50

Humor Completed 34688

"Mak! Abang dah balik." Laung Ayu dengan kuat pada pagi hari raya apabila melihat kereta hitam baru sahaja memakir tepat di halaman rumahnya.

"Dah balik? Amboi, cepatnya." Balas Mak Aminah sambil meletakkan lemang di atas meja makan. Matanya juga terarah ke arah pintu rumah.

Lagu raya bertajuk Bersama Di Hari Raya nyanyian Cenderawasih berkumandang kuat dari rumah jiran sebelah sampai terdengar hingga ke rumah mereka di buetnya. Nasiblah lagu itu enak didengar mahunya pasang lagu 'black metal' jenuh nak hadam pada hari raya macam ini.

Terbantut niat Putera untuk menyuapkan ketupat bersama rendang ayam ke dalam mulutnya setelah dia turut melihat kelibat kereta hitam tadi. Terus dia bangun dan berdiri di sebelah Ayu. Pinggang Ayu dipeluk dengan kemas, Ayu turut melentokkan kepalanya pada dada Putera dengan gaya manja.

Ahli keluarga Putera turut beraya di sini. Sudah seminggu mereka berkampung di sini. Ayden bukan main suka lagi apabila tinggal di kampung selama seminggu ini, macam-macam tempat yang pernah di ceritakan kepadanya, dia pergi. Terasa seperti bukan hari puasa semangatnya Ayden apabila menjelajah satu kampung.

"Aduh aduh, duh abang. Sakitnya perut ni. Alahaii.." Merenggek Farah sambil memegang perutnya yang sudah bunting selama sembilan bulan itu. Tinggal masa untuk bersalin sahaja.

"Hati-hati, awak tu mengandung. Tunggu masa nak meletup je lagi. Saya tak nak apa-apa terjadi dekat awak dengan anak kita." Kata Syukri dengan nada ayah-ayah.

"Aduh.. yalah. I pun sayangkan baby kita, I tahulah you pun, suka nak bagi I marah-marah. Dahlah orang tengah sakit ni." Balas Farah dengan bayi di dalam perutnya yang tak henti-henti bergerak-gerak sana sini.

"Sabarlah, demi anak kita." Jawab Syukri dengan tenang seraya cuba untuk memimpin Farah masuk ke dalam rumah.

"Kak Farah, boleh ke tu kak? Biar Ayu tolong." Ucap Ayu seraya cuba untuk memimpin Farah masuk ke dalam rumah.

"Aduhh, sakitnya Ayu alahaii. Ayu nanti kalau mengandung macam akak harap tak jadi macam inilah, sakitnya lain macam. Aduh duh duh.." Kata Farah seraya mula duduk di atas sofa baharu.

"Itu tandanya cucu nenek sihat. Dia aktif macam bapak dia. Mintak nanti perangai tak macam bapak dialah, menyakat orang je kerjanya." Ucap Mak Aminah sambil membawa air sirap ais dari dapur.

Semua orang ketawa kuat dengar apa yang keluar dari mulut Mak Aminah. Tuan Kamal dan Puan Kamariah turut ketawa bahagia. Suka benar mereka dengan keluarga Ayu ini. Memang sebijik macam Putera katakan, ramah dan baik hati sungguh.

Ayu pula? Hmm, masih belum ada 'isi' lagi. Tapi tak apa, sebab dia dah rancang tak mahu ada anak lagi sebab nak fokuskan dengan butik yang baru di bukanya tiga bulan lalu.

Alhamdulillah, bisnes butik tudung jenamanya sendiri berjalan dengan sangat lancar sehinggakan sudah masuk ke pasaran Brunei walaupun baru hanya tiga bulan memulakan perniagaan. Rezeki Allah kan, rezeki Allah ni datang dari pelbagai cara.

Bila semuanya sudah stabil, barulah dia akan merancang perancangan keluarga pula. Putera pula ikutkan sahaja kemahuan Ayu, asalkan Ayu tetap bahagia berada di sisinya.

"Hari nak bersalin bila Farah?" Soal Pak Rashad yang dari tadi mendiamkan diri sahaja yang baru sahaja balik ke rumah setengah jam tadi.

"Lima hari bulan ni ayah." Jawab Farah selamba sambil mengusap-usap perutnya. Syukri pula sudah pergi serang meja makan untuk menyentap makanan yang ada. Memang dia tengah kebuluran sekarang ni, sibuk jaga Farah sehinggakan dia lupa nak makan.

Semua orang terdiam..

Krik-krik..

Terbantut Syukri nak menyuapkan nasi himpit ke dalam mulutnya setelah melihat semua orang terdiam dengan mata terbeliak luas.

"Hari nilah lima hari bulan." Jawab Ayden memecahkan kesunyian.

"Haaaa.... Abanggg!!!!!!" Jerit Farah sekuat hati sudah mula mengelupur tak keruan. Patutlah perutnya sakit semacam dari tadi! Dah nak bersalin rupanya!

"Sayang sorry!!!! Abang lupa!!!!" Jawab Syukri turut mula gelabah bewak.

"Laillahaillallah! Macam mana korang boleh lupa!" Marah Mak Aminah sambil menepuk dahinya.

Tiba-tiba ada sejenis air membasahi kaki Farah.

"Eh, Alamak. Kak Farah dah nak bersalin ni. Weh, weh! Cepat tolong!" Ucap Ayu turut mula mengelabah.

"Alamakkkkk!!! Dah nak bersalin!!! Abang!!! Tolonggg!!! Lolololololololo!!!" Farah sudah terpekik terlolong setelah melihat cecair mula meleleh ke kakinya.

•••

"Comelnya anak saudara maksu ni. Alalalah, putih melepak macam maksu dia." Ucap Farah sambil mencuit pipi bayi lelaki yang berada di dalam pelukkan suaminya, sudah macam anak mereka pula. Putera suka bukan main lagi apabila memangku bayi yang sedang nyenyak tidur itu. Terasa macam nak ada anak pula.

"Mestilah comel, ikut muka papa dia. Oh yeah!" Jawab Syukri sambil mengenjut bayi yang berada di dalam dakapannya perlahan.

"Eleh, asal comel, cantik, segak ikut you. Habis I ni apa?" Kata Farah dengan nada sedikit merajuk.

"Yalah, yalah. Comel saya 50%, comel awak 50%. Adil?"

"Hmm.. Jadilah tu." Jawab Farah sambil memusingkan bebola matanya.

"Nanti, Kakak Ayu dengan Abang Putera pula ada anak. Ayden jadi paksulah macam tu nanti." Ucap Ayden secara tiba-tiba.

"Hahahaha!" Semua orang ketawa.

Ayu dan Putera saling berpandangan. Bibir mereka berdua tak lekang dari senyuman.

"In Shaa Allah, sayangkan? Tahun depan giliran kita pula." Kata Putera sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Ayu.

Ayu tertunduk sambil tersenyum terpisu-sipu malu.

"Ada rezeki tu, adalah. In Shaa Allah." Kata Puan Kamariah sambil tersenyum bahagia.

"Alhamdulillah, Ayu bersyukur sangat kita dapat bahagia sebagai satu keluarga. Siapa sangka bukan? Ahli keluarga kita boleh bertambah ramai macam ini. Ayu suka sangat dapat kakak ipar baik macam Kak Farah. Ayu pun suka ada adik ipar yang handsome, baik macam Ayden." Ucap Ayu sambil menuju ke arah Ayden lalu memeluk remaja lelaki itu dari belakang. Ayden turut membalas pelukkan Ayu dengan mesra seperti kakak kandungnya sendiri.

"Ayu pun beruntung tau dapat Putera sebagai suami Ayu. Selama Putera jadi boyfried akak, Putera tak pernah buat bukan-bukan dekat akak. Baik sangat orang dia. Asal masuk waktu solat, dia akan singgah mana-mana tunaikan solat dulu." Terang Farah dengan senyuman.

"Dah dah, jangan puji sangat orang tu, nanti spender dia koyak pulak. Jenuh nak kena beli lain hari raya ni." Kata Syukri secara tiba-tiba sambil memusingkan bebola matanya.

"Eleh, ada orang tu cemburu sebenarnya. Orang tak puji dia. Kan iyaa kan.." Kata Ayu sambil jari telunjuknya tepat terarah ke arah abangnya.

"Alah, mana ada." Jawab Syukri sudah memuncungkan bibir. Memang betul pun dia tengah cemburu sekarang ini.

"Tak sekarang ni, cucuk atuk nak letak nama apa?" Tanya Pak Rashad yang sudah bergelar datuk itu.

"Lahir hari rayakan, mestilah letak nama yang ada kena mengena dengan hari raya jugakan?" Jawab Syukri sambil mula memikirkan nama yang sesuai.

"Hmm, ramai sangat dah guna nama macam tu, takde nama lain ke?" Soal Farah kepada suaminya.

"Habis nak letak nama Santa Klaus?" Balas Syukri dnegan muka tak bersalahnya itu.

"Ish, main-main pula dia ni." Marah Mak Aminah sambil menjenggilkan biji matanya. Pinggangnya sudah dicekak rapi.

"Okay-okaylah orang letak nama Muhamad Samprit!" Kata Syukri lagi dengan masih tidak mahu henti bercanda.

"Abang!!!" Marah Ayu pula kepada abangnya.

"Muhammad Bahulu?"

"Ish aku budak ni, nasib baik aku tak bawak senapang PUBG aku tadi. Kang bersepai gigi kau Syukri." Marah Mak Aminah sekadar bercanda.

Semua orang ketawa kuat.

Putera menyerahkan kembali bayi lelaki tadi itu kepada bapanya. Syukri menyambut dengan senyuman. Wajah anak sulungnya itu di pandangannya dengan sangat lama kerana mahu carikan nama yang sesuai dan ideal.

"Hmm, okay abang nak letak nama Muhammad Syah Fitri? Macam mana, sedap tak?" Ucap Syukri seraya mengerling ke arah isterinya.

"Okay, sedap juga." Balas Farah sambil tersenyum manis.

"Okay, selesai nama. Alhamdulillah. Settle masalah!" Syukri mula dapat menarik nafas lega.

"Nanti kita buat kenduri tiga hari tiga malam ya." Kata Pak Rashad pula sambil menggentel misai polisnya itu berkali-kali.

"Amboi ayah, tahulah cucu sulong." Balas Syukri sambil turut memeluk tubuh.

Semua orang ketawa bahagia.

Putera dan Ayu saling berpandangan, perlahan-lahan tangan Putera mengenggam erat tangan Ayu. Ayu terhenti ketawa lalu merenung wajah suaminya.

Genggaman tangan suaminya turut dibalas kembali. Perlahan-lahan Ayu melentokkan kepalanya ke dada Putera. Jiwanya terasa tenang serta damai apabila selalu berada dekat dengan suaminya iaitu Muhammad Putera Afiq Bin Dato Kamarul Kamal atau muda dikenali sebagai Putera.

"Sayang.. Terima kasih untuk kebahagian ini." Bisik Putera perlahan dengan nada romantis sekali.

"I love you so much, Puteri Ayu Zalikha." Bisik Putera lagi pada telinga Ayu.

'Alhamdulillah abang, akhirnya.. kita bahagia.' Ucap Puteri Ayu Zalikha di dalam hati.

×TAMAT×

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience