49

Humor Completed 34688

"Jadi macam mana sekarang? I tak kira tau, you kena kahwin dengan keempat-empat orang sekali barulah adil!" Kata Farah masih tak berpuas hati. Kedua belah tangannya mencekak pinggang dengan erat sekali. Farah benar-benar sudah gila!

"Allah! Diam boleh tak Farah! You dengan yang lain ni dah kenapa nak rosakkan hari bahagia I! Jangan sampai I hilang sabar, I tampar muka you tu nanti kang!" Akhirnya terluah juga marah Putera yang cuba di tahannya dari tadi. Putera memang susah nak marah, ini baru kali pertama orang lihat Putera naik hantu.

"Tamparlah kalau you tak malu. Dayus!" Balas Farah pula tanpa rasa takut.

Putera sudah menggangkat tangannya ke atas sambil mengetap gigi dengan rapat.

"Abang Putera jangan!" Ayu bersuara sebelum tapak tangan Putera hinggap ke pipi Farah.

Tangan Putera terhenti dari bergerak seraya matanya terarah ke arah Ayu sambil dengan berkaca-kaca. Air liurnya ditelan terasa kelat. Semua mata memandang tepat ke arah Ayu.

"Abang Putera, kita tak payahlah kahwin kalau susah sangat. Ayu dah tawar hati dah. Janganlah sampai nak tampar-tampar muka orang perempuan. Dahlah, maaf Ayu pergi dulu." Ucap Ayu menahan rasa sebak. Sejambak bunga di tangan Ayu tadi dicampakkan ke tepi, lalu dia terus berlari keluar dari rumah tanpa dihalangi oleh sesiapa pun termasuklah Syukri sendiri.

Syukri memandang tepat ke arah muka Putera dengan pandangan yang kosong. Syukri mengembuskan nafasnya seketika. Perasaan marahnya tadi sudah lama hilang di ganti pula dengan perasaan kosong tiada rasa.

"Putera, aku tahu benda macam ni akan terjadi. Jadi, faham tak kenapa aku tak bagi kau dekat-dekat dengan adik aku? Terima kasih sebab kau dah lukakan hati adik aku. Aku.. aku dah tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Kau uruslah sendiri. Kalau Ayu tawar hati, aku pun sama. Sama tawar hati juga dengan kau." Ucap Syukri setelah itu dia terus berlalu pergi menghilangkan diri demi mencari sedikit ketenangan jiwa.

Redup sahaja mata Putera ketika ini. Perasaan malu disaksi oleh orang ramai langsung tak ada. Dia hanya merasakan perasaan sedih dan kecewa. Dia kecewa kerana telah merosakkan kepercayaan sahabat baiknya sendiri. Lebih sayu apabila dia memandang wajah ahli keluarganya yang sudah tertunduk ke bawah kelihatan sedih. Tak kurang juga wajah Pak Rashad dan Mak Aminah yang kelihatan terkejut dan tertunduk ke bawah tiada kata. Wajah Farah dan dua lagi bekas kekasihnya ditatap kembali oleh mata coklatnya.

"Farah, Dayana, Loffa. Maaf, saya tak boleh buat benda ni, saya tak boleh nikah dengan awak bertiga. Maaf, kalau saya selama ni janji manis-manis dengan korang, saya tak tahu akan jadi macam ni. Kalau saya tahu, saya takkan buat macam ni. Maaf Farah, awak baik, awak cantik tapi saya tak cintakan awak. Saya cintakan Ayu. Maaf, saya pergi dulu." Terus Putera berlalu pergi setelah habis berkata dengan pantasnya dia menyarungkan kasut kulit berwarna hitam pada kaki sambil matanya melilau mencari kelibat Ayu yang hilang entah ke mana.

Farah tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Putera sebentar tadi. Hatinya terasa pedih seperti dihiris-hiris. Terus matanya tertunduk ke bawah. Nampaknya, Putera memang tak akan dia miliki sampai bila-bila. Dia memejamkan kelopak matanya seraya tertunduk ke bawah dengan rasa penuh menyesal di dalam jiwa.

'Farah.. Dia dah tak cintakan kau, kau bukan untuk dia terima hakikat Farah. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?' Katanya dalam hati, lalu dia mengembuskan nafasnya keluar agar perasaannya menjadi tenang.

-

Dari jauh Putera sudah nampak susuk tubuh Ayu duduk di atas sebuah titi kayu laluan ke jalan seberang seorang diri. Ayu merenung ke dalam air parit yang keruh itu dengan pandangan yang kosong sambil mencampakkan beberapa ketul batu kecil ke dalamnya. Kakinya di hulurkan ke dalam parit. Air parit yang cetek itu ditenung lama.

Ayu mengeluh panjang. Menangis? Tak, Ayu jenis susah nak menangis. Dia jenis cepat pasrah dengan apa yang berlaku. Kakinya di hayunkan beberapa kali sehinggakan kain berkepuk-kepuknya itu turut mengibar-ngibar. Duduk di atas titi sambil memakai gaun kahwin? Alamak, tak pernah orang buat.

Perlahan-lahan Putera cuba dekatkan dirinya dengan Ayu dari arah belakang. Suasana sepi sejenak. Hanya ada mereka berdua di situ serta ditemani oleh bunyi-bunyi kicauan burung dari atas pokok mangga.

Kedua belah tangan Putera di letakkan di belakang tubuh. Secebis senyuman singgah di bibirnya sekadar pengindah wajah. Putera berdehem beberapa kali sebelum mengeluarkan suaranya dari tekak.

"Oii adik berjilbab coklat~" Putera bernyanyi perlahan cuba untuk menarik perhatian Ayu. Mendayu-dayu sungguh suara Putera menyanyikan lagu itu dengan romantis sekali. Sungguh kena dengan warna tudung yang dipakai oleh Ayu ketika ini. Warna coklat lembut, selembut wajah Ayu.

Ayu tersentak seketika namun dia abaikan sahaja tanpa menoleh ke arah belakang kerana dia tahu, itu pasti Putera. Ayu kenalah jual mahal sikit, barulah sweet. Sebab itulah dia abaikan sahaja. Sengaja dia nak tengok betapa manisnya lelaki itu cuba untuk memujuk.

"Hati abang sudah terpikat~
Mahukah kau di ajak akad?
Ku pinang kau dengan sholawat~"

Nyanyi Putera serangkap lalu dia turut duduk di sebelah Ayu di atas titi kayu yang hampir reput itu. Ayu memusingkan sahaja bebola matanya. Malas nak layan buaya darat ni namun ada sedikit senyuman di bibirnya setelah digoda dengan serangkap lagu.

"Hello, nak kopi ke milo?" Sapa Putera kepada Ayu sambil tersenyum manis ke arah Ayu hingga ternampak lesung pipi di pipinya.

Ayu diamkan sahaja sambil sambung mencampakkan batu ke dalam air keruh di bawahnya itu.

Blup!

Blup!

Blup!

Tiga batu kecil selamat tenggelam ke dalam air.

"Hmm, abang nak minta maaf dekat Ayu. Maafkan abang ya?" Ucap Putera perlahan dengan kelopak mata redup ke bawah. Hatinya jadi tak keruan.

"Kenapa abang nak minta maaf pulak?" Soal Ayu dengan kening berkerut sambil matanya merenung jauh ke arah lain.

"Abang minta maaf sebab rosakkan majlis kita. Abang tak tahu benda ni akan berlaku." Jawab Putera perlahan.

"Benda dah jadi, hadap jelah. Tak perlu minta maaf. Salah kita dua, tak kenal terus nak kahwin." Balas Ayu perlahan.

"Ayu tak sedih ke? Tak nangis pun?" Soal Putera macam orang bodoh.

"Ish! Nak Ayu nangis sampai keluar hingus ke? Habislah make up Ayu ni, dahla mahal sampai dua ratus ringgit. Rugi kot." Balas Ayu geram lalu menampar sekali perlahan bahu keras Putera.

Putera ketawa berdekah-dekah setelah dengar apa yang keluar dari mulut Ayu. Mulut Putera di tutup dengan belakang tangan yang dihiasi dengan inai di tiga jarinya itu sambil badannya condong ke belakang sedikit. Comel sahaja kelakuan Putera ketika ini. Ketawa sambil menutup dengan belakang tapak tangan.

"Ketawa pula dia. Kenduri habis rosak. Abanglah ni punca! Ughhh!" Marah Ayu sambil memuncungkan bibirnya.

"Eh, tadi kata salah sama-sama? Ini salahkan abang sorang pulak." Ucap Putera dengan sisa ketawa yang masih tersisa.

Suasana sepi sejenak.

"Jadi, nak sambung bernikah tak?" Soal Putera secara tiba-tiba sambil mengerling ke arah wajah Ayu di sisinya.

Ayu memandang ke arah muka Putera dengan pandangan yang kosong.

"Hmm, pergilah kahwin dengan kakak-kakak muka model tadi tu. Dia orang lagi cantik dari Ayu kot." Balas Ayu dengan sedikit sinis.

"Datanglah perempuan cantik macam bidadari sekali pun, tapi hati abang tetap untuk Ayu." Ucap Putera dengan suara garau romantisnya seolah-olah macam dalam iklan produk kecantikkan.

Ayu tersenyum-senyum cuba untuk menahan ketawa daripada meledak keluar. Terasa lucu pula dengan ayat-ayat manis dari sweet talker ini.

"Nak ke tak nak ni? Abang bagi masa tiga puluh saat je untuk jawab." Tanya Putera lagi tak henti-henti tersenyum.

"Kalau Ayu jawab tak nak?" Soal Ayu kembali dengan kening terangkat sebelah.

"Jawapan taknak, tak, tak mau, no takde dalam senarai. Jawapan nak, mahu, ya dengan yes je yang boleh." Balas sambil tersenyum comel.

"Okaylah kalau macam tu, Ayu jawab No!"

"Alah..." Putera mula tarik bibir muncung ke depan dengan gaya manja.

"Hahaha, Ayu gurau jelah. Mestilah nak." Balas Ayu sambil ketawa kecil.

"Serius nak?" Soal Putera lagi inginkan kepastian.

"Ya, Ayu serius." Balas Ayu sambil tersenyum malu.

"Gatalnya dia hahaha." Kata Putera pula sambil menjelirkan lidahnya.

"Eleh, dia yang ajak." Balas Ayu pula sambil mencubit bahu Putera.

"Aduh! Sakitlah main cubit-cubit pulak dia."

Suasana sepi sejenak. Masing-masing memandang ke arah hadapan sambil menyakisakan matahari terbenam dengan indah sekali.

"Adik yakin abang setia~" Tiba-tiba Ayu menyanyikan lagu balasan untuk lagu yang Putera nyanyikan tadi.

Putera memandang sekilas ke arah Ayu dengan senyuman nipis melekat pada bibirnya.

"Bimbing adik sampai ke syurga~
Janganlah abang banyak gaya~
In shaa Allah hingga Syurga~"

•••

"Sampai hati awak Putera buat saya macam ni. Saya ingat awak masih sayangkan saya." Tangis Farah sambil bersadar pada pintu kereta mahalnya yang berwarn kuning itu.

Teresak-esak dibuatnya apabila kenangan cinta yang tak kesampaiannya. Kain selendang dan mahkota di atas kepalanya dicabut dengan penuh perasaan kecewa lalu di letakkan ke atas bumbung kereta.

"Nah." Ada seseorang mengulurkan sehelai tisu putih ke arah Farah secara tiba-tiba.

Farah tersentak lalu dia menjeling ke arah lelaki yang memberikannya tisu tadi dengan pandangan kabur berkaca-kaca. Hidungnya yang sudah merah tadi disedut beberapa kali.

"T.. thanks." Ucap Farah sambil menyambut sehelai tisu tadi dari tangan lelaki tersebut.

"Boleh tak saya nak join bersandar dekat kereta mahal awak ni sama-sama?" Soal Syukri sambil tersenyum tajam. Tanpa menunggu jawapan dari mulut Farah, Syukri sandarkan sahaja belakang badannya pada pintu kereta Farah.

"Sandarlah kalau tak malu." Jawab Farah dengan nada suara orang tengah sakit hati. Air matanya diseka oleh Farah tanpa henti.

Mata Syukri termenung jauh ke arah hadapan sambil menemani Farah keseorangan di kawasan semak itu. Yalah, dia nak pergi mana lagi? Ini bukan tempatnya. Takkan nak bertenggek dekat rumah orang pula selepas dia buat ribut tadi.

"Sudahlah, orang tu dah akad nikah dah pun tadi. Janganlah sedih lagi. Awak tu cantik, nangis-nangis habis muka macam sundal bolong." Ucap Syukri dengan lancar lalu dia berlaga bahu dengan Farah sekadar mahu menarik perhatian perempuan itu.

"Ish, kau lah sundal! Aku pulak! Tak guna punya jantan!" Marah Farah sambil menampar-nampar bahu Syukri berkali-kali.

"Auch! Auch! Auch! Sakitlah sayang." Balas Syukri setelah Farah menampar bahunya berkali-kali.

Terus gadis yang berketinggian 170cm itu terhenti daripada menampar bahu Syukri setelah digelar sayang oleh lelaki yang selalu cuba untuk memikat dirinya sejak empat tahun lepas lagi.

Pipi Farah mula merah. Terus dia terkedu dan terhenti dari terus menerus menampar bahu Syukri. Tisu di tangannya di carit-carit nipis sambil tertunduk ke bawah memandang pasir di tanah kembali.

"Hmm, carilah jodoh lain Farah. Awak tu cantik tau. Ramai lagi lelaki yang nakkan awak." Ucap Syukri lagi setelah terdiam beberapa saat.

"Siapalah nakkan saya ni, saya ni jahat, gedik, kuat carut, seksi. Orang gila je nak!" Bentak Farah sambil mengutuk dirinya sendiri.

"Tapi saya nak." Ucap Syukri secara tiba-tiba dengan kening terangkat sebelah sambil tersenyum ke arah Farah.

Terlopong mulut Farah di buatnya apabila dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Syukri tadi.

"Sayalah orang gila tu." Sambung Syukri lagi sambil tersenyum comel pula ke arah Farah.

"Eww, hell no!" Balas Farah dengan dahi berkerut. Masih mahu jual mahal walaupun hatinya sudah mula cair dengan ayat-ayat manis yang keluar dari mulut Syukri sebentar tadi.

"Why not? Sebab saya tak kaya? Yup, memang saya tak kaya tapi apa yang boleh saya janjikan dekat awak adalah, saya akan cuba untuk bahagiakan awak hingga hujung nyawa saya." Ucap Syukri dengan nada romantis sekali.

Farah tersenyum malu sambil menggigit bawah bibirnya. Entah kenapa hatinya sudah meleleh cair bagaikan lilin putih.

"Aww, so sweet." Ucap Farah perlahan sambil tersipu-sipu malu.

"I love you Farah. Do you love me?" Soal Syukri sambil menolak bahu Farah dengan bahunya perlahan agar perempuan itu menjawab pertanyaannya.

"I love you too Syakir." Balas Farah malu-malu.

"Alamak! Syukrilah, not Syakir!" Ucap Syukri sambil tangan kirinya sudah menepuk dahi.

"Hahaha, I tahu, I saja je." Balas Farah seraya mula ketawa manis. Serba sedikit rasa sedihnya mula hilang. Entah kenapa dia terasa bahagia sangat apabila berada dengan Syukri ketika ini. Rasa bahagia yang belum pernah dia rasakan. Rasa bahagia yang benar-benar ikhlas datang dari hati.

"So? Nak kahwin dengan saya tak?" Soal Syukri lsgi sekali sambil tersipu-sipu macam kucing jantan nak mengawan.

"Awak rasa?" Soal Farah kembali seraya berlaga bahu dengan Syukri pula.

Syukri sudah mula tergedik-gedik macam ulat bulu buncit setelah dengar apa yang keluar dari mulut Farah. Dia sudah faham apa yang di maksudkan oleh Farah.

"Jadi..."

"Yup, I terima you sebagai bakal suami I. Itu pun kalau you dapat terima kekurangan I."

"Saya terima kekurangan awak walau macam mana sekali pun, saya akan baiki kekurangan awak tu supaya menjadi pelengkap hidup saya." Ucap Syukri dengan manis sekali.

Farah tertunduk malu setelah kena panahan asmara Syukri itu. Hatinya benar-benar sudah cair. Wajah bengisnya itu terus hilang lalu berganti dengan wajah seindah suria yang belum pernah sesiapa lihat sebelum ini. Nampaknya, Syukrilah orang pertama melihatnya.

"Terima kasih Farah, I love you."

p/s : satu bab lagi dan cerita ni akan tamat. humm sedih tapi BB rasa puas sebab dapat siapkan cerita ni dalam masa sebulan. 22/3/2019 In Shaa Allah episode akhir. See ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience