23

Humor Completed 34688

"Berlenggang dia berjalan
Si gadis desa yang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama"

Ayu bernyanyi seorang diri pada pukul tujuh pagi sambil sibuk memasak mee goreng Singapura di dapur. Sekadar menghilangkan bosan. Rumah mereka pagi-pagi buta lagi sudah memasang radio agar tetap meriah. Ayu teruskan sahaja menyanyi lagu yang bertajuk Gadis Dan Bunga itu sambil mengoyangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.

"Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu"

Bukan main mengedik sakan lagi Ayu di dapur sambil menari tarian sotong. Kebetulan di dapur itu hanya ada dia sorang jadi memang tak kisahlah nak menari apapun. Lagi-lagu lagu itu ada namanya. Memang namanya diinspirasikan oleh lagu ini kerana arwah neneknya minat sangat dengan lagu ini dulu.

Entah dari mana Putera datang, lalu dia menyambung lirik seterusnya tanpa dijemput oleh Ayu. Sebaik sahaja terdengar suara Putera, terus dia terkedu menahan rasa malu.

"Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu"

"Eh, nyanyi lagu yang ada nama sendiri nampak?" Perli Putera sambil berdiri di sebelah Ayu.

Rangkap yang dinyanyikan oleh Putera tadi macam kena sangat dengan dirinya. Datang seorang pemuda bernama Putera yang cuba untuk meleburkan hati gadis bernama Ayu.

"Eh, haruslah. Lagu ni ada nama Ayu kot." Ucap Ayu sambil sambung mengoreng mee kembali. Ditambahnya lada hitam lagi, biar terasa sedapnya.

"Umm, sedapnya Ayu masak. Dah boleh kahwin dah ni." Usik Putera sambil tersenyum-senyum.

"Jodoh tak ada, yang selalu datang tu bodoh." Balas Ayu sambil mengaulkan lagi mee goreng Singapura itu supaya sebati.

"Eleh, dia yang memilih." Usik Putera lagi.

"Kalau jodoh elok macam orang di sana takpelah jugak orang di sini nak terima." Ucap Ayu seolah-olah memberi klu.

Putera tersentak sambil cuba menahan rasa ingin ketawa. Baris giginya yang cantik jelas kelihatan mengukirkan senyuman.

"Kalau orang di sini nak, orang di sana nak terima ke?" Soal Putera lagi sambil memeluk tubuh dengan kemas.

Ayu sudah tersenyum-senyum.

"Kalau orang di sana nak pindah dekat batu dua (kubur), orang di sinun boleh je nak tolong hantarkan." Sampuk suara datang dari pintu.

Putera dan Ayu menoleh ke belakang. Najis suci! Siapa lagi kalau lain tak bukan Si Syukri. Takkan Si Nopal pula.

'Aish, kacau daun lagi dia ni.' Getus hati Putera menahan rasa geram.

Syukri datang ke arah mereka berdua dengan wajah serius dan masih lagi memeluk tubuh dengan kemas.

"Oii, orang di sana, bila nak siap masak ni? Orang di sini dah nak mati kebulur ni." Ucap Syukri seolah-olah memerli mereka berdua.

"Orang di sinun makan kerak nasi semalam cukup, sesuailah dengan orang di sinun tu. Ughhh!" Balas Ayu, lalu dia menutup api dapur. Setelah itu, dia terus keluar pergi meninggalkan dapur dengan riak wajah kosong.

"Aish, sekali aku lesing, sampai dekat Seberang Prai kang." Kata Syukri sambil melihat sahaja susuk tubuh adiknya yang sedang merajuk meninggalkan dapur.

Putera memandang ketat sahaja wajah Syukri. Malas nak bertengkar. Nasib dia ingat kawan satu universiti sahaja. Nampaknya, memang benar-benar Syukri tak bagi Putera dekat-dekat dengan adiknya tapi macam mana, dah suka sama suka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience