17

Humor Completed 34688

Sebaik sahaja mereka selesai bersalam, terus mereka berempat menyerang lauk kenduri yang terhidang di atas meja lagi-lagi Ayu dan Syukri. Nasi kenduri dicedok bertimbun-timbun. Lauk pula dicedok semahu-mahunya sampai penuh pinggan. Maklumlah, tak ada orang tolong jaga lauk, jadi bebas mereka mencedok lauk apa sahaja.

"Cepat bang, ambil banyak-banyak biar dia tak ada lauk kenduri nak jamu dekat orang dah. Hahaha!" Kata Ayu sambil ketawa kuat. Tangannya tak henti-henti mencedok lauk-pauk yang ada. Badannya kecil sahaja, tapi kalau makan banyak susah nak gemuk.

"Hahaha itulah biar padan muka Jamillah tu, hahaha. Mak, Putera ambillah banyak sikit nasi tu apa benda ambil satu senduk je? Benda free kot." Ucap Syukri sambil mengonggong seketul paha ayam goreng di mulutnya.

"Ya Allah, kau dengan adik kau macam jin pelahap ni dah kenapa? Sampai bertimbun nasi kau orang ambil. Dah macam bukit mak tengok."

Ayu dan Syukri abaikan sahaja kata-kata yang keluar dari mulut emaknya. Apa yang dia tahu, lauk di atas meja itu semua habis.

"Abang Putera tambahlah lagi lauk ni. Jangan malu-malu, sedap tau." Pelawa Ayu pula sambil mencedok lauk semahu-mahunya ke dalam pinggan Putera.

Terkejut beruk Putera dibuatnya. Penuh pinggannya dengan lauk. Terbeliak dia lihat lauk yang ada di dalam pingannya. Macam mana dia nak habiskan semua ini?

"Eh, Ayu. Banyak sangat ni." Ucap Putera dengan riak wajah masih terkejut.

"Takpe, makan je. Benda percuma." Balas Ayu sambil mengambil buah tembikai potong pula.

Penuh pinggan mereka dengan lauk, sumpah macam orang lapar sangat dah ni. Mereka berempat cari tempat duduk. Air pula memang sudah tersusun di meja makan siap-siap. Jadi mereka tak perlu risau.

Ayu dan Syukri mula menyumbat makanan itu ke dalam mulut mereka dengan pelahap sekali setelah dapat tempat duduk. Dah macam orang tak makan sebulan gayanya. Ayu pun sama, nama je Ayu tapi perangai tak ayu langsung.

"Cepat ayu makan, takut tak sempat." Bisik Syukri kepada Ayu. Takut emaknya dengar pula nanti. Ini baru sepuluh persen dari rancangan mereka berdua. Lagi sembilan puluh persen di simpan dahulu.

Ayu hanya mampu menganggukkan kepala, dia dah tak boleh nak bercakap kerana mulut terlalu penuh dengan makanan. Segera dia menelan nasi di dalam mulutnya, barulah dia dapat bersuara.

"Tuu ada udang cucuk dekat meja pengantin, pergi tibai abang. Buat muka tak malu." Kata Ayu sambil menjuihkan bibirnya ke arah meja makan pengantin.

"Malu apa bosskur, kejap abang pergi ambil." Terus Syukri berlari mengambil udang cucuk sekali dengan nanas diambilnya dengan gaya penyamun tarbus.

"Ya Allah, Syukri. Mak bawak anak mak ke anak beruk ni datang kenduri?" Terlopong mulut Mak Aminah tengok perangai anak-anaknya ini.

"Dua-dua boleh mak. Hahaha!" Sahut Ayu sambil ketawa kuat.

"Nah, Putera makan udang ni. Kenduri orang jemput kita kena makan." Ucap Syukri sambil memberikan Putera lima cucuk udang goreng.

"Ish, kau dah kenapa buat perangai dekat kenduri orang ni?" Kata Putera dengan nada geram. Dia nak makan pun tak senang. Perasan jugalah dia apabila ada anak-anak gadis sebaya Ayu sedang melihatnya dari jauh seakan-akan nak datang tegur tapi malu. Ada juga yang merakam dan mengambil gambarnya secara senyap namun di biarkan sahaja.

"Mana ada buat perangai. Datang kenduri memang kena pelahap macam ni. Kan, Ayu kan?" Kata Syukri sambil terus mencabut udang cucuk tanpa henti.

"Betul-betul!" Sokong Ayu walaupun dia bagi sampul kosong. Kisah apa, janji dendam dia selama ini dapat dibalas.

"Ini mesti kes dia tuduh korang mencuri dulukan? Kalau tak, takkan korang nak buat perangai gila baby dekat sini. Kenapa tak cakap awal-awal? Bagi mak sikit udang tu biar cepat sikit habis udang cucuk dia hahaha." Kata Mak Aminah turut ikut pelahap macam anak-anaknya juga.

Sekarang barulah Putera faham kenapa dua orang adik-beradik itu berperangai pelik.

"Fuyo mak, sempoilah!" Sokong Syukri.

"Nanas ni kita bawa balik. Ayu letak dalam beg kau." Kata Syukri sambil sudah membuka beg Ayu untuk memasukkan nanas tersebut.

"Ish, rosaklah beg Ayu!" Balas Ayu sambil menampar bahu abangnya.

"Nanas ni kita baling je dekat pengantin tu nanti. Baru barakoh!" Kata Ayu dengan nada geram. Barakoh pun barakohlah Ayu.

"Hahaha, kepala lutut kaulah Ayu barakoh apanya? Berkahak sangat tu cara kau sebut Barakoh! Benjol kepala pengantin tu tak pasal kita." Sahut Syukri sambil ketawa kuat.

"Eh, rasa udang cucuk ni pengantin tak makan lagi kan?" Soal Putera sambil terhenti menyuap undang ke dalam mulutnya. Dia baru perasan pengantin tak sampai lagi.

"Alamak!" Ucap tiga anak beranak itu sambil terhenti menyuapkan udang masuk ke dalam mulut mereka.

Mereka berempat terus terkrik-krik di situ..

"Haha, biar padan muka dia!" Tiba-tiba Putera bersuara menyokong tindakan anak-beranak tersebut sambil sambung makan. Mereka semua ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Putera. Tak sangka Putera sudah dapat satu kepala dengan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience