43

Humor Completed 34688

Mereka berlima berdiri tepat di hadapan pintu rumah selepas dua minit berjalan. Pantas sahaja Putera menolak tombol pintu. Serta-merta pintu setebal kayu balak itu terbuka luas.

Sebaik sahaja pintu masuk terbuka terus terpampang satu susuk tubuh seorang remaja lelaki duduk di atas kerusi roda sedang tersenyum malu ke arah mereka semua. Siapa lagi kalau bukan Putera Ayden. Adik kepada Putera Afiq.

Ayden menggerakkan kerusi roda automatiknya menghampiri ke arah Pak Rashad dan Mak Aminah untuk bersalam. Tangan di hulur dengan penuh rasa hormat.

Salaman Ayden dibalas mesra oleh Pak Rashad dan isterinya. Ayden mengundurkan sedikit kerusi rodanya ke belakang setelah selesai bersalaman.

"Ini adik saya, Putera Ayden. Dia pemalu sikit orangnya." Jelas Putera kepada keluarga Syukri.

"Oh, maaf makcik tanya. Dia sakit apa?" Soal Mak Aminah setelah nampak anak muda yang kacak itu duduk di atas kerusi roda.

"Dia lumpuh sejak kecil makcik, selain tu dia cepat demam. Manja sikit budak ni haa." Jelas Putera sambil tersenyum lalu pipi adiknya dicuit manja.

"Ish, abang malulah. Main cuit-cuit pipi pulak." Balas Ayden sambil menepis manja tangan abangnya.

Mak Aminah dan Pak Rashad menganggukkan sahaja kepala mereka. Pipi Ayden juga mula merah sebab malu. Bukan malu sebab orang tahu dia lumpuh, tapi malu sebab ada tetamu datang, lagi-lagi dia terlihat wajah Ayu yang cantik itu sedang tersenyum ke arahnya. Lagi bertambah malulah dia.

Tak semena-mena Puan Kamariah dan Tuan Kamal datang dari arah sisi sambil tersenyum suka ke arah tetamu.

Pak Rashad dan Mak Aminah mula malu-malu sambil menyiku antara satu sama lain setelah tuan rumah berdiri di hadapan mereka.

"Assalamualaikum tuan polis. Hahaha." Sapa Tuan Kamal dengan mesra sekali ke arah Pak Rashad yang mengenakan baju batik merah itu.

Hulur tangan di beri lalu mereka bersalaman dengan mesra. Pak Rashad harus buang perasaan kekoknya dan bertindak seperti biasa dan santai sahaja apabila dilayan dengan baik sekali. Nampaknya, keluarga Putera baik-baik belaka tak sombong macam dalam kaca TV tu.

Puan Kamariah atau nama asalknya Kelly itu turut bersalaman dengan Mak Aminah dengan sangat mesra. Siap peluk, berlaga-laga pipi lagi.

"Oh inilah keluarga Syukri. Alhamdulillah sudi datang ke sini. Maaflah susahkan je datang jauh-jauh." Ucap Tuan Kamal dengan rendah diri.

"Iya, inilah keluarga saya." Ucap Syukri dengan senyuman.

"Eh, tak susah pun encik..." Balas Pak Rashad sekerat.

"Panggil saya Kamal je Abang Rashad." Balas Tuan Kamal pula dengan penuh rasa hormat. Dia sudah tahu nama lelaki berkumis itu apabila diberitahu oleh anaknya tempoh hari.

"Nama saya Kamariah." Ucap Puan Kamariah pula sambil mengenalkan dirinya.

"Oh, terima kasih datang jemput kami. Kami tak tahu Putera ni bos Syukri. Jadi.." Ucap Pak Rashad dengan sekerat lagi.

"Tak apa Abang Rashad. Putera dah bagitahu pasal keluarga abang dekat kami. Terima kasihlah sudi terima Putera tinggal dekat sana. Harap dia tak adalah susahkan kakak dengan abang di sana tempoh hari." Ucap Tuan Kamal sambil ketawa ramah.

"Eh, tak ada menyusahkannya. Baik budak ni. Ringan tulang." Puji Pak Rashad kepada Putera.

Putera tersenyum malu di sisi adiknya.

"Ini anak bongsu kami. Eh, Ayu apa tercegat dekat tepi tu cepat salam tuan rumah ni, tak malu ke datang rumah orang tak salam?" Kata Pak Rashad kepada Ayu dengan tegas setelah lihat anak bongsunya tak hormat tuan rumah.

Ayu datang ke depan dengan penuh rasa gugup macam nak pergi jumpa ibu mertua sahaja rasanya. Lantas, tangan Puan Kamariah dan Tuan Kamal di salam dengan penuh rasa hormat juga.

"Ohh, inilah Ayu. Masya-Allah cantik sungguh. Berkenan pula saya tengok kak." Ucap Puan Kamariah dengan sejuk hati setelah dia melihat wajah ayu Si Ayu. Suka benar Puan Kamariah melihat gadis berbaju kurung sederhana itu. Sejuk matanya memandang gadis rupawan itu.

Putera tersenyum sahaja tanpa berkata apa. Kini, barulah mamanya tahu macam mana dia boleh jatuh cinta dengan Ayu. Sekali pandang sahaja, hati sudah terpikat.

Ayu tersenyum malu, lantas dia mengundur ke belakang kembali beberapa tapak sambil berdiri di sisi abangnya.

"Eleh, buat-buat malu taik kucing pulak dia. Sepak kang." Bisik Syukri sambil menyiku tangan adiknya.

"Ish, diamlah!" Marah adiknya dengan nada separuh berbisik juga.

"Abang, kakak jemputlah ke dapur. Makan tengah hari dulu sebelum kita solat Zohor berjemaah. Maaflah saya tak pandai masak sangat masakan Melayu. Boleh sikit-sikit saja." Pelawa Puan Kamariah kepada tetamu.

"Allah, susah-susah je. Maaflah kalau kami menyusahkan tuan rumah." Balas Mak Aminah perlahan. Masih lagi malu-malu.

"Eh, takdelah. Kami yang patut cakap macam tu sebab suruh datang jauh-jauh. Putera cakap kakak pandai masak. Nanti bolehlah ajarkan saya." Ucap Puan Kamariah dengan mesra.

"Eh, masak biasa-biasa je. Tak pandai manalah." Balas Mak Aminah malu-malu.

"Haha yalah tu, saya dah lama nak belajar masakan Melayu tapi tak ada siapa yang nak ajarkan. Kakak tolong saya ya?" Pinta Puan Kamariah lagi.

"In Shaa Allah boleh." Balas Mak Aminah dengan senyuman.

Lalu, mereka semua menuju ke dapur untuk menjamu selera. Memang perut semua orang tengah lapar. Yalah, sudah pukul dua lebih.

Ayu berjalan belakang sekali di sisi abangnya. Tiba-tiba tangan Ayu disentuh oleh seseorang secara perlahan. Tangan yang menyentuh tangan Ayu tadi itu sungguh sejuk sekali. Ayu menoleh memandang siapakah yang memegang tangannya dengan erat sekali itu.

"Eh, Ay..." Kata Ayu dengan senyuman sambil cuba untuk mengingati kembali nama remaja berkerusi roda tersebut.

"Ayden. Oh, inilah Kakak Ayu yang Abang Putera ceritakan tu. Cantiknya, lebih cantik dari apa Ayden bayangkan." Kata Ayden dengan tangannya memegang tangan Ayu dengan lebih erat.

"Ayden pun apa kurangnya. Handsome, lagi handsome dari abang Ayden!" Balas Ayu sambil ketawa kecil ke arah remaja berusia enam belas tahun itu. Bahu Ayden di usap perlahan sambil mereka berdua menuju ke dapur bersama-sama.

"Kakak Ayu ni, merepeklah mana ada. Abang Putera kacak lagi." Balas Ayden malu-malu apabila dipuji sebegitu rupa oleh Ayu yang sangat dia kagumi itu. Dia sudah mula berasa selesa di sisi Ayu. Dia dapat rasakan keikhlasan dari hati Ayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience