41

Humor Completed 34688

"Ayu! Cepatlah sikit!" Tempit emaknya setelah lama menunggu di dalam perut kereta.

"Yalah, yalah. Sabar kejap." Balas Ayu sambil menarik sedikit baju kurung bercorak bunga-bunga ros kecil berwarna merah jambunya ke bawah agar lebih kemas. Seperti biasa, dia akan memakai kasut tinggi setebal lima inci kerana rendang sahaja gadis bernama Ayu ini.

"Ya Allah, lambat betul budak ni. Entahlah nanti kalau jadi bini orang macam mana. Tak kesian ke kat laki kau nanti hah Ayu? Nak kena tunggu kau bersiap sampai sejam!" Marah emaknya lagi sambil mengeluarkan kepala ke luar tingkap kereta.

"Ya Rabbi mak ni, sabarlah. Ayu nak masuk kereta dah ni. Ayu kenalah lawa-lawa manalah tahu tersangkut satu dua jodoh. Hihi." Sempat lagi Ayu bergurau senda tengah-tengah panas macam ni.

"Jodoh pun tak lekat kalau bersiap lambat macam ni." Marah emaknya lagi. Ayahnya diam berwajah serius sahaja di dalam perut kereta. Malas nak masuk bertekak sekali.

Ayu terus membuka pintu kereta Proton Waja lalu duduk di tempat duduk hadapan sekali di sebelah ayahnya.

"Dah habis bertekak?" Soal Pak Rashad sambil mula sebelah tangan memegang stereng kereta.

"Sudah." Balas Ayu dan emaknya serentak, lalu kereta Proton Waja itu terus meninggalkan kawasan halaman rumah untuk menuju ke destinasi yang ingin mereka pergi. Ayu duduk di hadapan sekali kerana senang nanti nak tunjukkan arah jalan menggunakan aplikasi Waze.

•••

Suasana sepi sejenak di dalam perut kereta. Ayu memperbetulkan sedikit tudungnya sambil memandang ke arah cermin kereta.

Pak Rashad memandang sekilas ke arah anak daranya yang cantik bukan main ini. Ramai anak kampung tergila-gilakan anaknya ini tapi dia tahu bahawa Ayu takkan terima lamaran sesiapa pun kalau dia tak suka. Senang cakap anaknya ini terlalu memilih.

Tapi ada bagusnya juga kalau anak daranya ini jenis tak melayan. Tak adalah maruah keluarganya tercalar. Cara jaga anak lelaki dan anak perempuan berbeza. Anak perempuan harus dijaga dengan lebih baik dan sempurna mungkin.

"Ayah, kalau jumpa jodoh muka orang putih dekat sana, ayah nak buat menantu tak?" Ucap Ayu secara tiba-tiba sambil tersenyum.

Pak Rashad tersentak.

"Eh, jangan nak mengada nak calon suami muka orang putih. Ayu tu belajar sampai SPM je. Siapa je yang nak." Ucap Pak Rashad kepada Ayu.

"Alah ayah ni suka downkan Ayu. Tahulah Ayu ni belajar tak pandai macam abang." Balas Ayu dengan wajah monyok semacam.

"Kalau Putera yang jadi menantu ayah takpe." Kata Pak Rashad secara tiba-tiba.

"Eh, Abang Putera pula ayah ni. Entah-entah dia dah ada yang punya." Balas Ayu sambil menyapukan sedikit bedak di mukanya.

"Kalau tak ada, kira Ayu naklah kan?" Soal Pak Rashad sambil menjeling sekilas ke arah anak bongsunya.

Ayu diamkan sahaja sambil memandang ke arah luar.

"Alah, diam tu naklah tu. Nanti ayah cuba tanya." Usik Pak Rashad lagi.

"Ish, ayah. Malulah." Marah Ayu sambil memuncungkan bibirnya.

Pak Rashad tersenyum sahaja sambil fokus ke arah jalan. Mak Aminah di belakang sudah mula terlena sejak setengah jam tadi.

•••

"Wah, mak. Besarnya rumah ni. Ini rumah ke istana?" Ucap Ayu dengan mulut sudah terbuka luas sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta.

Lidah Mak Aminah dan Pak Rashad sudah terkelu kebas apabila dia turut melihat ke arah rumah banglo bertingkat-tingkat di hadapan mereka ini.

Tak disangka-sangka, pintu pagar hadapan yang diperbuat dari emas terbuka secara automatik.

Selepas beberapa saat, terlihat dua orang jejaka kacak memakai baju kemeja berwarna putih datang ke arah mereka dengan senyuman. Siapa lagi kalau lain tak bukan Putera dan Syukri.

Putera tersenyum sahaja ke arah Pak Rashad sekeluarga. Tak kurang Syukri juga tersenyum nipis dari belakang Putera. Dia tahu, pasti keluarganya tengah terkejut beruk sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience