13

Humor Completed 34688

Putera duduk sendirian di luar rumah pada petang hari seperti ini. Nak keluar pun tak boleh, sebab tengah hujan di luar. Habis rosak rancangannya nak keluar hari ini. Tapi tak apalah, rezeki hujan hari ini Allah bagi.

Putera tersentak dari lamunan yang panjang sebaik sahaja ada seseorang meletakkan sebuah dulang berisi air kopi di atas meja hadapannya.

"Eh, Ayu!" Ucap Putera separuh terkejut apabila melihat wajah orang yang menghantarkannya dulang berisi secawan kopi tadi.

Ayu hanya tersenyum.

"Eh, Ayu tak payahlah susah-sudah. Abang boleh ambil sendiri." Balas Putera malu-malu kucing.

"Takpe, mak yang suruh tadi. Abang Syukri mana?" Tanya Ayu setelah bayang abangnya tidak kelihatan.

"Eh, tak ada dekat dalam ke?" Tanya Putera kembali.

"Entah tidur kot." Balas Ayu teragak-agak. Selepas sesaat, dia mula ingin melangkah masuk ke dalam rumah kembali.

"Err, Ayu. Duduklah dulu dekat sini. Teman abang. Abang bosan." Tiba-tiba Putera pelawa Ayu duduk bersamanya. Memang dia tengah bosan pun ni. Dapat berborak pun seronok juga. Boleh kenal-kenal.

Ayu terhenti dari melangkah, dia memusing kembali tubuhnya lantas, terus duduk di sebelah Putera sambil tangannya setia memeluk dulang besi.

"Umur Ayu berapa eh?" Tanya Putera sambil mengirup secawan kopi suam yang dibawa oleh Ayu sebentar tadi.

"Sembilan belas tahun." Balas Ayu bersahaja.

"Oh, kerja ke sambung belajar lagi?"

"Ayu dah tak sambung belajar, Ayu kerja dekat kedai baju je." Balas Ayu dengan senyuman.

"Oh, tak pergi kerja ke?"

"Tak, Ayu dah berhenti. So sekarang Ayu duduk dekat rumah jelah. Tunggu anak raja masuk meminang, hahaha." Gurau Ayu sambil ketawa kecil.

"Untunglah anak raja tu nanti." Putera layankan sahaja gurauan Ayu.

"Oh, lupa nak kenalkan diri, nama abang Putera Afiq, orang panggil Putera je. Lagi satu abang nak minta maaf haritu abang tangkap Ayu, abang ingatkan hantu. Tak tahu pula tu, Ayu." Tambah Putera lagi.

"Haha, takpe Ayu dah maafkan. Tahu, nama abang Putera sebab orang dalam rumah ni asyik sebut tak henti-henti tapi macam mana abang tahu nama Ayu ni Ayu Zalikha?"

"Abang tanya Syukri, sebab tu abang boleh tahu." Jawab Putera dengan senyuman.

"Oh, patulah. Nama penuh Ayu, Puteri Ayu Zalikha tapi Ayu tak suka orang panggil dengan nama Puteri."

"Eh, kenapa tak suka pulak? Panggil jelah Puteri, sama dengan abang. Abang Putera, Ayu pula Puteri. Putera, Puteri. Sesuai sangat dah kan tu?"

Ayu hanya mampu tersenyun apabila sweet talker itu sudah mengeluarkan ayat-ayat manisnya itu.

"Tapi Abang Syukri dah pesan siap-siap dekat Ayu, jangan percaya kata-kata Abang Putera ni."

"Aik, kenapa?" Soal Putera dengan wajah berkerut, bibir dimuncungkan ke hadapan.

"Abang buaya tembaga katanya. Hahaha. Ayu masuk dulu ya. Jemput minum." Ucap Ayu seraya mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"Alamak, abang dia ni kacau daun pulak dah. Haish, sikit lagi nak dapat dah tadi." Bisik Putera perlahan.

"Ayu, masuk!" Arah Syukri dengan tegas di tepi jendela apabila melihat Putera bersama adik kesayangannya.

"Ish! Apa, orang nak masuklah ni. Aish!" Balas Ayu sambil menarik muka. Kakinya dihentak-hentak dengan kasar. Masih lagi sakit hati dengan abangnya.

"Hah! Hah! Hentak kaki depan abang. Marah tak dapat pergi Cameron lah tu, ni dah hujan, sejuk jadilah tu. Cameron jugak. Tak cukup lagi, buka air-cond turbo dalam bilik Ayu tu. Lepastu letak air freshing perisa strawberi, jadilah Cameron." Perli abangnya lagi masih tak sudah-sudah.

PANGGGGG!!!

"Aduh!!!" Syukri mengaduh sakit sambil memegang kepalanya.

Ayu mengentuk kepala abangnya dengan dulang besi yang berada di tangannya dengan sekuat hati kerana terlalu geram. Tahap kesabarannya juga sudah hilang.

"Nah! Ayu hantar abang ke bulan! Nampak bintang tak?! Arghhh!" Tempit Ayu sambil berlari menuju ke dapur sepantas mungkin.

"Aduh, pening kepala aku. Tak guna punya adik!" Kata Syukri dengan bebola matanya sudah berpusing-pusing dengan laju.

Putera di luar rumah sudah ketawa berdekah-dekah melihat aksi tadi. Puas hatinya tengok Syukri kena ketuk kepala dengan adiknya sendiri.

Balasan!

"Sampai bulan dah ke bro?" Perli Putera seraya ketawa berdekah-dekah sambil mengetuk meja.

"Diamlah. Aku tengah pening ni." Balas Syukri sambil masih menggosok-gosok kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience