48

Humor Completed 34688

Hari pernikahan yang dinanti-nantikan telah tiba. Majlis akad nikah dilakukan di rumah pihak perempuan selepas solat Asar. Suasana pada pukul lima petang hari ini tenang sahaja. Redup namun, tetap dapat melihat cahaya matahari dari celahan awan putih.

Ayu duduk di hadapan meja solek selepas siap disolek rapi oleh mak andam. Baju akad nikahnya santai sahaja, tidak terlalu banyak manik-manik serta labuci-labuci pada baju. Sederhana lebih manis di pandang orang.

Ayu tenung seketika baju akad nikah berwarna krim lembut itu dengan perasaan gementar. Dia harap semuanya akan baik-baik sahaja. Takkan ada perkara buruk yang akan berlaku nanti. Tudung bawal berwarna coklat lembut diperbetulkan sedikit oleh mak andam lalu diletakkan kain selendang putih di atas kepala Ayu sebagai penaik seri. Sederhana namun sangat cantik. Less is more kata orang.

"Kakak solek Ayu lembut-lembut je ni, macam yang Ayu nakkan. Okay ke?" Tanya mak andam perempuan merangkap kawan sekolah Syukri.

"Okay kak, thanks. Sama macam yang saya nakkan." Balas Ayu dengan senyuman nipis pada bibirnya. Mekap ala-ala Korea itu dipandang oleh Ayu dengan rasa puas hati.

"Ayu, bakal suami kau dah sampai dah tu dah siap ke belum?" Tanya Syukri yang secara tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke dalam bilik Ayu tanpa memberi salam terlebih dahulu.

Ayu menoleh ke arah abangnya dengan pantas. Syukri tersenyum nipis melihat wajah cantik adiknya itu dengan perasaan bercampur baur. Segala kenangan mereka semasa kecil terlintas di mata Syukri sesaat.

"Cantik jugakan adik abang ni, macam artislah." Puji Syukri dengan nada suara lembut. Jarang sekali dia nak cakap baik-baik dengan Ayu.

"Alah, dalam hati mesti tengah kutuk Ayu. Macamlah orang tak tahu." Balas Ayu sambil memusingkan bebola matanya yang sudah di pakaikan kanta lekap berwarna coklat hazel itu.

"Eh, orang puji seriuslah ni. Dia boleh pulak kata orang kutuk dia. Abang kutuk betul-betul baru Ayu tahu." Ujar abangnya lagi mula bersandar pada dinding.

"Hmm."

"Kenapa? Takut ke?" Soal Syukri kepada Ayu dengan kening bersambung.

Ayu diamkan sahaja dengan hati yang gelisah.

"Hmm, janganlah takut. Abang ada." Ucap Syukri dengan senyuman setia pada bibir. Bahu adiknya di usap perlahan.

Ayu diamkan lagi dirinya.

"Okay, jangan takut. Abang duduk dekat sebelah Ayu nanti. Apa macam okay?" Ucap Syukri lagi memberikan cadangan. Senyuman seorang abang langsung tidak lekang dari bibirnya sejak dari tadi.

"Betul?" Ayu mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Betullah, takkan abang nak tipu pulak." Balas Sykri dengan dahi berkerut dan bibir muncung ke depan.

"Nak!!! Ayu nak abang temakan Ayu nanti, please!!!" Ucap Ayu sambik memeluk pinggang abangnya dengan erat. Matanya dipejamkan dengan rapat. Terus hatinya yang gelisah tadi kembali tenang.

"Abang sanggup buat apa je janji adik abang ni bahagia. Dah, jangan takut okay, abang ada." Balas Syukri sambil mencuit hidung adiknya.

"Ish, janganlah sentuh muka Ayu! Habis make up orang tau! Buat penat-penat dari tadi, dia boleh je main sentuh-sentuh macam tu je." Marah Ayu kepada Syukri lantas segera dia melihat wajahnya pada cermin takut-takut foundation pada hidungnya sudah hilang.

"Alah, budak ni. Abagn tampar kang muka tu, jerebu satu kampung!" Balas Syukri pula dengan nada dingin setelah kena marah-marah manja dengan adiknya.

•••

"Semua dah sedia ke?" Tanya Tok Kadi kepada Putera yang sedang duduk di hadapannya.

Putera terdiam seketika dengan wajah cuak. Ahli keluarganya setia duduk berhampiran dengannya demi menyaksikan detik-detik bahagia dalam hidup Putera.

Tidak lama selepas itu, Ayu keluar dari kamar tidurnya bersama Syukri di sisinya. Lantas, dia menuju ke ruang tamu di pimpin tangan oleh Syukri di sisi sebagai penguat semangat.

Semua mata tertumpu ke arah Ayu menambahkan lagi rasa takut dalam dirinya. Serba sedikit Ayu menjadi malu. Ayu terus duduk di belakang Putera ditemani si abang yang tersayang.

Secebis senyuman manis Putera dihadiahkan kepada Ayu. Ayu terus tertunduk ke bawah menahan rasa gemuruh di jiwa. Wajah tok kadi berkumis tebal di hadapannya itu di pandang kembali oleh Putera. Outera berdehem beberapa kali demi menghilangkan suara serak.

"Baik semua dah sedia ke ni?" Tanya tok kadi lagi sekali sambil melihat keseliling ruangan itu. Takut-takut tergendala pula majlis.

"Y.. ya." Balas Putera dengan darah gementar. Kepala diangguk beberapa kali olehnya.

"Kalau macam tu kita boleh mulakanlah ya?" Ucap Tok kadi lagi seraya menghulurkan tangannya ke arah Putera.

Putera menyambut tangan tok kadi itu sepantas mungkin. Perasaan takut cuba dibuang olehnya sejauh mungkin, kalau boleh dia hanya mahu sekali lafaz sahaja sudah sah.

"Baiklah, tok mulakan." Ucap tok kadi seraya berdehem beberapa kali. Putera setia menanti dengan penuh rasa sabar.

"Aku nikahkan dikau dengan..."

"Tunggu!!!" Satu suara perempuan dengan lantangnya cuba untuk merosakkan saat-saat bahagia itu secara tiba-tiba.

Semua tercenggang dengan mata membutang terarah ke arah perempuan cantik itu. Lagi-lagi, Ayu. Ayu memandang tepat sahaja ke arah muka perempuan yang lagi cantik daripadanya itu dengan penuh rasa tanda tanya. Siapakah perempuan ini? Bagai nak luruh jantungnya. Drama apa pula yang sedang berlaku sekarang ini? Kenapa saat-saat seperti ini ada pula orang nak datang menganggu?!

"F.. Farah?" Ujar Putera dengan wajah cuak dan sedikit pucat. Matanya terbeliak terarah ke arah Farah yang sudah merenung tajam ke arahnya itu.

"Putera! How dare you!" Tempit Farah sekuat hati lalu dia terus membuka kasut tumit tingginya dan menuju ke arah Putera dengan perasaan geram.

Yang peliknya lagi, Farah turut mengenakan gaun kahwin! Malah gaun kahwinnya lagi cantik dari milik Ayu. Farah mengenakan baju kurung berkain satin berwarna putih dan selendang di atas kepala serta di indahkan lagi dengan sekuntum bunga ros putih di celah rambut.

"Farah! Apa you buat ni?! You dah gila ke?! I nak bernikah ni, tahu tak?" Marah Putera seraya bangun berdiri tepat di hadapan Farah dengan wajah berkerut. Wajah Farah ditenung sedalam-dalamnya.

PANGGG!!!

Satu tamparan kuat hinggap pada pipi Putera. Pipinya yang terasa kebas-kebas itu dibiarkan sahaja tanpa diusap kembali olehnya. Semua mata di situ tercenggang dengan adengan itu. Ayu masih lagi terduduk di atas karpet beralaskan bantal gebu.

Farah sudah mengalirkan air mata disebalik solekkan nipisnya. Setitis air mata tadi dibiarkan sahaja olehnya tanpa diseka. Wajah Putera dipandangnya dengan pandangan yang kabur.

"Sampai hati you nak berkahwin dengan orang lain. Apa salah I sampai you buat dekat I macam ni?! You ingat I ni perempuan murahan sangat ke, buang bila you dah bosan? Hah?! Jawablah, I tanya ni?!" Tempit Farah sambil menolak dada Putera dengan kuat.

"Tak sekarang ni masalahnya, macam mana you boleh datang sini and macam mana you tahu?" Putera cuba untuk mengalih topik lain dengan jari telunjuk tepat terarah ke arah Farah. Perasaan marah cuba dikawal olehnya. Sesungguhnya, Putera bukan jenis marah-marah tapi entah kenapa kali ini kesabarannya benar-benar diuji?

"I tahu sebab kawan-kawan you yang bagitahu! You kejamkan?! Tergamak you buat dekat I macam ni." Balas Farah dengan air mata mengalir tanpa henti.

"Siapa yang bagitahu? Syukri?! Syukri ke yang bagitahu?" Tempit Putera kepada Farah lalu anak matanya terarah ke arah Syukri pula.

"Woi, Syukri apa ni? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku sampai kau tak suka sangat dekat aku?! Kau bangun sekarang?!" Marah Putera kepada Syukri. Nampaknya, Putera sudah naik hantu.

Syukri mengetap giginya dengan kuat. Dia sudah berdiri tepat di hadapan Putera dengan nafas naik turun. Ayu di sebelahnya juga turut bangun sambil memegang lengan keras abangnya supaya tetap bersabar. Dia tak mahu bergaduh di bersejarah baginya hari ini.

"Bro! Apa ni petik nama aku? Silap-silap penerajang aku yang kau makan kang?! Nak fitnah tu cari bukti dulu, orang macam ni nak dengan adik aku? Sorry bro, aku terasa hati gila dengan kau sekarang. Aku dah serahkan adik kesayangan aku dekat kau, tapi kau boleh pulak tuduh aku macam ni. Bangsat!" Marah Syukri kembali setelah namanya dipetik oleh Putera tanpa sebab.

Penumbuk sudah digengam rapat. Rasa marah yang makin meluap-lupa seperti gunung berapi cuba di tahan supaya tidak meletup. Majlis seperti ini tak baik timbulkan pergaduhan, takut-takut dijauhi oleh malaikat pula nanti. Takut-takut majlis langsung tidak diberkati oleh Allah.

"Ish! Bukan dia?! Ahh, lantaklah siapa pun! Apa yang I tahu sekarang ni, kalau you nak kahwin dengan perempuan ni, I izinkan tapi dengan satu syarat!" Farah bersuara kembali setelah lama terdiam.

Semua orang terdiam menantikan syarat yang dikatakan oleh Farah tadi. Semua orang terdiam takut nak masuk campur. Keadaan pula kelihatan seperti sudah tidak terkawal. Semua orang mula berdiri. Du orang mula memegang tangan Putera. Dua orang lagi memegang tangan Syukri agar tidak berlakunya pergaduhan.

Mata Farah terus teralih ke arah pintu masuk seolah-olah menanti kedatangan seseorang masuk ke dalam rumah.

"Dayana! Loffa! Masuk!" Arah Farah supaya dua orang gadis misteri itu masuk ke dalam rumah juga.

Tak semena-mena, dua orang perempuan yang diseru oleh Farah tadi masuk ke dalam rumah siap mengenakan baju pengatin juga seperti Farah cuma berbeza warna. Semua orang tercenggang menyaksikan adengan tadi. Masing-masing terkejut melihat drama yang tak pernah dicipta oleh orang berlaku di hadapan mata masing-masing.

"Hah?! Apa?!" Terlopong mulut Putera apabila melihat bekas kekasihnya yang lain turut hadir menambahkan lagi masalah di kepala. Setiap wajah bekas kekasihnya dipandang satu per satu.

"You nak kahwin sangatkan dengan budak ni? Okay boleh, tapi you kena kahwin dengan ex-ex you ni supaya adil sekarang juga! Serentak! You kena kahwin kami berempat serentak juga supaya adil!" Ucap Farah dengan kuat dan lantang sambil tersenyum puas seolah-olah dia sudah berjaya memerangkap Putera dengan jayanya.

"Astarfirullahalazim.. Ya Allah, bala apa pulak ni? Aduh! Aku serabut, Ya Allah." Ucap Putera yang sudah mengaru kepala di celah songkok hitamnya. Matanya dipejam seketika kerana serabut dengan apa yang di pandang sekarang ini.

"Hey you, dengar tak apa yang I cakapkan ni? You nak kahwin sangat kan? You buaya darat sangatkan? Apa kata you kahwin je kami ni berempat sekali gus? Barulah adil! I nak jadi bini nombor satu you! I tak kira, kahwinkan kami sekarang Putera Afiq!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience