15

Humor Completed 34688

"Ayu! Dah siap ke belum? Lambatnya lahai adik aku sorang ni." Syukri sudah berleter seorang diri sambil menerjah bilik adiknya tanpa izin.

BUMM!!!

"Hoi, apa ni masuk bilik anak dara?" Tempit adiknya kembali setelah abangnya masuk dan terus duduk di birai katilnya.

Ayu teruskan menyolek wajahnya tanpa menghiraukan abangnya lagi. Lantaklah dekat abang dia tu, nanti lagi di layan, lagi sakit hati. Dia teruskan sahaja menyapu pembayang mata pada kelopak matanya. Bulu matanya memang sudah asal lentik, cukup diletakkan maskara sudah nampak cantik melentik.

"Suka hati abanglah nak masuk pun. Ayu tu bersolek lawa-lawa sangat kenapa? Tak payah lawa-lawa sangatlah." Marah Abangnya dengan nada cemburu.

"Eleh, abang takutlah tu ada orang ngorat adik nanti." Balas Ayu sambil cuba menahan ketawa.

"Gila tak! Ayu tu adik abang, abang kenalah jaga." Balas Syukri dengan serius.

"Jagalah sangat, asyik kacau Ayu je." Kata Ayu sambil membuat muka memerli abangnya.

"Itu lain.. Abang takpelah kacau Ayu, orang lain tak boleh." Balas Syukri sudah hilang kata-kata.

Suasana sepi sejenak. Ayu teruskan sahaja bersolek tanpa menghiraukan abangnya di belakang.

"Ayu... cepatlah sikit Ayu. Lamanya make-up." Syukri bersuara lagi sambil membuat muka bosan menunggu.

"Kejap.. Nak siap dah ni.." Ucap Ayu sambil menyapu pemerah pipi nipis pada wajahnya.

"Okay siap. Dah jom." Ucap Ayu tidak lama selepas itu. Baju kebaya ketat berwarna merah jambunya diperbetulkan sedikit. Tudung bawal berwarna putih yang dikenakan pada kepalanya juga sudah terdandan kemas. Orang kalau memang dah asal lawa, pakai apa pun tetap cantik.

Sempat lagi Ayu menyemburkan minyak wangi pada tubuhnya. Sesekali dia menjeling abangnya dari pantulan cermin yang mula leka dengan telefon.

Ayu menyimpan kembali minyak wangi ke dalam laci mekap solek secara perlahan-lahan, lalu beg tangannya berwarna merah jambu di ambil juga secara senyap-senyap. Ayu ada satu rancangan jahat untuk kenakan abangnya. Rasa ketawa yang ingin meledak, cuba ditahannya selagi boleh.

Sepantas kilat Ayu cuba berlari keluar dari biliknya tanpa ingin abangnya tahu.

BUMMM!!!

"Wuahahaha!!!" Ayu sudah ketawa kuat dari luar bilik.

"Woi Ayu! Jangan kunci abang woi!" Ucap Syukri setelah tersedar yang adiknya telah mengunci dia dari luar.

"Hahahaha!" Gelak Ayu dari luar. Lega hatinya dapat mengunci abangnya dari luar.

"Woi apa ni Ayu! Mak! Tolong!" Laung Syukri dari dalam bilik sambil cuba untuk membuka pintu.

"Ayu! Ya Allah, apa ni? Lambat dah ni woi! Elok kita sampai, kita makan talam je nanti!" Jerit emak mereka pula setelah dengar bunyi bising-bising di ruangan tengah rumah.

Putera pula ikut sahaja dari belakang Mak Aminah. Dia juga sudah siap lama. Sungguh tampan Putera hari ini. Segak mengenakan baju batik dan seluar berwarna hitam. Rambut pula menutup dahi dan dikenakan juga dengan cermin mata hitam. Jam Polo kegemarannya setia melekat pada tangan kidalnya.

"Mak, tengok Ayu mak! Dia kunci Syukri! Bukalah cepat woi!" Laung Syukri lagi tanpa henti cuba untuk membuka pintu bilik.

Ayu terus sahaja ketawa tanpa henti. Puas hatinya dapat kenakan si abang. Selalu dia yang kena buli, kini rasakan, dia pula yang buli abangnya.

"Ayu kau pun satu, suka cari pasal dengan abang kau. Bukalah cepat, kita lambat dah ni." Marah emak mereka dengan make-up sudah mula cair.

"Dia yang kacau Ayu dulu tadi, Ayu pula kena. Ish.." Balas Ayu mula tarik muncung. Dia bukan kembali pintu itu.

Selepas beberapa saat wajah abangnya muka kelihatan. Serius sahaja muka Syukri memandang adiknya.

Suasana sepi sejenak.

Tidak disangka-sangka, Syukri merampas beg tangan adiknya sepantas kilat macam permain rugby merampas bola. Terkejut beruk Ayu di buatnya apabila abangnya merampas beg tangannya sepantas kilat dan terus berlari keluar dari rumah sambil tersengget karpet di ruang tamu punya tergopoh-gapahnya Syukri berlari bersama beg tangan milik Ayu itu.

"Woi abang! Beg Ayu tu! Bagilah balik!" Jerit Ayu sambil cuba berlari terkedek-kedek macam itik kerana kain kebayanya terlalu ketat untuk berlari seperti abangnya.

"Hahaha! Padan muka kau Ayu, abang nak balik beg kau dekat atas bumbung! Kau tengoklah, siapa yang suruh kacau abang, rasakan!" Kata Syukri di hadapan halaman rumah.

"Hah?! Woi, janganlah!" Tempit Ayu sambil berjalan terkedek-kedek dalam pakaian kebaya berwarna merah jambunya.

Dia sudah mula mengambil jarak yang sepatutnya untuk membaling beg tangan berwarna merah jambu itu sambil melihat ke arah bumbung rumah.

FIUNGGGGG~!!!!

BANGGGGG!!!!

Dalam tiga saat sahaja beg tangan Ayu selamat berada di atas bumbung rumah.

"Woi! Abang, apa ni! Ambillah balik! Ahhh!!!" Jerit Ayu sambil memukul-mukul bahu abangnya bertubi-tubi.

"Ish, akulah! Syukri!!!" Tambah emak mereka lagi sambil memulas telinga Syukri.

"Ahh, ahh.. Aduh mak, sakitlah!" Teriak Syukri menahan sakit apabila telinganya di pulas oleh emaknya.

Tiga anak beranak itu mula bergaduh sesama sendiri di hadapan rumah. Putera pula tersenyum sahaja melihat keluarga itu bergaduh manja.

Tanpa membuang masa lagi, Putera terus mengambil tangga di tepi dinding lalu di buka tangga itu seluas-luasnya. Perlahan-lahan dia mula memanjat tangga tersebut untuk mengambil beg tangan Ayu.

Tiga anak beranak itu terjeda sebentar apabila melihat aksi Putera yang terkial-kial cuba untuk mengambil beg tangan Ayu.

"I got it!" Ucap Putera setelah dapat beg tangan Ayu. Perlahan-lahan dia turun dari tangga itu.

Ayu tersenyum ke arah Putera. Tiba-tiba hatinya tersentuh melihat kebaikkan lelaki itu sudi mengambil beg tangannya.

'Ya Allah, sweetnya.' Ucap Ayu dalam hati sambil memandang ke arah Putera sedang menuju ke arahnya dengan senyuman mengoda.

"Nah Ayu beg tangan awak." Ucap Putera sambil menghulurkan beg tangan itu kepada Ayu.

"T.. thanks." Balas Ayu separuh gagap. Kini, beg tangan itu sudah bertukar tangan.

"Haa nasib ada Putera, nak harapkan abang kau ni memang taklah dia nak pergi ambil." Balas Mak Aminah sambil menjeling ke arah anak teruna tuanya.

"Eleh." Balas Syukri sambil memusingkan bebola matanya.

"Err, jomlah kita pergi. Naik kereta saya." Ajak Putera seraya mengeluarkan kunci kereta mahalnya.

"Tak payah, kita jalan kaki je. Jalan belakang je kenduri tu." Balas Mak Aminah dengan senyuman.

"Ouh, ya ke? Kalau macam tu, jomlah." Balas Putera sambil memeperbetulkan kaca mata hitam. Segaris senyuman menghiasi wajah manisnya.

Mereka kembali ke depan pintu rumah dengan berkaki ayam. Masing-masing baru kalut mencari kasut untuk dipakai. Ayu mula menyarungkan kasut tumit tingginya dengan wajah masam berkerut kerana marah akan abangnya lalu, mereka berempat mula mengatur langkah untuk pergi sambil memegang payung.

"Nah, Ayu. Kau ambil payung kubur ni. Eloklah tu kau pun pakai baju kebaya. Dah macam hantu je abang tengok." Ucap Syukri sambil menghulurkan payung kubur kepada adiknya.

Ayu merenung tajam muka abangnya. Syukri pula tersenggih-senggih macam kerang busuk.

"Orang tak kisah pun lah payung apa sekali pun! Huh!" Balas Ayu sambil merampas payung kubur itu dari tangan abangnya. Payung itu dibuka supaya kembang lalu di kibas ke muka abangnya. Laju sahaja Ayu jalan meninggalkan mereka bertiga dari belakang. Kasut tinggi bertumit lima inci itu dari jauh sudah kedengaran.

Tup! Tap! Tup! Tap!

"Makk aii, macam hantu betul adik tu kan mak?" Bisik Syukri perlahan sambil memandang ke arah adiknya tanpa berkelip mata.

"Ish, sudah. Gaduh je, adik kau merajuk betul-betul padanlah muka kau." Ucap Mak Aminah sambil membuka payung. Dia pula berjalan meninggalkan Syukri dan Putera di belakang.

"Ish, kau ni Syukri. Apalah. Kesian Ayu." Marah Putera pula sambil mula berjalan bersama payung berwarna hitam di tangannya.

"Aik? Kau pun nak marah aku ke Putera?" Ucap Syukri masih ketinggalan di belakang seorang diri dengan wajah berkerut.

"Aish.. apa-apa jelah!" Balas Putera dari jauh.

Syukri hanya mampu memusingkan bebola matanya. Kolar baju kemeja berwarna hitamnya diperbetulkan sedikit, lalu mula melangkah pergi meninggalkan kawasan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience