Bab 23

Romance Series 17707

Aku mendepakan tangan. Feeling habis dengar bunyi desiran ombak. Mata turut dipejamkan.

Oh angin, kau kirimkan kalimah kasihku,
Agar dapat kudengari kalamnya berbunyi,
Biarpun sekadar cuma memujuk hati,
Akan kuterus berdiri hadapi semua ini.

Biarlah kubersendirian,
Terkurung dalam kenangan silamku,
Biarlah aku menahan rindu...

Tanpa sedar aku menyanyikan bait-bait lirik lagu Menahan Rindu sambil mata terpejam.

Ada tangan tiba-tiba melingkar di pinggang. Eh tangan siapa pulak ni?

Satu kucupan singgah di pipi.

Aku terus membuka mata serta merta. Memandang seseorang di sebelah. Seseorang itu tersenyum.

Aku lupa. Aku dah menikah dengan Irfan. Syah. Irfan Syahril.

"Kenapa pandang abang macam tu?"

"Saya lupa yang saya dah kahwin. Nasib baik saya tak jerit tadi."

Irfan mencuit dagu aku.

"Baru kejap je abang turun beli makanan."

Aku tersengih.

"Saya ingat perompak tadi."

Irfan memasamkan muka.

"Wajah abang yang hensem ni dikatakan perompak?"

Aku mengangguk laju.

Dia memuncungkan bibir. Alahai comelnya. Cium karang.

"Perompak hati saya. Hahahahaha."

Aku menjawab dan tergelak besar.

"Nakal. Cubit nak?"

Dia kucup sekali lagi pipi aku.

"Eeiii gatalnya Irfan Syahril ni."

"Apa salahnya. Eleh... Raisa pun gatal."

Dia membuat kening double jerk.

"Mana ada."

Aku menafikan. Dia dapat dengar kata hati aku yang tadi tu ke?

"Cakap abang comel. Nak cium abang. Kan?"

Erk?

Aku menelan air liur.

Dia dengar apa yang aku katakan tadi? Mamat ni ada sixth sense la.

Aku menebarkan pandangan ke arah laut yang luas. Sungguh tenang. Mendamaikan.

"Raisa..."

Dia suka memanggil aku seperti Airil memanggil aku.

"Kenapa kita datang ke sini?"

Irfan mengerutkan kening. Pelik agaknya dengan pertanyaan aku yang sebegitu.

"Tak suka ke abang bawa honeymoon?"

Bukan itu yang aku maksudkan.

"No. I mean... Kenapa awak bawa saya ke tempat ini sekali lagi?"

Irfan tersenyum nipis. Melihat bibirnya menguntum mekar menggerakkan hati aku untuk mengucup bibirnya.

Control, Raisa. Control.

"Saja."

Saja? Aku tahu dia ada sebab mengapa bawa aku ke sini.

Aku memeluk tubuh.

"Apa lagi rahsia awak, Irfan?"

"Tiada rahsia."

Aku senyum senget.

"Kalau awak boleh tipu saya hidup-hidup berlakon tak tahu apa-apa sedangkan awak ni Syah, pasti ada rahsia lagi besar yang awak sorokkan daripada saya."

"Kalau memang ada rahsia, awak nak buat apa?"

Hati aku semakin berdebar. Janganlah beritahu yang dia ni sebenarnya Airil Benjamin.

Kau sendiri nampak depan mata yang Airil menghembuskan nafas terakhir.

Ya Allah, Nur Raisa Asyikin. Apa yang sedang kau fikirkan ini?

Irfan merapatkan bahunya padaku.

"Raisa..."

"Kalau saya cakap, yang saya ni Airil Benjamin, awak percaya tak?"

Aku menelan air liur.

Tolong, jangan kelirukan aku lagi. Airil sudah meninggal. Tidak mungkin.

Dia memegang bahu aku.

"Tatap mata saya. Apa yang awak nampak?"

Dia menatap aku dengan pandangan yang mempersona.

Ah, Irfan. Tolong jangan renung aku begitu. Nanti aku terasa lemas sedangkan aku tidak berada dalam lautan. Lautan cinta!

"Nur Raisa Asyikin..."

Aku memejamkan mata. Dada terasa sesak. Aku tidak mahu tersalah anggap dia Airil sedangkan dia Irfan.

Dua orang lelaki yang berbeza identiti. Walaupun mereka ditakdirkan memiliki wajah yang sama. Namun, dia bukan Airil. Bukan lelaki pertama yang aku mahukan.

Cinta pertama aku sudah lama pergi. Yang tinggal cuma kenangan.

Tetapi... Irfan juga mampu beri aku rasa yang sebegitu. Sama hebat rasa ketika aku di sisi Airil.

Ril... Kenapa kau tinggalkan aku pada dia?

Adakah ini hukuman untuk aku? Hukuman mencintai seorang lelaki secara sembunyi?

Takdir, kau sangat kejam. Membiarkan aku merasakan pedihnya cinta pergi dan diganti oleh rasa yang sama.

" Listen here...."

Tangannya menyelak helaian rambut yang terjuntai di dahi aku.

"Macam yang saya beritahu awak, saya Irfan Syahril. Tolong jangan keliru lagi, Raisa."

"Dan saya pasti awak belum baca diari Ril sampai habis kan?"

Aku belum sempat baca sehingga ke helaian terakhir. Memandang tulisan itu membuatkan aku sebak.

Melihat aku diam dan tertunduk, dia mencuit dagu aku.

"Baca sampai habis. Nanti saya terangkan. Semua yang awak mahu tahu."

"Untuk sekarang, kita nikmati honeymoon dengan rasa bahagia."

Uwek.

Dia senyum lebar. Mula la perangai bertukar jadi Syah.

"Saya nak jalan-jalan kat bawah tu kejap."

Aku cepat-cepat mahu angkat kaki. Seram.

Dia memaut lengan kanan aku dengan pantas.

"Nak pergi mana? Nak lari?"

"Nak jalan kat bawah tu je."

Memang sengaja aku mahu mengelak. Bulu roma aku naik meremang tiba-tiba.

"Nak lari sebab takut. Kan?"

Dia seakan mahu mengejek aku. Irfan memang power meneka. Dengan dia aku jadi kalah berbahas.

"Saya nak rasa angin laut. Awak izinkan saya bersendirian boleh?"

Dia menghela nafas.

"Bukan tak boleh. Tapi, saya risau awak jalan berseorangan."

"Saya okay. Kejap je."

"Okay. Setengah jam je. Lepastu, terus naik. Jangan merayap."

Aku mengangguk.

"Okay, thank you, Ril."

"Apa dia?"

Aku mengangkat kening. Kurang mengerti pertanyaan dia.

"What did you call me?"

Melihat wajah keliru aku, dia mengeluh.

"Takde pape la. Dah pergilah cepat, Raisa."

Langkah kaki terus aku atur laju dan mencapai tudung.

Irfan memandang aku yang meninggalkan dia di kejauhan.

Saya nak pergi tenangkan diri kejap je. Sorry Irfan.

Dada aku masih terasa sesak. Mahu menangis.

Senyum, Raisa. Jangan menangis lagi. Kau sudah jadi milik Irfan. Buat Irfan rasa bahagia.

Okay. Aku perlukan setengah jam saja untuk tenangkan diri. Mahu menghamburkan tangis sepuasnya. Mungkin tidak lama lagi aku akan lali mendengar nama Airil.
. .
. Aku melangkah masuk ke dalam bilik hotel. Dia sedang nyenyak tidur.

Awalnya tidur! Merajuk barangkali.

Perlahan-lahan aku baring di sebelahnya. Mengiring ke arahnya. Dan tangan aku melingkar pada pinggangnya tanpa sedar.

Aku janji mahu naik ke bilik selepas setengah jam. Tapi, aku tiada daya. Menatap wajahnya, membuatkan hati jadi duka.

Aku memeluk belakang badannya dengan erat. Seakan tidak mahu dia meninggalkan aku lagi.

Badannya mulai gerak. Pasti dia terasa sentuhan tangan aku.

Irfan...

Dia memusingkan badannya. Menghadap aku. Mata kami bertatapan.

"Raisa, baru balik? Lama saya tunggu awak tadi."

Wajah kami hampir. Hanya jarak seinci. Hembusan nafasnya yang lembut menyapa aku.

"Saya lagi suka menghadap bunyi ombak. Memijak pasir pantai." balas aku dengan suara yang lembut.

"Tidak suka menghadap saya?"

Pertanyaan dia, membuatkan aku kelu.

Suka, Irfan. Saya suka awak.

Kata-kata itu hanya terlekat dalam hati aku. Tiada suara yang mampu terlontar, hanya jiwa aku yang bersuara.

Dia senyum.

"Mestilah awak suka kan sebenarnya? Kalau tidak, takdela awak peluk saya macam taknak lepas."

Erk?

Alamak. Apa yang aku buat ni? Kau dah gila, Raisa.

"Errr... Saya..."

Tanpa sempat aku menghabiskan kata, satu kucupan singgah di bibir.

Mata aku membulat. Aku tidak bermimpi kan?

"Am I dreaming?"

Sempat lagi aku bertanya padanya.

Senyuman dia makin melebar. Tidak, Raisa. Mata kau masih celik.

"Nope, dear. You are not dreaming."

Irfan masih lagi dengan jenakanya yang suka mengusik. Sejak kahwin, mamat ni agak suka mencabar diri aku.

"Raisa, awak ni malu-malu kucing. Malu tapi mahu, kan?"

"Mana ada."

Dia tergelak perlahan.

"Saya nak ajak awak makan malam kat tepi pantai tu. Tapi, awak balik bilik lambat. Akhirnya saya tertidur."

Bila berada dalam keadaan intim begini, mahu saja aku membalas kucupan dia tadi. Tapi, aku masih mahu tahu segalanya.

Benarkah Irfan cintakan aku? Sedalam mana perasaan dia pada aku?

Jari aku menyeka rambut dia.

"Kesian awak. Awak dah makan belum?"

Dia mengangguk.

"Dah. Makan roti je."

"Lapar lagi tak?"

"Lapar. Tapi lapar benda "lain."

Aku memiat telinga dia.

"Janganlah nak takutkan saya. Seram la."

"Saya bukan hantu. Saya Irfan. Suami awak."

Iya. Aku tahu ikatan aku dengan dia. Aku sedar aku isterinya yang sah.

"Kalau awak takutkan saya macam ni, saya tidur kat bawah."

Aku mula menjarakkan diri daripadanya. Tidak berani mahu mencabar dia. Takut aku yang bakal tergoda dengan suami sendiri.

Tangan dia lagi cekap. Dia mendakap aku lagi erat.

"No. Jangan sesekali tidur tanpa baring di sebelah saya."

"Takkanlah saya nak sentuh awak tanpa kebenaran. Jangan risau, okay."

Jarinya menyentuh pipi aku.

"Saya tak tahu apa dalam fikiran awak. Kalau saya tidur, saya tak tahu saya selamat ke tidak."

Dia tergelak lagi.

"Kalau awak nak, boleh je."

Tengok tu. Sekali lagi mengusik aku.

"Taknak. Takut."

"Hahahahaha. Pertama kali saya dengar, seorang isteri takut pada suaminya."

Dia memaut jari jemari aku pula.

"Tidur okay. Nothing to be worry. Saya bukan buaya nak terkam awak. Saya Dr. Irfan Syahril. Takkanlah saya nak memperlakukan pesakit saya begini."

Pesakit? Apa yang dia maksudkan? Dia nak kata aku ni apa sebenarnya?

"Awak sedang sakit. Jiwa awak, hati awak penuh luka. Saya sebagai doktor dan suami mahu menyembuhkan."

Kan. Aku jadi kelu tidak tahu mahu membalas apa. Irfan sangat memahami aku.

Dia mendekatkan wajahnya. Aku semakin berdebar. Tidak. I'm not ready yet.

"Saya... Saya mahu ke bilik air. Ambil wuduk. Saya tak solat isyak lagi."

Aku semakin tidak keruan. Melihat dia yang juga semakin tidak terkawal.

Sebuah keluhan kedengaran dari bibirnya yang mungil.

"Okay. Pergilah solat cepat. Saya tunggu awak. Lepas tu kita tidur."

Seraya berkata begitu, Irfan terus menarik selimut ke dada dan pusing badan membelakangkan aku.

Ah Irfan. Maafkan saya. Bukan saya mahu menolak. Tapi... Saya takut. Takut jika membayangkan awak adalah Airil.

Aku tidak tahu macam mana nak berdepan dan menguatkan hati ini.

Beri saya masa sedikit je lagi ye, Irfan.

Aku melangkah ke bilik air. Mahu mengambil wuduk dan mengadu padaNya tentang hati yang makin sembuh sedikit demi sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience