itu untuk pengantin yang sedang bersanding. Tak sangka dipermalukan di kendurinya sendiri.

Semua orang bertepuk tangan apabila muzik sudah mula berkumandang. Semua mata tertumpu kepada Ayu di atas pantas, tidak lagi kepada pengantin yang sedang bersanding.

Putera melihat sahaja Ayu di atas pentas sambil memeluk tubuh dengan kemas. Senyuman menggoda lelaki kacukan Belanda itu setia menghiasi bibir untuk Ayu.

-

"Pandang-pandang senyum-senyum itu boleh saja
Kalau ingin berkenalan itu perkara biasa
Tapi jangan sampai keterlaluan
Kerna ku masih anak dara orang"

Ayu menyanyikan lagu bertajuk Anak Dara nyanyian asal oleh Amelina. Sambil-sambil dia menyanyi matanya tak henti-henti terarah ke arah Putera Seolah-olah lagu itu ditujukan untuknya.

Orang lain juga turut berjoget apabila mendengar anak polis pencen itu bernyanyi dangdut di atas pentas. Sedap suranya.

"Pegang-pegang senggol-senggol aduh nanti saja
Kalau mahu begituan aku tak biasa
Minta dulu dengan orang tuaku
Kalau kau mahu aku jadi milikmu"

-

Semasa muzik berkumandang di tengah korus, Ayu turun pentas seketika lalu dia menarik tangan Putera untuk turut menemaninya di atas pentas.

Terkejut beruk Putera dibuatnya apabila di ajak naik ke atas pentas. Dia dengan spontannya turut menari kecil di sisi Ayu. Anak-anak dara kampung yang menyaksikan persembahan itu mula histeria apabila melihat Putera menari dengan gaya comel. Masing-masing mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam aksi Putera bagaikan seorang artis terkenal.

Semasa ingin masuk ke korus, tepat jari telunjuk Ayu terarah ke arah Putera seolah-olah lagu itu ditujukan untuknya.

"Abang jangan tunggu lama-lama
Jika kau suka datang saja ke rumahku
Abang kalau tunggu lama-lama
Ku takut nanti diriku disambar orang
Ku bimbang kau nanti jadinya
Kalau sampai berputih mata"

Putera tersentak, seolah-olah kena sangat lagu itu dengan dirinya. Lagi pula, ini kali pertama dia mendengarkan lagu ini, jadi dia tidak tahu apa lirik seterusnya.

"Rapatlah rapat daun pinang
Buahnya lebat berganding-ganding
Cepatlah cepat abang pinang
Bulanlah depan kita bersanding"

Terus pipi Putera merah padam apabila mendengar perkataan "Bersanding" Macam dah dapat lampu hijau dari Ayu. Ayu juga sudah malu-malu kucing sambil ketawa.

"Wuuuu.." Semua orang seakan-akan merestui mereka berdua di atas pentas itu. Putera tertunduk sambil menggosok belakang kepala menahan rasa malu bercampur suka yang tidak dapat digambarkan olehnya.

Semua orang bertepuk tangan apabila persembahan sudah selesai. Nampaknya mereka berjaya mengalihkan pandangan semua orang disitu.

Tiba-tiba sahaja Syukri muncul dengan muka sudah berpeluh-peluh dan ketiak basah. Ayu dan Putera terus turun dari pentas untuk mendapatkan Syukri.

"Kau pergi mana Syukri tak sampai sepuluh minit, habis basah satu badan." Tanya Putera dengan wajah berkerut.

Ayu hanya tersenyum kerana dia sudah tahu abangnya itu tengah buat apa.

"Ayu, satu lagu lagi." Pertanyaan Putera tidak dijawab olehnya malah, matanya tepat terarah ke arah adiknya dan meminta untuk menyanyikan satu lagu lagi.

"Apa? Satu lagu lagi?" Balas Ayu dengan mata terbeliak.

"Yalah, tak siap lagi ni. Sikit lagi. Please.." Rayu abangnya. Sedikit lagi plan mereka hampir menjadi 100%.

"Alah, Ayu penat dah. Suruh Abang Putera pulak." Ucap Ayu sambil ketawa. Matanya menjeling ke arah Putera di sebelah.

"Putera, tolong cover kejap!" Pinta Syukri mula memandang wajah Putera.

"Hah?! Nak suruh aku menyanyi?" Soal Putera dengan mulut terlopong luas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience