26

Humor Completed 34688

"Nyah, kau ambil ni nyah. Lawa kalau kau pakai lipstik warna nude-nude macam ni, nyah. Memang trend sekarang tau!" Kata Sammy a.k.a Samsul kepada Ayu sambil menunjukkan majalah Avon kepada Ayu. Hari masih pagi buta, dia sudah datang rumah orang promote barang.

"Lawa tapi Ayu tak ada duit lagilah." Balas Ayu dengan wajah monyok. Dia pun dah lama tak beli alat solek oleh kerana kekurangan duit semenjak berhenti kerja ini jadi duit yang ada dia harus jimat cermat.

"Ish, rugi nyah. Kau lawa, pakai ni mesti lagi lawa." Kata Sammy lagi sambil memuncungkan bibirnya. Majalah Avon itu ditutup olehnya kembali.

Suasana sepi sejenak.

"Ada orang jatuh parit! Ada orang jatuh parit!" Tiba-tiba sahaja ada laungan suara budak-budak dengan kuat datang ke arah Ayu dan Sammy.

Terus anak mata Sammy dan Ayu terarah ke arah tiga orang budak itu. Tak lama kemudian, budak-budak itu tepat berada di hadapan Ayu dan Sammy.

"Haih, budak-budak ni. Siapa pulak yang jatuh parit pagi-pagi buta macam ni?!" Tanya Sammy sambil memperbetulkan sekuntum bunga raya di atas kepalanya yang sudah senget.

"Kawan Abang Syukri jatuh dalam parit buta tu. Tak boleh nak keluar." Cerita budak itu dengan penuh semangat.

"Hah! Abang Putera jatuh dalam parit buta! Eh, bahaya tu, kalau lambat boleh tengelam dia dalam tu! Abang Samsul jom cepatlah kita tolong dia. Jom cepat-cepat!" Ucap Ayu dengan mula kelam kabut menyarungkan selipar pada kakinya.

"Ayu! Tunggulah aku! Ahh!!" Jerit Sammy dengan gaya lembut kalah perempuannya itu. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Ayu yang sudah menaiki motosikal kapcai miliknya.

"Korang ikut juga ya." Arah Ayu kepada budak-budak itu supaya ikut juga. Ayu sudah mula menaiki motor kapcai milik Sammy tanpa izin lelaki lembut itu.

"Abang Samsul, cepatlah!" Tempit Ayu kepada Sammy yang lambat kalah perempuan. Ayu sudah berwajah cuak.

"Ish, yalah-yalah." Balas Sammy seraya duduk di belakang Ayu.

Ayu terus menghidupkan enjin motosikal dengan sekali tendangan sahaja. Dipulasnya pemegang semahu-mahunya.

RENGGGG!!! RENNGGGG!!! GENGG.. GENNGG!!!

Gear satu dimasukkan secara mengejut sehinggakan motosikal itu terpacak tayar hadapan.

RENNGGG!!!! GENGGGGGG!!!

"Ahh! Ayu! Siotlah kau!" Sammy menjerit sebaik sahaja tayar motosikal kapcainya wekang ke depan dalam beberap saat. Ayu pula terus sahaja memecutkan motosikalnya selaju mungkin agar cepat sampai tanpa sepatah pun ayat keluar dari mulutnya.

•••

"Abang!!!" Laung Ayu sekuat hati setelah nampak kepala abangnya di tengah-tengah petak sawah padi. Hon motor kapcai itu ditekan banyak kali supaya abangnya perasaan akan kehadirannya.

PIN! PIN! PIN!

"Ayu!!!" Laung Syukri kembali setelah nampak Ayu datang menaiki motosikal bersama Samsul. Rasa nak maki pun ada, dua orang ni yang datang dah kenapa? Yang gagah perkasa sikit takde ke?

Terus Ayu memakirkan motosikal di tepi jalan. Ayu dan Samsul terus berlari-lari anak untuk mendapatkan Syukri tanpa bercakap banyak lagi.

"Abang, mana Abang Putera?" Soal Ayu dengan nafas semput.

"Tu haa. Dalam tu." Balas Syukri sambil menjuihkan bibirnya ke arah Putera yang sudah tenggelam hingga paras dada.

"Laillahaillallah.. Abang Putera buat apa pergi terjun masuk dalam tu." Soal Ayu sambil merenung ke arah Putera yang sedang membuat lambang peace ke arahnya.

"Nak jadi kerbau ke kawan kau ni Syukri?" Sampuk Samsul pula sambil turut bertinggung ke tanah.

"Haha, abang terjatuh Ayu. Ayu boleh tolong abang tak? Abang tak nak mati Ayu." Kata Putera dengan bibir mengukir senyuman walaupun hatinya tengah takut sekarang ini. Lihat sahaja wajah Ayu serba sikit hatinya menjadi tenang tanpa sebab.

"Dah, dah cepat kita tarik dia, nanti tengelam terus pula." Arah Syukri kepada semua orang yang berada di situ. Nak harapkan dia sorang tarik Putera memang taklah nak bolehnya.

"Ni, adik! Tolong tarik sekali!" Arah Ayu pula kepada tiga orang budak tadi yang baru sahaja sampai.

"Cepat sikit. Dah makin tenggelam ni." Kata Putera dengan kembali bernada risau.

Semua orang sudah memegang kedua-dua belah tangan Putera dengan erat. Putera pula mengenggam tangan mereka dengan erat sekali. Dia minta-minta sangatlah sekali tarik sahaja dah boleh keluar.

"Dalam kiraan satu dua tiga.. tarik!" Ucap Syukri mengarahkan semua orang supaya menarik Putera sekuat hati.

"Yiahhhh!!!" Jerit semua orang di situ.

"Huargghhh!!! Huarghhhhh!!!!" Habis suara jantan Sammy terkeluar. Punyalah dia tarik tangan Putera sekuat kudrat yang dia ada sampai merah-merah mukanya.

"Sekali lagi! Satu dua tiga tarik kuat lagi!!!" Ucap Syukri lagi agar menarik tangan Putera dengan lebih kencang.

"Tarik! Yiahhh!!!"

PLUP!!!

Sekelip mata Putera berjaya keluar dari parit buta dengan bantuan orang ramai tadi. Semuanya berlaku seakan-akan ajaib dan mengejut. Ingatkan dah tak ada harapan.

"Yes!!! Dapat keluar!!! Yes!!!" Sorak Putera ceria sambil terbaring di atas batas sawah padi. Habis tubuh orang kayanya yang sangat menawan itu dipenuhi dengan lumpur.

Semua orang ketawa berdekah-dekah melihat Putera yang kelihatan gembira ya amat. Seolah-olah baru dapat duit satu juta yang jatuh dari langit. Semua orang bernafas semput sambil terduduk di atas batas sawah padi juga.

"Haha, ish. Macam manalah Abang Putera boleh jatuh dalam ni? Nasib ada orang tau kalau tidak habislah abang nanti, boleh mati." Kata Ayu dengan sisa ketawa makin perlahan.

"Abang tergelicir tadi. Maaf. Thanks Ayu, tolong abang. Sayang jugakan Ayu dekat abang." Balas Putera dengan nafas semput-semput namun matanya tepat sahaja memandang ke arah Ayu diselitkan juga dengan semyuman.

Masa seolah-olah berhenti dalam beberapa detik. Syukri pula hanya mampu memusingkan bebola matanya. Menyampah betul dia tengok ulat bulu ni nak mengorat adiknya tak habis-habis.

"Eee... Pacat!" Jerit Sammy setelah melihat seekor pacat di celah kaki Putera.

"Hah?! Pacat?! Mana?!" Putera mula gelabah setelah Sammy kata di tubuhnya melekat seekor pacat. Dia mula mengelupur setelah nampak seekor pacat di celah kakinya.

"Korang! Korang! Tolong buang kejap! Maaaa!!!" Ucap Putera kembali berwajah cuak sambil menggodek-godekkan kakinya agar pacat itu terjatuh.

"Haha, apa jantan takut pacat. Meh sini, Ayu tolong buangkan!" Ucap Ayu sambil cuba untuk membuang pacat dari kaki Putera yang putih melepak itu dengan rela hati.

Putera memejamkan kelopak matanya serapat mungkin, takut nak tengok pacat tu lagi.

"Haa, dah buang dah!" Ucap Ayu sambil mencampakkan pacat itu ke dalam parit.

"Fuh, lega!" Ucap Putera mula menarik nafas lega.

"Aip, manalah tahukan. Kot-kot dalam seluar kat tempat 'sulit' dia tu, ada sekor dua. Haa, kalau dia melekat dekat situ, Ayu tak boleh nak tolong. Hahaha!" Kata Ayu cuba untuk menakutkan Putera seraya mula ketawa berdekah-dekah secara beramai-ramai.

Putera tersentak seraya melihat ke arah seluarnya. Putera mula menelan liur. Bola matanya pula sudah terbeliak takut.

"Kan, aku pun tak boleh tolong. Sorrylah bro, buang sendiri nanti ya!" Tambah Syukri lagi saja nak usik Putera. Ketawa mereka semakin kuat.

"Ahh, Syuk! Dah-dah jom balik. Aku nak pergi check sekarang jugak. Huargghhh! Mama!" Ucap Putera sambil mula berlari ke arah motosikal macam lipas kudung tak ada kaki.

"Woi! Hati-hati sikit! Nanti jatuh lagi kang!" Tambah Syukri sambil ketawa tanpa henti.

Semua mata di situ melihat sahaja tingkah laku Putera yang macam orang gila lari lintang pukang itu dari jauh sambil ketawa berdekah-dekah ke arah Putera.

"Haha, aish. Apalah Putera ni, tak boleh bawa tempat lasak sikitlah dia ni! Hadoi!" Ucap Syukri serya menepuk dahinya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience