9

Humor Completed 34688

Awal-awal pagi lagi mereka semua sudah bangun menceriakan hari ahad yang indah. Mak Aminah dan anak gadisnya bernama Ayu awal-awal lagi sudah berperang di dapur menyediakan nasi lemak kuning di dapur.

Dari depan lagi sedah dapat bau aroma sambal ikan bilis manis hasil air tangan Ayu. Mujurlah bakat memasak Mak Aminah turun kepada Ayu, dapat jugalah nanti Ayu gunakan bakatnya itu untuk memikat hati sang suami kelak nanti.

"Mak, strawberi adik beli semalam tu ada lagi tak? Orang ngidam nak makanlah." Kata Syukri yang mula melangkah masuk ke dapur lalu segera dia duduk di atas kerusi makan sambil tersenyum-senyum melihat ke arah Ayu yang sedang sibuk memotong timun. Putera pula hanya mampu tersenyum sambil duduk di sebelah Syukri.

Terhenti tangan Ayu dari memotong timun, lalu dia merenung muka abangnya dengan wajah mencuka.

"Strawberi tak ada, timun ada. Nah, ambik makan!" Balas Ayu, lalu terus dia membaling timun yang ada di tangannya itu tepat ke arah Syukri. Nasib dia tak baling pisau.

"Ops! I got it!" Ucap Syukri setelah menangkap timun yang melanyang ke udara tadi dengan pantas lantas dia tersenyum sinis ke arah Ayu.

"Ish, makanan tu. Jangan dibaling-baling." Marah Mak Aminah dengan wajah berkerut.

"Mak.. Tengok abang ni mak. Dia perli-perli Ayu." Ucap Ayu dengan nada merengek sambil menghentak-hentakkan kakinya di lantai.

Putera pula tersenyum melihat perangai Ayu tadi, comel sahaja tengok gadis cantik itu merenggek-renggek manja.

"Sudah, sudah. Janganlah gaduh. Abang dia ni pun satu, kalau tak menyakat adik dia sehari tak boleh ke?" Marah Mak Aminah sambil mencubit perlahan pinggang Syukri.

"Aduh mak! Apa ni cubit Syukri pulak. Alah." Balas Syukri dengan suara merenggek juga.

"Eee, tak malu. Dah tua-tua bangka nak manja-manja dengan mak lagi. Booo.." Kata Ayu dengan nada mengejeknya.

"Eleh, dia tu lagi tak malu. Pergi canang dekat semua orang nak pergi petik strawberi kat Cameron Highland, tapi tak jadi! Wuahahaha!" Balas Syukri sambil ketawa berdekah-dekah.

"Ayu, ayu. Abang ada pantun dekat Ayu! Nak dengar tak?" Kata Syukri lagi dengan sisa ketawa masih kuat.

"Ah! Tak nak dengarr!!!" Balas Ayu sambil menutup kedua belah telinganya. Matanya juga di pejamkan rapat.

"Pergi Cameron Highland, Cameron Highland tutup! Wakakaka!!!" Makin kuat Syukri ketawa setelah habis mengeluarkan pantun tiga sukunya itu. Sampai bergegar meja dia ketawa dengan lawaknya sendiri.

Putera juga turut ketawa mengikuti Syukri. Lawak netul keluarga ini. Dari semalam sampai sekarang dia tak henti-henti ketawa. Seronok betul keluarga gila-gila macam ni.

"Ish, sudah mak kata. Syukri kau pergi tolong ayah kau bakar sampah dekat luar lagi bagus. Duduk dekat dapur pun bukan buat apa." Marah emaknya.

"Booo padan muka." Kata Ayu perlahan sambil menjelirkan lidah kepada abangnya.

"Ayu kau pun sama, tak habis-habis nak cari pasal dengan abang kau. Patutlah abang kau suka kacau kau." Marah emaknya lagi.

"Alah, apa mak ni. Ayu tolong mak kot." Ayu sudah menarik muncung.

Syukri hanya tersenyum lantas mengangkat ibu jarinya ke atas sengaja nak sakitkan hati adiknya lagi. Asyik gaduh dari kecil mereka berdua ni tapi dalam hati, Syukri sahaja tahu, betapa sayangnya dia dekat adiknya itu.

"Syukri tolong mak parut kelapa lagi bagus, petang ni mak nak buat kuih." Ucap emaknya sambil menyerahkan tiga biji kelapa yang sudah botak kepada anak sulongnya.

"Hmmm, tak dapat makan strawberi, dapat makan kelapa pun jadilah." Perli Syukri lagi dengan muka monyok yang dibuat-buat masih tak puas hati.

"Mak... tengok abang ni!" Ayu merenggek lagi.

"Syukriii!!!"

"Hahaha! Dah jom Putera, ikut aku pergi belakang kita parut kelapa." Kata Syukri dengan sisa ketawa yang masih tersisa. Dua biji kepala sudah berada di tangannya.

"Boleh, jom. Aku pun nak tengok parut kelapa tu macam mana." Balas Putera sambil mengambil lagi sebiji kelapa di atas meja.

"Alalala, budak bandar ni. Nak jadi orang kampung pulak dia ni eh? Hahaha." Syukri memerli Putera pula sambil mula melangkah pergi.

Ayu yang mendengar tadi turut ketawa kecil sambil memerhatikan seketika wajah Putera. Serba sedikit hati Ayu agak terjentik melihat wajah tampan lelaki di hadapannya itu.

Memang ciri-ciri lelaki idaman yang dia hendakkan. Muka kacukan Mat Saleh, tinggi lampai, putih, mempunyai senyuman manis di sebaik bibir merah merakarnya itu. Di tambah pula dengan bulu roma nipis menghiasi tangan Putera. Auchh!!! Ayu tergoda!!!

Putera menoleh ke belakang setelah perasan Ayu sedang memerhatikannya. Secebis senyuman Putera hadiahkan kepada Ayu sebelum melangkah pergi. Ayu tak semena-mena tunduk ke bawah lalu sambung memontong timun kembali.

'Aduh, dia nampaklah pulak aku tengok dia tadi. Aish, malunya.' Ucap Ayu dalam hati dengan wajah sudah merah padam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience