25

Humor Completed 34688

Mereka berdua sudah sampai di tempat yang mereka ingin tuju. Bukan jauh mana pun, sawah padi belakang rumahnya sahaja tapi kena naik motosikal agar cepat sampai.

"Uih, lawanya view. Dari sini pun dah nampak bumbung rumah kau eh, Syukri." Ucap Putera sambil tak henti-henti berwajah ceria.

Dari jauh lagi sudah kelihatan bumbung berwarna putih di sebalik pokok-pokok kelapa tinggi. Ada juga beberapa orang sedang lalu lalang di kawasan sepi itu.

"Ya, tak jauh mana pun. Kalau nak jalan pakai kaki ikut belakang pun boleh tapi sajalah nak bawa kau pusing-pusing kampung lagi. Bosan katanya tinggal dekat rumah." Balas Syukri seraya mula mengeluarkan mata kail dan beberapa batang buluh kontot.

Syukri mencangkung di tepi batas sawah padi sambil memasang mata kail. Putera pula tak habis-habis memerhatikan pemandangan kampung dengan wajah penuh teruja.

"Woi budak, pancing belut juga ke?" Laung Syukri kepada beberapa budak sekolah rendah berusia sepuluh hingga dua belas tahun sedang membawa perangkap belut yang bernama Syamil, Azrul dan Sufian. Syukri kenal sangat dengan budak-budak ini. Adik-adik kawan sekolahnya dahulu.

"Ya bang! Port kami jangan kacau tau!" Ucap salah seorang budak itu yang bernama Syamil.

Putera perhatikan sahaja beberapa orang budak itu sedang membawa gelung di dalam karung guni dengan senyuman.

"Eleh, ni bendang abang yang punya okay, jadi ni port abanglah." Balas Syukri dengan nada bergurau kasarnya.

"Banyak cantik, kami dah lama kot duduk dekat tempat ni." Marah salah seorang dari budak itu yang bernama Azrul.

"Amboi, mai sini hangpa. Geram pulak aku rasa. Hangpa masa belum lahir lagi abang dengan abang-abang hangpa datang port ni. Kami batch pertama. Hangpa tu dah batch keempat kelima dah." Tempit Syukri. Haish, dengan budak-budak pun nak bergaduh.

"Werkkk!!!" ketiga-tiga orang budak itu menjelirkan lidah mereka kepada Syukri.

Putera pula sudah ketawa berdekah-dekah di atas motosikal menyaksikan pertelingkahan budak-budak tadi.

"Eleh, ingat sempoi." Balas Syukri yang sudah selesai memasang mata kail.

Budak-budak tadi terus pergi meninggalkan tempat itu, lalu pergi ke petak sawah padi di sebelah.

"Bosskur, cepatlah datang sini. Aku dah siap pasang mata kail ni." Ucap Syukri dari jauh memanggil Putera.

Terus pandangan Putera terarah ke arah Syukri. Tanpa membuang masa lagi terus Putera melangkah menuju ke arah Syukri yang berada beberapa jauh jarak darinya. Jalan agak licin dipenuhi lumut dan ditambah pula dengan tanah lumpur yang sangat licin.

"Hati-hati, dekat sini jalan dia licin. Silap langkah kau..."

BUMMMM!!!!

"... Jatuh." Tak sempat Syukri menghabiskan kata-katanya, terus Putera jatuh termasuk ke dalam parit buta.

"Oii, Syukri! Aku tersekat ni tak boleh keluar! Ughhh!!!" Putera sudah meronta-ronta di dalam parit buta cuba untuk mengeluarkan dirinya dari situ namun tidak berjaya. Terasa tubuhnya makin tenggelam.

"Aish, aku dah kata. Hati-hati. Asallah kau ni cuai sangat. Aish.." Ucap Syukri dengan muka berkerut. Terus dia berlari-lari anak untuk mendapatkan Putera. Dia sudah biasa dengan jalan seperti ini jadi, dia pasti tidak akan terjatuh seperti Putera yang baru kali pertama masuk ke sawah padi.

"Cepatlah tolong aku!" Ronta Putera lagi tanpa henti. Setengah badannya dari paras kaki hingga paras pinggang sudah tenggelam. Susah benar dia ingin mengeluarkan tubuhnya dari lumpur itu walaupun hanyalah sampai paras pinggang.

"Aish, sekejaplah." Balas Syukri sambil mula mencapai tangan Putera untuk ditarik olehnya. Selalunya, kalau jadi seperti ini Syukri akan membahan tetapi tidak kali ini. Serius sahaja wajahnya.

"Satu, dua, tiga.. Yiahh!!!" Syukri mula menarik tangan Putera sekuat hatinya namun tidak berdaya.

"Uihh, lagi kuat dari dulu dia punya liat nak keluarkan tu." Ngomel Syukri sambil mencekak pinggangnya.

"Hah? Apa yang liat?" Tanya Putera mula berwajah cuak sambil mendonggak ke arah Syukri dari bawah.

"Woii!! Budak!! Datang sini kejap!" Laung Syukri dengan suara garaunya memanggil budak-budak tadi dengan berwajah serius. Langsung dia tidak bergurau seperti selalu. Pertanyaan Putera tadi diabaikannya.

Terus budak tadi itu datang ke arah Syukri secepat mungkin. Selepas beberapa saat budak-budak itu sampai tepat di hadapan Syukri.

"Ada apa abang." Soal Budak bernama Azrul.

"Tolong pergi rumah abang kejap, cakap suruh datang sini minta tolong sekejap. Kawan abang ni haa, masuk parit buta tak boleh nak keluar." Ucap Syukri dengan wajah serius.

"Hah?! Masuk parit buta! Eh, bahaya parit buta ni bang. Boleh makan orang. Baru-baru ni raya korban ada lembu sekor tenggelam dalam ni." Ucap budak yang bernama Syamil pula.

"Hah! Makan orang! Shit!!!" Ucap Putera sambil cuba sedaya upaya ingin mengeluarkan dirinya dari parit buta itu semahu mungkin, dia tak mahu mati tenggelam dalam parit buta itu. Sedaya upaya dia ingin mengeluarkan dirinya seperti cacing kepanasan.

"Aish, korang ni pergi bagitahu dekat dia kenapa, dah pergi cepat sikit. Kang tenggelam pulak dia ni kang." Ucap Syukri dengan tegas mengarah budak itu supaya cepat.

"Baiklah!" Terus budak-budak itu pergi berlari ke arah basikal mereka dan memecut laju menuju ke rumah Syukri.

"Syukri, aku tak nak mati!" Kata Putera dengan wajah makin cuak. Tak pernah dalam hidupnya setakut seperti ini.

"Alah, takyah risaulah. Aku ada sini teman kau. Meh, aku cuba tarik kau lagi." Balas Syukri cuba untuk menyedapkan hati Putera seraya dia cuba untuk menarik tangan Putera lagi sekali namun masih belum berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience