6

Humor Completed 34688

Putera duduk di hadapan kerusi yang terletak di halaman rumah sambil teremunung jauh seorang diri. Dagunya ditongkat dengan tapak tangan. Rasa bosan mula melanda diri. Bukan bosan sebab kampung ni, tapi bosan sebab tak ke mana-mena sejak dari tadi.

"Woi bos, tengah bosan ke tu?" Usik Syukri dari jauh sambil tersenyum sinis ke arah Putera.

"Yalah, aku tengah bosanlah ni. Kaulah punca tak bawa aku pusing kampung. Ughh!" Marah Putera perlahan sambil terus sambung termenung jauh hingga ke planet Pluto.

Syukri sudah ketawa berdekah-dekah. Buruk pulak tengok anak teruna tua sorang ni merajuk macam budak-budak.

"Hahaha, yalah. Jom aku bawa kau makan ais kacang. Ais kacang dekat kampung aku ni best kau tahu. Nak milo tabur viral pun ada." Pacing Syukri dengan kata-katanya.

"Uih, seriuslah bro?" Tanya Putera dengan wajah teruja, nampaknya dia sudah terkena umpan.

"A'ah, aku tengah seriuslah ni. Dah cepat bersiap, aku nak ambil kunci motor kejap." Balas Syukri seraya sudah masuk kembali ke dalam rumah.

Putera pula memang dari tadi dia tak tukar baju lagi tapi pakaian sudah sesuai. Dia mengenakan baju t-shirt putih berbelang ungu dan seluar skinny jeans berwarna hitam. Sudah kacak orangnya jadi cukuplah tu. Tak pasal-pasal lambat pula nanti kalau dia pergi tukar baju lain.

"Dah jom." Ajak Syukri yang hanya mengenakan baju t-shirt kosong berwarna putih dan seluar jeans slim fit berwarna biru tua.

Terus Putera ikut Syukri dari belakang sambil menyarungkan selipar pada kakinya.

"Eh, Syukri?! Kasut perempuan ni siapa punya?" Soal Putera secara tiba-tiba.

"Eh?! Err.. itu kasut mak akulah kasut siapa lagi." Tipu Syukri, macam mana dia boleh terlupa pasal kasut adiknya itu.

"Mak kau pakai kasut tinggi lima inci? Biar betul?" Tanya Putera lagi mahukan kepastian. Takkan emak Syukri ni pakai kasut tinggi macam ni.

"Aish, kasut je pun. Kau nak pergi ke tak nak ni? Lambat pulak dah." Balas Syukri cuba untuk mengubah topik.

"Ih, yalah. Kejap." Balas Putera, lalu dia terus duduk di tempat duduk belakang.

Tanpa membuang masa lagi, terus motosikal jenama Honda itu laju meninggalkan kawasan rumah. Sempat lagi Syukri memacakkan tayar hadapan, sengaja nak tunjuk pada Putera bahawa dia dahulu jaguh mat rempit dekat kampung ini. Terkejut jugalah Putera bila tayar hadapan motosikal itu tiba-tiba terangat ke hadapan. Syukri hanya ketawa berdekahh-dekah di hadapan.

"Bodoh! Potong gaji kau bulan depan!"

"Ampun bosskur!"

•••

"Sammy! Kedai kau bukak ke tidak?" Laung Syukri apabila dia sudah sampai di kedai ais kacang yang di sebut-sebut olehnya dari tadi.

Terus Putera turun dari motosikal diikuti oleh Syukri kemudiannya. Mata Putera perhatikan sahaja kedai kecil ini berlatar belakangkan sawah padi ditambah pula dengan angin sepul-sepul bahasa pada pukul lima petang seperti ini. Sangat menenangkan mata dan jiwa.

"Putera kita duduk dululah. Tuan kedai tak keluar rumah lagi tu." Ajak Syukri seraya sudah mencari kerusi merah untuk melabuhkan punggungnya.

Putera ikutkan sahaja kata-kata Syukri seraya terus duduk di hadapan Syukri.

"Apa nama tuan kedai ni? Sammy? Cantik tak?" Soal Putera secara tiba-tiba dengan muka gatalnya.

"Haaa, cantik! Sesuailah kalau nak buat bini. Sesuai dengan kau. Sumpah sesuai sangat macam pinang di belah sepuluh!" Balas Syukri seraya sudah tersenyum tebal ke arah Putera.

"Ohoiiii!!!! Hoiiii!!!!!" Laung satu suara jantan dari dalam rumah dengan suara sayup-sayup itik seratinya itu. Dia punya Ohoi!! Hoi!! tu macam M.Daud Kilau. Bukan main tarik tuan punya suara tadi.

Terus berkerut dahi Putera setelah mendengar suara itu. Dia tercari-cari siapakah gerangan tuan punya suara. Syukri pula sudah tersenyum-senyum sambil menongkat pipinya.

"Kalau dah mata bertentang mata~ Hoi!" Tiba-tiba ada satu kaki terjenggul keluar dari daun pintu. Terlopong mulut Putera melihat kaki yang gebu gebas itu, tapi itu kaki lelaki!

"Hey! Hey! Goyang bali! Asek! Asek!" Terus tuan punya suara keluar dari rumah sambil berjoget-joget dangdut di hadapan Syukri dan Putera. Memang hanya ada mereka berdua di situ. Lembut sahaja tangan Sammy memegang sebatang kipas kertas sambil mengibas-ngibas ke wajahnya.

"Ohoii!!! Hoi! Hoi Sammy! Takyah nak gedik sangatlah. Cepatlah ambik order, aku nak makan ais kacang ni." Laung Syukri dengan kasar dari jauh.

"Ish! Dia ni! Syuk!!! Lama tak nampak kau Syuk!!! Syuk busyuk! Kuntum rindu dekat Syuk tau." Kata Sammy atau dikenali juga sebagai kuntum sebab di atas kepalanya wajib ada sekuntum bunga walaupun berada di mana saja dia pergi. Sammy datang ke arah dua orang jejaka itu dengan gaya catwalk mengalahkan diva.

"Kau bukan Kuntum tapi Ketum! Mabuk semacam je aku tengok kau ni. Cepatlah sikit terheggeh-henggeh." Balas Syukri dengan gaya bersahaja.

"Uih, laki rupanya! Ingatkan perempuan tadi sebab nama Sammy!" Bisik Putera kepada Syukri dengan wajah cuak.

"Choyy! Siapa kawan kau ni Syukk? Handsome! Aumm!" Kata Sammy lagi apabila dia sudah berdiri tepat di sebelah Putera.

Putera dah mula rasa nak muntah setelah dia kena goda dengan lelaki lembut bermata sepet di hadapannya ini. Tertipu dia selama ini. Wanita berloceng rupanya! Puih!

"Hahaha! Ini bos aku Sammy, Putera nama dia. Putera inilah Sammy, sesuai dengan kaukan! Haa, ambiklah Sammy a.k.a Samsul ni. Hahaha, cantik kan?" Kata Syukri sambil ketawa berdekah-dekah.

"Peghhh! Tak dapat cucu mak aku macam ni." Balas Putera secara spontan. Sumpah dia taknak!

"Amboi, amboi mulut, konghajar eh bos kau ni." Balas Sammy sambil mengibaskan kipas kertanya sebanyak tiga kali. Sesekali dia memperbetulkan sedikit sekentum bunga di atas kepalanya yang sudah mula sengget sebelah.

"Hahaha, kau jangan nak mengatal sangat Sammy. Dah ambik pesanan kami. Aku dari dulu suka sangat dengan ais kacang kau. Dulu kalau kau nak tahukan Putera, lepas balik sekolah je, kami memang wajib singgah sini dulu makan ais kacang Si Sammy ni sedap gila." Puji Syukri lagi.

"Oh, nak makan ke? Ingat nak datang sebab mencecey aku tadi. hah, nak makan apa bos?" Terus Sammy bertingkah sopan di hadapan dua orang jejaka di hadapanya ini.

"Bagi dekat aku ais kacang. Err, putera nak makan apa?" Tanya Syukri sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Err.. sini ada apa?" Soal Putera dengan kening berkerut. Menu makanan pun tak ada, entahlah dia nak pesan apa.

"Sayang nak apa? Semua ada dekat sini. Ais kacang ada, cendol ada, laksa ada, milo tabur viral pun ada, nak i pun boleh. Eh, tibeh!" Kata Sammy sambil ketawa gedik.

"Err.. milo tabur viral tu dahla." Balas Putera perlahan. Dia dah mula hilang selera dengan tuan kedai ini. Menyotong bukan main lagi dengan dia.

"Milo tabur viral semangkuk lima ringgit tapi kalau i percuma untuk selamanya cia cia cia!"

Syukri di sebelah sudah ketawa terbahak-bahak. Kawannya Samsul ni memang lembut sedikit tapi suka buat lawak gediknya itu. Tengok sahaja lembut, tapi kuat bukan main. Batu besar pun selamba sahaja dia angkat di hadapan Syukri dengan kawan-kawannya dahulu semasa zaman sekolah.

"Hihihi, sorry bos saya memang bergurau macam ni. Duduk dulu ya. Nanti Sammy datang dekat korang balik tata.." Ucap Sammy sambil jalan tertonggek-tonggek menuju ke tempat membuang ais kacang. Sempat lagi dia memasang lagu dangdut bertajuk Yang Tersayang nyanyian Amelina dan Iwan sekadar menceriakan suasana di petang hari seperti ini.

Tiba-tiba kembang pula tekak Putera nak makan nanti. Syukri pula tak henti-henti ketawakannya. Dia merenung tajam sahaja ke arah Syukri.

"Hahaha, buaya darat kena game bhaii! Hahaha!" Kata Syukri lagi dengan katawa makin deras.

"Kali ni aku serius, potong setengah gaji kau bulan depan!" Kata Putera sambil mengetapkan giginya. Dia hanya bergurau takkanlah dia nak potong gaji pekerjanya sesuka hati.

Dalam diam dia layankan sahaja lagu Yang Tersayang itu sambil mengoyangkan kepalanya. Rancak bukan main lagu itu apabila di dengar pada waktu petang-petang sebegini. Di tambah pula dengan angin sedap macam ni datang dari arah sawah padi, perghh! Sumpah tenang! Sesuai sangat lagu ini dengan suasana sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience