27

Humor Completed 34688

Penat dengan kejadian tadi, mereka membatalkan segala niat pada hari itu. Jadi, mereka hanya duduk di rumah sahaja sampailah ke malam. Putera pun banyak terdiam sahaja dari pagi tadi. Seakan-akan sedang trauma dengan apa yang telah berlaku pagi tadi.

Kini, malam menjelma.

Putera dan Syukri berjalan kaki berdua setelah selesai menunaikan solat Isyak di surau berdekatan dengan rumah mereka. Saja nak jalan kaki menghirup udara segar pada waktu malam.

"Aish, nasib aku dapat keluarkan tadi kalau tak, mampus aku." Ucap Putera sambil memandang ke arah langit gelap manakala kakinya terus melangkah tanpa henti.

"Jangan kata kau, sekali aku mampus kena dengan bapak kau." Ucap Syukri pula sambil terus menyuluh jalan di hadapan.

"Hahaha." Putera hanya mampu ketawa setelah mendengar ngomelan yang keluar dari mulut Syukri.

Mereka berdua terdiam sejenak dan teruskan sahaja berjalan.

Tiba-tiba kaki Putera dan Syukri terhenti dari melangkah manakala, rongga hidung mereka pula terhidu sesuatu yang bau yang sangat wangi yang datang entah dari mana.

"Weh, kau ada bau tak, apa yang aku bau? Bau apa ni? Wanginya." Kata Putera setelah membau sesuatu. Bau macam minyak atar pun iya juga.

"Entah, bau apa eh? Ish, aku dah mula seram sejuk ni. Mintak simpanglah jangan datang benda yang bukan-bukan." Balas Syukri yang turut terbau benda yang sama.

"Seharum bunga, yang mengoda... sekadar dipandang, usah dipuja..." Tak semena-mena ada suara seseorang menyanyikan lagu berhantu milik Misha Omar datang entah dari mana.

"Uish, apa siak! Siapa nyanyi tu." Ucap Putera mula berwajah serius setelah mendengar suara itu. Terus dia memandang ke kiri dan ke kanan kot-kotlah terpandang sesuatu.

"Ntah.." Balas Syukri turut cuak sambil mula menelan air liur yang terasa kelat itu.

Suara tadi berbunyi lagi sekali yang datang entah dari mana. Malah, lebih kuat pula dia menyanyi.

"Tiada ku sangka kau sungguh kejam~
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu."

"Pstt.. cuba kau suluh dekat atas pokok tu, aku rasa bunyi datang dari atas pokok tulah." Bisik Putera pada telinga Syukri.

"Eh, seriuslah?!" Balas Syukri dengan jantung mula berdegup kencang.

Syukri ikutkan sahaja cakap Putera. Perlahan-lahan lampu suluh di tangannya ditalakan ke atas pokok mangga sambil terketar-ketar.

"Hiiiii.. Hiiiiii.. Hiiiiii!!!!" Suara tadi mengilai semahu-mahunya sambil mengoyangkan dahan pokok mangga tersebut.

"Makkkk!!!!" Syukri sudah menjerit ketakutan lalu terus dia memeluk tubuh Putera dengan kuat sekali. Matanya dipejamkan serapat yang mungkin.

"Woi! Syukri sakitlah!" Tempit Putera sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri dari pelukkan Syukri yang kuat itu.

"Hahaha!" Suara tadi mula ketawa mnegilai-ngilai sambil mengoyangkan dahan pokok mangga tanpa henti.

"Ish, bagi aku lampu suluh tu." Ucap Putera sambil merampas lampu suluh dari tangan Syukri, dengan beraninya Putera menyuluh ke atas pokok mangga.

Dia terjeda seketika. Kelopak matanya dikecilkan supay dapat fokus untuk memandang objek yang sedang bertenggek di atas pokok mangga yang berada di atas mereka.

"Eh, Syuk. Ini bukan kawan kau ke?" Kata Putera dengan wajah berkerut.

"Hah?" Syukri kehairanan. Perlahan-lahan dia turut melihat ke atas pokok mangga secara perlahan-lahan.

"Hahaha, Syuk takut ke Syuk!?" Tanya tuan suara yang mengilai tadi.

"Cis! Sammy! Babi betul kau ni. Buat aku terkejut je." Maki Syukri seraya melepaskan pelukkannya dari tubuh Putera.

"Hahaha.." Sammy teruskan sahaja ketawa tanpa henti seraya cuba terjun dari atas pokok mangga yang agak tinggi itu dengan jubah putihnya. Terus kainnya kembang seperti kain tuan puteri kena tiup angin.

Putera hanya mampu ketawa kecil apabila teringat bagaiman cuaknya wajah Syukri tadi. Boleh tahan kelakar juga baginya. Lagi satu, dia memang susah nak takut hantu. Entah kenapa.

"Ish, akulah dengan kau ni Sammy. Nasib aku takde heart attack!" Maki Syukri lagi masih tak puas hati.

"Sorrylah, bukan selalukan. Hahaha.. Sedap tak tadi aku nyanyi lagu Misha Omar? Sama tak?" Balas Sammy masih lagi tak henti ketawa kuat.

"Sama hotak kau." Balas Syukri sambil memusingkan bebola matanya.

"Eh, esok hari last kau ada dekat sinikan?" Tanya Sammy lagi sambil memperbetulkan cermin mata rabunnya.

"A'ah." Balas Syukri acuh tak acuh.

"Ouh, kalau macam tu singgahlah kedai aku dulu. Aku belanja korang makan. Makanlah nak makan apa pun." Kata Sammy mula henti ketawa.

"Serius?" Putera yang bersuara sambil mengangkat keningnya.

"Ya, ajak Ayu sekali." Balas Sammy dengan nada gedik mengada-ngada.

"Okay. Tengoklah kalau free." Balas Syukri acuh tak acuh. Masih merajuk mungkin, ataupun tengah menahan rasa malu.

"Ishh.. janganlah macam tu.. Nanti..."

"Hiiii!!! Hiiii!!! Hiiii!!!"

Tak sempat Sammy ingin mengabiskan kata-kata, ada pula suatu suara datang menyampuk sayup-sayup kedengaran dari jauh.

"Eh, mak aku kata ada orang pelepas hantu minggu lepas..." Ucap Syukri perlahan dengan hati mula berdebar.

Masing-masing terdiam dengan mata makin terbeliak luas. Sammy yang mata sepet macam cina Melaka itu pun terus boleh terbeliak luas.

"Makkkkk!!!!!" Lintang pukang Sammy berlari menuju ke rumahnya tanpa menunggu lagi dua orang jejaka yang bersamnya tadi. Sepanjang lariannya suara dia sahaja yang kuat kedengaran jauh sebatu.

Putera pula masih bersahaja tak rasa takut. Malah, Syukri sudah menarik tangannya untuk pergi dari tempat itu secepat mungkin sambil lari lintang pukang macam kena kejar hantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience