20

Humor Completed 34688

"Macam mana? Sudah?" Tanya Ayu setelah melihat susuk tubuh abangnya datang menghampiri dirinya.

"Fuh, cantik! Dah jom berambus balik." Balas abangnya dengan nafas semput tak mahu-mahu.

"Nak balik macam mana? Abang tengok tu haa.. artis tengah sibuk layan peminat dia." Perli Ayu sambil menjuihkan bibirnya ke arah Putera yang masih lagi tidak habis melayan kerenah peminatnya dengan ramah sekali.

"Aduh, dia ni. Rajin bukan main buaya ni. Tahulah budak-budak kampung ni banyak yang lawa." Ucap Syukri sambil berjalan untuk mendapatkan Putera.

"Maaf ya, adik-adik. Makcik-makcik, nenek-nenek. Kami kena gerak sekarang. Maaf ya, hihi." Ucap Syukri mula menarik bahu Putera untuk pergi.

"Alah!!!" Merenggek semua gadis di situ termasuklah nenek-nenek monopos yang lain.

Ayu mengikuti sahaja dari arah belakang sambil jalan terkedek-kedek macam itik.

"Aku tak puas selfie dengan dia orang lagilah." Ucap Putera dengan muka berkerut. Payung hitam yang diletakkan di bawah pokok mangga di ambil kembali.

Begitu jugalah Ayu, turut mengambil payung kuburnya dan Syukri mengambil payung corak strawberinya. Tak habis-habis dengan strawberi dia tu.

"Ah, tak payah. Kalau lagi dilayan sampai esoklah kita tak balik." Bentak Syukri.

"Yalah, yalah." Balas Putera.

"Orang tu tadi bagi pickupline dengan lagu, macam mana orang tak cair abang oii." Kata Ayu pula dengan sinis sambil tersenyum-senyum ke arah Putera.

Putera hanya diam dan tertunduk malu dengan Ayu. Tak sangka dia terlalu bersemut sangat tadi. Benda tak rancang ni, memang akan selalu menjadi.

Lalu mereka berjalan pulang sambil memegang payung masing-masing. Mereka berjalan rapat-rapat di bawah panas cahaya matahari.

"Macam mana abang, plan abang tu menjadi ke?" Soal Ayu.

"Jadilah, mana boleh tak jadi." Balas Syukri seraya mula ketawa kuat.

"Apa plan korang ni? Bagitahu sikit." Soal Putera sambil jalan memandang ke arah jalan.

"Mana boleh." Balas Syukri sambil tersenyum.

"Bro, aku tolong kau juga tadi tau tak? Takkan nak berahsia lagi kot." Kata Putera sambil memandang tajam ke arah Syukri.

"Nak bagitahu tak, Ayu?" Soal Syukri kepada adiknya.

"Bagitahu jelah, nanti dia taknak geng dengan kita dah nanti." Balas Ayu.

"Yalah, yalah. Bagitahu. Aku sorok lauk kenduri tiga kawah dekat belakang semak! Kah kah kah!" Ujar Syukri sambil ketawa berdekah-dekah diikuti oleh Ayu.

"Hah?! Seriuslah kau buat macam tu? Uish, kejam gila!" Balas Putera dengan mulut terbuka luas dan muka terkejut gila. Gila punya rancangan Syukri ni.

"Yalah, biar seminggu busuk dalam semak tu! Tuduh kami pencuri sangatkan? Nah, ambik! Padan muka! Biar tak ada lauk orang nak makan nanti. Muahahaha!"

"Ish, ish, ish." Putera hanya mampu menggelengkan kepalanya. Patutlah tadi pelahap lauk macam jin. Rupanya ini rancangan mereka. Sembunyikan lauk kenduri. Dengar macam rancangan bodoh, tapi cukup untuk mengelabahkan tuan rumah kalau lauk tak cukup. Patutlah suruh dia dan Ayu alihkan perhatian orang ramai tadi.

"Hebat tak plan kami Abang Putera?" Tanya Ayu pula.

"Bukan setakat hebat, tapi gila! Mesti idea Syukri kalau gila macam ni." Balas Putera sambil menjuihkan bibirnya ke hadapan.

"Tahu takpe!" Ucap Syukri sambil sudah tersenyum puas.

"Eh, kita selfie tiga dulu nak? Buat kenangan?" Ucap Putera seraya mula mengeluarkan telefonnya.

"Boleh juga. Jom, jom." Sokong Syukri.

Ayu turutkan sahaja sambil berdiri di tengah-tengah di antara Putera dan abangnya.

"Say cheese.."

"Cheese.."

Klik!

Satu keping gambar sudah di ambil.

"Eh, nak ambil gambar dengan adik kau pula, Syukri." Ucap Putera secara tiba-tiba.

Wajah Syukri mula bertukar masam.

"Alah, bolehlah abang, nak buat kenangan." Sejujurnya Ayu juga mahu bergambar dengan Putera tapi dia malu. Siapa yang tak mahu woi? Handsome macam artis kot.

"Yalah, yalah. Tapi jangan rapat sangat." Kata Syukri sambil mengambil telefon dari tangan Putera.

"Hehe, thanks." Ucap Putera sambil tersenyum gedik.

Ayu turut suka.

"Pakai mood potret tau!" Pesan Putera kepada Syukri.

"Iyalah. Potretlah ni." Balas Syukri acuh tak acuh.

Ayu mula merapatkan tubuhnya dengan Putera. Putera pula posing macam model Calvin Klien. Putera memang ada sosok model pun. Segak, kacak, kemas dan tinggi lampai pula tu.

"Nak post dekat Instagramlah tu." Perli Syukri setelah mengambil beberapa keping gambar.

"Harus." Balas Putera sambil mengambil kembali telefonnya dari tangan Syukri.

"Nak tengok abang." Ucap Ayu seraya mula memerhatikan skrin telefon di tangan Putera.

"Wah, lawalah kamera abang." Ucap Ayu dengan muka teruja setelah melihat hasil tangkapan dari kamera telefon Iphone Xmax itu.

"Ayu nak gambar ni?" Soal Putera sambil tersenyum memandang muka Ayu di sisinya.

Ayu turut memandang ke arah muka Putera dengan mata bulatnya.

"Nak." Balas Ayu teruja.

"Bagi nombor telefon dulu." Balas Putera pula sambil tersenyum nakal.

"Ah! Tak payah!" Balas Syukri sudah mencekak pinggang dengan wajah garang yang dibuat-buat.

Ayu dan Putera memandang ke arah Syukri serentak sambil ketawa ke arah Syukri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience