Bab 33

Romance Series 17712

Seminggu selepas kemalangan...

Berulang kali ku mencuba,
Memujuk hati,
Lupakan semua
Kenangan...

Namun mimpi bertemu lagi,
Di saat engkau,
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji,
Tercipta... antara kita dulu,
Hilangmu tiada berganti,
Biarlah... begini.

Ku belayar di lautan,
Tidak bertepian,
Sesekali disedarkan,
Ombak yang mendatang,
Aku seperti hilang,
Punca arah dan... tujuan.

Aku puisikan namamu,
Bersama rindu,
Di dalam sendu...

Sepi Sekuntum Mawar Merah yang dinyanyikan oleh Ella terngiang-ngiang dalam kotak fikiran aku.

Aku membuka semula diari Airil yang masih tersimpan kemas dalam simpanan aku.

Menyambung semula pembacaan yang telah lama aku tinggalkan.

3 November 2016

Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk aku hidup. Walaupun jangka masa aku hanya berbaki beberapa bulan.

Raisa...

Setiap hari Ril jadi takut. Takut hilang Raisa lagi. Ril minta maaf. Sebab tak dapat nak bahagiakan Raisa. Walaupun kita kawan dari kecik, tapi... Ril rasa macam tak boleh nak menjauh dari Raisa.

Ril rasa nyawa Ril dah tak panjang. Bila-bila masa Ril akan pergi. Kita kena belajar redha. Ril terima penyakit ni dengan ikhlas hati.

Aku tak mampu tahan sebak. Ril... Mengesat air jernih di pelupuk mata. Tak sanggup nak baca diari dia.

Raisa... Ril cuba berjuang untuk diri Ril. Perasaan Ril. Tapi... Ini bukan takdir kita. Ril dapat rasakan ada seseorang boleh jaga Raisa. Dr. Syah.

Dr. Syah memang suka Raisa. Aku kena cepat-cepat suruh Dr. Syah pikat Raisa. Supaya Raisa tak sedih dengan kehilangan aku.

Maafkan Ril, Raisa. Tak dapat nak tunaikan janji kita. Ril cintakan Raisa. Jaga diri baik-baik, sayang.

Memang setiap kali aku baca diari dia, mesti aku nangis. Kalah dengan emosi.

Aku menyelak lagi halaman diari. Menatap tulisan tangan yang berbeza.

Eh... Sepertinya ini bukan tulisan Ril.

Nur Raisa Asyikin...

Aku selalu intai dari jauh. Aku lihat gadis ini terlalu jujur. Setiap masa dia pedulikan Airil Benjamin. Menemani pesakit aku dengan senyuman manis. Senyuman yang cuba tahan kesedihan.

Can I call her name as a Raisa too? Seperti yang Airil sering sebut?

Airil takkan sembuh. Aku gagal jadi doktor yang terbaik.

Raisa... I like you.

Terbuntang mata aku membacanya. Kenapa aku tak pernah bertentang mata dengan Dr. Syah waktu tu? Dia menyorokkan dirinya dari pandangan aku.

Irfan... Saya tak tahu pun kehadiran awak saat itu. I'm so sorry.

"Puan Raisa..."

Wanda berdiri di belakang aku.

"Dr. Syah dah sedarkan diri."

Aku terus terbangun. Automatik menutup buku diari.

"Dia dah sedar? Macam mana dengan keadaan dia?"

Tiba-tiba aku jadi takut. Irfan pasti bencikan aku.

"Dr. Syah mengamuk."

Aku dah agak.

"Puan Raisa kena banyak bersabar."

"Saya takut. Kalau dia tak boleh terima semua ini. Dan tak maafkan saya."

Aku yang bersalah. Aku terlalu ikutkan perasaan. Tak habis-habis dengan Airil. Asyik merenyuk perasaan dengan orang yang sudah tiada lagi.

"Kita jumpa Dr. Asyraf dulu ye."

Aku mengangguk. Mengekori jururawat yang bernama Wanda.
. .
. "Puan Raisa..."

Dr. Asyraf memandang aku dan Irfan silih berganti.

"Kebiasaannya pesakit akan terganggu emosi sebegini sekali."

Bukan terganggu emosi. Tapi lebih kepada menyalahkan aku atas apa yang terjadi.

"Dr. Syah..."

Dr. Asyraf memanggil Irfan perlahan. Irfan memanggung kepala.

Aku mendekati dia.

"Abang..."

Aku memegang bahunya perlahan. Ada air jernih di pelupuk mata dia.

"Raisa..."

"Abang dah tak boleh berjalan secara normal lagi."

Aku terkaku mendengar butir bicara yang keluar dari mulut dia.

"I can't walk. Forever."

Air mata mahu menitis saat mendengar dia berkata begitu.

"Raisa yakin Abang akan sembuh."

Aku menunduk. Menahan rasa sebak.

"Raisa tak duduk tempat Abang. Tak rasakan apa yang Abang rasa."

Sebaknya. Aku tahu semua salah aku.

"I'm really sorry."

Dia memalingkan wajah ke tempat lain. Tak sudi nak melihat wajah aku.

"Sudahlah, Raisa."

Kata-kata dia... Seperti sedang berjauh hati.

"Abang... Raisa betul-betul minta maaf."

Aku mengucup lembut tangan Irfan.

Dia menarik tangannya. Aku mendongak memandang wajahnya yang sugul.

"Baliklah. Tak payah jaga Abang kat sini. Abang ni menyusahkan hidup Raisa je."

"Kenapa Abang cakap macam tu? Raisa sayang Abang."

Aku nak dia tahu yang aku betul-betul sayangkan dia. Aku pasti dengan kata hati aku.

"You don't love me. Raisa cuma simpati pada Abang kan?"

Allah... Sampai hati dia cakap begitu.

"Biar Raisa jaga Abang. Raisa nak Abang sembuh macam dulu. Semua ni salah Raisa. Raisa bertanggungjawab atas apa yang jadi kat Abang."

Dia menolak tangan aku.

"No. Pergilah. Abang taknak tengok muka Raisa lagi. Go away."

"Abang!"

Dia menyelubungkan wajahnya dengan selimut.

Dr. Asyraf dari tadi memerhatikan kami berdua.

"Puan Raisa... Saya rasa lebih baik kita biarkan Dr. Syah tenangkan diri dulu. Jom, kita keluar dulu."

Aku mengesat pelupuk mata.

Irfan betul-betul marahkan aku. Sampai hati dihalaunya aku.

Aku keluar dari bilik. Tak sanggup nak hadap kemarahan Irfan.

"Doktor, sampai bila keadaan dia akan jadi macam tu?"

Aku menunduk.

"Sabarlah, Puan. Mungkin Dr. Syah rasa tertekan. InsyaAllah. Kalau dia konsisten buat rawatan fisioterapi berkemungkinan dia akan boleh berjalan seperti dulu."

"Tapi... Dia taknak tengok muka saya lagi. Saya takut keadaan dia makin tak terurus lagi."

Aku memicit kepala. Kusut. Tak tahu macam mana nak pujuk dia.

"Beri dia masa untuk terima hakikat. Jangan risau. Percayakan saya. Dia akan sembuh."

Aku mengangguk.

"Okaylah. Saya nak kena monitor wad lain pula. Take care, Puan Raisa."

"Thanks, Dr. Asyraf."

Dan aku terus terduduk di kerusi luar bilik.

Irfan... I'm so sorry. Raisa akan perbetulkan hubungan kita. Raisa akan bantu pulihkan semangat Abang. Raisa janji.
. .
. "Riss..."

Kak Aisyah menghentikan lamunan aku.

"Tengah potong sayur pun boleh termenung."

Tersengih dia melihat perangai aku.

"Sorry kak. Riss tengah ambil feel memasak lunch untuk Irfan."

Aku kembali memotong sayur laju.

"Potong sayur tu jangan sampai terpotong jari. Lama akak perhatikan Riss termenung. Nasib akak takde rakam video buat kompilasi."

Kak Aisyah membuka peti ais. Mengeluarkan jus Oren. Gelas dicapai dan melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Riss ada masalah?"

Ada kak. Irfan.

"Okay je."

"Jangan dilayan perasaan tu. Akak faham apa yang Riss rasa."

Orang tak faham apa yang Riss rasa. Dia mula menjauhkan diri daripada Riss.

"Ni Riss nak masak apa?

Aku senyum.

"Irfan suka makan..."

Kata-kata aku terhenti.

Ah, aku tak tahu lauk kesukaan Irfan. Baru saja aku nak mengenali dia, semua ni terjadi.

Aku mengeluh.

"Riss..."

"Entahlah kak. Riss tak tahu Irfan suka makan apa."

Sedih.

"Akak tahu."

Jawapan Kak Aisyah membuat mata aku terlekat padanya.

"Dr. Syah tu dia suka makan Tomyam."

Hah? Seriuslah?

Lauk kegemaran aku juga tu. Memang aku cadang nak masak Tomyam untuk dia kejap lagi.

Kak Aisyah mengangguk tanpa sempat aku bertanya lagi.

"Mana akak tahu?"

"Along."

Iya tak iya jugak. Along kan rapat dengan Irfan.

"Tu la Riss. Masa family dia datang sini nak kenal-kenal dengan Riss, bukan Riss nak melekat kat rumah. Konon tak hingin nak kenal Dr. Syah."

Perli aku pulak.

"Akak bukan nak membebel. Riss kena peka bab macam ni. Ni sangat penting Riss. Kalau tak, macam mana Riss nak kenal dia."

Aku tahu aku salah.

"Okay kak. Thank you."

Dia meneguk jus Oren tadi.

"Akak nak naik atas. Kejap lagi Along cakap dia nak follow Riss pergi hospital."

Aku mengangguk.

Sebaik saja Kak Aisyah keluar dari dapur, aku terus meletakkan pisau.

Teruknya aku. Banyak benda yang aku tak tahu pasal dia.

Irfan... Saya rindu dekat awak. Tak boleh ke kita berbaik macam dulu? Sudah-sudahlah tu marahkan saya.

Aku kembali menyambung memotong sayur. Nak masak lauk kegemaran dia. Tak sabar nak berjumpa dengan Irfan kejap lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience