8

Humor Completed 34688

"Ayu kata pergi Cameron Highland, ni kenapa tiba-tiba balik macam penyamun? Bagitahu pun tidak." Tempit Pak Rashad kepada anak bongsunya. Polis cakap memang tegas semacamkan? Entah kenapa.

Ayu duduk di atas sofa sambil buat muka tak puas hati. Nasib dia tak kena pukul dengan Putera kalau tidak habis turun harga hantaran.

Mereka berlima duduk di ruang tamu beramai-ramai. Mati terus niat mereka untuk tidur apabila tiba-tiba ada perkara yang tidak diingini berlaku pada malam ini. Bila fikir-fikir balik, kelakar pun ada.

Putera pula tak henti-henti merenung muka Ayu tapi dia hanya mendiamkan diri tak berani nak kata apa-apa. Syukri pula berdiri sambil tersandar pada dinding. Tangannya pula kemas memeluk tubuh. Adiknya yang buat muka tak puas hati itu dijeling dengan lama sambil tersenyum-senyum tak sabar dia nak bahan adiknya selama seminggu.

"Tak jadi pergi. Entah, tiba-tiba ada kes tanah runtuh dekat Cameron Highland. Itu pasallah Ayu balik tengah-tengah malam ni." Balas Ayu perlahan dengan muka monyok.

"Kau ni pun satu, balik tak bagitahu. Nasib emak kau tak tembak kepala kau dengan senapang gajah dia tadi. Haish, kalau tak bersepai kepala kau tadi tahu tak?!" Balas Pak Rashad dengan wajah tegasnya.

"Hahaha, itulah.. Abang balik kampung, dia sibuk nak pergi jalan. Cameron entah kemana, apa Highland entah kemana. Padan muka! Balasan! Ho! Ho! Ho!" Kata Syukri pula sambil memerli adiknya dengan hati yang puas. Orang balik kampung, bukan dia nak jumpa. Sudahlah abangnya ini susah nak dapat cuti panjang.

"Ah, diamlah abang tu sibuk je." Balas Ayu dengan nada suara orang tengah sakit hati.

"Dah-dah pergi masuk tidur semua! Benda dah selesai. Bersurai." Kata Pak Rashad seraya sudah mula melangkah masuk ke dalam biliknya semula diikuti Mak Aminah dari belakang sambil meletakkan senapang gajahnya di atas bahu.

Ayu menjeling sesaat ke arah Putera. Dia ada sedikit perasaan marah terhadap Putera pasal tadi. Nasib dia tadi tak tersepak celah kangkang Putera tadi, kalau tidak habis mandul kucing lelaki kacak di hadapannya itu.

"Adik, mana strawberi? Abang nak makan ni. Banyak tak beli? Hahaha!" Perli Syukri lagi yang sedang berdiri di tepi Ayu.

Ayu terus menjeling muka abangnya itu sambil mengetap gigi. Tangannya mengenggam beg tangan dengan penuh rasa geram.

"Nah ni strawberi abang!" Tempit Ayu lalu dia membaling beg tangannya tepat terkena pada muka Syukri.

BUKKK!!!

"Aduh! Sakitlah Ayu! Beg tangan kau ni isi besi ke apa. Aduh sakit hidung aku." Kata Syukri sambil memegang hidungnya. Wajahnya juga sudah bertukar berkerut menahan rasa sakit.

"Huh! Padan muka!" Balas Ayu lalu dia terus berlari masuk ke dalam biliknya dengan perasaan marah.

KEDEGANGGG!!!

Ayu mengempaskan pintu biliknya dengan kuat sampaikan cicak yang melekat pada siling rumah terjatuh ke atas lantai.

"Aduh, sakit bodoh hidung aku." Kata Syukri seorang diri yang masih menggosok hidungnya yang mula merah.

"Syukri, adik kau ke tu? Lawa." Tanya Putera sambil mengangkat keningnya ke atas. Senyuman manis mula terlukis pada bibirnya.

Syukri menjeling sahaja ke arah muka Putera. Ini yang dia malas nak bagitahu ni, Putera ni bukan boleh tengok perempuan lawa semua nak cuba.

"Kau nak try adik aku ke setan?" Tanya Syukri dengan kasar. Matanya jeling sahaja ke arah Putera tanpa henti.

"Kalau abang dia bagi, adik ipar dia on." Balas Putera sambil tersenyum sumbing. Kening lebatnya sudah naik turun. Sengaja dia nak hangatkan hati Syukri, dia tahu pasti Syukri tengah nak marah dia tu.

"Kau nak try adik aku, meh sini rasa penumbuk abang dia dulu." Kata Syukri sambil menunjukkan buku limanya tepat ke arah Putera.

"Wuish, janganlah sampai nak tumbuk." Balas Putera segera sambil ketawa kecil.

"Itu adik aku kau tahu, kau tu buaya darat. Kalau kau sayang adik aku lepastu kau mula bosan, lepastu kau buang dia, tak pasal-pasal adik aku kecewa. Aku sayang adik aku, aku tak nak tengok dia kecewa sebab jantan. Jadi, kau jangan berani-berani nak cuba adik aku. Faham?! Bos tak bos, kalau adik aku dah terluka, kisah apa aku." Ucap Syukri dengan panjang lebar.

Dia benar-benar sayang dengan adik dia walaupun dia kuat mengusik Ayu. Tapi dah itu adik perempuan satu-satunya yang ada, sebagai abang haruslah dia pertahankan dengan sepenuh nyawa dan raganya. Tak kelapar dia nak beradik iparkan buaya darat macam Putera ni walaupun kawan baiknya sendiri.

"Alah, kau ni. Janganlah serius sangat." Balas Putera dengan bibir muncung ke depan.

"Ah, lantak. Aku nak sambung tidur." Kata Syukri dengan muka mula seri. Senyumannya terus mati apabila Putera tanya pasal adiknya.

"Yalah, yalah. Janganlah marah. Maaf okay!" Kata Putera cuba mendamaikan keadaan. Dia tahu, Syukri cuma mahu yang terbaik untuk adik kesayangannya.

"Okay bagus kalau dah faham kalau kau tanya lagi, aku suruh mak aku tembak kepala kau pakai senapang PUBG dia." Kata Syukri dengan mood kembali baik.

Putera hanya tersenyum sambil mengikuti Putera dari belakang untuk masuk tidur ke dalam bilik. Terbatal niat mereka untuk tidur di ruang tamu. Sempat lagi Putera mengusya-usya pintu bilik Ayu di sebelah sambil tersenyum-senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience