Bab 10

Romance Series 17707

Aku pulang. Ada kereta parking di perkarangan rumah. Ada tetamu datang bertandang la tu.

Bagasi aku tarik ke tepi. Beratnya. Tu la shopping lagi macam-macam.

Aku menjengah kepala ke dalam rumah.

"Assalamualaikum. Riss da balik."

Semua mata di ruang tamu memandang aku. Tisya berlari mendapatkan aku.

Aku mendokong Tisya. Pipinya yang montel aku cium bertalu-talu.

"Tisy, rindu auntie Riss ke?"

"Riss, meh sini. Salam auntie Liza."

Suara Mama memanggil aku.

Mama Airil? Aku tak perasan auntie Liza ada sekali.

"Jom sayang, kita duduk sana."

Aku senyum ke arah Mama Airil. Menghulurkan salam dan mencium pipi. Dia juga aku anggap seperti ibu kandung.

"Raisa, sihat?"

Aku angguk. Ada rasa sedih bertandang. Lama auntie Liza tak jenguk kami.

"Auntie rindu sangat kat Raisa. Raisa tak rindukan auntie ke? Da lama tak datang rumah, kenapa?"

Kerana kenangan, auntie. Riss taktau macam mana nak hadap semua ni.

"Maaf. Riss busy sikit."

Aku terpaksa menjaga hati dia. Mana mungkin aku menjejakkan kaki ke rumah Ril.

Lepas Airil menghilang, kami berpindah ke sini. Begitu juga dengan family Ril. Dari dekat, kami berjarak jauh. Seperti aku dan dia, Allah menjarakkan terus sehingga dia akhirnya pergi tinggalkan aku sendirian dalam dunia ni.

Auntie Liza mengeluh perlahan.

"Kalau ada masa free, jenguk la datang sana. Uncle pun macam tak sihat tu. Kami rindukan Raisa."

Aku memaniskan senyuman. Dalam hati sudah menangis.

Riss pun rindukan semua orang. Rindu waktu kita semua bersama dulu. Tiap kali raya sambut sama-sama.

Semua tu da berlalu auntie. Masa telah tinggalkan segenap ruang yang ada. Sekarang masa untuk Riss pulih dari semua kepahitan ni.

"Mama cakap tadi, Raisa pergi bercuti. Best?"

Aku mengangguk.

"Ada terpikat kat sesiapa tak?"

Aku diam. Buat-buat tak dengar soalan itu. Mata fokus ke arah Tisya.

"Raisa..."

"Auntie harap Raisa cepat-cepat kahwin. Simpan je Ril dalam memori lalu. Please, you deserve someone better."

Aku tahu. Tapi aku taknak.

"Insyaallah. Auntie doakan je okay."

Jari jemari auntie Liza menggenggam erat jari aku.

"Janji, kahwin cepat-cepat?"

Kenapa dengan semua orang ni? Asyik paksa aku kahwin. Kalau aku kahwin sekalipun, hati aku tetap tak gembira. Seolah memaksa hati. Aku nak jatuh cinta, macam dulu.

Mungkin lepas aku marry someone, semua orang akan hilang rasa bersalah. Aku takkan bahagia dengan cara tu.

"Kalau ada jodoh, adela. Riss taknak fikir."

"Dia cuma nak kahwin dengan Ril."

Mama mencelah. Menjeling aku.

"Nanti mama kenalkan Riss dengan anak auntie Piah. Keluar date dengan dia, okay?"

Wajah aku da mula merah. Mama da mula. Depan auntie Liza boleh pulak nak paksa aku. Pandai-pandai je pergi set janji.

Sakit kepala la balik sini. Nak cari rumah lain la.

Aku memekakkan telinga.

Kalaulah aku boleh lari dari semua ni.
. .
. "Riss..."

Along melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Mama cakap tadi... Dia da setkan blind date Riss dengan anak auntie Piah."

So?

Aku membuat muka selamba.

"Dengar tak apa along cakap ni?"

Along tarik tocang rambut aku.

"Hmm..."

"Esok. Pukul 8.30 malam. Suria KLCC."

"Nanti Along bagitau tempat sebenar. Kalau bagitau awal takut Riss mengelak."

Amboi. Nak jumpa kat KLCC. Demandnye mamat tu.

"Riss... Datang jumpa dia. Kesian dia. Nak sangat jumpa Riss. Kenal dengan Riss. Along yakin Riss mesti suka dia."

Aku memandang Along lama. Geram. Da pakat dengan Mama la tu.

"I don't care."

"Jangan hampakan kami, please. Along nak yang terbaik untuk Riss."

Whatever.

"Tengoklah macam mana. Kalau rasa rajin pergi KLCC yang jem teruk tu."

"Along nak Riss happy macam dulu."

"I'm happy with Rill. Oh lupa masa zaman sekolah. Lepastu sepuluh tahun menderita disebabkan Along jugak."

Along mengeluh perlahan.

"Masih marahkan Along. Dendam dengan Along?"

"Yes. Sebab tipu Riss. Padahal semua orang tahu tentang Ril. Along tahu kan, Riss sangat sayangkan dia."

"Tapi, dia bukan untuk Riss. Riss untuk orang lain."

Along menjawab pantas.

"Riss kesal. Masa yang ada dihabiskan dengan tangisan. Sedangkan dia? Struggle dengan penyakit seorang diri. Riss ni memang tak guna kan, Along."

"Dan salahkan dia tanpa henti. Riss nak kembali ke masa sebelum dia hilang. I want to change everything. Everything, Along."

"Along lagi kehilangan dia. Along pun sayangkan dia. Macam adik kandung."

"Kita tak mampu putarkan masa, Riss."

Aku tahu.

"Along harap Riss move on. Yang ni pun baik macam Ril."

Tak kisahlah. Tengoklah macam mana esok. Aku akan buat perangai. Padan muka dia. Siapa suruh ikutkan idea Mama.

Aku taknak kenal dengan sesiapa. Biarkan aku sendiri.
. .
. Aku terima dua panggilan daripada unknown number.

Tak rasa nak angkat panggilan tersebut. Mesti mamat demand tu nak cakap dengan aku.

Beep!

Satu mesej masuk.

'Salam. Raisa... Saya beri awak location tempat yang kita akan jumpa, okay?' - Syah

Siapa nak jumpa kau?

Aku tutup telefon. Malas nak layan. Aku tahu cara aku ni menampakkan aku keras hati. Tapi, aku memang tidak terbuka hati mahu kenal sesiapa.

Lima minit kemudian, aku on kembali.

Telefon berdering sekali lagi.

'Can you pick up my call?'

Eh anak auntie Piah ni. Memaksa pulak.

'No. Saya tengah busy.'

'Jadi tak kita nak jumpa ni?'

Kau desperate sangat ke nak kahwin, Syah? Ataupun nak tertawakan aku sebab masih tak kahwin?

'I want to see you. So please... Datang ye.'

Hmm. We'll see later.

Bye Syah. Kau akan menyesal kenal dengan aku.

Aku membiarkan mesej dia tergantung sepi.
. .
. Aku da berdiri di depan restoran yang dimaksudkan. Cuma, aku tak tahu samaada aku perlu tampil di depan ataupun tidak. Apakah aku perlu tegur dia macam biasa?

Aku tak tahu rupa Syah.

Nak masuk ke tak? Aku masih lagi berkira-kira samaada nak jumpa dia atau tak?

Tiba-tiba akal aku ligat berputar.

Aku perlu uji dia. Kalau betul dia nak kenal dengan aku, dia takkan marah kalau aku buat macam ni.

Kita tengok siapa lagi pandai, Syah.

'Syah, saya lewat sikit. Boleh tak awak tunggu saya?'

Aku sengaja. Aku takkan jumpa dia malam ni.
Biar kau tertunggu aku. Nak kenal Nur Raisa Asyikin sangat kan?

Biarlah kata aku kejam sekalipun. Sebab hati aku tak ikhlas.

Padan muka kau, Syah.

Dua jam kemudian...

'Raisa... Awak kat mana? Please jangan buat saya tertunggu.'

Aku memandang mesej itu lama.

Aku lepak di depan tangga pancuran air taman KLCC.

Siapa suruh tunggu macam patung cendana? Kau yang nak tunggu, blah la.

'Saya tahu awak takkan datang. Tapi saya tetap nak tunggu. Saya ikhlas nak kenal awak, Raisa.'

Ayat dia...

Mahu memancing simpati.

'Ikhlas tak perlu ditunjukkan. Biar saya yang nilai keikhlasan awak macam mana.'

'Raisa... Takpela. Kita jumpa lain kali. Saya nak balik da. Awak jaga diri baik-baik.'

Mamat ni... Buat ayat sedih pulak.

Aku bukan nak permainkan dia. Tapi aku tak rasa nak buka hati atau kenal dengan sesiapa.

Habislah aku. Balik rumah nanti confirm Mama mengamuk. Semua orang akan boikot aku.

Takpe, aku bersedia jika dihalau. Nampaknya aku kena cari rumah baru. Taknak duduk serumah dengan family. Nanti Mama mesti akan rancang lagi blind date untuk aku.

Raisa... Kejamnya kau malam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience